Rabu, 16 April 2014

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Jualan Mercedes tidak terjejas

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April - Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes Malaysia) tidak melihat isu mengenai peningkatan kadar feadah pinjaman kereta bakal menjejaskan jualannya.

Ketua Pegawai Ekskutifnya, Roland Folger berkata, ini terutama sekali syarikatnya sendiri turut menawarkan pakej pinjaman pembelian keretanya selain Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri tidak melakukan penetapan rasmi berhubung sebarang kenaikan kadar feadah pinjaman kereta.

"Faktor lain adalah pengenalan model-model terkini kami di pasaran. Jadi saya tidak melihat perkara itu (jualan terjejas) berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis merasmikan pusat 3S (alat ganti, jualan dan servis) di Balakong dekat sini hari ini.

Sejak bulan lalu, dilaporkan beberapa bank tempatan telah menaikkan kadar feadah pinjaman kereta yang sebelum ini, antara 2.1 peratus hingga 2.4 peratus, kepada antara 2.7 peratus hingga 3.1 peratus. Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad juga menyatakan kenaikan kadar itu masih boleh diterima dan tidak dilihat berupaya menjejaskan industri.

Sebelum ini BNM juga menafikan telah memberi arahan kepada institusi perbankan tempatan supaya menaikkan kadar faedah pinjaman untuk pembelian kereta.

Jelas bank pusat itu, penetapan kadar faedah itu ditentukan oleh perbankan sendiri berdasarkan faktor-faktor seperti kedudukan kredit peminjam, kadar pinjaman pasaran serta pertimbangan persaingan.

Jualan kereta penumpang Mercedes di Malaysia bagi suku pertama tahun ini berjumlah 1,676 buah, meningkat berbanding 1,211 buah pada suku pertama tahun lalu.

Dalam majlis yang diadakan sebelum ini, pusat 3s keenam milik Hap Seng Star itu merupakan pusat 3s terbesar Mercedes di Asia Tenggara dengan keluasaanya 140,000 kaki persegi yang dibangunkan di atas tanah seluas 1.86 hektar membabitkan pelaburan berjumlah RM60 juta.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Timur dan Tengah Eropah, Afrika serta Asia Daimler, Peter Trettin, Ketua Eksekutif Hap Seng Star, Harald Behrend dan Pengarah Urusan Hap Seng Consolidated Bhd, Edward Lee.

Tahun lalu, Hap Seng Star merekodkan jualan lebih 1,000 unit pelbagai model kereta penumpang Mercedes-Benz menerusi lima Mercedes-Benz Autohaus iaitu di Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak serta tiga di Lembah Klang. Hap Seng Star sudah melabur hampir RM200 juta bagi membangunkan enam Mercedes-Benz Autohaus di seluruh negara setakat ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pemandu bas ekspres positif dadah

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Wan Khairul Efendi Wan Mustapa dibawa ke Mahkamah Majistret, Bentong, Pahang, semalam. - UTUSAN/Abdul Rashid Abdul Rahman

BENTONG 16 April - Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub Sabtu lalu, dituduh di mahkamah di sini hari ini, atas kesalahan positif dadah jenis morfin.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 35, yang direman sejak empat hari lalu di lokap Balai Polis Bentong, dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, pemandu bas tersebut dituduh di hadapan Majistret Mohd. Isa Md. Nor yang turut dihadiri isteri, bapa serta sanak-saudara lain, kira-kira pukul 11 pagi.

Wan Khairul Efendi bagaimanapun dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarganya tetapi akan ditangkap semula di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut di bawah seksyen itu," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohamad Mansor, berdasarkan ujian air kencing yang diambil selepas kemalangan itu, pemandu bas terlibat yang berasal dari Kelantan, positif dadah.

Tambahnya, polis juga melakukan ujian darah terhadap pemandu tersebut yang keputusannya akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, peguam Wan Khairul Efendi, Azizzul Shariman Mat Yusoff berkata, anak guamnya itu yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan, dibebaskan setelah diikat jamin sebanyak RM2,000 oleh keluarganya.

Beliau yang turut dibantu Mohd. Shukri Ibrahim bagi pihak pembelaan memberitahu, mahkamah menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan kes tersebut.

Sabtu lalu, seramai tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub di sini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, dan pasangan suami isteri Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31 (warga Somalia), dan isterinya Zarifah Alias, 26.

Dua parah rumah teres runtuh

Posted: 16 Apr 2014 12:53 AM PDT

SHAH ALAM 16 April - Dua buruh warga Indonesia parah selepas rumah teres yang sedang dalam proses pengubahsuaian tiba-tiba runtuh di Jalan Sulam Satu, Seksyen 19, di sini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.29 pagi yang memberitahu tentang dua mangsa yang terperangkap dalam runtuhan itu.-UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Perak bakal beraksi tanpa penyokong

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
Sukan@utusan.com.my

PASUKAN FRU terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan penyokong Perak yang cuba menyerang penyokong JDT selepas pasukan Perak tewas 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, kelmarin. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

PETALING JAYA - Kekecohan yang dicetuskan penyokong Perak terhadap penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin mungkin akan menyebabkan pasukan Bos Gaurus beraksi di laman sendiri di dalam stadium kosong.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hukuman itu merupakan antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap mana-mana persatuan bola sepak yang gagal menyediakan kawalan keselamatan mengikut piawaian yang ditetapkan sehingga membolehkan kekecohan seumpama itu tercetus.

Beberapa kemungkinan akan berlaku sekiranya dikenakan tindakan tatatertib, kemungkinan Perak terpaksa beraksi di dalam stadium kosong tetapi kami berharap tidak sampai ke tahap itu.

FAM sedang menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan untuk dirumuskan sebelum diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk tindakan susulan kerana kami melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sangat serius," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM di sini semalam.

Pertemuan di antara kedua-dua pasukan itu dicemari insiden kekecohan penyokong yang berlaku selepas perlawanan tamat.

Tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota keselamatan lain berjaya menghalang insiden tersebut menjadi lebih buruk.

Kira-kira 250 penyokong JDT lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri dan mereka menunggu beberapa lama di situ hingga keadaan selamat sebelum beredar.

Kekecohan sudah dijangka akan berlaku kerana pada sebelah pagi dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan diconteng di bahagian sisi dengan cat kuning ketika diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.

Hamidin berkata, pihaknya turut kecewa dengan insiden yang berlaku itu sambil menyifatkan tindakan seperti itu menjejaskan kerancakan sukan bola sepak tanah air dan sekali gus memberikan implikasi tidak baik kepada Persatuan Bolasepak Perak (Pafa).

Katanya, insiden itu berpunca daripada segelintir penyokong yang ingkar dengan peraturan keselamatan yang ditetapkan dan beliau khuatir akan terus berlaku sekiranya tidak dibendung secara menyeluruh.

Secara peribadi saya sangat sedih dengan kejadian ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan termasuk kempen Anti Hooligan dan surat peringatan kepada pihak persatuan berhubung insiden seumpama ini.

Bagaimanapun ia tetap menjadi tanggungjawab untuk menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi bagi membendung perkara ini daripada berlaku dan sekiranya berlaku kekacauan lagi pada masa akan datang, agak malang buat Pafa," katanya.

Bulan lalu, Pafa dikenakan denda berjumlah RM20,000 selepas mengaku bersalah di bawah empat pertuduhan termasuk tindakan penyokong membakar mercun ketika pemain menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Terengganu pada 25 Januari lalu di laman sendiri.

Tiga lagi kesalahan melibatkan pembakaran mercun selepas tamat perlawanan, tindakan penyokong membakar suar dan gagal menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi semasa perlawanan berlangsung.

Penyokong Perak bertindak ganas kerana dendam

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my

Penyokong JDT diarah berkumpul di tengah padang oleh pihak keselamatan selepas diserang penyokong pasukan tuan rumah selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

IPOH - Tindakan ganas penyokong Perak terhadap penyokong Johor Darul Takzim (JDT) selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak kelmarin disifatkan kekecohan melibatkan penyokong yang terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

Ia tercetus selepas perlawanan yang berakhir dengan pasukan pelawat menang 1-0 apabila penyokong Perak memasuki kawasan tempat duduk yang dikhaskan untuk penyokong JDT.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berjaya menghalang kejadian lebih buruk berlaku.

Suasana tegang itu memaksa penyokong pasukan pelawat lari menyelamatkan diri ke tengah padang.

Setelah gagal merapati penyokong JDT di dalam stadium, penyokong Perak menunggu penyokong pelawat di luar pula.

Kemuncak kekecohan menyaksikan anggota FRU terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan penyokong Perak yang menunggu bas pemain JDT keluar dari kawasan stadium.

Malah, bas yang membawa pemain JDT mengalami kerosakan akibat dibaling dengan batu. Namun tiada laporan tentang kecederaan serius yang dialami oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Petanda perlawanan bertukar kecoh sudah kelihatan semasa aksi kedua-dua pasukan lagi apabila penyokong tuan rumah bertindak membakar suar dan membaling mercun.

Mengulas insiden tersebut, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin melahirkan rasa dukacita dan menyifatkannya kekecohan paling buruk pernah berlaku di Stadium Perak.

Menurutnya, keganasan yang dicetuskan oleh penyokong Perak adalah perbuatan yang melampau, tidak bertamadun dan tidak sewajarnya berlaku.

Pafa turut meminta maaf kepada para penyokong JDT kerana insiden ini.

Sebagai tuan rumah, Pafa telah menyediakan kawalan keselamatan yang sepatutnya, khas untuk perlawanan ini bagi menjamin keselamatan penonton, namun apa yang berlaku di luar jangkaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat dua petugas media di sini, jurufoto Kumpulan NSTP, Supian Ahmad, 35, dan wartawan akhbar Sinar Harian, Razif Rosli, 30, yang cedera akibat terkena bata dan mercun yang dibaling oleh penyokong.

Mengulas punca penyokong Perak bertindak agresif, Zainol tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan 'balas dendam' ekoran kekecohan ketika skuad Bos Gaurus berkunjung ke Larkin dalam perlawanan Liga Super pada 18 Januari lalu.

Namun, tegas Zainol, sepatutnya tiada lagi istilah balas dendam kerana Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri sudah menjelaskan bahawa insiden di Larkin itu terpencil dan sudah selesai.

Kekecohan semalam mungkin disebabkan ada pihak yang sengaja membangkitkan dan memainkan semula elemen supaya membalas dendam sejak sebelum perlawanan lagi.

Akibatnya mereka bertindak di luar batasan kerana dikuasai emosi.

Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat sama ada penyokong yang ditangkap turut dipengaruhi unsur lain seperti pengambilan alkohol dan sebagainya," katanya.

Zainol bagaimanapun menolak andaian kekecohan disebabkan penyokong Perak mahu menunjukkan protes terhadap Pafa ekoran prestasi buruk pasukan itu yang kini menghuni tangga tercorot liga.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand bakal adakan pilihan raya pada Julai depan.

Posted: 16 Apr 2014 09:39 AM PDT

BANGKOK 17 April - Thailand dijangka akan mengadakan pilihan raya umumnya pada 20 atau 27 Julai depan.

Agensi berita Xinhua memetik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Somchai Srisutthiyakor berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama 70 parti politik pada 22 April ini bagi mendapatkan pendapat mengenai tarikh pilihan raya baharu.

Jelasnya, jika semua berjalan lancar Parlimen dijangka akan bersidang pada bulan September dan kerajaan baharu akan dibentuk pada bulan Oktober.

119 pengikut Mursi dipenjara.

Posted: 16 Apr 2014 09:39 AM PDT

KAHERAH 17 April - Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas 119 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi hari ini.

Mereka dipenjarakan selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam tunjuk perasaan pada 6 Oktober tahun lalu, yang menyaksikan lebih 50 orang terbunuh.

Hakim, Hazem Hashad turut membebaskan enam individu yang dituduh sebagai pengikut Mursi yang berhadapan tuduhan terlibat dalam perhimpunan haram dan melakukan rompakan. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jerantut hadapi pencemaran

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

air berwarna kemerah-merahan dipercayai akibat pencemaran ekoran aktiviti perlombongan tanpa kawalan menyebabkan banyak pengusaha ternakan ikan air tawar terjejas pendapatan.

JERANTUT 16 April - Daerah ini sejak sekian lama memang terkenal sebagai destinasi pelancongan menarik yang kerap menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Terkenal dengan Bandar Taman Negara selain Kuala Tahan itu sendiri menjadi tumpuan ramai, daerah Jerantut juga dilihat menjadi destinasi yang memberi pulangan lumayan kepada penduduk, kerajaan negeri dan juga negara.

Selain lokasi-lokasi menarik seperti air terjun, gua-gua, fauna dan flora, perkampungan Orang Asli, santuari kelah dan banyak lagi, destinasi pelancongan di daerah ini secara tidak langsung memberi pulangan lumayan kepada pendapatan penduduk.

Ini termasuklah perkhidmatan penginapan, pengangkutan dan sebagainya. Pada masa sama, daerah ini juga terkenal dengan sumber ikan air tawar seperti ikan patin, kelah, tilapia dan beberapa spesies lagi.

Namun, semua keadaan itu kini didakwa membimbangkan penduduk dan pengusaha ternakan ikan air tawar berikutan pencemaran sungai.

Ramai mendakwa pencemaran sungai itu berpunca daripada aktiviti perlombongan yang tidak terkawal hingga menyebabkan air sungai termasuk Sungai Pahang tercemar dan dipenuhi logam.

Ini menyebabkan ikan-ikan yang diternak dalam sangkar ada yang mati dan tidak sesuai untuk dimakan kerana dikhuatiri akan memudaratkan pengguna.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati air sungai yang tercemar turut menyebabkan kolam-kolam ikan yang diusahakan penduduk turut terjejas teruk.

Kalangan penduduk mendakwa keadaan itu berlaku sejak adanya aktiviti perlombongan yang tidak terkawal.

Malah, pencemaran yang berlaku juga turut dikaitkan dengan berkurangannya kehadiran pelancong ke daerah Jerantut yang selama ini melibat factor alam sekitar menjadi daya tarikan pelancongan.

Diangggarkan pada tahun lalu, jumlah pelancongan telah berkurangan kira-kira 10,000 orang berbanding tahun 2012. Kini timbul persoalan, jika keadaan ini berterusan, apakah jumlah pelancong pada tahun 2014 akan turut menerima tempias berikutan pencemaran yang berlaku?

Pada masa sama, jika benar dakwaan mengenai pencemaran air sungai ini yang dikaitkan dengan aktiviti perlombongan, apakah nasib dan masa depan penduduk serta pengusaha ikan air tawar?

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris ketika ditemui mengakui menerima beberapa aduan daripada penduduk termasuk para pengusaha ikan air tawar.

Menurutnya, penyelesaian kepada masalah pencemaran sungai itu hendak ditangani secara bersepadu yang melibatkan semua agensi penguat kuasa.

Kita sedar keadaan ini (pencemaran) hingga menyebabkan penduduk gelisah manakala pengusaha ikan air tawar pula terpaksa menanggung kerugian besar dan ada yang gulung tikar.

Sehubungan itu, agensi penguat kuasa berkaitan hendaklah bertindak secara bersepadu iaitu melibatkan tindakan terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan tanpa kawalan serta penyelesaian terhadap pencemaran air sungai yang berlaku, katanya.

Ahmad Nazlan menambah, beliau juga sedang mengumpul pelbagai maklumat berkaitan dengan situasi yang berlaku di daerah berkenaan untuk dibawa ke Sidang Dewan Rakyat.

Berikutan itu, juga, Ahmad Nazlan telah melancarkan pasukan pemantau yang dikenali sebagai Rakan Alam Sekitar baru-baru ini.

Pasukan yang diketuai Jamlus Mat Zium itu antara lain berperanan meninjau seluruh pelosok deaerah ini termasuk di kawasan-kawasan yang didakwa berlaku pencemaran air sungai sertai lain-lain bentuk pencemaran.

Dari tinjauan tersebut, pasukan berkenaan akan mengumpulkan maklumat termasuk aduan daripada penduduk. Segala maklumat itu akan kita ketengahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan selain dibawa ke Sidang Dewan Rakyat, katanya.

Menjawab pertanyaan, Ahmad Nazlan berkata, tindakan daripada agensi penguat kuasa terbabit perlulah dilakukan secara bersepadu demi kepentingan penduduk.

Jelasnya, masalah pencemaran itu tidak sepatutnya dibiarkan dengan ada agensi terbabit mendakwa apa yang berlaku bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Sebab itu tindakan penyelesaian hendaklah secara bersepadu yang melibatkan agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain terutama di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Jika ini dapat dilakukan, saya yakin masalah dihadapi penduduk daerah ini dapat segera diselesaikan, katanya.

Penternak ikan air tawar dakwa alami kerugian

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

JERANTUT 16 April - Pencemaran air sungai yang berlaku dan didakwa akibat aktiviti perlombongan tanpa kawalan di daerah ini, menyebabkan beberapa pengusaha ikan air tawar gelisah.

Ini disebabkan, mereka mengalami kerugian berikutan ikan-ikan ternakan banyak yang mati.

Pengusaha mendakwa, pencemaran air sungai yang berlaku menyebabkan kandungan logam dalam air juga bertambah dan mengakibatkan ikan ternakan mati.

Seorang penternak ikan air tawar di Kampung Binjai di sini, Mohamad Ali Mat Sidek, 54, memberitahu, sebelum ini dia mengusahakan empat kolam ikan dan pendapatan diperolehi agak lumayan.

Menurutnya, keadaan itu berubaha apabila air yang masuk ke kolam ikan didapati mula tercemar dan berwarna kemerah-merahan.

Akibatnya, ada kolam ikan yang diusahakan dipenuhi lumpur yang dibawa oleh air sungai.

Saya dan beberapa pengusaha ikan air tawar percaya keadaan ini berlaku disebabkan pencemaran air sungai ekoran aktiviti perlombongan tanpa kawalan, katanya.

Jelas beliau, pencemaran air sungai itu menyebabkan salah sebuah kolam ikannya dipenuhi lumpur setebal tiga kaki.

Kolam terbabit yang sebelum ini terdapat kira-kira 6,000 ekor ikan tilapia tidak dapat mengeluarkan hasil. Lumpur berkenaan menghalang ikan-ikan daripada naik ke permukaan air dan seterusnya mati, katanya.

Seorang lagi pengusaha ikan air tawar di Kampung Batu Embun di sini, Abdullah Derani, 60, mendakwa dalam tahun ini sahaja kira-kira 30,000 ekor ikan yang diternak dalam sangkar telah mati akibat pencemaran air Sungai Pahang.

Menurutnya, keadaan itu sebelum ini tidak pernah berlaku, namun aktiviti perlombongan tanpa kawalan dipercayai menjadi punca utama.

Tambahnya, beliau tidak dapat menganggarkan berapa lama lagi dapat bertahan untuk mengusahakan ternakan ikan air tawar itu.

Jika masalah pencemaran dan aktiviti perlombongan ini tidak dapat ditangani, saya percayai ramai lagi pengusaha ternakan ikan air tawar akan terjejas.

Saya merayu, pihak berwajib supaya bertindak dan membela nasib penduduk, katanya.

Pusat Biotek Herba RM80j terbiar

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

RAUB 16 April - Majlis Pemba-ngunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) diminta menyelenggarakan semula operasi Pusat Biotek Herba di Taman Teknologi Malaysia (TPM) Hulu Sungai di sini supaya peranannya lebih relevan dalam menghasilkan herba untuk produk antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pusat bernilai RM80 juta itu terbiar begitu sahaja dan diibaratkan seperti projek gajah putih.

Menurut beliau, ECERDC sepatutnya bertanggungjawab untuk pengoperasian pusat itu selepas dilancarkan dan sehingga kini kawasan berkenaan terbiar tanpa ada satu pun produk herba malahan merugikan pelaburan yang banyak untuk projek tersebut.

Tambahnya, penubuhan pusat itu boleh memberi impak tranformasi dalam bidang pembangunan dan teknologi dalam penghasilan produk herba bagi menambah nilai pasaran setanding dengan pelbagai produk lain di peringkat antarabangsa.

Kita kecewa kerana sehingga ini pusat berkenaan antara yang kedua terbesar di negara ini terbiar tanpa penyelenggaraan rapi untuk produk herba selain peluang pekerjaan yang boleh diceburi penduduk setempat termasuk menyemarakkan penyelidikan per-ubatan berasaskan tumbuhan di peringkat antarabangsa.

Kerajaan negeri berharap ECERDC yang dipertanggungjawabkan melaksanakan segera operasi pusat itu dan tidak mahu penduduk daerah ini tertanya-tanya mengenai status projek ini selain boleh memberi peluang pekerjaan dan pembangunan keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang tunai dan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anjuran Juara Empower ECER Raub di sini kelmarin.

Menurut Shahiruddin, pusat itu dibina bersebelahan dengan hutan hujan tropika Banjaran Titiwangsa bertujuan menjalankan kegiatan penerokaan bioteknologi tumbuhan daripada sumber asli di kawasan berkenaan tanpa memusnahkan ekosistem sedia ada.

Katanya, pusat itu turut dilengkapi dengan peralatan dan mesin untuk memproses hasil tumbuhan termasuk bahan mentah, mesin mengekstrak dengan kapasiti 1,500 liter, mesin mengkapsul secara automatik dan mesin uncang.

Projek ini memfokuskan tentang penghasilan produk herba, secara tidak langsung membawa Malaysia ke satu dimensi penjanaan kekayaan yang tidak sepenuhnya bergantung kepada sumber yang kekal.

Ini selari dengan aspirasi kerajaan negeri menerusi pusat ini menyediakan prasarana bagi pemperosesan herba untuk tujuan komersial serta membantu usahawan bioteknologi melalui khidmat saintifik dan nasihat," katanya.

Katanya, pengoperasian semula pusat itu oleh ECERDC memang tepat dan selari dengan misi agensi berkenaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan selari dengan manifestasi pembangunan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Zahida gagal batalkan saman bekas pemandu

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Zahida Rafik

KUALA LUMPUR 16 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pelakon, Zahida Rafik untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh bekas pemandu peribadinya dengan kos sebanyak RM3,500.

Peguam Latheefa Koya memberitahu pemberita, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian ketika pengurusan kes itu di kamar beliau dengan alasan kes itu bukanlah sesuatu yang jelas dan nyata yang membolehkan mahkamah membatalkan saman tersebut.

Latheefa mewakili plaintif, Noor Azman Azemi, 40, yang juga anak saudara kepada penyanyi era 80-an Dayangku Intan.

Peguam itu turut menyatakan bahawa permohonan peguam, Jeffrey John yang mewakili Zahida atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafik, 39, yang dinamakan sebagai pihak defendan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan, turut ditolak.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan pada 20 dan 21 Oktober depan.

Pada 27 November tahun lalu, Noor Azman memfailkan saman tersebut atas dakwaan pelakon filem komedi Anak Mami The Movie itu telah mengeluarkan pernyataan fitnah sehingga menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu dan peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan pada masa kini dan akan datang telah terjejas.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa Zahida dengan salah dan berniat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah kepada pemberita akhbar Harian Metro dalam sebuah artikel bertajuk Zahida Rafik Terkedu yang disiarkan pada 3 Mac 2012.

Dakwa plaintif lagi, pada 5 Mac tahun yang sama, Zahida dengan niat jahat mengumumkan kepada orang awam ganjaran berjumlah RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai plaintif atas alasan kononnya plaintif disyaki melarikan wang tunai miliknya.

Justeru dakwa plaintif lagi, perkataan fitnah itu dalam makna asal merujuk plaintif sebagai seorang yang tidak amanah, pencuri, tidak boleh dipercayai, penjenayah, pekerja yang tidak jujur, tidak mempunyai reputasi baik dan rendah moral.

Selain tuntutan ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, plaintif memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya melafazkan, bercakap atau menyebabkan diterbitkan perkataan-perkataan fitnah atau mana-mana perkataan sama memfitnahnya secara lisan, melalui media cetak atau internet.

Dia yang telah berkhidmat sebagai pemandu peribadi pelakon itu selama tiga tahun bermula 2009, turut menuntut kos, perintah dan relif-relif lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh mahkamah.

Hakim minta Kit Siang, UMMB selesai pertikaian kes saman

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 April -Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) untuk menyelesaikan pertikaian yang dibangkitkan dalam kes saman fitnah terhadap syarikat akhbar tersebut berhubung satu artikel yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 18 Ogos 2013.

Peguam Joanne Chua yang mewakili Kit Siang memberitahu pemberita, Hakim Datin Yeoh Wee Siam meminta anak guamnya dan UMMB supaya menghadiri proses mediasi (timbangtara) untuk menyelesaikan pertikaian tersebut menerusi rundingan.

Beliau bagaimanapun menyatakan, pihaknya belum mendapat sebarang arahan daripada Kit Siang berhubung usaha menyelesaikan saman itu yang menyentuh mengenai penyiaran artikel pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Joanne memberitahu, mahkamah hari ini membenarkan permohonan Kit Siang untuk meminda tajuk artikel iaitu Kit Siang manipulasi CEC? kepada Kit Siang manipulasi pemilihan CEC?

Fakta lain dalam saman itu, ujar Joanne, tiada sebarang perubahan dan Hakim Wee Siam menetapkan 14 Julai depan bagi pengurusan kes itu sebelum perbicaraan didengar pada 21 dan 22 Ogos depan.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 19 September 2013, Kit Siang selaku pihak plaintif mendakwa UMMB yang dinamakan sebagai pihak defendan tunggal telah menyiarkan artikel yang didakwa mengandungi perkataan berunsur fitnah dan menuntut satu jumlah ganti rugi am, teruk dan teladan.

UMMB dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 25 November 2013 menyatakan, artikel tersebut ditulis berkaitan satu buku kecil Laporan Ekuiti yang dikatakan disusun oleh Father Augustus Chen dan telah disebarkan kepada masyarakat umum.

Syarikat akhbar itu menyatakan, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya dalam mendapatkan dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam artikel berkenaan dan ia berlandaskan perlindungan bersyarat serta kepentingan awam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dynas nafi sudah bercerai

Posted: 16 Apr 2014 12:45 AM PDT

PETALING JAYA 16 April - Pelakon Dynas Mokhtar, 31, hari ini sekali lagi menafikan dakwaan yang dia dan suami, Mohd. Hafizy Mohd. Hafiz, 43, telah bercerai.

Menurutnya, semua itu adalah gosip dan meminta agar kisah tersebut tidak terus diperbesarkan kerana dibimbangi memberi impak kepada keluarganya.

"Itu hanya gosip. Perkara ini memberi impak kepada seluruh keluarga kami, jangan terus diungkit," katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran pertandingan Johnson Baby of the Year 2014, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun selepas terus ditanya mengenai perkara tersebut, Dynas meminta agar persoalan itu dirujuk terus kepada Mohd. Hafizy, bukannya beliau.

"Saya tidak mahu cakap soal ini depan anak saya kerana mereka sudah faham banyak perkara. Lebih baik kalau anda semua bertanya kepada ayah mereka," katanya sambil memohon untuk tidak terus diganggu dengan soalan terbabit.

Sebelum ini, ada cerita mengatakan pelakon dan pengacara yang nama sebenarnya, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar telah bercerai pada Februari lalu, sekitar pukul 3 petang di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang pengesahan dibuat oleh Dynas dan Mohd. Hafizy setakat ini. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 15 Mac, 2008 dan dikurniakan dua orang anak, Khyra Khalyssa, 5, dan Mohamed Haqaish, 2. - UTUSAN ONLINE

Tidak mahu mewahkan anak

Posted: 16 Apr 2014 06:02 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Wahidah Zainal

Scha Al-yahya

TIDAK dinafikan berita kehamilan pelakon Scha Al-Yahya benar-benar menggembirakan ramai peminatnya . Ini kerana bukan sahaja peminat Scha yang cukup teruja tetapi peminat kepada suaminya juga iaitu Awal Ashaari rasanya cukup tertunggu berita baik ini. Kelihatan anggun dan sihat di kala kandungannya sudah memasuki 24 minggu, Scha tidak menolak di awal tiga bulan kehamilan dia mengalami alahan yang amat teruk.

Jujurnya melihat kehidupan pasangan stailo ini, sudah ada yang menggambarkan anak kepada kedua selebriti ini juga bakal menjadi perhatian. Mana tidaknya jangkaan pasti merasakan anak pertama pasangan ini nanti tentunya akan dibesarkan dalam kemewahan. Menyangkal kenyataan itu, menurut Scha permata hatinya itu tidak akan sama sesekali berada pada medium kemewahan sepanjang proses pembesarannya kelak.

Mengakui agak tegas dalam soal ini, bagi Scha dia tidak menolak suaminya itu nanti akan sedikit berbeza dari sikapnya. Enggan terus memanjakan anaknya dengan kemewahan, Scha dengan tegas sudah memberitahu Awal agar tidak membesarkan anak mereka nanti setanding anak-anak pasangan artis Hollywood. Jika ada yang mahu mengatakan anak yang bakal lahir ini nanti bakal menandingi "Suri Cruise", bagi Scha soal itu tidak semestinya perlu tampilkan anak mereka dengan pakaian mewah sentiasa. Sebaliknya, memadai dengan menyesuai padan pakaian tidak berjenama juga boleh dilakukan.

"Ibu mertua serta keluarga saya sendiri sudah menasihati agar tidak mengajar anak dengan hidup bermewah-mewah sejak dari kecil.

"Saya sendiri sudah diasuh untuk belajar mendapatkan sesuatu dengan usaha sendiri. Dengan ajaran yang sama, saya mahu anak saya juga begitu. Memang kalau lihat dari sekarang juga memang nampak Awal yang akan manjakan anak ini dan saya akan jadi sedikit garang dengan anak-anak," katanya.

Menolak sudah membeli belah sakan untuk menyambut kehadiran orang baharu nanti, bagi Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 31, buat masa ini masih belum ada persiapan secara besar-besaran. Sungguhpun Scha sudah menetapkan pendiriannya begitu, Awal bagaimanapun nampaknya sudah teruja untuk mendapatkan sedikit barangan bayi.

"Buat masa ini kami tidak buat persiapan lagi, memang Awal sudah mahu membeli tetapi saya kata nanti dahulu, belum masanya lagi. Buat masa ini kami baru dapatkan kereta sorong bayi, itu pun berwarna hitam. Selain itu juga kami sudah membelikan pengepam susu.

"Selain itu, sewaktu ke United Kingdom tempoh hari Awal ada beli bantal busuk berjenama Dior. Memang saya kata kepada Awal hanya itu sahaja yang boleh dibeli buat masa sekarang. Sebab saya memang tidak mahu beli barangan yang mewah," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran wangian terbaharu Avon di Kuala Lumpur.

Walaupun Scha sudah nampak comel dengan badan yang agak berisi kini, namun kandungannya itu belum dapat dipastikan jantina. Jujurnya Scha tidak merasakan jantina anaknya sebagai suatu perkara yang penting memandangkan dia lebih mementingkan kesihatan anaknya itu nanti.

"Memang sudah dua kali kami membuat imbasan, tetapi kedudukan kandungan terlalu ke bawah. Jadi, doktor tidak dapat memastikan jantina kandungan lagi buat masa sekarang. Kalau ikutkan saya memang tidak kisah, lelaki ke perempuan ke, sama sahaja bagi saya. Tetapi untuk Awal, memang jelas dia mahukan anak lelaki.

"Kalau ikutkan memang badan saya agak berisi sekarang, mungkin sebab saya selera makan. Sewaktu trimester pertama memang saya tidak lalu makan dan hilang empat kilogram. Alhamdulillah sekarang memang saya kuat makan, jadi badan itu sedikit naik," katanya.

Terus berkongsi kisah sepanjang kehamilan, menurut Scha tiga bulan pertama kandungan keadaannya agak teruk. Malah ada suatu ketika dia turut merasakan amat tertekan sehingga mengganggu sedikit emosinya, menjadi tidak keruan.

Pun begitu, menganggap momen ini sebagai satu anugerah terindah, bagi Scha pada mulanya dia tidak menyangka dirinya hamil. Ini kerana, tiga bulan sebelum disahkan hamil dia pernah mengidapi endometriosis.

"Memang pada awal tiga bulan keadaan saya amat teruk. Saya tidak boleh terima gangguan, malah telefon saya juga diletakkan dalam mood senyap. Pada suatu ketika saya terasa amat tertekan. Oleh kerana begitu takut, saya tanyakan kawan-kawan saya tentang soal ini, nyata kata mereka ia hanya satu fasa biasa bagi ibu mengandung.

"Saya disahkan mengandung selepas membuat endoskopik ekoran saya disahkan menghidap endometriosis. Sangat tidak sangka. Kami memang terkejut pada mulanya, tetapi dalam masa yang sama sangat teruja," katanya yang pernah menyimpan impian untuk bergelar ibu sebelum berusia 30 tahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Merungkai salah faham GST

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh Dr. Khairul Anuar Kamarudin

RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.

Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.

Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

BENARKAH GST CUKAI BARU?

GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.

Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, telekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.

Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem sedia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransformasi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?

Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas diterangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada penerima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?

Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).

Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah

Naik taraf radar dan satelit negara perlu dinaik taraf

Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT

Oleh Azmi Hassan

MEMANG benar seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa banyak pengajaran dan iktibar yang boleh dipelajari daripada peristiwa kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Pandangan Hishammuddin ini dinilai mempunyai pengertian yang amat bermakna kerana beliau ialah orang hadapan yang mewakili Malaysia dalam menghadapi peristiwa tersebut.

Paling menarik perhatian adalah apabila beliau menegaskan Malaysia perlu menaik taraf sistem teknologi radar dan satelit yang dimiliki ketika ini bagi menangani ancaman-ancaman baharu terhadap keselamatan negara. Tetapi Hishammuddin juga menambah bukan sahaja Malaysia perlu melakukan perkara tersebut tetapi juga seluruh dunia.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika sidang akhbar selepas melawat pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beberapa hari lalu.

Berbagai-bagai interpretasi yang boleh diandaikan ekoran daripada saranan Hishammuddin tersebut kerana pertama ia dibuat di DSA yang berlatar belakang senario keselamatan dan pertahanan.

Jika senario ini diguna pakai maka saranan beliau selaku Menteri Pertahanan dianggap lazim kerana teknologi radar dan satelit merupakan aset pertahanan yang asas bagi sesebuah negara.

Tetapi jika andaian dilakukan berasaskan senario misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370, maka penilaian terhadap saranan Hishammuddin akan menjadi lebih menarik. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa data dari radar pertahanan di perairan barat Malaysia telah digunakan sepenuhnya bagi menjejaki MH370.

Kesimpulan paling drastik yang boleh dibuat adalah segala kemampuan radar negara telah terdedah kerana lazimnya kemampuan radar sesebuah negara adalah maklumat rahsia.

Apabila Malaysia membangunkan sistem pengawasan radar, lazimnya sistem ini diperolehi dari luar negara dan perkakasan yang digunakan adalah terdedah kepada pihak yang berminat.

Tetapi apa yang paling menarik minat pihak luar adalah apakah kemampuan dan parameter perisian yang digunakan seperti jarak pemantauan dan juga kebolehan membezakan jenis jet pejuang yang berbeza. Pembangunan perisian radar lazimnya dibangunkan secara dalaman dan sebab itu kemampuannya dapat dirahsiakan dengan begitu rapi sekali.

Mungkin sebab pendedahan data dari radar Malaysia yang membangkitkan isu naik taraf sistem radar negara kerana jika pihak luar sudah mengetahui kemampuan sebenar radar yang digunakan untuk mengawas ruang udara negara, maka parameter baru perlu digunakan untuk menggantikan yang lama.

Antara sistem pengawasan radar yang tercanggih di dunia adalah Jaringan Operasi Radar Jindalee (JORN) yang terletak di Alice Spring, Australia yang di miliki secara bersama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Australia. JORN dibangunkan khas untuk mengesan pergerakan udara dan maritim menjangkau sehingga jauh di Lautan Hindi. Tetapi hakikatnya adalah kemampuan sebenar JORN adalah maklumat yang paling dirahsiakan.

Begitu juga dengan saranan Hishammuddin untuk menaik taraf kemampuan satelit negara adalah jelas pengajaran daripada misi SAR MH370. Imej dari satelit AS, China, Perancis malah dari Thailand telah digunakan demi untuk mencari MH370.

Tidak mustahil apabila ada rakyat Malaysia yang menyuarakan kehairanan kerana tidak kedengaran pula satelit milik Malaysia iaitu RazakSat telah digunakan dalam misi tersebut.

Perlu ditekankan kemampuan satelit RazakSat adalah begitu terhad terutama sekali mengenai ciri optiknya. Memang benar imej satelit RazakSat mempunyai resolusi yang agak baik dalam lingkungan 2.5 meter tetapi kekangan yang paling ketara adalah pencerapan imej di kawasan yang diliputi awan lazimnya akan gagal.

Begitu juga RazakSat yang dibangunkan mempunyai fungsi untuk mencerap kawasan khatulistiwa sahaja yang membuatkan satelit tersebut tidak dapat digunakan dalam kawasan pencarian Lautan Hindi yang terletak di hemisfera selatan. Ini adalah kerana RazakSat mempunyai orbit hampir khatulistiwa dan ianya merupakan satelit pertama dunia yang mempunyai pusingan putaran sedemikian rupa.

Sebagaimana kuasa besar seperti Washington dan Beijing telah menggunakan pembangunan satelit sebagai kekuatan strategi dasar luar dan geopolitik masing-masing, Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dari persepsi sedemikian rupa. Memang benar pembangunan sesebuah satelit memerlukan perbelanjaan yang begitu besar kerana RazakSat sahaja secara keseluruhannya menelan belanja melebihi RM150 juta.

Rakyat Malaysia seharusnya tidak merasa terkilan dengan kekangan kemampuan satelit RazakSat tetapi perlu mengambil iktibar dalam melakukan pembaikan terhadap aset satelit yang sedia ada.

Jangka hayat satelit RazakSat akan tamat dalam masa beberapa tahun sahaja lagi dan dikhabarkan kerajaan telah meluluskan peruntukkan untuk pembangunan dan pelancaran satelit yang baharu.

Perlu dimaklumkan bahawa satelit RazakSat dibangunkan 100 peratus menggunakan kepakaran saintis dan jurutera tempatan melalui syarikat Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Kumpulan jurutera dan saintis tempatan ini sepatutnya diberi sokongan oleh rakyat Malaysia sebagai dorongan untuk mereka bentuk satelit yang mempunyai keupayaan melebihi RazakSat.

Malaysia tidak boleh ketinggalan terlalu jauh berbanding dengan negara lain dan sebab itu permodenan sistem pertahanan negara tidak hanya terhad kepada sistem radar atau satelit tetapi perlu dilakukan secara berterusan terhadap semua aset dan mesti selari dengan kemampuan kewangan negara. Rakyat Malaysia perlu memahami hakikat ini.

Saranan Hishammuddin adalah manifestasi sebenar kekuatan politik Malaysia supaya negara tidak ketinggalan jauh dalam teknologi termaju sektor pertahanan.

Ini adalah kerana teknologi ini bukan hanya merangkumi ruang lingkup radar atau satelit tetapi yang lebih penting adalah ia memberi kesan terhadap kepentingan geostrategik negara.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tanah rizab TNB 'diceroboh'?

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 15 April - Sebidang tanah rizab milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Maluri, Cheras dekat sini didakwa diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dan dijadikan tempat pembuangan sampah dan sisa binaan.

Tindakan itu mengakibatkan kawasan sekitar Pusat Penjaja Taman Maluri berhampiran tanah lapang itu sering dilanda banjir lumpur setiap kali hujan lebat.

Sehubungan itu, peniaga di kawasan berhampiran menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kegiatan itu.

Aktivis masyarakat, Datuk Omar Awang berkata, kerja-kerja tersebut dipercayai dilakukan secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu.

Menurutnya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan tanah lapang yang merupakan bekas kawasan setinggan Sungai Kerayong itu telah berlarutan sejak tahun lalu.

Masalah sama sebelum ini turut berlaku di tanah milik Majlis Sukan Negara (MSN) sehingga mengganggu penduduk sekitar yang terletak bersebelahan dengan tanah rizab TNB berkenaan.

Kegagalan pihak bertanggungjawab memantau dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan menyebabkan lori yang membawa sisa binaan konkrit bebas keluar masuk menggunakan laluan di situ.

Keadaan ini mengakibatkan kawasan di sini dicemari sisa konkrit dan debu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, seorang peniaga, Tushan Adnan, 60, pula berkata, sikap tidak bertanggungjawab pihak berkenaan hanya memudaratkan peniaga dan pengunjung pusat penjaja di situ.

Setiap kali hujan lebat, banjir lumpur melanda kawasan belakang pusat penjaja ini.

Keadaan ini amat menyusahkan kami kerana terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan selepas itu," katanya.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Victor, 60, turut melahirkan rasa kecewa dengan masalah tersebut dan meminta DBKL segera bertindak.

Saya melihat pihak kontraktor yang membersihkan sampah di jalan raya di sini juga tidak tahan dengan sisa-sisa tanah yang jatuh dari lori-lori muatan besar itu sehingga mengotorkan kawasan sekitar.

DBKL perlu turun padang memantau kegiatan ini. Keselamatan dan keselesaan pengunjung dan peniaga perlu diutamakan," tegasnya.

Penduduk halang lori sampah

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

HULU LANGAT 15 April - Penduduk di Kampung Pasir Baru, Semenyih di sini bertindak menghalang lori-lori sampah daripada menggunakan laluan di kampung itu untuk ke sebuah kilang pelupusan sampah yang didakwa menyebabkan masalah bau busuk dan kotor.

Difahamkan, kira-kira 100 penduduk bertindak sedemikian dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang yang menyebabkan pihak polis terpaksa mengawal keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati lori-lori berkenaan tidak berjaya melalui jalan tersebut, malah terpaksa berpatah balik ekoran sekatan tersebut.

Seorang penduduk, Zulkarnain Ahmad, 29, berkata, masalah tersebut sudah menghantui penduduk di situ sejak tahun 2006 berikutan pembinaan kilang pelupusan sampah berdekatan kawasan perumahan mereka.

Sewaktu kilang itu ditubuhkan, mereka menjanjikan bahawa kami akan diberikan pemeriksaan kesihatan dan elektrik percuma serta memastikan kutipan dan pembuangan sampah secara terkawal, namun sehingga hari ini, ia tidak dilunaskan.

Aduan telah banyak kali dilakukan, tetapi tidak diambil endah oleh pihak berwajib. Walaupun Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan satu laluan khas kepada lori terbabit, mereka tetap menggunakan laluan kampung ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, pihak MPKj tidak mendapatkan sebarang persetujuan daripada penduduk berhubung penubuhan kilang tersebut yang kini dilihat membawa pelbagai masalah kepada mereka.

Katanya lagi, pihak MPKj dan kilang tersebut turut berjanji untuk mengawal masalah berkenaan dengan cara menggunakan lori mesra alam bagi membawa sampah serta menyembur cecair setiap hari bagi menghilangkan bau busuk, namun tidak ditunaikan.

Sementara itu, rakannya, Zaiazrun Muzaini, 31, mendakwa, tapak pelupusan sampah baharu yang ditempatkan oleh MPKj kepada kilang terbabit pernah dipohon oleh penduduk supaya dijadikan pembangunan, namun ditolak.

Alasan mereka adalah tanah tersebut telah digazetkan sebagai tanah perkuburan dan merupakan kawasan tadahan air, namun kami bimbang kerana lokasi tersebut berhampiran dengan Sungai Kundur yang terlibat dengan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi.

Kawasan itu sepatutnya menjadi tempat pembuangan sisa pukal sahaja seperti kayu dan batuan, tetapi mereka didapati membuang sisa pepejal yang menyebabkan persekitaran berbau busuk serta terlalu kotor," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Yusri Mansur, 38, mahu campur tangan pihak berwajib terutama, Yang Dipertua MPKj untuk turun padang dan melihat sendiri masalah penduduk di situ.

Setakat ini, tiada seorang pun wakil dari pihak MPKj yang datang ke sini untuk bertemu dengan penduduk bagi membincangkan tentang permasalahan kami.

Baru-baru ini, kami ada dengar yang MPKj akan membuka satu lagi tapak pelupusan baharu tanpa berbincang dan mendapatkan persetujuan penduduk. Situasi ini sama seperti penubuhan kilang itu sebelum ini," katanya.

Lebuh raya BEE kurangkan kesesakan di KL

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

PEMBUKAAN Besraya Eastern Extension akan dapat mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama di sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR 15 April - Pembukaan laluan sambungan Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Besraya Eastern Extension (BEE) boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama di ibu kota di samping membantu menyuraikan trafik hampir 250,000 kenderaan sehari.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sambungan lebuh raya yang mula dibina sejak 27 Januari 2011 itu menghubungkan secara langsung Besraya, Jalan Istana, Jalan Lingkaran Tengah Satu (MRR1) dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2).

Menurut beliau, sambungan lebuh raya itu dapat menyuraikan trafik sedia ada di MRR1 dan MRR2 serta mengurangkan kesesakan di Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Cheras dan Jalan Shamelin terutama pada waktu puncak.

Pada masa ini, pengguna dari Jalan Istana atau Pusat Bandar yang hendak ke Ampang dan Shamelin atau sebaliknya perlu mengikuti Jalan Sungai Besi, Bulatan Kampung Pandan, dan terus ke Jalan Perkasa atau Jalan Pandan 1 serta terpaksa pula melalui beberapa persimpangan berlampu isyarat.

Pembukaan BEE bukan sahaja memendekkan jarak perjalanan daripada 20 kilometer kepada 10 kilometer, malah mengurangkan masa perjalanan dari kawasan barat Kuala Lumpur (Jalan Istana) ke timur Kuala Lumpur (MRR2) pada waktu puncak yang biasanya 45 minit kepada 10 minit sahaja," katanya ketika merasmikan pembukaan sambungan lebuh raya tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosnah memberitahu, pengguna akan dikecualikan daripada kutipan tol di Plaza Tol Loke Yew selama sebulan bermula tengah malam ini bersempena pembukaan sambungan lebuh raya tersebut.

Jumlah harga tol sebenar di Plaza Tol Loke Yew hanya akan diumumkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, Syarikat Besraya (M) Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat konsesi bagi sambungan lebuh raya ini bersetuju untuk tidak mengenakan bayaran tol selama satu bulan bermula hari ini sehingga 14 Mei ini," katanya.

Pembinaan sambungan lebuh raya sepanjang 12.3 kilometer yang menelan belanja RM700 juta itu telah melengkapkan keseluruhan Besraya sepanjang 28.9 kilometer.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bina dewan SMK (P) Sultan Abu Bakar

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 15 April - Pembinaan dewan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sultan Abu Bakar di sini akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Usul pembinaan dewan tersebut yang dikemukakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu diserahkan kepada Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim untuk disampaikan kepada Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan dewan baharu itu sebagai satu keperluan untuk keselesaan pelajar selepas mendengar penjelasan mengenainya daripada PIBG sekolah tersebut.

Sekolah akan dapat melakukan banyak program dengan adanya dewan baharu. Sekolah ini layak mendapatnya kerana sering berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pembinaan dewan ini juga adalah satu penghargaan kepada sekolah ini kerana keputusan peperiksaannya sering mendapat tempat kedua di negeri ini selepas Johor Bahru," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Baharu, Hari Keusahawan dan Anugerah Pelajar Cemerlang sekolah itu di sini kelmarin.

Razali berkata, keputusan akademik sekolah tersebut yang cemerlang setiap tahun mengharumkan nama daerah ini dan seharusnya segala keperluan mereka perlu dipenuhi.

Mengenai program tersebut, beliau berkata, penganjurannya dapat membakar semangat dan meningkatkan motivasi para pelajar untuk terus mencipta kejayaan pada masa depan.

Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Rohanah Yahya berkata, anugerah tersebut diberikan kepada 120 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM pada tahun lalu.

Program ini bagaikan mini konvokesyen selain penghargaan kepada mereka dalam peperiksaan yang lalu.

Pemenang My Body Fit Camp bawa pulang emas, perak

Posted: 15 Apr 2014 12:32 PM PDT

NURUL Effendy Zainal (duduk, tiga dari kiri) dan Muhammad Bahagia Jemali (duduk, empat kiri) bersama sebahagian peserta dalam majlis penyampaian hadiah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 15 April - Program mengawal berat badan dan meningkatkan kecergasan My Body Fit Camp yang melabuhkan tirai penganjuran pertamanya menyaksikan enam peserta membawa pulang emas dan perak dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, di sini Sabtu lalu.

Balquis Abdul Malek, 40, menjuarai kategori kecergasan manakala Nur Azura Abdol Hafiz, 27, mendapat tempat pertama kategori berat badan yang membolehkan masing-masing membawa pulang jongkong emas seberat 10 gram.

Yon Minhat, 36, dan Hazlin Ali, 29, pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga bagi kategori kecergasan yang menawarkan hadiah 1 dinar emas dan jongkong perak seberat 100 gram di mana ganjaran serupa turut dibawa pulang bagi Anis Liyana Buliyah, 26, dan Farah Fathin Juned, 25, bagi kategori berat badan.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat yang diwakili oleh pegawai khas beliau, Nurul Effendy Zainal sambil disaksikan pengarah program My Body Fit Camp, Muhammad Bahagia Jemali.

Dalam ucapannya, Nurul Effendy menyambut baik pendekatan luar kotak My Body Fit Camp untuk menganjurkan program yang menawarkan hadiah emas dan perak kepada pemenang, yang disifatkan sebagai satu keunikan berbanding program seumpamanya.

Saya difahamkan program mengambil inspirasi daripada langkah pihak berkuasa tempatan Dubai, Emiriah Arab Bersatu yang menawarkan 1 gram emas bagi penduduk yang berjaya menurunkan sekilogram berat badan pada November lalu.

Saya harap program ini dapat diteruskan kerana selain menjadikan hadiah emas dan perak sebagai motivasi peserta menguruskan berat badan dan meningkatkan kecergasan, ia juga memberi kesedaran amalan hidup sihat yang disarankan Kementerian Kesihatan," katanya.

Sementara itu Muhamad Bahagia berkata, program ini mendidik peserta mengenai kecergasan serta kesihatan di samping mendapatkan bentuk badan yang diiinginkan dan rata-rata peserta tidak mengalami penurunan berat badan yang banyak namun berlaku perubahan komposisi tubuh yang menjadi mereka lebih cergas.

Program yang akan memulakan penganjuran kali kedua di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, di sini pada 18 April ini, turut mendapat sokongan daripada Regency Specialist Hospital yang menyediakan perkhidmatan ambulans, UEG Network sebagai penaja lokasi seminar dan Utusan Malaysia sebagai media rasmi.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved