Utusan Online - Jenayah |
Banduan lari berjaya ditahan semula Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT PULAU PINANG 10 Mac - Seorang banduan yang melarikan diri dari Penjara Pulau Pinang, Jalan Goal di sini ketika melakukan tugas pembersihan di luar kawasan penjara terbabit Rabu lalu, ditahan semula di sebuah rumah di Machang Bubuk, Bukit Mertajam di sini awal pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek, Phang Ruey Shang, 42, ditahan kira-kira pukul 2.15 pagi di rumah salah seorang ahli keluarganya. "Kita percaya lelaki itu sebelum ini bersembunyi di beberapa lokasi lain sebelum pulang ke rumah ahli keluarganya setelah lima hari diburu polis," katanya di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, banduan dikenali Ah Beng dilaporkan hilang selepas diarah membersihkan kawasan longkang di luar penjara bersama lima banduan lain dengan diawasi warden. Kehilangan lelaki itu disedari ketika warden mahu mengumpulkan banduan terlibat kerja-kerja pembersihan berkenaan untuk dibawa ke penjara. Mazlan berkata, lelaki itu yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi, kini direman selama lima hari. |
Pekerja ladang wanita dibunuh? Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT Oleh ANGELINA SINYANG KOTA SAMARAHAN 10 Mac - Seorang pekerja ladang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat dipukul dan dibelasah dengan objek keras di kawasan tali air di sebuah ladang kelapa sawit di Ensengei di sini semalam. Mayat mangsa, Eli Udin, 34, ditemui pada pukul 4.20 petang oleh seorang pengawal keselamatan yang meronda di kawasan ladang berkenaan lalu menghubungi polis. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dipercayai mati akibat mengalami kecederaan parah di kepala setelah dipukul dengan objek keras. Beliau berkata, Eli bersama suaminya telah bekerja di ladang kelapa sawit terbabit sejak empat tahun lalu. "Bagaimanapun, ketika kejadian suami mangsa sedang bercuti dan berada di Kalimantan Barat, Indonesia kerana mempunyai urusan keluarga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul dan dihentak dengan objek keras. Tambahnya, polis turut menjumpai sebatang kayu yang mempunyai kesan titisan darah tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemui. "Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan polis sedang giat mengesan suspek yang dipercayai rakan senegara mangsa. "Sehingga kini, polis belum dapat mengenal pasti motif mangsa dibunuh dan punca sebenar kematian wanita itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat selesai dijalankan," katanya sambil memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan