Isnin, 2 Januari 2012

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


22,575 murid tahun satu di WP

Posted:

22,575 murid tahun satu di WP

22,575 murid tahun satu di WP

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seramai 22,575 murid tahun satu akan memulakan sesi persekolahan 2012 di Wilayah Persekutuan, Rabu ini melibatkan 197 buah sekolah.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang berkata, sekolah-sekolah kini sibuk membuat persiapan terakhir supaya hari pertama persekolahan berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya menempatkan lebih 70 pegawai untuk memantau hari pertama persekolahan nanti bertujuan memastikan sekolah memulakan kelas selain melihat sebarang kekurangan keperluan asas murid-murid.

"Setiap sekolah juga telah diingatkan supaya menyiapkan jadual waktu pembelajaran dan pengajaran (P&P) supaya semuanya berjalan lancar," jelas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

100 murid terima bantuan persekolahan 2012

Posted:

100 murid terima bantuan persekolahan 2012

100 murid terima bantuan persekolahan 2012


SEBAHAGIAN daripada murid-murid sekolah gembira selepas menerima bantuan persekolahan sumbangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 1 Jan. - Seramai 100 murid dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan persekolahan daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bendera.

Mereka yang terdiri daripada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam itu menerima pakaian sekolah dan alat tulis sebagai persiapan menjelang musim baru persekolahan Rabu ini.

Ketua Puteri Bahagian Bukit Bendera, Haslina Abdul Rashid berkata, pemberian sedemikian diharap dapat menyemarakkan semangat kanak-kanak tersebut untuk ke sekolah.

"Kami berharap agar kanak-kanak ini dapat menjalani sesi persekolahan dengan baik di samping membantu meringankan beban ibu bapa mereka kerana ada di kalangan keluarga mereka terdiri daripada ibu tunggal.

"Pemilihan ini tidak menyeluruh, namun kami di Bahagian Bukit Bendera akan berusaha bagi membantu mereka yang belum menerima bantuan persekolahan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Rozelinawati Ramlan, 34 berkata, dia terharu dengan sumbangan tersebut kerana ia ternyata meringankan kos sara hidup keluarganya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved