Isnin, 22 Ogos 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


STAR bina Galeri Tun Hamdan

Posted:

STAR bina Galeri Tun Hamdan

STAR bina Galeri Tun Hamdan

IPOH 22 Ogos - Bagi memperingati sumbangan yang banyak oleh Guru Besar pertamanya, Hamdan Sheikh Tahir, Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) di sini akan menubuhkan sebuah galeri bagi menempatkan catatan sejarah mengenai tokoh tersebut.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Hamdan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, galeri tersebut akan ditempatkan di sebuah bangunan sedia ada yang akan dibaik pulih di atas tanah seluas 1.9 ekar dan dijangka beroperasi sepenuhnya Mei tahun depan.

Katanya, perbincangan bersama Arkib Negara dan Yayasan Tun Hamdan telah dilakukan bagi menempatkan bahan-bahan sejarah melibatkan tokoh tersebut di galeri itu.

"Pembinaan galeri ini cukup bermakna kerana ia merupakan usaha bagi memperingati jasa dan sumbangan Tun Hamdan yang berkhidmat di sekolah ini sejak ia ditubuhkan.

"Perbincangan telah diadakan bersama pihak yayasan dan kerja-kerja pembinaan dan pengumpulan bahan sejarah akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan biasiswa, zakat dan sumbangan raya kepada pelajar-pelajar dan anak-anak yatim negeri Perak di sini, hari ini.

Seramai 58 pelajar dari tiga buah sekolah iaitu STAR, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Iskandar Shah dan SMK Clifford menerima biasiswa Yayasan Tun Hamdan berjumlah RM500 setahun bagi tingkatan empat dan lima, manakala RM650 bagi tingkatan enam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Cemburu mungkin punca Rafie disimbah asid

Posted:

Cemburu mungkin punca Rafie disimbah asid

Cemburu mungkin punca Rafie disimbah asid

PETALING JAYA 22 Ogos - Faktor cemburu dipercayai menjadi punca Mohd. Rafie Abdul Latif, disimbah dengan asid berhampiran Wisma Bumi Raya, Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu, sehingga menyebabkan mukanya mengalami kecederaan teruk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung kes itu mendapati ia melibatkan hubungan cinta mangsa.

"Berdasarkan maklumat yang kita ada hasil tangkapan seorang lelaki baru-baru ini, polis berjaya menyelesaikan kes simbah asid melibatkan Mohd. Rafie," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Sikap ke-24 di sini, hari ini.

Mohd. Rafie yang juga anak saudara kepada penyanyi era 80-an, Datin Ramziela Radzillah disimbah asid ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut di ibu negara.

Susulan siasatan polis, seorang lelaki ditahan kelmarin di ibu negara bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, Khalid memberitahu, polis turut mengenal pasti seorang suspek yang terlibat dalam beberapa kes simbahan cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

"Bagi mengesan suspek kes ini, ia memakan masa kerana dia dipercayai melakukan aktiviti itu tanpa motif. Kita mengenal pasti seorang suspek namun belum menahannya.

"Saya juga percaya, mereka yang melakukan perkara ini tidak waras namun polis akan melakukan apa yang patut untuk menjaga keselamatan awam," katanya.

Sejak Februari lalu, kes simbah cecair dipercayai asid berleluasa di ibu negara dan polis menerima lebih 20 kes yang kebanyakannya melibatkan mangsa wanita.

Tikam lapan kali: Dua lelaki diburu polis

Posted:

Tikam lapan kali: Dua lelaki diburu polis

Tikam lapan kali: Dua lelaki diburu polis

SEREMBAN 22 Ogos - Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian menikam seorang lelaki sebanyak lapan kali sebelum membuang mangsa di dalam hutan berhampiran Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah dekat sini sedang diburu polis.

Jurucakap polis memberitahu, setakat ini identiti kedua-dua lelaki itu sudah dikenal pasti dan pihaknya sedang giat memburu mereka.

"Berdasarkan siasatan pihak polis, kita mendapati kedua-dua suspek bekerja bersama mangsa di Ladang Gaddes, Jempol dekat sini.

"Kejadian pada petang Khamis lalu itu dipercayai berlaku akibat salah faham berkaitan kerja antara kedua-dua suspek dengan mangsa," katanya di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki, Arman Shah, 29, masih bernyawa walaupun ditikam sebanyak lapan kali di badannya sebelum dicampak di dalam hutan.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit yang tersedar dari pengsan pada pagi Jumaat lalu itu masih berupaya berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum diselamatkan oleh orang ramai di Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.

Difahamkan, penyerang lelaki itu kemungkinan beranggapan mangsa sudah meninggal dunia dan bertindak membuang 'mayatnya' di dalam hutan berkenaan untuk melupuskan bukti.

Lelaki itu yang ditikam empat kali di bahagian depan dan belakang badan dipercayai masih hidup kerana tikaman berkenaan tidak mengenai organ penting mangsa.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diserang oleh kedua-dua lelaki terbabit di ladang sebelum dia dibuang di dalam hutan berhampiran Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menemubual Arman tidak berjaya kerana dia masih lemah selepas menjalani pembedahan untuk menjahit luka tikaman pada badannya kelmarin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


QPR sedia uji Safee, Apek

Posted:

QPR sedia uji Safee, Apek

QPR sedia uji Safee, Apek

Oleh Khairuddin Mohd. Amin
sukan@utusan.com.my


SAFEE SALI


KUALA LUMPUR – Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu

Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.

Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Terjun berpasukan wanita raih gangsa Universiade

Posted:

Terjun berpasukan wanita raih gangsa Universiade

Terjun berpasukan wanita raih gangsa Universiade


(Dari kiri) Leong Mun Yee, Pandelela Rinong , Cheong Jun Hoong dan Ng Yan Yee gembira bersama pingat gangsa yang dimenangi mereka dalam acara terjun berpasukan pada Sukan Universiti Dunia 2011 di Shenzen, semalam.


SHENZHEN - Skuad terjun negara menamatkan hari terakhir di Shenzhen Natatorium, semalam dengan merangkul pingat gangsa bagi kategori berpasukan wanita keseluruhan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade 2011).

Pingat ketiga itu bermakna Malaysia setakat ini berpuas hati dengan satu perak dan dua gangsa; pencapaian yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Universiade 2007 iaitu satu perak.

Pun begitu, masih ada harapan untuk kontinjen negara menambah pingat menerusi taekwondo lelaki 84 kilogram yang akan bertarung hari ini.

Dalam pada itu, kedudukan Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee di tempat kelima pada acara 3 meter platform seiringan wanita, semalam ia tidak menghalang pasukan terjun wanita mengekalkan kedudukan ketiga 2336.23 mata keseluruhan.

Tuan rumah, China tetap unggul dengan memungut 2674.18 mata diikuti Amerika Syarikat (perak) dengan catatan 2373.08 mata.

Acara berpasukan wanita keseluruhan hanya mengambil tempat di Universiade sahaja, tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik mahupun Kejohanan Dunia.

Mun Yee yang menjadi nadi penting kepada kejayaan pasukan terjun wanita berkata, dia gembira selepas penampilan ketiga di Universiade berjaya membawa pulang dua pingat gangsa.

''Saya puas hati kerana dapat membantu pasukan negara membawa pulang dua pingat kepada Malaysia memandangkan sebelum ini di Korea (2003) dan Turki (2005), saya tidak mendapat sebarang pingat.

Tambah manis, Mun Yee yang menjadi atlet terjun paling banyak mengambil bahagian di Universiade kali ini dalam empat acara, mengakui dia sebenarnya langsung tidak bersedia menyertai 10 meter platform dan 1 meter papan anjal individu.

''Jurulatih (Yang Zuliang) memberi arahan kepada saya untuk mengambil bahagian kedua-dua acara ini pada pusingan kelayakan sebaik tiba di sini bagi tujuan mengumpul mata (berpasukan).

''Masa acara 3 meter platform seiringan tadi pun saya ada sedikit tertekan bagi mengekalkan kelebihan ke atas Ukraine yang mengekori kedudukan di tempat keempat tetapi saya tetap tenang kerana tahu mempunyai kelebihan besar ke atas mereka (Ukraine), " jelasnya.

Sementara itu, pengurus pasukan terjun, Mohamad Muhd. Hanif mendedahkan rahsia kejayaan berpasukan wanita hasil semangat berpasukan dan disiplin yang tinggi di kalangan atlet terjun.

''Mereka semua mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya ditambah dengan bimbingan jurulatih (Zhuliang) yang cukup hebat, persiapan kami semua berjalan lancar," katanya.

Dia juga berharap sukan terjun yang kali pertama menyertai Universiade 2011 kali ini mampu menjadi penyumbang pingat utama pada edisi seterusnya di Kazan, Rusia pada tahun 2013.

''Melalui perancangan rapi antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN), saya yakin sukan terjun akan terus cemerlang dalam masa dua tahun lagi di Kazan," katanya. - Utusan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Mustafa berdepan saman fitnah RM10j

Posted:

Mustafa berdepan saman fitnah RM10j

Mustafa berdepan saman fitnah RM10j

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 22 Ogos - UMNO akan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Datuk Mustafa Ali berhubung satu kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain Setiausaha Agung Pas itu, turut akan disaman ialah pihak-pihak lain yang dikenal pasti terlibat termasuk mereka yang menerbitkan kenyataan tersebut.

Beliau berkata, buat permulaan satu notis peguam akan dihantar kepada Mustafa dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh tujuh hari bekerja atau saman tersebut akan difailkan selepas hari raya ini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

''Kita membuat keputusan memfailkan saman selepas Mustafa gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhannya itu secara terbuka selepas tempoh tiga hari diberikan bermula 16 Ogos lalu.

''Kita tidak ada pilihan lain kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Hadir sama, peguam Abu Bakar Isa Rahmat daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Mohd. Zain menegaskan, Mustafa dilihat sengaja membuat tuduhan itu untuk memburuk-burukkan UMNO selain mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan politik selepas gagal mengemukakan bukti yang didakwa telah diperolehinya.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu pada 15 Ogos lalu, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Ekoran tuduhan yang dilemparkan, Mohd. Zin dalam satu kenyataan memberi tempoh tiga hari kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada UMNO kerana membuat tuduhan tidak berasas itu atau akan menghadapi tindakan undang-undang.

Sementara itu Mustafa yang dipetik daripada Harakahdaily tidak bercadang meminta maaf kepada UMNO sebaliknya akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," katanya.

Mat Sabu perlekehkan orang Melayu

Posted:

Mat Sabu perlekehkan orang Melayu

Mat Sabu perlekehkan orang Melayu

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ditempelak berikutan gesaan beliau supaya orang Melayu mencontohi pengundi Cina yang didakwanya berani menunjukkan pendirian menentang budaya rasuah semasa pilihan raya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan yang dibuat oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu seperti mahu menunjukkan bahawa orang Melayu tidak prihatin terhadap isu sedemikian dan terpaksa meniru kaum lain.

"Kenyataan Mat Sabu ini umpama memperlekehkan jati diri orang Melayu sehingga melabel kaum Melayu tidak sensitif walhal kita adalah kaum yang sangat sensitif terhadap hak dan kedudukan kita di negara ini.

"Ini menunjukkan Mat Sabu mahu menyebarkan mentaliti sempitnya dalam kalangan orang Melayu supaya mereka menurut nafsu politiknya," kata Ibrahim kepada Utusan Malaysia pada Majlis Makan Malam Colek Bersama Perkasa Damansara Utama di sini, semalam.

Majlis yang dihadiri 400 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut turut diisi dengan penyampaian 20 hamper kepada keluarga di sekitar kawasan tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dan Presiden Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (Jaguh), Zul Karnain Mat Junoh.

Mat Sabu baru-baru ini mahu kaum Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam, sebaliknya meneladani sikap pengundi Cina yang berani menunjukkan pendirian menentang budaya sedemikian semasa pilihan raya.

Sementara itu, Ibrahim turut mengajak semua penduduk Kelantan supaya membuat transformasi terhadap negeri mereka bagi mengelakkan negeri tersebut daripada terus mundur terutama menjelang tahun 2020.

Katanya, peranan pemerintah negeri yang galak mengejar kuasa telah membantutkan kemajuan negeri tersebut sehingga sebahagian besar generasi mudanya terpaksa berhijrah ke negeri lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


1,618 terima sumbangan 1MDB

Posted:

1,618 terima sumbangan 1MDB

1,618 terima sumbangan 1MDB

Oleh MANIRAH ROSEDI
utusanpahang@utusan.com.my


Wan Adnan Wan Mamat (kiri) dan Dr. Shamsul Anwar menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 22 Ogos - Seramai 1,618 orang yang kurang berkemampuan menerima sumbangan wang tunai daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sempena Aidilfitri dalam satu majlis di Dewan Permata Permai di Kampung Kempadang di sini, baru-baru ini.

Antara penerima sumbangan tersebut ialah anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Program yang julung kali dianjurkan yayasan itu sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sempena Aidilfitri minggu depan.

Pengarah Tanggungjawab Sosial Korporatnya, Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, peruntukan itu melibatkan 16 bahagian terpilih di seluruh negara yang berjumlah RM150,000.

Menurutnya, bagi negeri ini, sebanyak empat bahagian dipilih iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Raub dan Temerloh menerima sumbangan itu.

"Ia selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan kebajikan rakyat diutamakan dan mahu nasib golongan kurang berkemampuan diberikan perhatian," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut di sini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Muhammad Suffian Awang dan Ketua Wanita UMNO Bahagian itu, Senator Datuk Zaitun Mat.

Shamsul memberitahu, pihaknya berhasrat merancang program yang sama pada tahun depan dengan skala lebih besar.

Sementara itu, seorang ibu tunggal, Maharina Muhammad, 42, dari Sungai Isap Perdana yang menerima sumbangan tersebut bersyukur dengan sumbangan berkenaan kerana ia dapat meringankan sedikit beban mereka sekeluarga.

Ibu OKU antara 27 peserta sertai bengkel buat biskut raya

Posted:

Ibu OKU antara 27 peserta sertai bengkel buat biskut raya

Ibu OKU antara 27 peserta sertai bengkel buat biskut raya

JERANTUT 22 Ogos - Seramai 27 wanita termasuk seorang ibu tunggal kurang upaya menyertai bengkel membuat biskut raya anjuran Majlis Daerah Jerantut dan Kolej Komuniti Jerantut serta Temerloh di sini baru-baru ini.

Rozlina Ismail, 41, berkata, dia terpaksa berkerusi roda kerana mengalami kecacatan di bahagian kaki sejak lahir.

Tambahnya, minatnya dalam bidang masakan sejak dahulu lagi membuatkannya menyertai program tersebut bagi menambah pengetahuan.

"Sudah lama saya menunggu peluang mengikuti bengkel membuat biskut raya ini dan kini impian itu tercapai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Rozlina yang kematian suami sejak enam bulan lalu akan menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya untuk membuat biskut raya sendiri sebagai persiapan Aidilfitri nanti.

Katanya, dia seronok kerana dapat menambah kemahiran dan ilmu membuat biskut raya di samping mencari kenalan baharu.

"Kami dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman membuat kuih raya. Saya harap MDJ dapat menganjurkan lebih banyak program masakan selepas ini," katanya yang kini mengusahakan kedai jahit.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Jerantut, Syafizwan Nizam Mohd. Faroque berkata, peserta bengkel tersebut diajar oleh dua tenaga pengajar iaitu Noralia Hanim Hassan dan Khirul Bariah Mat Arup.

"Kali ini peserta diajar membuat beberapa jenis biskut iaitu almond London, cornflakes, biskut kelapa dan kek nanas walnut," ujarnya.

Menurutnya, bengkel tersebut merupakan salah satu program dijalankan oleh kedua-dua kolej komuniti tersebut di bawah Program Latihan 1Malaysia melibatkan kursus selama 20 jam.

Kad ahli percuma dilancar selepas hari raya

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUANTAN 22 Ogos - Lepar Saujana Enterprise yang ditubuhkan empat sahabat kini mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan jiran, malah mendapat permintaan di bandar ini serta daerah-daerah lain.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


London buru 30,000 perusuh

Posted:

London buru 30,000 perusuh

London buru 30,000 perusuh


Sebuah van melalui sebatang jalan di Birmingham tengah England memaparkan imej perusuh yang dikehendaki berhubung keganasan dan kecurian di beberapa tempat di Britain dalam rusuhan, baru-baru ini . - AFP


LONDON 22 Ogos - Polis Metropolitan London sedang memburu kira-kira 30,000 perusuh yang terlibat dalam kejadian merompak, kebakaran dan keganasan sepanjang rusuhan selama empat hari di kota London, baru-baru ini.

Statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa itu, semalam turut mendedahkan sebanyak 3,296 jenayah dilakukan perusuh selama empat hari rusuhan itu.

"Berdasarkan statistik, inilah yang dikatakan sebagai keganasan berkumpulan dan pihak kami tidak akan melepaskan semua perusuh terlibat," kata sumber polis kepada Sunday Times.

Bilangan perusuh diburu yang terlalu ramai itu segera menimbulkan kebimbangan bahawa ianya mungkin menyebabkan kelewatan prosedur di mahkamah serta kesesakan di penjara.

Bilangan banduan yang berada di penjara-penjara England dan Wales kini dilapor mencapai jumlah tertinggi apabila semakin ramai perusuh disumbat ke penjara setiap hari berhubung pembabitan mereka dalam kekacauan dan keganasan terburuk di London dalam tempoh 30 tahun itu.

Data Kementerian Kehakiman London menyatakan bahawa jumlah banduan kini mencecah 86,654 orang, lebih 723 berbanding pada minggu lalu.

Penjara-penjara seluruh England dan Wales hanya mampu menempatkan sebanyak 88,093 banduan pada satu-satu masa.

Kerajaan yakin Perkhidmatan Penjara United Kingdom mempunyai ruang yang cukup untuk menempatkan lebih ramai banduan yang disabit kesalahan kerana keganasan dan merompak yang berleluasa di seluruh kota London baru-baru ini.

Perkhidmatan Penjara berkata, pihaknya kini berhadapan 'situasi tidak menentu' dan 'sedang membangunkan pelan luar jangka bagi meningkatkan kemampuan kapasiti sekiranya tekanan berlaku di dalam penjara kelak'. - Agensi

MILF secara rasmi singkirkan Ameril

Posted:

[unable to retrieve full-text content]COTABATO 22 Ogos - Beberapa jam sebelum rundingan damai dengan kerajaan Filipina disambung semula di Kuala Lumpur hari ini, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) secara rasminya menyingkirkan seorang komander kanannya yang menubuhkan kumpulan bersenjata sendiri di selatan Filipina.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Harus tebal jiwa Melayu

Posted:

Harus tebal jiwa Melayu

Harus tebal jiwa Melayu

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


S. ATAN merupakan salah seorang komposer yang memiliki koleksi lagu-lagu raya popular.


BAGAIKAN tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa lagu-lagu raya yang berkumandang dan melatari kesibukan menyambut Syawal.

Kuasa lagu raya memang cukup dahsyat. Ia mampu membangkitkan mood dan semangat dalam diri sebahagian besar umat Islam di negara ini yang teruja menghitung menjelangnya hari kebesaran itu.

Biar masa berlalu, ternyata lagu-lagu raya lama terus mendapat tempat walaupun ada karya baru yang dihasilkan setiap tahun.

Barangkali ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Bukan bermaksud hendak menidakkan keupayaan komposer baru tetapi sudah terbukti sentuhan komposer terdahulu lebih digemari.

Ada sesetengah lagu yang dihasilkan berusia lebih daripada empat dekad. Namun, ia terus relevan dan segar sehingga ke hari ini.

Malah, generasi baru juga lebih menggemari karya-karya klasik walaupun sebahagian besar daripadanya dicipta lama sebelum mereka dilahirkan.

"Mengapa lagu lama lebih diminati adalah kerana liriknya yang sudah cukup untuk menceritakan suasana raya itu sendiri.

"Kata kunci untuk setiap lagu mudah sahaja iaitu menggunakan perkataan Selamat Hari Raya. Contoh terbaik yang boleh kita lihat adalah menerusi tiga lagu Selamat Hari Raya yang berlainan melodi nyanyian Allahyarham Puan Sri Saloma, Datuk Ahmad Jais dan Allahyarham Fazidah Joned.

"Permainan kata-katanya begitu ringkas, jelas

dan mudah difahami lalu terus melekat dalam jiwa pendengar. Dalam erti kata lain, liriknya adalah straight forward tanpa perlu menggunakan laras bahasa yang berbunga-bunga.

"Pada hemat saya, itu adalah kekurangan yang saya dapat lihat dalam penghasilan lagu-lagu baru masa kini.

"Kerana itu, lagu lama tetap menjadi pilihan termasuk kepada generasi muda," ujar komposer terkenal, S. Atan panjang lebar kepada Mega dalam satu sesi fotografi khas di ibu pejabat Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apabila memperkatakan tentang S. Atan, siapa yang dapat lupa akan kehebatan lagu-lagu raya ciptaannya termasuklah Dari Jauh Ku Pohon Maaf nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Menjelang Hari Raya (Datuk D.J. Dave), Joget Hari Raya (Herman Tino dan Zaleha Hamid), Inang di Aidilfitri (Sudirman dan Zaleha Hamid) serta Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz).

Sekadar menyingkap sejarah, S. Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said menjelaskan penglibatannya dalam menghasilkan lagu-lagu raya bermula sewaktu berkhidmat dengan syarikat rakaman EMI sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Menjadi seorang komposer, S. Atan memberitahu kreativiti perlu menjadi tunjang utama dalam penghasilan lagu-lagu raya.

Selain lirik, melodi juga memainkan peranan penting dalam memastikan jangka hayat sesebuah lagu itu berpanjangan.

Malah, S. Atan sendiri tidak pernah menyangka dan membayangkan kesemua lagu-lagunya terus kekal dan menjadi kegemaran biarpun berdekad-dekad sudah berlalu.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, melodi dan lirik itu perlu seiring dalam membangkitkan mood raya agar ia dapat dirasai oleh pendengar.

"Saya kagum dan tertarik dengan beberapa komposer yang tidak banyak melahirkan lagu-lagu raya. Tetapi ia berjaya mendapat sambutan lalu kekal sehingga ke hari ini.

"Itu membuktikan gabungan melodi dan liriknya perlu ada keserasian untuk muncul sebagai sebuah karya malar segar," katanya sambil memberikan contoh terbaik lagu Satu Hari Di Hari Raya ciptaan dan nyanyian Datuk M. Nasir.

Bukan itu sahaja, S. Atan turut mengagumi karya ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham Ahmad Jaafar, Datuk Dr. Ahmad Nawab, Syed Haron, Omar Taib dan Kassim Masdor yang semuanya sudah bertaraf klasik.

Dalam pertemuan itu, S. Atan tidak keseorangan sebaliknya fotografi itu turut disertai oleh komposer yang cukup sinonim dengan lagu-lagu tradisional iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain.

Lebih mesra dan dikenali ramai sebagai Pak Ngah, komposer terkenal itu sudah mampu berdiri setanding dengan komposer terdahulu yang telah menghasilkan lagu-lagu raya.

Pak Ngah telah dianggap sebagai komposer alaf baru yang berjaya menghasilkan lagu raya bertaraf malar segar dalam tempoh yang singkat.

Bagaikan tidak wajib sambutan raya seandainya lagu-lagu ciptaannya seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Airmata Syawal dan Anugerah Aidilfitri yang mana kesemuanya dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak diputarkan.

"Sama seperti S. Atan, saya sendiri tidak pernah menyangka lagu-lagu ciptaan saya berjaya mencapai taraf malar segar seperti yang diperkatakan itu.

"Resipi saya cukup mudah iaitu setiap karya itu perlu tebal dengan jiwa Melayu. Barulah ia boleh diterima dengan baik.

"Ini kerana sambutan Aidilfitri sudah cukup menggambarkan budaya Melayu itu sendiri dan bagaimana kita menyambutnya.

"Jadi, elemen-elemen itu perlu ada dalam setiap lagu sekali gus untuk membangkitkan semangat Syawal itu sendiri," kata Pak Ngah yang berusia 53 tahun itu lagi sambil dipersetujui S. Atan di sebelahnya.

Mungkin ramai yang menyangka lagu Sesuci Lebaran adalah lagu raya ciptaan pertamanya. Tetapi sebenarnya lagu Nostalgia Aidilfitri nyanyian Datuk Sharifah Aini adalah permulaan segala-galanya.

Ketika itu, S. Atan merupakan penerbit album Nostalgia Aidilfitri milik Biduanita Negara itu yang diterbitkan pada 1996.

Lalu, peluang itu dibuka untuk Pak Ngah mencuba nasibnya dalam menghasilkan lagu tersebut yang juga sudah mencapai taraf malar segar.

"Dari situ, saya mula mendapat peluang dan ketika itu pula, nama Siti Nurhaliza cukup popular.

"Jadi, apabila saya mencipta Sesuci Lebaran pada 1999, ia hadir tepat pada waktunya dan kebetulan pula lagu-lagu etnik juga sedang diminati ramai.

"Dalam menghasilkan lagu-lagu raya, saya perlu mengucapkan terima kasih kepada komposer terdahulu kerana mereka yang menjadi sumber inspirasi buat saya.

"Secara tidak langsung, saya telah meneruskan kelangsungan tradisi lagu raya itu dan Alhamdulillah, ia diterima dengan cukup baik," ujar anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur itu lagi yang turut mendapat pujian S. Atan.

Sempat juga komposer lagu Cindai dan Nirmala itu memberikan buah fikirannya tentang lagu raya baru yang kurang menyengat dan meninggalkan kesan di kalangan pendengar.

Jelas Pak Ngah, semuanya perlu memakan masa yang agak lama untuk sesebuah lagu baru diterima dengan baik dan kekal menjadi sebuah lagu bertaraf klasik.

Mengambil contoh dirinya sendiri yang pernah menghasilkan lagu Gema Lebaran dan Sinar Lebaran yang masing-masing dinyanyikan oleh Erra Fazira dan Noryn Aziz, Pak Ngah memberitahu tidak mustahil lagu itu mampu mendapat tempat kelak.

"Setiap tahun lagu raya semakin banyak dihasilkan dan kalau ia mendapat tempat di corong radio serta kerap diputarkan, saya percaya ia dapat bertahan," jelasnya yang akan membuat persembahan di London selama 10 hari bermula 4 September ini.

Selesa jalani hidup sendiri

Posted:

Selesa jalani hidup sendiri

Selesa jalani hidup sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


DALAM usianya yang sudah mencecah 40 tahun, Jee masih mampu mengekalkan kejelitaannya.


SUDAH menjadi resmi setiap umat Islam yang menyambut Aidilfitri apabila mahu meraikan bulan kemenangan itu dengan insan tersayang.

Bagaikan tidak lengkap sambutan itu seandainya tanpa mereka yang disayangi untuk meraikan bersama-sama bulan yang penuh kemakmuran itu.

Namun, tidak semua insan bertuah berpeluang menikmati detik-detik terindah terutama mereka yang kehilangan ayah dan ibu tercinta.

Pastinya, kerinduan akan menggamit perasaan di kala takbir dan tahmid berkumandang lalu dengan pantas akan mengimbas kembali segala memori indah yang pernah tercipta.

Ketika itulah, air mata yang mengalir deras tanpa dipaksa itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa luluh dan pilu perasaan yang datang itu.

Hanya mereka yang berdepan dengan situasi sama sahaja mampu berkongsi dengan insan senasib yang pernah merasai kehilangan itu.

Bagi penyanyi jelita, Fauziah Latiff yang kehilangan arwah ayahnya, Allahyarham Sheikh Abdul Latiff Sheikh Omar Bajrai sekitar tujuh tahun lalu, kerinduan itu tetap dirasai.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila setiap kali menjelangnya Syawal, hati wanita penyanyi jelita yang lebih mesra disapa Jee itu pasti akan terusik.

Masih segar dalam ingatannya apabila terkenangkan kekecohan arwah ayahnya itu dalam membuat persiapan menjelang hari raya.

"Semua kelengkapan dan persiapan dia yang akan sediakan. Malah, kalau dia ada di dapur, kesibukannya mengalahkan ibu sehinggakan ibu saya sering memarahinya kerana mengganggu kerja-kerjanya.

"Seperkara yang membuatkan saya tidak boleh melupakan arwah adalah air tangannya yang cukup istimewa terutama kuah lodeh. Itu sudah semestinya santapan wajib saya setiap kali pagi raya.

"Kerana itulah, Syawal meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat saya. Selepas arwah pergi, semuanya sudah tidak sama lagi. Semangat untuk menyambut Hari Raya itu seolah-olah turut dibawa pergi oleh arwah," ujar Jee atau nama sebenarnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff ini dalam nada perlahan.

Begitu juga dengan kemeriahan Syawal itu sendiri yang pada hematnya, seolah-olah tidak lagi dirasai kini jika hendak dibandingkan sewaktu zaman bujangnya ketika di kampung halamannya di Johor.

Bagi Jee, nostalgia Syawal pada ketika itu adalah antara yang terindah dan ia akan menjadi kenangan yang akan terus terpahat dalam kotak ingatannya.

Lalu, apabila sesekali bicaranya disulami tawa kecil kerana teringatkan nostalgia indah itu, sudah cukup untuk merumuskan bahawa ia telah meninggalkan kesan yang bukan sedikit untuk Jee.

"Saya memang seorang yang sangat tradisional apabila menyambut Aidilfitri dalam pelbagai aspek. Memang cukup seronok apabila kita dapat mengacau dodol dalam kawah yang besar. Begitu juga dengan penyediaan rendang di luar rumah yang mengundang kemeriahan luar biasa.

"Ibu saya, Ngaisah Ahmad bersama kaum ibu yang lain akan sibuk memasak dan kemudiannya membahagikan dengan jiran tetangga.

"Budak-budak pula akan bermain bunga api dan mercun dengan penuh keriangan di samping memasang pelita di keliling kampung.

"Disebabkan itu, kalau beraya di kampung ketika itu, saya akan menyambutnya dengan penuh semangat. Segala momen indah itu tidak dapat lagi dimiliki oleh generasi baru lebih-lebih lagi untuk mereka yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur," ujar wanita berusia 40 tahun ini sambil mengukir senyuman manis mengimbau kenangan tersebut.

Bercerita lanjut tentang persiapan raya tahun ini pula, ibu kepada dua orang cahaya mata, Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11, itu lebih selesa untuk bersederhana.

Seperti mana tahun-tahun sebelum ini, dia akan menyediakan kelengkapan untuk ibu dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum menyiapkan untuk dirinya.

Apatah lagi, dia dan bekas suaminya, Johan Indot tidak mempunyai sebarang masalah dalam hak penjagaan anak-anak lalu membuatkan mereka senang untuk bertolak-ansur dalam penyediaan kelengkapan anak-anak.

"Kalau kuih raya, saya lebih selesa membelinya manakala juadah wajib seperti rendang, ketupat, lontong dan sayur lodeh, ibu saya akan menyediakannya.

"Buat masa ini, saya sendiri sukar untuk memberikan jawapan di manakah saya akan menyambut raya tahun ini. Sama ada saya akan pulang ke kampung atau ibu saya yang datang ke KL.

"Semuanya belum dapat dipastikan lagi. Selalunya keputusan akan saya lakukan dalam saat-saat akhir," kata penyanyi yang mula menempa kemasyhuran menerusi lagu Digamit Memori pada tahun 1988 ini lagi.

Sekadar mengusik Jee yang terkenal dengan kelembutannya ketika berbicara, tidakkah dia rindu untuk beraya dengan seorang lelaki bernama suami?

Sementelah sudah lebih empat tahun dia menjanda, pasti ramai yang mahu tahu apakah hati Jee sudah dimiliki oleh mana-mana lelaki.

Tidak melatah mahupun melenting, Jee yang sudah lebih 20 tahun menjadi penyanyi itu hanya mampu tersenyum sebelum memberikan jawapannya.

"Jujurnya, saya memang tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Saya selesa dengan kehidupan solo saya dan saya bahagia melaluinya dengan aktiviti harian. Lagipun dalam usia begini, soal jodoh bukan lagi satu keutamaan buat saya.

"Kebahagiaan saya kini adalah bersama dua orang anak lelaki saya yang semakin membesar. Untuk melihat perkembangan mereka di depan mata adalah proses yang cukup istimewa dan membanggakan saya sebagai seorang ibu," kata Jee yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali ini penuh terbuka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Cabaran baru Majlis Raja-Raja

Posted:

Cabaran baru Majlis Raja-Raja

Cabaran baru Majlis Raja-Raja

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia

MAJLIS Raja-Raja Melayu sewajarnya memberikan perhatian berat dan membincangkan tentang kebangkitan dakwah Kristian secara halus, bijak, berani, agresif dan provokatif yang telah terdedah di negara ini sejak akhir-akhir ini.

Pembongkaran perkara ini telah dipertahankan secara putar-belit dan tohmahan buruk kepada institusi agama Islam dan pihak berkuasa yang seumpamanya tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia telah dimanipulasikan sebagai serbuan terhadap gereja oleh sebuah akhbar walaupun berita mengenainya belum sah.

Matlamat mereka ialah untuk menghapuskan imej bahawa " Melayu Malaysia Satu Agama" atau Melayu Malaysia semestinya Islam dan mereka mahu Malaysia menjadi seperti Indonesia "Satu Bangsa bukan Satu Agama".

Orang Melayu di negara ini telah berkurun beragama Islam tanpa diganggu gugat oleh agama lain kecuali ajaran-ajaran sesat. Apa yang berlaku sekarang adalah suatu percubaan untuk menceroboh hak kebebasan beragama orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Bukanlah semua mazhab Kristian yang bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya ke atas orang Islam. Malah ada beberapa orang paderi Kristian sendiri yang melihat pendekatan untuk memurtadkan orang Islam itu sebagai bahaya kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Kerajaan Singapura juga pernah mengambil tindakan terhadap suatu gerakan Kristian yang agresif dan tidak disenangi oleh masyarakat Singapura bukan Islam dan sejak itu mereka telah pun menyepi.

Bagaimanapun apa yang berlaku sewajarnya menyedarkan semua pihak yang bertanggungjawab terhadap kesucian Islam dan pengembangan agama Islam di negara ini untuk menyiasat dan mempelajari taktik dan strategi bervisi dakwah Kristian terhadap bukan kristian dan melihat kelemahan diri dalam pendekatan dakwah kita yang lebih bersifat terus terang, secara langsung atau tidak secara penyamaran.

Yang lebih banyak tertonjol adalah cara kita menekankan kepada pengajaran Islam yang menyusahkan terutama dari segi berpakaian dan pergaulan berbanding pendekatan mereka yang mengambil kira keperluan semasa, menceriakan kehidupan dan praktikal yang lebih mudah untuk menarik kanak-kanak dan golongan remaja.

Khabarnya, gerakan mazhab Kristian tertentu di negara ini sekarang mempunyai tabung yang sangat besar dengan bantuan beberapa orang profesional yang berjaya, jutawan-jutawan terkemuka dan sebuah media Inggeris yang popular. Tetapi ini bukanlah merupakan suatu masalah kepada kita yang telah pun mempunyai simpanan wang zakat beratus juta ringgit untuk disalurkan bagi merangka dan membina usaha pengembangan agama Islam secara profesional.

Masalah yang kita hadapi bukan wang tetapi pengetahuan untuk menggunakan wang bagi menyampai dakwah secara berkesan selari dengan pemodenan dan peningkatan pengetahuan.

Bagi tujuan ini, perubahan besar mesti dilakukan terlebih dahulu terhadap seluruh pentadbiran agama Islam di negara ini untuk memberikan imej dinamik dan progresif supaya dihormati oleh orang Islam sendiri dan juga bukan Islam.

Masalah yang dihadapi adalah kelemahan Jabatan-jabatan Agama Islam atau Majlis-majlis Agama Islam negeri di seluruh negara yang pentadbirannya tidak mencapai taraf profesional. Pentadbiran kebanyakan jabatan ini boleh menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap Islam sebagai agama yang berdisiplin, amanah, bertimbang rasa dan prihatin dan lain-lain sifat terpuji.

Majlis Raja-Raja Melayu harus melihat dan mengkaji dengan serius tentang banyak aspek yang menyebabkan pejabat-pejabat agama ketinggalan dari segi kualiti pentadbiran sedangkan perubahan telah berlaku di kebanyakan jabatan kerajaan lain.

Kelesuan dalam pentadbiran agama di negara ini jika dibiarkan akan melibatkan imej agama Islam dan Islam dilihat sebagai agama yang ketinggalan. Imej ini akan menggugat akidah umat Islam sendiri terutama generasi muda yang pantas membuat perbandingan dengan pihak lain yang dapat menunjukkan kecekapan dan daya profesionalisme.

Inilah yang berlaku dalam usaha pengembangan agama Kristian di negara ini sekarang di mana kita dapat melihat pendekatan dakwah agama Kristian secara dinamik dan progresif berbanding dengan pendekatan dakwah Islam secara jumud, tidak kreatif dan tidak prihatin terhadap kehendak semasa sesuatu kelompok atau sasaran.

Keadaan ini perlu diatasi segera oleh Majlis Raja-Raja Melayu oleh kerana persekitaran yang berbeza telah memberikan cabaran baru kepada umat Islam yang sekiranya tidak disaingi dengan kepakaran dan kebijaksanaan pastinya akan mempengaruhi orang Islam.

Akidah tidak boleh dikawal atau dipaksakan dengan undang-undang tetapi dengan pendekatan yang menunjukkan nilai-nilai Islam yang berfaedah yang akan menanamkan akidah dan keimanan ke dalam jiwa dan pemikiran manusia.

Oleh kerana isu ini adalah suatu perkara yang memerlukan kajian mendalam dan meluas maka sebuah badan haruslah dibentuk yang diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja sendiri untuk secara jujur mengenali kelemahan yang wujud dalam pentadbiran agama di seluruh negara dengan matlamat untuk meyakinkan orang Islam terhadap keupayaan Islam dan bagi mengatur penggunaan wang zakat ke arah pembangunan dakwah.

Kita seharusnya dapat melihat perancangan bervisi dan strategi pengembangan agama Kristian yang dijalankan secara samaran, tidak menonjolkan pendekatan keagamaan tetapi berselindung di sebalik kerja sosial, bantuan perubatan, kerja kebajikan, kelas tuisyen percuma, pendidikan muzik dan sebagainya.

Sesungguhnya dengan wang zakat yang beratus juta ringgit tersimpan beku, tidak ada masalah untuk membiayai sebuah pusat " Pengembangan Agama" untuk melatih dan melahirkan pendakwah-pendakwah yang berwibawa, bersifat universal, bervisi, berdiplomasi, berhemah dan berstrategi yang berupaya untuk menanam dinamisme Islam kepada jiwa orang Islam dan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ini yang harus difikirkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu dengan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap beberapa orang Islam di Gereja Methodist Damansara Utama dan terhadap anak-anak Islam di Jalan Kucai Lama yang bertabirkan pertemuan komuniti, berbuka puasa, kelas tuisyen, kelas muzik, perkelahan dan lawatan sambil belajar.

Kebenaran atau kejahilan

Posted:

Kebenaran atau kejahilan

Kebenaran atau kejahilan

PADA hujung minggu lalu, saya menerima pesanan melalui rakan saya, Kori bahawa seorang rakan lama yang mengikuti siri tulisan saya di Utusan Malaysia mencadangkan supaya menulis mengenai tradisi ilmu Islam bagi menentukan ketepatan sesuatu maklumat yang sekufu dengan kaedah saintifik moden.

Rakan yang saya maksudkan ialah Wahab Jusoh, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sekarang diletakkan di Jabatan Perkhidmatan Awam setelah ditukar serta-merta dari sebuah jabatan lain.

Saya kenali Wahab sebagai pegawai PTD yang sangat berdedikasi, jujur, setia kepada pemerintah dan tahap kesedaran tentang kesejahteraan negara adalah tinggi melampaui keghairahan rakan-rakan PTD lain yang saya pernah temui.

Ini diakui oleh bukan sahaja ketua-ketua beliau yang saya pernah berbual tetapi juga oleh rakan-rakan sebaya beliau. Demikian juga pengakuan mereka yang pernah bekerja di bawahnya. Jika beliau melalui Ujian Prestasi 360 Darjah yang saya pernah lalui di Universiti Harvard, saya yakin skor beliau akan lebih tinggi daripada skor saya.

Namun, Wahab seperti tidak dianugerahi pelbagai nikmat atas wibawanya itu dan pendakian kerjayanya seperti melalui jalan sukar. Mungkin nasib beliau sama dengan gagalnya kami semasa remaja mendaki puncak Tahan di Banjaran Titiwangsa tetapi dengan mudah menakluk puncak Kinabalu yang jauh lebih tinggi.

Demikianlah iktibar kehidupan yang perlu direnung: Bukan semua usaha mendapatkan yang rendah itu mudah dan semua yang tinggi itu pula susah. Suatu paradoks tentang kebenaran.

Panjang saya bercakap mengenai Wahab. Penting sangatkah beliau? Mungkin tidak penting kepada kebanyakan orang tetapi penting kepada saya dalam konteks isu yang beliau bawa dan kebolehpercayaan tubuh yang membawa isu itu.

Wahab bimbang dengan keadaan semasa segolongan rakyat Malaysia yang begitu mengambil ringan tentang kesahihan maklumat, rumusan dan kesudahannya membina pendirian tentang sesuatu kebenaran. Wahab risau adakah golongan itu mempunyai apa-apa kaedah dalam memastikan apa yang mereka percayai sebagai benar itu memang betul-betul benar? Atau, 'kebenaran' mereka itu hanyalah suatu elusi, delusi atau tahyul.

Tidakkah mereka takut nanti akan menjadi perosak, bukan pejuang kebaikan di muka bumi? Tidakkah mereka takut bahawa kebebasan abadi yang mereka perjuangkan itu rupa-rupanya suatu perjuangan menjerumuskan diri menjadi abdi kepada kuasa kezaliman yang jauh menyimpang dari pengabdian suci kepada Tuhan. Demikian fikiran Wahab yang saya dapat baca.

Golongan yang dimaksudkan oleh Wahab ini selalu pula menyeru bahawa kebenaran hanya boleh ditegakkan jika semua orang kembali kepada Quran dan Sunnah. Namun sangat sedikit yang rajin meneliti bagaimanakah tradisi ilmu mengumpul himpunan Sunnah itu sendiri.

Pemimpin mereka pula seperti dengan sengaja tidak mendorong ahli yang dipimpin mempelajari dan menyemak bagaimana cara mencari kebenaran. Mungkin mereka pun tidak pernah mendengar bagaimana hadis Bukhari dikumpul selama 16 tahun oleh seorang manusia dengan menapis kira-kira 600,000 riwayat, yang kesudahannya hanya tinggal kira-kira 2,600 riwayat sahaja.

Demikianlah rapinya tradisi mencari kebenaran hadis walaupun yang diriwayatkan itu berkaitan dengan perbuatan dan kata-kata seorang manusia yang maksum. Sudah tentu daripada 600,000 riwayat itu terdapat ribuan riwayat yang baik-baik mengenai Nabi tetapi ditolak.

Adakah tradisi ini dipegang oleh golongan ini, termasuk oleh ilmuwan mereka yang terdiri daripada ahli-ahli teologi dan saintis? Atau, adakah mereka hanya fasih menyebut prinsip dan metodologi teologi dan sains di makmal atau semasa menghadap kitab, sebaliknya apabila berada di jalan raya atau di pasar mereka menjadi bomoh yang terikat dengan tradisi pasaran perbomohan dan perdukunan yang berminat dengan cerita hantu dan tahyul bagi mengikat pelanggan-pelanggan.

Sains menekankan tentang pentingnya metodologi yang tepat dan boleh dipercayai bagi memastikan sesuatu rumusan, kesimpulan dan dapatan itu diterima sebagai betul dan benar. Sama ada kaedah kualitatif atau kuantitatif dalam sains, kedua-duanya meletakkan kepentingan bukti sesuatu penemuan itu melalui proses yang rigor, tepat dan boleh dipercayai. Juga, ada prinsip-prinsip yang ketat untuk menolak atau menerima sesuatu anggapan kebenaran.

Dalam hal ini, saya selalu bercakap mengenai ketepatan ukuran statistik di dalam sains yang kadangkala gagal dilihat dalam sesuatu konteks. Seorang penyelidik sains sosial misalnya sudah cukup berpuas hati jika darjah kemungkinan salah (degree of error) berada pada tahap hanya lima peratus. Maksudnya dalam 100 kejadian, 95 daripadanya adalah benar seperti diramal.

Namun, saya kerap menyoal, jika di KLIA itu degree of error yang dipakai ialah 95 peratus tepat, saya pasti tidak akan ada sesiapa lagi yang berani berangkat terbang dari lapangan terbang itu. Maksud saya, dalam 100 keberangkatan terbang, lima kapal terbang akan kebarangkalian jatuh. Demikian pentingnya kebenaran dan ketepatan tafsiran statistik dilihat dalam konteks walaupun angka-angka yang dikemukakan seperti amat meyakinkan.

Tradisi mencari kebenaran dalam dunia Islam biasanya merujuk tradisi pengumpulan hadis kerana ia dikumpul oleh manusia biasa sedangkan al-Quran itu pula disampaikan oleh manusia yang maksum. Prinsipnya menyamai atau melebihi daripada tradisi sains yang saya ketengahkan secara ringkas sebentar tadi.

Pengumpulan hadis Bukhari, misalnya dikatakan mempunyai sifat 'al-jamil' kerana himpunan itu meliputi pelbagai perkara atau mengikut bahasa ilmu sekarang dipanggil sebagai komprehensif. Dalam konteks ini kita perhatikan bagaimana ahli ilmu di Malaysia sanggup bertegang urat, bahkan ada kalanya menjulang lengan ke udara, untuk menegakkan pendapat yang dianggapnya benar.

Pada hal, kebenaran yang dimilikinya itu sangat terhad kepada disiplin kecil ilmu yang dikuasainya, bukan kebenaran memenuhi ciri ilmu komprehensif. Dia pula dengan berani memetik cebisan hadis atau ayat-ayat Quran yang dipilih-pilih bagi memenangkan hujahnya.

Jika tradisi sains menekankan tentang ketepatan atau validity, tradisi hadis juga ada istilah yang dipanggil 'sahih'. Menentukan 'sahih' dalam tradisi hadis bermaksud bahawa sesuatu riwayat itu telah melalui tapisan yang sangat ketat dari segi dokumen, periwayat, konteks riwayat itu dicatat atau didengar dan pelbagai lagi.

Dalam kaedah kualitatif sains sosial kesahihan dilakukan dengan kaedah seperti analisis kandungan, analisis dokumen, pengesanan tarikh, saksi-saksi kejadian dan triangulasi atau proses saling melengkapi antara dapatan dengan menggunakan pelbagai sumber dan kaedah pengumpulan dan analisis data bagi memastikan sesuatu itu benar-benar sahih.

Tepat semata-mata masih belum mencukupi di dalam tradisi hadis, sebaliknya riwayat itu ditapis lagi dengan apa yang dipanggil sebagai 'al-musnad'. Di dalam sains istilah itu boleh disamakan dengan ukuran reliability. 'Al-musnad' melengkapkan ketepatan sesuatu riwayat dengan memastikan susur galur riwayat itu benar-benar rantaiannya sampai kepada Nabi. Jika putus, maka riwayat itu ditolak. Selepas dipastikan rantaian itu sampai kepada Nabi, disemak pula peribadi periwayat.

Jika periwayat itu biasa bercakap bohong dan kerap meninggalkan tanggungjawabnya kepada Tuhan, maka riwayat itu ditolak. Demikian ketatnya mencari kebenaran di dalam tradisi ilmu Islam, sedangkan dalam dunia sains sosial peribadi setiap responden daripada sesuatu sampel yang dipilih daripada sesuatu populasi yang besar tidaklah disemak sebegitu rapi dari satu individu ke satu individu.

Jika ada pun kaedah statistik untuk mengesan 'pembohongan,' ukuran itu hanya dibuat setakat mengukur kemungkinan pembohongan berdasarkan 'respons' pada suatu ketika dan pada lokasi itu sahaja. Statistik sains sosial biasanya tidak melakukan penyiasatan terperinci mengenai peribadi seseorang responden dalam konteks keseluruhan sejarah kehidupannya.

Demikianlah kebimbangan seorang bernama Wahab terhadap masa depan negara yang dicintainya. Dia bimbang melihat rakyat Malaysia yang mendabik dada hendak menegakkan kebenaran di tanah tumpah darahnya tetapi hanya merujuk sumber peperangan blog atau laman-laman sosial yang tidak mengetengahkan bagaimana sesuatu pendirian itu dibina.

Wahab tidak pernah takut dengan perubahan sebaliknya dia bimbang perubahan dibawa tidak ditegakkan di atas lantai kukuh dan dengan itu panji-panji kebenaran yang akan ditegakkan akan mudah rebah. Setelah rebah, panji-panji lain dicari lagi dalam kegelapan yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sambil terkenangkan nasib kerjaya Wahab, teringat saya dan beliau dulu selalu berbincang untuk memahami maksud Wawasan 2020 Dr. Mahathir Mohamad yang menyebutkan, antara lain, 'Malaysia hendaklah melahirkan masyarakat saintifik' dan 'maju dengan acuan sendiri'.

Apakah masyarakat saintifik memadai jika ditafsir sebagai melahirkan sebanyak mungkin graduan dalam bidang sains dan bolehkah Malaysia maju dengan acuan sendiri yang ditegakkan di luar konteksnya melalui tafsiran kebenaran dan kebebasan yang diimport? Atau, dia lebih dari itu.

Adakah nasib Wahab ditentukan oleh proses saintifik atau oleh kebenaran mengikut tradisi ilmu dan dalam konteksnya? Biarlah begitu kerana Wahab tidak penting.

TAN SRI DR. NORDIN KARDI

Penyandang Kursi Za'ba,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berbuka puasa dengan chef

Posted:

Berbuka puasa dengan chef

Berbuka puasa dengan chef

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SAFRIZAL AZMI


Chef Jaafar Onn bersama sajian yang disediakan di Hotel Grand Dorsett.


TENTU sekali berbuka puasa sambil mendengar celoteh chef selebriti Jaafar Onn adalah sesuatu yang jarang berlaku dalam kehidupan anda. Jadi untuk merasai pengalaman tersebut, apa kata anda sekeluarga berbuka puasa di Checkers Cafe yang terletak di Hotel Grand Dorsett, Kuala Lumpur.

Siapa tidak kenal dengan Jaafar Onn yang petah berceloteh dengan lawak jenakanya yang spontan dan menghiburkan. Jaafar Onn juga tidak berseorangan dan akan ditemani oleh sahabatnya yang juga seorang penyanyi, Haiza untuk menceriakan lagi suasana berbuka anda.

Dalam promosi Ramadan yang dinamakan Cita Rasa Selera, anda akan menikmati bukan sahaja celoteh riang malah kesedapan masakan dari hasil tangan selebriti itu sendiri. Antara masakan yang bakal dihidangkan oleh Jaafar Onn ialah Nasi Lebaran, Ayam Mak Dara, Daging Masak Muara dan Nasi Seri Tanjung.

Jangan kata anda tidak kecur liur dengan hidangan istimewa Chef Jaafar Onn yang memang pakar dalam dunia masakan sejak dahulu lagi.

Cita Rasa Selera ini akan bermula pada 1 Ogos ini yang akan menghidangkan makanan bercirikan Malaysia termasuklah hidangan yang sudah jarang dapat dinikmati masyarakat moden masa ini.

Antara menu yang istimewa itu ialah burung puyuh goreng berkunyit, serunding ayam, paru goreng berlada, kerabu nangka muda, kerabu daun silom, kacang botol dan kacang panjang.

Tak termasuk lagi tempe goreng berempah dan pais udang.

Bukan itu sahaja, aneka sambal juga tersedia untuk menambah selera anda.

Perancangan anda untuk berbuka di Dorsett bukan sia-sia kerana anda akan mendapat lebih dari apa yang anda jangkakan. Aneka mi berkuah, lauk-pauk malah pencuci mulut yang pasti membuatkan anda puas hati terhidang di depan anda.

Semua itu boleh dinikmati dengan bayaran RM75++ seorang.

Cepat buat tempahan tempat untuk satu kenangan manis anda di bulan Ramadan ini. Sila hubungi, 03-27161000 sambungan 188.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Surau diancam hakisan

Posted:

Surau diancam hakisan

Surau diancam hakisan

Oleh ROSLAH OTHMAN kota@utusan.com.my


KEADAAN hakisan yang semakin teruk di surau Hidayatul Mustaqim, Bandar Baru Selayang memerlukan tindakan segera.


SELAYANG 22 Ogos - Hakisan yang membawa kepada keretakan dan runtuhan pada kaki lima dan longkang surau Hidayatul Mustaqim, Bandar Baru Selayang semakin membimbangkan.

Masalah yang sudah dikesan sejak hampir setahun lalu itu bagaikan sudah tidak dapat dibendung lagi apabila runtuhan baru berlaku awal minggu ini dan hampir merosakkan bangunan surau terlibat.

Pengerusi surau berkenaan, Azizan Mohd. Ali, 54, berkata, masalah itu telah pun dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi membolehkan tindakan sewajarnya dilakukan, namun pihak terbabit dilihat tidak menganggap masalah itu sebagai serius.

"Daripada tiga aduan yang dibuat, hanya sekali MPS datang membuat lawatan iaitu ketika aduan kali pertama dilakukan pada penghujung tahun lalu.

"Namun, tiada sebarang tindakan dilakukan walaupun dua lagi aduan dibuat oleh pihak kami sehinggalah tembok longkang itu runtuh lagi awal minggu ini," katanya ketika ditemui semasa sesi lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Templer, Datuk Subahan Kamal ke lokasi terlibat baru-baru ini.

Turut hadir pada sesi lawatan yang bertujuan membincangkan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan ialah Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS, Othman Idris, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Gombak, Mohd. Fuad Buang serta wakil Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (JPNS).

Kata Azizan, memandangkan surau itu sentiasa dikunjungi jemaah dan solat Jumaat turut diadakan di situ, penyelesaian segera kepada masalah itu perlu dicari bagi mengelak sebarang masalah yang lebih besar.

Sehubungan itu, beliau mewakili para jemaah surau itu merayu pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Sementara itu, Subahan berkata, walaupun perkara itu di bawah tanggungjawab MPS, namun pihaknya dan agensi kerajaan yang lain tetap memainkan peranan demi keselamatan para jemaah.

"Permohonan sudah saya ajukan kepada JPNS dan difahamkan, peruntukan akan diberikan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja baik pulih ini manakala JPS berjanji menyumbangkan RM20,000 di bawah bantuan kecemasan.

"Namun, jumlah itu masih tidak mencukupi bagi menyempurnakan kerja-kerja baik pulih yang dianggarkan mencecah RM300,000," ujarnya.

Sementara itu, Othman berkata, pihak MPS hanya dapat melakukan kerja-kerja pemulihan sementara dengan membersihkan kawasan terlibat.

Katanya, selain kos, faktor masa adalah antara sebab utama pihaknya tidak dapat menyegerakan kerja-kerja baik pulih dalam waktu terdekat.

10 rumah dihias indah

Posted:

10 rumah dihias indah

10 rumah dihias indah

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Hari Raya Aidilfitri tahun ini tentunya memberi makna berbeza kepada 10 buah keluarga di kawasan Wangsa Maju di sini yang menerima sumbangan di bawah Program Pengindahan Aidilfitri, baru-baru ini.

Menerusi program itu, kediaman mereka dihiasi dengan pelbagai hiasan rumah seperti langsir, tikar getah, sarung kusyen, permaidani dan lain-lain yang keseluruhannya bernilai RM1,000.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sumbangan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) itu diharap memberi keselesaan kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Program sumbangan yang diadakan ini turut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak kementerian dan warga kota terutamanya golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi dan bergotong-royong memasang kelengkapan rumah di beberapa rumah yang menerima sumbangan Pengindahan Aidilfitri itu di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, beliau turut bersahur dan menunaikan solat subuh bersama penduduk-penduduk sekitar di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Wangsa Maju di sini.

Pada program sahur tersebut, Raja Nong Chik turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bekalan makanan kepada 300 penerima.

Naik taraf punca jalan sesak

Posted:

Naik taraf punca jalan sesak

Naik taraf punca jalan sesak

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kesesakan lalu lintas yang berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur bukan berpunca daripada kegagalan polis mengawal trafik, sebaliknya akibat kerja-kerja menaik taraf jalan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menggunakan sepenuhnya anggota yang ada untuk memastikan kelancaran lalu lintas.

"Polis telah menggunakan keseluruhan anggota trafik di bulan puasa untuk memastikan lalu lintas lancar tetapi kerja menaik taraf jalan di beberapa lokasi yang menyebabkan kesesakan.

"Orang awam yang terperangkap dalam kesesakan yang lama sepatutnya memberi maklumat berkenaan kepada polis trafik supaya kita dapat memantau," katanya selepas mengadakan program bertemu penduduk di bazar Ramadan Jalan Kuching di sini petang ini.

Beliau mengulas dakwaan pembaca Utusan Malaysia di ruangan Forum yang mendakwa kekurangan kawalan daripada anggota trafik di pusat bandar raya ketika bulan puasa.

Dalam perkembangan lain, Mohmad mengesahkan telah menerima pendaftaran orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman melalui Rakan Cop.

Bagaimanapun, katanya, masih ramai lagi yang didapati tidak mendaftar walaupun Hari Raya Aidilfitri semakin dekat.

"Polis tidak mahu, orang ramai yang meninggalkan rumah mereka dengan keadaan tidak terkawal kerana ia akan memberi peluang kepada penjenayah.

"Setiap penduduk di sekitar Kuala Lumpur perlu mendaftar sekiranya mereka pulang beraya di kampung masing-masing untuk keselamatan," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved