Ahad, 11 Ogos 2013

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Beberapa kedutaan AS di Timur Tengah dibuka semula

Posted: 11 Aug 2013 10:17 AM PDT

DUBAI 12 Ogos - Beberapa kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah yang di tutup ekoran amaran keselamatan serangan dari Al-Qaeda pada 4 Ogos lalu kini dibuka semula, semalam.

Kedutaan yang dibuka semula adalah di ibu negara Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi, konsulat AS di Dubai dan Libya.

Sementara itu, kedutaan di Arab Saudi iaitu di Riyadh, Jeddah dan Dhahran kekal tutup, termasuk di negara jiran Qatar.

Minggu lalu, Washington mengarahkan supaya 19 kedutaannya di Timur Tengah dan Afrika ditutup ekoran faktor keselamatan. - AFP

Kesihatan Mandela semakin stabil

Posted: 11 Aug 2013 10:15 AM PDT

JOHANNESBURG 12 Ogos - Tahap kesihatan Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kini beransur pulih tetapi beliau masih diletakkan dalam keadaan kritikal, kata pihak kerajaan hari ini.

Pemimpin anti-apartheid berusia 95 tahun itu sudah berada di Hospital Pretoria selama dua bulan untuk rawatan jangkitan paru-paru yang berulang.

"Tahap kesihatan bekas presiden meningkat secara perlahan tetapi stabil, kata Presiden Afrika Selatan dalam satu kenyataan, sambil menambah Mandela bagaimanapun masih diletakkan di dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, anak bongsu Mandela berkata kesihatan bapanya semakin baik setiap hari dan beliau sudah boleh duduk untuk beberapa minit. - Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved