Rabu, 29 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Unjani 'berguru' di UTM

Posted:

Unjani 'berguru' di UTM

Unjani 'berguru' di UTM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 28 Jun - Universitas Jenderal Achmad Yani (Unjani) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membangunkan bidang pengurusan sumber manusia serta meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua universiti berkenaan.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, jalinan kerjasama lima tahun itu meliputi pelbagai bidang termasuk pengajian lanjutan untuk pensyarah, program pertukaran mahasiswa, penyelidikan bersama dan pembangunan berbentuk latihan, seminar serta bengkel.

"Kita berharap jalinan kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan matlamat utama kerjasama ini untuk mempelbagaikan kajian secara bersama dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM dan Fakulti Ekonomi Unjani di sini baru-baru ini.

Rektor Unjani, Mejar Jeneral (B) Drs. Heriyano berkata, menerusi kerjasama itu, pihaknya telah membuat pelbagai perancangan bagi melibatkan diri dalam kajian secara bersama.

Beliau berkata, pihaknya akan menghantar sejumlah penuntut dan kakitangan ke UTM bagi melibatkan diri dalam bidang akademik selain mempelajari kaedah pengurusan di universiti itu.

"UTM merupakan sebuah universiti yang sudah lama bertapak di Malaysia dan sebagai universiti baru di Indonesia, Unjani yakin boleh mempelajari sesuatu untuk diaplikasikan di sana nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut UUM JB semai 'kasih' di Kg. Tampok

Posted:

Penuntut UUM JB semai 'kasih' di Kg. Tampok

Penuntut UUM JB semai 'kasih' di Kg. Tampok


PARA peserta Program Tautan Kasih dari UUM bersama penduduk Kampung Tampok, Pontian, Johor kelmarin.


PONTIAN 28 Jun - Seramai 30 penuntut pengajian luar kampus, Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Johor Bahru menyertai program khidmat Tautan Kasih di Kampung Tampok, Benut dekat sini semalam.

Menurut Pengerusi program, Mohammad Nazri Mustafa antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, pertandingan memasak, acara riadah, gubahan serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

"Walaupun hanya sehari, konsep keluarga angkat tetap kami laksanakan seperti program khidmat masyarakat yang lain," katanya pada majlis penutupan program tersebut di Masjid Jamek Pekan Tampok, Benut yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir, Hasni Mohammad.

Mohamad Nazri berkata, pihaknya gembira dengan sokongan diberikan oleh semua pihak khususnya penduduk kampung yang memberikan kerjasama bagi menjayakan program itu.

"Kehadiran kami disambut dengan penuh mesra, biarpun banyak program atau acara setempat seperti majlis kenduri kahwin diadakan di kampung ini," katanya.

Sementara itu, Hasni menyifatkan program tersebut mampu meningkatkan lagi potensi serta daya tarikan di sesebuah kampung khususnya dalam bidang pelancongan berasaskan alam semula jadi.

"Di sini terdapat kawasan rekreasi Sungai Tampok Laut yang dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan amat sesuai bagi aktiviti riadah seperti berkayak dan berkenu.

"Pangkalan nelayan pula menawarkan aktiviti memancing, menyusuri Sungai Tampok dan melawat ke Pulau Pisang yang tidak berapa jauh dari sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved