Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Air pasang besar tarikan baru

Posted:

Air pasang besar tarikan baru

Air pasang besar tarikan baru

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


ORANG ramai yang mengunjungi Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian 'bermain air' di hadapan pintu masuk semasa air pasang besar, semalam.


PONTIAN 29 Dis. - Fenomena air pasang besar yang berlaku kebelakangan ini membawa daya tarikan bagi Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP).

Sejak hujung minggu lalu, ramai penduduk Kampung Tanjung Piai serta pelancong mengunjungi taman negara tersebut untuk melihat serta 'bermain' air di kawasan pintu masuk taman negara sejak awal pagi.

Menurut Pengurus TNJTP, Khalid Zahrom, penduduk kampung memang menanti untuk bermain air ibarat di taman tema air bersama ahli keluarga seperti mana tahun-tahun sebelumnya apabila kejadian air pasang besar membawa air laut memenuhi halaman masuk ke taman negara setinggi paras buku lali.

"Kami membuka laluan masuk berasingan kepada para pelawat dan memaklumkan mereka mengenai kejadian air pasang itu. Bagi tempoh musim cuti kehadiran pelancong serta penduduk setempat cukup menggalakkan.

"Bagi yang pertama kali sampai ke sini, mereka seronok melihat orang ramai bermain air pasang yang mungkin tidak dapat dilihat di tempat lain. Biasanya orang menjauhkan diri tetapi kami memberi peluang bermain air dengan pengawasan," katanya selepas meninjau fenomena air pasang di sini semalam.

Khalid mengakui kejadian air pasang besar itu memberi kesan kepada TNJTP kerana setiap tahun akan kehilangan keluasan tanah disebabkan hakisan pantai yang kritikal, namun usaha bagi mengawal kejadian hakisan terus dijalankan termasuk dengan program penanaman pokok-pokok bakau.

Pengunjung dari Sabah, Farah Mohd. Raslim, 28, menyifatkan kunjungan pertama kali ke TNJTP cukup menarik apabila melihat fenomena air pasang ketika ini.

"Ini kali pertama saya melihat orang ramai bermain air pasang dan ia perlu dijadikan satu daya tarikan baru kepada para pelawat yang bercadang datang ke taman negara ini," ujarnya.

Seorang penduduk tempatan, Sudin Mohammad, 48, berkata, penduduk kampung memang biasa dengan keadaan seperti itu dan mengambil kesempatan bermain bersama anak-anak kerana kawasan Tanjung Piai tidak mempunyai pantai untuk mandi-manda.

Full content generated by Get Full RSS.

KIK platform tingkat mutu perkhidmatan UTM

Posted:

KIK platform tingkat mutu perkhidmatan UTM

KIK platform tingkat mutu perkhidmatan UTM

JOHOR BAHRU 29 Dis. - Kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) disaran untuk menjadikan Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebagai platform bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan universiti itu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Datuk Dr. Marzuki Khalid berkata, konvensyen KIK yang diperkenalkan sejak 2005 itu memberi peluang kepada tenaga kerja dan kakitangan universiti membentangkan hasil projek yang telah dijalankan.

Jelas beliau, ia kemudian akan diaplikasikan bagi penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan sekali gus memberikan kepuasan kepada para pelanggan terutama penuntut universiti berkenaan.

''Saya berharap konvensyen ini akan terus dijadikan medan untuk meningkatkan lagi mutu kerja dan perkhidmatan di fakulti masing-masing pada masa akan datang.

''Dekan-dekan fakulti juga diharap dapat memberi sokongan dan penghargaan kepada kakitangan mereka yang telah banyak meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan konvensyen ini," katanya ketika berucap sempena majlis penutupan konvensyen KIK peringkat UTM, di sini hari ini.

Sebanyak sembilan kumpulan antaranya daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Pejabat Pendaftar mengikuti konvensyen selama dua hari bermula semalam.

Pasukan 5K dari Bahagian Perpusatakaan Sultanah Zanariah muncul sebagai Kumpulan Terbaik dan Persembahan Terbaik bagi kategori teknikal sekali gus membawa pulang wang tunai keseluruhan RM2,500, piala iringan, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Kumpulan Inspire dari Bahagian Pengurusan Modal Indan (HMC), Pejabat Pendaftar turut memenangi kategori pengurusan bagi Persembahan Terbaik manakala kumpulan Elit dari Fakulti Pendidikan memenangi kategori pengurusan bagi Kumpulan Terbaik.

Sementara itu, ketua pasukan 5K, Salihudin Bakri, 27, berkata pasukannya mencipta sistem 'aesy' bagi memudahkan lagi para pelanggan mencari buku rujukan di perpustakaan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved