Ahad, 21 April 2013

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM500,000 bantu PIBG

Posted: 20 Apr 2013 12:15 PM PDT

KUALA TERENGGANU 20 April - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk diagihkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua 493 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negeri tahun ini.

Menerusi peruntukan tersebut, setiap sekolah dijangka menerima bantuan sebanyak RM1,000 untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang melibatkan persatuan itu.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin berkata, peruntukan itu merupakan salah satu daripada pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan berkaitan dengan usaha dan peranan membangunkan pendidikan.

''Bantuan tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap sebarang kegiatan yang melibatkan PIBG.

"Justeru, kita harap PIBG dan pihak sekolah dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Seminar Keibubapaan: Hala Tuju Pendidikan Negeri Terengganu 2013 yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof serta beberapa kenamaan lain.

Pada program itu, beberapa pelajar cemerlang khususnya dari segi akademik turut menerima penghargaan daripada kerajaan negeri.

Turut diadakan sempena program itu ialah siri ceramah keibubapaan serta majlis lafaz ikrar pelajar bersama ibu bapa masing-masing.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved