Sabtu, 25 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Persediaan jadi negara maju

Posted:

Persediaan jadi negara maju

Persediaan jadi negara maju

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak diiringi Azman Mokhtar menunjukkan isyarat 1Malaysia ketika melawat Pintar Mobile Learning Unit (PMLU) selepas melancarkan Hari Terbuka GLC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan agenda kerajaan kini tertumpu kepada usaha transformasi negara dalam memastikan Malaysia bersedia untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata, jika ada sebarang keputusan sukar yang perlu dibuat dalam program transformasi ini, rakyat harus menerimanya untuk kebaikan pada masa depan.

Menurut Najib, beliau amat komited dalam melakukan usaha-usaha transformasi tersebut kerana negara tidak mempunyai pilihan lain selepas melihat kepada kedudukan kewangan awam, kewangan kerajaan dan beberapa isu kawal selia yang akan memberikan kesan kepada iklim pelaburan dan perniagaan.

"Sistem penyampaian kerajaan perlu dipertingkatkan untuk memberikan faedah kepada rakyat daripada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan dan program-program ini berjalan baik serta menunjukkan tanda-tanda menggalakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang perlu ditingkatkan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Hari Terbuka GLC 2011 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar dan ketua-ketua syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Hari terbuka selama tiga hari itu diadakan bertujuan mewujudkan kesedaran serta meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan unik yang dimainkan oleh GLIC dan GLC.

Acara itu juga akan mengetengahkan sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Acara tiga hari itu yang bertemakan "Pembangunan Negara, Menyentuh Kehidupan", bermula pada hari ini, dengan penyertaan lima GLIC dan 18 GLC.

Menurut Perdana Menteri, GLC akan terus melupuskan aset bukan teras dan bukan kompetitif bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut menumpukan kepada perniagaan teras agar terus berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berbangga kerana GLC bukan sahaja telah menunjukkan prestasi yang baik, malah telah mengembangkan perniagaan mereka melangkaui sempadan Malaysia.

"Kita melihat sesetengah GLC ini kini menjadi perbadanan pelbagai negara Malaysia. Inilah jenis transformasi yang kita sasarkan pada persimpangan ini di dalam sejarah negara kita," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka supaya tidak leka tetapi sentiasa bersedia untuk melakukan penambahbaikan termasuk dalam Program Pembangunan Vendor.

Perdana Menteri berkata, program itu bukan sahaja membantu para meningkatkan taraf ekonomi dan bidang perniagaan tetapi menjadi satu cara sempurna yang mana keupayaan menjana kekayaan GLC memanfaatkan komuniti perniagaan secara lebih meluas.

"Menurut Kad Pelaporan, 130 vendor telah lulus (berdikari) dari program tersebut.'' kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku Mizan bimbang perpecahan umat Islam

Posted:

Tuanku Mizan bimbang perpecahan umat Islam

Tuanku Mizan bimbang perpecahan umat Islam

BALIK PULAU 24 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menzahirkan kebimbangan baginda melihat krisis perpecahan yang begitu ketara di kalangan umat Islam ketika ini.

Titah baginda, keadaan itu tidak wajar dibiarkan berterusan kerana dikhuatiri peluang itu digunakan pihak tertentu menangguk di air keruh untuk menghancurkan kekuatan umat Islam.

Justeru, baginda dalam titah ucapannya itu mahu semua pihak mempertingkatkan usaha untuk mengembalikan semula perpaduan sesama umat Islam selain menghindari perbuatan yang boleh mencetuskan perpecahan dengan mengamalkan budaya mazmumah.

"Umat Islam perlu mengambil pengajaran apa yang berlaku di negara Islam lain yang bertelagah sesama sendiri. Tiada siapa yang memperoleh manfaat, sebaliknya rakyat yang terus menderita dan negara tidak stabil akibat pertelingkahan yang berpanjangan.

"Kita perlu mengambil pengajaran supaya perkara yang sama dapat dibendung daripada berlaku di negara ini," titah baginda ketika merasmikan Kompleks Pendidikan Maahad Al- Mashoor Al-Islami di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Baginda dalam titahnya turut menyeru umat Islam untuk hidup bersatu padu di bawah satu akidah dan agama dengan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kelompok sendiri.

Titah baginda, umat Islam juga perlu sentiasa bekerjasama dan bersatu dalam semua perkara terutama yang boleh membawa kebaikan kepada agama dan umat Islam keseluruhannya.

Sementara itu, baginda selaku Ketua Agama Islam Pulau Pinang dalam titah ucapannya berharap pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami dapat melahirkan generasi penyambung perjuangan generasi silam yang berjaya meletakkan umat Islam ke tahap yang ada pada hari ini serta mampu memberi impak besar kepada negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak rahsia pertahanan bocor

Posted:

Elak rahsia pertahanan bocor

Elak rahsia pertahanan bocor

KUALA LUMPUR 24 Jun - Pengamal media di negara ini disaran supaya peka berhubung jenis maklumat yang akan mereka sampaikan kepada orang ramai bagi mengelakkan rahsia pertahanan negara bocor ke tangan musuh.

Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, penyiaran gambar-gambar sensitif berkaitan ATM misalnya boleh mendedahkan aset pertahanan negara kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Dalam memastikan keselamatan maklumat strategik daripada jatuh ke tangan musuh, pihak media diharap dapat memberikan perhatian yang serius berhubung gambar-gambar di kawasan sensitif dan aset strategik negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sebagai contoh, katanya, rakaman pesawat Sukoi milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) dari jauh sememangnya mempunyai nilai kewartawanan kepada golongan tersebut, namun rakaman dari dekat sehingga memperlihatkan jenis teknologi yang digunakan pesawat itu akan memberi maklumat kepada musuh tentang kemampuan pesawat berkenaan.

"Pengamal media turut disaran untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan ATM dalam merealisasikan perkongsian maklumat seperti memberikan input berguna bagi tugas risikan terhadap ancaman dalam bentuk tradisional mahupun bukan tradisional," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved