Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk tuntut tidak diabai

Posted:

Penduduk tuntut tidak diabai

Penduduk tuntut tidak diabai

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada rumah di Kampung Bukit Tangki Air di Cheras yang bakal lenyap apabila pembangunan semula kawasan itu dimulakan tidak lama lagi. - utusan/Wahidin Salim


KUALA LUMPUR 25 Julai - Penduduk Kampung Bukit Tangki Air di Cheras di sini menuntut agar permintaan mereka terhadap beberapa perkara yang dianggap sebagai hak mereka dipenuhi oleh kerajaan sebelum kawasan itu dibangunkan.

Sambil menyatakan sokongan terhadap semua usaha kerajaan untuk membangunkan kampung tersebut, mereka sepakat akan memperjuangkan semua perkara yang melibatkan hak dan kepentingan mereka sebagai penduduk asal di situ.

Salah satu daripadanya ialah setiap pemilik rumah setinggan di situ yang berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhak untuk membeli satu unit pangsapuri kos rendah yang akan dibina di kawasan itu.

Ketua UMNO cawangan kampung berkenaan, Rasmani Mahini, 47, berkata, pihak pemaju sudah bersetuju memberi diskaun harga pangsapuri kos rendah berkenaan.

Namun, katanya, sekiranya penduduk diarahkan berpindah semasa projek pembangunan itu dilaksanakan, pemaju perlu menanggung kos pemindahan dan sewa penempatan sementara.

Menurutnya, tuntutan-tuntutan yang dikemukakan itu adalah berasas memandangkan penduduk di situ telah mendiami kawasan tersebut sejak lebih 50 tahun lalu.

"Kami tidak menolak kemungkinan untuk projek pembangunan di kawasan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, malah beberapa pemaju turut menghubungi saya untuk meminta kerjasama.

"Bagaimanapun, saya telah diberi amanah agar tidak memihak kepada mana-mana pemaju kerana urusan melantik terletak di tangan pihak kementerian," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Pelan Pembangunan Kampung Bukit Tangki Air di sini, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan itu bertujuan menjelaskan perkembangan terkini hasil pertemuan barisan Jawatankuasa Penyelaras Perumahan UMNO Cawangan Kampung Bukit Tangki Air bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL.

Rasmani berkata, mengikut bancian terkini, terdapat kira-kira 124 pemilik asal masih menetap di situ dan beliau sudah meminta mereka memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mereka tidak keluar dengan tangan kosong.

Utusan Malaysia difahamkan, mengikut pelan pembangunan yang bakal dilaksanakan, dua unit bangunan melibatkan kos rendah dan kondominium yang dilengkapi pelbagai kemudahan akan dibina sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan penempatan penduduk sedia ada, sebaliknya penempatan untuk penduduk berkenaan akan dibina di sebuah tapak bersebelahan Taman Kobena.

Walaupun kampung berusia lebih 50 tahun yang terletak hampir dengan pusat bandar itu berstatus setinggan tetapi ia dilengkapi dengan semua pelbagai kemudahan seperti bekalan air dan elektrik, dewan, surau dan sebuah tadika.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KL paling sesuai didiami 2020

Posted:

KL paling sesuai didiami 2020

KL paling sesuai didiami 2020

Oleh HAKIMI ISMAIL
kota@utusan.com.my

PUTRAJAYA 25 Julai – Kerajaan bertekad untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara 20 bandar raya dunia yang paling sesuai didiami pada 2020.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, hasrat itu akan dapat direalisasikan melalui inisiatif Program Tranformasi Ekonomi (ETP) bagi Greater Kuala Lumpur-Klang Valley (Greater KL-KV) yang dilancarkan baru-baru ini.

Menurutnya, bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan mengenal pasti sembilan projek permulaan (EPP) dan tiga peluang perniagaan sebagai pemangkin untuk mencapai sasaran di bawah Greater KL-KV.

"Sehubungan itu, semua pihak termasuk pihak swasta perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan sembilan EPP itu di samping membantu kerajaan dalam sektor yang memerlukan kepakaran daripada mereka.

"Kerajaan juga berharap inisiatif Greater KL-KV bukan sahaja dapat menjana ekonomi Kuala Lumpur dan sekitarnya serta menyumbang kepada pendapatan negara, malah mewujudkan persekitaran bandar raya yang selesa dan mempunyai kualiti hidup yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Taklimat Kontraktor Berhubung Projek di Bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater KL-KV di sini hari ini.

Taklimat tersebut merupakan platform kerjasama antara kerajaan dan swasta, selain mengelakkan sebarang salah faham dan kekeliruan di kalangan kontraktor dan masyarakat yang terlibat secara langsung tentang prospek dan hala tuju projek-projek berkaitan.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik memberitahu, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kontraktor kelas F dan sentiasa membuka peluang kepada mereka untuk memperoleh projek-projek kerajaan.

Kata beliau, tidak dinafikan kesemua projek yang bakal dilaksanakan memerlukan kontraktor yang berpengalaman dan berpengaruh.

Namun, kontraktor kelas F dan peniaga kecil juga perlu merebut peluang untuk melibatkan diri dalam menjayakan setiap projek tersebut.

"Kita akan menilai setiap permohonan dengan teliti, nasib kontraktor kelas F juga bakal terjamin, tiada diskriminasi dalam pemilihan yang akan dibuat," katanya.

Selain itu, katanya, kontraktor perlu bersedia untuk bersaing dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal secukupnya.

Bersempena dengan taklimat tersebut, kementerian juga mewujudkan laman sesawang mengenai Greater KL-KV dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dan memuat turun dokumen-dokumen yang berkaitan dengan melayari www.kwpkb.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Elektrik tidak stabil risaukan penduduk

Posted:

Elektrik tidak stabil risaukan penduduk

Elektrik tidak stabil risaukan penduduk


LIMA penduduk di Jalan Kenyalang 11/13, Bayu Damansara menunjukkan laporan yang mereka buat mengenai kejadian voltan elektrik berlebihan yang menyebabkan kerosakan peralatan elektrik mereka di Petaling Jaya, baru-baru ini.


PETALING JAYA 25 Julai - Penduduk Jalan Kenyalang 11/13, Bayu Damansara di Kota Damansara di sini bimbang ketidakstabilan bekalan elektrik ke rumah mereka, mendedahkan penduduk kepada pelbagai risiko keselamatan.

Menurut mereka, setakat ini, hanya rumah di jalan tersebut sahaja yang sering berlaku masalah lebihan bekalan dan dalam kejadian terbaru pada Jun lalu, lima buah rumah terjejas.

Mereka merayu pihak yang bertanggungjawab melakukan pemeriksaan segera bagi mengenal pasti, seterusnya mengatasi masalah itu bagi mengelak mereka daripada terus berdepan bahaya.

Seorang penduduk, Bryan Ong, 41, berkata, dalam kejadian terakhir pada Jun lalu yang berlaku kira-kira 10 pagi itu, banyak peralatan elektrik di rumahnya rosak akibat terlebih voltan.

Katanya, antara peralatan yang rosak termasuk pintu pagar automatik, penghawa dingin, televisyen, komputer, pemain cakera video digital, peti sejuk dan pemanas air.

"Lebih kurang 75 peratus peralatan elektrik di rumah kami rosak dan kerugian bagi setiap rumah adalah antara RM300 hingga RM2,000.

"Saya sudah menelefon Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadu mengenai perkara ini tetapi mereka tidak segera datang untuk membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, William Bouy, 42, berkata, dia sudah menghantar e-mel berserta gambar peralatan yang rosak kepada TNB.

Jelasnya, pihak TNB hanya menyuruh mereka menghantar resit barangan yang diperbaiki untuk mendapatkan ganti rugi.

"Kami bukan sahaja mahukan ganti rugi atas kerosakan ini, malah kami juga mahu pihak TNB datang untuk memeriksa dan mengenal pasti punca masalah.

"Masalah ini bukan pertama kali berlaku. Malah sudah beberapa berlaku sejak dahulu lagi tetapi kejadian pada 23 Jun lalu adalah yang paling teruk," ujarnya.

Dalam pada itu, Hamimah Nordin, 45, berkata, dia bimbang akan keselamatan dirinya dan ahli keluarga kerana ketidakstabilan elektrik itu boleh membahayakan mereka terutamanya kanak-kanak.

"Saya harap pihak berkenaan dapat membuat pemeriksaan dengan cepat supaya perkara ini tidak berlaku lagi," jelasnya.

Sementara itu, pihak TNB ketika dihubungi memberitahu, mereka akan menghubungi penduduk yang terlibat bagi mendapatkan maklumat mengenai masalah tersebut.

Jelasnya lagi, pihaknya memberi kenyataan selepas menyiasat perkara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved