Rabu, 09 April, 2025

Sabtu, 5 Oktober 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis tahan 14,511 samseng

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
Utusanmelaka@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir. Idris Haron bersalaman dengan sebahagian pemimpin dalam Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat Melaka di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL

MELAKA 5 Okt. - Polis menahan 14,511 anggota samseng dan kongsi gelap dalam Op Cantas Khas sejak dilancarkan pada 17 Ogos lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah statistik terkini hasil Op Cantas Khas yang telah dijalankan di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, suspek yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 380,343 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan samseng yang telah ditahan serta disoal siasat.

"Penahanan individu paling besar dibuat di Selangor melibatkan sebanyak 6,191 orang diikuti Johor (2,682) dan Kuala Lumpur (1,185).

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan Op Cantas Khas ini dan akan berterusan selagi penjenayah tidak dihapuskan dan mungkin selepas ini kita menggunakan nama lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Op Cantas Khas juga tidak tertumpu kepada satu kaum tertentu sahaja seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

"Sehingga tengah hari semalam, polis telah menahan 6,171 orang Melayu, Cina (1,701), India (3,685) manakala lain-lain kaum pula seramai 2,954 orang," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis menunggu Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk dikuatkuasakan setelah diwartakan nanti.

Katanya, melalui akta itu, polis mempunyai 60 hari untuk menahan reman mereka manakala Badan Pencegahan Jenayah boleh memutuskan tindakan penahanan selama dua tahun.

"Namun, keputusan itu boleh disemak semula di Mahkamah Tinggi," katanya.

Sementara itu, dalam satu majlis di Kuala Terengganu, Ahmad Zahid menyeru semua pihak memberi keyakinan kepada polis untuk memerangi jenayah habis-habisan.

Dua mayat dalam but kereta mangsa culik

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

IPOH 5 Okt. - Mayat dua lelaki yang ditemui di dalam but sebuah kereta di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, arah selatan di sini semalam, dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan diculik di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, polis daerah Nibong Tebal menerima satu laporan daripada rakan mangsa yang memaklumkan kehilangan dua individu terbabit pada 2 Oktober lalu.

Susulan penemuan mayat kedua-dua mangsa, katanya, pihaknya menahan tiga individu berusia 20 hingga 30 tahun pada semalam dan hari ini bagi membantu siasatan.

"Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan ini dan daripada siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa merupakan individu yang dilaporkan diculik di Pulau Pinang.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melihat kaitan ketiga-tiga individu yang ditahan dengan kes tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Semalam, mayat Ting Liong Chin, 28, dan Seu Hong Chee, 19, yang berasal dari Sabah dan Johor itu ditemui dalam but sebuah kereta dengan mukanya ditutup plastik lutsinar serta tangan dan kaki terikat kira-kira pukul 3.30 petang.

Penemuan mayat itu dikesan selepas petugas peronda Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad mengesyaki sesuatu mencurigakan setelah terhidu bau busuk dan lalat dari arah kereta terbabit.

Dzuraidi memberitahu, bedah siasat terhadap mayat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati kedua-dua mangsa mati akibat sesak nafas selain turut ditemui kesan lebam akibat dipukul dengan objek tumpul di tubuh mereka.

"Mangsa dipercayai mati kira-kira lima hari lalu. Terdapat kesan jerutan di leher Hong Chee manakala Liong Chin pula mukanya ditutup dengan plastik. Ketika ditemui, mereka lengkap berpakaian namun tiada pengenalan diri dijumpai.

"Mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kita menyiasat latar belakang kedua-dua lelaki ini bagi mengenal pasti pekerjaan mereka dan mengesan tempat dan individu terakhir yang mereka temui," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kelantan, Sarawak lengkap kuota

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan FARHANA JONI
sukan@utusan.com.my

Penyerang import Sarawak, Muamer Salibasic (kanan) diasak pemain Sime Darby, Juzaili Samion pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi. Sarawak menang 3-1. - MINGGUAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kelantan melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Malaysia, semalam selepas mengamuk di Stadium Sultan Muhammad Ke IV dengan membelasah Johor Darul Takzim (Johor DT) 6-1 pada suku akhir kedua bagi melayakkan diri secara agregat 8-5.

Turut mengiringi Kelantan adalah juara Liga Perdana, Sarawak yang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Sime Darby di Stadium Negeri, Kuching bagi menempah pertemuan dengan Pahang sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadi lawan Red Warriors dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Walaupun tumbang 2-4 di Larkin pada suku akhir pertama yang lalu, Red Warriors membuktikan Kota Bharu adalah gelanggang keramat buat mereka apabila langsung tidak memberikan sebarang ruang kepada Johor DT untuk bernafas selepas melancarkan serangan bertalu-talu sejak awal permainan.

Skuad kendalian Bojan Hodak memulakan kenduri gol mereka melalui pemain sayap, Mohd. Norfarhan Mohamad pada minit ke 19 hasil rembatan deras yang mengenai palang sebelum melantun masuk ke penjuru kanan gawang Harimau Selatan yang dikawal oleh penjaga gol pilihan kedua, Zulfadli Mohamed.

Dua belas minit kemudian, ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi menggandakan kelebihan buat tuan rumah ekoran kegagalan bek kanan Johor DT, Nazri Ahmad yang gagal menanduk keluar bola dari kawasan penalti sebelum dia melepaskan rembatan voli dari jarak dekat berhampiran pintu gol Johor DT.

Penyerang kebangsaan, Safee Sali memberikan harapan kepada pasukan JDT apabila berjaya menyumbat gol pada minit ke 41 namun ia gagal membangkitkan semangat pasukannya apabila hanya empat minit selepas itu, Obinna Nwaneri pula yang berjaya merobek gol pelawat sebelum babak pertama berakhir.

Permulaan separuh masa kedua kekal dengan skrip sama apabila Kelantan terus bernafsu dan berjaya memperoleh gol keempat, satu minit selepas sepak mula melalui tandukan Nwakame hasil hantaran Indra Putra dan Norfarhan sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pertahanan Johor DT apabila menambah jaringan tuan rumah pada minit ke-62.

Indra Putra Mahayuddin juga tidak ketinggalan berada dalam senarai penjaring apabila melengkapkan malam yang cukup indah buat semua penyokong Kelantan pada minit ke 88 manakala Harimau Selatan balik ke Johor Bahru dalam keadaan cukup terluka.

Pemain import dari Bosnia, Muamer Salibasic, meledak jaringan hatrik bagi membantu Sarawak yang bangkit daripada ketinggalan apabila Sime Darby terlebih dahulu memimpin perlawanan melalui jaringan Mohd. Asrol Ibrahim pada minit ke-3.

Bujang Senang bagaimanapun tidak tertekan walaupun pelawat terlebih dahulu mendapatkan gol di tempat lawan, sebaliknya Salibasic ada formula tersendiri bagi mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-27 dan meletakkan Sarawak di hadapan buat kali pertama pada minit ke-55 berpunca daripada situasi sepakan percuma.

Salibasic akhirnya memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Sarawak apabila lima minit sebelum permainan tamat, hasil gerakan dengan Booby Gonzales, dia merakamkan jaringan hatrik dengan penuh bergaya sekali gus membuatkan kira-kira 30,000 penonton setia Bujang Senang pulang dengan gembira.

Yamamoto, Davison juara LIMBC 2013

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

LANGKAWI - Dua pelumba pasukan Specialized Racing, Kohei Yamamoto dan Lea Davison apabila dinobat sebagai juara Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013 di sini, semalam.

Yamamoto dari Jepun yang mempertahankan jersi kuning sejak peringkat ketiga, Rabu lalu meraih gelaran kategori lelaki selepas menamatkan lima peringkat perlumbaan dengan catatan masa terbaik 10 jam 9 minit 23.030 saat.

Malah, kejayaan Yamamoto itu turut diikuti rakan sepasukannya, Davison dari Amerika Syarikat yang meraih gelaran wanita apabila mempertahankan catatan terbaiknya 9:40:03.450s.

Lebih manis, Yamamoto turut menjuarai gelaran Terbaik Asia pada LIMBC 2013 sekali gus menjadikannya kejuaraan berganda pada penyertaan pertamanya tahun ini.

Dengan kejayaan pelumba No. 1 Jepun itu, Yamamoto percaya dia kini dalam landasan terbaik untuk mengejar cita-citanya menjuarai Piala Dunia dalam tempoh dua tahun lagi.

Kemenangan hari ini penting buat saya untuk menghadapi kejohanan akan datang malah saya gembira dengan pencapaian saya ini.

Komitmen yang diberikan pasukan kepada saya sepanjang kejohanan ini juga merupakan salah satu faktor saya menjuarai Jersi Kuning," kata pelumba berusia 28 tahun dari Hokkaido itu.

Pada peringkat kelima kategori litar pendek di Pantai Kok semalam, Yamamoto sekadar di tempat keempat selepas mencatatkan masa 34 minit 21 saat.

Yamamoto tewas kepada juara tahun lalu, Fabian Giger dari Switzerland yang mencatat masa 00:34:14s, Emil Lindgren (00:34.14s) dari Sweden di tempat kedua dan pelumba Afrika Selatan, Rourke Croseser (00:34:16s) menamatkan saingan di tempat ketiga.

Sementara itu, Davison yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 26:21.350s, tetap masih sukar dicabar oleh pemenang peringkat kelima Maja Wloszczzowska (00:26:21.342s) dari Poland.

Tempat ketiga peringkat kelima menjadi milik Nathalie Schneitter dari Switzerland (00:26:23.487s).

Davidson berkata, kejuaraannya itu membuktikan dia masih mampu memberi aksi yang konsisten pada LIMBC ini.

Saya sangat bangga kerana dapat menyarung Jersi Merah Jambu sekali lagi. Saya juga berpuas hati kerana masa yang dicatatkan pada kali ini lebih baik dan mendahului pelumba kedua dengan kelebihan 5 minit 57 saat. Bagi saya ia sudah cukup jauh.

Beraksi pada kejohanan berperingkat ini tidak akan menjaminkan kemenangan kerana setiap pelumba memiliki kelebihan masing-masing seperti jalan landai, berbukit dan sebagainya," jelas Davison.

Dalam pada itu dua wakil Malaysia, Shahrin Amir dan Masziyaton Mohd. Radzi dinobat sebagai pelumba terbaik negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mesir tingkat kawalan keselamatan

Posted: 05 Oct 2013 12:19 PM PDT

KAHERAH 6 Okt. - Pihak berkuasa Mesir semalam mengeluarkan amaran kepada pergerakan Ikhwanul Muslimin agar menghentikan tunjuk perasaan dan meningkatkan kawalan keselamatan di semua bandar utama.

Amaran itu dikeluarkan selepas sekurang-kurangnya empat orang maut dalam satu pertempuran antara penyokong dan penentang bekas Presiden Mohamed Mursi, di sini kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa pasukan keselamatan ditempatkan di semua lebuh raya dan bandar utama bagi mengawal situasi. - REUTERS

15 tentera Libya maut

Posted: 05 Oct 2013 12:18 PM PDT

TRIPOLI 6 Okt. - Sekurang-kurangnya 15 anggota tentera Libya terbunuh dalam satu serangan kumpulan bersenjata di sebuah pondok kawalan berhampiran bandar Bani Walid di tenggara Libya, semalam.

Agensi berita LANA melaporkan, lima anggota tentera dalam serangan tersebut.

Serangan itu menyebabkan jalan yang menghubungkan Bani Walid dengan bandar Tarhuna, kira-kira 80 kilometer ke barat daya Tripoli ditutup.

Kumpulan bersenjata itu dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan imigran. - dpa

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan kaji jenama kraf tangan

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

Sharkar Shamsudin (tengah) diiringi Zubair Mohd. Zain mencuba bakatnya melukis batik pada majlis Promosi Kraf Malaysia di East Coast Mall, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 5 Okt. - Kerajaan negeri sedang mengkaji menjenamakan semua produk kraf tangan yang dihasilkan di negeri ini dengan satu nama yang dapat membezakan dengan produk negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, nama tersebut akan diputuskan dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kraftangan cawangan Pahang, Datuk Zubair Mohd. Zain.

"Sebagai contoh mungkin Pahang Kraf atau Pahang Art, tetapi apa yang penting adalah melambangkan identiti bahawa produk itu dari negeri ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Promosi Kraftangan Malaysia peringkat negeri di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini semalam. Turut hadir, Zubair Mohd. Zain.

Menurut beliau, pihaknya akan membuat pelancaran dan mengumumkan nama serta logo yang akan digunakan nanti.

"Selepas ini, setiap produk kraf tangan yang dikeluarkan daripada Pahang akan mempunyai logo yang melambangkan datang dari negeri ini.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk meningkatkan pendapatan pengusaha kraftangan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi Pahang," katanya.

Mengenai cadangan membina perkhidmatan kereta kabel bermula dari Gap iaitu di kaki Bukit Fraser sehingga ke puncak pusat peranginan itu beliau berkata, setakat ini pihak terbabit masih dalam proses menyiapkan pelan pembangunan.

"Saya juga ada menerima cadangan untuk tukar daripada kereta kabel kepada kerusi kabel yang lebih efisien di kawasan tersebut.

"Ini kerana jarak yang dicadangkan membina kemudahan tersebut adalah agak dekat, maka kerusi kabel lebih baik," katanya.

Guna dialek Pahang dalam novel perkenal negeri

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

HASHIM Zabidi menunjukkan novel Berkelana yang dihasilkannya menggunakan dialek Pahang di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 5 Okt. - Penggunaan dialek Pahang dalam novel Hashim Zabidi merupakan antara usaha memartabat dan memperkenalkan negeri ini kepada peminat novel di seluruh negara.

Menurut Hashim, karya pertamanya itu diberi sentuhan berbeza berbanding lambakan novel yang kini berada di pasaran.

Katanya, bukan sekadar unik dengan penerapan dialek, malah dapat mengekalkan penggunaannya dalam kalangan pembaca yang kebanyakan generasi muda.

"Saya berharap dialek Pahang ini akan dapat dikekalkan khususnya kepada generasi muda yang kebanyakannya masih tidak arif dengan bahasa tersebut.

"Tambahan pula, dialek tersebut ada banyak dan berbeza di setiap daerah dan menjadikannya unik serta menarik untuk dikongsikan bersama pembaca," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Novel pertama Hashim yang bertajuk Berkelana itu merupakan semi sejarah yang mengisahkan kehidupan masyarakat zaman terdahulu dalam usaha membuka dan mewujudkan kampung di sekitar Pahang Barat.

Novel keduanya yang bertajuk Mat Jan masih dalam proses penerbitan turut menerapkan unsur dialek negeri ini dan menceritakan tentang masyarakat desa suatu ketika dahulu.

Katanya, beliau turut menyediakan penterjemahan dalam setiap novelnya bagi memudahkan pembaca membuat rujukan dan memahami perkataan loghat yang digunakan.

"Saya berharap penggunaan dialek tersebut tidak akan dilupakan sekali gus dapat diteruskan kesinambungannya oleh generasi muda," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


NowSeeHeart bakal lancar single

Posted: 04 Oct 2013 11:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Kumpulan nasyid NowSeeHeart yang popular menerusi lagu Damai Yang Hilang suatu ketika dahulu bakal muncul dengan single terbaru mereka berjudul Fatwa Hati pada penghujung bulan ini.

Salah seorang anggotanya, Mohd. Huzaimi Mohd. Zaini, 36, berkata, single yang bakal dilancarkan mereka tersebut merupakan single kedua untuk album keenam mereka selepas pelancaran single pertama Maafkan Aku pada bulan Jun lalu.

"Kemunculan single kedua ini membuktikan kami masih aktif dan serius dalam industri muzik tanah air dan perjuangan dakwah menerusi medium nasyid ini masih merupakan matlamat utama kami," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Single Fatwa Hati tersebut menyaksikan kumpulan yang dianggotai empat ahli kini bergabung dengan seorang penyanyi muda berasal dari Terengganu, iaitu Fahd, atau nama sebenarnya Wan Mohd. Izuan Wan Omar, 24. - UTUSAN ONLINE

Bola sepak sukan lelaki

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

BOLA sepak adalah sukan nombor satu dunia dan hampir setiap negara di dunia ini mempunyai pasukan kebangsaan tersendiri, yang membezakan hanyalah ranking dihuni pasukan kesayangan mereka.

Sungguhpun bukan bermain secara profesional, pelakon dan ahli perniagaan, Syed Aiman atau nama sebenarnya Syed Kamaruzzaman Syed Mahmood tetap menjadikan sukan bola sepak sebagai aktiviti utama pada masa lapangnya.

Jelas Syed yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi jelita Linda Rafar, 34, dia memilih sukan tersebut sebagai aktiviti masa lapangnya kerana ia menggabungkan pelbagai elemen berbeza menjadi satu.

Saya memang amat meminati sukan bola sepak dan sejak daripada bangku sekolah lagi, saya sudah mewakili sekolah untuk sebarang pertandingan.

Bola sepak menjadi aktiviti pilihan saya kerana ia menggabungkan elemen fizikal, kemahiran koordinasi dan juga kerja berpasukan.

Jadi, boleh dikatakan bola sepak adalah sukan lelaki sejati," katanya ketika ditemui sebelum pertandingan antara Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC) menentang Veteran Selangor di Shah Alam, baru-baru ini.

Selain Syed Aiman, antara artis lain yang turut terlibat dalam pertandingan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 itu termasuklah Fahrin Ahmad, Tomok, Azrul Zaidi dan juga Kamal Adli.

Jelas Syed Aiman lagi, bola sepak merupakan satu sukan yang banyak membantunya mengekalkan stamina dan tahap fizikal tubuhnya agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Buat waktu ini saya banyak menghabiskan masa dengan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan ketua keluarga, selain aktiviti lakonan lain.

Jadi, peluang untuk terlibat dan bermain bola sepak ini bukan semata-mata aktiviti riadah tetapi ia juga membantu saya mengekalkan stamina agar tubuh sihat untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain," jelasnya yang kini berusia 37 tahun.

Tambah Presiden MASC ini lagi, sungguhpun dia bermain di posisi pertahanan, tetapi ia tetap tidak menghalang dirinya untuk berusaha mendapatkan jaringan bagi membantu kemenangan pasukan kesayangannya itu.

Jika ditanya kepada saya, pastinya kepuasan bermain bola sepak itu terhasil apabila kita berjaya menjaringkan gol. Namun dengan posisi sebagai pemain pertahanan, agak sukar buat diri saya.

Tetapi jika ada peluang pastinya saya tidak akan teragak-agak untuk mencuba mendapatkan jaringan bagi membantu pasukan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2011 ini lagi," katanya lanjut.

Mahu kembali aktif berlakon

Nama Syed Aiman pernah dikenali ramai suatu ketika dahulu. Namun setelah mendirikan rumah tangga bersama Linda, dia mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti lakonannya bagi memberikan tumpuan terhadap bidang perniagaan.

Kini, setelah namanya semakin tenggelam dalam arus persada seni tanah air, dia tekad mahu kembali aktif dalam bidang yang pernah menjadi keutamaan buat dirinya suatu ketika dahulu.

Beberapa tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada bidang perniagaan dan mengenepikan lakonan.

Tetapi kini setelah perniagaan yang diusahakan semakin stabil, saya menyimpan hasrat untuk kembali mewarnai persada seni tanah air yang pernah menjadi keutamaan saya suatu ketika dahulu," jelasnya.

Jelas Syed Aiman yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri sebanyak 26 episod iaitu Pulang Sayang, dia berasa rindu mahu kembali berlakon.

Tidak dinafikan perasaan rindu tersebut memang ada, jadi sekiranya berpeluang, saya pasti mahu kembali beraksi di hadapan kamera bersama rakan-rakan artis lain.

Sungguhpun saya berkata mahu kembali aktif, bukan bermaksud ia akan menjadi fokus utama saya kerana perniagaan akan kekal sebagai perkara utama.

Karier lakonan ini diletakkan di tempat kedua kerana ia merupakan minat, selain turut membantu menambah pendapatan keluarga," jelasnya yang berlakon bersama Mustapha Kamal dan Memey Suhaiza.

Tambah anak kelahiran Kelantan yang juga pernah menjadi pengacara untuk rancangan Wira Remaja ini lagi, populariti bukanlah perkara yang menjadi keutamaannya, apatah lagi pada usianya kini.

Saya mahu kembali berlakon bukan untuk mengejar populariti kerana ia bukanlah keutamaan pada waktu ini, tetapi sebaliknya sekadar memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

Jika populariti hadir, saya anggap itu sebagai satu bonus kerana saya kini berasa amat bersyukur dengan semua perkara yang saya miliki sama ada keluarga, perniagaan dan juga karier seni," jelasnya yang juga merupakan penyokong The Red Warrior.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sekali air bah, sekali pasir berubah

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Oleh Shamsul Amri Baharuddin

PERHIMPUNAN Agung UMNO kali ini bukan sahaja dirasakan oleh pucuk pimpinan parti malah gegarannya sampai ke akar umbi.

BUAT masa ini orang Melayu berpecah kepada tiga: sebahagian besar menyokong UMNO, bersaiz sederhana menyokong PKR dan sedikit kecil daripada itu menyokong PAS.

Golongan yang menyokong UMNO ini telah membawa kejayaan kepada BN pada PRU-13 lalu dengan memilih 88 calon UMNO menjadi ahli Parlimen dan 244 kawasan DUN.

Maka UMNO di bawah Datuk Seri Najib Razak telah meningkat kerusi Parlimen dan DUN berbanding dengan keputusan PRU-12 pada 2008. Ertinya, UMNO di bawah Najib menyumbang 66 peratus atau dua pertiga, daripada kerusi yang dimenangi BN.

Kecuali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak, yang memperoleh 14 kerusi Parlimen, sembilan parti lain dalam BN hanya memperoleh antara satu ke tujuh kerusi sahaja. Dalam kata lain, tanpa UMNO, BN telah tewas dan tidak memerintah lagi di Malaysia.

Yang lebih signifikan lagi ialah faktor bahawa UMNO menang biarpun pengundi Melayu tidak merupakan majoriti pengundi terdaftar dalam beberapa negeri.

Bayangkan, kalau diwajibkan semua orang Melayu yang layak mengundi didaftarkan dan keluar mengundi, UMNO akan menang lebih banyak lagi kerusi, malah mungkin kesemua 120 kerusi Parlimen yang ditandingi pada PRU-13.

Berbanding dengan pengundi Cina yang lebih ramai telah mendaftar dan dalam PRU-13 majoriti daripada mereka telah habis-habisan mengundi DAP dan sebilangan kecil PKR dengan penuh harapan untuk membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR), pun akhirnya tersungkur di pintu kekecewaan kerana tidak mampu menjatuhkan kerajaan BN.

Ilusi

Yang merasakan denyutan kekecewaan yang tak terhingga adalah Anwar Ibrahim yang sehingga sekarang masih dihantui ilusi kemenangan kerana menerima kelebihan undi, sedangkan dia tahu benar bahawa bilangan kerusi adalah satu-satunya penentu kemenangan, semenjak PRU pertama pada 1959.

UMNO, dengan itu, tetap dan terus menjadi penentu dan pentakrif lanskap politik Malaysia. Oleh yang demikian, pilihan raya atau pemilihan UMNO juga menjadi penentu dan pentakrif landskap politik negara kita berdasarkan tiga fakta.

Pertama, dalam PRU-13 seramai 332 wakil rakyat yang terpilih adalah pemimpin UMNO, 88 di Parlimen dan 244 di DUN. Justeru itu, UMNO pemenang terbanyak kerusi Parlimen campur DUN.

Kedua, fakta sejarah membuktikan bahawa semenjak merdeka pimpinan UMNO yang terpilih nanti, termasuk dalam pemilihan UMNO 2013 ini, sama ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, anggota Majlis Tertinggi, barisan pimpinan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO adalah pemegang kedudukan, atau bakal menjadi, menteri dan timbalan menteri Kabinet, menteri besar, ahli Exco DUN, setiausaha Parlimen, setiausaha politik, pegawai khas, pimpinan korporat swasta dan GLC, menjadi diplomat, penasihat khas kepada kerajaan, pengerusi badan-badan sukan, dan ratusan lagi jawatan yang berpengaruh dalam bidang politik, sosial dan ekonomi dalam seluruh negara dan juga menjangkau ke luar negeri.

Ketiga, selagi BN menang, selagi itulah UMNO kekal menjadi parti peneraju kerajaan dan negara, apatah lagi kalau UMNO menang besar.

Bermacam label negatif diberikan pada UMNO untuk menimbulkan kebencian terhadap UMNO oleh pelbagai pihak, sama ada mereka daripada pihak pembangkang, penyokongnya dan mereka yang taksub dengan pemimpin pembangkang yang kebanyakan pancit modal.

Gegaran

Label seperti, "UMNO racist," "UMNO supremacist" dan pelbagai gelaran lain yang menjijikkan muncul yang hanya boleh dibuat oleh kelompok yang sangat jijik pegangan politik dan peribadi mereka.

Sistem pilihan raya UMNO pada 2013 sudah berubah. Dulu hanya 2,500 orang perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO memilih pucuk pimpinan UMNO.

Kali ini kira-kira 146,000 pimpinan UMNO, iaitu di peringkat Bahagian (191) dan Cawangan (20,080) yang melibatkan bukan hanya pimpinan UMNO arus perdana, tetapi juga Wanita, Pemuda, dan Puteri.

Kali ini pilihan raya UMNO ternyata sibuk, macam bazar ramadan. Daripada pucuk pimpinan sehingga ke lapisan akar umbi merasakan gegaran, keghairahan dan getaran yang menguja.

Kalau dulu hanya di Perhimpunan Agung di Kuala Lumpur sahaja yang terasa meriahnya. Kali ini, Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur adalah benar-benar kemuncaknya.

Salah satu perkara yang membuat pilihan di akar umbi bergetar dan bergegar kerana kononnya ada arahan daripada 'atas' supaya memilih calon-calon tertentu yang ingin mengekalkan kedudukan masing-masing.

Perangai ini tidak disukai oleh ahli UMNO semenjak dulu lagi. Pernah Tun Mahathir semasa jadi Presiden UMNO memberi amanat supaya memilih pemimpin yang Bersih, Cekap dan Amanah.

Ternyata ahli-ahli UMNO memilih siapa yang mereka suka tanpa mengambil kira kriteria peribadi yang diuar-uarkan oleh Presidennya.

Yang paling mencabar pada ahli UMNO kali ini ialah untuk memahami peraturan dan proses pencalonan dan pemilihan.

Majoriti ahli UMNO masih gelap dan tertanya-tanya biarpun maklumat terperinci diberikan dalam UMNO online.

Mereka yang berminat nak bertanding pun, masih belajar biar pun sedang berlari.

Bak kata seorang ahli veteran Wanita UMNO, yang speaking, katanya sambil berseloroh sekali gus mengeluh, "bilalah mak cik nak baca UMNO online, sibuk mengampai baju on clothes line, dulu untuk anak mak cik, sekarang cucu mak cik, bilalah nak habis kerja mak cik ni"

Sudah ada desas desus di peringkat akar umbi yang bertanya tentang daftar pengundi, tentang senarai keanggotaan dan perlunya dikemaskini kerana terdapat nama-nama mereka yang sudah berhijrah ke parti lawan dan tak kurang juga bilangan yang sudah meninggal dunia.

Apakah ini bermakna tanpa berlaku secara terbuka menyerapnya ke dalam pilihan raya UMNO nilai-nilai 'demokratis' yang dianjurkan oleh BERSIH? Apakah akhirnya pilihan raya UMNO akan jadi lebih 'bersih' daripada 'pilihan raya umum'?

Apakah ini bermakna bahawa pilihan raya UMNO akan benar-benar mentakrif landskap politik negara?

Soalan-soalan ini akan timbul dan mungkin terjawab serba sedikit, selepas pilihan raya UMNO ini selesai.

Longgarkan syarat

Posted: 05 Oct 2013 11:27 AM PDT

Bisik-Bisik Mingguan

HAKIKAT bahawa sistem pemilihan UMNO yang lebih demokratik dan terbuka serta bersifat akar umbi, adalah bagus. Tiada siapa nafikan. Malah parti-parti lain mencemburui pembaharuan yang dilakukan oleh UMNO di bawah teraju Presidennya, Mohd. Najib Tun Razak.

Sesuatu pembaharuan tentu ada cabaran tersendiri yang perlu ditangani oleh parti. Awang yakin pendekatan tersebut akan sedikit sebanyak menjadikan UMNO lebih inklusif dan sebagai parti berorientasi masa depan.

Bagaimanapun beberapa teguran berkaitan peraturan ketat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO, perlu diberi perhatian.

Awang sependapat dengan beberapa pemimpin termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan bahawa sebahagian peraturan tidak sesuai dan banyak sekatan terutama bagi calon muka baharu.

Malah Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad menyifatkan pelbagai peraturan dalam pemilihan kali ini sebagai tidak munasabah dan tidak matang.

Suara-suara seperti itu mahukan calon Majlis Tertinggi dan bahagian diberi peluang seluas-luasnya memperkenalkan diri kepada perwakilan tanpa sekatan.

Semua tahu bahawa peraturan tersebut antara lain bagi membendung gejala politik wang pada musim pemilihan. Awang bukan calon mahupun perwakilan tetapi merasakan proses pemilihan mestilah dinamik. Pemilihan bagi perwakilan pelajar di universiti malah di sekolah juga perlu aktif berkempen, inikan pula parti.

Awang percaya UMNO sebagai parti berpengalaman mampu menangani soal pemilihan biarpun kompleks cabarannya. Ini termasuk menghukum mereka yang salah laku tetapi dengan menyedari hakikat bahawa penguatkuasaan tidak akan ideal atas banyak kekangan.

Dengan hari pengundian yang makin hampir, tidak pasti sama ada Jawatankuasa Pemilihan akan melonggarkan lagi peraturan sedia ada, yang mungkin ada implikasi tertentu.

Dalam pada itu, Awang teruja dengan saranan bekas Timbalan Presiden UMNO, Musa Hitam bahawa kesemua enam calon Naib Presiden perlu ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka. Ia juga sewajarnya melibatkan calon Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.

Pendekatan itu adalah sesuatu yang sihat selari dengan kaedah pemilihan yang lebih demokratik. Berilah peluang kepada para perwakilan menilai mereka selain melihat rekod prestasi selama ini. Seperkara lagi, ia juga bukan soal memilih pemimpin UMNO semata-mata, bahkan memilih pemimpin orang Melayu serta negara.

Awang pernah bisikkan hal ini kepada seorang tokoh stesen televisyen tetapi tiada respons. Apabila Musa bersuara, tentulah ia akan diambil kira dengan lebih serius. Memang UMNO perlu komited kepada budaya akliah jika benar-benar mahu lebih kelihatan berubah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jual bakat kerana minat

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

SAMSUDIN gemar mengulas mengenai isu-isu semasa, politik dan kemanusiaan dalam bentuk lukisan yang sukar dilihat dengan mata kasar.

KEBANYAKAN karya seni bernilai tinggi yang dihasilkan pelukis tempatan mungkin dianggap sekadar gambar hiasan semata-mata oleh kebanyakan rakyat di negara ini.

Sungguhpun memahami gelora apabila berada dalam bidang seni tanah air, itu bukan penghalang kepada kebanjiran pelukis-pelukis muda untuk berkongsi minat dan bakat yang dimiliki.

Bagi generasi baharu ini, lukisan yang dihasilkan adalah cara mereka menterjemahkan pandangan mereka tentang sesuatu pekara selain mencari kebebasan dalam bidang seni tersebut.

Namun, pada waktu yang sama pelukis-pelukis muda ini juga berharap supaya kegiatan seni lebih dihargai orang ramai serta dinilai setanding dengan karyawan luar. - LYNN/SAHARUDDIN ABDULLAH, ZAINI HUSIN & KOLEKSI PERIBADI MUHAMAD NOOR MD. YUSSOFF (TONY MDY)

Ketengah konsep halimunan

BAGI menonjolkan kelainan dalam bidang seni lukis, Safirah Rashid, 27, menjadikan manusia sebagai kanvas untuk dia berkarya sejak tiga tahun lalu.

Gadis berasal dari Langkawi, Kedah itu antara pelopor awal konsep pop out dan halimunan kontemporari yang mana merupakan cabang seni lukis badan.

Untuk kedua-dua konsep tersebut, katanya, dia mengolah seni lukis badan dan menjadikan model-modelnya sebagai kanvas hidup dan digabungkan dengan teknik fotografi bagi menghasilkan sebuah lukisan.

Saya perlu merancang dengan teliti ketika menghasilkan sesuatu idea kerana saya menggunakan kanvas hidup yang mana warnanya boleh pecah jika dibiarkan terlalu lama.

Malah, perlu pastikan juga lukisan yang dihasilkan mempunyai keserasian dengan latar belakang agar tampak natural dalam gambar.

Mujurlah, hasil seni saya ini mulai diterima ramai terutama untuk bidang-bidang komersial seperti pengiklanan. Jadi, kesusahan untuk menghasilkan sesuatu karya dalam masa yang terhad terasa berbaloi," katanya yang berpeluang mengembara ke Austria, Paris dan London untuk memperkenalkan seni yang dihasilkan.

Bercerita tentang penglibatannya dalam seni lukis, Safirah berkata, dia mengambil keputusan untuk menukar kerjaya kerana minat yang mendalam terhadap bidang tersebut.

Walaupun berkelayakan menjadi arkitek, ujarnya, dia memilih untuk mengotorkan diri dengan cat minyak dan akrilik terutama setelah mengadakan kolaborasi dengan Tony Mdy yang terkenal dalam menggunakan teknik airbrush.

Menyedari tidak mempunyai pendidikan khusus mengenai lukisan, dia mengakui melibatkan diri dalam pelbagai cabang seni lukis demi memantapkan kemahirannya.

Kritik melalui lukisan

SETIAP orang mempunyai konsep tersendiri yang mana ia menjadi identiti kepada seseorang pelukis apabila menghasilkan karyanya.

Begitu juga dengan Samsudin Abdul Wahab, 29, yang mengetengahkan konsep pop surrealisme yang mana konsep itu menzahirkan pendapat peribadinya mengenai sesuatu isu dalam lukisan yang dihasilkan.

Akui siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, walaupun kebanyakan karya yang dihasilkan tidak dapat difahami ramai, dia sudah cukup puas jika lukisannya dinilai berdasarkan cantik semata-mata.

Saya gemar mengulas mengenai isu-isu semasa, politik dan kemanusiaan dalam bentuk lukisan yang sukar dilihat dengan mata kasar hingga menyebabkan ramai orang tidak dapat mentafsirkan mesej-mesej tersebut.

Apabila ada yang memberi pendapat selepas melihat karya saya, itu sudah memadai biarpun pandangan tersebut agak bertentangan dengan mesej yang cuba saya sampaikan.

Interpretasi mereka menunjukkan mereka cuba memahami maksud pelukis dalam karya yang dihasilkan dan masih diterima akal," kata Samsudin ketika ditemui di Studio Tikus miliknya di Alam Budiman, Shah Alam baru-baru ini.

Hampir enam tahun menyara kehidupan melalui hasil seni sepenuh masa, Samsudin mengakui ia bukanlah perkara yang mudah terutama industri seni lukis masih belum berkembang di negara ini.

Mujurlah, katanya, minat yang mendalam serta kebebasan yang dirasai dalam bidang seni tersebut memberi kekuatan kepada dirinya untuk terus bergiat aktif walaupun kadang kala tidak dapat dinafikan dia berasa gentar apabila mengenangkan nasibnya pada masa hadapan.

Disebabkan itu, saya tidak boleh berharap kepada menjual lukisan semata-mata kerana bukan setiap hari, karya boleh terjual.

Untuk terus berada dalam bidang ini, saya tidak mengehadkan bakat seni yang saya miliki. Selain melukis, saya juga mencari makan melalui seni cetak dan arca," katanya.

Bukti kesungguhan

PERJALANAN untuk menjadi pelukis buat Mohd. Rahimin Roni, 26, bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekolahnya tidak menawarkan mata pelajaran seni visual ketika berada di tingkatan enam.

Namun demi minat yang mula berputik sejak kecil, dia turut mendaftarkan mata pelajaran seni visual dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) biarpun terpaksa mencari inisiatif sendiri pada ketika itu.

Ketika mendaftarkan subjek tersebut, guru saya berulang kali mengingatkan saya bahawa pihak sekolah tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran itu.

Walaupun perlu membiayai kelas tambahan untuk subjek tersebut, saya tidak menganggap ia sebagai satu bebanan kerana itu adalah pengorbanan untuk merealisasikan cita-cita saya," kata Mohd. Rahimin yang gemar menjadikan unsur-unsur budaya mahupun tradisi dalam karyanya.

Walaupun berasa hampa tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang seni lukis, kata Mohd. Rahimin, dia bernasib baik kerana mendapat kepercayaan daripada pihak MAA@KL Sentral Artspace untuk menjadi pelukis pelapis di situ.

Tambah penuntut tahun akhir jurusan Geografi di Universiti Malaya itu, semuanya bermula secara kebetulan apabila dia melawat galeri tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kelantan.

Melihat kesungguhan saya terhadap seni lukis, pihak galeri memberi peluang kepada saya untuk mengasah bakat.

Sejak itu, apabila mempunyai masa terluang, saya akan melukis dan menunjukkan hasilnya untuk dinilai pihak galeri.

Namun, paling berharga apabila saya berpeluang mempelajari banyak perkara daripada pelukis-pelukis tetap di sini," katanya yang merancang untuk menjadi pelukis sepenuh masa setelah tamat pengajian nanti.

Pertahankan diri dengan SDS

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Sistem ini begitu istimewa kerana seseorang dapat mempertahankan diri tanpa perlu menggunakan banyak tenaga seperti dapat membebaskan diri daripada dicekik dengan kekuatan 10 orang lelaki hanya dengan teknik yang mudah.

KEBELAKANGAN ini, kita kerap didedahkan dengan isu jenayah dan kekerasan seperti rogol, curi kereta, ragut, jenayah domestik, pecah masuk rumah dan lain-lain, terutamanya terhadap golongan wanita yang semakin meningkat saban hari.

Jenayah boleh berlaku di mana-mana dalam sekelip mata yang mana ia amat mengganggu fikiran wanita. Tambahan pula dalam keadaan kita yang sering kesuntukan masa kerana sibuk dengan urusan harian menyebabkan golongan wanita tiada masa untuk mempelajari seni bela diri seperti taekwondo, silat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, setiap wanita harus mempelajari cara-cara untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diduga.

Berikutan itu, satu sistem kemahiran asas dalam mempertahankan diri dengan cara yang mudah, lancar dan berkesan iaitu Smarts Defensive System (SDS) telah direka bagi tujuan pencegahan jenayah dan keselamatan diri.

SDS ini diasaskan oleh Noordin Khalid pada tahun 2002 melalui pengalaman beliau selama 25 tahun dalam bidang seni mempertahankan diri merangkumi taekwondo, silat, karate dan capoeira.

Sistem ini bukan sahaja direka untuk mendidik tentang keperluan asas terhadap serangan yang tidak diingini, malah ia sangat ringkas dan signifikan bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang asas bela diri.

Istimewanya sistem ini adalah kita dapat mempertahankan diri tanpa perlu menggunakan banyak tenaga. Jangan terkejut, kita dapat membebaskan diri daripada dicekik dengan kekuatan 10 orang lelaki dengan satu teknik yang mudah.

Bayangkanlah, teknik-tekniknya mudah diingati dan sangat praktikal dipelajari oleh mereka seawal usia 10 tahun ke atas sehingga orang tua.

Jika kita tahu titik kelemahan anatomi manusia, sudah tentu dengan mudah kita dapat mematikan gerakan musuh dan secara tidak langsung dapat mempertahankan diri sendiri.

NURDILLA ZAINI

Universiti Putra Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


4,000 bantah penjualan tanah Templer Park

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk Templer Park dan ahli Kelab Golf Perangsang Templer (PTGC) berkumpul bagi membantah mengenai penjualan tanah seluas 78.80 hektar di Selayang, Selangor, semalam.

SELAYANG 4 Okt. - Gabungan Persatuan-Persatuan Penduduk Templer Park dan ahli Kelab Golf Perangsang Templer (PTGC) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenai penjualan tanah seluas 78.80 hektar di situ.

Notis yang mewakili lebih 4,000 suara penduduk daripada 10 taman itu merupakan bantahan mereka terhadap Cadangan Pindaan Guna Tanah Bagi Blok Perancangan (BP) 9.1 di atas tanah lapang dan utiliti kepada perumahan dan perniagaan.

Pengerusi gabungan tersebut, Datuk Mukhtar Ismail berkata, mereka membantah sekeras-kerasnya kerana pindaan tersebut akan menjadikan kawasan Templer Park berdensiti tinggi berbanding yang dijanjikan sebelum ini.

"Alasan kepada keperluan pindaan ini tidak berdasarkan justifikasi yang kukuh kerana MPS mengutamakan kepentingan kewangan melalui kutipan cukai taksiran dan caj pemajuan sekiranya berlaku perubahan Rancangan Tempatan.

"Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai zon hijau sehingga 2020 seperti yang diwartakan oleh MPS pada 1998 dan faktor itu jugalah yang menyebabkan kami membeli hartanah di Templer Park," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai demonstrasi aman dan menyerahkan memorandum bantahan kepada MPS di sini hari ini.

Pada Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan kira-kira 1,600 ahli PTGC terkejut dengan penjualan tanah bernilai RM1.24 bilion oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat pemaju perumahan untuk dilaksanakan pembangunan bercampur.

Tambah Mukhtar, Templer Park yang dihadiahkan Sultan Selangor ketika itu, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1954 juga adalah kawasan tadahan air yang dikhuatiri akan terjejas sekiranya pembangunan tersebut dilaksanakan.

"Selain itu, kawasan ini juga memiliki dua tempat rekreasi iaitu Taman Rimba dan Air Terjun Kanching yang dipenuhi khazanah alam termasuk pelbagai spesies flora dan fauna sehingga menjadi tumpuan pelancong luar negara," tegasnya.

Sementara itu, salah seorang Ahli PTGC, Azizul Rahman Abdul Wahab berkata, dia sedih dengan tindakan rakus kerajaan negeri yang mahu mengambil kawasan hijau itu untuk dijalankan pembangunan.

"Saya masih ingat ketika kecil ada melalui kelab golf di situ dan berhasrat untuk menjadi ahli, akhirnya selepas impian itu tercapai kami dikejutkan dengan rancangan ini yang sama sekali tidak seperti dijanjikan.

"Kami berharap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

PPj lancar logo baharu terap imej, identiti unik Putrajaya

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Kakitangan Perrbadanan Putrajaya, Maldahlena Jamal menunjukkan logo baharu pihak berkuasa tempatan itu yang dilancarkan di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 4 Okt. - Perbadanan Putrajaya (PPj) melancarkan logo baharu pihak berkuasa tempatan itu dengan menerapkan imej dan identiti unik Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Logo tersebut yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan mendapat sentuhan tenaga kerja Universiti Limkokwing dengan menyumbangkan kepakaran dalam membangunkan logo baharu itu.

Menurut Bala Mohan, penjenamaan semula logo itu merupakan usaha penting PPj untuk menaikkan imej dan mempromosikan Putrajaya khusus di peringkat antarabangsa.

"Logo ini mendapat kerjasama Universiti Limkokwing yang mereka bentuk dan mempertandingkan logo terbaik hasil rekaan mereka sebelum dihantar kepada PPj untuk dipilih.

"Selepas beberapa penambahbaikan dibuat, logo baharu ini yang dicipta dengan mengabungkan ciri-ciri Bangunan Perdana Putra dan Gerbang Kompleks PPj sebagai lambang Putrajaya dipilih," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo baharu PPj di Kompleks PPj di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden PPj, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Menurut Bala Mohan, warna biru yang terdapat pada logo itu melambangkan Tasik Putrajaya yang merupakan badan air kepada Putrajaya dan hijau pula melambangkan konsep pembangunan bandar itu sebagai 'bandar dalam taman' dan juga 'bandar hijau'.

Manakala, elemen lima daun melambangkan lima Rukun Negara dan lima Nilai Bersama PPj.

"Reka bentuk keseluruhan logo ini melambangkan kesuburan alam sekitar yang memayungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan kombinasi Bangunan Perdana Putra dan Gerbang Kompleks PPj melambangkan reka bentuk senibina Putrajaya yang berkonsepkan tradisional, islamik dan moden," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, selain daripada proses penjenamaan semula, penukaran kepada logo itu juga bagi mengatasi kekeliruan orang ramai terhadap lambang korporat PPj dan Putrajaya Holding yang mempunyai rekaan hampir sama.

Katanya, pemilihan Universiti Limkokwing untuk mereka bentuk logo itu berdasarkan pencapaian universiti tersebut yang telah berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia.

Elak pencemaran sumber air mentah

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

SALAH seorang kakitangan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. memberi penerangan mengenai pemprosesan air kepada murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur ketika sesi lawatan ke Loji Pembersihan Air Sungai Selangor, Fasa 2, di Ijok, Kuala Selangor, Selangor, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (Puncak Niaga) menyeru orang ramai agar bersama-sama memulihara dan menjaga kepentingan sungai daripada sebarang bentuk pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti air.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Sumber Strategik dan Perhubungan Awamnya, Datuk Dr.Muzahet Masruri berkata, masyarakat perlu sedar tentang kepentingan sungai sebagai sumber air mentah utama kerana kos untuk merawat air mentah yang teruk tercemar amat tinggi.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai merupakan antara penyumbang utama sungai tercemar.

"Masalah pencemaran sungai merupakan cabaran terbesar bagi pihak berkuasa bagi memastikan sumber bekalan air bersih dapat disalurkan kepada pengguna secara berterusan

"Sehubungan itu, orang ramai bukan sahaja perlu sedar mengenai kepentingan air, tetapi tahu bagaimana air yang menjadi keperluan utama mereka diproses," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada lebih 60 ahli rombongan bagi meninjau operasi pemprosesan air di Loji Pembersihan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), di Ijok, Kuala Selangor, baru-baru ini.

Selain kakitangan Radio KLfm, RTM turut menyertai sesi lawatan guru- guru dan murid-murid kurang upaya dari Sekolah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur dan beberapa wakil dari Kelab Lion Capital Kuala Lumpur yang diketuai oleh Penolong Pengurus, Radio KLfm, Nor'ain Bakir.

Sementara itu Pengurus Loji SSP2, Syamsul Ariffin Supaat berkata, SSP2 adalah loji terbesar daripada 29 loji yang diuruskan Puncak Niaga dan memiliki pengurusan pemprosesan air tercanggih di negara ini.

Katanya, SSP2 yang siap sepenuhnya pada Disember 2000 itu mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 950 juta liter sehari sejak Januari 2001.

"SSP2 kini beroperasi melebihi had maksimum iaitu 980 juta liter sehari bagi memenuhi keperluan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kami memberi jaminan air terawat selamat untuk digunakan untuk kegunaan seharian kerana pihak loji mempunyai makmal dan air yang dirawat mengikut piawaian ditetapkan kerajaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Lebih ayu dengan hayfa Hoodie

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

LAMBAKAN tudung di pasaran sememangnya tidak dinafikan lagi. Harganya juga ada yang murah dan mahal tetapi ramai yang masih tidak berani untuk mencuba tudung jenis baharu.

Kebanyakan daripada mereka yang bertudung lebih cenderung memilih tudung yang mudah dipakai tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk mengenakannya.

Tambahan pula bagi kaum ibu yang bekerjaya, sudah pasti mereka akan memilih jenis tudung yang mempunyai ciri-ciri seperti ringkas, mudah dan cepat kerana sibuk dengan pelbagai urusan harian.

Tidak kurang juga bagi generasi muda yang baru berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung memilih tudung Hayfa Hoodie untuk digayakan kerana ia merupakan antara pilihan terbaik untuk mereka.

Tudung ini juga lebih menarik kerana mempunyai dua warna di bahagian luar dan dalam yang boleh ditukar mengikut kesesuaian dan padanan pakaian.

Minggu ini, .com ingin berkongsi tentang keunikan tudung Hayfa Hoodie yang sesuai digayakan untuk pelbagai majlis. Selamat mencuba.- AZRIN

Mulakan hari dengan Boss Jour Pour Femme

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

SEMBURAN wangian adalah pelengkap solekan bagi setiap wanita sebelum mereka melangkah keluar rumah.

Bagi wanita yang ingin bergaya moden, sofistikated dan feminin, haruman Boss Jour Pour Femme pastinya pilihan tepat untuk anda.

Koleksi terbaharu daripada Hugo Boss ini dihasilkan dengan gabungan haruman daripada wangian bunga-bungaan putih seperti fresia, lili dan citrus.

Gabungan wangian floral dan citrus mampu membangkitkan inspirasi kepada wanita untuk permulaan hari yang lebih ceria.

Jenama ini masih lagi mengekalkan gaya eksklusif dalam setiap keluarannya dengan menampilkan rekaan botol kristal dengan gaya mewah.

Boss Jour Pour Femme boleh didapati di pasaran pada harga RM178 (30ml), RM256 (50ml) dan RM333 (75ml).

Selain wangian, koleksi ini juga didatangkan dengan pilihan mandian Boss Jour Pour Femme Showel Gel pada harga RM112 (200ml) dan Boss Jour Pour Femme Body Lotion RM124 (200ml).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Sindiket dadah hotel bajet tumpas

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

HARUN Idris menunjukkan syabu dan barangan lain yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Ledang, Johor, semalam. - UTUSAN/Zulhisham Isahak

LEDANG 4 Okt. - Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang beroperasi di hotel-hotel bajet di bandar ini dan Muar ekoran penahanan dua pasang kekasih serta merampas dadah berjumlah RM196,800 di Kampung Pagar Laut, Kesang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang hasil maklumat dan risikan.

"Dalam serbuan itu, kita menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan dua perempuan berusia 19 dan 30 tahun di luar rumah. Hasil pemeriksaan sebuah kereta Honda Accord yang bernombor pendaftaran Singapura di situ, kita menemukan 26.5 gram dadah jenis syabu.

"Di dalam rumah pula kita menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan merampas 31.12 gram heroin, 56.4 gram syabu, wang tunai RM3,000, barang kemas bernilai kira-kira RM5,000, alat timbang dan peket plastik," katanya dalam sidang akhbar di IPD Ledang di sini hari ini.

Katanya, modus operandi mereka adalah dengan menyewa hotel-hotel bajet untuk urusan jual beli dadah menggunakan wang tunai atau barangan kemas selain menggunakan kereta bernombor pendaftaran warga asing untuk mengaburi pihak berkuasa.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kegiatan tersebut sudah dilakukan sejak Januari lalu dan pihaknya masih menyiasat sumber bekalan dadah berkenaan diperolehi.

"Kesemua syabu yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 3,500 penagih manakala heroin itu antara 1,500 hingga 1,600 penagih," ujar beliau.

Harun memberitahu, kesemua suspek didapati positif syabu dan direman sehingga Rabu depan, sementara kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pulihara 250 bangunan lama sebagai tarikan pelancongan

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Cheng Chean Chiang (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata berupa kaligrafi Cina kepada Tee Siew Kiong sempena Majlis Pecah Tanah Pembangunan Semula Muzium Persatuan Kwong Siew Wai Kuan di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 4 Okt. - Pemilik dan penyewa kepada bangunan lama yang diklasifikasikan sebagai bangunan ikonik dan bersejarah di bandar raya ini digesa terus memelihara dan memulihara bangunan tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong ke sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, bandar raya ini mempunyai lebih 250 buah bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah yang harus dikekalkan.

"Bangunan-bangunan lama ini ada yang telah berusia lebih puluhan, malahan ratusan tahun seperti kedai-kedai lama, masjid dan rumah ibadah yang seharusnya diuruskan dengan baik.

"Ini kerana, bukan sahaja mempunyai banyak nilai-nilai sejarah, malah turut menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke negeri ini, khususnya di bandar raya Johor Bahru," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Semula Muzium Persatuan Kwong Siew Wai Kuan di Jalan Siu Nam di sini semalam.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Kwong Siew Wai Kuan, Cheng Chean Chiang.

Siew Kiong berkata, pemilik bangunan seperti premis perniagaan dinasihatkan untuk meneruskan perniagaan masing-masing atau menyewakannya kepada orang lain bagi mengelakkan bangunan tersebut terbiar begitu sahaja.

"Jangan tutup kedai, jika tidak mahu berniaga, sewakan kepada mana-mana pihak yang berminat. Kita tidak mahu dalam 10 kedai, hanya tiga sahaja dibuka sementara tujuh yang lain sekadar menjadi stor.

"Jika peniaga membiarkan sahaja bangunan tersebut begitu sahaja, ini bukan sahaja merugikan mereka, malah pada masa sama hanya akan mencacatkan imej bangunan bersejarah di Johor Bahru sahaja," katanya lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Perigi Portugis sarang maksiat

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanjohor@utusan.com.my

PERSEKITARAN perigi Portugis di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau yang tidak terurus dan didakwa menjadi 'port' pasangan bercinta melakukan perbuatan tidak bermoral.

JASIN 4 Okt. - Kawasan pelancongan Perigi Portugis di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau dekat sini kini menjadi tempat pasangan bercinta melakukan perbuatan tidak bermoral.

Keadaan sunyi dan gelap di perigi tersebut menjadi punca banyak pasangan kekasih mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak bermoral di kawasan tersebut.

Penduduk mendakwa kegiatan gejala sosial itu kerap berlaku sejak setahun lalu sehingga menimbulkan keresahan mereka yang melihat perkara berkenaan kerana boleh memburukkan nama kampung berkenaan.

Selain itu, penduduk turut mendakwa keadaan persekitaran perigi tersebut tidak dijaga dan dibersihkan.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut juga mendapati pondok rehat dan lampu telah rosak serta dipenuhi sampah sarap dan botol-botol arak yang bertaburan di kawasan semak berhampiran.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berusia 28 tahun itu berkata, kebiasaannya kawasan itu akan dikunjungi pelajar sekolah menghabiskan masa melepak pada siang hari.

Katanya, pada waktu malam pula dia sering ternampak sekumpulan remaja bermotosikal dan kereta berada di tempat letak kenderaan di perigi berkenaan.

''Saya pernah terlihat pasangan remaja berkelakuan tidak senonoh, selain menghabiskan masa hingga lewat malam di situ dalam keadaan kawasan yang gelap dan sunyi," katanya.

Lina menambah, kedudukan perigi itu yang terletak lebih kurang 500 meter dari jalan raya dan tersorok daripada orang ramai menjadikan tempat itu sebagai 'port' untuk melakukan maksiat, melepak dan minum arak.

Seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Fatimah, 38, berkata, persekitaran perigi kotor dan perbuatan maksiat yang berlaku itu menjejaskan nama kampung berkenaan.

Katanya, ketiadaan kawalan dan penjagaan rapi di tempat bersejarah itu menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan remaja melakukan perbuatan tidak bermoral.

Menurutnya, perigi itu kebiasaannya akan dikunjungi ramai ketika cuti hujung minggu terutama daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), keluarga serta pelancong dalam dan luar negara.

"Kunjungan mereka ke sini adalah untuk melihat Perigi Portugis itu yang mempunyai sejarahnya tersendiri selepas singgah di Makam Tun Teja yang terletak tidak jauh dari sini," katanya.

Fatimah berkata, berkemungkinan kawasan Perigi Portugis yang tidak berpagar dan dilihat sudah lama tidak diselenggara menjadi antara faktor yang mengundang kepada kejadian gejala sosial berlaku.

DUN Belia penuhi keperluan generasi muda

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

MOHAMAD Hasan (tengah) beramah mesra serta menyampaikan sijil tauliah kepada ahli DUN Belia selepas merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia di Klana Resort, Seremban, semalam.

SEREMBAN 4 Okt. - Penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Negeri Sembilan membuktikan kerajaan negeri sedar akan keperluan dan kehendak belia agar suara mereka didengari dalam sebarang bentuk pembentukan dasar melibatkan golongan itu di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, penubuhan DUN Belia ini merupakan salah satu landasan yang tepat bagi belia menyuarakan pandangan-pandangan serta idea mereka untuk menjadikan sesuatu dasar itu lebih memberi manfaat kepada generasi muda.

''Menerusi DUN Belia ini nanti, mereka dapat memberikan pandangan serta idea untuk kepentingan golongan berkenaan dan tidak hanya taksub untuk berpolitik semata-mata. Lupakan soal politik dan bincanglah soal hala tuju ke mana nanti belia pada masa depan.

''Kita tidak mahu melihat bahawa belia ini sebagai alat disuruh arah. Kita mahu jadikan mereka mempunyai jati diri, kepakaran dan wawasan dalam membangunkan generasi akan datang mengikut acuan mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Persidangan DUN Belia negeri kali pertama di Klana Resort dekat sini hari ini.

Yang hadir sama Speaker DUN, Datuk Dr. Awaluddin Said serta Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Salwati Abdullah.

Dalam sesi hari ini, sebanyak 36 wakil dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama 30 anggota yang dilantik daripada pelbagai sektor profesional termasuklah perbankan, perubatan, perkilangan dan sebagainya hadir.

Jelas Mohamad, selaku kerajaan, pihaknya juga bersedia untuk menerima sebarang resolusi ataupun keputusan yang akan dikeluarkan oleh DUN Belia untuk diperhalusi bagi dijadikan agenda Rancangan Pembangunan Belia akan datang.

Apatah lagi kata beliau, komposisi belia di negeri ini mewakili 50 peratus daripada pelbagai sektor dan pandangan mereka amat diperlukan dalam merencanakan hala tuju dasar yang boleh memanfaatkan golongan itu nanti.

''Jika kita telah memberikan kebebasan kepada mereka, selaku kerajaan kita tidak perlu takut apa sahaja pandangan yang disuarakan. Mana yang baik, kita akan utarakan dan mana yang tidak, akan perhalusi agar mengikut cita rasa belia.

''Apa guna kalau kita buat sesuatu dasar tetapi gagal untuk mencapai matlamat yang dikehendaki kepada golongan sasar. Kita mahu dengar apa yang ada dalam minda mereka untuk dicanaikan menjadi satu dasar bermanfaat untuk mereka kelak," jelas beliau.

Empat klinik kesihatan baharu bakal dibina dalam RMK-10

Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT

MELAKA 4 Okt. - Sebanyak empat klinik kesihatan baharu akan dibina dan telah siap di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk dimanfaatkan oleh penduduk di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim berkata, dua buah yang sudah beroperasi ialah Klinik Kesihatan Tanjung Kling dan Klinik Kesihatan Tengkera.

Menurutnya, dua lagi klinik baharu yang akan dibina ialah Klinik Kesihatan Rembia dan Klinik Kesihatan Batu Berendam.

''Terdapat dua klinik yang dinaik taraf iaitu Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru dan Klinik Kesihatan Ayer Molek," katanya dalam Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Seri Negeri semalam.

Ab. Rahaman (BN-Pantai Kundor) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Ng Choon Koon (BN-Bemban) berkenaan senarai klinik-klinik perubatan yang telah dirancang atau dilaksanakan pada RMK-10.

Menurut Ab. Rahaman, klinik desa yang telah dinaik taraf ialah tujuh dari jenis 2G dan tiga klinik jenis 1G.

Beliau berkata, tujuh klinik desa 2G yang sedang dibina itu dijangka siap tahun ini.

Tujuh klinik tersebut katanya ialah Klinik Desa Telok Mas, Klinik Desa Krubong, Klinik Desa Pantai Kundor, Klinik Desa Tanjung Bidara, Klinik Desa Pulau Sebang, Klinik Desa Nyalas dan Klinik Desa Kesang Dua.

"Tiga klinik desa 1G akan mula dinaik taraf tahun hadapan ialah Klinik Desa Lendu, Klinik Desa Semujuk dan Klinik Desa Ramuan China Besar," jelasnya.

Sementara itu tambahnya, sehingga kini terdapat sebanyak 16 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negeri dan empat Klinik 1Malaysia yang baharu bakal dibuka tahun ini.

"Empat K1M yang baharu itu ialah K1M Sungai Udang, K1M Merak Mas (Durian Tunggal), K1M Chenderah (Merlimau) dan K1M Batang Melaka (Jasin)," ujarnya ketika menjawab soalan jumlah K1M yang akan dibuka pada 2013.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved