Utusan Online - Feminin |
Dani, titik berat soal aurat dalam lukisan Posted: 29 Jun 2013 02:00 AM PDT Bermula di Blog Saya suka baca kembali entri lama dan akan membalas komen pembaca.Kemudian blogwalking ke blog-blog lain. Memang itu sudah menjadi rutin saya, sebab saya seronok membaca respons pembaca. Selain itu, saya dapat mengeratkan hubungan dengan kenalan baru walaupun hanya melalui alam maya. Entri tutorial popular Setakat ini, saya mendapat view sebanyak 12,643 untuk entri tutorial iaitu lukisan karakter hero yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak menerusi sebuah stesen televisyen swasta negara. Entri tersebut dan entri tutorial doodle pula mendapat backlink yang banyak daripada pembaca. Alhamdulillah, mereka yang mencuba tutorial tersebut memberikan respons yang positif dan berjaya menghasilkan lukisan sendiri dengan jayanya. Malah ada yang dilukis lebih cantik daripada apa yang saya kongsikan. Bahagikan masa Kalau ilustrasi biasa, dalam sehari dua sahaja, saya sudah dapat siapkan. Berbeza dengan lukisan yang mengikut wajah sebenar bagi tujuan pertunangan dan perkahwinan, prosesnya memakan masa kira-kira seminggu atau lebih (melalui fasa edit jika perlu). Ia lebih lama bagi memastikan pelanggan benar-benar berpuas hati dengan lukisan tersebut. Biasanya tempahan disiapkan pada waktu malam dan hari minggu. Selain itu, saya juga menyediakan jadual supaya saya dapat membahagikan masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Untuk menyiapkan satu lukisan, kadangkala memakan masa antara satu hingga dua jam, bergantung kepada keadaan, masa dan juga mood. Guna Microsoft Excel Microsoft Excel (MS Ex) merupakan salah satu cara mudah untuk melukis terutama bagi mereka yang baru sahaja hendak belajar. Saya katakan mudah kerana mereka boleh menggunakan bentuk-bentuk yang sedia ada dalam MS Ex bagi menghasilkan lukisan-lukisan yang menarik, selain masih mempunyai elemen kreativiti dalam menghasilkan sesuatu karya. Cabaran utama untuk menyiapkan tempahan adalah apabila berhadapan dengan mood yang agak kurang stabil. Namun apa yang penting adalah minat. Jika ada minat, dengan izin Allah, sesuatu pekerjaan itu akan menjadi lebih mudah. Batasan aurat dalam lukisan Saya meletakkan prinsip dalam setiap lukisan saya dan prinsip itu adalah aurat. Bagi lelaki, saya akan memastikan aurat mereka dari pusat hingga lutut ditutup dalam semua lukisan saya, manakala bagi wanita pula, haruslah menutup aurat dengan sempurna. Hijab mereka perlu menutup dada, berlengan panjang, tidak terlalu ketat atau terlalu jarang. Sebelum bersetuju dengan tempahan, saya akan menjelaskan syarat-syarat untuk menempah terlebih dahulu. Pada mulanya, memang ramai yang tak faham kenapa saya letakkan syarat seperti itu. Walaupun ada syarat, alhamdulillah, saya masih banyak menerima permintaan. Yakinlah, rezeki itu daripada Allah SWT. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan