Utusan Online - Politik |
Posted: Lagi video Anwar didedahOleh ZAINAL AZHAR MOHAMED GAMBAR yang didakwa Anwar Ibrahim bersama Shazryl Eskay Abdullah (belakang) memasuki lif sebuah pangsapuri seperti tersiar dalam blog Papa Gomo, semalam. KUALA LUMPUR 17 Sept. - Blog Papa Gomo hari ini mendedahkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China. Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan. Dalam klip itu turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut. Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di Hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T. Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik. Rakaman itu tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit. Namun, Anwar kemudian tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan. Rakaman video seks itu sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional. Berikutan itu, Shazryl Eskay pada 29 April lalu melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Anwar. Anwar bagaimanapun sehingga kini tidak berbuat demikian, sebaliknya membuat laporan polis mendakwa dia dianiaya. Berhubung penyebaran video itu juga, trio Datuk T didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dikenakan hukuman denda. Sementara itu, pendedahan yang dibuat Papa Gomo hari ini susulan daripada kenyataan penulis blog itu yang berjanji untuk membuat pembongkaran eksklusif pada pukul 10 pagi ini. Klip selama 47 saat itu kemudian disambungkan dengan aksi hubungan seks tidak berwarna seperti yang didedahkan di blog-blog sebelum ini. Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk individu didakwa Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal. Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu. Selain kelibat bagi membuktikan individu yang bertanggungjawab melakukan seks di dalam video berkenaan, klip tersebut turut menyatakan, "Di dalam kehidupan ini, pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran." Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks. Klip video tersebut kemudian turut dipaparkan dalam blog-blog lain. |
Manifesto khas buat BN Selangor - Noh Omar Posted: Manifesto khas buat BN Selangor - Noh OmarSHAH ALAM 17 Sept. - Barisan Nasional (BN) Selangor akan memastikan manifesto khas negeri itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai sesuatu yang boleh diterima dan sesuai dengan persekitaran politik semasa di negeri itu. Sambil melahirkan rasa terima kasih atas persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangka manifesto khas itu, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, manifesto khas tersebut penting sebagai tempat bergantung bagi rakyat Selangor selepas pilihan raya umum. "Selain manifesto di peringkat kebangsaan, BN Selangor memerlukan manifesto khas ini sebagai harapan kepada rakyat Selangor untuk menyaksikan perubahan oleh BN pada pilihan raya akan datang," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis Konvensyen BN Selangor di sini, hari ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai reaksi kepada persetujuan Najib yang juga Pengerusi BN Selangor untuk merangka satu manifesto khas bagi Selangor selain manifesto kebangsaan sebagai langkah untuk merampas semula negeri itu daripada pembangkang. Najib memberi jaminan itu ketika berucap pada sesi penggulungan dalam majlis tertutup sempena Konvensyen BN Selangor yang diadakan di sini, hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, Noh berkata, BN Selangor perlu menerima hakikat bahawa antara kelemahan utama parti itu adalah masalah persepsi di kalangan rakyat terhadap dasar yang dilaksanakan. Kata beliau, rakyat Selangor lebih melihat apa yang diberikan BN sebagai hak mereka tetapi menganggap apa yang dihulurkan pembangkang pula merupakan satu bentuk bantuan. "Sedangkan jika mahu dibandingkan, banyak perkara yang dijanjikan oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan dan banyak pula bantuan yang kita berikan sebenarnya tidak kita janjikan pada pilihan raya lalu," katanya. Ketika ditanya bagaimana untuk menangani masalah persepsi itu, Noh berkata, setiap parti komponen BN Selangor perlu melihat isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat Selangor mengikut keperluan yang berbeza. Ini kerana tambah beliau, isu-isu yang dibangkitkan di kawasan bandar atau luar bandar misalnya adalah berbeza dan BN tidak boleh menanganinya menerusi pendekatan yang sama. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan