Utusan Online - Pemotoran |
Jualan Mercedes tidak terjejas Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT KUALA LUMPUR 16 April - Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes Malaysia) tidak melihat isu mengenai peningkatan kadar feadah pinjaman kereta bakal menjejaskan jualannya. Ketua Pegawai Ekskutifnya, Roland Folger berkata, ini terutama sekali syarikatnya sendiri turut menawarkan pakej pinjaman pembelian keretanya selain Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri tidak melakukan penetapan rasmi berhubung sebarang kenaikan kadar feadah pinjaman kereta. "Faktor lain adalah pengenalan model-model terkini kami di pasaran. Jadi saya tidak melihat perkara itu (jualan terjejas) berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis merasmikan pusat 3S (alat ganti, jualan dan servis) di Balakong dekat sini hari ini. Sejak bulan lalu, dilaporkan beberapa bank tempatan telah menaikkan kadar feadah pinjaman kereta yang sebelum ini, antara 2.1 peratus hingga 2.4 peratus, kepada antara 2.7 peratus hingga 3.1 peratus. Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad juga menyatakan kenaikan kadar itu masih boleh diterima dan tidak dilihat berupaya menjejaskan industri. Sebelum ini BNM juga menafikan telah memberi arahan kepada institusi perbankan tempatan supaya menaikkan kadar faedah pinjaman untuk pembelian kereta. Jelas bank pusat itu, penetapan kadar faedah itu ditentukan oleh perbankan sendiri berdasarkan faktor-faktor seperti kedudukan kredit peminjam, kadar pinjaman pasaran serta pertimbangan persaingan. Jualan kereta penumpang Mercedes di Malaysia bagi suku pertama tahun ini berjumlah 1,676 buah, meningkat berbanding 1,211 buah pada suku pertama tahun lalu. Dalam majlis yang diadakan sebelum ini, pusat 3s keenam milik Hap Seng Star itu merupakan pusat 3s terbesar Mercedes di Asia Tenggara dengan keluasaanya 140,000 kaki persegi yang dibangunkan di atas tanah seluas 1.86 hektar membabitkan pelaburan berjumlah RM60 juta. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Timur dan Tengah Eropah, Afrika serta Asia Daimler, Peter Trettin, Ketua Eksekutif Hap Seng Star, Harald Behrend dan Pengarah Urusan Hap Seng Consolidated Bhd, Edward Lee. Tahun lalu, Hap Seng Star merekodkan jualan lebih 1,000 unit pelbagai model kereta penumpang Mercedes-Benz menerusi lima Mercedes-Benz Autohaus iaitu di Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak serta tiga di Lembah Klang. Hap Seng Star sudah melabur hampir RM200 juta bagi membangunkan enam Mercedes-Benz Autohaus di seluruh negara setakat ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan