Selasa, 31 Mei 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tg. Leman dipenuhi sampah

Posted:

Tg. Leman dipenuhi sampah

Tg. Leman dipenuhi sampah

Oleh RAHIMAH MOHAMED


SAMPAH bertaburan di merata-rata kawasan di sekitar pantai peranginan Tanjung Leman, semalam. - UTUSAN/RAHIMAH MOHAMED


MERSING 30 Mei - Orang ramai yang mengunjungi pantai peranginan Tanjung Leman di sini sering merungut mengenai masalah sampah-sarap yang memenuhi kawasan itu sejak beberapa minggu lalu.

Seorang pengunjung, Noh Amir, 40, berkata, keadaan tersebut amat merimas dan menyakitkan mata memandang.

"Saya sering ke sini untuk beriadah, namun sedih melihat tempat yang terkenal itu bertaburan dengan sisa makanan termasuk bekas makanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, kawasan itu bukan tempat pembuangan sampah, namun ia disalah guna dan dijadikan lokasi golongan tidak bertanggungjawab untuk membuang sampah-sarap dan longgokan sampah lebih banyak semasa hujung minggu.

"Keadaan ini menimbulkan rasa jijik kepada pengunjung semasa berkelah. Sampah-sarap ini perlu dibersihkan segera sebelum ia menjejaskan kedatangan pengunjung ke sini," katanya.

Seorang lagi pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Nadzri pula memberitahu, memang terdapat beberapa buah tong sampah diletakkan di kawasan berkenaan namun jumlahnya tidak mencukupi.

"Jadi, saya berharap lebih banyak tong sampah disediakan di sini bagi memudahkan orang ramai membuang sampah," katanya.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan kerja mengutip sampah-sarap di kawasan berkenaan juga sering lewat daripada jadual yang ditetapkan sehingga memburukkan lagi keadaan.

Justeru itu, demi menjaga kebersihan dan menjamin keselesaan pengunjung, diharap pihak yang berkaitan bukan sahaja menyediakan lebih banyak tong sampah, malah mengutip sampah berkenaan mengikut jadual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pintu masuk baru pangsapuri menyusahkan

Posted:

Pintu masuk baru pangsapuri menyusahkan

Pintu masuk baru pangsapuri menyusahkan

Saudara Pengarang,
PENGHUNI BLOK B

SEBAGAI pembeli rumah di Pangsapuri Larkin Indah, Johor Bahru, saya kesal dengan pihak pengurusan dan pemaju yang sering menimbulkan masalah.

Belum selesai satu masalah, masalah lain pula timbul dan terkini penghuninya terpaksa membiasakan diri dengan pintu masuk baru ke pangsapuri itu setelah laluan lama ditutup bulan lalu.

Pagar pada pintu masuk lama kini ditutup kerana dikatakan tidak mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ketika ini hanya dibuka untuk pejalan kaki.

Meskipun mempunyai pintu masuk baru tetapi kedudukannya tidak strategik kerana terselindung, mengelirukan dan berbahaya kerana bertentangan dengan Jalan Datin Halimah.

Jalan tersebut merupakan laluan utama yang sibuk dengan kenderaan masuk atau keluar dari pangsapuri itu dan jika tidak berhati-hati boleh mengundang kemalangan.

Buktinya pada minggu lalu telah berlaku kemalangan di depan pintu masuk baru itu tetapi mujur tidak sehingga meragut nyawa.

Selain itu, apa yang menghairankan kami, pangsapuri itu telah dibina dan diduduki hampir 10 tahun tetapi mengapa baru sekarang pintu masuk lama ditutup?

Mungkinkah sebelum atau selepas pembinaan pangsapuri berkenaan siap, pihak JKR 'terlepas pandang' masalah besar seperti itu dan baru sekarang menyedarinya?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved