Selasa, 29 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Permukaan jalan licin, berminyak

Posted:

Permukaan jalan licin, berminyak

Permukaan jalan licin, berminyak

Saudara Pengarang,
PENDUDUK BIMBANG
Kampung Felda Semenchu, Kota Tinggi


Kemalangan di jalan masuk utama ke Kampung Felda Semencu, Kota Tinggi baru-baru ini dipercayai berpunca daripada keadaan jalan licin kesan tumpahan minyak biji kelapa sawit.


PENDUDUK Kampung Felda Semenchu, Kota Tinggi amat berharap pihak berwajib menangani masalah permukaan jalan yang licin di jalan masuk utama kampung tersebut.

Mereka mendakwa, permukaan jalan menjadi licin disebabkan minyak buah kelapa sawit yang terjatuh daripada lori pengangkut yang keluar masuk dari kilang di tanah rancangan itu.

Keadaan itu membimbangkan dan mereka kesal dengan sikap pihak terbabit yang mengambil jalan mudah dengan sewenang-wenangnya menggunakan laluan itu tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Lebih membahayakan apabila musim hujan keadaan jalan tersebut yang licin bagaikan perangkap maut kepada pengguna.

Banyak kenderaan sering hilang kawalan semasa melalui jalan tersebut dan jika tidak diatasi segera keadaan itu dikhuatiri lebih membahayakan pengguna sehingga boleh meragut nyawa.

Saya difahamkan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa, namun rintihan penduduk seolah-olah tidak diambil peduli malahan hingga ini, belum ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkenaan.

Saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampung di sini.

Walaupun pihak pengurusan kilang ada memasang papan tanda amaran yang memaklumkan permukaan jalan licin, namun ia tidak memadai kerana jalan tetap licin terutamanya semasa hujan.

Full content generated by Get Full RSS.

Baiki segera penutup tiang lampu tercabut

Posted:

Baiki segera penutup tiang lampu tercabut

Baiki segera penutup tiang lampu tercabut


Keadaan penutup lampu jalan yang terbuka selain wayarnya terjulur keluar boleh membahayakan keselamatan orang ramai di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 28 Nov. - Banyak penutup tiang lampu jalan di bandar raya ini didapati tidak diselenggara dengan baik sehingga boleh membahayakan keselamatan orang ramai khususnya pejalan kaki.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar raya ini mendapati kebanyakan penutup lampu jalan ini sudah tercabut, kemek mahupun dalam keadaan terbuka.

Lebih membahayakan lagi, terdapat wayar-wayar yang berselirat di dalam tiang lampu itu terjulur keluar.

Seorang pekerja swasta, Md. Yatim Yaakob, 31, berkata, keadaan tiang lampu yang tidak berpenutup boleh membahayakan nyawa orang ramai yang memegangnya.

"Kita tidak mahu orang ramai khususnya pejalan kaki terpegang atau tersentuh wayar pada tiang lampu itu kerana ia berbahaya.

"Ini kerana terdapat kes kanak-kanak yang meninggal dunia selepas dipercayai terpegang tiang lampu suatu ketika dahulu dan ia boleh terjadi kepada orang lain juga," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Md. Yatim, penutup tiang lampu tersebut seharusnya berada dalam keadaan tertutup dan seandainya terbuka atau tercabut ia hendaklah diselenggara dengan segera.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved