Khamis, 4 April 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan IPT dibuka

Posted: 04 Apr 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan membuat pengambilan 1,681 jururawat berkelulusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.

Sehubungan itu Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Farida Mohd. Ali berkata, graduan yang memiliki Diploma Kejururawatan dipelawa membuat permohonan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, permohonan boleh dibuat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang SPA-8i secara online di http://www.spa.gov.my selewat-lewatnya 30 April ini.

Urusan temuduga dijangka dilaksanakan pada bulan Jun dan tawaran pelantikan dijangka bermula dalam pada bulan Ogos. - BERNAMA

Kuin diberi masa dua minggu jelaskan hutang RM1.59j

Posted: 04 Apr 2013 12:04 AM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 4 April - Seorang usahawan, Shaik Faisol Shaik Yusoff hari ini memberikan tempoh dua minggu kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin) untuk menjelaskan tuntutan hutang sebanyak RM1.59 juta berhubung kegagalan institusi pengajian tinggi milik kerajaan Kedah itu memenuhi kontrak penyediaan penginapan penuntut.

Shaik Faisol yang juga Pengarah Urusan Shake Cuisine Sdn. Bhd. berkata, tuntutan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur pada 1 April lalu yang memihak kepadanya.

"Sebelum ini kes telah dibawa ke Mahkamah Tinggi di Alor Setar dan pada 31 Oktober 2012 diputuskan bahawa Kuin perlu membayar kepada saya sebanyak RM1.59 juta.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri dan Kuin tidak berpuas hati dan membawa kes ke Mahkamah Rayuan. Namun, rayuan berkenaan ditolak dan mahkamah mengekalkan keputusan sebelum ini serta mengkehendaki Kuin membayar kepada pihak saya dalam tempoh dua minggu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shaik Faisol berkata, berdasarkan perjanjian asal, syarikatnya dikehendaki menyediakan 35 buah rumah penginapan (asrama) di Bandar Laguna Merbok dan Bandar Lagenda Heights serta perkhidmatan pengangkutan kepada 300 pelajar Kuin cawangan Sungai Petani. - UTUSAN ONLINE

Lahad Datu: Polis tempatkan 5 balai bergerak mulai esok

Posted: 03 Apr 2013 11:16 PM PDT

TAN KOK LIANG

LAHAD DATU 4 April - Polis akan menempatkan lima buah balai polis bergerak di lima buah kampung yang dirasakan perlu bermula esok.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, tindakan itu bertujuan memberi kesenangan kepada penduduk untuk membuat sebarang laporan atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Katanya, ia juga memudahkan pasukan keselamatan selain berada lebih dekat dengan masyarakat. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved