Jumaat, 20 Mei 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nenek ajar Chef Ammar memasak

Posted:

Nenek ajar Chef Ammar memasak

Nenek ajar Chef Ammar memasak

rekreasi@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

BIJAK menilai makanan kegemaran masyarakat dunia, beliau sememangnya kreatif dalam penyediaan pelbagai resipi masakan terutamanya masakan Mediterranean yang telah sebati dengannya.

Chef Ammar mula serius dalam bidang masakan sejak dari kecil dan banyak belajar daripada ibu dan nenek beliau.

Daripada situ, beliau mula mendalami bidang tersebut dengan mempelajari pelbagai jenis resipi dan cara penyediaan berdasarkan pengalaman yang diperolehi tanpa sebarang pendidikan formal sejak berkecimpung dalam bidang tersebut.

"Penglibatan saya dalam bidang masakan atas dasar minat yang mendalam terhadap makanan yang enak dan di awalnya saya banyak mempelajari cara-cara memasak daripada ibu dan nenek saya.

"Di tempat kelahiran saya, dapur merupakan tempat buat wanita dan saya pernah dimarahi oleh nenek dan ibu saya apabila cuba untuk membantu mereka di dapur," katanya yang berasal dari Jordan.

Walaupun demikian, minat terhadap masakan tidak pernah luntur dan beliau mula bercita-cita untuk menjadi seorang chef.

Memandangkan bidang masakan merupakan nadi kehidupan dan rezekinya, Chef Ammar sentiasa mahukan kelainan gaya ataupun identiti tersendiri dalam setiap masakkannya.

Rempah ratus dari Malaysia sering menjadi perhatiannya untuk mendapatkan ilham dalam penyediaan resipi baru.

Mengulas lanjut mengenai bidangnya itu, setiap resipi yang dihasilkan lebih kepada konsep makanan asli.

Ini kerana jelasnya lagi, konsep masakan seperti itu lebih enak selain dapat mengekalkan budaya yang terdapat pada masakan tersebut tanpa gabungan daripada mana-mana konsep masakan.

"Saya suka mengekalkan tradisi masakan tersebut kerana ia lebih enak dimakan. Jika kita masak sesuatu yang diubah, ia memerlukan masa untuk masyarakat di sekeliling menerima masakan tersebut," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tabik atas mereka

Posted:

Tabik atas mereka

Tabik atas mereka

rekreasi@utusan.com.my

PERIBAHASA ini mungkin cukup tepat untuk didedikasikan kepada para seniman tanah air yang telah pergi dengan meninggalkan banyak jasa dalam menyemarakkan dunia seni tanah air biar apa pun genrenya.

Tabik atas kehadiran dan pengorbanan yang pernah di lakukan oleh seniman-seniman ini yang tidak pernah jemu memperjuangkan martabat seni negara.

Sesungguhnya karya seni mereka tidak ada penghujungnya, tiada hadnya dan tiada sempadannya walaupun kita telah kehilangan mereka bertahun dahulu.

Atas dasa itu, Balai Seni Lukis Negara kini memberi penghormatan kepada pelukis-pelukis yang telah meninggal dunia melalui penerbitan buku Tabik Tribute To Late Artists yang merupakan koleksi himpunan tetap negara.

Ia ditujukan bagi memperingati 27 pelukis tanah air yang lahir dari 1900 dan telah meninggal dunia.

Serentak dengan itu diadakan pameran himpunan lukisan 27 pelukis berkenaan di Galeri Reka pada 26 April hingga 19 Jun.

Mereka yang dimaksudkan ialah Abdullah Ariff (1904-1960), Ahmad Azhari Mohd. Noor (1955- 2006), A.J. Rahman (1922-1995), Ibrahim Abu Bakar (1925-1977), Ahmad Khalid Yusof (1934-1997), Chia Yu Chian (1936- 1990), Mohamad Daham Sulaiman (1950- 2000), Dzulkafli Buyong (1948-2004), Ibrahim Hussein (1936-2009), Idris Abdul Salam (1920-2005), Ismail Zain (1930-1991), Joseph Tan Chin Jin (1941-2001), Kok Yew Puah (1947-1999), Lai Foong Moi (1931-1995), Mansor Ghazali (1930-2009), Mazeli Mat Som (1938-1991), Mohd Sallehuddin @Ismail Abdul Jalal (1914-1982), Nik Zainal Abidin Nik Salleh (1936-1993), Omar Bassaree Sheikh Abdul Hamid (1918- 1987), Patrick Ng Kah Onn (1932-1989), Redza Piyadasa (1962-2007),

Syed Shaharuddin Syed Bakeri (1947-2006), Tan Choon Ghee (1930-2010), Tay Hooi Keat (1910-1989), Yong Mun Sen (1896-1962), Yusuf Abdullah (1928 - 2006) dan Zulkifli Md. Dahlan (1952-1977).

Sememangnya amat wajar untuk kita sama-sama melihat dan merenung kembali sumbangan, peranan, jasa dan semangat mereka dalam perkembangan seni visual negara.

Bagi mereka, seni merupakan rencah kehidupan seperti dalam petikan Al-Ghazali yang menggambarkan seni bagi seorang pelukis itu melambangkan aspek batiniah yang subjektif.

Sesungguhnya karya seni seni mereka itu tidak ada penghujungnya, tiada hadnya dan tiada sempadannya walaupun seni visual telah kehilangan meraka.

Seniman ikon Malaysia

Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein, seniman ikon Malaysia merupakan antara pelukis yang dikenali ramai, malah lukisan-lukisan beliau kini ada yang bernilai jutaan ringgit.

Pengasas kepada Musium Seni dan Landasan Budaya Ibrahim Hussein di Langkawi itu diiktiraf sebagai seorang seniman luar biasa yang banyak menyentuh lukisan berkisar pada kehidupan, kemanusiaan, peristiwa dan personaliti.

Maka tidak hairanlah mengapa beliau dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada tahun 2007.

Selain itu, menyentuh kembali kejayaan beliau sebelum terkenal, Ibrahim pernah memenangi anugerah kerja berdasarkan mesin cetak ketika beliau menuntut di Byam Shaw School, London pada tahun 1959 hingga 1963.

Ibrahim juga diberikan biasiswa daripada Royal Academy selepas tamat pengajian, di mana dia memenangi Griffin Prize untuk kerja beliau bertajuk Lovers dan biasiswa-biasiswa Rockefeller pada tahun 1967.

Kontroversi lukisan 13 Mei telah dihasilkan beliau empat bulan selepas rusuhan perkauman itu berlaku.

Ketika itu, beliau berada di New York dan menganggap tragedi tersebut sebagai satu tragedi manusia, bukan satu tragedi negara.

Apabila beliau menjelaskan lukisan tersebut kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak ketika itu, mengapa dia melukis di atas Bendera Malaysia sepanjang 12 kaki, Tun Abdul Razak telah berjanji kepada beliau bahawa lukisan itu tidak akan dijual atau dikeluarkan dari negara.

Baginya, kebolehan melukis yang dimiliki beliau itu merupakan suatu pemberian Tuhan kepadanya dan beliau pernah berkata, "lukisan merupakan satu doa yang menyatakan kesyukuran kepada Tuhan."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved