Sabtu, 30 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Kupon RM2 tindas penumpang

Posted:

Kupon RM2 tindas penumpang

Kupon RM2 tindas penumpang

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian pemandu teksi bersama Pemuda UMNO, MCA, MIC dan NGO mengadakan piket membantah sistem kupon di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 29 Julai - Kira-kira 300 pemandu teksi di Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini, berpiket membantah kaunter tiket teksi yang mengenakan kupon RM2 bagi setiap penumpang yang dikuatkuasakan mulai semalam.

Piket yang turut disertai oleh wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, MIC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak bersetuju dengan sistem tersebut kerana didakwa membebankan penumpang.

Seorang pemandu teksi, Samsul Kahar Othman, 45, mendakwa sistem baru itu bukan sahaja menyusahkan penumpang dan pemandu teksi, malah, dilihat menguntungkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kita dapati SPAD dan pihak yang ditugaskan mengutip duit iaitu Mesra Indah Jaya Sdn. Bhd. (MIJ) mempunyai kepentingan dan hanya mahu untung 'atas angin'.

"Bayangkan jika lokasi yang dituju mengambil masa lebih lama daripada biasa kerana kesesakan, sudah tentu tambangnya akan lebih dan ini tentu merugikan pemandu teksi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rakannya, Rozano Salleh, 47, pula mendakwa sistem itu menyusahkan mereka kerana kupon tersebut hanya boleh tuntut dalam masa seminggu selepas dikumpulkan.

"Keadaan ini membuatkan kami susah kerana apa yang kami mahu makan kalau kena kumpul kupon dalam seminggu lepas itu baru boleh tuntut wang," katanya.

Seorang penumpang, Ibrahim Azamat, 46, yang menggunakan perkhidmatan teksi di situ setiap hari berkata, sistem itu tidak perlu kerana sistem sedia ada menggunakan meter memberi kepuasan kepada pemandu dan pelanggan.

"Saya berulang-alik setiap hari dari Larkin ke Kampung Majidee dengan tambang RM6 dan sekarang RM8 pula. Bukankah ini bakal menimbulkan kemarahan penumpang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor Bahru akan menyerahkan memorandum bantahan kepada SPAD dalam masa terdekat.

Menurutnya, sistem tersebut menguntungkan sebelah pihak sahaja dan perlu mendapat persetujuan persatuan teksi dan penumpang sebelum dilaksanakan.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi pula berkata, sistem sedia iaitu dengan menggunakan meter adalah paling praktikal dan tidak banyak menimbulkan masalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lahirkan modal insan berkualiti – Asiah

Posted:

Lahirkan modal insan berkualiti – Asiah

Lahirkan modal insan berkualiti – Asiah


Orang ramai mengerumuni gerai-gerai pada Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran di Bandar Penawar, Johor, semalam.


KOTA TINGGI 29 Julai – Pembangunan modal insan berkualiti merupakan perkara utama dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff berkata, antara langkah penting yang diambil bagi merealisasikan wawasan tersebut termasuk menyediakan peluang kemahiran kepada rakyat.

Beliau berkata, menerusi program kemahiran yang ditawarkan di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, kerajaan yakin mampu melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran semasa.

"Pembangunan ekonomi yang pesat di negeri ini perlu seiring dengan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah, terutamanya golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan dan masih di bawah garis miskin serta miskin tegar.

"Justeru, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan secara inklusif dan turut memberi fokus kepada pembangunan modal insan," katanya semasa merasmikan Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Bandar Penawar di sini, hari ini.

Karnival selama tiga hari yang bermula semalam itu menyediakan pelbagai peluang kepada orang ramai menambah ilmu pengetahuan untuk melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi pasaran kerjaya.

Program 'turun padang' secara menyeluruh dan agresif yang diadakan itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000.

Asiah berkata, Kepak 2011 merupakan program yang direncanakan oleh kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.

"Keunikan Kepak juga terletak kepada konsep permuafakatan jabatan serta agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan serta swasta.

"Kerajaan negeri akan meneruskan usaha seperti ini dengan memperbanyakkan program turun padang yang lebih agresif bagi memberi peluang kerjaya, perniagaan dan kemahiran," katanya.

Berdasarkan sambutan yang diterima, kerajaan negeri dengan kerjasama agensi awam dan swasta akan membawa program Kepak ke daerah lain di negeri ini dalam usaha memastikan penglibatan anak tempatan lebih menyeluruh dalam peluang kerjaya yang disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved