Ahad, 2 Jun 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Sihat, selesa untuk kaki

Posted: 02 Jun 2013 05:50 AM PDT

Meskipun secara teknikalnya ia mempromosi kesihatan, selipar FitFlop tetap hadir dalam reka bentuk yang santai.

KATA orang, biar sakit asalkan kelihatan cantik. Begitulah senario yang terjadi kepada wanita yang sanggup menanggung kesakitan asalkan penampilan diri cantik.

Misalnya, ada yang sanggup memakai kasut bertumit tinggi walhal dalam masa yang sama menahan sakit lutut dan kaki.

Mana tidaknya, ada yang sanggup memakai kasut tumit setinggi beberapa inci untuk kelihatan cantik.

Sepasang kasut tumit mungkin kelihatan glamor, tetapi sanggupkah anda membayar harga yang lebih mahal apabila kesan negatifnya memakan diri?

Bahagian belakang tubuh dan leher kita akan mengalami tekanan sekiranya berjalan menggunakan kasut tumit tinggi untuk tempoh yang lama. Keadaan ini boleh mempengaruhi perubahan jangka panjang pada postur badan.

Dalam sesetengah keadaan, wanita mungkin boleh memilih kasut tanpa tapak atau bertapak datar bagi mengurangkan rasa sakit pada kaki.

Tidak salah menggayakan kasut bertumit tinggi tetapi anda perlu menyesuaikan mengikut keadaan dan keselesaan tubuh badan.

Antara jenama yang memperkenalkan kasut bertapak datar termasuk FitFlop yang melancarkan kasut terbaharu khusus untuk ke pejabat.

Kasut ini didatangkan dengan dua fungsi iaitu fesyen dan mengurangkan kesakitan kaki ketika digayakan di majlis santai atau bersiar-siar pada hujung minggu.

Sementara itu, rekaan selipar jenama itu harus diberi pujian kerana bukan sekadar memenuhi tuntutan komersial malah menitikberatkan aspek kesihatan dan keselesaan tapak serta otot-otot kaki. Meskipun secara teknikalnya ia mempromosi kesihatan, selipar FitFlop tetap hadir dalam reka bentuk yang santai, ringkas dan menonjolkan sifat feminin yang ceria. Secara amnya, selipar FitFlop dizahirkan dengan warna-warna terang dan lembut selain materialnya menggunakan teknologi Microwobbleboard.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved