Sabtu, 1 Jun 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Semangat Baharu

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

FESTIVAL Muzik Urban .com yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 Mei lalu melabuhkan tirai tepat pukul 12 tengah malam Ahad lalu dengan penuh bersemangat.

Selain semangat artis dan 60 band-band indie yang menjayakan festival itu, keterujaan dan rasa puas juga dapat dilihat pada wajah pengunjung yang memenuhi pentas persembahan.

Persembahan muzik urban yang menggabungkan band-band indie, kumpulan rap serta muzik universal memberikan pengalaman baharu kepada mereka.

Ternyata band-band yang dianggotai anak-anak muda itu tidak menghampakan. Dengan pengalaman tidak seberapa, mereka berjaya menghiburkan pengunjung di pentas terbuka secara live. Lebih membanggakan kebanyakan mereka mendendangkan lagu ciptaan sendiri.

Penat dengan hiburan muzik, penonton disajikan persembahan sampingan seperti demonstrasi grafiti, pertunjukan badut, pertunjukan skil menimbang bola, pertunjukan bermain api, permainan video dan gerai-gerai jualan.

Hari terakhir pengunjung disajikan dengan persembahan artis-artis popular seperti Ramli Sarip dan Soul Journey (Andy FlopPoppy, Tom Revolvers, Man Kidal), Salam Muzik, Monoloque dan ramai lagi.

Penglibatan orang-orang lama diharap mampu memberikan inspirasi kepada band dan kumpulan lain yang menjayakan festival muzik itu.

Kehadiran tetamu kenamaan termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menambah seri festival itu.

Bagi .com pula, usia muda tidak menjadi penghalang kepada akhbar sisipan Utusan Malaysia itu untuk menganjurkan persembahan pentas dan bersaing dengan persembahan hiburan lain yang lebih popular dan turut diadakan serentak di Putrajaya.

Namun semua itu tidak akan berjaya tanpa sokongan padu penaja-penaja terdiri daripada Felda dan Majlis Belia Felda yang turut menganjurkan Battle of The Band Felda.

Tidak dilupakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menjadi rakan penaja bagi Cabaran Permainan Video Online Mega dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Jutaan terima kasih juga pada Hotel Sama-sama KLIA kerana menaja makanan untuk para tetamu VIP yang berkunjung ke Fiesta 75 Tahun Utusan.

Yang pasti banyak lagi acara akan diadakan .com selepas ini. Termasuk Tempatan Fest 02 yang akan diadakan pada 29 Jun ini di DDEC, berhampiran KLCC.

Kita jumpa di sana ya!

Apabila rasa terima kasih hilang

Posted: 31 May 2013 12:05 PM PDT

Sikap berterima kasih dan cintakan tanah air perlu disemai dari kecil bagi membentuk warganegara yang lebih bersyukur.

TERIMA kasih merupakan ungkapan yang tinggi nilainya dan memberikan erti yang cukup besar kepada semua orang.

Terima kasih juga adalah merupakan satu hadiah besar kepada penerima dan pemberi kerana terima kasih merupakan ungkapan yang paling banyak kita lafazkan.

Hati akan berasa cukup berharga apabila mendengar seseorang mengucapkan terima kasih.

Terima kasih juga mencerminkan keperibadian seseorang. Ia sebuah tanda penghargaan di atas segala jasa dan pertolongan yang kita terima dari insan lain. Terima kasih juga menggambarkan satu hubungan yang mesra terjalin sesama kita.

Terima kasih juga merupakan tanda syukur kita kepada segala keamanan, keharmonian dan kedaulatan yang kita nikmati.

Namun apabila manusia sudah hilang rasa terima kasihnya... bermulalah satu detik di mana segala yang kita nikmati sentiasa dipersoalkan.

Segala nikmat yang kita nikmati akan menjadi hambar, keihklasan yang terbina selama ini akan mula rapuh dan menanti masa untuk gugur seperti daun-daun kering.

Segala yang kita bina dan usahakan selama ini berkat pengorbanan pemimpin dan ibu bapa kita dahulu akan menjadi sebahagian daripada sejarah.

Di situ, ungkapan terima kasih tidak akan wujud lagi. Hanya air mata sesalan yang akan tinggal merenung jauh nasib di bumi sendiri.

Lambang yang kita bina dahulu kini hanya tinggal simbol sahaja dan pada masa itu, kita akan belajar semula untuk mengucapkan kalimah terima kasih.

Namun, adakah ianya memadai ataupun kita sudah terlewat dan hanya mampu memandang ke langit menangisi segala yang pernah kita nikmati.

Terima kasih kepada Malaysia kerana sabar melayani karenah kami. Kami tekad akan terus mempertahankan ungkapan terima kasih kerana kami yakin dengan barisan yang kami pilih pasti akan mempertahankan kedaulatan agama dan keamanan serta keharmonian negara majmuk tercinta.

WARGA BERTERIMA KASIH

Kuala Lumpur

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved