Khamis, 1 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kemenangan penuh drama

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

Pemain-pemain Malaysia meraikan kejayaan mengalahkan New Zealand menerusi penentuan pukulan penalti shoot-out pada suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 di Stadium Indera Mahkota, Kuantan semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Malaysia mengharungi pertarungan penuh drama apabila ketinggalan, bangkit dan kemudian dikejar sebelum menyingkirkan pasukan No. 6 dunia, New Zealand menerusi penentuan pukulan penalti shoot-out 3-2 untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-juara 1 (CC1) di Stadium Hoki Indera Mahkota, semalam.

Anak-anak buah Muhammad Dharma Raj Abdullah dikejutkan seawal minit keempat apabila Steve Edwards menyempurnakan jaringan padang untuk meletakkan New Zealand mendahului 1-0.

Namun, semangat juang tinggi dan aksi kelas dunia yang ditunjukkan pemain-pemain negara menyaksikan empat gol berjaya diledak pada babak pertama bermula dengan jaringan penyamaan ketua pasukan, Azlan Misron pada minit ke-20 dan dua gol Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-23 dan 31.

Mohd. Fitri Saari terdahulu menyempurnakan gol ketiga pada minit ke-24 selepas menunjukkan skil hebat dengan menewaskan tiga pertahanan lawan, sebelum menewaskan penjaga gol, Devon Manchester.

Drama sebenar bagaimanapun bermula pada babak kedua apabila New Zealand bangkit menenggelamkan keriuhan lebih 1,000 penyokong tuan rumah dengan menyamakan kedudukan 4-4 menerusi hatrik Andy Hayward pada minit ke-45, 60 dan 70.

Debaran Malaysia tidak berakhir di situ. Tuan rumah ketinggalan 0-2 dalam penentuan pukulan penalti shoot-out, namun ketangkasan penjaga gol, S.Kumar menepis tiga percubaan lawan memastikan pasukan negara akhirnya menamatkan perlawanan yang amat mendebarkan itu sebagai pemenang.

Jaringan penalti Malaysia disempurnakan oleh Faiz Helmi Jali, Firhan Ashari dan Shahril, manakala New Zealand meraih gol menerusi Inglis Hugo serta Hilton Blair.

"Kami mengharungi babak pertama yang amat baik dengan memperoleh empat gol yang hebat. Meskipun memegang kelebihan tiga gol, saya beritahu pemain ketika rehat supaya jangan ambil mudah perlawanan ini dan bermain seperti biasa.

"Malang sekali, ia tidak menjadi. Kami memberi terlalu banyak ruang kepada lawan untuk menyerang dan terpaksa membayar dengan harga tinggi apabila melepaskan tiga gol.

"Malah pada penentuan pukulan penalti shoot-out kami ketinggalan 0-2, namun saya gembira kami akhirnya bangkit untuk memenangi perlawanan. Saya sangat bangga dengan pemain-pemain kami... mereka membuktikan kemampuan hari ini," kata Muhammad Dharma.

Sementara itu jurulatih New Zealand, Colin Batch turut memuji aksi anak-anak buahnya yang mempamer kebangkitan hebat pada separuh masa kedua, namun gagal menyempurnakan peluang pada penentuan pukulan penalti.

"Ia tidak mudah untuk bangkit selepas ketinggalan dengan jurang tiga gol. Saya sangat bangga dengan pemain-pemain kami.. mereka bangkit dan mencipta banyak peluang.

"Dalam penentuan pukulan penalti, apa saja boleh berlaku. Kami sangat kecewa tewas dengan cara begini," ujar Batch.

Malaysia kini akan menempah pertemuan dengan Kanada pada separuh akhir selepas pasukan itu menyingkirkan Poland 3-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Rangel boleh lupakan Harimau Malaya

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

HAJAT Paulo Rangel untuk menyarung jersi Harimau Malaya mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana Malaysia tidak bercadang mengambil pemain luar.

KUALA LUMPUR - Penyerang import berbisa Selangor, Paulo Rangel boleh melupakan impian untuk me-nyarung jersi Harimau Malaya kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak pernah bercadang untuk membuka pintu kepada pemain luar.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hendak membawa masuk pemain naturalisasi juga bukan mudah kerana proses menukar kerakyatan seseorang pemain luar negara memakan masa yang sangat panjang.

Beliau memberitahu, situasi melibatkan Rangel tidak sama seperti Brendan Gan kerana urusan pemain muda Kelantan itu lebih mudah memandangkan bapanya merupakan warganegara Malaysia.

"Antara prosedur yang perlu dilaksanakan ialah mendapatkan taraf penduduk tetap sebelum boleh memohon untuk mendapatkan taraf warganegara dan proses ini memakan masa bertahun-tahun.

"Selepas mendapatkan taraf warganegara, perkara itu perlu dirujuk kepada FIFA bagi memastikan status Rangel sama ada pernah beraksi bersama skuad Brazil atau sebaliknya.

"Sekiranya segala urusan berjalan lancar sekalipun, Rangel ketika itu sudah berusia lebih 30 tahun untuk menyarung jersi Harimau Malaya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Baru-baru ini, Rangel yang berusia 29 tahun menyatakan kesediaannya untuk menyarung jersi skuad kebangsaan jika diberi peluang beraksi di pentas antarabangsa.

Pemain kelahiran Brazil itu turut mempamerkan aksi cemerlang musim ini bersama Selangor dengan menjaringkan 10 gol dalam 13 penampilan Liga Super.

Hamidin memberitahu, FAM juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka pintu bagi tujuan naturalisasi pemain seperti yang diamalkan beberapa negara jiran termasuk Singapura.

Beliau berkata, proses itu bukan mudah kerana ia melibatkan urusan kerajaan dan berisiko tinggi terutamanya jika pemain yang dipilih itu tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Himpunan gagal capai matlamat

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

SEBAHAGIAN peserta bantahan pelaksanaan GST menyertai perarakan di Dataran Maybank, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mei - Perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka, bukan sahaja gagal mencapai matlamat utamanya untuk menarik ratusan ribu orang, malah ia dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang melemparkan dakyah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, matlamat kononnya untuk menjadi perhimpunan itu bagi menumbangkan kerajaan hanyalah omong kosong apabila peserta yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang, mula beredar dari kawasan dataran tersebut pada pukul 4.30 petang.

Seperti perhimpunan pembangkang sebelum ini, ia turut menyaksikan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman apabila ada peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan hari ini.

Walaupun membantah GST dikatakan menjadi matlamat utama, namun perhimpunan kali ini menunjukkan tiada sepakatan dan dijadikan platform bagi sesetengah pihak menonjolkan diri mereka di hadapan khalayak.

Ini termasuklah sekumpulan pemuda Cina yang mengaku mengamalkan homoseksual dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan, 'Kami homoseksual, kami menentang GST' dan 'Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST'.

Kecelaruan juga timbul apabila ada peserta turut membawa sepanduk-sepanduk yang sama sekali tiada kaitan dengan matlamat perhimpunan seperti tuntutan royalti minyak untuk Kelantan dan kes kematian Teoh Beng Hock. Malah lebih melucukan ada pula kelompok melaungkan slogan mengecam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Apa dikesalkan, perhimpunan itu juga menjadi medan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berucap untuk menyebar dakyah termasuk melakukan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.

Antara isu yang difitnah oleh mereka termasuklah kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu dan mengecam hukuman penjara ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menarik perhatian ialah kehadiran ribuan penyokong Pas yang dikatakan peserta majoriti perhimpunan itu walaupun mereka menyedari PKR dan DAP menentang keras pelaksanaan hukum hudud di Kelantan melalui usaha Pas untuk membentangkan Rang Undang-undang persendirian berhubung perkara itu di Dewan Rakyat, pada Jun atau Disember ini.

Sementara itu, menyedari perhimpunan kali ini gagal untuk mencetuskan kekecohan bagi menarik perhatian media asing, penyokong pembangkang cuba menggunakan taktik kotor apabila menyebarkan dalam laman sosial berita kononnya ada pemimpin pembangkang termasuk Anwar ditahan dan seorang anggota Unit Amal Pas mati ditikam ketika pergaduhan dengan anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mereka juga turut menyebarkan gambar seorang pemuda yang didakwa sebagai suspek kes itu digari dan terbaring di atas pengusung.

Pergaduhan dikatakan berlaku apabila peserta SAMM dikatakan mahu merempuh hadangan bagi memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka dan tindakan itu dihalang oleh Unit Amal Pas.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa anggota SAMM bertindak ganas dengan menyerang petugas media yang membuat liputan sehingga ia mencetuskan kekecohan.

Polis berjaya kawal situasi

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Mohmad Salleh

KUALA LUMPUR 1 Mei - Polis berjaya mengawal Himpunan 1 Mei daripada sebarang kekecohan yang ingin dicetuskan peserta perhimpunan terbabit di sekitar lokasi di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, ketika penganjuran itu, tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan ketegangan serius atau mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat beberapa insiden kecil yang jika tidak dikawal mampu mencetuskan suasana yang memudaratkan.

"Ada juga berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak di antara peserta, namun keadaan masih terkawal.

"Sehingga pukul 5 petang, keadaan di ibu negara masih berada dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa lokasi yang telah dipenuhi oleh peserta," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam perkembangan sama, Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap tolensi dan bekerjasama sepanjang perhimpunan berlangsung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan tiada kejadian seorang peserta perhimpunan 1 Mei bantah GST mati ditikam seperti disebarkan dalam media sosial.

Beliau berkata, foto yang disebarkan itu adalah kejadian lama dan tiada kaitan dengan perhimpunan terbabit.

"Kira-kira 15,000 peserta berhimpun di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad jam 2 petang sebelum bersurai tiga jam kemudian," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Dana khas penternak lembu

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh ASZAHARI ALI
utusanktn@gmail.com

MOHAMAD NAJIB

KUANTAN 1 Mei - Orang ramai yang menternak lembu secara kecil-kecilan kini berpeluang mengembangkan perusahaan mereka pada skala besar apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewujudkan dana khas bagi membantu golongan itu.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Mohamad Najib Pendek berkata, kenyataan Menteri berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyalurkan dana berkenaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan AgroBank itu amat dialu-alukan.

Menurutnya, dana tersebut diharap dapat membantu meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan sekali gus mengurangkan pergantungan daging import yang kini menguasai kira-kira 70 peratus keperluan semasa.

"Pasfa menyambut baik usaha kementerian dan berharap ahli dapat menggunakan peluang membesarkan projek ternakan lembu bagi meningkatkan taraf hidup mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohamad Najib berkata, selain dana itu, Pasfa turut menyokong langkah kerajaan menambah pusat sembelih berlesen di setiap daerah sebelum akhir Jun ini bagi mengawal harga daging segar.

Jelasnya, ketika ini, terdapat 29 pusat sembelih milik kerajaan manakala 200 lagi beroperasi tanpa lesen kerana belum menepati kriteria ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Tempat itu perlu ditambah kerana dapat mengekang kenaikan harga daging selain menjimatkan masa, tenaga dan kos penghantaran lembu peniaga ke rumah sembelih yang berhampiran dengan kawasan ternakan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, usaha mewujudkan satu pusat sembelih untuk satu daerah agak sukar dilaksanakan kerana perlu melalui sistem audit sebelum dilesenkan serta mematuhi aspek kebersihan, keselamatan makanan dan status halal.

Menurutnya, sebagai sokongan kepada usaha kerajaan, Pasfa bersedia membina pusat sembelih itu di atas tanah kepunyaan pertubuhan tersebut di Gebeng yang dijangka boleh membantu penternak di kawasan berhampiran.

10,000 mangsa banjir masih tercicir wang ihsan

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Sebahagian mangsa banjir mengambil wang ihsan di Dewan Orang Ramai Balok, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 1 Mei - Mangsa banjir di negeri ini yang masih belum menerima bantuan wang ihsan tidak perlu bimbang kerana terdapat kira-kira 10,000 lagi nama yang tercicir daripada senarai penerima bantuan tersebut.

Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ogu Salim Omar berkata, nama yang tercicir itu terdiri daripada mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah serta yang membuat rayuan.

"Jadi kita (MKN) berharap mangsa yang belum menerima bantuan wang ihsan banjir ini dan merasakan nama mereka tercicir supaya menyerahkan nama dengan segera kepada tok empat atau ketua kampung di kawasan masing-masing.

"Ini kerana MKN akan mendapatkan senarai nama mangsa banjir yang belum menerima bantuan wang ihsan banjir itu daripada tok empat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyampaian Wang Ihsan kepada 1,181 penerima dari kawasan Beserah dan Sungai Karang di Dewan Orang Ramai Balok di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Keselamatan MKN negeri, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria.

Ogu Salim berkata, pihaknya menjangkakan selewat-lewatnya awal Jun ini pemberian wang ihsan banjir kepada semua mangsa yang tercicir selesai.

Sementara itu, katanya, pihaknya telah selesai menyerahkan wang ihsan banjir kepada kira-kira 10,141 mangsa yang tidak berpindah di daerah ini.

"Pemberian ini yang bermula pada Isnin lalu melibatkan enam kawasan di daerah ini iaitu di Sungai Isap, Inderapura, Taman Tas, Bukit Rangin, Balok dan Wisma Belia Indera Mahkota," katanya.

Laporkan pihak cemarkan alam sekitar

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

MARAN 1 Mei - Rakyat perlu mempunyai tanggungjawab melaporkan segera kepada pihak berkuasa mengenai pihak yang rakus melakukan pencemaran sehingga menjejaskan alam sekitar.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, sokongan padu rakyat dalam memantau dan menghalang perlakuan negatif sangat menyumbang kepada pembentukan alam sekitar yang bersih dan selesa didiami penduduk.

Justeru tegasnya, pembentukan Pasukan Pemantauan Pencemaran (3P) sebagai sukarelawan sangat relevan yang berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan bagi membendung masalah tersebut.

"Peranan skuad 3P ini penting dalam membantu kerajaan untuk menguatkuasakan peraturan terhadap kesalahan berkaitan alam sekitar yang boleh menyebabkan pencemaran lebih parah dan tidak terkawal.

"Kelestarian alam sekitar memerlukan sokongan padu semua pihak yang peka dengan disiplin diri menjaga alam sekitar yang bersih," katanya selepas merasmikan 3P peringkat Parlimen Maran di Taman Tasik Maran di sini baru-baru ini.

Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, dengan adanya pasukan itu diharap dapat membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak menyelamatkan khazanah negeri jika ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memusnahkannya.

Menurutnya, ahli kumpulan 3P adalah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung, penghulu, persatuan dan rukun tetangga yang dihadkan kepada maksimum 20 orang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


India: Seorang maut dalam letupan bom di stesen kereta api

Posted: 01 May 2014 12:58 PM PDT

CHENNAI 2 Mei - Dua butir bom yang diletakkan dalam sebuah kereta api di India meletup sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan sembilan penumpang yang lain cedera di stesen utama di Chennai, kata polis dan pegawai kerajaan.

Kejadian yang berlaku pada ketika India sedang mengadakan pilihan raya umum itu, membabitkan beberapa bahagian gerabak kereta api yang bergerak pada waktu malam dari Bangalore dan berhenti di stesen Chennai.

Pengurus Besar wilayah selatan syarikat Indian Railways, Rakesh Misra berkata, seorang wanita berusia 22 tahun mati apabila salah satu bom yang diletakkan di bawah tempat duduknya meletup selepas pukul 7 pagi waktu tempatan. - AFP

Banduan dan pegawai penjara Florida cedera akibat letupan gas

Posted: 01 May 2014 12:57 PM PDT

PENSACOLA, Florida 2 Mei - Kira-kira 150 banduan termasuk pegawai penjara cedera dalam satu kejadian letupan gas di penjara Pensacola di sini semalam.

Jurucakap daerah, Kathleen Castro, berkata, letupan itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu tempatan) dan ia telah menyebabkan sebahagian bangunan penjara runtuh. Kira-kira seramai 600 penghuni berada di dalam bangunan ketika itu.

Bagaimanapun Castro tidak menjelaskan punca sebenar kejadian, tetapi mendakwa penjara itu pernah ditenggelami air ketika banjir besar melanda wilayah itu sejak dua hari lalu. - AP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Doodle 4 Google pertama di Malaysia

Posted: 01 May 2014 06:55 AM PDT

Oleh NURSYAMIMI SAIDI

Bagi pengguna internet yang aktif melayari Google, doodle bukanlah sesuatu yang baru dilihat apabila ia sering hadir dengan logo menggunakan doodle yang berwarna-warni.

Doodle adalah contengan spontan pada logo Google yang telah mencuri perhatian pengguna internet setiap kali meraikan sesuatu perayaan, peristiwa bersejarah, malah lakaran kehidupan pelukis atau ahli sains terkemuka dunia.

Google Malaysia melangkah setapak lagi dengan mengumumkan pertandingan Doodle 4 Google, dengan mempelawa pelajar-pelajar sekolah menyertai dan berkongsi kreativiti mereka untuk mereka sebuah doodle yang menarik.

Bertemakan 'Malaysia bagi saya adalah....' bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, pertandingan terbuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kategori umur 7 hingga 9 tahun, 10 hingga 12 tahun, 13 hingga 15 tahun, dan 16 hingga 17 tahun.

Walaupun pertandingan itu julung kali diadakan, ia bukan kali pertama Google mencipta doodle yang bercirikan Malaysia kerana mereka pernah menghasilkan doodle Hari Merdeka, Pilihan Raya 2013, dan doodle khas buat Yasmin Ahmad.

Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, doodle mencerminkan personaliti Google dan sejak beberapa tahun yang lalu lakaran itu menjadi sebahagian daripada ciri Google yang amat ditunggu-tunggu oleh pengguna internet.

Katanya, pertandingan Doodle 4 Google memberi peluang kepada pelajar sekolah mencipta doodle menggunakan apa sahaja platform seperti komputer tablet, telefon pintar atau sekadar melakar menggunakan tangan.

"Lakaran tersebut boleh tentang apa sahaja sama ada mengenai budaya, makanan, kepelbagaian masyarakat, mercu tanda atau gambaran unik yang melambangkan Malaysia.

"Apa yang penting ia dihasilkan dengan penuh imaginasi dan kreativiti," katanya dalam majlis pelancaran Doodle 4 Google di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hasil karya pemenang pertandingan ini bukan sahaja dapat menyertai kumpulan elit ahli bukan Google, malah karyanya akan dipamerkan pada Hari Malaysia, iaitu 16 September ini.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Julai 2014.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Jenazah Ratu Keroncong Kartina Dahari selamat disemadi

Posted: 01 May 2014 04:30 AM PDT

SINGAPURA 1 Mei - Jenazah biduanita Kartina Dahari, 73, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Lim Chu Kang di sini hari ini.

Allahyarhamah yang dikenali sebagai ratu keroncong itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Braddell Hills akibat penyakit barah pangkal rahim yang dihidapi semenjak 2010.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.

Ramai rakan-rakan termasuk peminatnya menziarahi jenazahnya di rumahnya sehingga ke majlis pengkebumian.

Beliau meninggalkan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki; Adlin Adnan, Shah Reza dan Noor Indera, berusia antara 41 dan 51 tahun. - BERNAMA

Bawa bakal isteri ke Malaysia

Posted: 01 May 2014 06:55 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

ALYPH (kiri) dan Syarif bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan tidak takut kehilangan peminat kerana mendirikan rumah tangga adalah tuntutan agama.

BAIK Syarif mahupun Alyph, kedua-dua anggota kumpulan Sleeq ini sememangnya sudah tidak sabar menanti hari mereka bakal disatukan dengan pasangan masing-masing sebagai suami isteri.

Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah bakal berkahwin pada November ini, manakala Alyph atau nama sebenar Muhammad Alif Abdullah pula pada September ini.

Maksudnya satu perubahan besar bakal berlaku dalam hidup duo kelahiran Singapura ini. Memilih lokasi perkahwinan di negara kelahiran sendiri, baik Alyph mahupun Syarif, mengharapkan hari bahagia mereka itu akan berjalan dengan lancar. Buat masa ini, tarikh untuk berkahwin masih belum ditetapkan.

Sama seperti mana-mana bakal pengantin lain, kedua-dua penyanyi berusia 25 tahun ini mengakui perasaan mereka kini bercampur baur antara teruja, gementar dan bahagia.

Terus terang kata Alyph, dia tidak dapat menyembunyikan debarannya tatkala jari menghitung hari bahagia yang semakin menghampiri.

"Saya bakal berkahwin pada September ini. Maksudnya, saya ada lebih kurang tiga bulan untuk membuat persiapan. Memang saya teruja, gembira dan tidak sabar untuk menanti majlis perkahwinan saya.

"Kalau boleh biarlah cepat-cepat perkahwinan berlangsung. Ini kerana selagi belum tiba majlis perkahwinan, selagi itu bermacam-macam perkara saya fikirkan tentang persiapan majlis.

"Nasib baik, bakal isteri saya banyak membantu dalam persiapan perkahwinan kami. Itu sudah cukup buat saya," katanya yang memilih Azzah Fariha Samad, 27, sebagai pasangan hidup.

Begitu juga dengan Syarif, dia bertuah kerana tunangnya, Malaque Mahdaly, 25, memahami kerjaya dirinya dan sanggup membantu dalam persediaan perkahwinan.

"Alhamdulillah, persiapan hampir siap sepenuhnya. Tertekan itu perkara biasa untuk semua bakal pengantin tetapi saya bertuah kerana tunang membantu melancarkan persiapan majlis perkahwinan kami," katanya yang telah bertunang pada 1 Januari 2012.

Apabila ditanya persediaan masing-masing untuk bergelar seorang suami, kedua-duanya nampak tenang dan tidak kisah berkongsi mengenai kisah peribadi masing-masing.

Bagi Syarif, dia akan membawa bakal isterinya ke Malaysia setelah stabilkan diri di Malaysia. Itu janji Syarif kepada tunangnya yang bekerja sebagai chef.

"Saya akan membawanya ke Malaysia. Kami memang sudah berbincang ke arah itu. Dia pun setuju tetapi kena tunggu saya selesaikan semuanya di Malaysia.

"Kalau tiada aral melintang, saya akan terus membawanya," kata Syarif.

Selepas berkahwin kelak, Alyph juga akan membawa bakal isteri yang dikenali melalui laman sosial, Friendster ke Malaysia.

"Namun, saya belum berbincang lanjut mengenai perkara itu kerana bakal isteri saya bekerja sebagai cikgu. Banyak perkara yang perlu diselesaikan.

"Sekarang pun saya masih berulang-alik di antara Singapura dan Kuala Lumpur," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pembaharuan wajar tapi bukan militan

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID

Terpengaruh dengan dakyah mati syahid dengan berjihad di negara bergolak, menyebabkan penglibatan rakyat negara ini dalam kumpulan militan. - Gambar hiasan/AFP

LAPORAN muka depan akhbar Utusan Malaysia Selasa lalu amat mengejutkan apabila Kementerian Dalam Negeri mengesahkan kemunculan semula gerakan militan, dengan penangkapan 10 orang yang berusia 22 hingga 55 tahun.

Kumpulan militan yang dikenali sebagai Jihad Salafi itu dilaporkan mempunyai bentuk dan kaedah operasi hampir serupa dengan al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI).

Kemunculan semula gerakan militan sebenarnya bukanlah perkara baharu dalam senario sosiopolitik masyarakat Malaysia bahkan pada suatu ketika, kumpulan seumpamanya bersedia melaksanakan jihad menjatuhkan kerajaan sebagaimana dilakukan oleh kumpulan al-Maunah.

Peristiwa itu mengingatkan kepada umum bahawa kerajaan perlu berusaha keras untuk tidak membolehkan setiap orang yang disahkan terbabit dalam kegiatan ini terlepas daripada tindakan undang-undang.

Jaminan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehari selepas penangkapan itu memberikan sedikit kelegaan kepada masyarakat. Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk menjamin rakyat Malaysia tidak tergugat dengan pelbagai bentuk gerakan radikal, kumpulan pelampau agama.

Paling menggerunkan apabila wadah perjuangan sesebuah pertubuhan yang pada mulanya bersifat gerakan kemanusiaan berubah menjadi radikal apabila merasakan pertubuhan mereka berpengaruh dan mendapat sokongan pihak-pihak tertentu. Pergerakan seperti ini sekali gus memperdaya masyarakat Islam dengan mengutip dana yang kemudiannya digunakan membiayai pengkaderan, latihan separa ketenteraan dan tektik peperangan gerila.

Agaknya, meskipun kerajaan sudah menggubal undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membenarkan orang awam ditahan tanpa waran tangkap, akan tetapi sedikitpun tidak menggerunkan pergerakan ini dan mengalihkan pangkalan mereka ke negara lain.

Kumpulan ini sebaliknya menjadi lebih berani melakukan tindakan ganas, kerana persekitaran politik dalam negara semakin berubah dalam pengangkatan makna "hero" atas nama perjuangan agama dan kepentingan tertentu.

Persoalannya, mengapa puak-puak pelampau dan militan ini begitu teguh tanpa rasa takut berdepan dengan tindakan undang-undang pihak berkuasa? Kenapa mereka sanggup menderita dan begitu kental mempertahankan keyakinan mereka berjuang atas nama 'agama' sekali gus tegar memerangi pihak-pihak yang dianggap sebagai taghut dan sekular?

Akhir-akhir ini di negara kita yang majoriti penduduknya Islam menjadi saksi kemunculan puak-puak yang mengisytiharkan diri mereka dengan pelbagai gelaran seperti aliran sunnah tulen (seolah-olah yang lain palsu).

Secara ideologi, kumpulan-kumpulan itu berkiblat kepada aliran yang suka dengan slogan atau sebutan seperti pemurnian dan pembaharuan agama yang seringkali berusaha merombak tradisi kerana ia berjaya melahirkan masyarakat dengan kepatuhan tanpa rasional, masyarakat yang tidak boleh menerima pembaharuan. Masyarakat sedemikian hidup dalam zon selesa, tetapi kurang prihatin dengan sekumpulan masyarakat kecil yang dianggap tertindas, terkeluar daripada arus pembangunan.

Dari segi sejarah, gerakan seumpama ini dikesan wujud sejak awal abad ke-20 di nusantara. Corak perjuangan mereka menyebabkan sering berkrisis dengan yang memegang kuasa, dan mereka menjadi kumpulan anti-establishment, ataupun pertentangan antara kaum tua dan kaum muda.

Kaum muda yang terdedah dengan pendidikan bersifat ilmiah barat, terhasil daripada wadah kebebasan sekular, akhirnya mencabar kaum tua yang dilihat terlalu tradisonal, yang tidak mungkin boleh membawa Islam ke tahap pencapaian tamadun baharu.

Bagaimanapun, gerakan modenisasi dan pembaharuan peringkat awal ini berjalan secara damai dan harmoni. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ia turut memperkaya khazanah keilmuan dan pemikiran Islam, yang menghasilkan nilai intelektualisme tinggi.

Ada ketikanya, gagasan pemikiran mereka tetap dikaji sebagai jalan pemecahan masalah masyarakat yang masih relevan hingga sekarang. Misalnya, pemikiran Zaba tentang kemiskinan orang Melayu, Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaludin dengan pembukaan minda. Mereka telah meninggalkan legasi, dari bidang persuratan hinggalah pembentuk psikik orang Melayu-Islam.

Fenomena ini berbeza dengan gerakan pembaharuan dan pemurnian akidah dewasa ini. Ramai dalam kalangan pembaharu dan pendokong 'sunnah tulen' itu terjebak dengan semangat yang berlebih sehinggakan skrip pembidaahan dan tidak mengikut sunnah kembali berulang. Malah, terdapat kumpulan tertentu menjadikan justifikasi sebagai faktor bertindak ganas dan melampau.

Puak pelampau ini, tidak hanya memerangi bukan Islam yang dianggap zalim dan menindas, malah mereka turut membentuk fatwa dengan menuduh, umat Islam arus perdana terjerumus dengan amalan "bid'ah" , taghut dan menyimpang dari ajaran sunnah Nabi.

Golongan ini menganjurkan tindakan jihad, termasuk berjihad kepada orang Islam kerana darah mereka adalah halal, sedangkan dengan bukan Islam, mereka memberikan alasan, perlu didekati menerusi dakwah.

Inilah tragedi yang bakal memecah belahkan umat Islam, ada ketikanya, ia merupakan kejayaan musuh Islam menggerakkan minda umat Islam supaya berbalah sesama sendiri. Ia seumpama perang saudara, misalnya antara Syiah dan Sunni, konflik sektarian di Syria serta penyingkiran pemimpin atas dasar tidak demokratik.

Umat Islam harus sedar bahawa tiupan angin pembaharuan sesetengah golongan ini sudah tentu akan mengancam cara beragama kaum Muslimin di negara kita yang lebih selesa memilih mengikuti Syafiyah. Dan ini menambah lagi satu masalah besar sedangkan hakikatnya kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah yang lebih besar dan utama seperti soal perpaduan, pengukuhan politik Melayu-Islam dan kemunduran ekonomi umat Islam.

Bayangkan seandainya kita hidup di negara-negara yang dilanda konflik sektarian (pertikaian mazhab) dan konflik komunal seperti di Pakistan, Afghanistan, Iraq dan Syria kebelakangan ini. Sudah tentu kita tidak dapat menjalankan semua aktiviti kehidupan kita dengan tenang dan selesa.

Keadaan dan persekitaran yang harmoni dan damai ini tidak lain dan tidak bukan adalah buah kebijaksanaan ulama-ulama kita dalam menentukan corak dan mazhab agama yang sesuai dengan masyarakat tempatan. Merekalah yang menjadi pengawal yang sentiasa memastikan sebarang konflik keagamaan tidak muncul menerusi institusi pondok.

Sebagai pusat pendidikan dan pengajian agama , ijtimak guru pondok yang berlangsung baru-baru ini, turut menegaskan usaha memperkukuh, meneruskan sistem pendidikan pondok di samping menjaga tradisi keilmuan Islam, termasuk pembudayaan "kitab kuning" dan memugarkan pemikiran para pelajar menerusi roh agama, mengakarkan persaudaraan dan kesederhanaan.

Kita tidak harus terpedaya dengan perangkap musuh-musuh Islam yang ingin melihat umat Islam terus berpecah belah kerana masalah furuiyah (masalah ranting) mengabaikan persoalan kulliyah (masalah pokok). Sejarah Islam telah mencatatkan bahawa salah satu punca kemunduran peradaban Islam kerana kelekaan berpolemik tentang masalah furuiyah ini.

Ikhtilaf adalah satu anugerah dan rahmat tetapi kini ia berubah menjadi bencana yang besar, sebagaimana terjadi pada kaum ahli Kitab. Kehancuran sesuatu umat dan bangsa kerana hilangnya etika ikhtilaf.

Berbeza pendapat dalam masalah agama bukanlah ruang atau ladang luas yang diperkenankan untuk semua orang. Perbezaan hendaklah diberikan kepada orang yang mempunyai kebolehan dalam ilmu agama. Perbezaan pendapat antara ahli-ahli mujtahid tidak harus terbawa-bawa kepada orang awam atau dimanfaatkan oleh mereka yang ada kepentingan politik. Jika ia berlaku, maka yang akan muncul ialah perpecahan dan permusuhan.

* PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Hudud bukan sekadar memartabatkan syariah tetapi memperkasa ummah

Posted: 01 May 2014 11:51 AM PDT

DARI JENDELA TOK KI

SELEPAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan Kerajaan Pusat untuk membantu Pas melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan polemik dalam kalangan pelbagai pihak terjadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat penegasan umum di Kedah baru-baru ini bahawa Kerajaan Pusat dan UMNO tidak menolak hudud, sebaliknya menerimanya. Khabarnya Lujnah politik Pas dan Jawatankuasa Tertingginya juga menerimanya dengan baik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu lawatan rasminya ke Kelantan turut sempat menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya. Ini adalah petanda baik bagi hubungan UMNO-Pas dan tentunya isu hudud menjadi agenda pertemuan.

Muhyiddin sewaktu di Kelantan mencadangkan sebuah jawatankuasa teknikal khas mengenai hudud ditubuhkan membabitkan wakil Kerajaan Persekutuan dan Pas Kelantan bagi membolehkan undang-undang Islam khususnya jenayah syariah dibincangkan secara terperinci.

Kata beliau, menerusi perbincangan yang dibuat dalam bentuk lebih sistematik, hudud dapat dikaji dengan teliti sekali gus membantu semua pihak melihat situasi sebenar sebelum membawa usul mengenainya di Parlimen.

Jawatankuasa teknikal harus terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri Kelantan, wakil Persekutuan, tokoh-tokoh agama dan pakar di peringkat antara bangsa.

Ia adalah sesuatu yang munasabah kerana isu hudud bagi sesetengah pihak dalam masyarakat yang majmuk menjadi isu sensitif. Menghasilkan enakmen yang sifatnya substantif boleh dilakukan tetapi aspek "procedural" memerlukan penelitian yang sehabis baik kerana pelaksanaannya nanti menyentuh mengenai aspek keadilan.

Isu hudud yang membekam sekian lama dan meretakkan hubungan sesama Islam harus ditangani dengan jiwa besar. Jangan wujud kegopohan dan ketergesaan hingga menyebabkan maqasid hukum terjejas.

Kerjasama semua pihak terhadap jenayah syariah harus dijadikan jambatan ukhuwah tanpa sangka buruk dan membolehkan jiwa muzakarah berkembang.

Pendekatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, terhadap Kerajaan Pusat adalah sesuatu yang bijaksana.

Banyak titik temu yang boleh dihasilkan apabila ini berlaku. Perbezaan fahaman politik tidak harus dijadikan asas untuk permusuhan terus berlaku. Kesannya adalah besar terhadap generasi hari depan.

Politiking yang berlebihan boleh menyebabkan rasa kebencian dan dendam kesumat terjadi. Harus ada prioriti atau keutamaan terhadap isu-isu yang berbangkit didekati dengan sangka baik yang tinggi dan berjiwa besar untuk menyelesaikan kemelut yang ada.

Jangan fikirkan apa yang kita dapat daripada usaha baik ini. Fikirkan kepentingan umat dan buatlah keputusan dengan bijaksana supaya yang dikejar dapat yang dikendong tidak berciciran. Ia menuntut ketabahan dan jiwa besar supaya generasi umat masa depan menjadikan usaha kita sebagai contoh ikutan.

Telah sekian lama banyak tenaga dibazirkan dan umat Islam hilang fokus tentang apa sebenarnya yang ingin dicari dalam hala tuju perjuangan masing-masing. Jiwa wahdah perlu lahir supaya perubahan terjadi dan masyarakat memahami.

Bagi penulis persefahaman mengenai isu hudud tidak sifatnya politikal sahaja. Tetapi lihatlah ia sebagai jambatan menyatukan fikrah ke arah pelaksanaan syariah yang lebih terarah.

Pelaksanaan syariah tidak hanya bergantung kepada jenayah syariah semata-mata tetapi ia menyentuh kemampuan menghasilkan model Islami yang berasaskan syariah dalam enakmen yang lain yang menyangkut perkembangan muamalah, tijarah, industri halal, menyantuni golongan masa kini dan memerlukan perhatian supaya Malaysia mampu menghasilkan model dan alternatif yang terbaik berasaskan acuan Islami.

Penulis yakin Malaysia boleh melakukan ini kerana kecenderungan kepada pendidikan agama yang lebih komprehensif semakin tinggi.

Kalau ini dijadikan agenda bersama dalam kalangan warga umat bakal lahir generasi penerus yang tidak saja memiliki tasawwur dan fikrah yang betul tetapi dalam masa sama menyumbang kepada pembangunan umat. Umat Islam sedang menunggu ia berlaku.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Harapan kedua wanita HIV

Posted: 01 May 2014 06:55 AM PDT

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar Amir Hafiz Abd. Rahman

NORLELA Mokhtar (dua dari kanan) mengalu-alukan bantuan daripada pelbagai pihak dalam membantu penghidap HIV.

BAGAIKAN bangkai bernyawa. Begitulah stigma negatif yang sering dilabelkan oleh segelintir masyarakat terhadap penghidap HIV yang dianggap tiada harapan dalam hidup dan menunggu masa untuk mati.

Sehinggakan berlaku diskriminasi keterlaluan dan juga pemulauan terhadap golongan tersebut kerana dikhuatiri akan menyebarkan virus paling digeruni dan masih belum menemui penawar itu kepada individu yang menghampiri.

Hakikatnya, segala tanggapan tersebut hanyalah mitos, yang disifatkan sebagai penyakit lebih berbahaya yang akan pembunuh penghidap HIV dalam diam.

Pengasas Rumah Perlindungan HIV Wahidayah, Norlela Mokhtar berkata, HIV tidak akan berjangkit selain melalui tiga perkara iaitu melalui hubungan seks, perkongsian jarum suntikan atau anak dalam kandungan penghidap HIV.

"HIV merupakan penyakit yang sukar berjangkit. Stigma masyarakat termasuk ahli keluarga yang sering menjauhi penghidap HIV sehingga dikuarantin di bilik khas, mengasingkan tempat tidur atau, alatan peribadi dan pinggan mangkuk adalah keterlaluan.

"Ini hanya membuatkan penghidap HIV akan berasa lebih menderita dengan penyakit yang dihadapi, ditambah pula dengan tanggapan buruk masyarakat terhadap mereka.

"Sedangkan masyarakat perlu tahu, hanya tiga sahaja kaedah jangkitan HIV iaitu melalui hubungan seks, sama ada melalui vagina, dubur dan juga seks oral, perkongsian jarum dengan individu yang positif HIV dan ibu kepada anak," katanya ketika ditemui.

Tambah Pengerusi Persatuan Wahidayah Malaysia (Pewahim) itu, dakwaan yang mengatakan HIV boleh merebak melalui udara dan air liur adalah mitos semata-mata.

"HIV adalah virus yang berada dalam badan manusia. Ia tidak boleh merebak melalui udara seperti terkena bersin mahupun pembawaan haiwan lain seperti gigitan nyamuk, lintah dan sebagainya.

"Manakala jangkitan melalui air liur pula akan berlaku jika dikumpulkan sebanyak dua baldi air liur individu positif HIV baru boleh menyebabkan jangkitan," jelasnya.

Justeru, dengan penubuhan rumah Wahidayah ini katanya, menjadi pusat sokongan dan memberi peluang kepada penghidap HIV wanita untuk mendapatkan rawatan berterusan, di samping memberikan pendedahan sebenar mengenai HIV kepada masyarakat.

Mula ditubuhkan pada 2012, rumah Wahidayah yang merupakan salah satu daripada empat cawangan Pewahim adalah satu-satunya pertubuhan yang menyediakan perlindungan wanita HIV di Malaysia.

Norlela berkata, selain menyediakan penempatan asas dan selamat bagi wanita dan kanak-kanak yang terjejas oleh epidemik HIV, Pewahim juga menjadi pusat bantuan sokongan melalui perkhidmatan kesihatan dan keperluan asas kepada penghuni.

"Tujuan rumah perlindungan ini ditubuhkan adalah bagi memainkan peranan utama dalam usaha membantu pihak berwajib dalam memantapkan program pencegahan, kawalan dan rawatan HIV di negara ini.

"Beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu, Pewahim menjadi tempat rujukan bagi individu yang dijangkiti HIV agar tidak berputus asa meneruskan hidup dan menjalani hidup normal seperti individu lain," ujarnya.

Didikan agama dan latihan

Selain memastikan kesihatan penghuni dalam keadaan stabil, Rumah Perlindungan Wahidayah turut menyelitkan aktiviti-aktiviti kerohanian dan motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri penghidap HIV tersebut.

"Bertepatan dengan nama yang diberikan iaitu wanita HIV yang berhidayah (wahidayah), kita juga sangat menitikberatkan didikan agama kepada penghuni, kerana kita percaya bahawa keyakinan kepada agama dapat menguatkan lagi semangat individu untuk berjaya.

"Antara pendekatan Islam yang diamalkan seperti solat berjemaah setiap hari dan sentiasa menyampaikan peringatan mengenai agama. Manakala, kita juga mempunyai empat orang guru agama dan motivasi yang dihantar oleh majlis agama.

"Mereka akan datang dua kali pada setiap hari iaitu pengajian al-Quran pada sebelah pagi dan ilmu Fardu Ain pada sebelah petang," katanya yang juga menjemput penghidap HIV yang berjaya untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan.

Dalam pada itu katanya, Rumah Perlindungan Wahidayah turut membekalkan latihan dan kemahiran yang bersesuaian mengikut kebolehan dan minat para penghuninya.

"Mengikut minat masing-masing, kita mendedahkan kepada penghuni kemahiran yang boleh mereka pelajari. Antaranya seperti kemahiran menjahit, memasak dan membuat kraftangan. Penghuni yang berkebolehan akan dihantar untuk mendapatkan kemahiran yang bersesuaian di luar.

"Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada penghidap HIV kepada dunia luar dan membolehkan mereka untuk berdikari apabila keluar dari rumah ini nanti," ujarnya.

Kemelut wanita HIV

BERKONGSI penubuhan Rumah Wahidayah, Norlela berkata, ia tercetus apabila beliau ditemui oleh seorang ibu muda bersama dua orang anaknya yang kesemuanya positif HIV dan hidup tanpa arah tujuan.

"Ketika itu saya bekerja di Pertubuhan Aids Malaysia, saya telah bertemu dengan seorang ibu muda yang menghidap HIV untuk meminta bantuan. Wanita itu dihantar kepada saya melalui rujukan pihak hospital.

"Pada masa itu tidak ada lagi mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan bagi menempatkan wanita HIV dan anak tersebut. Apabila diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka tidak menerima mereka kerana dikatakan tidak tergolong dalam kumpulan sasar.

"Akhirnya anak itu tadi terpaksa diberikan kepada orang tanpa tidak tahu status rawatan terhadap anak itu," katanya.

Memikirkan soal anak malang tersebut, Norlela mengambil inisiatif menubuhkan rumah perlindungan wanita HIV Wahidayah sebagai pusat perlindungan sementara bagi memastikan rawatan dan sokongan masyarakat serta ahli keluarga penghidap tidak terabai.

Bagaimanapun luahnya, pusat perlindungan tersebut masih tidak mendapat naungan daripada mana-mana kementerian menyebabkan pelbagai aktiviti yang dirancang kepada penghidap HIV dan peruntukan terbatas.

"Sehingga kini Pewahim masih berdiri sendiri. Ini kerana kita mengalami masalah untuk mendaftarkan pertubuhan ini kepada pihak atasan yang berwajib.

"Walaupun sudah beberapa kali cuba untuk mendaftar, tetapi tidak diterima kerana tidak tahu perkara ini terletak di bawah tanggungjawab siapa. Syukur Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) banyak menghulurkan bantuan bagi menggerakkan operasi rumah Wahidayah ini," katanya.

Justeru, Norlela meminta agar pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKM) agar mengkaji semula peruntukan perlindungan bagi keperluan wanita HIV.

"Tujuan kita adalah untuk menjaga kebajikan dan masa depan wanita HIV. Dan apa yang lebih penting adalah kepada anak-anak bakal dilahirkan tidak berdosa tersebut yang perlu mendapatkan saringan.

"Kita berharap, mana-mana pihak terutamanya KPWKM dapat mengkaji semula perkara ini dan memberikan ruang kepada pertubuhan bukan kerajaan bagi penghuni HIV ini bernaung.

"Ini penting kerana penghidap tidak tahu ke mana tempat untuk mengadu jika berlaku masalah seperti ini, sedangkan kebanyakan penyakit ini diterima daripada lelaki termasuk suami sendiri," jelasnya.

Bagi kelangsungan Rumah Wahidayah, orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan dengan menyalurkan ke akaun Maybank Berhad, Persatuan Wahidayah Malaysia (562740121438) atau menghubung Norlela di talian 019-259 5864 untuk maklumat lanjut.

Bahana putus tunang

Posted: 01 May 2014 06:55 AM PDT

BERTUNANG bukan wajib dalam Islam. Sebab itu ramai yang bersikap endah tak endah apabila berlaku putus tunang.

Kaum wanita sendiri masih kabur akan hak-hak mereka dalam kes putus tunang yang mana dalam terma undang-udang ia dikatakan kemungkiran janji untuk berkahwin.

Lagi pula masyarakat kerap melihat hal putus tunang sebagai remeh kerana beranggapan itu bukan perkara wajib berbanding nikah. Ada yang beranggapan bertunang sekadar adat. Jadi, apabila ada pihak yang mungkir, tidak ada apa yang perlu dibesar-besarkan.

Jadi, fokus kali ini adalah kepada pembatalan perkahwinan sebelum berlakunya akad nikah (pembatalan sebelum berkahwin) atau lebih kerap disebut sebagai putus tunang.

Walaupun bertunang itu tidak wajib kerana bukan satu akad perkahwinan yang sah, tetapi ia merupakan adat masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam.

Pertunangan merupakan suatu ikatan janji antara pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan. Cincin atau sesuatu hadiah yang diberikan semasa peminangan menjadi tanda ikatan pertunangan itu.

Jadi, apakah hak-hak wanita yang pertunangannya dibatalkan sebelum tiba hari perkahwinan?

Oleh kerana pertunangan merupakan satu ikatan janji antara kedua-dua pihak, dari aspek perundangan ia merupakan satu kontrak yang mengikat kedua-duanya.

Dalam Islam, setiap kontrak yang ditandatangani wajib dipatuhi selagi mengikuti prinsip syariat. Implikasi kontrak ini bukan sahaja ke atas hak sesama manusia, malah kesannya berkait langsung dengan hak Allah SWT.

Islam memandang serius aspek amanah dan mematuhi setiap perbutiran yang dipersetujui dalam kontrak termasuk dalam hal pertunangan.

Ini ditegaskan dalam firman Allah SWT:"Wahai orang yang beriman!Patuhilah setiap perkara yang kalian akadkan (terma yang termaktub dalam kontrak)".(Surah Al-Maidah: 1)

Dalam undang-undang sivil juga jelas wanita mempunyai hak untuk mendapatkan pampasan atau ganti rugi di dalam kes mungkir janji untuk berkahwin (Breach of Contract of Marriage).

Seawal tahun 1969 telah wujud tuntutan malu dan ganti rugi kerana kemungkiran janji untuk berkahwin. Merujuk kes Nafsiah lawan Abdul Majid, plaintif (Nafsiah) menuntut ganti rugi kerana defendan (Abdul Majid) mungkir janji untuk berkahwin dengannya.

Plaintif mengemukakan dokumen perjanjian bertulis sebagai bukti di mahkamah. Plaintif turut menuntut ganti rugi teruk (aggravated damages) kerana defendan telah menggodanya lalu menyebabkan dia hamil dan melahirkan seorang anak lelaki.

Plaintif menang dalam kes ini dan Hakim membuat keputusan dengan mengambil kira keadaan sosial di Malaysia, kebiasaan serta adat resam masyarakat lalu membuat kesimpulan terdapat kemungkinan besar plaintif dihina dan diaibkan kerana mengandung dan melahirkan anak tanpa menikahi bapa anak tersebut.

Mahkamah memutuskan tuntutan ganti rugi kerana mungkir janji untuk berkahwin (breach of promise to marry) sama dengan tuntutan ganti rugi kemungkiran kontrak (breach of contract). Hakim memerintahkan defendan membayar ganti rugi sebanyak RM1,200 kepada plaintif.

Orang Islam di Malaysia boleh menuntut ganti rugi berkiatan putus tunang di Mahkamah Sivil kerana Common Law mengiktiraf perjanjian untuk berkahwin sebagai satu kontrak.

Hak-hak wanita dalam kes seumpama ini meliputi ganti rugi kewangan dan juga bukan kewangan seperti maruah, penghinaan dan sebagainya.

Selain itu wanita juga berhak mendapat barangan perkahwinan seperti cincin dan hadiah perkahwinan sekiranya pihak lelaki tidak mematuhi keperluan perjanjian perkahwinan.

Wanita juga berhak memiliki secara mutlak sekiranya hadiah diberikan tanpa keperluan oleh pihak lelaki.

Bagaimanapun sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk mengakhiri perjanjian atau pihak wanita yang membatalkannya tanpa sebab, barang tersebut perlu dipulangkan.

Sekiranya berlaku kemungkiran pertunangan tanpa alasan-alasan yang munasabah, sedangkan persiapan perkahwinan sudah dirancang, pihak-pihak yang terlibat boleh menuntut ganti rugi yang berkaitan di Mahkamah Syariah.

Situasi ini jelas diterangkan dalam peruntukan Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu, apabila berlakunya kemungkiran terhadap ikatan pertunangan yang telah dibuat antara kedua belah pihak sama ada secara rasmi atau sebaliknya, maka pihak yang memungkiri pertunangan tersebut bertanggungjawab untuk membayar segala ganti rugi yang telah dibelanjakan sama ada semasa pertunangan atau ganti rugi persiapan perkahwinan kepada pihak satu lagi. Tuntutan ganti rugi itu boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan di Mahkamah Syariah.

Dalam kes Salbiah Othman lawan Haji Ahmad Abdul Ghani (2002), pihak perempuan telah dimungkiri janji untuk berkahwin telah membuat tuntutan ganti rugi keaiban dan ganti rugi perbelanjaan yang merangkumi persiapan untuk pertunangan dan persiapan untuk perkahwinan.

Pihak Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah meluluskan permohonan Salbiah terhadap sebahagian tuntutannya yang merangkumi kos baju pengantin, tempahan persalinan, tempahan langsir dan cadar, deposit khemah dan katil serta kos jemputan yang merangkumi barangan runcit dan basah.

Dalam kes Aishah lawan Jamaluddin (1978), pihak lelaki telah mungkir janji untuk berkahwin dengan pihak perempuan. Aishah menuntut pembayaran mas kahwin berjumlah RM25, belanja kahwin RM800 dan mendakwa dia berhak untuk terus menyimpan cincin pertunangan.

Kadi Besar Kedah ketika menjadi hakim bagi kes berkenaan memerintahkan Jamaluddin membayar ganti rugi mengikut perjanjian pertunangan dan Aishah juga berhak untuk terus menyimpan cincin pertunangan yang dihadiahkan kepadanya.

Hakim juga memerintahkan supaya Jamaluddin membayar kos baju pengantin kepada Aishah yang telah disiapkan untuk perkahwinan dan juga RM400 sebagai pembayaran untuk membaiki rumah yang dilakukan khusus bagi persediaan majlis perkahwinan.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, kerana menipu seorang lelaki dengan berjanji untuk berkahwin sehingga menyebabkan kerugian RM29,840.

Kes ini menerangkan bahawa menggunakan alasan janji untuk berkahwin bagi menipu dengan tujuan mendapatkan wang juga boleh mendapat pembelaan yang setimpal.

Kes-kes yang dipaparkan ini merupakan peringatan kepada pasangan yang telah bertunang supaya tidak bertindak memutuskannya secara sembrono.

Kes bakal pengantin tidak muncul ketika majlis akan nikad, dan perkahwinan dibatalkan pada saat akhir sebenarnya mempunyai implikasi undang-undang yang mana pihak yang mungkir janji perlu menanggung akibatnya.

Sebab itu, jika pasangan merasakan mereka tidak mampu untuk melanjutkan pertunangan itu ke alam perkahwinan, pembubaran harus dilakukan dengan cara yang baik.

Undang-undang keluarga Islam telah memperuntukkan hak-hak wanita Islam yang meliputi tuntutan hak milik pemberian pertunangan dan pampasan akibat kerugian yang dialami.

Apabila berlaku kemungkiran pertunangan tanpa alasan yang munasabah, pihak yang teraniaya boleh menuntut segala kos kerugian seperti persiapan perkahwinan dan pemberian pertunangan di Mahkamah Syariah berdasarkan peruntukan yang telah dinyatakan di atas.

Secara umumnya wanita berhak menuntut dua perkara dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin. Pertama pemberian semasa pertunangan menjadi hakmiliknya secara mutlak. Kedua, tuntutan gantirugi bagi persiapan perkahwinan akibat kemungkiran janji untuk berkahwin daripada pihak lelaki dengan sebab yang tidak munasabah.

Oleh itu, kita hendaklah memenuhi dan menunaikan janji-janji yang telah dinyatakan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran: "Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad (perjanjian-perjanjian) itu." (Al-Maidah:1).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Orang ramai tarik nafas lega

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH NIZAR dan MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHAMAD ZOKI
kota@utusangroup.com.my

Seorang suri rumah, Salimie Salleh, 29, terpaksa mengangkat air ke rumahnya di Flat Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran catuan bekalan air baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 30 April - Orang ramai menyambut baik keputusan untuk menamatkan pelan catuan bekalan air berkuat kuasa esok kerana pelaksanaannya sejak dua bulan lalu mendatangkan banyak kesulitan.

Mereka juga berharap agar sumber air diuruskan dengan cekap bagi mengelak catuan berulang pada masa akan datang.

Seorang pelajar, Yusnita Mohd. Darus, 23, berkata, catuan air amat menyusahkan kerana kadangkala ia tidak mengikut jadual yang ditetapkan.

Harap-harap ini merupakan kali terakhir catuan air dijalankan dan tidak akan berulang lagi pada masa depan," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Bagi peniaga gerai makanan, Mariam Talib, 62, catuan air ternyata memberi kesan negatif kepada perniagaannya.

Saya terpaksa menutup operasi beberapa kali berikutan air tidak mencukupi untuk memasak dan membasuh peralatan.

Saya berharap kerajaan negeri Selangor lebih prihatin dengan nasib golongan peniaga kecil dan menyediakan kemudahan asas yang sewajarnya kepada rakyat," jelasnya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Datuk Ismail Kasim hari ini memaklumkan tindakan menghentikan catuan air itu adalah hasil peningkatan paras dan simpanan air di Empangan Sungai Selangor ekoran hujan sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, keputusan penamatan catuan air itu dibuat kerana kerajaan negeri yakin usaha mengepam air bekas lombong dan hujan yang berterusan akan meningkatkan paras air di empangan.

Pelaksanaan catuan air peringkat pertama, ketiga dan keempat membabitkan hampir 7.03 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pelan catuan air peringkat pertama melibatkan kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang manakala peringkat ketiga ialah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Kawasan yang terlibat bagi peringkat keempat pula ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

Sementara itu, seorang pengguna, Shah Jahan Kadar Mahidin, 41, melahirkan rasa syukur terhadap berita yang diterimanya mengenai penamatan catuan bekaan air berkenaan.

Memang rasa gembira yang tidak terhingga kerana ketika catuan air dijalankan, saya dan keluarga menghadapi pelbagai masalah terutama berkenaan keperluan asas seperti untuk mandi dan membuang air.

Saya berharap supaya kerajaan negeri mencari alternatif lain selepas ini jika empangan air kembali susut dan bukan dengan catuan air kerana beban yang dihadapi terlalu berat," katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Rozita Surani, 51, masih kesal dengan pelaksanaan catuan air yang telah membebankan penduduk, lebih-lebih lagi dengan kejadian yang menimpanya pada hari ini.

Saya tidak dapat mengambil wuduk di sebuah surau kerana tiada air dan perkara tersebut tidak boleh diterima kerana menghalang saya untuk mengerjakan solat," katanya.

Bagi seorang pekerja swasta, Zulkafli Ismail, 47, dia berharap orang ramai supaya tidak membazir air setelah catuan dihentikan.

Apabila ada air, orang ramai sering membazir, tetapi apabila tiada air mereka mengeluh. Oleh itu, kita perlu sentiasa berjimat cermat dalam menggunakan air pada masa akan datang," katanya.

Abu Hassan Md. Uda, 68, yang tinggal di Cheras pula berkata, masalah bekalan air merupakan salah satu ujian Allah kepada orang ramai namun ia diatasi dengan hujan lebat yang turun di Lembah Klang baru-baru ini.

Walaupun tindakan catuan air telah membebankan rakyat, pengguna perlu berjaga-jaga ketika menggunakan air dan ini merupakan satu peringatan bahawa air boleh habis suatu hari nanti," katanya.

Peniaga Melayu dipinggir?

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

Pihak pengurusan baharu Kompleks PKNS, Shah Alam diminta supaya sentiasa membantu perkembangan peniaga bumiputera. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM 30 April - Peranan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilihat semakin lari daripada matlamat asal iaitu membantu perkembangan ekonomi bumiputera apabila semakin banyak peniaga kaum lain dan warga asing di premis itu.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS Shah Alam, Amran Yahya berkata, kehadiran golongan tersebut mula ketara selepas pengurusan premis berkenaan diambil alih oleh anak syarikat PKNS, Private Real Estate Company (PREC) pada awal tahun ini.

Menurutnya, keadaan terbaharu itu ternyata meresahkan lebih 200 peniaga Melayu di situ yang khuatir mereka lama-kelamaan tidak mampu lagi bersaing seterusnya terpaksa gulung tikar atau berpindah ke tempat lain.

Dengan keadaan sekarang, kita bimbang kadar sewa akan dinaikkan berlipat kali ganda seterusnya memudahkan bangsa asing masuk ke sini sehingga peniaga Melayu tidak lagi mampu bersaing.

Jika perkara sebegini tidak dibendung, kompleks ini akan berubah menjadi pusat beli-belah yang lain, bukan lagi bersifat tradisional dengan peniaga serta pengunjungnya majoriti orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tinjauan di kompleks berkenaan mendapati, beberapa ruang yang sebelum ini dibiarkan kosong kini sudah diduduki termasuk restoran-restoran besar yang dimiliki oleh bukan Melayu dan warga asing.

Sebelum ini, kawasan terbabit disewakan secara sementara kepada peniaga-peniaga kecil Melayu terutama ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Amran menambah, kadar sewa juga berkemungkinan besar akan dinaikkan berlipat kali ganda apabila perjanjian sewaan baharu diserahkan kepada semua penyewa berkuat kuasa Jun ini.

Beliau memberitahu, pihaknya tiada halangan sekiranya PREC mahu membuat perubahan bagi menghidupkan kompleks itu tetapi kemudahan asas sedia ada seperti pendingin hawa dan tandas perlu dibaik pulih terlebih dahulu.

Kalau mahu naikkan sedikit kadar sewa pun masih tidak mengapa asalkan setimpal dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Malangnya, selepas habis waktu pejabat, pendingin hawa dimatikan menyebabkan para pengunjung tidak selesa kerana suhu yang hangat," ujarnya.

Selain itu jelasnya, beliau amat berharap PREC sebagai pengurusan baharu kompleks itu mempunyai sifat bertanggungjawab dan ikhlas mahu membantu peniaga bumiputera.

Amran berkata, beliau tidak mahu pendapatan yang diperoleh hasil menguruskan Kompleks PKNS disalurkan ke tempat lain sehingga menjejaskan sumber rezeki para peniaga di situ.

Dulu pernah berlaku pihak pengurusan mendakwa mengalami kerugian tetapi apabila kita minta tunjukkan bukti seperti laporan kewangan, mereka tidak mahu beri.

Akhirnya yang menjadi kambing hitam adalah para peniaga di sini," katanya.

Bas percuma di Petaling Jaya bulan ini

Posted: 30 Apr 2014 11:58 AM PDT

Alinah Ahmad (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Zohari Sulaiman (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU Perkhidmatan Bas Percuma di Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/KAMAL BASIR

PETALING JAYA 30 April - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk di bandar raya ini dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas mulai pertengahan bulan ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, MBPJ telah mendapat pembiayaan daripada Kementerian Pengangkutan untuk membina dua buah hab bas baharu di Jalan PJS 3/2 dan Jalan Othman.

Saya yakin perkhidmatan bas percuma itu nanti mampu mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar Seksyen 52.

Selain itu, kita akan turut melaksanakan sistem jalan sehala di pusat bandar selain pelbagai kemudahan lain seperti memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan membina kemudahan siar kaki berbumbung serta laluan basikal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perkhidmatan Bas Percuma Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ di sini, hari ini.

Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman.

Menurut Alinah, laluan bas percuma itu akan bermula di hab Jalan PJS 3/2 menuju ke hab di Jalan Othman dan melalui Pusat Bandar Seksyen 52 melalui stesen LRT Asia Jaya, Jalan Semangat, Jalan Universiti, stesen LRT Taman Jaya.

Sebanyak 10 buah bas diperuntukkan dengan kekerapan 10 hingga 15 minit bagi setiap perjalanan yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna terutama pekerja dan pelajar kawasan tersebut.

Waktu perkhidmatannya akan bermula pada pukul 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan setiap bas akan dilengkapi dengan jaringan WiFi percuma serta paparan LED," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan memastikan kekerapan bas akan dipantau supaya ia benar-benar mengikut jadual sekali gus perkhidmatannya mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut merupakan salah satu inisiatif ke arah Petaling Jaya Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah dan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved