Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ibu anak hidap leukemia ditipu

Posted:

Ibu anak hidap leukemia ditipu

Ibu anak hidap leukemia ditipu

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

HULU LANGAT 20 Jun - Tiga daripada anaknya meninggal dunia akibat penyakit leukemia, manakala dua lagi yang masih hidup turut menghidap penyakit yang sama.

Atas penderitaan itu, E. Vanajah, 36, sanggup menerima tawaran seorang 'pegawai bank' wanita untuk membuat pinjaman peribadi bagi merawat penyakit dua anaknya itu.

Tanpa berfikir panjang dan demi kasih sayang terhadap anaknya, wanita itu sanggup menggadai barang kemasnya bagi mendapatkan wang sebanyak RM3,500 untuk diserahkan kepada 'pegawai bank' berkenaan sebagai deposit pinjaman berjumlah RM100,000 tahun lalu.

Vanajah yang hanya bekerja sebagai tukang cuci di pangsapuri sewanya di Seri Permai, Kampung Baru, Semenyih di sini, mula berasa sangsi apabila pinjaman belum diluluskan walaupun sudah lebih setahun menunggu, manakala 'pegawai bank' terbabit berdolak-dalih apabila ditanya.

Menurut Vanajah, dia menerima tawaran itu setelah terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan dua anak perempuannya iaitu S. Anjali Devi @ Nethiar, 8, dan S. Uma Magheswari, 5.

"Saya pernah kehilangan tiga orang anak akibat leukemia. Kini hanya Nethiar dan Uma Mageswari sahaja anak saya yang masih hidup tetapi turut menderita penyakit sama.

"Oleh kerana tidak mahu kehilangan mereka, saya sanggup bergadai untuk membuat pinjaman yang sebenarnya tidak wujud itu dan kini amat berharap 'pegawai bank' itu mengembalikan wang yang sudah diserahkan kepadanya sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa membuat laporan di Balai Polis Semenyih, di sini semalam.

Bukan Vanajah sahaja, malah dua lagi mangsa turut ditipu oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai sebuah bank dikenali sebagai Rajeswary berusia lingkungan 30-an.

Seorang lagi mangsa, P. Nedumaran, 43, memberitahu, dia ditipu Rajeswary untuk mendapatkan pinjaman peribadi RM150,000 sehingga sanggup mencagarkan geran kereta Nissan Sentra kepada ceti bagi mendapatkan wang RM10,000 untuk diserahkan kepada wanita tersebut.

Nedumaran berkata, Rajeswary sendiri yang memperkenalkan ceti terbabit kepadanya, namun kesemua wang RM10,000 yang dipinjam diambil oleh wanita berkenaan kononnya untuk membayar deposit 10 peratus pinjamannya iaitu RM3,500, manakala baki digunakan membayar pinjaman abang dan kakak iparnya yang turut ditipu.

"Pinjaman saya bukan sahaja tidak diluluskan sehingga kini tetapi saya juga gagal mendapatkan geran kereta yang diperlukan untuk memperbaharui cukai jalan pada 23 Jun ini," katanya sambil berharap Rajeswary memulangkan geran tersebut.

Kakak ipar Nedumaran, M. Vaniswary, 34, berkata, seperti Vanajah dan adik iparnya itu, dia bersetuju membuat pinjaman peribadi melalui Rajeswary kerana mempercayai wanita yang dikenali sejak zaman persekolahan lagi.

"Saya kenal Rajeswary sejak berusia 13 tahun lagi kerana belajar di sekolah sama tetapi tidak sangka dia tergamak memperdayakan saya dan rakan-rakan yang lain," katanya sambil mendakwa hampir 40 peratus rakannya yang tinggal di Semenyih turut menjadi mangsa wanita berkenaan.

Katanya, setiap kali ditanya tentang status pinjaman, Rajeswary akan memaklumkan ia dalam proses dan berpura-pura membawa mereka pergi ke bank tetapi berpatah balik semasa dalam perjalanan dengan alasan pegawai bertanggungjawab meluluskan pinjaman membatalkan temujanji kerana mempunyai urusan lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita ditikam bekas suami

Posted:

Wanita ditikam bekas suami

Wanita ditikam bekas suami

Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Jun - Seorang wanita cedera ditikam bertubi-tubi di tingkat bawah ruang meletak kereta sebuah pasar raya di Jalan Sultan Yahya Petra di sini hari ini, dipercayai dilakukan oleh bekas suaminya selepas mangsa enggan merujuk kembali kepada suspek.

Dalam kejadian kira- kira pukul 4 petang, mangsa, Hazita Mohamad, 27, mengalami kecederaan serius selepas ditikam dengan sebilah gunting di kepala serta leher dan dikelar di bahagian muka.

Mangsa yang sedang mengikuti kursus dandanan rambut di sebuah salon di sini, kini menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, sebelum kejadian mangsa memandu keretanya dari sebuah kompleks beli belah di sini menuju ke tempat letak kereta pasar raya tersebut.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kereta itu, suspek telah menyerbu masuk ke dalam kereta mangsa sehingga berlaku pergelutan dan menyebabkan dia ditikam di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta terdapat kesan kelar di mukanya.

"Orang ramai yang melihat pergelutan itu cuba membantu, bagaimanapun suspek yang bekerja sebagai pembantu hospital berjaya melepaskan diri dan mangsa telah dihantar ke HRPZ II untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azham berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang enggan merujuk kembali selepas bercerai sehingga menyebabkan suspek berang dan bertindak di luar kawalan.

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti suspek dan usaha untuk mengesannya sedang giat dijalankan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan," katanya.

Sementara itu, kakak mangsa, Hazlina, 30, berkata, adiknya telah bercerai dengan suspek pada tahun lalu selepas berkahwin selama tujuh tahun dan cemburu dikatakan menjadi punca perpisahan pasangan berkenaan.

"Adik saya mengikuti kelas dandanan rambut di sebuah salon di kompleks beli belah di sini, dalam kejadian hari ini, dia mungkin ke pasar raya yang terletak kira-kira dua kilometer dari salon itu untuk membeli barang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pemain perlu lebih yakin

Posted:

Pemain perlu lebih yakin

Pemain perlu lebih yakin

KUALA LUMPUR – Walaupun skuad Olimpik Negara menunjukkan kematangan dari segi pencapaian semasa, cuma keyakinan di atas padang perlu ditingkatkan sekiranya mahu menang di tempat sendiri pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha anak buah skuad bimbingan Ong Kim Swee, yang seri tanpa jaringan ketika menentang Lebanon di Beirut kelmarin, diharapkan akan membuahkan hasil dengan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri.

"Saya lihat pasukan kita bersifat defensif pada babak awal, tapi mereka mula mengatur serangan dan bermain dengan penuh semangat pada separuh masa kedua dan memastikan pertahanan kukuh sehingga tidak berjaya ditembusi oleh Lebanon.

"Walaupun tidak berjaya menyumbat sebarang gol, saya harap kematangan mereka akan menunjukkan kesungguhan pada perlawanan di tempat sendiri nanti," katanya.

Beliau menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut bersama lebih 1,000 peminat menerusi skrin besar di Dataran Merdeka di sini, malam kelmarin. Turut hadir Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed.

Ahmad Shabery berkata, walaupun Malaysia tewas kedua-dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Qatar, ia bukan kayu ukur yang sebenarnya.

"Tidak semestinya sekiranya tewas kita tidak mampu untuk bangkit bersaing.

"Pemain telah mengambil pengajaran di atas kekalahan perlawanan itu dengan memperbaiki dan membuat persediaan sewajarnya," katanya.

Pada perlawanan persahabatan menentang Kemboja, skuad Olimpik dikejutkan dengan kekalahan 0-1 pada 7 Jun lalu dan terus dirundung malang apabila tewas 0-4 ketika menentang Qatar selang enam hari kemudian (13 Jun).

Pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 kelmarin, Malaysia dan Lubnan terikat tanpa jaringan 0-0.

Terdahulu skuad Olimpik kebangsaan menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 untuk melangkah ke pusingan kedua tersebut.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Potong gaji jika dapat kad merah

Posted:

Potong gaji jika dapat kad merah

Potong gaji jika dapat kad merah

Oleh Radhuan Hussain
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Pemain bola sepak negeri ini termasuk Terengganu dan T-Team yang dilayangkan kad merah bakal berdepan hukuman tegas dengan gaji serta bonus mereka dipotong.

Bagaimanapun, pemain hanya akan dikenakan hukuman tersebut jika mereka didapati benar-benar sengaja melakukan kesalahan sehingga menyebabkan dilayangkan kad merah.

Ketegasan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan lain.

Bagi tujuan itu, kata Ahmad, beliau mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meneliti serta menyiasat ke atas pemain yang 'dihadiahkan' kad merah.

Menurutnya, siasatan itu penting bagi memastikan pemain tidak melakukan kesalahan dengan sengaja, yang akhirnya mendorong pengadil 'menghadiahkan' kad merah kepada mereka.

"Saya sudah arahkan persatuan bola sepak kita (PBSNT) siasat para pemain yang terima kad merah untuk memastikan mereka tidak sengaja melakukan kesalahan.

"Jika mereka benar-benar sengaja, mereka boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong dan sebagainya," katanya kelmarin.

Beliau mengulas tindakan yang mungkin dikenakan ke atas skuad Piala Presiden T-Team yang didakwa terbabit mengatur perlawanan.

Beliau menjadikan kelab profesional luar negara sebagai contoh yang mempraktikkan hukuman tersebut ke atas para pemainnya yang menerima kad merah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Mahfuz, Taib Azamuddin digugur

Posted:

Mahfuz, Taib Azamuddin digugur

Mahfuz, Taib Azamuddin digugur

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 20 Jun - Pas Kedah merombak saf kepimpinan parti itu termasuk menggugurkan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib daripada jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengekalkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, rombakan tersebut adalah sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal berlangsung pada bila-bila masa.

"Senarai baru itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, kelmarin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon di sini, hari ini.

Azizan berkata, jawatan Mahfuz digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr. Ismail Salleh manakala Taib Azamuddin digantikan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md. Isa Shafie.

"Selain itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Negeri Kedah," katanya.

Beliau berkata, jawatan Setiausaha Pas Kedah yang sebelum ini dipegang oleh Muhamad Yusuf Husin digantikan Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar Kedah, Musoddak Ahmad.

"Bagi jawatan Bendahari yang sebelum ini dipegang oleh Exco Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul pula, diambil alih oleh Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

"Jawatan Ketua Penerangan Pas Kedah yang sebelum ini disandang Amiruddin pula diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md. Nor," katanya.

Azizan memberitahu, bagaimanapun tiada perubahan jawatan bagi Ketua Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas dalam rombakan itu.

Menurutnya, Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah kekal diterajui oleh Ahmad Yahya manakala Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Siti Ashah Ghazali mengetuai Dewan Muslimat dan Sheikh Mohamad Abdullah memimpin Dewan Ulama Pas Kedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang letak jawatan

Posted:

Pembangkang letak jawatan

Pembangkang letak jawatan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Jun - Semua wakil rakyat pembangkang diminta supaya meletakkan jawatan sekiranya mereka masih bertegas untuk menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad berkata, ini disebabkan kesemua mereka tidak mempercayai sistem demokrasi dan pilihan raya yang diamalkan di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, ia membuktikan bahawa pihak pembangkang yakin dengan sistem sedia ada dan mengiktiraf hak rakyat untuk memilih.

"Saya ingin bertanya, adakah wakil rakyat pembangkang yang mendapat jawatan tersebut atau gelaran 'Yang Berhormat' secara sah? Jika ya, mereka telah mengakui bahawa pilihan raya ini diadakan dengan adil dan untuk apa lagi perhimpunan Bersih.

"Tetapi jika wakil rakyat ini masih bertegas mengatakan sistem demokrasi di negara ini tidak betul, ia bermakna mereka memegang jawatan secara tidak sah kerana mereka dipilih melalui sistem pilihan raya yang tidak sah, maka mereka perlu meletakkan jawatan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat pihak pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih di ibu negara pada awal bulan depan.

Wan Khairul Ikhsan yang juga Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) menyifatkan perhimpunan haram tersebut hanya satu polemik dan strategi politik untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kekuatan pembangkang di negara ini masih sama seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Kalau benar Pilihan Raya Umum 2008 tidak bersih, masakan mereka memenangi lebih 80 kerusi di Dewan Rakyat dan menawan lima buah negeri. Ini adalah perhimpunan yang 'tidak bersih' untuk menyusahkan rakyat.

"Saya pernah terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 2007 dan tahu bagaimana cara mereka bergerak, tetapi kali ini saya percaya ia tidak akan berjaya serta tidak mendapat sambutan daripada rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Khir sokong syarikat Shamsuddin

Posted:

Khir sokong syarikat Shamsuddin

Khir sokong syarikat Shamsuddin

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 20 Jun – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Dr. Mohamad Khir Toyo pernah menyokong permohonan syarikat Proniaga Sdn. Bhd. (Proniaga), milik ahli perniagaan, Datuk Shamsuddin Hayroni bagi membangunkan projek perumahan di Bangi.

Bekas Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Harun Salim dalam keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-11 hari ini, mengesahkan tulisan tangan berbunyi 'permohonan disokong, harap tiada halangan kelulusan' pada surat permohonan syarikat itu bertarikh 30 Oktober 2000, milik bekas Menteri Selangor itu.

''Surat itu adalah permohonan untuk menjalankan usaha sama dengan PKNS bagi memajukan satu kawasan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi yang berkonsepkan bandar universiti,'' katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud pada perbicaraan terhadap Mohamad Khir. Perbicaraan masuk hari ketujuh hari ini.

Jelas beliau, permohonan tersebut dipersetujui selepas kertas kerja berhubung cadangan pembangunan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penswastaan PKNS yang dipengerusikan oleh Mohamad Khir.

Menurut Harun, Mohamad Khir turut memberi sokongan bagi permohonan Proniaga untuk dikecualikan daripada jaminan bon pelaksanaan bagi projek tersebut.

Surat permohonan Proniaga bertarikh 18 Julai 2001 yang mempunyai tulisan tangan Mohamad Khir berbunyi 'syarikat mempunyai track record yang baik' dan 'syarikat milik bumiputera' turut dikemukakan oleh pihak pendakwaan kepada mahkamah sebagai bahan bukti.

''Selepas menerima surat itu, saya berbincang dengan Timbalan Pengurus Besar PKNS bagi menyelesaikan masalah tersebut.

''Sebagai pilihan lain, bon pelaksanaan sebagai jaminan syarikat Proniaga akan menyiapkan projek tersebut digantikan dengan Jaminan Pengarah-Pengarah dan Pemegang Saham,'' jelas beliau.

Semasa disoal balas oleh peguam, M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi tersebut bagaimanapun mengakui kelonggaran itu dibuat mengikut prosedur selain ia tidak diberi kepada syarikat Proniaga sahaja.

Harun turut menafikan wang RM2 juta dikemukakan oleh Shamsuddin bagi mendapatkan Jaminan Pengarah-Pengarah dan Pemegang Saham, sebaliknya ia adalah pendahuluan daripada 20 peratus keuntungan yang perlu dikembalikan kepada PKNS.

Saksi itu turut mengakui bahawa perbincangan diadakan bersama Mohamad Khir berhubung permohonan Proniaga atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penswastaan.

''Sekiranya beliau sebagai pengerusi menolak permohonan itu, ia tetap akan dibawa ke dalam mesyuarat ahli jawatankuasa penswastaan. Sebagai Pengurus Besar, saya juga boleh membuat keputusan berhubung projek PKNS,'' katanya lagi.

Mohamad Khir, 45, dibicarakan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan Zaharah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin, 53.

Hartanah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rais, blogger diperintah fail pernyataan

Posted:

Rais, blogger diperintah fail pernyataan

Rais, blogger diperintah fail pernyataan

KUALA LUMPUR 20 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan penulis blog, Amizudin Ahmad supaya memfailkan pernyataan saksi dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebelum atau pada 1 Julai ini.

Kedua-dua pihak diarah berbuat demikian oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof sebelum perbicaraan kes saman itu didengar selama tiga hari bermula 4 Julai ini.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Rais selaku plaintif memberitahu pemberita, hari ini pihaknya telah memfailkan ikatan dokumen dan isu-isu yang dipersetujui selain kenyataan fakta untuk diputuskan oleh mahkamah.

Dalam pengurusan kes yang dibuat di kamar hakim itu, peguam C.W. Gan mewakili Amizudin yang dinamakan sebagai defendan.

Pada 26 April lalu, Azad memberitahu bahawa Rais akan memberi keterangan sebagai saksi utama dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu.

Rais menyaman Amizudin yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog defendan itu, bersama gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Plaintif pada 2 Februari lalu, memperoleh injunksi yang memerintahkan Amizudin menarik balik artikel yang memfitnah beliau daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. dan defendan pada 21 Mac lalu bersetuju berhenti menyiarkannya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata, maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah dirinya dan ia membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol serta mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: China digesa terbuka

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SINGAPURA 20 Jun - Singapura menggesa China supaya lebih terbuka berhubung tuntutan wilayah maritimnya di Laut China Selatan dengan menyatakan kekaburan isu itu akan menimbulkan kebimbangan antarabangsa.

NATO mengaku sebabkan kematian penduduk awam Libya

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BRUSSELS 20 Jun - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), semalam buat pertama kali mengaku bahawa serangan bom yang dilancarkannya di Tripoli kelmarin menyebabkan kematian penduduk awam.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mahu terus luas empayar

Posted:

Mahu terus luas empayar

Mahu terus luas empayar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RIDUAN ZAINAL
dan ihsan KRU STUDIOS



SEMUANYA bermula dengan wang sejumlah RM2,000 yang diberikan oleh syarikat rakaman ternama, EMI untuk trio adik-beradik ini merakamkan album sulung mereka, Canggih pada tahun 1992.

Meskipun menerima pelbagai kritikan hanya kerana memperjuangkan irama rap yang masih lagi baru ketika itu, namun KRU tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang.

Visi mereka hanya satu iaitu menghasilkan muzik yang berkualiti sekali gus meletakkan nama mereka di tahap tertinggi.

Siapa sangka muzik KRU berjaya memecah tradisi pasaran muzik pada waktu itu yang didominasi genre pop dan rock sekali gus menjadi penyanyi berkumpulan kegilaan remaja.

Dalam diam, usia pembabitan KRU dalam bidang seni sudah mencapai 19 tahun yang pastinya bukan satu jangka masa yang singkat.

Sudah pasti dalam tempoh itu, pelbagai onak duri telah ditempuhi oleh Norman Abdul Halim dan dua adiknya, Yusry dan Edry dalam memperjuangkan misi KRU dalam bidang seni.

Kesungguhan dan kesabaran merupakan tunjang utama kepada kejayaan KRU sehingga berjaya mencipta sebuah empayar seperti mana yang dapat dilihat hari ini.

Semuanya dapat dibuktikan dengan penubuhan KRU Studios yang tersergam indah di tanah seluas 15 ekar di Cyberjaya, Sepang, Selangor yang mula beroperasi sejak 1 April tahun lalu.

"Kalau kami renungkan kembali apa yang sudah kami lalu, KRU sendiri tidak pernah menyangka begitu banyak pengalaman yang kami perolehi.

"Semuanya sudah kami rasai. Pahit, manis, susah dan senang semuanya kami telah harungi untuk membina jenama kami. Sudah pasti, ia bukan satu tempoh yang singkat dan laluan yang mudah untuk diambil.

"Namun begitu, kami tidak pernah lupa asal-usul kami bagaimana mula-mula kami mahu menapak dan membina nama sebagai artis. Semua itu menjadi pegangan kami sehingga ke hari ini," ungkap Norman penuh luhur sewaktu ditemui pada sidang akhbar usai majlis ulang tahun ke-19 penubuhan KRU di KRU Studios, Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

Daripada menjadi seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik, Norman, Yusry dan Edry, perlahan-lahan mengembangkan sayap seni mereka dengan mengorak cabang lain.

Yusry dan Edry misalnya, masing-masing sudah membuktikan kehebatan mereka sebagai pengarah filem dengan meneroka genre filem baru yang berjaya mendapat tempat di hati peminat.

Lihat sahaja bagaimana Yusry mencipta fenomena luar biasa menerusi filem Cicak-Man dan Hikayat Merong Mahawangsa manakala Edry pula dengan Magika.

Norman pula lebih selesa memainkan peranan sebagai penerbit eksekutif untuk filem-filem terbitan KRU Studios dan mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan skrip.

Buktinya, filem Karak yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini telah mendapat kutipan pecah panggung sehingga mencecah RM4 juta.

Ditanya mengenai resipi kejayaan mereka sehingga mampu bertahan selama 19 tahun di dalam industri, Edry menjelaskan semuanya berlandaskan profesionalisme di mana mereka bertiga sama sekali tidak mencampur aduk antara peribadi dan kerjaya.

"Masing-masing ada tugas tersendiri dan sejak dulu lagi, kami ada portfolio masing-masing. Memang ada yang berkata kalau menjalankan perniagaan keluarga ini tidak akan mampu bertahan lama.

"Tetapi kami telah membuktikan sebaliknya. Apa yang penting adalah sentiasa bersama dan bersatu antara kami adik-beradik. Setiap masalah diselesaikan dengan cara baik dan penuh diplomasi.

"Walaupun ada kalanya kritikan pedas perlu kami telan tetapi kami menganggap semuanya adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Dalam konteks ini, kami menjadikan Walt Disney dan Warner Bros. sebagai inspirasi untuk meluaskan pengaruh empayar kami. Siapa tahu ada orang lain yang akan meneruskan legasi kami nanti," jelas Edry yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-23 tahun lalu menerusi filem Magika.

Melihatkan keseriusan KRU dalam merancakkan industri perfileman tempatan, ada yang bertanya apakah trio popular ini tidak mahu meneruskan lagi bidang nyanyian yang telah melonjakkan nama mereka dulu?

Sambil ketawa kecil, Norman menjelaskan dalam usia mereka sekarang ini agak mustahil untuk mereka kembali mewarnai dunia nyanyian lantaran komitmen dan kesibukan masing-masing.

Lagipun katanya, zaman mereka sudah berlalu dan bagi mereka untuk kembali seperti dahulu adalah mustahil.

"Dengan ini, saya mengumumkan secara rasmi bahawa kami memang sudah bersara dari dunia nyanyian tetapi kami tetap akan menghasilkan lagu terbaru yang sesuai dengan usia kami.

"Alhamdulillah, percubaan kami menghasilkan lagu Ganas membuahkan hasil dan diterima dengan baik oleh peminat setia kami serta peminat baru," ujar Norman sambil dipersetujui Yusry dan Edry di sebelahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lisa Wong muka baru Bella

Posted:

Lisa Wong muka baru Bella

Lisa Wong muka baru Bella

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NURUL AKMA SAMSUDIN dan SITI ASMAD MAMAT (Pelatih Unimas)


LISA akan menemui penonton setia Bella pada siaran setiap hari Ahad rancangan berkenaan.


SETELAH dilanda kontroversi rentetan daripada pengunduran Shasha Saidin sebagai salah seorang daripada empat pengacara rancangan Bella, kini rancangan bual bicara fokus kepada wanita itu menampilkan muka baru sebagai pengacara bersama.

Mula mengendalikan rancangan Bella untuk siaran Ahad, Bella menampilkan Lisa Wong sebagai kolaborasi terbaru di samping tiga lagi pengacara tetap rancangan berkenaan iaitu, Daphne Iking, Deborah Henry dan Elaine Daly.

Kehadiran Lisa sebagai pengacara bersama itu dilihat memberikan sinar baru kepada Bella dalam mengupas isu-isu berkaitan wanita, keluarga dan gaya hidup yang menjadi teras rancangan terbitan NTV7 itu.

"Saya gembira dan teruja kerana diberi peluang bersama dalam Bella memandangkan saya sememangnya berminat dengan rancangan ini.

"Setelah bersama dengan Bella lebih kurang dua bulan bermula April lalu, saya semakin seronok dalam mengacara rancangan ini," jelas Lisa Wong ketika ditemui pada majlis sepetang bersama Bella yang dianjurkan oleh Bvlgari di Suria KLCC, baru-baru ini.

Tambah wanita berdarah campuran Sri Lanka dan Cina itu, apa yang membuatkannya tertarik dengan Bella adalah kandungan yang diketengahkan.

Baginya, Bella adalah landasan terbaik dalam usaha memberikan maklumat berguna kepada para wanita selain memangkin semangat untuk wanita terus bersedia menempuhi cabaran kehidupan.

"Saya sendiri sememangnya berminat dengan topik-topik berkaitan dengan gaya hidup. Itu membuatkan saya semakin teruja untuk bersama dalam Bella.

"Selain itu, Bella saya lihat sebagai satu rancangan yang membolehkan saya berkongsi minat dan maklumat dengan wanita-wanita lain di luar sana.

"Saya juga boleh memberikan panduan dan dorongan agar wanita lebih bersemangat untuk terus memajukan diri sekali gus menjadikan kehidupan ini lebih bermakna," jelasnya yang kini sudah 12 tahun terlibat dengan dunia penyiaran.

Selain itu katanya, apa yang cuba disampaikan melalui segmen yang dikendalikan melalui Bella adalah kupasan topik berkaitan gaya hidup.

"Saya cuba untuk mengupas isu-isu berkaitan dengan kehidupan kini dan saya cuba untuk bersama menaikkan semangat wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan," kata personaliti berusia 34 tahun itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Anwar Ibrahim kuasai Bersih?

Posted:

Anwar Ibrahim kuasai Bersih?

Anwar Ibrahim kuasai Bersih?

Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin sekali lagi 'membuat janji' bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini akan dibatalkan jika segala syarat yang ditetapkan pihaknya dipatuhi kerajaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau akan meminta Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga membatalkan perhimpunan itu sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil.

Janji itu dibuat ketika berucap di hadapan lebih 2,000 ahli PKR yang menghadiri satu konvensyen pilihan raya anjuran parti itu di Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Anwar berlagak seolah-olah beliau boleh menentukan jadi atau tidak jadi perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Kalau Najib tidak ikut cakapnya, himpunan itu akan diteruskan.

Apa yang menjadi persoalan ialah Anwar sudah mengambil peranan Ambiga. Dan sikap Anwar itu ditegur oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu, "Kami telah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan itu dan kamilah yang akan memutuskan sama ada hendak mengadakannya ataupun tidak."

Ambiga tidak perlukan Anwar dan PKR kerana Pas sudah cukup komited dengan Bersih 2. Pas juga tidak 'curi' Bersih untuk kepentingan diri.

Bagaimana pula dengan kelayakan Anwar untuk berlagak seperti hero bagi memperjuangkan pilihan raya bersih, sedangkan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada November tahun lalu telah dicemari dengan pelbagai penyelewengan.

Masyarakat masih ingat bagaimana ia berpunca daripada tindakan Anwar sendiri yang berpihak kepada 'anak emas' beliau, Azmin Ali yang bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Perkara itu diakui sendiri oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor yang menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan perhimpunan haram Bersih ditangguhkan.

''Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab," katanya.

Apa yang disebut oleh Ezam itu ada kebenarannya jika dilihat keputusan bekas ahli MPP parti itu, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti. Beliau kemudiannya keluar daripada PKR.

Ketika mengumumkan keputusan itu pada 8 November lalu, peguam yang sentiasa berpegang kepada nilai demokrasi dan tadbir urus yang baik berkata, beliau bertindak sedemikian kerana pucuk pimpinan parti secara aktif membenarkan berlakunya penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan.

Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.

Zaid bertindak sedemikian setelah beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan beliau mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Membuat desakan sama ialah seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, yang menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.

Turut tidak berpuas hati ialah calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin yang telah menulis sepucuk surat kepada Presiden PKR , Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Ketua Cabang Kota Marudu telah dihubungi oleh Anwar sendiri yang 'mengarahkan' sokongan kepada calon tertentu.

Selain kekecohan ketika pemilihan MPP, mesyuarat memilih kepimpinan cabang pada September dan Oktober lalu turut penuh dengan kontroversi termasuklah kerusi berterbangan, dakwaan penggunaan samseng dan penipuan kertas undi.

Di Cabang Kota Raja misalnya, calon Ketua Cabang, S. Kottapan mendakwa ditumbuk oleh penyandang jawatan itu, Dr. Xavier Jayakumar.

Pergaduhan besar juga berlaku di Cabang Sabak Bernam, Klang dan Kuala Langat apabila kotak-kotak undi dipecah manakala kerusi dibaling.

Insiden tolak-menolak turut berlaku di Cabang Hulu Selangor apabila 100 ahli parti itu bertindak menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi memasuki pekarangan dewan pengundian.

Perkara sama berlaku di Cabang Bayan Baru apabila ramai ahli tidak berpuas hati kerana kertas fotostat dibenarkan digunakan sebagai kertas undi.

Berdasarkan rentetan penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan PKR, kita ingin bertanya adakah parti itu akan turut sama memenuhi segala tuntutan yang dibuat oleh Anwar dan Bersih terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?

Antara tuntutan itu adalah bersihkan senarai undi, akses media yang bebas serta adil, hentikan rasuah dan politik kotor. Jika tidak, ia ibarat 'meludah ke langit, kena muka sendiri'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya masjid hanya undang ‘permusuhan’

Posted:

Pilihan raya masjid hanya undang 'permusuhan'

Pilihan raya masjid hanya undang 'permusuhan'

Khabar dari Geogetown

PENANGGUHAN 'pilihan raya masjid' yang pertama kali mahu diadakan di negeri ini ternyata melegakan banyak pihak.

Umum mengetahui dan tidak perlu rasanya dinyatakan secara panjang lebar apa kesannya terhadap masyarakat Islam jika kaedah itu dilaksanakan.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff, beliau tidak mahu perpecahan di kalangan orang Melayu berikutan perebutan jawatan dalam pentadbiran masjid pada 1980-an berulang.

Lantas beliau menceritakan kepada penulis mengenai corak pentadbiran institusi masjid di negeri ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sekarang supaya masyarakat faham kenapa pelaksanaan kaedah tersebut perlu dielakkan.

Menurutnya, semasa zaman penjajahan, hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dikendalikan oleh Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang.

Bagaimanapun, badan itu tidak mempunyai kuasa terhadap wakaf-wakaf termasuk masjid dan surau yang banyak terdapat di negeri ini.

Segala wakaf ditadbir oleh Lembaga Wakaf Orang Islam dan Hindu yang dipengerusikan oleh Pemungut Hasil Tanah yang merupakan 'orang putih' dengan orang Islam serta Hindu menjadi anggota lembaga itu.

"Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, Perikatan Pemuda Pulau Pinang mencadangkan supaya pentadbiran bagi orang Islam dan Hindu dalam lembaga tersebut diasingkan.

"Ketika itu saya merupakan Setiausaha Perikatan Pemuda Pulau Pinang dan kami berpendapat sudah tiba masa ditubuhkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dua tokoh Melayu, iaitu bekas majistret, G.M. Yusoff dan Pesuruhjaya Haji, Ali Rouse ditugaskan untuk merangka perlembagaan MAIPP. Usul berkenaan kemudiannya dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu diluluskan penubuhan MAIPP pada 1959.

G.M. Yusoff telah dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP pertama manakala Ali Rouse sebagai Setiausaha Kehormat majlis tersebut.

Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menjadi Mufti Pulau Pinang yang pertama. Sejak itu, segala urusan pentadbiran masjid diselia oleh MAIPP.

Mohd. Yussof memberitahu, pada awal 1960-an, MAIPP merancang untuk melantik ahli jawatankuasa kariah bagi mengurus masjid secara lebih sistematik.

"Sebelum itu, segala urusan pentadbiran masjid dikendalikan oleh orang kampung sendiri seperti imam dan penghulu. Jawatan-jawatan tersebut pula biasanya diperturunkan dari generasi ke generasi," ujarnya.

Bagaimanapun, bukan mudah bagi MAIPP pada peringkat permulaan untuk membuka minda penduduk kampung supaya menerima kaedah baru itu.

Sesi penerangan ke seluruh masjid dilakukan bagi memaklumkan kepada masyarakat mengenainya. Namun, usaha tersebut akhirnya berjaya dan pemilihan jawatankuasa kariah masjid ala pilihan raya pun diperkenalkan.

Sehinggalah pada sekitar 1980-an, unsur berpuak-puak mula menjalar di kalangan kariah. Ketika itu masjid dilihat sebagai institusi yang kukuh dari segi kewangan dan mempunyai pengaruh kepada masyarakat.

Bagi calon, jika terpilih maka ada 'habuan' yang menanti mereka seperti elaun dan kemudahan-kemudahan lain termasuk kuasa. Maka berlakulah perebutan kerusi jawatankuasa kariah masjid sehinggakan pernah berlaku calon membawa 'pengundi-pengundi hantu' dengan bas untuk mengundinya.

Akibatnya, bibit-bibit perpecahan menular di kalangan penduduk kampung seperti boikot-memboikot kenduri berikutan perbezaan 'parti'.

Bagi mengelak institusi masjid tercemar dan demi menjaga perpaduan masyarakat Islam, Exco Agama ketika itu, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar diberikan tanggungjawab merangka kaedah baru supaya proses pemilihan diadakan secara lebih demokrasi dan terkawal.

"Maka dicadangkan bagi setiap penggal baru, jawatankuasa sedia ada mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan senarai 15 calon termasuk dua wanita kepada MAIPP untuk dilantik sebagai ahli jawatankuasa kariah masjid.

"Kaedah inilah yang diguna pakai sehingga sekarang tanpa sebarang pertelingkahan di kalangan ahli kariah," jelasnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila perkataan 'syukur' keluar daripada Mohd. Yussof sebaik-baik menerima berita menerusi panggilan telefon bahawa proses pilihan raya masjid ditangguhkan atas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jumaat lalu.

Pastinya beliau tidak mahu 'parah' yang berlaku ke atas masyarakat Islam di Pulau Pinang sekitar 1980-an berulang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cinta Tok Ayah pada Raja

Posted:

Cinta Tok Ayah pada Raja

Cinta Tok Ayah pada Raja

Oleh HAMDEN RAMLI
Gambar Roy Aziz Abdul Azis


Sultan azlan shah menganugerahkan gelaran orang besar 32 kepada tok ayah pada september 1987.


DENGAN berpandukan maklumat yang cukup ringkas, penulis bergerak mencari seorang lelaki yang dikatakan antara individu penting dalam memastikan adat istiadat keluarga diraja Perak dilaksanakan dengan betul mengikut amalan yang telah diwarisi turun-menurun.

Maklumat yang ada di tangan hanyalah rumah tepi warna kuning dan nama lelaki tersebut adalah Tok Haji Abdul Rahim berusia lebih 80 tahun.

Melihat pada usia, penulis membayangkan kesusahan yang bakal dihadapi untuk menemubual lelaki tersebut. Pada usia 86 tahun sudah pasti banyak kekurangan daripada segi pendengaran, penglihatan dan pertuturan. Paling tidak mesti sudah duduk atas kerusi roda.

Ketika penulis mencorak-corak rupa dan keadaan lelaki tersebut, kereta yang dipandu menghampiri rumah tepi, berwarna kuning yang dicari itu.

Sebaik keluar saya melihat kelibat seorang lelaki, tanpa baju sibuk membersihkan halaman rumah teres setingkat itu.

Salam yang diberi disambut dengan penuh hormat. Saya terus mengambil peluang bertanyakan kepada lelaki berkenaan tentang Tok Haji Abdul Rahim.

Setelah mendengar soalan penulis, lelaki tersebut tersengih sambil berkata: "Sayalah Haji Abdul Rahim Mohamed."

Dalam keadaan bersyukur kerana dipermudahkan urusan untuk mencari lelaki berkenaan, saya sedikit meragui kebenaran identiti lelaki yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah itu.

Walaupun raut mukanya jelas menunjukkan usianya melebihi 80 tahun, tetapi segala pergerakan, pertuturan, bahasa pula melambangkan sebaliknya.

Sebaik selesai membetulkan baju T yang dipakainya, beliau duduk sambil memadamkan bara rokok Salem yang menjadi kegemarannya.

Lalu bicara dimulakan bicara dengan mengakui dia merupakan antara individu penting dalam memastikan adat istiadat diraja Perak dilaksanakan seperti dikehendaki.

"Ini bukan satu keistimewaan, ia satu anugerah. Satu lagi benda-benda macam ini (melakukan adat istiadat istana) tidak boleh diminta-minta, sebaliknya merupakan satu kurniaan daripada ke Bawah Duli Sultan Perak," ujarnya memulakan bicara tentang tugasnya dalam dunia keluarga diraja Perak.

Satu lagi pesanannya sebelum dia berbicara lanjut adalah: "Tok Ayah ini bukan pawang diraja, ramai yang salah sangka."

Tok Ayah memulakan bicaranya dengan mencerita detik awal bagaimana dia boleh berada dekat bersama keluarga diraja Perak, sebelum meliputi kisah-kisah keunikan serta cabaran melaksanakan segala istiadat yang telah digunapakai oleh keluarga diraja berkenaan.

Sebagai Orang Besar Ke-16 yang membawa gelaran Toh Wangsa, Tok Ayah terlibat dalam hampir semua adat istiadat keluarga diraja Perak. Ini termasuk Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak sempena pertabalan Sultan Perak, pembinaan pelbagai peralatan sokongan bagi melaksanakan istiadat tersebut seperti Balai Gambang dan kereta pengusung jenazah ketika istiadat pemakaman keluarga diraja Perak.

Selain itu Tok Ayah juga merupakan antara individu yang sentiasa sibuk ketika majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Pada hari itu beliau akan memastikan segala peraturan berpakaian bagi penerima darjah dan pingat kebesaran dipatuhi.

Tugas itu tidak mampu dilakukan jika dia tidak mempunyai kemahiran untuk mengikat tengkolok dan sampin yang merupakan elemen penting dalam komponen pakaian istiadat diraja Perak.

Terdapat sembilan bentuk ikatan tengkolok negeri Perak yang dikuasai Tok Ayah. Antaranya, tengkolok Bugis Tak Balik, Balung Raja, Ayam Patah Kepak, Helang Patah Sayap, Dendam Tak Sudah, Helang Menyusur Angin dan Getang Pekasam.

Setiap bentuk mempunyai lebih dari dua cara lipatan yang setiap satunya mempunyai maksud tertentu.

Sebagai contoh, ikatan tengkolok ayam patah kepak melibatkan tiga gerakan lipatan. Lipatan pertama membawa maksud patah rebung; kedua genggam sebuku dan ketiga patah kepak. Menurut Tok Ayah, dia hanya mengambil masa antara tiga hingga lima minit untuk menyempurnakan satu lipatan tengkolok.

Kemahiran itu menyebabkan Tok Ayah hingga hari ini sentiasa sibuk setiap kali berlangsung istiadat penganugerah darjah dan pingat kebesaran negeri.

Ramai bakal penerima pingat kebesaran datang ke rumah sama ada untuk menyewa kelengkapan istiadat tersebut atau bertanyakan kaedah betul menggunakannya.

Sepanjang perbualan itu Tok Ayah kelihatan selamba mengorek kembali ingatannya selama lebih separuh abad bersama keluarga diraja Perak. Setiap tutur katanya disusun dan dikeluarkan dengan penuh tertib.

Kiasan dan pepatah tidak pernah lekang daripada meniti bibir, sekali gus membuktikan ketinggian kehalusan budaya Melayu yang teguh pada dirinya.

Terlalu banyak kisah menarik yang diceritakannya satu persatu termasuklah peristiwa menyelamat Sultan Idris Shah daripada lemas apabila bot dinaiki mereka bocor ketika dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan.

Terbabit dalam acara pertabalan Sultan Perak juga merupakan peristiwa besar yang berlaku sepanjang berkhidmat bersama keluarga diraja berkenaan.

Pertabalan Sultan Perak melibatkan istiadat-istiadat seperti Tabal Kerajaan, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarahi Makam-Makam Diraja dan Beting Beras Basah.

Bagaimanapun istiadat yang kerap diperkatakan rakyat jelata sudah pasti Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak yang tergolong di bawah istiadat Tabal Pusaka.

Menurut Tok Ayah, selain dia, individu yang terbabit mengambil air bersiram itu adalah Tok Nara dan Pawang Diraja.

Mereka akan bergerak ke kuala-kuala sungai yang telah ditetapkan iaitu kuala Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora. Semua air akan dimasukkan ke dalam geluk untuk dibawa ke istana.

"Proses seterusnya selepas sampai di istana, hanya Tok Nara dan Pawang Diraja yang tahu," katanya sambil menambah air tersebut akan dikeluarkan semula pada Istiadat Bersiram Tabal berlangsung di Panca Persada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Satu lagi kelebihan Tok Ayah adalah beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membina Balai Gambang iaitu kenderaan seperti bot berhias yang akan digunakan sepanjang istiadat pertabalan Sultan Perak.

Menurut Tok Ayah, Balai Gambang mula diperkenalkan ketika pertabalan Sultan Perak, Sultan Idris Shah.

"Sultan Idris yang mencipta sendiri bentuk dan apa yang patut ada pada Balai Gambang tersebut. Kira-kira setahun sebelum mangkat, Sultan Idris menurunkan ilmu membuat Balai Gambang kepada empat individu iaitu Tok Ayah dan tiga tukang kayu dari Teluk Intan masing-masing dikenali sebagai Pak Dom, Pak Hassan dan Raja Numan.

"Sebelum adanya Balai Gambang dan bot Seri Andalan, majlis pertabalan Sultan yang membabitkan Istiadat Menziarahi Makam-Makam Diraja di sepanjang Sungai Perak menggunakan rakit," ujarnya.

Menurutnya, Balai Gambang dilengkapi kemudahan bilik makan, tempat tidur mampu membawa 30 penumpang pada satu masa.

Tok Ayah juga merupakan orang penting dalam pembinaan Si-Raja Diraja iaitu peralatan berupa usungan atau pedati bagi mengusung jenazah pada Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman yang turut dikenali Raja Diraja.

Kerja membina pedati tersebut dimulakan sebaik berita kemangkatan diumumkan dan ia perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Pedati itu mesti berkemampuan untuk dinaiki tujuh anak dan cucu raja yang akan mengiringi jenazah. Ia akan diusung oleh 36 orang," jelas Tok Ayah.

Sehingga kini beliau beliau telah mengetuai pembinaan lima Si-Raja Diraja membabitkan Istiadat Kemangkatan dan Pemakaman Sultan Idris Shah (1984), Raja Ikram; Raja Muda, Raja Ahmad Siffuddin (1987), Raja Di Hilir, Raja Ahmad Hisham (1997) dan kekanda sulung Sultan Perak, Raja Baharom Shah (2009).

Segala pengalaman itu menjadikan dia hari ini tidak ubah seperti 'perpustakaan hidup' kepada orang-orang besar istana atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal istiadat keluarga diraja Perak.

Ini diakui oleh isterinya, Norkamariah Abu Hassan yang terpaksa mengehadkan pergerakan Tok Ayah bagi menjaga tahap kesihatannya.

Tok Ayah yang dilahirkan di Kampung Pulau Tiga, Kampong Gajah mula bertugas bersama keluarga di raja Perak selepas Jepun menyerah kalah pada 1945. Pada tahun itu dia diterima bekerja sebagai pemandu bot di Jabatan Laut.

Pada 1947 Tok Ayah menyertai Jabatan Polis Laut selama tiga tahun. Sepanjang tempoh bertugas di kedua-dua jabatan itu Tok Ayah sempat menabur bakti di bawah pemerintahan Sultan Yussuff Shah.

Apabila Sultan Yussuff mangkat , Tok Ayah dilantik pula sebagai salah seorang petugas Sultan Idris Shah.

Tugas hakikinya adalah sebagai juragan bot dan kemudiannya sebagai Pegawai Pemerintah apabila bot tersebut dinaik taraf sebagai kapal.

Pada 1 September 1987, Tok Ayah dikurniakan gelaran Orang Besar 32 dan pada 27 Mac 2004 pula gelaran Orang Besar 16 oleh Sultan Azlan Shah.

Menurut Tok Ayah, tidak ada sedikit pun darah keturunan raja mengalir pada dalam dirinya. Ayahnya, Mohamed yang lebih dikenali sebagai Tak merupakan seorang bilal. Ibunya dikenali sebagai Long Putih merupakan guru al-Quran di Pulau Tiga.

"Cuma ibu saya dahulu banyak menyusukan anak-anak keluarga diraja," katanya.

Pun begitu setia dan cintanya kepada institusi diraja Perak sukar digugat. Hatinya mudah panas dan darahnya cepat menyirap setiap kali mendengar pihak-pihak memperlekehkan institusi berkenaan.

Cintanya pada institusi diraja itu menyebabkan dia tidak mahu berganjak dari kawasan Bukit Chandan yang menempatkan Istana Iskandariah.

"Kalau ikutkan Tok Ayah, dia sanggup untuk tinggal di rumah usang yang telah diduduki sejak berkhidmat di bawah Sultan Idris Shah tetapi saya mengajak pindah kerana rumah tersebut sudah tidak selamat.

"Hendak mendirikan rumah baru sukar kerana tanah itu bukan atas nama Tok Ayah dan sehingga kini Tok Ayah tidak pernah memiliki ataupun dikurniakan tanah. Bila taman perumahan ini dibuka, dia setuju pindah kerana masih dalam kawasan Bukit Chandan," jelas isterinya.

Menurut Tok Ayah, selagi hayat dikandung badan, beliau akan tetap setia dan sedia berkhidmat dengan Sultan Perak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peristiwa bersama Sultan Idris Shah

Posted:

Peristiwa bersama Sultan Idris Shah

Peristiwa bersama Sultan Idris Shah


Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bersalaman dengan Tok Ayah pada satu majlis di Perak.


LEBIH separuh abad mengabdikan diri kepada institusi diraja di Perak, Toh Seri Wangsa Abdul Rahim Mohamed tidak melupakan dua peristiwa getir bersama Sultan Idris Shah.

Pertama adalah peristiwa hampir maut apabila bot yang dinaiki bersama Sultan Idris Shah bocor dan hampir karam di Selat Melaka.

Yang kedua ketika menemani Sultan Idris Shah berdepan dengan orang Melayu dan Cina yang pada ketika itu perasaan marah mereka sedang membuak-buak selepas tercetus pergaduhan di Pulau Pangkor.

Menyingkap peristiwa yang berlaku 40 tahun lalu, beliau berkata, segalanya bermula pada satu petang sekitar pukul 5, ketika dia bersama Sultan Idris Shah dalam perjalanan pulang dari Lumut ke Teluk Intan.

Deruan angin Selat Melaka yang pada mulanya nyaman memukul pipi tiba-tiba dirasakan berubah.

Awan hitam cepat berarak masuk menggantikan awan-awan putih. Ombak mula memukul kuat dinding bot sehingga menyebabkan ia terumbang-ambing.

Melihat keadaan yang tidak baik itu Tok Ayah memohon kepada Tuanku Sultan Idris untuk kembali mengemudi bot berkenaan.

Hujan terus turun dengan lebat dan ombak semakin ganas.

Tiba-tiba terasa satu pukulan kuat ombak menghempap dinding bot dan serentak itu awak-awak bot menjerit bot pecah, air masuk.

Keadaan menjadi kelam kabut tetapi dengan pantas dan tenang Tok Ayah mengawal keadaan dengan meminta awak-awak berkenaan segera menutup kebocoran tersebut dengan bantal.

Dalam keadaan air semakin banyak memasuki bot, Tok Ayah terus mengemudi bot berkenaan dengan berhati-hati sambil mulutnya tidak berhenti berdoa mohon diselamatkan daripada sebarang peristiwa buruk.

Pengalaman cemas itu berakhir dan berkat doa serta kecekapan pengemudian Tok Ayah. Bot yang membawa Sultan Idris Shah itu berjaya mengharungi badai dan tiba dengan selamat di Bagan Datoh.

Bercerita mengenai kisah di Pulau Pangkor, Tok Ayah memberitahu berita mengenai pergaduhan di pulau tersebut diketahui ketika Sultan Idris Shah dalam perjalanan menaiki kapal ke Pulau Pinang.

"Ketika sampai di perairan sekitar Kuala Kurau, kami mendapat maklumat menerusi sistem perhubungan atur wayarles bahawa pergaduhan semakin serius, tidak terkawal dan tidak ada siapa pun yang berani untuk datang mengawal.

"Sultan Idris mengarahkan kami berpatah balik ke Pulau Pangkor. Setiba sahaja di pulau tersebut ketegangan jelas dirasai.

"Saya dan Sultan Idris naik ke pulau dan bertemu dengan ketua-ketua kumpulan terbabit.

"Kami yang menjangkakan satu tindak balas akan berlaku terkejut dan lega dengan penerimaan baik semua pihak bertelagah," katanya.

Menurut Tok Ayah ekoran kedua-dua kejadian itu mendorong Sultan Idris Shah mengurniakan kepadanya Pingat Keberanian Handal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jimat 40 minit ke Lembah Klang

Posted:

Jimat 40 minit ke Lembah Klang

Jimat 40 minit ke Lembah Klang

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
kota@utusangroup.com.my


Shaziman Abu Mansor (kiri) diberi penerangan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid pada majlis pecah tanah projek Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya di Rawang semalam. – UTUSAN/Hayat Sueet


KUALA LUMPUR 19 Jun – Komitmen kerajaan untuk mengutamakan rakyat sekali lagi terbukti apabila projek pembinaan bertingkat yang menghubungkan kawasan Sungai Buaya dengan Lebuh Raya Utara-Selatan dilancar secara rasmi hari ini, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun penduduk di kawasan terlibat.

Kerja-kerja persimpangan bertingkat yang menelan perbelanjaan kira-kira RM100 juta telah dimulakan secara rasminya Selasa lalu dan dijangka siap pada 2013.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kerja pembinaan persimpangan bertingkat itu sebelum ini tertangguh kerana pemaju kawasan tersebut menghadapi masalah kewangan ekoran krisis ekonomi.

Beliau memberitahu, sebanyak RM86 juta daripada kos pembinaannya ditanggung oleh pihak PLUS Expressways Bhd. (PLUS), manakala kos pengambilan balik tanah seluas 25 hektar pula dibiayai oleh Kerajaan Pusat.

"Saya percaya dengan wujudnya persimpangan bertingkat ini nanti, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 110,000 penduduk kawasan sekitar dengan penyediaan akses mudah ke lebuh raya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah di sini, hari ini.

Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melawat ke kawasan tersebut ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor berjanji mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut dan janji beliau telah ditunaikan apabila upacara pecah tanah bagi persimpangan bertingkat dilakukan hari ini.

Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya terletak di Kilometer (KM) 434.7 Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di antara Persimpangan Bertingkat Rawang di KM444 dan persimpangan bertingkat Bukit Beruntung di KM428.

Shaziman menjangkakan, pembinaan persimpangan yang akan siap pada 13 Jun 2013 itu akan dapat memendekkan jarak perjalanan dua hala sehingga 32 kilometer serta menjimatkan perjalanan antara 40 minit hingga 1 jam ke Lembah Klang.

Menurutnya, persimpangan itu juga akan bertindak sebagai laluan alternatif serta kemudahan akses bagi dua aktiviti industri utama manakala lebih 100 industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedia ada di kawasan tersebut.

"PLUS juga sedang dalam proses membina dua lagi persimpangan bertingkat yang baru di Alor Pongsu dan Bukit Gambir untuk memberi lebih manfaat kepada orang ramai," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim ketika ditemui menyatakan kesyukuran serta berterima kasih kepada Kerajaan Pusat.

Katanya, Jawatankuasa Persatuan Penduduk tidak pernah berputus asa sebaliknya terus melakukan desakan demi desakan dan akhirnya impian mereka menjadi kenyataan hari ini.

"Lebuh raya itu akan menjadi jalan penghubung strategik dan penting untuk trafik komuter harian ke ibu negara, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pelabuhan Klang dan kawasan industri lain seperti Shah Alam dan Petaling Jaya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem paip dalaman penyebab air keruh

Posted:

Sistem paip dalaman penyebab air keruh

Sistem paip dalaman penyebab air keruh

PETALING JAYA 19 Jun - Sistem perpaipan dalaman mungkin penyebab kepada kekeruhan air yang dibekalkan ke rumah dan juga premis-premis bangunan.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata, kualiti air Syabas adalah menepati piawai yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan tidak mungkin air yang dibekalkan keruh warnanya.

Katanya, Syabas sentiasa memberi penekanan dalam kualiti air dan ini terbukti apabila ujian ke atas air di paip Syabas mendapati bahawa kadar klorin adalah mencukupi untuk menyahkan bakteria dalam air.

"Begitu juga dengan kejernihan air. Didapati bahawa air itu 'zero in colour' atau tidak mempunyai warna dan tidak keruh. Ini adalah hasil yang diperoleh daripada paip Syabas.

"Namun, pada ujian kedua yang mana sampel air diambil daripada tangki premis dan bangunan mendapati bahawa memang ada perubahan pada air iaitu terdapat kandungan asid yang lebih dan bermakna kandungan alkali sudah pun berkurangan.

"Kandungan klorin juga banyak berkurangan serta air kelihatan sedikit keruh," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi dialog menerusi program Skuad Ronda Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di ibu pejabat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Sungai Way di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Datuk Paul Selva Raj.

Abdul Halem berkata, pihak Syabas bertanggungjawab terhadap kualiti air sebelum meter paip dan pihaknya akan mencuci paip air jika didapati air itu keruh.

Katanya, pihaknya mempunyai pusat sampel air dan sentiasa mengadakan ujian secara berjadual supaya dapat memastikan kualiti air berada pada tahap yang baik.

"Kalau kami memperoleh sampel air yang keruh selepas meter air maka kami akan menasihatkan pengguna agar mencuci tangki dalaman atau pun menggantikan paip baru.

"Kami akan menasihatkan pengguna jika kualiti air itu berada pada tahap yang serius kerana ia melibatkan kos daripada pengguna sendiri," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjaja di Bazaria Pantai bertuah

Posted:

Penjaja di Bazaria Pantai bertuah

Penjaja di Bazaria Pantai bertuah

KUALA LUMPUR 19 Jun - Peniaga-peniaga yang mendapat peluang berniaga di Pusat Penjaja Bazaria Pantai, Pantai Dalam di sini sangat bertuah kerana bakal menjalankan perniagaan di tempat yang selesa dengan pelbagai kemudahan.

Ia adalah sebaliknya daripada apa yang dirungutkan sebahagian penjaja tepi Jalan Bukit Angkasa, yang mendakwa unit gerai di bazar berkenaan terlalu kecil dan tidak selamat.

Saiz gerai di bazar tersebut sebenarnya yang paling besar jika dibandingkan dengan gerai di pusat-pusat penjaja lain di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pusat penjaja itu juga sangat unik kerana mempunyai persekitaran yang sangat cantik.

Katanya, melihat kepada perkembangan ini, bazar ini mempunyai kelebihan yang sangat ketara berbanding pusat penjaja di tempat lain.

"Di sini telah disediakan pelbagai landskap yang menarik, di samping terdapat kawasan hijau yang mampu memberi ketenangan kepada peniaga mahupun pengunjung.

"Yang paling penting, dengan adanya bazar ini, masalah trafik yang sering menghantui penduduk sekitar selama ini akan turut selesai," katanya bagi mengulas rungutan sesetengah peniaga yang menyatakan unit gerai di Bazaria Pantai adalah kecil dan tidak selesa, baru-baru ini.

Terdahulu, Nong Chik merasmikan pembukaan bazar tersebut dan menyerahkan kunci dan surat tawaran berniaga kepada 81 peniaga.

Bazaria Pantai mempunyai 157 unit gerai, menelan belanja RM5.3 juta dan RM3.3 juta daripada jumlah itu ditampung oleh Kumpulan Amona.

Projek itu terbahagi kepada dua fasa, dengan yang pertama melibatkan pembinaan 117 unit gerai, sebuah surau, sebuah rumah sampah dan tandas, manakala fasa kedua bakal bermula pada pertengahan bulan depan.

Kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga di situ adalah sebanyak RM150 sebulan.

Nong Chik berharap peniaga yang sudah mendapat kunci segera berpindah masuk dalam masa terdekat.

"Kami beri tempoh sebulan kepada mereka ini untuk berpindah, selepas semuanya selesai, kami akan mula membersihkan gerai-gerai yang terdapat di tepi jalan kawasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved