Isnin, 10 Mac 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Malaya tanggung akibat?

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

TINDAKAN Ultras Malaya menyalakan suar dalam perlawanan persahabatan menentang Filipina di Stadium Selayang bakal mengundang masalah buat FAM.

KUALA LUMPUR - Mungkinkah Harimau Malaya selepas ini terpaksa bermain di gelanggang berkecuali atau beraksi tanpa kehadiran sebarang penonton?

Demikian dua realiti yang berkemungkinan diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Setiausahanya, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pihaknya telah menerima surat pertuduhan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Khamis lalu.

Semuanya gara-gara tindakan liar para penyokong `Ultras Malaya yang membaling suar, bunga api dan bom asap semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Filipina, 1 Mac di Stadium Selayang yang mengakibatkan perlawanan dihentikan selama lapan minit.

FAM yang dikenakan surat pertuduhan di bawah tiga pertuduhan artikel berbeza dan hanya diberikan tempoh masa sehingga hari ini oleh AFC bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan.

"Surat daripada AFC saya baru pada petang hari Khamis lepas dan sekurang-kurangnya esok kita kena balas namun saya akan cuba minta penangguhan daripada pihak mereka.

"AFC telah mengeluarkan surat pertuduhan selepas mendapat laporan daripada komisioner perlawanan terhadap perlawanan itu kerana ia adaah perlawanan persahabatan berkelas A dan di dalam surat ada menyatakan yang kita akan didakwa di bawah Artikel 65,66 dan 67.

"Di bawah ketiga-tiga artikel ia menyebut atas dakwaan pengurusan perlawanan yang menjurus kepada sikap dan keganasan yang dicetuskan oleh penonton apabila membaling bunga api, mercun dan bom asap sehingga permainan terpaksa dihentikan, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Jelas Hamidin, terdapat beberapa hukuman boleh dikenakan sekiranya AFC mendapati FAM selaku penganjur perlawanan berkenaan didapati bersalah.

"Hukuman itu boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu antaranya penggunaan stadium di tempat sendiri boleh digantung dan jika ada sebarang kejohanan, kita terpaksa bermain di tempat berkecuali.

"Buat masa ini, tiada denda disebut dalam pertuduhan namun terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib AFC jika mahu mengenakan denda jika dirasakan perlu, " katanya.

Aksi Malaysia dan Filipina pada 1 Mac lalu terpaksa dihentikan di minit ke-31 selepas para penyokong Ultras membaling bom asap dan mercun sebagai tanda memprotes terhadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang telah mentadbir badan induk bola sepak itu selama 30 tahun.

Apa yang dilakukan oleh Ultras itu mendapat perhatian seluruh negara dan teguran daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selain Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia menyelesaikan perseteruan anrara kedua-dua pihak.

Namun, beberapa wakil Ultras yang ditemui berhasrat tidak mahu menemui pihak FAM dan berjanji akan meneruskan perjuangan selagi tiada perubahan drastik di FAM.

PBNJ sudah balas surat pertuduhan

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

JOHOR BAHRU - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah membalas surat pertuduhan berhubung kekecohan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan Johor Darul Tazim (JDT) menentang T-Team dalam kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini 1 Februari lalu dan kini terpulang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk

Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Fahmy Yahya ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pasukan JDT sudah menjawab surat pertuduhan dikeluarkan Pihak Sekretariat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada skuad tersebut melalui PBNJ.

"Kita sudah menjawab surat pertuduhan itu," katanya, namun enggan mengulas lanjut berhubung kandungan isi surat jawapan berkenaan termasuk bila ia diserahkan kepada FAM.

Utusan Malaysia 5 Mac lalu melaporkan, JDT telah diberikan surat pertuduhan berhubung kekecohan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan skuad itu menentang T-Team dalam kempen Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pertuduhan yang dikenakan ialah berhubung kegagalan dari segi keselamatan dan JDT diberikan tempoh seminggu bermula 4 Mac untuk menjawab pertuduhan itu.

"Pihak Sekretariat FAM telah mengeluarkan surat pertuduhan kepada pasukan JDT di bawah Kod Tatatertib 28.1 iaitu kesalahan daripada segi mengawal keselamatan pegawai dan pemain semasa perlawanan.

"Pihak JDT diberi masa seminggu untuk membalas surat pertuduhan itu dan mereka kena serahkan selewat-lewatnya pada 11 Mac ini kepada FAM," katanya.

Beliau menambah, surat itu hanya ditujukan kepada pasukan itu melalui PBNJ.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Utusan Malaysia bantu pelajar

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Sumarni Junin (barisan depan, lapan dari kanan) bersama guru dan pelajar mempamerkan akhbar Utusan Malaysia dan Tutor selepas majlis penyerahan langganan akhbar tersebut di SMK Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kira-kira 95 peratus Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa di sini terdiri daripada kaum Tionghua, namun sejak lebih lima tahun lalu, akhbar Utusan Malaysia menjadi akhbar pilihan utama sekolah ini.

Malah SMK Taman Desa muncul sekolah paling banyak melanggan Utusan Malaysia dengan 500 naskhah setiap minggu.

Pengetuanya, Sumarni Junin berkata, sejak melanggan akhbar Utusan Malaysia, pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu berjaya ditingkatkan seterusnya membantu mereka menguasai mata pelajaran tersebut.

Menurutnya, penggunaan akhbar Utusan Malaysia sebagai rujukan dan alat bantu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah menyaingi pencapaian sekolah kebangsaan harian lain.

"Sebahagian besar pelajar Tionghua di sekolah ini datangnya daripada sekolah jenis kebangsaan Cina (SKJT) jadi mereka amat lemah dalam pemahaman bahasa Melayu dan kita gunakan akhbar Utusan Malaysia untuk membantu mereka menguasai subjek itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan Insentif Langganan Tertinggi (ILT) akhbar Utusan Malaysia di sekolah itu hari ini.

Sumarni mewakili SMK Taman Desa menerima hadiah wang tunai RM500 yang disampaikan oleh Eksekutif Kanan Jabatan Pemasaran, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Mohd. Asri Jantan.

SMK Taman Desa menerima ILT untuk tiga tahun berturut-turut.

Kata Sumarni, penggunaan akhbar Utusan Malaysia dalam bilik darjah juga membolehkan pelajar sekolah itu mengetahui perkembangan semasa melalui berita serta rencana seperti disaran Kementerian Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Pelajar tingkatan tiga hingga lima wajib menggunakan akhbar Utusan Malaysia sebagai rujukan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral manakala tingkatan satu dan dua pula sebagai bahan bacaan dalam bilik darjah.

"Akhbar ini amat sesuai dijadikan alat bantu mengajar buat guru-guru kerana mengandungi bahan berita yang boleh dijadikan rujukan kepada murid," katanya.

Tutor bahan rujukan sepanjang masa

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

SEBAHAGIAN pelajar tingkatan lima SMK Datuk Haji Talib Karim menunjukkan Tutor sambil mengulang kaji pelajaran sementara menunggu majlis pelancarannya oleh Md. Rashid Hussin di Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 10 Mac - Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor bukan sahaja mampu meningkatkan minat dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bahkan boleh dijadikan bahan rujukan pembelajaran ketika berada di rumah.

Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Talib Karim, Zulkapli Othman berkata, dengan saiz kecil dan mudah dibawa serta kandungannya yang sangat padat, Tutor sesuai dijadikan bahan rujukan sepanjang masa.

Selain dijadikan bahan rujukan jelasnya, Tutor juga merupakan medium paling menarik untuk dijadikan bahan latihan di luar kelas terutama oleh calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam.

"Pelajar masa kini lebih berminat dengan bahan yang ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana namun padat dengan pelbagai informasi serta ilustrasi menarik.

"Oleh itu, saya melihat Tutor sebagai pilihan paling sesuai kepada mereka kerana mempunyai segala elemen tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Bulan Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) dan pelancaran Tutor Utusan Malaysia yang dirasmikan Pengarah Pendidikan negeri, Md. Rashid Hussin di SMK Datuk Haji Talib Karim, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Guru Penolong Kanan 1, Rohaya Othman; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Rusli Zahari dan wakil Utusan Malaysia, Mohd. Najib Fahmi Ali.

Program pelancaran Tutor Utusan Malaysia yang pertama kali dianjurkan di sekolah itu melibatkan penyertaan kira-kira 1,200 pelajar Tingkatan Satu hingga Enam.

Jelas Zulkapli, pihak sekolah akan terus menggunakan Tutor sebagai rujukan tambahan bagi pelajar dalam usaha untuk meningkatkan prestasi mereka.

"Penggunaan berterusan bahan bantuan mengajar ini diharap dapat menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan peperiksaan sebenar pada penghujung tahun," katanya.

Sementara itu, Md. Rashid memuji langkah diambil SMK Datuk Haji Talib Karim yang menjadikan Tutor sebagai bahan bantuan tambahan bagi meningkatkan minat pelajar dalam sesi PdP.

Ujarnya, penggunaan bahan utama seperti buku teks sememangnya penting namun usaha tambahan perlu dilaksanakan untuk menghasilkan keputusan akademik luar biasa.

"Saya melihat penggunaan Tutor ini sebagai salah satu usaha tambahan pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajarnya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Banduan lari berjaya ditahan semula

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

PULAU PINANG 10 Mac - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang, Jalan Goal di sini ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara terbabit Rabu lalu, ditahan semula di sebuah rumah di Machang Bubuk, Bukit Mertajam di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek, Phang Ruey Shang, 42, ditahan kira-kira pukul 2.15 pagi di rumah salah seorang ahli keluarganya.

"Kita percaya lelaki itu sebelum ini bersembunyi di beberapa lokasi lain sebelum pulang ke rumah ahli keluarganya setelah lima hari diburu polis," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, banduan dikenali Ah Beng dilaporkan hilang selepas diarah membersihkan kawasan longkang di luar penjara bersama lima banduan lain dengan diawasi warden.

Kehilangan lelaki itu disedari ketika warden mahu mengumpulkan banduan terlibat kerja-kerja pembersihan berkenaan untuk dibawa ke penjara.

Mazlan berkata, lelaki itu yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi, kini direman selama lima hari.

Pekerja ladang wanita dibunuh?

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KOTA SAMARAHAN 10 Mac - Seorang pekerja ladang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat dipukul dan dibelasah dengan objek keras di kawasan tali air di sebuah ladang kelapa sawit di Ensengei di sini semalam.

Mayat mangsa, Eli Udin, 34, ditemui pada pukul 4.20 petang oleh seorang pengawal keselamatan yang meronda di kawasan ladang berkenaan lalu menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dipercayai mati akibat mengalami kecederaan parah di kepala setelah dipukul dengan objek keras.

Beliau berkata, Eli bersama suaminya telah bekerja di ladang kelapa sawit terbabit sejak empat tahun lalu.

"Bagaimanapun, ketika kejadian suami mangsa sedang bercuti dan berada di Kalimantan Barat, Indonesia kerana mempunyai urusan keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul dan dihentak dengan objek keras.

Tambahnya, polis turut menjumpai sebatang kayu yang mempunyai kesan titisan darah tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemui.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan polis sedang giat mengesan suspek yang dipercayai rakan senegara mangsa.

"Sehingga kini, polis belum dapat mengenal pasti motif mangsa dibunuh dan punca sebenar kematian wanita itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat selesai dijalankan," katanya sambil memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Rakyat Iran guna pasport palsu naiki MH370?

Posted: 10 Mar 2014 07:17 PM PDT

LONDON 11 Mac - Dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai merupakan rakyat Iran, lapor rangkaian televisyen BBC Persian hari ini.

BBC Persian melaporkan, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark.

Jelas laporan itu, seorang rakan daripada kedua-dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Teheran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370.

Mereka juga dipercayai membeli pasport berkenaan di Kuala Lumpur selain tiket ke Amsterdam melalui Beijing. - AGENSI

Malaysia digesa tingkat usaha

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Sebuah pesawat ringan dan sebuah helikopter milik tentera udara Vietnam bersiap sedia untuk berlepas dari sebuah pangkalan tentera di Pulau Phu Quoc di selatan Vietnam bagi menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, semalam. AFP

BEIJING 10 Mac - Beijing hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia meningkatkan usaha mencari dan siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 239 penumpang termasuk 150 rakyat China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berkata, Beijing percaya Malaysia mampu melaksanakan segala usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak tiga hari lalu.

"Pihak Malaysia memberikan sepenuh perhatian kepada kejadian tersebut, namun berdasarkan situasi sekarang, mereka perlu meningkatkan usaha, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beberapa orang anggota keluarga penumpang pesawat terbabit melahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap usaha mencari tersebut, selain mengkritik syarikat penerbangan MAS serta pihak berkuasa di Beijing dan Kuala Lumpur ekoran kekurangan maklumat mengenai kejadian tersebut.

Qin berkata, pihaknya berharap Malaysia memahami perasaan keluarga penumpang dari China tersebut.

"Kami akan meneruskan usaha kami terutama bagi menggesa Malaysia berhubung isu operasi mencari dan menyelamat, selain isu susulan lain, katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Anwar fail rayuan, bayar jaminan

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lalu.

Notis rayuan tersebut difailkan melalui peguamnya, Ramkarpal Singh di kaunter pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini kira-kira pukul 10.30 pagi dan salinannya turut diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan hukuman dan sabitan atas pertuduhan itu yang diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi pada Jumaat lalu.

Menurut Ramkarpal, notis rayuan tersebut difailkan hari ini sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah walaupun pihaknya mempunyai tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.

Beliau turut memberitahu, pihaknya mempunyai tempoh 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik sahaja menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.

Setakat ini tiada tarikh ditetapkan untuk sebarang prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Anwar hari ini turut membayar wang jaminan RM10,000 seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan, dengan seorang penjamin iaitu ketua staf di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ibrahim Yaakob.

Anwar menandatangani dokumen ikat jamin di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan (Bahagian Jenayah), Darmafikri Abu Adam setelah tiba di Istana Kehakiman di sini kira-kira pukul 12.25 tengah hari, hampir satu jam setengah lewat dari masa pukul 11 pagi yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lalu.

Kelewatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah disebabkan beliau menghadiri majlis pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muaazam Shah di ibu negara.

Yang turut hadir ialah abang Anwar, Rosli Ibrahim.

Pada 7 Mac lalu, Anwar dihukum penjara lima tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Panel tiga hakim berkenaan memutuskan demikian ketika membenarkan rayuan pihak pendakwaan setelah mendapati hakim bicara terkhilaf apabila menyatakan bahawa integriti sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes itu telah tercemar.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat PKR itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Dibenar temui adik

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

STOCKHOLM 10 Mac - Suasana menyayat hati menyelubungi mahkamah apabila seorang wanita Malaysia yang dibicarakan atas tuduhan memukul anak-anaknya di Sweden, akhirnya bertemu dengan adiknya, yang menjadi penjaga sementara terhadap kesemua anak wanita terbabit.

Shalwati Norshal dibenarkan oleh pegawai mahkamah untuk bercakap dengan adik perempuannya, Shalena buat beberapa ketika, walaupun kedua-dua beradik itu tidak dibenarkan bersentuhan antara satu sama lain.

Shalena didengar memberitahu tentang ulang tahun ke-15 kelahiran anak sulung Shalwati, Aishah yang akan disambut pada Rabu, meskipun tarikh lahir sebenarnya adalah pada 11 Mac.

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaludin yang tidak menemui anak-anak mereka sejak ditahan pada 18 Disember tahun lalu, hanya melihat mereka melalui rakaman temu bual yang dibuat oleh pihak polis.

Bercakap kepada pemberita semasa prosiding berhenti rehat, Shalena berkata, dia berterima kasih kerana dibenarkan berbual dengan kakaknya walaupun tidak dibenarkan untuk berpelukan.

''Saya perlu datang ke sini, rasanya seperti sudah terlalu lama.

''Kami dalam keadaan baik, sekurang-kurangnya saya dapat bercakap dengannya dan abang ipar saya, Azizul, saya sangat sayang mereka,'' katanya.

Shalena berkata, dia memberitahu kakaknya bahawa anak-anak mereka dalam keadaan baik dan berjanji akan terus menjaga anak-anak Shalwati dengan baik.

Aishah dan adik-adiknya, Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, diletakkan di bawah jagaan Shalena dan suaminya, Nik Farid Nik Abdullah, setelah mereka dibawa pulang ke Malaysia pada 1 Februari lalu.

Sejak tarikh itu, keempat-empat adik-beradik berkenaan menetap di Kota Bharu, Kelantan.

''Saya bangga dengan kakak saya. Walaupun berada dalam keadaan sebegini, dia dapat menanganinya dengan baik.

''Saya kenal kakak saya, dia seorang yang berpendirian teguh dan tahu akan hak-haknya,'' kata Shalena.

Sementara itu, semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Solna di sini hari ini, Pegawai Pendakwa, Anna Arnell telah memainkan rakaman audio temu bual dengan Azizul Raheem yang dirakamkan pada 10 Januari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Azizul Raheem mengaku memukul anak-anaknya ketika mereka bermain atau berkelahi semasa berdoa selepas bersolat.

''Kebiasaannya anak-anak lelaki dipukul, Aishah meningkat dewasa, jadi dia tahu apa perlu dilakukan,'' kata Azizul dalam rakaman tersebut.

Ditanya bila kali terakhir dia memukul anak-anaknya, Azizul Raheem berkata, dia tidak mengingati tarikhnya dengan tepat walaupun kali terakhir kejadian itu barangkali pada tiga atau empat bulan sebelum itu.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Azizul Raheem di mahkamah yang menyatakan dia hanya memukul anak-anaknya ketika mereka masih di Afrika Selatan, tiga tahun lalu.

Selepas pasangan suami isteri itu selesai memberi keterangan, perbicaraan hari ini tertumpu pada keterangan beberapa orang guru dan ibu bapa berhubung bagaimana kanak-kanak tersebut didakwa telah didera.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul Raheem didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan bersambung 12 Mac ini. - THE STAR

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Operasi SAR ikut undang-undang

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh ROHANA NASRAH

Anggota pasukan Tentera Udara Singapura (RSAF) meninjau lautan sekitar 140 batu nautika di timur laut Kota Bharu, Kelantan, bagi mencari sebarang petunjuk yang boleh merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal yang sudah masuk hari ketiga. - AFP

SEBARANG operasi mencari dan menyelamat (SAR) sesebuah pesawat akan mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada, dan dalam hal berkaitan pesawat MH370, ia tidak terkecuali.

Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menjelaskan bahawa operasi SAR yang mengikut prosedur adalah bagi mengelak daripada berlaku sebarang percanggahan atau kesilapan maklumat.

"Penyampaian maklumat juga, oleh pegawai bertauliah yang dilantik, harus berdasarkan peruntukan itu," katanya ketika mengulas operasi SAR yang dilakukan kini terhadap pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu lepas dalam perjalanan menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut beliau, prosedur dan undang-undang itu termaktub dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996 - Bahagian 12 - Penyiasatan Kemalangan.

"Penyiasatannya ada kaitan undang-undang yang dikawal oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ada aturan-aturan khas... oleh itu orang lain, selain daripada mereka, tidak boleh memberitahu (maklumat) kejadian secara terperinci berdasarkan undang-undang," katanya.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam Jumaat, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

Sejak insiden mengejutkan itu, seluruh masyarakat dunia menunjukkan keprihatinan dan pelbagai pendapat, teori serta maklumat disampaikan untuk dikongsi oleh pelbagai pihak melalui media dan laman sosial.

Dari situ, banyak juga yang cuba membuat penilaian, spekulasi dan teori sendiri berhubung insiden berkenaan, tanpa memikirkan sensitiviti keluarga penumpang, syarikat penerbangan negara dan integriti pasukan SAR negara.

Abdul Aziz mengingatkan bahawa pihak terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat tidak boleh bercakap atau memberi maklumat sesuka hati, sebaliknya perlu menilai dahulu kesahihannya, sama ada boleh atau tidak disebarkan kepada umum.

"Atas sebab itu, kalau ditanya MAS apakah sebab sesebuah kapal terbang itu terhempas sekiranya terhempas, mereka tidak boleh memberi jawapan spontan begitu sahaja tanpa berpandukan peraturan dan undang-undang yang ada.

"Ini kerana, jika mereka memberi jawapan (tanpa penyiasatan terperinci), akan jadi perkara lain (yang tidak diingini)," kata Abdul Aziz, yang menjadi antara individu bertanggungjawab mewujudkan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996 di negara ini.

Justeru, Abdul Aziz menasihatkan masyarakat supaya lebih bersabar dan tidak mengeluarkan sebarang spekulasi tidak berasas, sebaliknya berdoa agar pelbagai tanda tanya mengenai kehilangan pesawat MH370 akan terjawab segera.

"Kita tidak bolehlah nak kata pihak pengurusan cuai dan sebagainya kerana saya percaya mereka berusaha tekun memberi maklumat dengan pantas, sekali gus melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu," katanya.

Menyingkap semula tragedi terakhir kapal terbang MAS terhempas di Johor Bahru pada 1977, Abdul Aziz mengingatkan ia amat berbeza dengan kejadian sekarang kerana pesawat MH370 ini hilang dan masih tidak diketahui kedudukannya.

"Ini berbeza dengan kapal terbang terhempas pada 1977 kerana ia ternyata terhempas di atas darat... kita nampak. Sekarang ini kita tidak tahu di mana pesawat MH370 itu lagi... Maka masih dalam harapan kita semoga pesawat tersebut selamat," katanya.

Paling penting bagi Abdul Aziz, dalam penyiasatan sesuatu punca kemalangan kapal terbang adalah kotak hitam dan perakam penerbangan kerana kedua-duanya akan dapat membantu memberi jawapan di sebalik berlakunya sesuatu insiden itu.

"Cabaran yang dihadapi sekarang ini, kapal terbang itu masih belum dijumpai... bagaimana pula kita kini hendak bercakap untuk dapatkan kotak hitam dan perakam penerbangan? Setelah ada kemudian baru boleh ia membantu pihak penyiasat menyiasat punca kejadian," ujar beliau.

Dalam hal ini, Abdul Aziz yang memegang jawatan Pengarah Urusan MAS dari 1982 hingga 1992 menasihatkan semua kakitangan syarikat penerbangan nasional itu supaya optimis berhadapan dengan tragedi ini, sekali gus memberi sokongan penuh kepada pihak pengurusan.

Katanya kakitangan MAS tidak boleh menjadikan insiden ini untuk berputus asa, sebaliknya mereka perlu melipatgandakan usaha bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan."Jangan berputus asa, kejadian seumpama ini jadikan sebagai cubaan... Bukan syarikat MAS sahaja, syarikat penerbangan lain pun adakalanya menghadapi insiden seperti ini.

"Apa yang penting ketika ini, jalankan tugas dengan jujur dan betul mengikut aturan dan undang-undang supaya di masa hadapan kita boleh mengendalikan pelbagai cabaran lain dan syarikat penerbangan negara ini akan terus mara sebagai sebuah syarikat penerbangan terkemuka dunia," katanya yang mula berkhidmat dengan MAS pada 1971 sebagai Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang dan Setiausaha. - BERNAMA

Usaha stabil harga, bekalan ikan

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh DR. NIK YAHYA AB. RAHMAN

Sebahagian nelayan meletakkan sepanduk pada bot mereka sebagai tanda menyokong usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob pada majlis Pelancaran Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Perikanan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

SESIAPAPUN tidak boleh menafikan bahawa kehidupan nelayan di negara ini sejak turun-temurun bergantung harap kepada orang tengah.

Ikatan tradisional itu melingkari hidup mereka seolah-olah tanpa orang tengah, banyak masalah peribadi dan keluarga tidak dapat diselesaikan terutamanya yang melibatkan kewangan.

Mendasari dan menghayati kekangan orang tengah terhadap golongan nelayan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil dengan penuh harapan agar manipulasi berkenaan dapat diatasi.

Ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) di Johor Bahru, Johor pertengahan tahun lalu, Ismail menegaskan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bersama-sama agensi di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Nekmat akan mengambil langkah wajar menangani masalah itu.

Justeru, pihak MOA menetapkan di dalam Agro-foods Transformation Program (ATP), di bawah inisiatif 2 iaitu Menangani manipulasi orang tengah.

Untuk itu, LKIM dipertanggungjawabkan untuk memperkasa institusi nelayan dan mewujudkan 100 pasar nelayan bagi menggalakkan nelayan menjual secara terus hasil-hasil tangkapan mereka kepada pengguna.

Orang tengah secara mudahnya ialah perantara pemasaran yang melengkapkan urus niaga antara pengeluar dan pengguna dengan menggerakkan suatu produk daripada sumber pengeluaran sehingga sampai kepada pengguna.

Dalam pada itu, Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim telah melancarkan perang LKIM terhadap manipulasi orang tengah.

Menurutnya, perang berkenaan memberi harapan baharu kepada nelayan dan penternak ikan untuk mendapatkan hasil yang setimpal dengan usaha dan keringat mereka di lautan luas.

"LKIM sedang berhadapan dengan golongan yang telah lama memberi harapan kepada masyarakat nelayan dan pada masa sama menekan nelayan dengan bebanan hutang. Bukan sahaja nelayan bahkan pengguna juga terpaksa menanggung kos yang diterbitkan orang tengah," katanya.

Usaha LKIM bermatlamat supaya orang tengah atau tauke-tauke tidak lagi memonopoli pasaran dan rantaian nilai industri agro makanan negara. Pada masa sama, LKIM mengharapkan kebergantungan nelayan kepada orang tengah dirungkai dan dipecahkan.

Selain itu, LKIM sedang memperkemaskan peranan institusi nelayan melalui Nekmat, Persatuan-Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan Persatuan-Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) termasuk agensi-agensi kerajaan memainkan peranan penting di dalam agenda nasional.

Akhirnya, akibat gagasan ini, pengeluar (nelayan dan penternak) akan mendapat pulangan yang setimpal dan munasabah dengan tenaga, masa dan pengorbanan yang dilakukan.

Justeru, enam pendekatan strategik telah diambil LKIM bagi memastikan manipulasi ini dapat diatasi antaranya; memendekkan rantaian pasaran dan memudahkan proses jualan ikan secara terus. Selain untuk mewujudkan saluran pasaran alternatif dengan penglibatan PNK, PNN, Nekmat dan FAMA (melalui 517 buah pasar tani di seluruh negara), LKIM juga sedang meningkatkan penguasaan PNN di sepanjang rantaian nilai dengan penglibatan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), FAMA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

LKIM berusaha membebaskan nelayan daripada bebanan hutang dengan orang tengah di mana PN akan diperkasakan dari segi kewangan dan pengurusan. Pada masa sama, LKIM sedang melengkapkan infra dan logistik pemasaran serta inisiatif jaringan kerjasama Strategi Lautan Biru (BOS) antara institusi dan agensi-agensi kerajaan.

Bagi mengambil alih hutang nelayan daripada orang tengah, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) diperuntukkan sebanyak RM40 juta. LKIM sedang mengenal pasti bilangan nelayan yang terlibat dan wajar dilepaskan daripada bebanan hutang dengan kerjasama PNK.

Bagi memberikan pinjaman tanpa faedah pula, Irmohizam memberitahu yang kerajaan menyediakan tabung pinjaman kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 PNK (melibatkan 97,627 ahli) termasuk di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan juga menyediakan tabung pinjaman mudah menerusi TEKUN untuk membeli bot ataupun sampan serta peralatan menangkap ikan.

Bagi membolehkan nelayan memasarkan hasil-hasil tangkapan mereka secara terus, sebanyak 50 buah pasar nelayan baharu di seluruh negara telah dan akan disediakan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta. Ia dijangka melibatkan 400 orang usahawan nelayan yang dapat menjual 30,000 metrik tan ikan (RM200 juta) setahun.

Nelayan juga digalakkan menjual terus hasil-hasil tangkapan mereka kepada Nekmat untuk tujuan sejuk beku yang akan menjadi stok penimbal bila berlaku musim tengkujuh atau perayaan.

Dalam pada itu, LKIM juga mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan dan pengedaran yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta. LKIM mempunyai 11 pusat pengumpulan dan pengedaran dan mensasarkan lapan lagi pada 2014 melibatkan lapan usahawan yang mampu mengendalikan 400 metrik tan ikan.

Kerajaan juga menggalakkan nelayan menjual hasil tangkapan ke pasar tani dan sehingga kini melibatkan 517 buah di seluruh negara. Nekmat juga digalakkan menjual ikan secara terus menggunakan kenderaan bermotor (Fish-On-Wheel).

Sehingga kini PNK telah berniaga ikan di 251 buah pasar tani yang melibatkan 53 buah PNK dan jumlah berkenaan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Lebih penting nelayan mendapat pulangan yang setimpal dengan keringat mereka dan pengguna pula mendapat bekalan ikan segar dengan harga yang berpatutan. Dan lebih menggembirakan sekiranya manipulasi orang tengah dapat dihapuskan dan harga hasil-hasil perikanan akan stabil di pasaran tempatan.

PENULIS ialah Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Samsung Galaxy tampil generasi kelima

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Susunan NOOR DIANA AZIS

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian Galaxy S, Samsung menampilkan generasi kelimanya iaitu S5 pada persidangan dan pameran Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2014 di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.

Penantian pengguna Galaxy sebelum ini sudah panti berbaloi apabila mereka melihat kepada penampilan gajet idaman itu.

Sudah pasti peranti kali ini dapat memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik foto.

Dengan resolusi kamera 16 mega piksel, S5 turut dilengkapi dengan sistem fokus automatik terpantas sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.

Di samping itu, generasi kelima ini turut diperkukuhkan dengan ciri-ciri pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran dalam talian (online)

Melihat perspektif fizikalnya, peranti ini dilihat sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun yang membezakannya adalah rekaan telefon bimbit pintar ini lebih moden dengan liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.

Dalam menjanjikan kepuasan kepada pengguna,

S5 turut diperhebatkan dengan teknologi sambungan Wi-Fi iaitu Download Booster yang menggabungkan kelajuan sambungan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data.

Skrinnya diperbesarkan kepada 5.1 inci Full HD Super AMOLED selain dikuasakan oleh pemproses 2.5 GHz Quad-core dan sistem operasi Android 4.4.2 Kitkat.

Telefon bimbit pintar yang tahan percikan air serta debu IP67 ini ditawarkan dalam empat warna pilihan iaitu hitam, putih, biru dan emas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai telefon bimbit pintar ini boleh layari laman web www.samsung.com.

Nikon D7100

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Bersama kadar pemfokusan yang lebih tepat, tajam serta pengesan subjek dengan lebih pantas merupakan antara kelebihan yang ditawarkan oleh Nikon D7100 kepada peminat seni fotografi.

D7100 merupakan kesinambungan barisan siri kamera digital lensa tunggal (DSLR) keluaran Nikon yang terkenal dengan berat yang minimum serta kompak agar mudah untuk dibawa kemana-mana.

Memiliki kelebihan pemfokusan yang tajam serta kadar rakaman yang lebih terperinci, D7100 turut dilengkapi bersama 51 poin pemfokusan membolehkan anda menentukan fokus pada mana-mana sudut yang dikehendaki pada subjek dengan lebih terperinci.

Sistem fokus automatik (AF) 51 poin tersebut mampu mengesan subjek yang dirakam dengan lebih tepat di samping kelebihan penderia jenis bersilang (cross-type) untuk 15 poin utama di tengah-tengah kerangka rakaman.

Sebagai tambahan, pemfokusan pada bahagian tengah kerangka rakaman tersebut turut bersesuaian dengan lensa dengan bukaan (aperture) maksimum iaitu f/8.

Hal demikian menjadikan rakaman dan pemfokusan automatik dapat dilakukan dengan lebih pantas dan tepat berbanding teknologi sebelumnya.

D7100 juga turut dilengkapi bersama penderia DX-format CMOS dengan kadar resolusi 24.1 megapiksel dan enjin pemprosesan imej EXPEED 3.

Kelebihan tersebut membolehkan kamera sentiasa fokus dengan lebih tajam bersama resolusi yang tinggi serta lensa yang bagus sekali gus menawarkan imej HD penuh yang terbaik.

D7100 itu juga turut menawarkan beberapa kelebihan baharu seperti aplikasi Spot White Balance dan paparan skrin LCD seluas 3.2 inci dengan kelebihan resolusi TFT.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rozita Che Wan umum hamil

Posted: 10 Mar 2014 02:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 41, hari ini mengumumkan berita gembira menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping gambar alat ujian kehamilan yang mengesahkan bahawa beliau sah mengandung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Zain Saidin, 30.

Berdasarkan keterangan gambar yang disertakan bersama gambar tersebut, Rozita memanjatkan rasa syukurnya ke hadrat Allah S.W.T dengan kata-kata Alhamdulillah.. syukur dengan nikmat mu ya Allah.. amin".

Sementara itu, Zain atau nama sebenarnya, Mohamad Zain Mohd. Saidin turut memuat naik gambar yang sama di akaun Instagramnya dengan keterangan gambar "Ladies and gentlemen alhamdullilah I am proud to say WE ARE PREGNANT."

Rozita dan Zain yang kini masih lagi sedang berbulan madu di Phuket, Thailand mendirikan rumah tangga pada 12 Disember lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. - UTUSAN ONLINE

Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR dan
KAMAL BASIR

PASANGAN pengantin baharu menjamu selera selepas majlis akad nikah.

DEMI cintanya terhadap Puteri Sarah, pengarah muda Syamsul Yusof sanggup bertahan daripada penyakit demam denggi yang dihidapinya untuk tetap meneruskan majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Sabtu lalu.

Biarpun tampak kurang bermaya dengan raut wajahnya yang lesu, ia tidak menjadi halangan buat Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 30, untuk memperisterikan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, hanya dengan sekali lafaz sahaja berserta mas kahwin bernilai RM1,111 tepat pukul 10.30 pagi.

Kelihatan segak dan cantik dengan persalinan jubah serba putih bagi kedua-dua mempelai, sama ada Syamsul mahupun Sarah, masing-masing dilihat bergenang air mata tatkala diijabkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid.

Ditemui pada sesi sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas majlis akad nikah berkenaan, Syamsul berkata, perkara pertama yang berlegar di benak fikirannya adalah memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberinya kekuatan untuk menyempurnakan majlis tersebut, di samping menunaikan hasratnya untuk menyunting Sarah sebagai suri di hatinya.

Tiada apa lagi yang perlu diucapkan selain ungkapan Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Walaupun saya sedang sakit, namun ketika akad hendak dilafazkan, saya diberi kekuatan secukupnya untuk menyempurnakannya. Saat itu, saya tidak berasa seperti sedang demam atau sakit.

Saya juga berterima kasih kepada kedua-dua belah pihak keluarga kami kerana berjaya menguruskan majlis ini dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah yang tidak diingini," katanya memulakan bicara pada pagi itu sambil ditemani ayahnya, Datuk Yusof Haslam.

Mengulas mengenai kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya, namun tetap berkeras untuk menjayakan majlis tersebut, Syamsul memberi alasan bahawa dia tidak mahu menyusahkan pelbagai pihak sekiranya upacara akad nikah dilakukan di hospital, seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Katanya, jika majlis diteruskan di hospital, ia melibatkan banyak prosedur yang perlu diuruskan oleh keluarga kedua-dua mempelai kerana premis tersebut tidak boleh keluar masuk sesuka hati.

Saya tak nak rasa bersalah. Jadi, lebih baik saya susahkan diri sendiri untuk seketika bagi menjayakan majlis pada pagi ini. Sekarang ini pun saya masih lagi rasa bersalah sebab majlis resepsi di rumah Sarah terpaksa ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Kalaulah saya diberi kekuatan sehari sahaja lagi, pastinya saya tetap mahu meneruskan majlis pada malam ini," ujarnya dalam keadaan yang tidak bermaya serta muka yang kemerah-merahan dek menahan kesakitan yang dialaminya.

Kekal rahsia

SEMENTARA itu, tatkala ditebak persoalan berkaitan kisah cintanya dengan Sarah, pengarah filem KL Gangster itu dengan tegas mengatakan bahawa biarlah segalanya kekal rahsia dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Menurut Syamsul lagi, pendiriannya untuk tidak menceritakan sejarah perkenalan antara mereka berdua adalah bagi menghindar daripada terbitnya sebarang bentuk fitnah dan tohmahan yang boleh mengaibkan mana-mana pihak termasuk diri mereka sendiri.

Sama ada saya jawab atau tidak, pastinya ada mulut yang akan berkata-kata. Jadi, lebih baik saya tidak bercerita dan biarkan kami berdua dan Allah sahaja yang tahu detik percintaan kami.

Cukuplah apa yang saya dengar sebelum ini dan ia menjadi pengajaran bermakna buat saya untuk tekad dengan pendirian ini," tegasnya.

Pun begitu, Syamsul tidak lokek untuk berkongsi perasaannya terhadap Sarah yang disifatkan sebagai seorang wanita yang benar-benar memenuhi kriteria isteri solehah yang diinginkannya.

Katanya, pertama kali mengenali Sarah sedalam-dalamnya, dia mengerti bahawa wanita itu bakal mencorakkan rumah tangga yang dipenuhi dengan sinar kebahagiaan serta mampu mendidik anak-anak mereka kelak menjadi mukmin yang soleh serta solehah.

Setelah mengenali Sarah, saya mendapat petanda bahawa dia adalah wanita solehah yang dicari selama ini untuk menjadi isteri saya serta ibu kepada anak-anak kami nanti," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Pengenalan pelbagai varieti padi

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Oleh Wan Shahara Ahmad Ghazali

Dr. Sharif Haron meninjau kerja-kerja penuaian padi aerob di Seberang Perak, baru-baru ini.

Sejak ratusan tahun, kegiatan penanaman padi meniti perkembangannya sehingga berubah wajah daripada tanaman sara diri kepada tanaman komersial.

Industri padi yang menghasilkan pengeluaran beras negara, kini menjadi amat penting dengan pengurusan yang lebih moden dan sistematik dan pada masa sama dikategori sebagai tanaman untuk keselamatan makanan negara.

Untuk itu, kerajaan bertanggungjawab memastikan bekalan beras, makanan ruji rakyat Malaysia memenuhi empat ciri iaitu sentiasa mencukupi di pasaran, senang diperoleh, mampu dibeli oleh setiap strata sosial serta memenuhi keperluan nutrisi.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai agensi penyelidikan dan pembangunan (R&D) makanan dan pertanian terulung negara berperanan besar memastikan keselamatan makanan negara sentiasa terjamin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sharif Haron berkata, peranan itu selari dengan keutamaan hala tuju MARDI untuk menyokong usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan jaminan keselamatan makanan dan nutrisi.

Jaminan makanan atau food security berkaitan dengan beras mestilah dicapai oleh kira-kira 30 juta penduduk Malaysia dengan harga yang mampu dibeli selain berkhasiat.

Institusi terbabit turut berperanan memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi kerana kira-kira 72 peratus daripada permintaan bekalan beras negara membabitkan beras tempatan.

Tambahan pula, institut itu sendiri membekalkan benih asas padi dengan membiak dan mengeluarkan kira-kira 250 tan metrik benih itu setiap tahun.

Sejak 1971, MARDI telah membangunkan 37 varieti padi yang mana tujuh daripadanya masih digunakan secara meluas di sawah seluruh negara," kata Sharif.

Membangunkan varieti baru padi bukan perkara mudah dan sebagai contoh varieti terbaru beras istimewa MRQ76 mengambil masa 10 tahun untuk dibangunkan.

Ia adalah varieti beras wangi yang amat berkualiti dan lebih baik daripada beras import kerana bersaiz panjang dan sedikit melekit.

Mengenai pencapaian terkini MARDI berkaitan dengan padi, Sharif gembira dengan kejayaan pembangunan dua varieti padi terbaharu dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) iaitu varieti beras biasa MR269 selain varieti beras istimewa MRQ76.

Kedua-dua varieti tersebut menghasilkan beras putih tempatan yang berkualiti tinggi setanding beras putih yang diimport.

Varieti MR269 mempunyai potensi untuk penghasilan padi sebanyak 10 tan metrik sehektar kerana lebih tahan lasak terutama ancaman penyakit karah tangkai, sama seperti varieti MRQ76," jelas Sharif.

MARDI juga berjaya menghasilkan inovasi penanaman padi tanpa keperluan air bertakung, yang dikenali sebagai varieti padi aerob yang dilancarkan teknologi penanamannya pada 22 Ogos lalu.

Selain itu, MARDI meningkatkan keupayaan mekanisasi penanaman padi Aerob menggunakan teknologi Aero-seeder iaitu sejenis jentera yang berupaya menabur benih dengan sekata.

Aplikasi yang lebih cekap itu, sudah tentu akan membantu mengurangkan pembaziran biji benih berbanding teknik tradisional iaitu menabur benih menggunakan tangan.

Mengenai pembekalan benih asas padi, beliau berkata, semua pembiakan dan penyelidikan berkaitan dijalankan di Stesen Penyelidikan MARDI Seberang Perai.

Menariknya, stesen itu adalah satu-satunya tempat yang menyimpan pelbagai jenis benih padi dalam Bank Gen Padi yang bercirikan bank gen antarabangsa.

Antara standard antarabangsa yang diamalkan termasuk pembungkusan sampel menggunakan kerajang poket aluminium dan sistem pangkalan data yang lengkap.

Semua rutin aktiviti pencirian sifat morfologi pula perlu dipastikan memenuhi syarat International Rice Descriptor List.

Bank gen itu mempunyai pelbagai kelengkapan terkini termasuk bilik sejuk penyimpanan benih untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang serta bilik pengeringan padi bagi membantu usaha penyimpanan germaplasma padi tradisional Malaysia.

Sharif turut menjelaskan bahawa bank gen padi juga menyimpan sejumlah 12,118 lebihan padi yang telah dikumpul sejak tahun 1970-an lagi.

Ini termasuk jenis-jenis padi tradisional Malaysia dan daripada seluruh rantau ini serta dari China, Jepun, India, Pakistan dan Amerika Syarikat.

Koleksi ribuan lebihan padi itu amat penting bagi membolehkan MARDI mengkaji dan membangunkan baka-baka padi baru menggunakan teknologi kacukan dan pembiakbakaan," jelasnya.

Lagipun, penyelidikan pembiakbakaan padi sudah tentulah kegiatan paling penting bank gen itu yang berperanan menghasil dan membekal biji benih berkualiti tinggi.

Bank itu juga perlu memastikan segala maklumat ciri-ciri padi disalurkan ke sistem pangkalan data yang boleh dicapai di peringkat antarabangsa untuk rujukan saintis lain.

Bagi setiap musim penanaman pula, MARDI bertanggungjawab melaksanakan aktiviti rutin seperti penggandaan biji benih asas padi, pencirian sifat morfologi pokok, padi dan beras serta saringan penyakit tanaman.-BERNAMA

Padi aerob varieti MRIA1

Posted: 09 Mar 2014 11:34 PM PDT

Tahukah anda bahawa sebanyak 3,000 liter air diperlukan untuk menghasilkan hanya satu kilogram beras.

Bagi negara yang makanan rujinya ialah beras, keadaan kemarau dan sumber air yang terhad boleh membawa cabaran dan mempengaruhi keselamatan makanan sesebuah negara.

Pujian patut diberi kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) atas penyelidikan yang dijalankan sejak 2005 bagi menghasilkan baka padi aerob di negara ini.

Baka padi aerob, yang mengeluarkan hasil yang tinggi, boleh ditanam tanpa air bertakung seperti yang selama ini digunakan dalam kegiatan penanaman padi secara komersial.

Padi, yang juga dikenali sebagai MRIA 1, dihasilkan oleh MARDI dan dilancarkan pada 22 Ogos tahun lepas.

Pembangunan padi aerob dilihat sebagai anjakan paradigma dalam industri pertanian ketika MARDI melangkah ke tahun 2014 sejajar dengan kedudukannya sebagai tanaman keselamatan makanan negara.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron juga melihat potensi MRIA 1 untuk diusahakan di kawasan tanah persendirian yang terbiar di seluruh negara yang dianggarkan seluas 107,000 hektar.

Seandainya diberi peluang mengaplikasikan sistem tanaman padi tanpa air bertakung di tanah-tanah terbiar, usaha itu dapat menjimatkan ruang dan wang negara," kata beliau.

Malah cadangan itu dianggap cukup praktikal kerana sistem tanaman padi secara tradisional memerlukan perbelanjaan yang tinggi khususnya dari segi penyediaan tanah rata dan sistem pengairan yang sempurna.

Bezanya, kelebihan padi aerob terletak pada ciri utamanya iaitu kemampuan untuk hidup subur dengan penggunaan air yang minimum iaitu sehingga 50 peratus kurang berbanding dengan keperluan air untuk tanaman padi secara biasa di sawah.

Jika mahu diusahakan di kawasan sawah biasa, padi aerob boleh ditanam di lokasi yang kurang bekalan air kerana baka padi itu masih boleh hidup subur menggunakan sistem penyiraman ringkas atau alat perenjis biasa sahaja," kata Sharif.

Untuk menguruskan tanaman ini, kajian mendapati keperluan air semusim yang sesuai ialah antara 500 hingga 750 milimeter (mm) namun keperluan itu berbeza mengikut musim, jenis tanah dan kaedah pengairan.

Bagi kegiatan penanaman di sawah yang kering, pengairan perlu dilakukan sekali pada setiap lima atau enam hari.

Penanaman di luar sawah pula memerlukan penggunaan alat perenjis untuk pengairan dan penyiraman yang dilakukan pada setiap empat hingga lima hari sekali sekiranya tiada hujan.

Apapun, pengurusan air yang baik dapat menggalakkan pembentukan akar, pengambilan nutrien oleh padi dan pertumbuhan anak padi yang lebih baik.

Pada kelembapan yang bersesuaian, benih padi MRIA 1 itu akan bercambah dalam masa tiga atau empat hari selepas ditabur manakala anggaran hasilnya sekitar 3.5 tan metrik sehektar.

Analisis mendapati hasil tuaian padi aerob mempunyai nilai mineral tertentu yang lebih baik berbanding padi biasa," tambah beliau.

Secara keseluruhannya, Sharif berpendapat bahawa padi aerob berpotensi ditanam di kawasan sawah berpengairan yang mengalami masalah kekurangan air atau kawasan tadahan hujan yang mana padi itu boleh ditanam pada luar musim.

Padi yang matang dalam tempoh 90 hari itu juga sesuai ditanam di kawasan darat seperti ladang tebu, getah dan kelapa sawit jika dilengkapi dengan perenjis air.

Bagi memaksimumkan penggunaan tanah dan menambah pendapatan petani, padi aerob boleh ditanam secara bergilir dengan tanaman lain ataupun sebagai tanaman selingan di kawasan tanam semula ladang getah dan kelapa sawit.

Malah, Sharif berpendapat petani akan berminat mengusahakan tanaman padi itu sekiranya skim galakan dapat diwujudkan untuk mereka selain peningkatan kecekapan teknologi pengeluarannya.

Lebih penting, padi aerob akan dapat menyelesaikan masalah tanah terbiar serta membantu meningkatkan pengeluaran beras untuk negara, katanya.

Seperti pengurusan padi sawah, tanaman padi aerob juga berhadapan dengan masalah rumpai, penyakit dan perosak.

Ketiadaan air bertakung memudahkan lebih banyak spesies rumpai untuk hidup dan bersaing dengan tanaman padi.

Justeru, penyediaan tanah yang sempurna amat penting bagi mengurangkan masalah rumpai selain kawalan secara manual yang memberi tumpuan terhadap kadar racun, peringkat pertumbuhan pokok padi, kelembapan tanam dan spesies rumpai.

Pemantauan berkala juga perlu pada peringkat awal pertumbuhan pokok bagi mengesan kehadiran simptom penyakit dan kehadiran perosak yang biasanya boleh dikawal dengan penggunaan baja dan benih pada kadar yang disyorkan.

Begitu juga amalan kultur seperti pemusnahan sisa jerami, padi batat dan perumah gantian dapat membantu mengurangkan sumber jangkitan penyakit dan tempat pembiakan perosak.

Selain padi aerob, MARDI turut membangunkan penanaman padi bukit atau padi huma secara yang lebih menguntungkan.

Hasil transformasi cara penanaman, MARDI berjaya membolehkan hasil pengeluaran padi bukit meningkat dua kali ganda berbanding sebelum ini, iaitu daripada satu tan metrik sehektar kepada dua tan metrik," kata Sharif tanpa menyatakan lebih lanjut mengenai transformasi penanaman itu.

Selain itu, jelasnya, pengusaha penanaman padi bukit kini boleh mengekalkan lokasi tanaman mereka tanpa perlu berpindah randah dengan kualiti beras yang sama.

Bagaimanapun, penanaman padi bukit masih lagi dilakukan sekali atau semusim pada tempoh setahun. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Perkasa gesa Johor tubuh MPEBNJ

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

JOHOR BAHRU 9 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menggesa kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Negeri Johor (MPEBNJ) dalam usaha memperkasakan agenda bumiputera di negeri ini.

Yang Dipertuanya, Samat Atan berkata, di bawah MPEBNJ, satu jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi mengambil pendekatan jitu untuk membangunkan tanah rizab Melayu yang didakwa semakin kecil.

Katanya, berdasarkan statistik, tanah rizab Melayu di negeri ini mempunyai keluasan 1.988 juta hektar pada 1921 tetapi semakin berkurangan ekoran 'terlepas' kepada kaum lain dalam jumlah yang besar.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menggantikan segera tanah rizab Melayu yang sudah terlepas itu dengan menubuhkan jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut selain untuk memperkasakan ekonomi bumiputera di negeri ini.

"MPEBNJ ini kelak diharap dapat dipengerusikan oleh Menteri Besar dengan dianggotai antaranya Exco kanan kerajaan negeri, ketua jabatan serta pakar ekonomi Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Persidangan Meja Bulat Perkasa Johor dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi-Pengerusi Perkasa Kawasan Parlimen di negeri ini yang disempurnakan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, semalam.

Mengenai sidang meja bulat itu, Samat berkata, isu hartanah yang semakin mahal dan di luar kemampuan bumiputera turut dibincangkan dan pihaknya mencadangkan supaya penjualan hartanah kepada warga asing hanya dibuat di kawasan tertentu.

"Selain itu, kami mencadangkan bayaran levi daripada pelepasan unit bumiputera digunakan untuk membangunkan tanah milik Melayu dan dijual semula kepada orang Melayu pada harga jauh lebih rendah daripada pasaran," katanya.

Pada masa sama, beliau mendesak kerajaan negeri memantau pembangunan di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) supaya pemilikan hartanah bumiputera diutamakan.

"Perkasa mendapat maklumat majoriti penduduk Melayu di kawasan itu semakin berkurangan akibat kesan kenaikan harga tanah dan disebabkan itu kita berharap kerajaan negeri tidak lagi mudah meluluskan pengambilan tanah perkampungan Melayu.

"Selain itu, Perkasa Johor juga berharap Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan UDA Holdings dapat diberi peranan utama dalam membangunkan rumah mampu milik dan kos sederhana di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


MIC sasar 100,000 belia India sertai pertanian NAAM

Posted: 09 Mar 2014 11:53 AM PDT

SEREMBAN 9 Mac - Seramai 100,000 belia India disasar menyertai program Gerakan Afirmatif Baharu (NAAM) dalam sektor pertanian bermula tahun ini sehingga 2018 bagi memperkasakan ekonomi kaum itu.

Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan berkata, sasaran itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengumumkan peruntukan khas sebagai permulaan tidak lama lagi.

"Untuk tahun pertama, kita menyasarkan 5,000 belia India menyertai program ini yang dipilih berdasarkan keahlian NAAM.

"Penyertaan dalam kalangan anggota NAAM untuk program ini adalah percuma dan hanya seorang anggota daripada setiap keluarga dibenarkan menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Catur Terbuka Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Sembilan Kali Ke-3 di Kolej Tafe, di sini hari ini.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memberitahu, projek pertanian yang berpotensi untuk diusahakan meliputi tanaman cili merah, bunga melor dan pisang.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti enam negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor bagi mengerakkan program berkenaan.

"Kita sedang mendapatkan kerjasama kerajaan negeri BN supaya mereka dapat menyewakan tanah pertanian dengan kadar yang rendah untuk dimajukan dalam tempoh lima tahun.

"Selepas tempoh itu, terpulang kepada kerajaan negeri sama ada mereka berminat memperbaharui perjanjian tersebut atau sebaliknya," ujarnya.

Tambahnya, peserta terpilih akan diberikan latihan termasuk dibekalkan benih tanaman secara percuma daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Di samping itu, mereka turut berpeluang mendapatkan bantuan kewangan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan hasil tanaman mereka akan dibeli semula oleh NAAM," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved