Jumaat, 29 Mac 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan tolong Selangor

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my

PeNYERANG ATM, Marlon Alex James diasak pemain Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. - utusan/Abd Razak Aid

SEREMBAN - Kelantan bukan sahaja menafikan hajat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengukuhkan cengkaman pendahulu, malah kejayaan membenam naib juara Piala Malaysia itu 3-2 di di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam membuka laluan kepada Selangor untuk merampas teraju Liga Super.

Walaupun berjaya menunjukkan kebangkitan hebat selepas ketinggalan 0-2 di babak pertama, namun ATM akhirnya terpaksa akur dengan jaringan lewat minit Mohd. Nor Farhan Muhammad untuk terlepas sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga.

Malah, tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri selepas Marlon Alex James gagal menyempurnakan sepakan penalti seawal minit pertama, apabila dijatuhkan oleh penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Indera Putra Mahiyuddin, yang mudah menyepak bola ke gawang yang kosong pada jarak 30 meter pada minit ke-27, berpunca daripada kesilapan antara Md Safwan Hashim dan penjaga gol tuan rumah, Farizal Harun.

Penyerang import Red Warriors, Keita Mannjou menambah perit ATM apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-33.

ATM yang cuba bangkit turut mendapat peluang keemasan melalui pemain sayap, Venice Elphi yang melepaskan rembatan kencang, namun cubaannya diselamatkan Khairul Fahmi pada minit ke-40.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Hairuddin Omar hampir menjaringkan gol pertama melalui hantaran Bruno Marteloto, bagaimanapun sepakannya terus ke arah dakapan Khairul Fahmi.

Pada babak kedua perlawanan, Kelantan hampir menambah derita tuan rumah melalui rembatan kencang Keita Manjou pada minit ke-49, tetapi diselamatkan Farizal.

ATM kemudian berjaya merapatkan jurang gol pertama melalui jaringan Alex James yang merembat kencang selepas menerima sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-54.

Seminit selepas itu, ATM hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Christeejayaseelan, namun terkena tiang pasukan pelawat.

Pada minit ke-67, Alex James berjaya menyelamatkan maruah ATM selepas menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.

Farizal yang beraksi tangkas seharusnya diberi pujian apabila menyelamatkan banyak percubaan dan asakan Kelantan.

Pada minit ke-90, Mohd Norfarhan muncul wira apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum menjaringkan gol kemenangan Kelantan.

Keputusan kekal 2-3 jaringan sehingga wisel penamat ditiup pengadil Mohd Zamzaidi Katimin pada minit ke-94.

Felda nyaris hukum Red Giants

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mahali Jasuli (kuning) berjaya merampas bola daripada pemain Felda United, Shafizan Hashim pada perlawanan Liga Super di Stadium Kelana Jaya, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

PETALING JAYA - Selangor terselamat daripada asakan Felda United pada babak kedua, menamatkan permainan dengan 10 pemain dan seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya semalam, namun hari malang Red Giants akhirnya diceriakan dengan kejayaan merampas takhta Liga Super selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tumpas 2-3 kepada Kelantan.

Keputusan seri cukup untuk membantu anak-anak buah Irfan Bakti merampas teraju liga dengan kelebihan satu mata mengatasi ATM selepas mengumpul 19 mata daripada 11 perlawanan.

Pertahanan import Felda, Carlos Junior, meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-24 melalui sepakan penalti selepas Mohd. Syazwan Zainon dikasari oleh pertahanan Selangor.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah menyamakan kedudukan tiga minit kemudian apabila mudah memperdayakan Mohd. Helmi Eliza melalui sepakan lambung.

Apabila Adib Aizuddin Abdul Latif dilayangkan kad merah pada minit ke-63 selepas mengutip dua kad kuning, Felda tampak menguasai sebahagian besar perlawanan namun beberapa peluang keemasan yang gagal disudahkan oleh Mohammed Ghaddar.

Selangor yang turun tanpa khidmat kedua-dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Peter Chrappan yang masih digantung perlawanan tidak langsung dilihat beraksi di bawah kemampuan.

Irfan menerima keputusan dengan positif memandangkan pasukannya dipaksa bertahan selepas kehilangan Adib di samping terpaksa meratapi ketiadaan Forkey Doe.

"Saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini tambahan kita turun tanpa dua pemain import dan pemain mampu beraksi dengan baik.

"Susah kita hendak menang kalau tidak begitu tajam di depan gol tambahan kita perlu beraksi dengan 10 pemain.

"Forkey Doe sepatutnya tiba pagi ini (semalam) tetapi difahamkan penerbangannya dari Paris ditunda dan itu punca utama dia tidak ada pada perlawanan ini, " katanya.

Sementara bagi K. Devan, dia kecewa kerana tahap penyudah para penyerangnya masih belum meningkat dan situasi itu terus meresahkan Felda dalam usaha keluar daripada zon penyingkiran liga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pengusaha salun kecantikan mati ditembak di Serdang

Posted: 29 Mar 2013 09:31 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang pengusaha salun kecantikan mati ditembak dari jarak dekat di luar kedainya di Jalan Pinggiran Putra 25, Seri Kembangan, Serdang, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Serdang, Asistem Komisioner Abdul Razak Elias berkata, Edisson S. Pillai, 37, ditembak oleh seorang lelaki bertopeng, kira-kira 6 petang.

"Mangsa ditembak dua das di dahi dan tiga das di tubuhnya, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian tersebut masih dalam siasatan.

"Polis akan siasat kes dari sudut perniagaan dan latar belakang keluarga," katanya. - BERNAMA

Dua beradik ke tali gantung

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 29 Mac - Dua beradik wanita warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam bengkung yang dipakai mereka, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap penganggur, Fatemah Zandiyeh Mohammad, 24, dan jurugambar, Tahmineh Zandiyeh, 26, selepas mendapati keterangan pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dua beradik itu menundukkan kepala sambil masing-masing memeluk erat al-Quran ketika keputusan dibacakan oleh hakim tersebut.

Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing didakwa mengedar syabu seberat 1,489.9 gram dan 1,497.9 gram di kawasan tuntutan bagasi, Aras 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 11.30 pagi, 5 Mei 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zainal Azwar Kamaruddin manakala tertuduh diwakili peguam bela Datuk N. Sivananthan.

Selepas keputusan dibacakan, bapa kedua-dua tertuduh menghampiri kandang tertuduh, memeluk dan mencium anak-anaknya sambil menangis.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Penilaian khas lantik guru cemerlang

Posted: 24 Mar 2013 11:19 AM PDT

SURUHANJAYA Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2012.

Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang berkata, ia bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temuduga secara konvensional.

Menurutnya, pelantikan secara terus ini adalah bagi mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam Praktikum serta diperaku oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

"Bilangan graduan tidak melebihi 30 peratus daripada mana-mana IPTA dan IPGM," katanya dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Revo mudahkan pergerakan

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

LANGKAWI 29 Mac - Syarikat pengedar kenderaan elektrik dua roda seimbang (SEV), SNCR Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan mampu menjual lebih 3,000 unit kenderaan itu sepanjang tahun ini.

Pengarah Pemasarannya, Sudinar Kassim berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi beberapa strategi pemasaran yang diatur, termasuk menerusi penyertaan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini yang disertai sejak Selasa lalu.

LIMA 2013 adalah lokasi pertama dua model iaitu Revo Lista (Lifestyle) dan Revo Lista (Police Version) dan ia dipromosikan dengan harga RM23,888 seunit selepas dilancarkan pada hari pembukaan pameran ini," katanya di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Beliau berkata, Revo Lifestlye adalah untuk kegunaan orang awam, manakala Revo Police Version adalah model untuk kegunaan pasukan keselamatan atau syarikat bagi tujuan pemantauan.

Menurutnya, kenderaan tersebut menggunakan bateri litium ion yang mengambil masa kira-kira tiga jam untuk dicaj bagi kegunaan antara 40 hingga 45 kilometer (km) perjalanan dengan kelajuan hingga 20 km sejam.

Katanya, SNCR Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Naza Auto Solution Sdn. Bhd. juga mengalu-alukan syarikat tempatan untuk mengedarkan kenderaan itu yang menggunakan teknologi Perancis dan United Kingdom tetapi dipasang Shanghai, China.

BMW HP4 untuk yang mementingkan kuasa

Posted: 27 Mar 2013 12:51 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mac - BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW HP4, motosikal berprestasi tinggi terkini yang menampilkan keupayaan enjin termaju dan teknologi lengkap untuk tahap keselamatan dan pemanduan dinamik.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, sebagai pengeluar kenderaan premium yang terkemuka untuk kereta dan motosikal di dunia, BMW terus menunjukkan kepakaran inovasi dengan memperkenalkan HP4.

"Ia merupakan motosikal berkuasa besar empat silinder yang paling ringan dan dinamik di dunia untuk pasaran Malaysia.

"HP4 yang baru diperkenalkan ini sudah tentu akan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan jualan BMW Motorrad pada tahun 2013," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dilengkapi dengan enjin 4-silinder sebaris S1000RR dengan jumlah sesaran 999 cc, BMW HP4 serba baharu menghasilkan kuasa sebanyak 152 kW (193hp) pada13,000 rpm.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Stadium MPT mercu tanda baharu

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

TEMERLOH 29 Mac - Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang boleh memuatkan sehingga 9,000 penonton bakal menjadi mercu baharu di daerah ini setelah kerja-kerja menaik taraf stadium itu selesai.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Datuk Akbar VV Abu berkata, dengan tambahan sebanyak RM3 juta yang diluluskan Kerajaan Pusat bagi tujuan menambah jumlah tempat duduk penyokong akan merancakkan lagi sukan bola sepak khususnya di kawasan Pahang Barat.

"Pada masa sama, kita turut memohon jasa baik MPT menambah baik kemudahan sedia ada dan hasrat membawa kejohanan bola sepak peringkat kebangsaan ke Temerloh mungkin tercapai.

"Terima kasih kepada Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan MPT yang menyalurkan peruntukan dan idea dalam merealisasikan hasrat ini sekali gus menggembirakan peminat sukan di daerah ini," katanya di sini.

Tukang rumah gembira terima bantuan

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Wu Chee Leong yang mengalami kecederaan teruk akibat terjatuh ketika membuat rumah menerima sumbangan dari Abdul Manan Ismail (dua kiri) menerusi program Jasa Prihatin di rumahnya di Sungai Lembing, kelmarin.

PAYA BESAR 29 Mac - Seorang tukang rumah, Wu Chee Leong yang mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang belakang akibat terjatuh semasa bekerja kira-kira 27 tahun lalu pernah menganggap masa depannya telah musnah setelah ditimpa kemalangan itu.

Akibat kemalangan ketika dia berumur 23 tahun itu, Chee Leong yang kini berusia 51 tahun dan berasal dari Kampung Tengah, Sungai Lembing di sini tidak mampu berjalan dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan menerima pelbagai bantuan termasuk RM300 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah masa mudanya musnah akibat peristiwa hitam tersebut.

"Beginilah kehidupan saya, hendak duduk lama pun sudah tidak boleh sebab kesan luka di bahagian tulang belakang saya, kedua-dua kaki pun tidak boleh bergerak akibat kemalangan itu.

"Tetapi saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana berterusan memberikan bantuan untuk saya meneruskan kehidupan," katanya.

Chee Leong berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan menerusi program Jasa Prihatin yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail di rumahnya semalam.

Seramai 60 penduduk majoritinya warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan barangan keperluan harian menerusi program yang dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.

Yang turut hadir, Pembantu Penerangan Jasa negeri, Wan Ludin Wan Ali.

Chee Leong berkata, dia terharu kerana kesusahannya akibat kemalangan yang menimpa dirinya itu sentiasa mendapat perhatian kerajaan.

Sementara itu, Abdul Manan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat termasuk golongan kurang bernasib baik, warga emas dan OKU.

Menurutnya, usaha itu sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat.

"Pelbagai bantuan telah kerajaan salurkan, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan berharap rakyat akan menghargainya. Saya percaya lebih banyak lagi bantuan diberikan pada rakyat pada masa akan datang," katanya.

Resort World Genting cadang ambil bekas banduan bekerja

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

BENTONG 29 Mac - Pengurusan Resort World Genting (RWG) sedia menimbang mengambil bekas banduan untuk bekerja dengan syarikat itu jika mereka mempunyai kelayakan bagi memenuhi kekosongan keperluan tenaga kerja di pusat peranginan tersebut dalam bidang perhotelan dan taman tema.

Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Datuk Anthony Yeo berkata, pengambilan bekas banduan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja syarikat berkenaan secara tidak langsung dapat membantu mereka membina hidup baharu.

Menurut beliau, jika mereka tidak diberikan peluang bekerja, keadaan itu akan menyebabkan golongan tersebut kembali terbabit dalam aktiviti jenayah kerana tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara diri dan keluarga selepas bebas daripada penjara.

''Saya percaya jika kita memberi peluang kedua pastinya mereka akan hargai kerana kebebasan yang dinikmati itu tentunya sangat berharga dan sudah tentu mereka tidak mahu kembali ke penjara.

''Malah kemahiran yang ada pada mereka semasa mempelajarinya dalam penjara akan menjadi sia-sia jika tidak menggunakannya untuk menyara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia semasa diminta mengulas mengenai Program Amal Bengkel Kebajikan anjuran Resort World Genting dengan kerjasama Penjara Bentong yang dijalankan di sini baru-baru ini.

Menerusi program itu, RWG menghantar sekumpulan tukang masak daripada Hotel Resort dan Hotel Theme Park Genting diketuai oleh Eksekutif Chef, Alex Vitalise bagi mencurahkan ilmu dan kemahiran mereka dalam bidang masakan barat kepada banduan serta juga kakitangan penjara.

Anthony berkata, pihaknya berharap dapat meneruskan program tersebut bagi membantu kerajaan dan penjara menjalankan proses pemulihan banduan menerusi ilmu kemahiran yang ada pada kakitangan RWG.

"Kita juga sedia menimbang untuk membeli barangan yang dihasilkan oleh para banduan sama ada bagi kegunaan hotel seperti biskut dan kraf tangan atau sebagai cenderahati bagi dijual kepada para pelancong," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Utusan Online - Luar Negara

Posted:

Utusan Online - Luar NegaraIkuti berita penuh untuk ruangan Luar Negara menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara Utusan Online - Luar Negarahttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara 83 pekerja lombong China tertimbus tanah runtuhhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_03/83-pekerja-lombong-China-tertimbus-tanah-runtuh BEIJING 30 Mac - Sekurang-kurangnya 83 pekerja lombong dipercayai tertimbus hidup-hidup selepas tanah runtuh melanda sebuah kawasan perlombongan di Tibet, semalam. Menurut media China, tanah runtuh itu...2013-03-30T00:31:20+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Gergasi Grbavica dipenjara 45 tahunhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_02/Gergasi-Grbavica-dipenjara-45-tahun SARAJEVO 30 Mac - Sebuah mahkamah Bosnia semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun ke atas bekas komander separa tentera Bosnia-Serb yang digelar 'Gergasi Grbavica', Veselin Vlahovic kerana menyebabkan...2013-03-30T00:30:29+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bintang http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_01/Bintang LONDON 30 Mac - Aktor Britain yang terkenal kerana peranannya dalam filem Harry Potter dan Withnail & I, Richard Griffiths meninggal dunia ketika berumur 65 tahun, kata ejen kepada pelakon itu semalam.2013-03-30T00:29:32+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Korea Utara bersedia serang AShttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_04/Korea-Utara-bersedia-serang-AS SEOUL 29 Mac - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hari ini mengarahkan persiapan diadakan untuk melancarkan serangan roket ke Amerika Syarikat (AS) dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik dan di Korea...2013-03-30T03:47:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0330/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_04/Korea-Utara-bersedia-serang-AS </image></item><item><title>Tindakan kekerasan atasi rusuhan agamahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_05/Tindakan-kekerasan-atasi-rusuhan-agama YANGON 29 Mac - Kerajaan Myanmar tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kekerasan bagi menghentikan rusuhan agama yang berlarutan di bandar Meiktila, tengah negara ini sejak minggu lalu. Presiden Myanmar...2013-03-30T03:47:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0330/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_05/Tindakan-kekerasan-atasi-rusuhan-agama </image></item><item><title>15 pelajar Universiti Damsyik mauthttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_06/15-pelajar-Universiti-Damsyik-maut DAMSYIK 29 Mac - Sekurang-kurangnya 15 penuntut sebuah universiti di sini maut semalam, dalam satu serangan mortar yang disifatkan oleh media sebagai serangan kumpulan pengganas didalangi kumpulan pemberontak...2013-03-30T03:47:17+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 15 maut bangunan runtuh di Tanzaniahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_07/15-maut-bangunan-runtuh-di-Tanzania DAR ES SALAAM 29 Mac - Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi terperangkap selepas sebuah bangunan setinggi 12 tingkat yang sedang dibina runtuh di pusat komersial Tanzania, hari...2013-03-30T03:47:18+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0330/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_07/15-maut-bangunan-runtuh-di-Tanzania </image></item><item><title>Thailand, BRN lanjut rundinganhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_08/Thailand-BRN-lanjut-rundingan KUALA LUMPUR 29 Mac - Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersetuju untuk bertemu semula bulan depan selepas mengadakan rundingan di sini, semalam, dalam usaha menamatkan konflik di selatan...2013-03-30T03:47:18+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Pasukan khas antipengganashttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_09/Pasukan-khas-antipengganas SEMARANG, Jawa Tengah - Pasukan keselamatan Indonesia memperhebatkan unit antipengganas dengan menubuhkan pasukan khas pertama yang mahir menggunakan kasut roda semasa menjalani operasi antikeganasan. Unit...2013-03-30T03:47:18+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0330/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130330/lu_09/Pasukan-khas-antipengganas </image></item><item><title>Korea Utara buat persiapan serangan roket ke atas pangkalan tentera AShttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_11/Korea-Utara-buat-persiapan-serangan-roket-ke-atas-pangkalan-tentera-AS SEOUL 29 Mac - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un hari ini mengarahkan persiapan diadakan untuk serangan roket strategik ke atas tanah Amerika Syarikat (AS) dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik dan...2013-03-29T11:31:06+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Rusia adakan latihan tentera laut secara mengejuthttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_03/Rusia-adakan-latihan-tentera-laut-secara-mengejut MOSCOW 29 Mac - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam mengarahkan pihak tentera luat mengadakan satu latihan secara besar-besaran di Laut Hitam. Latihan secara mengejut itu melibatkan 36 kapal perang...2013-03-29T01:30:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 15 pelajar maut serangan mortar di universiti di Syriahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_02/15-pelajar-maut-serangan-mortar-di-universiti-di-Syria KAHERAH 29 Mac - Sekurang-kurangnya 15 pelajar terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan mortar di sebuah universiti di Syria, semalam. Stesen televisyen tempatan, SANAA melaporkan, serangan tersebut berlaku...2013-03-29T01:30:23+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Tentera laut Mesir tahan tiga suspek sabotaj kabel Internethttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_01/Tentera-laut-Mesir-tahan-tiga-suspek-sabotaj-kabel-Internet KAHERAH 29 Mac - Tentera Mesir menahan tiga penyelam yang dipercayai melakukan perbuatan sabotaj dengan memotong kabel Internet di dasar laut di Iskandariah, semalam. Penahanan kesemua suspek itu dibuat...2013-03-29T01:29:14+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd 4,721 pelarian tiba di Filipinahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_04/4721-pelarian-tiba-di-Filipina MANILA 28 Mac - Sebanyak 4,721 orang pelarian daripada 944 keluarga dilaporkan kini berada di beberapa kawasan di negara ini termasuk di Tawi-Tawi selepas melarikan diri dari Sabah. Majlis Pengurusan dan...2013-03-29T03:56:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Serangan bom di Thailand, 3 renjer mauthttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_05/Serangan-bom-di-Thailand-3-renjer-maut BANGKOK 28 Mac - Suspek kumpulan pemisah membunuh tiga anggota renjer dalam satu serangan bom tepi jalan di selatan Thailand, hari ini. Serangan itu berlaku di wilayah Narathiwat beberapa jam sebelum pegawai...2013-03-29T03:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0329/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_05/Serangan-bom-di-Thailand-3-renjer-maut </image></item><item><title>Pemimpin Islam Myanmar hantar surathttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_06/Pemimpin-Islam-Myanmar-hantar-surat YANGON 28 Mac - Pemimpin-pemimpin Islam Myanmar menghantar satu surat terbuka kepada Presiden Thein Sein menggesa pemimpin itu mengambil langkah segera menghentikan keganasan agama di negara ini dan menuduh...2013-03-29T03:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0329/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_06/Pemimpin-Islam-Myanmar-hantar-surat </image></item><item><title>Rusuhan di kem pelarian Syriahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_07/Rusuhan-di-kem-pelarian-Syria AKCAKALE, Turki 28 Mac - Rusuhan tercetus di sebuah kem pelarian Syria, di sini semalam selepas penghuni di kem itu mengadakan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan insiden kebakaran di kem yang...2013-03-29T03:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Amerika Syarikat guna pesawat B-2 di Koreahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_08/Amerika-Syarikat-guna-pesawat-B-2-di-Korea SEOUL 28 Mac - Dua pesawat pengebom senyap milik Amerika Syarikat (AS) B-2, yang mampu membawa bom nuklear, melakukan penerbangan di ruang udara Korea Selatan, hari ini dalam satu misi 'pencegahan' sempena...2013-03-29T03:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0329/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_08/Amerika-Syarikat-guna-pesawat-B-2-di-Korea </image></item><item><title>King bayi kedua terbesar di Britainhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_09/King-bayi-kedua-terbesar-di-Britain LONDON 28 Mac - Seorang bayi di Britain dilahirkan dengan berat 7.02 kilogram secara normal, sekali gus menjadikannya, bayi kedua terbesar pernah dilahirkan di negara ini tanpa melibatkan pembedahan. Bayi...2013-03-29T03:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0329/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_09/King-bayi-kedua-terbesar-di-Britain </image></item><item><title>Mata remaja perempuan dijangkiti parasithttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130329/lu_10/Mata-remaja-perempuan-dijangkiti-parasit FLORIDA 28 Mac - Seorang remaja perempuan di sini terkejut apabila diberitahu dia hampir hilang penglihatannya setelah sejenis parasit mula membiak pada kanta sentuh yang dipakainya dan mula merosakkan...2013-03-29T03:56:44+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Thailand mulakan rundingan dengan kumpulan pemisahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_13/Thailand-mulakan-rundingan-dengan-kumpulan-pemisah KUALA LUMPUR 28 Mac - Thailand memulakan rundingan pertama secara rasmi dengan kumpulan pemisah dari wilayah selatan negara itu di sini hari ini. Ketua Majlis Keselamatan Nasional Thailand, Paradorn...2013-03-28T13:00:42+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bekas diplomat Romania langgar rakyat Malaysia dipenjarahttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_04/Bekas-diplomat-Romania-langgar-rakyat-Malaysia-dipenjara BUCHAREST 28 Mac - Mahkamah Bucharest semalam menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun ke atas bekas diplomat Romania atas kesalahan terlibat dalam kemalangan langgar lari di Singapura. Silviu Ionescu...2013-03-28T02:28:26+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerja runtuh Tembok Berlin disambung walaupun dibantahhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_03/Kerja-runtuh-Tembok-Berlin-disambung-walaupun-dibantah BERLIN 28 Mac - Pihak pemaju semalam meneruskan kerja-kerja meruntuhkan sebahagian Tembok Berlin yang masih kukuh, ketika orang ramai melancarkan demonstrasi membantah tindakan tersebut. Menurut jurucakap...2013-03-28T02:27:13+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Bot tenggelam dilanda puting beliung, 12 terkorbanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_02/Bot-tenggelam-dilanda-puting-beliung-12-terkorban COTABATO, Filipina 28 Mac - Seramai 12 orang terbunuh apabila satu puting beliung kecil menenggelamkan sebuah bot kecil yang dinaiki ramai penumpang di selatan negara ini, kelmarin. Bot berkenaan membawa...2013-03-28T02:25:52+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Kerajaan Bangladesh kekang blog hina Islamhttp://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_01/Kerajaan-Bangladesh-kekang-blog-hina-Islam DHAKA 28 Mac - Kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha mengekang blog-blog yang dipercayai menghina Islam, selepas sekumpulan aktivis Islam mengugut untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran bagi...2013-03-28T02:24:11+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Perspektif baru telefon pintar

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

PRESIDEN HTC, Jason Mackenzie pada majlis pelancaran htc one di new york bulan lepas.

MENAWARKAN aplikasi terbaru iaitu HTC BlinkFeed, HTC Zoe dan HTC BoomSound kini telefon pintar HTC One bakal menambat hati para peminatnya.

Aplikasi HTC BlinkFeed antaranya merupakan keupayaan live stream untuk memaparkan maklumat seperti di laman sosial, hiburan, berita, foto dan juga gaya hidup tanpa perlu menggunakan aplikasi yang berbeza-beza.

Kelebihan semua dalam satu tersebut memudahkan pemilik HTC One membuka lebih daripada satu halaman aplikasi dalam satu-satu masa.

Malah, dalam mendepani cabaran agar menjadi sebuah telefon pintar yang lebih dinamik, HTC One turut menawarkan sebanyak 1,400 kandungan media daripada dalam dan luar negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou, masyarakat kini mahukan sebuah peranti yang sentiasa memudahkan mereka mengikuti perkembangan dunia semasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Khasiat jambu batu

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

oleh LAUPA JUNUS

Serbuk serat daripada bahan buangan jambu batu yang boleh dimanfaatkan sebagai makanan.

PROGRAM pengambilan makanan sihat semakin menjadi trend kerana orang ramai semakin sedar mengenai penjagaan kesihatan.

Menerusi pengambilan makanan seimbang, dengan khasiat yang mencukupi, pengguna yakin kesihatan mereka lebih terjamin. Tetapi berapa ramai yang tahu apa kandungan makanan berkenaan?

Kebanyakan mereka hanya tahu tentang vitamin, mineral dan sebagainya tetapi perkataan antioksidan agak asing dan masih baharu.

Pengambilan makanan semula jadi meningkatkan pengambilan antioksidan yang sangat perlu kepada tubuh kita.

Satu daripada sumber antioksidan yang peting ialah buah-buahan tempatan termasuk jambu batu.

Sebab itu jambu batu kini turut dikomersialkan dengan dijadikan produk minuman. Namun, produk sampingan yang tidak dimanfaatkan daripada jambu batu ialah sumber seratnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Pelakon, Irma Hasmie selamat melahirkan bayi lelaki

Posted: 28 Mar 2013 11:54 PM PDT

PASANGAN Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer kini lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka (gambar kecil) selepas pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur pagi ini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Hari ini menjadi detik paling indah dalam pernikahan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer apabila pelakon itu selamat melahirkan seorang anak lelaki.

Bayi seberat 3.93 kilogram itu dilahirkan tepat pukul 8.51 pagi ini di sebuah hospital swasta di sini.

Suami Irma, Redza Syah menulis dalam laman sosial Twitter mengenai kelahiran anak sulung mereka itu, selain memaklumkan keadaan isterinya yang berada dalam keadaan stabil selepas melahirkan.

Alhamdulillah...kurnia Allah, sudah selamat lahir 8.51 am, berat 3.93 kg. Sayu rasa hati nampak anak keluar dari perut ibu....Subhanallah!" - UTUSAN

Pelakon lelaki perlu kasar

Posted: 29 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar SYEFRY MONIZ

TIGA pelakon utama Jay, Johan dan Namron (dari kiri) filem bersiri Karlos, cuba menyampaikan mesej yang berguna buat masyarakat.

PERJALANAN tiga pelakon ini sering dikaitkan dengan watak antagonis yang dibawa. Mungkin watak ini bukan pilihan ramai pelakon, namun apa yang pasti melalui watak-watak sebeginilah kita mula mengenali siapa mereka. Bertemu dengan tiga tunjang utama drama bersiri Karlos, Hits didedahkan dengan pengalaman berbeza di dalam bidang lakonan oleh Johan Asari, Namron dan Jay Iswazir. Karlos disiarkan di saluran TV3, pada setiap Isnin, pukul 9 malam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Tahun mencabar Jabatan KDNKA

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak penubuhannya pada tahun 1806 sudah mengharungi pelbagai cabaran, namun berkat ketabahan dan komitmen diberikan mereka mampu menghadapi rintangan itu biarpun dalam keadaan serba kekurangan sehingga ke hari ini.

Ia termasuk pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi pegawai dan anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) yang menyaksikan kejadian terbaharu, insiden pencerobohan pengganas Kiram di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota PDRM.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Jabatan KDNKA memainkan peranan dalam menghadapi pencerobohan tersebut dalam pelbagai aspek baik melalui laut, darat dan udara memandangkan ia merupakan jabatan terbesar dalam PDRM.

Untuk rekod, Jabatan KDNKA mempunyai kekuatan seramai 2,305 pegawai kanan dan 35,636 anggota di seluruh negara.

Ia meliputi Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Khas (PGK) yang merangkumi VAT69 dan Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan berkuda, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Pasukan Polis Marin (PPM), Cawangan Trafik serta kereta peronda polis (MPV).

Dalam menjayakan Ops Daulat, semua elemen di bawah Jabatan KDNKA diselaras operasinya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memainkan tanggungjawab memberi bantuan dan logistik di barisan hadapan.

Anggota VAT 69, UTK dan PGA diletakkan di barisan hadapan untuk mengepung, mencari, menangkap dan menumpaskan musuh manakala PPM membuat rondaan di sepanjang pantai dan PGU pula membuat peninjauan udara selain memberikan perkhidmatan lain termasuk pemindahan anggota yang cedera.

Kereta peronda dan trafik turut membantu mengawal orang ramai serta lalu lintas selain menjalankan program Komuniti Kepolisan.

Bagi Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, kehadiran 2013 merupakan tahun yang amat mencabar dan getir bagi jabatannya kerana tidak pernah terlintas di fikiran bahawa insiden pencerobohan seperti berlaku di Sabah mampu tercetus pada masa ini.

Katanya, tragedi itu adalah di luar jangkaan kerana berlaku dalam era serba canggih dan moden yang dipelopori oleh dunia teknologi, komunikasi dan informasi (ICT), sekali gus memerlukan PDRM mempersiapkan pegawai dan anggota dengan kepakaran untuk memerangi persepsi serta maklumat tidak tepat yang dilaporkan menerusi Internet.

Sehubungan itu bersempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206, Salleh melahirkan harapan tinggi supaya jabatan berkenaan akan terus memainkan peranan sebagai barisan hadapan yang cemerlang, relevan dan penting dalam PDRM.

"Jabatan KDNKA yang meliputi keanggotaan di udara, laut dan darat diharap terus kekal relevan dalam proses mengekalkan keamanan, kestabilan dan ketenteraman dalam negara seperti yang termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967.

"Jadi, jika ada mana-mana pihak mahu terus menghina, memperlekeh dan mempertikai apa dilakukan polis, biarlah. Yang penting kami tetap pikul amanah diberi demi keselamatan dan kedaulatan negara," katanya kepada Utusan Malaysia dalam wawancara khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-206 baru-baru ini.

Beliau dengan nada tegas turut mengingatkan semua pihak bahawa polis tidak akan sesekali berkompromi dengan keselamatan negara dan sentiasa mengambil kira pandangan serta kritikan membina untuk mengukuhkan lagi pasukan tersebut.

Salleh sedar persepsi rakyat terhadap PDRM terutama melibatkan elemen di bawah Jabatan KDNKA yang sering dikritik, namun ujarnya, orang ramai harus ingat bahawa anggota polis juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan sama seperti orang lain.

"Saya berasa amat sedih apabila dapat tahu ada anak buah terkorban dan cedera semasa menjalankan tugas Ops Daulat dan bertambah perit lagi apabila ada pula suara-suara sumbang melabelkan apa yang berlaku sebagai sandiwara.

"Namun, kata-kata itu sikit pun tidak melemahkan semangat semua ahli keluarga PDRM, sebaliknya ia melonjakkan lagi semangat juang untuk mempertahan kedaulatan negara dan menumpaskan kumpulan yang menganggu-gugat negara kita.

"Justeru, kami bertekad mencari musuh negara sehingga ke lubang cacing untuk diheret ke muka pengadilan dan ditewaskan. Keadilan untuk wira yang terkorban dan kedaulatan negara perlu ditegakkan," tegasnya.

Ditanya penglibatan Jabatan KDNKA dalam penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), beliau memberitahu, struktur beberapa elemen di bawah jabatan itu perlu disusun semula termasuk anggota dan logistik agar sesuai dengan tuntutan semasa.

Jelasnya, elemen yang akan diberi tumpuan ialah PGA dan PGK yang perlu dilihat sebagai barisan hadapan pertahanan dalam menjamin, mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

Tambahnya, bagi mengukuhkan pasukan itu, Jabatan KDNKA mencadangkan supaya setiap briged mempunyai empat batalion yang dilengkapi empat kompeni dengan setiap batalion perlu ada skuadron perisai dan platun mortar iaitu sama seperti semasa penubuhan Pasukan Polis Hutan (PPH) sebelum ini.

"Mereka yang terlibat itu perlu dilengkapi dengan aset serba canggih, moden dan perlu menjalani latihan seperti tentera bagi melengkapkan kompetensi para pegawai dan anggota PGA dan PGK semasa menjalankan tugas," katanya.

Selain itu, katanya, penekanan juga perlu diberi dalam aspek keselamatan seperti dilengkapkan dengan baju kalis peluru, 'armoured personnel carrier' (APC) dan senjata yang moden.

Menurut Salleh, elemen lain yang masih mempunyai ruang penambahbaikan bagi menjadi lebih efektif ialah PGU dengan memperhebat lagi aset supaya dapat membantu kelancaran pasukan seperti pengangkutan anggota, logistik dan peninjauan udara.

Beliau berkata, selain melaksanakan Ops Daulat, PDRM khususnya Jabatan KDNKA mempunyai satu lagi tanggungjawab besar dan mencabar yang perlu dihadapi tahun ini iaitu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, pelaksanaan PRU-13 bukan masalah kerana Jabatan KDNKA akan memastikan Ops Daulat dan proses pilihan raya dapat berjalan lancar dengan memastikan pegawai serta anggota berada pada tahap kesiapsiagaan yang paling maksimum.

"Kita akan menjalankan tugas bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam termasuk semasa proses pembubaran parlimen, penamaan calon, waktu kempen, hari mengundi dan selepas itu.

"Pihak polis sedar akan cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang proses pilihan raya umum dijalankan kelak tetapi kita sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan menjalankan tugas seperti diamanahkan," jelasnya.

Kesimpulannya, Salleh berkata, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan terhadap elemen di bawah Jabatan KDNKA bersesuaian dengan peredaran masa yang memerlukan penggunaan peralatan canggih dan latihan terbaik.

Beliau yang berpengalaman berkhidmat dalam PPH dan PGA mahu sebarang kekangan dihapuskan, manakala kekurangan melibatkan Jabatan KDNKA dapat dipertingkatkan terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

"Semua penstrukturan dan kelengkapan itu adalah untuk menjamin keselamatan serta kepentingan rakyat negara ini sejajar slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'," katanya.

Faktor pembangkang gelisah apabila Parlimen belum dibubarkan

Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar

SALAH satu penyakit yang ada dalam kalangan pakatan pembangkang dan penyokong mereka ialah terlalu mudah untuk membuat tafsiran.

Pelbagai andaian mereka lakukan bagi memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

Begitu juga dalam isu pembubaran Parlimen, mereka membuat pelbagai tafsiran termasuklah hujah dangkal dengan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Suatu ketika dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata dalam satu pertemuan dengan anak-anak Kelantan, Najib semak perut hendak bubar Parlimen kerana banyak masalah dalam UMNO.

Mereka sengaja melupakan tempoh tamat mandat kerajaan BN di peringkat Pusat ialah 30 April. Oleh itu Perdana Menteri tidak terikat dengan sebarang desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu.

Sebenarnya, penulis difahamkan yang resah gelisah kerana Parlimen belum dibubarkan ialah pembangkang.

Menurut satu sumber, pakatan pembangkang sudah merancang jika BN membubarkan Parlimen dan diikuti oleh negeri-negeri di bawah penguasaan parti itu sebelum tarikh tamat tempoh memerintah, pakatan pembangkang tidak akan berbuat demikian di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Sebaliknya jentera pilihan raya di empat negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah akan dihantar untuk membantu jentera di Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Mereka begitu yakin melalui cara demikian ia akan membantu pakatan pembangkang menguasai negeri-negeri tersebut.

Kalau pakatan pembangkang menganggap mereka sudah cukup kuat dan mampu mempertahankan negeri-negeri yang mereka kuasai sekarang, maka bubarlah sebelum tarikh tamat tempoh memerintah.

Untuk rekod tarikh tamat tempoh memerintah Selangor ialah 22 April, Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) dan Kedah (5 Mei). Kalau mereka mempertikaikan kenapa Perdana Menteri tidak membubarkan Parlimen sekarang sedangkan tamat tempoh mandat ialah 30 April, kenapa mereka tidak bubar lebih awal di negeri-negeri yang mereka kuasai?

Tetapi kita percaya pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mereka sememangnya bersikap seperti tin kosong, bunyi sahaja kuat, tetapi isinya tiada.

Tambahan pula, pakatan pembangkang memahami kekuatan mereka di negeri-negeri berkenaan semakin luntur.

Di Selangor, penolakan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin ketara, apabila banyak janji yang dibuat dalam manifesto pada pilihan raya umum lalu tidak ditunaikan kerana Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menganggap manifesto bukan satu perjanjian.

Di Pulau Pinang, pentadbiran kerajaan DAP berhadapan dengan pelbagai bantahan termasuk projek-projek mega yang ditentang oleh rakyat.

Di Kedah, kerajaan Pas bukan sahaja menghadapi masalah kepincangan menguruskan negeri malahan diancam masalah dalaman antara pemimpin-pemimpin Pas. Difahamkan Pas Kedah berpecah kepada empat kelompok.

Di Kelantan, isu tanah dan air terus menghantui kerajaan Pas. Malahan di negeri itu sudah ada gelombang yang cukup ketara mahupun perubahan kerana rakyat sudah bosan dengan kerajaan negeri yang lebih kaya dengan slogan dan retorik berbanding program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Berdasarkan kepada hujah-hujah itu, maka tidak payahlah puak-puak pembangkang hendak menyibuk mempertikaikan kenapa Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen.

Tunggu sahajalah detiknya kalau betul-betul pembangkang yakin bila pun pilihan raya diadakan mereka boleh mencapai kejayaan besar.

Janganlah beri alasan dangkal kononnya terpaksa membuat kutipan derma kerana Perdana Menteri terlalu lambat membubarkan Parlimen.

Pilihan raya bukan medan menguji kekuatan sesiapa atau gelanggang untuk merebut kekuasaan sahaja, sebaliknya ia adalah penentu masa depan rakyat dan negara.

Kerajaan BN bukan seperti pakatan pembangkang asyik hendak berpolitik sepanjang masa dan terlalu kemaruk kuasa. Kerajaan BN hendak memastikan segala urusan negara dan perancangan untuk rakyat sudah diselesaikan barulah mandat diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Sepatutnya pembangkang bersyukur kerana apabila Parlimen lambat dibubarkan, maknanya mereka masih mempunyai masa untuk menunaikan segala janji-janji yang belum ditunaikan.

Tetapi pembangkang tahu mereka tidak ada kemampuan untuk menunaikan janji-janji yang dibuat, oleh itu mereka berharap apabila Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan rakyat akan melupakan janji-janji yang pernah mereka buat dalam pilihan raya lalu.

Inilah perangai pakatan pembangkang, mereka berpolitik semata-mata untuk kuasa sebab itulah mereka sanggup bergabung dalam satu pakatan biar pun berbeza ideologi dan hala tuju perjuangan.

Seperkara lagi, pembangkang juga risau semakin lambat Parlimen dibubarkan, semakin terdedah janji-janji palsu yang disenaraikan dalam manifesto pilihan raya mereka dan Buku Jingga.

Ia memandangkan apa yang mereka janjikan itu hanyalah omong kosong dan tidak berpijak di bumi nyata, segalanya mereka lakukan hanya semata-mata untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka dalam pilihan raya umum nanti.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana dari semasa ke semasa, semakin banyak terdedah perangai pemimpin-pemimpin mereka termasuk dari segi moral.

Justeru mahu tidak mahu, pembangkang terpaksa membuat pelbagai andaian berhubung isu pembubaran Parlimen bagi menutup kelemahan mereka.

Dalam bahasa mudahnya lagi lambat pilihan raya diadakan, maka semakin banyak wajah-wajah buruk pembangkang akan terdedah kerana bak kata seorang pemimpin BN di Pulau Pinang, kertas tidak boleh membalut api.

Begitu juga sandiwara dan lakonan politik pembangkang, ia sudah pasti tidak akan bertahan lama sebab itulah mereka tidur tak lena, resah gelisah dan gundah gulana apabila Perdana Menteri belum membubarkan Parlimen.

Sementara mereka menuding jari mengatakan Perdana Menteri dan BN dalam ketakutan serta semak perut untuk mengadakan pilihan raya , hakikatnya pembangkanglah yang sebenarnya berada dalam kedudukan tidak tentu hala.

Segala-galanya kerana pembangkang sudah tidak sabar lagi untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan BN kerana pilihan raya kali ini dianggap penentu hidup mati perjuangan politik mereka.

Namun kita percaya, tidak kira bila pun Parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan, yang pasti rakyat sudah semakin mengetahui siapa yang sepatutnya mereka pilih sebagai kerajaan.

Tidak apalah kalau pembangkang hendak meneruskan perasaan gelisah tidak tentu hala mereka kerana Parlimen belum dibubarkan, yang pasti BN tidak akan mengikut jejak amalan politik dangkal mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk terima manfaat

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

YAP Pian Hon melihat lakaran projek pembinaan klinik kesihatan di Persiaran Suadamai, Bandar Hussien Onn, Cheras, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 28 Mac - Kira-kira 200,000 penduduk kawasan sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan Balakong di sini bakal menerima manfaat apabila sebuah klinik kesihatan bakal dibina di Persiaran Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.

Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, kemudahan yang bakal direalisasikan itu merupakan usaha para pemimpin Barisan Nasional di kawasan itu sejak beberapa tahun lalu, selain permintaan penduduk sendiri.

"Klinik kesihatan itu bakal dibina di tanah seluas 2.89 ekar di Persiaran Suadamai selepas permohonan diluluskan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumunkan mengenai pembinaan klinik kesihatan itu di sini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Cawangan Bandar Tun Hussein Onn; Datuk Che Ab. Ghani Che Lah, Ahli Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia; Datuk Dr. Lai Kwong Choy dan Pengerusi Rukun Tetangga Bandar Tun Hussein Onn, Roslan Hassan.

Menurut Pian Hon, projek itu dijangka akan dimulakan secepat mungkin selepas urusan pemilihan tender selesai.

Bagaimanapun katanya, kos pembinaan klinik kesihatan itu belum dapat dipastikan kerana beberapa perkara termasuk pelan reka bentuk masih diperingkat rancangan.

"Kerajaan amat prihatin dan memahami kehendak penduduk di sini dan ia bukan janji pilihanraya semata-mata," katanya.

Tambah Pian Hon, selain klinik kesihatan, pusat sosio ekonomi di kawasan Balakong turut dicadangkan, selain Klinik 1Malaysia yang telah dibina.

Dalam perkembangan lain, Pian Hon turut mengumumkan cadangan projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat bakal direalisasikan di tapak seluas 1.53 ekar di Jalan Suakasih.

"Saya telah menerima surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat pada November tahun lalu yang memaklumkan cadangan pembinaan tersebut telah diberi keutamaan dalam senarai permohonan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Pelaksanaannya akan dilakukan dengan kadar segera selepas peruntukan dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri diluluskan," ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan projek tersebut boleh menghadiri Majlis Pengesahan Tapak Klinik Kesihatan (Jenis 3) di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras , Sabtu ini.

Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Program yang bermula dari pukul 9.30 pagi itu akan diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, cabutan bertuah dan pameran kesihatan.

Mangsa tanah runtuh pindah semula Ahad ini

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Abdullah Marjunid (kanan) menerangkan mengenai status terkini tebing runtuh di Blok B, Pangsapuri Beringin, Batu 13, Puchong, Selangor kepada Abdul Razak Elias (kiri) dalam lawatannya ke pangsapuri berkenaan, semalam. - UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

PUCHONG 28 Mac - Seramai 228 penghuni Blok B, Pangsapuri Seri Beringin, Pusat Bandar Puchong di sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh kelmarin dijangka berpindah semula ke kediaman masing-masing, Ahad ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Abdullah Marjunid berkata, pihak kontraktor Indah Water Konsortium (IWK) telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pembentungan dan pengukuhan tebing.

Menurutnya, Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) juga telah dilantik untuk menjalankan penyiasatan tapak bagi menilai tahap kestabilan struktur bangunan di lokasi kejadian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Utamakan pengangkutan awam

Posted: 28 Mar 2013 12:56 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
editor.johor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan mencari harta karun sempena Minggu Pengangkutan Awam 2013 anjuran Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) di perkarangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 28 Mac - Perkembangan pesat dalam industri automotif sejak sedekad kebelakangan ini bukan sahaja banyak mencorak kehidupan masyarakat malah mengubah senario pengangkutan awam.

Kemampuan penduduk memiliki kenderaan sendiri juga memberi impak besar terhadap pengangkutan awam terutamanya bas yang suatu ketika dahulu antara yang menjadi medium utama perhubungan masyarakat.

Walaupun mendapat saingan 'sengit' namun hingga kini perkhidmatan bas tetap mendapat sambutan dan usaha sentiasa ditingkatkan bagi memberikan kesedaran dan kepuasan kepada pelanggan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved