Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Serah haiwan peliharaan

Posted:

Serah haiwan peliharaan

Serah haiwan peliharaan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


JASBIR Singh (tengah, memegang kucing) bersama mahasiswa yang terlibat dengan Hari Terbuka Fakulti Perubatan Veterinar UMK di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 24 Jun - Penduduk sekitar bandar ini terutama di kawasan berhampiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) boleh menghantar haiwan peliharaan yang tidak diperlukan lagi ke kampus tersebut di Pengkalan Chepa untuk diserahkan kepada pihak lain.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan Veterinar UMK, Dr. Jasbir Singh berkata, pihaknya membuka kaunter menerima haiwan peliharaan dan haiwan terbiar sepanjang Hari Terbuka fakulti tersebut yang bermula semalam sehingga esok.

"Sesiapa sahaja yang berasakan tidak mampu lagi menjaga dengan baik haiwan peliharaan mereka seperti kucing dialu-alukan untuk menghantarnya ke sini.

"Kami akan menjaganya buat sementara waktu dan menyerahkannya kepada pihak lain yang dipastikan dapat membelanya secara bertanggungjawab dengan percuma.

"Daripada bertindak zalim membuang haiwan itu merata-rata, lebih baiklah mereka menghantarnya ke sini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Jasbir yang juga Timbalan Presiden Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan Kota Bharu (SPCA KB) berkata, program 'anak angkat' haiwan terbiar itu dikendalikan oleh siswa tahun satu dan dua fakulti tersebut.

Kata beliau, pihaknya juga membuka klinik haiwan bagi pemilik haiwan peliharaan untuk datang memeriksa kesihatan haiwan mereka dan mendapatkan nasihat berkaitan.

Beliau berkata, sepanjang program Hari Terbuka itu juga, terdapat pelbagai acara dan maklumat berguna disediakan dan orang ramai dialu-alukan hadir memeriahkan program.

"Pengunjung boleh melawat dan melihat sendiri makmal yang digunakan siswa perubatan veterinar dan mengikuti seminar yang merangkumi pelbagai tajuk mengenai haiwan dan industri berkaitan.

"Selain pameran, kita juga ada zoo mini yang menyediakan peluang kepada orang dewasa dan kanak-kanak mendekati haiwan dengan lebih baik melalui sentuhan secara langsung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

60 pesara dilatih sebagai prakaunselor

Posted:

60 pesara dilatih sebagai prakaunselor

60 pesara dilatih sebagai prakaunselor

KUALA TERENGGANU 24 Jun - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) bakal melatih seramai 60 orang ahlinya sebagai prakaunselor mulai tahun ini.

Presidennya, Datuk Paduka Raja Datuk Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ia sebahagian daripada usaha agar mereka terus berperanan membantu masyarakat dengan memanfaatkan kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki.

Katanya, untuk permulaan, seramai 60 ahli akan diberi latihan merangkumi beberapa modul berkaitan kaedah kaunseling yang mudah selama tiga hari sebelum mengikuti latihan lanjutan.

"Kita menyasarkan melalui program ini dapat mewujudkan 'satu prakaunselor satu keluarga' dalam usaha membantu mereka yang memerlukan nasihat bermula dengan ahli keluarga mereka sendiri.

"Saya yakin golongan warga emas mampu menjadi prakaunselor yang terbaik memandangkan mereka memiliki bakat semulajadi sebagai seorang bapa dan ibu kepada anak-anak. Tinggal lagi kita bantu mereka guna kaedah yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung PPKM Negeri Terengganu di sini semalam.

Seramai 115 ahli PPKM negeri hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua PPKM Negeri Terengganu, Datuk Syed Abu Bakar Syed Abdullah.

Mengulas lanjut perkembangan sama, Wan Mahmood berkata, sekiranya program berkenaan mendapat sambutan ia akan dilaksanakan di seluruh negeri.

"Program tersebut akan menggunakan khidmat kaunselor bertauliah dengan menyediakan beberapa modul yang bersesuaian dengan Kolej Komuniti sebagai fasiliti utama untuk penganjuran program itu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa hanya lapan peratus iaitu 46,000 daripada 590,000 pesara kakitangan awam di negara mendaftar sebagai ahli PPKM.

Justeru itu, beliau meminta lebih ramai pesara yang menyertai PPKM untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dengan menyertai persatuan itu.

"Mengapa mereka hanya pandai meminta sahaja namun enggan menyertai PPKM yang selama ini bekerja keras berusaha merealisasikan pelbagai tuntutan untuk kesenangan pesara," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Bank Rakyat sasar 50,000 pengunjung

Posted:

Karnival Bank Rakyat sasar 50,000 pengunjung

Karnival Bank Rakyat sasar 50,000 pengunjung

KUALA TERENGGANU 24 Jun - Karnival Bank Rakyat Cintai Alam yang diadakan dua hari di Dataran Shahbandar di sini bermula hari ini, menyasarkan untuk menarik 50,000 pengunjung pada penganjuran kali ini.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, Terengganu merupakan lokasi ketiga selepas Melaka dan Kedah masing-masing pada April dan Mei lalu yang berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung.

Melalui karnival itu, katanya, Bank Rakyat dapat mendekatkan diri dengan pelanggan yang berpotensi selain memperkenalkan pelbagai produk keluaran syarikat itu.

"Kita yakin melalui penganjuran dua hari program ini, kita dapat menarik pengunjung di kawasan Pantai Timur untuk sama-sama menyertai program yang diadakan selain mengambil kesempatan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan Bank Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan zakat Bank Rakyat berjumlah RM40,300 kepada enam buah sekolah sekitar Kuala Terengganu di tapak karnival berkenaan di sini hari ini.

Enam sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, SK Darat Batu Rakit, SK Bukit Hulu Nerus, SK Batu Rakit, SK Kepong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyerahkan pembiayaan mikro, Modal Untuk Usahawan Koperasi (MUSK) kepada dua peserta dengan nilai masing-masing RM28,000 dan RM33,000 manakala empat peserta di bawah pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dengan jumlah keseluruhan bernilai RM871,000.

Karnival yang diadakan bermula pukul 10 hingga 6 petang itu berkonsepkan temasya rakyat dan kekeluargaan dengan dimeriahkan pelbagai aktiviti hiburan serta kegiatan perniagaan.

Selain itu, pelbagai acara turut disediakan kepada pengunjung termasuk program bersama Kelab Nuri, pertandingan Vespa tercantik, pertandingan ayam serama, pertandingan busana anggun, futsal, pertandingan dam, suara rakyat, pertandingan fotografi serta acara sukaneka.

Karnival kali ini juga bakal mencatatkan rekod baru dalam Malaysia Book of Records menerusi pembuatan keropok lekor terpanjang di Malaysia yang melibatkan seramai 30 pembuat keropok dan 100 pelajar.

Selain itu, karnival berkenaan turut menyediakan peluang kepada koperasi dan usahawan untuk memasarkan produk masing-masing kepada pengunjung melalui pembukaan 70 gerai.

Karnival Bank Rakyat itu turut dimeriahkan dengan penampilan beberapa penyampai radio THR serta artis tempatan iaitu Maya, Jaafar Onn serta beberapa artis jemputan lain.

Karnival tersebut akan diteruskan di Perak pada 29 dan 30 Oktober dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 3 dan 4 Disember ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved