Sabtu, 27 April 2013

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Unisza bakal lancar sistem tempahan penginapan

Posted: 26 Apr 2013 12:38 PM PDT

KUALA TERENGGANU 26 April - Dalam usaha membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) bakal melancarkan sistem tempahan penginapan dalam talian bagi kemudahan lebih 400 pengusaha dan penyedia penginapan di negeri ini.

Melalui kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, projek perintis itu diusahakan syarikat milik universiti tersebut, UniSZA Holding Sdn. Bhd. dan akan dipantau oleh anak syarikatnya, UniSZA Tourism Sdn. Bhd.

Memorandum persefahaman (MoU) kerjasama itu ditandatangani antara Unisza dan YPU hari ini bagi menyediakan platform sistematik untuk membolehkan perkhidmatan tersebut terus ditawarkan kepada pelanggan dengan lebih selesa dan mudah dicapai.

Menerusi MoU itu, UniSZA menjadi universiti pertama yang menyediakan platform berkenaan dengan menawarkan penyediaan penginapan yang melibatkan seluruh pengusaha hotel, motel, resort, rumah tumpangan, rumah tetamu dan inap desa yang diusahakan penduduk kampung secara kecil-kecilan.

Menurut Naib Canselor Unisza, Prof. Dr. Yahya Ibrahim, sistem itu dalam peringkat pertama yang mana pihak pengendali sedang mengumpulkan maklumat berkaitan jumlah pengusaha terlibat dalam bidang tersebut secara langsung atau tidak langsung.

Kata beliau, pihaknya akan menjelaskan secara terperinci berhubung sistem berkenaan yang dijangka dilancar dan dirasmikan kira-kira tiga bulan lagi dalam majlis pengumuman projek berkenaan.

Tiada kuliah pada hari pengundian

Posted: 26 Apr 2013 12:38 PM PDT

KUALA TERENGGANU 26 April - Para pensyarah yang bertindak mengadakan kuliah ketika berlangsungnya proses pengundian 5 Mei ini sehingga menghalang penuntut mereka keluar mengundi boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Tarikh berkenaan telah diumum sebagai cuti umum di negeri ini dan sepatutnya tiada kuliah diadakan melibatkan para pelajar yang layak mengundi.

Walau bagaimanapun, pemangku Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Dr. Nik Wan Nik Omar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan tentang jadual pelaksanaan kuliah pada tarikh itu.

"Kira-kira 1,800 pelajar universiti ini layak mengundi pada 5 Mei ini dan saya harap mereka semua akan berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Khidmat Percuma Kepada Pengusaha-pengusaha Penginapan Pelancongan di Terengganu di sini semalam.

Nik Wan mengulas dakwaan sesetengah pihak yang memaklumkan terdapat segelintir pensyarah di beberapa universiti yang mahu meneruskan kuliah pada tarikh pengundian.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved