Isnin, 22 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Rumah orang tua perlu RM200,000

Posted:

Rumah orang tua perlu RM200,000

Rumah orang tua perlu RM200,000

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanpahang@utusan.com.my


Dev Singh Dhaliwal (dua dari kanan) menghulurkan bubur lambuk kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 21 Ogos – Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas di sini memerlukan lebih RM200,000 untuk membina bangunan baru serta menambah baik kemudahan asasnya berikutan bilangan penghuni yang semakin bertambah saban tahun.

Pengerusi pusat tersebut, Ir. Md. Sharipin Shahlan berkata, keperluan itu hampir mencapai tahap mendesak kerana tahun ini sahaja terdapat seramai 66 penghuni ditempatkan iaitu 43 lelaki dan 23 wanita berbanding 40 orang pada tahun lalu.

"Sehingga sekarang pusat ini hanya dibantu oleh pihak-pihak yang bermurah hati kerana ia bukan milik kerajaan sebaliknya persendirian.

"Sebuah blok baru yang mampu menempatkan 10 penghuni dengan kos RM30,000 kini hampir siap dibina tetapi pertambahan blok itu masih lagi belum mencukupi," katanya pada majlis serah beras dan bubur lambuk oleh kakitangan M. Suite Hotel di pusat itu di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, Pengurus Besar hotel berkenaan, Dev Singh Dhaliwal; Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporatnya, Siti Radiah Aaini serta kakitangannya turut melawat dan bermesra dengan penghuni-penghuni di situ.

Sementara itu, Dev Singh berkata, sumbangan tersebut adalah sebagai satu tanggungjawab sosial mereka yang diberi secara tahunan bagi golongan kurang bernasib baik dan masalah pusat jagaan tersebut akan dipanjangkan kepada pihak atas supaya sebarang bentuk bantuan dapat diusahakan.

200 fakir miskin terima bantuan raya

Posted:

200 fakir miskin terima bantuan raya

200 fakir miskin terima bantuan raya


Adam Sumiru (tengah, bersongkok) bersama penerima pada majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan orang kurang berkemampuan di Masjid Jamek, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 21 Ogos - Seramai 200 fakir miskin dan golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan wang tunai dan bahan keperluan asas daripada Jawatankuasa Kebajikan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, di sini hari ini.

Timbalan Pengerusinya, Kamdi Kamil berkata, majlis penyampaian bantuan itu merupakan program tahunan anjuran masjid berkenaan dan ia bertujuan membantu mereka yang kurang mampu untuk menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang lebih baik.

Beliau berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah hasil sumbangan orang ramai dan wang tunai yang diberikan itu adalah agihan wang zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

"Bagi golongan fakir, setiap ketua keluarga menerima wang tunai RM300 dan RM100 untuk tanggungan manakala RM120 diberikan kepada ketua keluarga daripada asnaf miskin dan RM40 bagi setiap tanggungan.

"Selain bahan keperluan asas dan wang tunai, mereka juga turut menerima beras fidyah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di sini, hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved