Ahad, 17 November 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Hitam, putih untuk Muslimah

Posted: 17 Nov 2013 04:47 AM PST

Palazo bercorak garisan hitam dan putih.

KESEDERHANAAN menjadi kunci gaya busana Muslimah sepanjang tahun ini. Warna terang dan kontra pula menjadi pilihan kebanyakan jenama Muslimah.

Pengasas Hajaba, Mona Din turut menampilkan elemen ringkas dalam rekaannya melalui mainan warna-warna asas, hitam dan putih.

Kali ini Mona hadir dengan rangkaian busana baharu di bawah jenama, Blackish.

Busana berona hitam ini mengembangkan skop rekaan fesyen Muslimah yang lebih luas.

"Industri fesyen untuk wanita Islam semakin sarat. Saya mahu meneruskan kepelbagaian busana Muslimah dengan konsep fesyen yang berbeza. Maka lahirlah idea Blackish yang menampilkan asas fesyen berwarna hitam. Kemudian, saya selitkan warna putih," ujar Mona yang ditemui di pusat sehenti fesyen Muslimah, Woman Of Jannah (WOJ), Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Koleksi ini menampilkan gaun, blaus, jubah moden, tudung, selendang, seluar panjang dan palazo.

HANUM mahu ubah stigma

Posted: 17 Nov 2013 04:47 AM PST

MENJADI pengacara bukan semata-mata bersandarkan wajah dan penampilan yang menarik. Selain bakat, ia juga memerlukan kebijaksanaan untuk menyampaikan isi program dengan cara yang baik," ujar Hanum Dzuliazreen Zulkiply, 31.

Menurut pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ini, sebagai seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang menarik, mungkin mudah menarik perhatian penonton untuk terus menyaksikan apa yang ingin diketengahkan dalam program tersebut.

Namun, tanpa ilmu, kemahiran dan keyakinan, pengacara tersebut pasti gagal mengulas isu yang ditugaskan dengan baik.

"Sebab itulah saya sentiasa memperbaiki diri dengan meningkatkan kemahiran komunikasi. Tugas pengacara bukan hanya bercakap tetapi keyakinan itu penting untuk menarik perhatian orang ramai terus menonton program tersebut," ujarnya yang merancang membuka perniagaan secara online dan menerbitkan rancangan TV sendiri.

Anak Kelantan ini juga aktif dengan kerjaya model dan terbaharu, dia sedang menjalani latihan sebagai pembaca berita RTM.

Dia mahu menceburi pelbagai bidang dan menambah pendapatan sementara usianya masih muda.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved