Isnin, 28 April 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pemaju disyaratkan hantar sisa pepejal ke Sungai Kertas

Posted: 28 Apr 2014 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 April - Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan di bandar raya ini akan diwajibkan menghantar semua sisa pepejal pembinaan ke Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas, Gombak sebagai syarat untuk mendapat Arahan Pembangunan (DO).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, syarat itu akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah lambakan pembuangan sisa pepejal pembinaan haram.

"Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Kertas seluas 5.7 hektar menyediakan kemudahan pemprosesan semula sisa bahan binaan untuk dijadikan agregat yang boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan bangunan.

"Ini penting memandangkan pelbagai projek pembangunan semula yang melibatkan perobohan bangunan akan dijalankan seperti Flat Pekeliling, sekitar Pudu dan Chow Kit serta Menara Tradewinds di Jalan Raja Laut," katanya semasa lawatan ke tapak itu di sini hari ini. - BERNAMA

Tiada kes baharu MERS-CoV

Posted: 28 Apr 2014 03:12 AM PDT

PUTRAJAYA 28 April - Tiada kes baharu dan tiada kluster jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) dilaporkan dari seluruh negara menjadikan jumlah kumulatif kes itu kekal sebagai satu kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh pengawasan kesihatan selama 14 hari dari tarikh akhir dalam kalangan mereka atau kontak yang terdedah kepada satu kes kematian yang disahkan dijangkiti MERS-CoV di Johor tamat semalam.

"Secara kumulatif seramai 222 kontak telah berjaya dikesan dari seluruh negara dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat.

"Tiada sampel yang dikesan positif jangkitan MERS-CoV daripada 79 sampel yang telah diambil daripada kontak rapat yang bergejala dan tidak bergejala," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes kematian pertama negara akibat MERS-CoV melibatkan seorang lelaki berusia 54 tahun dari Batu Pahat, Johor, yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail selepas mengadu demam, batuk dan kesukaran bernafas, kira-kira 10 hari selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima laporan sejumlah 261 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal yang meliputi 93 kematian dari seluruh dunia. - BERNAMA

Pasukan keselamatan Filipina hampiri lokasi mangsa culik disembunyi

Posted: 28 Apr 2014 03:02 AM PDT

LAHAD DATU 28 April - Pihak berkuasa keselamatan Filipina kini menghampiri lokasi dua wanita yang diculik di Singamata Reef Resort disembunyikan dan berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan mereka.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

"Pihak keselamatan Filipina sedang menghampiri kawasan di mana mangsa culik disembunyikan dan sedang berusaha menyelamatkan mereka tanpa dicederakan.

"Pegawai Esscom juga pergi ke sana hingga ke kepulauan Jolo dan pegawai kita telah berbincang dengan bahagian risikian Filipina untuk menyelamatkan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas risikan, warga China itu Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dibenarkan hampir setiap hari membuat panggilan telefon kepada anggota keluarganya.

Pelancong China itu dan pekerja resort tersebut warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada 2 April lepas dan meminta wang tebusan. - BERNAMA

-- BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved