Ahad, 26 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kepak 2011 diserbu

Posted:

Kepak 2011 diserbu

Kepak 2011 diserbu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pengunjung mengisi borang kerja kosong di Karnival Program Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011, Johor Bahru, semalam. – MINGGUAN/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 25 Jun – Karnival Program Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 anjuran kerajaan negeri merupakan platform terbaik kepada golongan muda mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Tinjauan Mingguan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada mendapati, kebanyakan gerai yang menawarkan peluang kerjaya menjadi tumpuan golongan remaja bagi mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Seorang pengunjung, Nurul Hazirah Bahor, 21, berkata, Kepak 2011 merupakan program yang amat diperlukan oleh golongan muda yang sedang mencari pekerjaan sepertinya.

"Di sini banyak peluang pekerjaan disediakan kepada para pengunjung merangkumi pelbagai sektor sesuai dengan kehendak semasa," katanya.

Program selama empat hari yang bermula Khamis lalu itu merupakan program turun padang secara menyeluruh dan agresif yang membabitkan semua agensi kerajaan dan swasta dalam usaha mempertingkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Kepak 2011 juga menyasarkan kumpulan lepasan sekolah, pusat latihan kemahiran dan pengajian tinggi yang sedang mencari pekerjaan atau peluang perniagaan.

Program tersebut juga memberi peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan termasuk suri rumah, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas.

Syahrul Syizwan Samion, 23, turut mengakui Kepak 2011 menjadi lokasi terbaik bagi golongan siswazah mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan masing-masing dan pengalaman.

Menurutnya, kehadiran pelbagai syarikat serta agensi kerajaan berhimpun di bawah satu bumbung dengan menawarkan peluang pekerjaan memudahkan golongan pencari kerja mendapatkan maklumat dan kerjaya yang diminati.

Seorang lagi pengunjung, Nurhaizum Bahor, 18, pula berkata, Kepak 2011 bukan sahaja platform bagi orang ramai mencari pekerjaan tetapi juga lokasi bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

"Pelbagai gerai pameran yang terdiri daripada institusi pengajian tinggi (IPT) dan kolej swasta menawarkan program kemahiran untuk golongan belia yang berminat," katanya.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan majalah terbitan Kumpulan Utusan seperti Mastika, URTV, Hai dan Al-Islam pada harga potongan sebanyak 20 peratus dijemput ke gerai jualan Utusan Malaysia di lokasi tersebut.

Akhbar Utusan Malaysia dilantik sebagai media rasmi Kepak 2011 yang berakhir esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pandan Uptown bantu peniaga perkenal produk

Posted:

Pandan Uptown bantu peniaga perkenal produk

Pandan Uptown bantu peniaga perkenal produk

JOHOR BAHRU 25 Jun - Kewujudan Pandan Uptown di sini merupakan platform terbaik untuk memperluaskan jaringan perniagaan dalam kalangan usahawan kecil yang baru menceburi bidang itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, berkonsepkan bazar malam dengan kemudahan khas untuk berniaga, Pandan Uptown secara tidak langsung dapat memberi ruang kepada peniaga baru memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

Beliau berkata, pembukaan Pandan Uptown merupakan usaha yang amat dialu-alukan kerana ia bertepatan dengan hasrat kerajaan menggalakkan masyarakat menyertai bidang perniagaan sebagai salah satu aktiviti meningkatkan pendapatan keluarga.

"Para peniaga perlu memberikan penekanan kepada empat aspek utama dalam memastikan perniagaan mereka terus maju iaitu produk, lokasi, harga dan promosi.

"Saya yakin Pandan Uptown mampu bertahan lama dan pada masa sama akan menjadi salah satu destinasi membeli-belah dengan syarat produk yang ditawarkan memenuhi kehendak orang ramai pada harga berpatutan," katanya pada majlis perasmian Pandan Uptown di Pandan City di sini malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Maulizan Bujang.

Abdul Ghani berkata, lokasi Pandan Uptown yang agak strategik menjadikan ia sebahagian daripada tempat tarikan terutamanya kepada warga Singapura yang datang ke Johor Bahru.

Beliau turut mengingatkan para peniaga di situ supaya sentiasa memastikan produk yang dipasarkan memenuhi kehendak semasa bagi membolehkan perniagaan mereka tidak ketinggalan.

"Saya difahamkan warga Singapura juga berminat untuk membeli-belah di sini kerana harga barangan yang ditawarkan agak menarik di samping produknya yang berkualiti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved