Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Masakan Patrus selalu dipuji

Posted:

Masakan Patrus selalu dipuji

Masakan Patrus selalu dipuji

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my

PUJIAN dan kritikan dianggap sebagai asam garam dalam bidang masakan, lebih-lebih lagi kajian menunjukkan perbuatan tersebut yang dilakukan secara ikhlas pasti menimbulkan perasaan positif kepada penerimanya.

Barangkali inilah faktor yang menyebabkan para chef terasa dihargai selepas mendengar pujian dan kritikan secara terbuka.

Bagi Sous Chef Patrus Maslin Barawit yang berasal dari Kota Belut, Sabah, pujian dan kritikan yang diberikan pelanggan boleh memberikan kepuasan dalam diri seorang chef.

"Sebagai chef yang sentiasa sibuk menyediakan juadah enak kepada tetamu pastinya berasa gembira dan dihargai selepas mendengar pujian dan kritikan daripada para pelanggan.

"Bagi saya, kata-kata itu merupakan antara kenangan manis sejak berkecimpung dalam bidang ini hampir 20 tahun lamanya," katanya.

Menurutnya, kebanyakan tetamu dan pelancong selalu memuji masakannya dan tidak kurang juga ada yang memberikan pelbagai tip masakan kepadanya.

"Saya rasa berpuas hati mendengar pujian dan kritikan mereka kerana tanpa kata-kata itu sudah tentu saya tidak boleh menyediakan hidangan yang lazat.

"Salah seorang pengunjung yang merupakan pelancong asing dari Sweden pernah menawarkan pekerjaan di negaranya kerana dia berpuas hati dengan masakan yang saya sediakan kepadanya.

"Tetapi memandangkan saya sudah berumah tangga, saya menolak tawarannya dengan cara baik kerana saya lebih selesa tinggal di Malaysia," jelasnya.

Ketika di tanya bolehkah pujian membuatkan seorang chef bertukar sikap dan pemikirannya dari negatif kepada yang lebih positif, Chef Patrus tersenyum dan memberikan jawapan mudah, pujian tidak sentiasa membuat orang yang dipuji berasa seronok.

"Terpulang kepada bagaimana orang yang dipuji menerima dan mentafsirkan pujian tersebut kerana katakanlah, seorang suami memuji lauk yang dimasak oleh isterinya. Apakah yang mungkin terjadi?

"Bagi saya, isteri itu pastinya berasa dirinya istimewa dan bertambah kasih kepada suaminya kerana pujian itu.

"Itulah yang dirasakan oleh para chef selepas dipuji. Pujian itu juga boleh membuatkan seseorang chef itu lebih menyukai pekerjaannya," ujarnya.

Beliau berkata, cara yang lebih baik ialah luahkan apa yang dirasai pelanggan secara ikhlas jika juadah yang dinikmatinya itu tidak kena dengan seleranya maka berikan kritikan yang membina kepada chef tersebut.

"Sebagai contoh, berikan sedikit kritikan seperti kari itu sedap tetapi terlalu pekat.

"Pujian seperti itu akan membuat chef berasa sangat seronok mendengarnya di sebalik kritikan , perbuatan itu pastinya membuatkan chef tersebut bertambah yakin dengan kebolehannya.

"Keyakinan itulah yang membuatkan chef rasa bahawa dia sudah berjaya. Sebagai contoh, dulu chef tersebut tidak pandai membuat rendang kerana dia pernah dikritik.

"Tetapi sekarang chef itu sudah berjaya membuat rendang yang lazat kerana masakannya itu telah dipuji," katanya.

Dalam pada itu katanya, mendengar pujian dan kritikan daripada orang yang sangat cerewet, memilih, kritis, serta lokek dengan pujian pastinya menyeronokkan.

"Pendek kata, kalau masakan itu betul-betul bagus, pujian harus diberikan tetapi jika masakan itu tidak enak dimakan, maka jangan pura-pura dengan hidangan itu.

"Apa pun pastinya seorang chef pastinya ingin menyediakan hidangan terbaik mereka kepada tetamunya," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Takut ibu, ayah bercerai

Posted:

Takut ibu, ayah bercerai

Takut ibu, ayah bercerai

Puan Aniz,
Saya Melissa, berusia 16 tahun dan hanya dua beradik dalam keluarga. Masalah saya adalah berkaitan ibu dan ayah saya, mereka sudah tidak sehaluan lagi dan selalu sahaja bergaduh kerana ayah mempunyai teman wanita baru. Sebagai anak sulung, saya melihat kesedihan dan tekanan yang ibu alami tetapi dalam masa sama, saya sendiri tidak berani untuk masuk campur kerana sikap ayah yang panas baran sejak terjebak dengan hubungan ketiga ini. Kadang-kala ibu juga melepaskan tekanan kepada kami adik-beradik, mungkin ibu juga sangat tertekan dengan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Tolong puan, saya takut dan bimbang kalau mereka bercerai dan saya sendiri terpaksa membuat pilihan sama ada ingin tinggal bersama ayah atau ibu. Saya sangat sedih sebenarnya dengan apa yang berlaku dan pelajaran saya turut terganggu.

Melissa

Kota Kinabalu.

Terima kasih atas kiriman e-mel daripada adik Melissa. Tersentuh hati saya membaca kiriman e-mel ini , tidak dapat dinafikan apabila berlakunya keretakan dalam rumahtangga mahupun konflik dalam institusi perkahwinan, yang menerima impak yang lebih besar adalah anak-anak sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam suasana pembesaran anak-anak yang sangat dahagakan kasih sayang, perhatian, belaian dan juga didikan serta bimbingan daripada role model mereka iaitu selayaknya ibu dan ayah dalam perkembangan personaliti yang normal. Tetapi ini semua tidak selalu terjadi. Ibarat 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari'. Namun, yakin dan percayalah di sebalik rintik-rintik hujan yang hadir Allah SWT sebenarnya ingin menghadiahkan keindahan pelangi yang memukau hati dan pandangan yang melihatnya.

Buat adik Melissa, yakinlah setiap yang berlaku dalam perjalanan insan ini, sebahagiannya sudah tertulis di Luh Mahfudz. Kita sebagai hamba yang kerdil terkadang tidak mampu untuk menolak takdir Allah SWT. Apa yang berlaku punya rahsia dan hikmah yang tersendiri. Dalam usia menginjak remaja dan sudah punya akal yang waras untuk berfikir, Melissa bertindaklah dengan bijak. Jangan sesekali membiarkan kemelut yang hadir merosakkan kehidupan Melissa, seharusnya Melissa lebih kuat, cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Sebagai anak yang solehah lakukan yang terbaik untuk memberi kelapangan dan rasa bahagia buat ibu dan ayah Melissa.

Usah sesekali Melissa mendendami ayah, apa yang berlaku adalah masalah antara ibu dan ayah. Maka doakanlah yang terbaik untuk perjalanan dan kehidupan Melissa seisi keluarga. Sekiranya ada hak-hak yang mungkin ayah sendiri tidak ambil pusing mahupun kecurangan atau pengkhianatan lantaran mabuk cintanya, itu antara dia dengan Tuhan, namun dia tetap masih ayah Melissa. Keramat ibu dan ayah sangat luar biasa, insya-Allah yakin dan percayalah mohon selalu pada Allah SWT tanpa lelah dan jemu agar kasih sayang dan cinta ibu dan ayah Melissa bertaut kembali. Setiap manusia tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan, ada sebab Allah SWT turunkan ujian masing-masing juga pasangan suami isteri untuk belajar dan menginsafi kelemahan yang hadir dan berusaha memperbaikinya demi reda Allah SWT. Memelihara kesejahteraan dan keharmonian hubungan kekeluargaan khususnya anak-anak yang sememangnya mengharapkan pimpinan dan kasih sayang dari orang tuanya. Serahkan semuanya kepada Allah SWT insya-Allah hati Melissa akan lebih tenang dan bahagia. Ingat, jangan putus berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan ibu diberi kesembuhan, kekuatan dan kesabaran menerima ujian dari Ilahi lantas meneruskan kehidupan. Buat ayah pula, berdoalah untuk keinsafan dan kesedarannya yang mungkin terleka dengan dunia hamparan Ilahi.

Salam rahmat!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved