Rabu, 4 Jun 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Tunku Sallehhuddin dilantik Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Posted: 03 Jun 2014 10:38 PM PDT

ALOR SETAR 4 Jun - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuat kuasa mulai 21 Mei.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dalam satu kenyataan berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Sallehhuddin atas pelantikan itu.

Dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - UTUSAN ONLINE

LHDN perlu kaji semula pelaksanaan arahan potongan cukai tambahan - Cuepacs

Posted: 03 Jun 2014 09:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) bermula 16 Jun ini sebagai tidak kena pada masanya dan hanya menambah beban kepada penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada sudah cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja ini yang menjangkau 1.4 juta orang.

``Cuepacs merasakan (PCB) yang sedia ada kepada penjawat awam masih belum selesai. Mereka dipaksa bayar awal kepada LHDN dan selaraskan kemudian. Kalau terlebih bayar, lambat pula dipulangkan.

``Kami merasakan dengan kekangan kos yang semakin meningkat dan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Jualan) tak lama lagi, kerajaan (seharusnya) mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000 dalam bajet 2015,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam LHDN mengeluarkan kenyataan berhubung Arahan CP38 kepada majikan bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada.

Dalam kenyataan itu, LHDN berkata, arahan itu akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.

Mengulas lanjut, Azih berkata, lebih wajar jika tindakan itu ditangguh dan diperhalusi dahulu serta difikirkan semula sama ada ia benar-benar sesuai untuk dilaksanakan.

``Kerajaan minta tingkatkan produktiviti, prestasi, tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada mereka.

``Sedangkan golongan penjawat awam terpaksa memikirkan pasal harga rumah yang mahal, pendidikan anak-anak, kos sara hidup meningkat dan sebagainya,'' katanya. - BERNAMA

Pesawat China Airlines ke Taipei ditunda masalah radar

Posted: 03 Jun 2014 09:25 PM PDT

PULAU PINANG 4 Jun - Sebuah pesawat China Airlines, CI 732 yang sepatutnya berlepas Ke Taipei dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini malam tadi, terpaksa ditangguhkan selepas mengalami masalah teknikal pada radar.

Menurut sumber, pesawat yang membawa 150 penumpang itu sepatutnya berlepas pada pukul 10.30 malam.

Walau bagaimanapun, LTABL menerima pengesahan daripada juruterbang yang pesawat jenis Boeing 737-800 itu tidak dapat meneruskan penerbangan.

"Pasport milik penumpang kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk pembatalan cop berlepas dan kesemua penumpang dibawa ke dua buah hotel di Georgetown," kata sumber itu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved