Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tonton, nilai video Bersih diambil polis

Posted:

Tonton, nilai video Bersih diambil polis

Tonton, nilai video Bersih diambil polis

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


RAKAMAN video menunjukkan Tian Chua melakukan aksi provokasi terhadap pihak polis dalam perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, 9 Julai lalu.


KUALA LUMPUR 24 Julai – Orang ramai diminta menonton rakaman video yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu bagi menilai sendiri kebenaran yang berlaku pada hari tersebut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, rakaman video itu akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada PDRM oleh pihak penganjur perhimpunan haram tersebut.

Katanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mula menyiarkan rakaman video berkenaan malam semalam dan akan terus menyiarkannya supaya masyarakat umum mengetahui perkara sebenar.

"Orang ramai perlu menonton rakaman video itu. Ia akan menjawab segala persoalan yang timbul sebelum ini termasuklah siapa yang membuat kekasaran terlebih dahulu, polis atau peserta perhimpunan.

"Bagi kami yang telah menontonnya, kami mempunyai pandangan bahawa bukan polis yang memulakan kekasaran tetapi pihak penganjur yang cuba mengaburi pandangan umum dengan video-video yang ditokok tambah dan kami mahu rakyat pula menontonnya serta mengetahui apakah pula pandangan mereka.

"Kami yakin penyiaran rakaman video ini di stesen-stesen televisyen akan mendedahkan pembohongan pihak penganjur dan memaksa mereka mengakui kebenarannya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perlawanan badminton antara pasukan pilihannya dan juga pasukan pilihan RTM di sini hari ini.

Pada 21 Julai lalu, polis mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih selama 1 jam 30 minit kepada media dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pula memberitahu bahawa PDRM telah menyerahkan rakaman video perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu kepada RTM dan juga TV3 tetapi tidak pasti bilakah kedua-dua stesen tersebut akan menyiarkannya.

Menurut Rais, pihaknya tidak keberatan untuk mengedarkan rakaman video berkenaan kepada stesen televisyen lain sekiranya dibenarkan oleh PDRM.

Beliau memberitahu, pihaknya sedar penyebaran video berkenaan akan membantu mencari kebenaran serta kesahihan dakwaan pihak penganjur sebelum ini bahawa mereka dikasari.

"Sekiranya PDRM bersetuju dan meminta kami berbuat demikian, maka kami akan melakukannya. Kami tidak keberatan untuk mengedarkannya kerana yakin inilah kenyataan yang harus disampaikan kepada umum," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jenayah: Usaha NKRA diiktiraf

Posted:

Jenayah: Usaha NKRA diiktiraf

Jenayah: Usaha NKRA diiktiraf

KUALA LUMPUR 24 Julai - Usaha kerajaan mengurangkan kadar jenayah melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) terbukti berhasil apabila berjaya melonjakkan Malaysia di tangga ke-19, negara paling aman di dunia mengikut Indeks Keamanan Global (GPI) 2011.

Lembaga Pengarah Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman), Tan Sri Hussin Ismail berkata, kejayaan itu tidak mungkin dicapai tanpa strategi dan perancangan kerajaan secara menyeluruh.

"Indeks keamanan negara oleh GPI ini diukur berdasarkan pelbagai aspek termasuk kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara namun ia lebih menitikberatkan mengenai kadar jenayah.

"Inisiatif yang diambil oleh kerajaan dengan memperkenalkan NKRA untuk mengurangkan kadar jenayah jelas membuktikan kejayaan tadbir urus strategik dalam memastikan negara selamat dan aman," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pemerhati politik antarabangsa, Mohamad Faisol Keling menyifatkan kejayaan Malaysia menempatkan diri sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia, satu pengiktirafan dunia terhadap kepimpinan negara.

"Pengiktirafan itu diperoleh hasil kajian yang dilakukan oleh pemerhati antarabangsa terhadap Malaysia. Ini jelas menggambarkan situasi sebenar negara sama ada dari unsur dalaman dan luaran tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, Ketua Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, kestabilan politik yang dikecapi ketika ini menjadi pendukung kepada keamanan negara.

"Negara kita tidak mempunyai gerakan pemisah seperti yang berlaku di negara jiran Filipina dan Thailand. Kestabilan politik menjadi formula kita untuk melonjak pada kedudukan ke-19 sebagai negara yang paling aman di dunia.

"Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang tidak tahu bersyukur dan cuba menggugat kedudukan itu termasuk dengan menganjurkan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini bagi menggugat kedudukan itu," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bertindak segera ke atas Bersih

Posted:

Bertindak segera ke atas Bersih

Bertindak segera ke atas Bersih

Oleh NORLIZA ABDUL RAHMAN
dan HAMDAN TAWADI
pengarang@utusan.com.my

KLUANG 24 Julai - Kerajaan digesa bertindak segera terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu, yang kini cuba mengalih perhatian terhadap kesalahan mereka dengan menuduh polis pula sebagai zalim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tempoh yang terlalu lama untuk bertindak dikhuatiri memberi tanggapan negatif bahawa kerajaan lemah dan takut kepada mereka yang terlibat.

"Mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, jadi mereka timbulkan cerita polis bertindak zalim untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap kesalahan yang telah dilakukan.

"Kelewatan mengambil tindakan itu akan mengecewakan kira-kira 4,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis bagi membantah penganjuran perhimpunan haram berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat khas tahunan Perkasa Johor di sini semalam.

Di PUTRAJAYA, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM) turut meminta kerajaan dan polis menjelaskan kepada rakyat tentang tindakan yang telah diambil ekoran laporan polis yang dibuat bagi membantah perhimpunan haram tersebut.

Setiausahanya, Mohd. Jurit Ramli berkata, polis lebih banyak memberi penjelasan mengenai situasi yang berlaku semasa perhimpunan haram itu berlangsung sehingga memberi peluang kepada pembangkang mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej negara termasuk di luar negara.

"Perkembangan ini amat mengecewakan golongan yang cintakan keamanan, tambahan pula terdapat ura-ura penganjur perhimpunan haram itu mahu mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka," katanya.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melakukan siasatan terhadap Bersih yang menimbulkan kesusahan kepada para peniaga, pemandu teksi dan orang ramai memandangkan hak asasi mereka turut dicabul ekoran berlangsungnya perhimpunan haram itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved