Ahad, 17 November 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Menjana kecemerlangan sekolah

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama antara ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru-guru di sekolah.

Ibu bapa tidak seharusnya menganggap bahawa pendidikan hanya berlaku di sekolah semata-mata tanpa penglibatan ibu bapa di rumah.

Harus juga diingatkan bahawa pendidikan anak-anak bermula sejak di dalam kandungan ibu lagi dan bukannya bermula pada hari pertama anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah sama ada memasuki tadika, tabika ataupun prasekolah.

Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerjaya atau membuat kerja tambahan sehingga menjejaskan pendidikan anak-anak.

Paling utama, usah serahkan bulat-bulat anak-anak kepada pembantu rumah atau orang gaji untuk menjaga mereka.

Sekiranya tidak dikawal dan dipantau dengan teliti, dikhuatiri anak-anak akan mengikut acuan yang diberikan oleh pembantu rumah tersebut. Anak-anak amat memerlukan kasih-sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.

Apabila anak-anak tidak mendapat kasih-sayang sepatutnya maka akan berlaku vakum kasih-sayang dan kekosongan tersebut akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti ketagihan Internet, merokok, merempit, melepak di tempat awam, penyalahgunaan dadah, dan pelbagai salah laku lain.

Tingkah laku sedemikian perlu segera ditangani oleh ibu bapa kerana sekiranya dibiarkan akan menjejaskan prestasi pelajaran mereka di sekolah.

Walau bagaimanapun, sekiranya anak-anak yang dihantar ke sekolah mempunyai kasih sayang yang secukupnya diberikan oleh ibu bapa, sudah pasti guru-guru dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.

Guru-guru tidak pening kepala untuk menyelesaikan masalah disiplin para pelajar justeru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.

Kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah wajar dibalas oleh warga guru dengan memberikan ilmu pengetahuan secukupnya bagi membentuk generasi masa depan yang cemerlang.

Ibu bapa pula perlu mempunyai kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada pihak guru. Sebarang konflik dan prasangka yang wujud perlu segera ditangani dengan bantuan PIBG.

Komunikasi dan dialog permuafakatan perlu diadakan segera apabila berlaku sebarang konflik kerana sekiranya dibiarkan akan menyebabkan prestasi sekolah berkenaan akan menurun.

Pada masa yang sama, sebarang konflik tidak perlu digembar-gemburkan di media massa yang secara tidak langsung akan menjatuhkan imej guru.

Permuafakatan, penglibatan dan saling mempercayai antara ibu bapa, guru dan PIBG adalah sangat penting dalam proses pendidikan.

Kesedaran ibu bapa tentang kesukaran para guru mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek akan mewujudkan suasana harmoni.

Para guru akan melihat pelajar sebagai anak sendiri yang perlu ditatang sepenuhnya di samping akan mengenakan sedikit denda mengikut peraturan yang ditetapkan jika mereka melakukan kesalahan.

Namun, ibu bapa di rumah jangan cepat naik angin sekiranya anak-anak mereka didenda. Sesungguhnya jika persefahaman terjalin antara ibu bapa, guru dan PIBG, pasti kecemerlangan sekolah akan tercapai.

* ABD MANAF MAT

SK Senderut (IHEOA)

Kuala Lipis, Pahang

Teknik mudah, seronok kuasai bahasa Inggeris

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (kanan) bersama kanak-kanak Tadika Kemas Baiduri selepas perasmian program English For You di Kuala Lumpur baru-baru ini.

DALAM usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada usia muda, UMNO Cawangan Jalan Baiduri, Cheras dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan program 'English For You' khusus untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 7 tahun.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai teknik mempelajari bahasa Inggeris dengan cara yang mudah, seronok dan tidak membosankan.

"Inisiatif ini dilaksanakan untuk menyahut seruan kerajaan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan semua rakyat Malaysia menguasai kemahiran dwi bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris," katanya ketika berucap merasmikan program sehari itu di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program yang disertai 150 kanak-kanak itu padat dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada teknik-teknik menguasai bahasa Inggeris antaranya termasuklah permainan jigsaw puzzle, persembahan nyanyian dan membina struktur melalui arahan.

Untuk menilai keberkesanan program ini, pihak penganjur akan membuat tindakan susulan dengan memilih 40 orang kanak-kanak yang bakal dikumpulkan setiap dua bulan mulai Januari hingga Disember tahun hadapan.

Hal ini kerana, kata Syed Ali, bagi melihat perkembangan kanak-kanak terbabit di samping memberi motivasi agar mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

"Ibu bapa juga akan diberi motivasi tentang kaedah dan amalan harian di rumah untuk merangsang minat anak-anak mempelajari bahasa Inggeris," tuturnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Golf GTI Mk7 mengkagumkan

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

Ciri-ciri rekaan VW masih diterapkan dalam kenderaan yang menjadi idaman ramai ini.

GARISAN merah yang merentasi jeriji hadapan terputus di tengah oleh logo bulat dengan huruf VW sudah cukup memberikan keghairahan kepada peminat kereta sport kompak apabila melihat kenderaan ini.

Kereta yang dimaksudkan adalah Golf GTI Mk7 yang baru sahaja menjengah pasaran tempatan dengan rekaan lebih lebar, panjang dan rendah dari model standard.

Perubahan rekaan luar sangat mudah dikesan apabila memandang model ini dan tidak perlu diceritakan terlalu panjang. Yang utama adalah garisan merah telah dipanjangkan sehingga ke hujung lampu hadapan berbanding hanya pada jeriji sebelum ini.

Tidak puas jika tidak bercerita tentang enjinnya, kerana telah ditingkatkan sebanyak 10PS kepada 220PS pada 4,500 hingga 6,200 rpm dan kuasa kilasan maksimum ditingkatkan kepada 280Nm pada 1,500 hingga 4,400 rpm berbanding model sebelum ini.

Gabungan dua penambahbaikan dan pengurangan berat kereta sebanyak 42 kilogram, Golf GTI mampu memecut sehingga 244 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 6.5 saat, 0.4 saat lebih baik dari model Mk6.

Kepantasan memecut kereta baharu ini cukup memberi keyakinan semasa pemanduan agresif, selain dibantu respons stereng yang dipertingkat kepada lebih ringan dan kurang kadar pusingan ketika membelok.

Dari dalam kabin, bunyi ekzos berkembar yang dihasilkan masih seronok didengar ketika memecut walaupun masih dilaras mengikut piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pembeli kereta ini pasti membuat ubah suai untuk lebih kepuasan.

RUANG kabin yang selesa dan memudahkan pemandu.

Sepanjang tiga hari menguji kenderaan ini melalui corak pemanduan bandar dan lebuh raya, Golf GTI sangat selesa dipandu dengan ruang kabin yang agak senyap, sistem penyerap hentak yang tidak terlalu keras, kerusi 'bucket' yang selesa, ruang kaki penumpang belakang yang luas dan respons brek yang cukup lancar.

Secara keseluruhan prestasi pemanduan Golf GTI memang tidak ada cacat cela dan sebab itu model ini sentiasa dinantikan peminatnya.

Mengulas di luar sudut sport pula, Golf GTI ini menawarkan lima mod pemanduan yang boleh dilaraskan melalui skrin sesentuh LCD iaitu comfort/normal/sport/eco/personal dengan setiap mod, pergerakan gear dilaras secara automatik.

Sebagai contoh, apabila mod eco dipilih, pertukaran gear akan berlaku lebih pantas dengan mencapai gear terakhir pada kelajuan 80 km/j. Ini satu keseronokan tambahan kepada kereta sport kerana di Malaysia anda pasti berdepan dengan kesesakan jalan raya dan mod seperti ini pasti memanjangkan tempoh kekerapan mengisi semula minyak.

Turut dilengkapi dengan sistem henti enjin secara automatik ketika kereta berhenti dan hidup semula apabila pedal minyak ditekan.

Keunikan lain sistem eco Golf GTI adalah sistem eco tips bagi membantu pemandu mencapai pemanduan ekonomi. Sebagai contoh, apabila tingkap terbuka semasa memandu, eco tips akan terpapar pada bawah meter kelajuan supaya tingkap ditutup semula.

Pemanduan juga terasa sangat santai pada mod eco dan dibantu pula dengan panel rehat tangan di tengah yang membantu menambah keselesaan pemanduan.

Apabila mod sport dilaras semula, sedikit henjutan dapat dirasai apabila tambahan sebanyak 1,500 rpm berbanding mod eco. Kini Golf GTI sesuai untuk pelbagai corak pemanduan dan bukan hanya untuk kelajuan semata-mata.

Penulis juga sangat berpuas hati dengan mod pencahayaan kabin Golf GTI kerana menawarkan identiti sendiri dengan garisan lampu lED merah pada pintu hadapan dan bahagian 'door step'. Paling penting pemandu tidak 'buta' pada waktu malam untuk mengesan setiap butang kawalan kerana semuanya bercahaya.

Trak Quester kini di pasaran Malaysia

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

TAN Keng Meng (empat dari kiri) dan Joachim Rosenberg (dua dari kanan) bersama pengurusan kanan Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd., Tan Chong Holdings Berhad, Volvo Group Malaysia dan UD Trucks bergambar pada majlis pelancaran trak Quester di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Tan Chong Industrial Equipment Sdn. Bhd. (TCIE), telah memperkenalkan trak Quester untuk pasaran Malaysia.

Quester diimport menerusi pengeluar trak dari Jepun, UD Trucks Corporation.

Trak itu dicipta bagi menjalankan tugas berat yang baharu dan moden serta telah direka untuk memenuhi pelbagai fungsi dan aplikasi di dalam industri perlombongan, pembinaan, pengedaran dan pengangkutan jarak jauh.

Pengarah Eksekutif TCIE, Tan Keng Meng berkata, trak tersebut amat bersesuaian di pasaran Asia yang sedang pesat berkembang dan ia akan melangkah lebih jauh lagi.

Katanya, pelancaran itu melambangkan komitmen dan dedikasi UD Trucks untuk memperkukuhkan lagi kehadiran mereka dan bersaing di dalam pasaran di Malaysia.

"TCIE telah menjadi pembekal tunggal bagi UD Trucks di Malaysia selama lebih daripada 35 tahun dan produk serta jenama UD Trucks telah dikaitkan sebagai peneraju pasaran di Malaysia semenjak sekian lama.

"Kami mengalu-alukan pelancaran Quester yang baru ini di pasaran,'' katanya pada majlis pelancaran trak baharu itu di sini baru-baru ini.

Tambah Keng Meng, memandangkan trak terbaharu daripada UD Trucks ini menampilkan teknologi canggih yang telah dibangunkan khas untuk dunia pengangkutan berat, pihaknya yakin bahawa trak ini telah direka khusus untuk para pelanggan yang berada di dalam industri bertepatan.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Volvo dan Pengerusi UD Trucks, Joachim Rosenberg berkata, dengan Quester, UD Trucks kini memasuki era baru dengan memperkenalkan siri trak tambahan yang direka khas untuk pasaran yang sedang pesat berkembang.

Terkini, TCIE telah menjadikan UD Trucks sebagai salah satu jenama pengeluar yang menerajui pasaran di Malaysia.

"Sejumlah 42,000 kenderaan yang dikeluarkan oleh UD Trucks kini berada di jalan raya di Malaysia," ujarnya.

TCIE mempamerkan Quester di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) yang bermula 14 November lepas hingga 24 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. - ZIININE. AM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Safee kecewa kenyataan Zolkples

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Safee Sali

KUALA LUMPUR - Sudah cukup sudah. Pelbagai kritikan dan hentaman yang dilemparkan kepada Harimau Malaya kebelakangan ini membuatkan penyerangnya, Safee Sali sudah mula hilang sabar, terutama dengan pandangan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.

Baginya, dalam saat sekarang apa yang dipinta adalah sokongan daripada segi moral untuk menghidupkan cabaran di pusingan kelayakan Piala Asia 2015 dengan mengejutkan Qatar di Stadium Shah Alam, esok.

Bekas pemain Pelita Jaya dan Johor Darul Takzim itu mengakui, sebagai seorang pemimpin sukan, adalah satu pertimbangan yang kurang wajar apabila kalah sahaja, melemparkan pendapat negatif serta kata-kata yang boleh meruntuhkan semangat para pemain di kem Harimau Malaya.

Siapa yang hendak kalah. Kami tidak mahukan kekalahan dan saya rasa terkilan kerana apabila kami di tahap sekarang, semakin ramai hendak menjauhkan diri daripada kami dengan pandangan yang tidak berasas.

Sudah-sudahlah mahu kritik kami, apa yang penting buat kami pada masa sekarang adalah sokongan moral daripada semua pihak, bukannya pandangan yang menjatuhkan kami lagi.

Kami baru sahaja kalah dengan Bahrain dan sudah tentu moral dalam kalangan kami tidak begitu tinggi, perlawanan dengan Qatar ini cukup penting bagi kami meraih kemenangan.

Memang nasib kami memang begini, menang sahaja ramai yang datang sekeliling kami dengan memuji macam-macam tetapi bila kalah, semua pihak hendak menjauhkan diri, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Zolkples kelmarin berkata, kekalahan 1-0 Malaysia kepada Bahrain pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015, minggu lalu sudah diduga.

Katanya, beliau dari awal lagi tidak meletakkan harapan terlalu tinggi buat Harimau Malaya melakukan sesuatu tambahan beraksi di tempat lawan serta lawan seperti Bahrain.

Begitupun, Zolkples melihat masih ada perkembangan positif dalam skuad kebangsaan dengan nasib tidak bersama Harimau Malaya untuk menjaringkan gol, selain turut melakukan beberapa percubaan berbahaya.

Dalam masa yang sama Safee berharap seluruh rakya Malaysia agar tidak berputus harap dan meminta mereka semua terus memberikan sokongan padu semasa turun menentang Qatar, esok.

Hafizh raih kemenangan kedua di Sepanyol

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Hafizh Syahrin Abdullah

KUALA LUMPUR - Hafizh Syahrin Abdullah berjaya merealisasikan misi untuk sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara perlumbaan Moto2, Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) yang berlangsung di Litar Ricardo Tomo, Valencia, Sepanyol, semalam.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu meraih kemenangan keduanya selepas menang buat kali pertama di Litar Navarra, September lalu.

Dia menamatkan 19 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 31 minit 04.413 saat, menewaskan dua lagi pencabar, Alejandro Marinelarena di tempat kedua (31:04.801s), manakala pendahulu keseluruhan, Roman Ramos ketiga dengan catatan 31:05.055s.

Berada di petak pertama, Hafizh bermula agak perlahan apabila ketinggalan kepada Ramos sebelum kembali mendahului perlumbaan pada pusingan keempat.

Menuju ke penghujung perlumbaan, persaingan semakin sengit di antara ketiga-tiga pelumba apabila saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum Hafizh memintas Marinelarena pada selekoh terakhir dan muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

"Saya agak gementar ketika berada di petak mula kerana tidak mahu mengulangi kesilapan serupa ketika terjatuh sewaktu aksi wildcard MotoGP di sini, minggu lepas.

"Ketika mengekori di belakang, saya cuba membaca strategi yang digunakan oleh lawan kerana sedar saya mampu memenangi perlumbaan jika beraksi dengan tenang.

"Syukur kerana ia membuahkan hasil dan memberi kemenangan kedua saya tahun ini. Saya berterima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik," kata Hafizh.

Berbaki satu pusingan sahaja lagi, Hafizh kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan 135 mata, tujuh mata ketinggalan di belakang pelumba tempat kedua, Marinalera (142 mata). Ramos selesa di tangga teratas dengan 162 mata.

Pusingan terakhir akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 24 November ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Remaja dilapor hilang selepas memasuki Villa Nabila

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

JOHOR BAHRU 18 Nov. - Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya.

Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.

"Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila.

"Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada dia masuk dan hilang di dalamnya kita masih siasat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

Suspek tembak pegawai JAIP dalam negara

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

KUANTAN 17 Nov. - Suspek utama kes bunuh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, minggu lalu dipercayai masih lagi berada di dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, skop siasatan kes pembunuhan bukan sahaja membabitkan pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' tetapi turut melibatkan orang lain.

"Bukan sahaja pengikut 'Tuhan Harun' yang diminta memberi keterangan namun ada juga orang lain yang dipanggil untuk bantu siasatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengenai pengedaran lakaran wajah suspek utama kes itu, beliau berkata, pihaknya mempunyai beberapa perkembangan positif mengenainya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Amah diarah jalani pemeriksaan mental

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

WILFRIDA Soik (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU 17 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia, Wilfrida Soik, 23, yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lalu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru selama sebulan.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mahu mengetahui keadaan mental anak guamnya ketika kejadian.

Muhammad Shafee turut menyatakan akan membuktikan kepada mahkamah bahawa tertuduh berumur 17 tahun enam bulan ketika kejadian selain menjadi mangsa pemerdagangan manusia justeru dia tidak boleh dihukum mati.

Hakim Ahmad Zaidi kemudiannya menetapkan 29 Disember depan untuk penelitian laporan perubatan tertuduh serta pihak pembelaan mengemukakan segala permohonan untuk perbicaraan kes tersebut.

Tertuduh turut diwakili Tania Scivetti dan Raffizi Zainal Abidin dalam barisan pembelaan manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Soik, seorang wanita Kristian yang berasal dari Kampung Kolo Ulun, Daerah Belu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia didakwa membunuh warga emas, Seok Pen, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Kisah mengenai Soik mendapat liputan meluas media Indonesia kerana tertuduh didakwa menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh pihak tidak bertanggungjawab yang turut memalsukan dokumen tertuduh bagi membolehkan dia bekerja di Malaysia.

Akhbar Jakarta Post baru-baru ini melaporkan kenyataan daripada gereja Katolik bahawa tertuduh sebenarnya berumur 17 tahun ketika kejadian tetapi telah diubah oleh pihak tidak bertanggungjawab menjadi 21 tahun ketika dibawa masuk ke Malaysia.

Menurut laporan tersebut, sebuah gereja di tempat tertuduh dilahirkan mempunyai rekod kelahirannya iaitu bertarikh 12 Oktober 1993 bukannya 8 Jun 1989 seperti yang terdapat pada pasport tertuduh.

Dalam perbicaraan 30 September lalu, Muhammad Shafee turut mendapat kebenaran mahkamah bagi menghantar tertuduh ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menjalani ujian tulang yang akan menentukan umur sebenarnya.

Turut hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah adalah calon Presiden Indonesia pada Pilihan Raya Presiden 2014, Prabowo Subianto; Duta Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno serta wartawan akhbar dan televisyen dari Indonesia.

Bunuh majikan: Wilfrida diperintah jalani pemeriksaan mental

Posted: 16 Nov 2013 10:58 PM PST

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 17 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pembantu rumah warga Indonesia, Wilfrida Soik, 23, yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lalu menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mahu mengetahui keadaan mental anak guamnya ketika kejadian.

Muhammad Shafee turut menyatakan akan membuktikan kepada mahkamah bahawa tertuduh berumur 17 tahun enam bulan ketika kejadian selain menjadi mangsa pemerdagangan manusia justeru dia tidak boleh dihukum mati.

Hakim Ahmad Zaidi menetapkan 29 Disember depan untuk penelitian laporan perubatan tertuduh serta pihak pembelaan mengemukakan segala permohonan untuk perbicaraan kes tersebut.

Wilfrida berasal dari Kampung Kolo Ulun, Daerah Belu, Nusa Tenggara Timur, Indonesia didakwa membunuh warga emas, Seok Pen, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM26 juta untuk hadapi banjir

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 17 Nov. - Sebanyak RM26 juta daripada RM40 juta yang diperuntukkan Kerajaan Pahang telah dibelanjakan bagi kerja-kerja penambahbaikan dan persediaan menghadapi banjir di negeri ini.

Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail berkata, kerja tersebut telah dilaksanakan di kawasan pesisir pantai tiga daerah seperti Rompin, Pekan dan Kuantan bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di daerah terbabit.

Tambahnya, kerja-kerja mendalam Sungai Galing dan beberapa sungai lain di negeri ini telah dilakukan bagi mengelak tragedi berulang seperti mana berlaku pada tahun lalu.

"Langkah tersebut dijangka dapat mengurangkan 30 peratus masalah banjir di negeri ini.

"Kta juga menggunakan sistem siren amaran banjir bagi kawasan penempatan berhampiran sungai supaya mereka boleh bertindak awal jika air sungai terbabit naik melebihi paras bahaya," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat akan digerakkan lebih awal jika banjir berlaku di kawasan terbabit bagi memindahkan mangsa terbabit ke penempatan sementara yang telah disediakan.

"Tumpuan juga akan turut diberikan di kawasan pedalaman dan Pulau Tioman kerana kita sentiasa mengambil langkah keselamatan setiap kali tiba musim tengkujuh yang sering berlaku pada akhir setiap tahun," ujarnya.

Dalam pada itu beliau meminta penduduk supaya tidak bimbang dengan wabak kencing tikus pada musim tengkujuh ini kerana kes tersebut adalah kecil.

"Cuma saya ingin menasihatkan supaya berwaspada dengan penyakit taun dan malaria kerana sering dilaporkan berlaku apabila tiba musim banjir," ujarnya.

Isu tanah wakaf masjid ke mesyuarat Exco

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Shahaniza Shamsuddin (duduk, dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hasanin Ahmad ketika mengadakan lawatan ke rumah anak yatim Baitul Husna di Bukit Sekilau, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 17 Nov. - Isu pengosongan tanah wakaf masjid milik Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) membabitkan rumah kebajikan anak-anak yatim Baitul Husna Bukit Sekilau (BHBS) di Bukit Sekilau di sini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, pihaknya akan berusaha bagi memastikan kebajikan penghuni rumah tersebut terbela.

Menurutnya, beliau akan mengusulkan perkara itu dalam mesyuarat Exco nanti dan berharap menemui jalan penyelesaian.

"Perkara ini akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Saya berharap nasib penghuni rumah ini mendapat pembelaan," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah berkenaan di sini baru-baru ini.

Baru-baru ini, rumah tersebut dimaklumkan akan berpindah ke suatu lokasi yang masih belum ditentukan.

Setiausaha BHBS, Hasanin Ahmad berkata, pihaknya telah menerima sepucuk surat dari pihak Masjid Lama Bukit Sekilau yang memaklumkan bahawa kerja-kerja pembesaran masjid itu akan dibuat pada awal Januari tahun depan.

Shahaniza berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa masjid terbabit dan mereka akan mempertimbangkan untuk membenarkan semula rumah tersebut beroperasi selepas projek pembesaran masjid berkenaan selesai.

"Saya difahamkan dalam kawasan tanah wakaf ini masih terdapat ruang untuk didirikan sebuah bangunan bagi tujuan rumah kebajikan yang baharu tetapi perlu berbincang dengan bersama Muip untuk kelulusannya," ujarnya.

Hasanin ketika ditemui bersyukur apabila masalah tersebut mendapat perhatian pemimpin kerajaan negeri dan merasa terharu dengan sumbangan syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan pelbagai bantuan termasuk menyediakan tempat tinggal baharu kepada penghuni rumah kebajikan itu.

"Saya berharap masalah tempat tinggal penghuni terbabit dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan dibuka pada tahun depan dan memudahkan kami melakukan pelbagai urusan nanti," katanya.

MPK sokong belia adakan aktiviti berfaedah

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Zulkifli Yaacob (berdiri tiga dari kiri) beramah mesra dengan masyarakat India pada Majlis Deepavali MPK di Wisma Belia, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 17 Nov. - Golongan belia yang mempunyai program tertentu dan mempunyai tapak yang sesuai di daerah ini dalam mengadakan aktiviti sihat diminta mengusulkannya kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk tindakan selanjutnya.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, pihaknya sentiasa terbuka terhadap sebarang cadangan daripada golongan tersebut bagi menganjurkan aktiviti yang membawa faedah kepada mereka.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan itu mengalu-alukan cadangan dan idea golongan belia dan akan membantu jika terdapat lokasi yang sesuai bagi mengadakan aktiviti tersebut.

"Setakat ini, MPK hanya menerima beberapa cadangan seperti menggunakan tapak letak kereta di hadapan UTC (Pusat Transformasi Bandar) bagi kelab aksesori keretea dan tempat parkir bas di Pantai Cherating bagi tujuan sukan permotoran drift.

"Bagi kedua-dua cadangan tersebut, kita akan meluluskan tempat yang diminta bagi menjalankan aktiviti berkenaan kerana melihat mampu menjadi salah satu tarikan pelancong untuk datang ke daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Deepavali MPK di Wisma Belia di sini baru-baru ini.

Sebanyak 1,000 warga MPK hadir meraikan sambutan tersebut dan turut diadakan penyampaian hamper dan wang tunai kepada golongan fakir miskin, warga emas, pesakit kronik serta orang kurang upaya.

Menurutnya, MPK berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak pertubuhan belia yang ingin menganjurkan aktiviti seumpama itu bagi membendung gejala sosial di kalangan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk Naples berkumpul bantah tindakan mafia

Posted: 17 Nov 2013 09:14 AM PST

NAPLES, Itali 18 Nov. - Kira-kira 30,000 penduduk berkumpul mengadakan demonstrasi walaupun dalam keadaan hujan lebat, di sini semalam kerana membantah tindakan kumpulan mafia yang menghasilkan pencemaran udara.

Kesemua mereka melaungkan slogan Tidak kepada Camorra yang merujuk kepada mafia Neapolitan dan sebilangan mereka membawa gambar sanak keluarga yang dilaporkan meninggal dunia akibat kanser.

Penduduk tempatan menggelarkan zon antara Naples dan Caserta sebagai Tanah Terbakar atau Segitiga Kematian kerana menghasilkan bahan buangan toksik yang dihasilkan daripada bahan buangan. - AFP

Afghanistan: Pekerja hilang ditemui mati dipancung

Posted: 17 Nov 2013 09:12 AM PST

KABUL 18 Nov. - Enam mayat pekerja yang meninggal dunia dan dipercayai hilang dua hari lalu ditemukan dalam keadaan dipancung di selatan wilayah Kandahar, semalam.

Menurut jurucakap polis wilayah Kandahar, Zia Rahman, kesemua pekerja itu diculik sebelum di pancung oleh kumpulan militan Taliban.

Kesemua mereka merupakan pekerja di kawasan pembinaan di wilayah ini dan dalam perjalanan ke tempat lain di wilayah Zabul, dua hari lalu sebelum dipercayai hilang. Kesemua mereka akhirnya ditemukan dalam keadaan dipancung di daerah Shahr-e-Safa pagi semalam," ujarnya. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Faizul ditabal juara Akademi Fantasia 2013

Posted: 17 Nov 2013 08:03 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

FAIZUL muncul Juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir di Stadium Negara, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOOHD NOR

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Selepas bersaing sengit selama sembilan minggu, akhirnya Faizul, 28, dari Sabah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir rancangan realiti televisyen itu di Stadium Negara di sini malam tadi.

Faizul yang mengetepikan cabaran lima lagi peserta membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi Azhael, 25, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi manakala ketiga, Amira, 20, membawa pulang RM20,000.

Sementara itu, Indah, 26, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM10,000 dan Nabila, 21, kelima, mendapat wang tunai RM5,000 dan trofi. Seorang lagi peserta, Aishah, 19, sekadar di tempat keenam. - UTUSAN ONLINE

Faizul ditabal juara Akademi Fantasia 2013

Posted: 17 Nov 2013 07:51 AM PST

Oleh GARRET DAWUM

FAIZUL muncul Juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir di Stadium Negara, Kuala Lumpur malam ini. - UTUSAN/MOHD NAJIB MOOHD NOR

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Selepas bersaing sengit selama sembilan minggu, akhirnya Faizul, 28, dari Sabah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 2013 pada konsert akhir rancangan realiti televisyen itu di Stadium Negara di sini malam ini.

Faizul yang mengetepikan cabaran lima lagi peserta membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi Azhael, 25, yang mendapat hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi manakala ketiga, Amira, 20, membawa pulang RM20,000.

Sementara itu, Indah, 26, menduduki tempat keempat menerima wang tunai RM10,000 dan Nabila, 21, kelima, mendapat wang tunai RM5,000 dan trofi. Seorang lagi peserta, Aishah, 19, sekadar di tempat keenam. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menanti barisan baru Pemuda Pas

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KELANTANGAN dan keberanian Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan apa yang beliau tafsirkan satu pembohongan oleh Karpal Singh dalam isu kenyataan meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara menarik perhatian ramai.

Boleh dikatakan inilah kali pertama, orang ramai khususnya ahli dan penyokong Pas melihat kelantangan seorang pemimpin Pemuda parti itu yang berani menyanggah sekutu mereka iaitu DAP dalam sesuatu isu.

Dr. Raja Ahmad Iskandar yang kini menjadi Naib Pemuda Pas dan akan bertanding kerusi Timbalan Ketua Pemuda Pas seolah-olah memberi contoh inilah sepatutnya dilakukan oleh sayap Pas tersebut selama ini iaitu berani berhadapan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika mereka menyentuh kepentingan politik Pas.

Sudah pastilah, Dr. Raja Ahmad Iskandar tidak melakukan tindakan itu semata-mata untuk meraih populariti menjelang pemilihan tetapi menyatakan satu kebenaran biar pun pahit.

Semangat seperti itulah yang selama ini ditunggu-tunggu oleh ahli dan penyokong Pas yang begitu merindui satu barisan kepimpinan Pemuda parti itu yang lantang dan tegas dalam menyatakan pendirian.

Tidak kira siapa pun yang membuat kenyataan sama ada kawan mahupun lawan tetapi kalau ia menyentuh usaha yang dilihat boleh mencabar kewibawaan Pas maka Pemuda Pas seharusnya paling ke hadapan untuk membela parti itu.

Sememangnya, selama ini Dewan Pemuda Pas dilihat seolah-olah 'hidup segan mati tidak mahu', dewan itu hanya dilihat berani tidak bertempat apabila berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi seolah-olah 'kecut perut' apabila berhadapan dengan kerenah pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Justeru tidak hairanlah tindakan Dr.Raja Ahmad Iskandar mendapat perhatian kerana selama ini wujud keraguan sama ada benar atau tidak Karpal yang juga Pengerusi DAP mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Seperti biasa, biar pun pada mula ada pemimpin-pemimpin Pas yang menyelar Karpal tetapi mereka diam seketika apabila DAP memberi hujah balas dengan menyatakan kenyataan Karpal telah diputar belitkan.

Namun Dr. Raja Ahmad Iskandar bersama rakan-rakannya dalam Pemuda Pas tidak mahu duduk diam sebaliknya muncul dengan bukti bagi mempertahankan hujah mereka bahawa Karpal sememangnya berkata demikian.

Bagaimanapun, apa yang diharapkan keberanian Pemuda Pas tidak akan terhenti di situ sahaja, apatah lagi kalau difikirkan di dalam Pas masih terdapat begitu ramai pemimpin yang begitu menjaga hati PKR dan DAP.

Sebab itulah, pemilihan Pemuda Pas, Khamis ini dilihat platform terbaik untuk ahli-ahli sayap Pas tersebut membariskan satu saf kepimpinan yang mampu mengembalikan kegemilangan Pemuda Pas sebagai kumpulan pendesak.

Tidak salah untuk Pemuda Pas terus bersama-sama dengan kepimpinan induk mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP tetapi janganlah sampai Pas dilayan seolah-olah sebuah parti yang tidak mempunyai martabat dan kewibawaan.

Perwakilan ke muktamar Pemuda Pas bermula Rabu ini mempunyai pilihan sama ada untuk memilih Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, Ketua Pemuda Pas Johor Suhaizan Kayat atau peguam, Zulhazmi Shariff sebagai ketua mereka.

Manakala untuk jawatan Timbalan Ketua pula, ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd. Khalil Abdul Hadi yang merupakan anak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Dr. Raja Ahmad Iskandar. Sebelum ini jawatan tersebut disandang oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz iaitu anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terserahlah gandingan mana yang mahu diwujudkan oleh perwakilan Pemuda Pas, tetapi apa yang perlu mereka pastikan ialah keputusan yang dibuat tidak akan menyebabkan sekali lagi sayap Pas itu dilihat lesu dan tidak bermaya seperti mana sebelum ini.

Hakikatnya, tidak salah untuk mana-mana calon kepimpinan Pemuda Pas mahu memperkasakan dewan itu kerana itulah hasrat ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi.

Tetapi yang mereka tidak mahu lihat ialah bagaimana Pemuda Pas bukan sahaja tidak berani menegur kepimpinan Pas tetapi paling penting 'kecut perut' untuk mengkritik kepimpinan PKR dan DAP yang dilihat acap kali memperkecilkan kewibawaan Pas.

Ketiga-tiga calon yang bertanding Ketua Pemuda Pas sudah menyampaikan misi mereka, Suhaizan sudah menyatakan komitmennya untuk memastikan Pemuda Pas lebih ke hadapan untuk menjuarai isu-isu melibatkan rakyat dan juga lebih lantang menegur pemimpin parti. Zulhazmi pula berhasrat menyusun tenaga ahli Pemuda Pas mengikut kepakaran masing-masing dan juga membentuk kerjasama dengan sayap parti lain serta pemimpin komponen dalam pakatan pembangkang.

Kamaruzaman tampil dengan azam akan meneroka ruang dan peluang baru untuk membawa sayap itu mendepani cabaran semasa dan menguasai isu serta keperluan anak muda masa kini secara kolektif.

Baguslah kerana masing-masing sudah menyampaikan misi jika terpilih tetapi ia seharusnya tidak berkisar soal memperkasakan Dewan Pemuda Pas sahaja tetapi yang patut juga diberikan keutamaan ialah bagaimana sayap Pas itu mampu bekerjasama dengan pihak lain khususnya UMNO dan gerakan Islam dalam memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam.

Memanglah, Dewan Pemuda Pas mempunyai tanggungjawab, misi dan visi untuk memastikan Pas menjadi parti terunggul di persada politik tanah air tetapi soal perpaduan Melayu dan umat Islam tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sudah tiba masanya, kepimpinan baru Pemuda Pas mencari jalan bagaimana dalam menangani soal perpaduan orang Melayu dan umat Islam ada ketika mereka harus duduk semeja untuk berbincang khususnya dengan Pergerakan Pemuda UMNO.

Janganlah meneruskan amalan politik jumud yang melihat seolah-olah UMNO 'musuh kamu yang paling nyata' sehinggakan hendak berbincang soal kepentingan orang Melayu dan umat Islam pun tidak boleh.

Tidak kisahlah, kalau Pemuda Pas mahu bertarung habis-habisan dalam perebutan kerusi ketika pilihan raya tetapi biarlah ia terhad pada musim pilihan raya sahaja.

Dewan Pemuda Pas tidak boleh lagi hanya tunjuk berani kepada UMNO dan memandang sinis sebarang usaha untuk bekerjasama dengan parti itu. Mewujudkan kerjasama dan bersatu dalam soal berkaitan orang Melayu dan umat Islam bukanlah satu kesalahan apatah lagi berdosa, sebaliknya, ia bertepatan dengan seruan Islam.

Jangan mengamalkan sikap bercakap soal Islam berdegar-degar tetapi apabila ada sahaja saranan supaya berbincang dengan UMNO dalam isu tertentu, Pemuda Pas terus diam seribu bahasa.

Kalau sekadar diam sahaja tidak mengapa, ini disusuli dengan kecaman dan tohmahan seolah-olah UMNO sebuah parti yang melukut tepi gantang seperti mana Pas dilayan dalam pakatan pembangkang.

Apa pun, sudah pasti penyokong dan ahli Pas ingin melihat sejauh manakah kebijaksanaan perwakilan Dewan Pemuda Pas menyusun barisan kepimpinan mereka.

Apakah barisan kepimpinan Pemuda Pas kali ini benar-benar memperkasakan parti itu dengan bersedia berhadapan dengan sesiapa termasuk sekutu parti tersebut atau sekadar menjadi pelengkap organisasi sahaja.

MIC perlu bina semula 'nambikei', atur strategi perjuangkan 'urimai'

Posted: 17 Nov 2013 10:48 AM PST

Oleh Hassan Mohd. Noor

PEMILIHAN pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) diteruskan hujung bulan ini apabila MIC akan memilih barisan kepemimpinannya (2013-2016). Setelah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh G.Palanivel dan Dr. S.Subramaniam, tumpuan kini terarah kepada pemilihan naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC). Lapan orang menawarkan diri untuk tiga jawatan naib presiden dan 88 orang untuk 23 jawatan anggota CWC. Bagi jawatan naib presiden, M.Saravanan dan S.K. Devamany mahu mempertahankan jawatan dan S.Sothinathan mahu menduduki semula kerusi yang pernah didudukinya. Lima lagi calon ialah S.A Vigneswaran, T.Mohan, Jaspal Singh, S.Balakrishnan dan C.Selvaraja. Bilangan ini meletakkan pemilihan kali ini sebagai paling ramai dalam sejarah pemilihan sejak MIC ditubuhkan pada tahun 1946. Adakah ruang untuk anggota parti menawarkan diri bertanding kini lebih terbuka berbanding pada masa lalu?

Eloklah anggota parti diberi ruang secukupnya kerana pemilihan parti merupakan proses demokrasi yang dapat menentukan hala tuju kepemimpinan parti. Cuma berhati-hati ketika menggunakan peluang itu kerana pemilihan juga boleh meruntuhkan perpaduan dan kesejahteraan sekiranya tidak dikawal lebih awal. Jika diselak kembali pemilihan pada masa lalu, tidak ramai yang menawarkan diri untuk jawatan No.3 dalam parti. Begitu juga bagi jawatan No.1 dan No.2. Detik-detik pemilihan MIC sebelum ini pada era S.Samy Vellu sebagai Presiden cukup dramatik dengan pelbagai insiden politik yang 'berwarna-warni' dan sering menjadi tumpuan. Pada setiap pemilihan, ada sahaja pemimpin yang dilahir dan digilap. Ada juga pemimpin yang 'dibunuh' karier politik mereka yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan. Akibatnya, MIC kehilangan ramai pemimpin berpotensi yang menjauhkan diri malahan meninggalkan parti sama ada untuk menganggotai parti lain, menubuhkan parti baru, atau menyertai pihak pembangkang. Dilema tersebut turut menyebabkan, MIC hilang daya tarikan daripada kumpulan profesional yang suatu ketika dulu menjadi benteng kekuatan parti itu.

Menjelang pemilihan MIC, eloklah perwakilan melihat kembali senario pemilihan 2009. Apakah yang dijanjikan oleh calon-calon yang bertanding? Nilai semula calon-calon yang sekadar menawarkan diri untuk mengejar jawatan tetapi gagal memberi sumbangan kepada parti terutama pada pilihan raya umum (PRU).

Ingatlah nasib malang yang berlaku kepada MIC pada PRU 2008 dan 2013. Apakah kedudukan sebenar MIC ketika ini? Pada PRU 2008, MIC hanya memenangi tiga kerusi Parlimen dan tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada PRU lalu, menang empat kerusi Parlimen dan lima DUN.

Penganalisis politik, Anbumani Balan berkata, semua pemimpin MIC perlu menerima hakikat kedudukan parti itu selepas dua PRU. Bukan lagi masanya untuk anggota parti terutama peringkat pemimpin menunjukkan ego, bermain politik 'syok sendiri' ataupun bertindak seperti pemimpin 'jaguh kampung'. MIC perlu bangkit semula menggunakan seluruh kekuatan anggota parti itu, bukan sekadar meletakkan harapan kepada 1,500 perwakilan yang akan membuat pilihan hujung bulan ini.

Para perwakilan perlu membina semula nambikei ataupun keyakinan masyarakat India dengan mereka sendiri perlu bersikap jujur dan ikhlas. Dua perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh perwakilan (bukan setakat MIC tetapi dalam mana-mana parti politik sekali pun) ialah menolak atau menyingkirkan pemimpin yang membeli undi kerana terlalu taksub mahu mengejar jawatan dan menolak budaya 'samseng'. MIC selepas dikecewakan pada PRU 2008 termasuk berakhirnya 'penguasaan' Samy Vellu, banyak cadangan, kritikan dan pandangan yang dilontarkan untuk memulihkan imej parti itu seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini. Tetapi sejauh mana kejayaannya?

Proses transformasi, perubahan dan peremajaan politik hanya dapat dilaksana dan direalisasikan sekiranya semua anggota parti bersedia untuk menerimanya melalui pemikiran dan minda yang terbuka demi masa depan parti. Dalam hubungan ini, Anbumani juga berpendapat, anggota parti perlu keluar dari dilema penafian ke alam realiti dan kebenaran. Baginya, kini, bukanlah masa untuk menunjukkan kekuatan, kebolehan dan kemampuan dalam parti sendiri semata-mata mahu meraih jawatan. Gunakanlah segala hak dan kuasa sebagai anggota parti untuk memilih pasukan kepemimpinan yang bersih, cekap dan amanah yang dapat memimpin masyarakat India dan bukan sekadar mahu menjadi ketua untuk ahli-ahli parti sahaja. Jangan sampai pemilihan parti menular sehingga menjadi penyakit yang boleh merosakkan segala agenda transformasi parti itu. Masyarakat India sedang memerhatikan segala percaturan politik dalaman MIC dengan serius.

Ingatlah, permainan politik yang melampau boleh menyebabkan masyarakat India menyampah dan hilang keyakinan terhadap MIC. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengkaji dan menilai kekalahan parti di peringkat negeri secara terperinci pada PRU lalu. Masanya juga sudah tiba untuk MIC merombak semula pendekatan politik di peringkat negeri untuk memperkasakan kuasa politiknya yang ternyata kehilangan taring sejak PRU ke-12.

Setiap pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding perlu menjadi tunjang kekuatan MIC, bukan sekadar komponen 'kosmetik' dalam parti itu yang mahu bertanding untuk memuaskan proses demokrasi. MIC memerlukan kualiti bukannya kuantiti. MIC juga perlu ingat, status parti itu yang mewakili masyarakat India di negara ini semakin tergugat, terancam dan tercabar disebabkan kemunculan 'kuasa baharu' yang mahu menjadi saluran politik alternatif kepada masyarakat India. MIC perlu bersedia berdepan dengan segala cabaran, halangan dan rintangan yang mendatang dari semua arah untuk membina semula kewibawaan yang lebih menyerlah, tersusun dan terancang seperti mana yang diharapkan oleh masyarakat India di negara ini termasuk generasi muda.

Masyarakat India memerlukan kepemimpinan yang kuat untuk menangani segala permasalahan seiring dengan proses pembangunan negara. Banyak isu asas mengenai masyarakat India hanya diselesaikan secara adhoc yang turut menimbulkan pelbagai situasi yang kurang menyenangkan dari masa ke semasa. Fenomena seperti inilah yang memberikan tekanan dan cabaran kepada MIC untuk membawa suara masyarakat India ke peringkat atasan dengan lebih berani dan bertenaga untuk mencari penyelesaian yang efisien dan efektif.

MIC perlu merencanakan strategi baru untuk memperjuangkan urimai ataupun hak masyarakat India. Semuanya ini memerlukan kekuatan politik parti yang kini diterajui Palanivel.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Buat kek macam petik gitar

Posted: 17 Nov 2013 04:47 AM PST

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL

FADZIL di hadapan kedainya yang terletak di Shah Alam.

JIKA melihat kepada reka bentuk kek yang dihasilkan oleh Dill Cakes, pasti timbul kekaguman terhadap daya kreatif serta ketelitian perekanya yang sudah pasti seorang yang profesional.

Selepas mencuba rasanya yang seimbang antara kek dan krim atau fondan, yang tidak terlalu manis dan lembut, sudah pasti juga anda mahu merasanya lagi.

Kreativiti dan keenakan kek Dill Cakes kini menjadi pilihan serta sebutan ramai terutamanya pelanggan di dalam Internet.

Walaupun lazimnya wanita yang lebih ramai terlibat dengan perusahaan kek, Dill Cakes menampilkan daya usaha seorang lelaki iaitu Fadzil Md. Salleh yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun.

Cerita Fadzil, pada awal membuka perniagaannya, ramai kalangan pelanggan tidak menyangka kek yang dihasilkan adalah hasil sentuhan tangannya mungkin kerana tanggapan klise yang mengaitkannya dengan wanita.

Tambah mengagumkan, Fadzil yang hebat menghasilkan kek tiga dimensi itu sebelum giat menguruskan perniagaannya Dill Maju Enterprise ialah seorang pemuzik atau tepatnya pemain gitar kumpulan yang terkenal sekitar 1990-an iaitu Metropolitan yang terkenal dengan lagu Kau Boleh dan Di Sebalik Rahsia Cinta.

Lagu Kau Boleh sering berkemundang di corong radio dan disiarkan di kaca televisyen terutamanya ketika Rashid Sidek menjulang Piala Thomas pada 1992.

"Ramai terutamanya rakan-rakan yang terkejut dengan perubahan 360 darjah saya, daripada seorang pemuzik yang mengelilingi dunia menghiburkan orang ramai, kini menjadi pembuat kek.

"Saya umpamakan perubahan ini macam orang yang sudah membuat keputusan untuk berhenti merokok. Jika dia mahu berhenti, dia boleh berhenti sekelip mata asalkan ada tekad.

"Kita perlu jadi seperti air yang mudah dibentuk mengikut bekasnya, bukannya batu yang keras.

"Sekarang, membuat kek adalah pekerjaan saya dan bermain muzik pula sekadar hobi waktu lapang," ujarnya ketika ditemui di kedainya yang terletak di Shah Alam.

MetropolitanMengimbas kembali pembabitannya dalam dunia muzik, semuanya bermula daripada minat yang dikongsi bersama rakan-rakannya dari Batu Pahat, Johor dalam bidang muzik sehingga tertubuhkan kumpulan muzik yang digelar The Chisel Stone pada 1983.

Bermula di kampung halaman, mereka kemudian sering membuat persembahan di hotel-hotel seluruh negara.

Sekitar hujung 1990-an, rezeki mereka terbuka luas apabila dilamar Sony Music Entertainmnet (M) Sdn. Bhd. untuk menjadi artis naungan mereka dengan menggunakan nama kumpulan Metropolitan yang dianggotai enam orang.

Antara lagu yang menaikkan nama Metropolitan, Kau Boleh dan Di Sebalik Rahsia Cinta yang kini masih sering kedengaran di corong-corong radio.

"Ketika itu industri muzik kita lebih kepada rock manakala kami memainkan lagu-lagu bergenre pop.

"Walaupun ia zaman rock, tetapi kami dapat bertahan dan mempunyai peminat sendiri," ujarnya yang juga boleh bermain alat-alat muzik lain seperti keyboard dan saksofon.

Ujarnya, ketika itu, dia dan rakan-rakannya juga sering menjadi pemuzik iringan Aishah yang berada di bawah satu label kerana kumpulan The Fan Club yang sering mengiringi pelantun lagu Janji Manismu itu tidak biasa memainkan lagu Melayu.

Luar negara Melihat keserasian kumpulan barunya yang turut dianggotai pemuzik dari luar negara yang mengiringi Aishah itu, mereka lalu menubuhkan sebuah kumpulan baru yang digelar The Shiok! pada 1993.

Fadzil kemudian mengembara bersama The Shiok! ke serata Asia seperti Jakarta, Singapura, Bangkok, Taiwan, Hong Kong dan China memenuhi tawaran bermain muzik di hotel-hotel lima bintang.

Antara pemain muzik dari luar negara yang pernah menganggotai kumpulannya itu berasal dari Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Greece, Australia dan Kanada.

Sedar tak sedar, lapan tahun dia dan rakan-rakannya di perantauan bermain muzik dan pada 2001 dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.

"Ketika itu tidak terfikir untuk pulang ke Malaysia. Dunia hiburan membuatkan seseorang itu tidak mempunyai masa untuk bersedih kerana ia sentiasa menyeronokkan.

"Lagipun saya melakukan apa yang saya benar-benar suka ketika itu sebagai kerjaya. Namun saya sudah meletakkan sasaran akan pulang ke Malaysia pada 2001," ujarnya yang kemudian berumah tangga pada 2005 dengan cinta hatinya, Ruszia Yunos dan mempunyai tiga orang anak.

Sepanjang berada di negara orang, dia sempat berkenalan dengan ramai chef di hotel tempat dia bekerja, sedikit-sebanyak menimbulkan minat terhadap dunia masakan.

Cabang seni

Pulang saja ke tanah air, dia mula merencana perjalanan hidupnya. Niat asal, Fadzil mahu membuka kedai kopi tetapi tidak meneruskan impiannya kerana memerlukan modal yang tinggi.

Dia kemudian memilih untuk mendalami ilmu membuat roti dan kemudian kek melihat kepada permintaan orang ramai yang sentiasa ada dan Fadzil juga kebetulan gemar memasak.

"Saya memilih membuka perniagaan kek kerana dahulu ia kurang dipelopori oleh orang Melayu. Lagipun, saya lebih cenderung untuk bekerja sendiri.

"Bagi saya, membuat kek boleh dikatakan satu cabang seni juga. Ia memerlukan kemahiran dan kekreatifan seseorang untuk menghasilkan kek yang baik," ujarnya yang turut menjalankan perkhidmatan menyewa peralatan audio.

Ceritanya, ilham menghasilkan hiasan kek datang dengan sendiri, sama seperti bermain muzik.

Melihat kepada kek-kek yang pernah dihasilkan Fadzil, jelas dia mementingkan kekemasan dalam rekaan dan sentiasa memastikan isinya juga sedap.

"Saya sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelanggan terutama dari segi rasanya kerana bagi saya ia yang paling penting," ujarnya yang hanya menerima tempahan bagi memastikan kesegaran kek.

Bercerita tentang minatnya dalam bidang muzik, ujar Fadzil, sekarang ia sekadar hobi terutama ketika keluarganya berkumpul memandangkan dia datang daripada sebuah keluarga yang semuanya berbakat seni dan boleh bermain muzik.

Bercerai kerana bekas tunang

Posted: 17 Nov 2013 04:47 AM PST

KISAH hidup saya ini pelik, tetapi inilah kenyataan. Rumahtangga yang saya idamkan bahagia hingga ke akhir hayat tapi hancur di tengah jalan. Suami yang diharapkan jadi pelindung dan pembimbing, memusnahkan segalanya. Namun apa yang berlaku bukan salah suami seorang. Inilah akibatnya bila minta nasihat pada orang yang salah, akhirnya penasihat musnahkan hidup saya.'' Itu cerita Juliana bila kami berbual.

''Saya sudah berkahwin lebih 25 tahun, semakin lama saya pertahankan perkahwinan ini semakin 'tawar' kehidupan saya. Pendapatan suami saya Affandi tak seberapa, kami ada anak lima orang, belanja rumah banyak, jadi untuk menyelesaikan masalah sering tak cukup duit, saya bantu dengan berniaga.

''Malangnya bila perniagaan berjalan baik, Affandi lepas tangan. Semua urusan rumah dan anak-anak diletak atas bahu saya. Katanya, oleh kerana saya hendak sangat beli rumah, maka dia hanya akan bayar ansuran rumah, bab lain itu urusan saya.

''Oleh kerana ketika itu saya suka sangat ada rumah sendiri, maka saya tak kisah, biarlah saya penat berniaga, jual nasi lemak, kuih muih, mi goreng dan sebagainya asalkan hidup kami bahagia.

''Tetapi perangai Affandi lain sikit, dia langsung tak mahu bantu saya berniaga bila tak bekerja, ataupun hantar saya ke pasar. Semua saya kena buat sendiri bermula ke pasar beli barangan berniaga, memasak dan seterusnya pergi menjual.

''Setiap kali saya minta bantuan, alasannya penat bekerja. Tetapi di rumah kerjanya cuma bertelefon dan SMS. Bila ditanya dia mengamuk. Akhir-akhir ini dia beli telefon lebih canggih. Saya syak dia bercinta. Kalau tidak kenapa sorok telefon bila terserempak saya. Akibatnya kami sering bergaduh. Lebih empat tahun dia tak pedulikan saya, tidur pun di ruang tamu. Saya malu pada anak-anak yang besar.

''Sikapnya membuat saya tercabar. Kerisauan membuat saya meminta nasihat teman-teman, akhirnya entah macam mana saya boleh terjumpa bekas tunang walaupun kami sudah berpisah lebih 30 tahun. Saya tak sangka ketika umur saya 50 tahun, kami boleh jadi kawan baik. Kerana dia baik saya ceritakan masalah, apa lagi dia pun beri nasihat. Saya tak tahu nasihatnya bukan untuk kebaikan tetapi menjahanamkan rumahtangga saya.

''Menurut Iskandar, dia masih mencintai saya dan hidupnya juga tak bahagia sebab tak dapat kahwin dengan saya. Saya percaya habis. Saya terpikat bila dia rajin bantu saya di gerai tak seperti Affandi. Ketika itu saya dengar semua nasihatnya. Tapi saya tak tahu baik Is ada makna. Dia berjanji jadikan saya isterinya selepas ceraikan isterinya. Saya percaya dan turutkan apa juga permintaannya.

''Tanpa saya sedari, dalam baik dia kenakan saya. Bukan sahaja minta duit saya setiap kali jumpa, malah pernah pinjam RM5,000 untuk selesaikan hutang keretanya. Ketika itu peliknya, saya ikut saja.

''Kerana saya memang rajin berniaga cari duit, suami pula rajin main SMS dan Facebook, kami bawa hal sendiri. Saya makin rapat dengan Is dan ikut nasihatnya supaya minta cerai. Katanya buat apa ada suami kalau tak pedulikan isteri. Dia suruh saya mengadu ke mahkamah syariah dan jamin suami saya tidak akan banyak soal selain ceraikan saya. Memang tepat, Affandi terus ceraikan saya. Selepas bercerai kami anak beranak menangis tanpa sebab. Saya pun tak tahu mengapa kami mudah sangat bercerai.

''Selepas itu saya ikut kata Is dalam semua urusan keluarga. Walaupun dia bekerja di KL tetapi sering ke tempat saya. . Nak jadikan cerita perniagaan saya maju. Saya mampu tanggung pelajaran anak-anak, dua bersekolah menengah, dua di kolej dan seorang bekerja.

''Namun angau saya pada Is menjadi-jadi. Kalau sehari tak jumpa saya macam nak pengsan. Saya mahu dia sentiasa di sisi. Anak-anak pula tak kisahkan perubahan saya.

''Sebaik saja habis idah iaitu pada Februari lalu, saya nikah dengan Is bersaksikan ayah, adik dan anak saya sendiri di sebuah surau di Sungai Buluh. Semua urusan Is bereskan. Semua berjalan pantas, hanya enam bulan lepas jumpa Is kami bernikah.

"Janji Is dia akan ceraikan isterinya kerana mereka tidak sesuai lagi. Malangnya tiga bulan berlalu, dia tetap tinggal di KL dengan isterinya manakala saya di selatan. Is beritahu dia dan isterinya tengah kaunseling untuk bercerai. Dalam sebulan, cuma tiga atau dua kali Is bermalam di rumah saya.

''Saya rayu Is nak lihat sijil nikah tapi tak ada. Kerana tak puas hati saya bertanya dengan ustaz dan disuruh rujuk ke mahkamah syariah. Mahkamah suruh saya daftarkan perkahwinan. Saya rayu Is supaya daftar tapi dia berdalih. Setelah enam bulan berlalu Is masih tidak ceraikan isterinya.

''Dalam pada itu rahsia pernikahan kami sampai ke pengetahuan isterinya. Isteri Is telefon saya dan beritahu suaminya pembengis dan suka pukul. Saya tak percaya. Lagipun Is tak pernah pukul saya.

''Setelah tujuh bulan berlalu, atas desakan keluarga yang sering bertanyakan status kami, saya daftarkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah. Malangnya bila saya maklumkan kepada Is dia mengamuk sakan. Dalam telefon, dia ceraikan saya dengan talak satu. Bila datang jumpa saya, dia beri RM10 untuk nafkah.

''Terkejut sungguh saya dibuatnya. Rupa-rupanya anggota beruniform sepertinya perlu minta izin ketua jika berkahwin lebih daripada satu. Jika tidak boleh dikenakan tindakan tata tertib.

''Selepas diceraikan, saya jadi sasau. Tak dapat lihat wajah Is, tengok gambar pun jadilah. Akhirnya saya berubat dengan seorang ustaz dan diberitahu saya terkena ubat guna-guna. Patutlah saya jadi macam lembu dicucuk hidung, banyak duit habis untuknya sedangkan kami bertemu semula dan berkahwin dalam tempoh enam bulan.

"Sejak diceraikan Oktober lalu, baru kini saya kembali normal.

''Saya tak kesal jadi janda sekali lagi tetapi yang menyakitkan hati, saya telah 'dikenakan' untuk kesenangan hidup Is.'' Demikian cerita Juliana tentang kehancuran rumahtangga yang dialaminya sebanyak dua kali.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved