Selasa, 2 April 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penganggur maut ditembak 9 das dari jarak dekat

Posted: 02 Apr 2013 10:08 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

SERDANG 3 April - Seorang lelaki menemui ajal setelah ditembak sembilan das dari jarak dekat oleh beberapa individu yang tidak dikenali di Flat Sri Serdang, di sini malam tadi.

Mangsa, Benard Ooi Boh Beng, 39, maut berhampiran rumahnya di Blok 1 flat tersebut apabila sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba mendekatinya, kira-kira pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, sebanyak 15 das tembakan dipercayai dilepaskan dan sembilan daripadanya mengenai mangsa. - UTUSAN ONLINE

Warga Indonesia maut ketika baiki bumbung flat

Posted: 02 Apr 2013 09:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 April - Seorang pekerja Indonesia maut manakala rakannya cedera parah apabila kren yang mengangkat mereka ketika membaiki bumbung sebuah flat di Pesiaran Gurney di Jalan Gurney di sini tumbang semalam.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Syobirin Abdul Kadir berkata, dua pekerja lagi iaitu seorang pemandu kren dan seorang pekerja yang berada di bumbung dapat diselamatkan dalam kejadian tengah semalam.

Menurutnya, seorang pekerja tidak sedarkan diri tersepit besi 'basket' itu manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved