Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kongsi gelap: 39 calon SPM antara 180 ditahan

Posted:

Kongsi gelap: 39 calon SPM antara 180 ditahan

Kongsi gelap: 39 calon SPM antara 180 ditahan

IPOH 13 Nov. - Seramai 39 pelajar yang berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok adalah antara 180 individu yang ditahan kerana cuba menyertai satu kumpulan kongsi gelap.

Kesemua 180 yang ditahan, termasuk penjawat awam dan tujuh wanita diberkas dalam serbuan polis di sebuah rumah rehat di Teluk Batik, Lumut, kira-kira 110 kilometer dari sini, malam tadi.

Dalam serbuan yang diadakan pukul 9 malam itu, polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa wujudnya cubaan untuk merekrut ahli kumpulan kongsi gelap di rumah rehat itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan memberitahu, serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 30 tahun termasuk tiga kakitangan awam.

"Siasatan awal mendapati, satu upacara angkat sumpah dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berlaku di rumah rehat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Shukri berkata, mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki cuba menculik diberkas

Posted:

Lelaki cuba menculik diberkas

Lelaki cuba menculik diberkas

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


NUR Fariha Saifuddin ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju, kelmarin. - UTUSAN/ABDUL NAZIR MOHAMED


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Tindakan nekad seorang bapa 'memburu' sendiri seorang lelaki warga asing yang cuba menculik anak perempuannya membuahkan hasil apabila suspek berjaya ditahan polis di Taman Melati Utama, Wangsa Maju di sini malam tadi.

Saifuddin Abu Samah bertindak nekad menjejaki lelaki warga Kemboja yang sebelum itu cuba melarikan anak perempuannya berusia enam tahun sehingga berjaya ditangkap.

Ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, Saifuddin, 37, bersama isteri dan empat anak perempuannya sedang berjalan ke kereta selepas makan malam di sebuah restoran di sini.

Difahamkan, suspek berusia 33 tahun cuba melarikan anaknya, Nur Fariha, 6, ketika isteri serta anak ketiganya itu tertinggal kira-kira 50 meter di belakang.

Menceritakan kejadian itu, Saifuddin berkata, lelaki itu segera melarikan diri sebaik sahaja disergah isterinya, Rohani Abdul Rauf, 37, tanpa sempat membawa kanak-kanak itu.

Dia yang sempat menghantar anak dan isterinya pulang ke rumah mereka di Taman Bunga Raya, Wangsa Maju mengambil keputusan untuk mencari suspek sehingga berjaya ditangkap.

"Setelah keluar semula dan puas mencari, saya terserempak lelaki itu di sebuah stesen minyak di sekitar Taman Melati ketika dia melintas Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Ketika menjejaki suspek, saya sudah menghubungi Cif Inspektor Mispani Hamdan, Ketua Balai Wangsa Maju yang kemudian datang untuk memberkas suspek," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kata pengurus projek syarikat komunikasi itu, dia bertindak demikian kerana tidak ingin kejadian culik kanak-kanak seperti kes Allahyarham Nurin Jazlin Jazmin sekali lagi terjadi di Wangsa Maju.

"Saya nekad mengikuti suspek walaupun tidak tahu sejauh mana dia bersalah. Sekurang-kurangnya tindakan ini membantu pihak berkuasa," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu namun siasatan masih dijalankan untuk menentukan kes tersebut berkait dengan kejadian culik atau tidak.

"Cubaan culik itu berjaya dihalang dengan jeritan ibu mangsa dan tindakan bapanya mengekori suspek berjaya membantu polis memberkas warga Kemboja yang bekerja sebagai buruh binaan.

"Setakat ini kita masih menyiasat apa motif sebenar suspek dan akan melihat kemungkinan ia culik atau tidak," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Sedia persekitaran inklusif

Posted:

Sedia persekitaran inklusif

Sedia persekitaran inklusif

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my

Melalui kaedah pengajaran yang tepat dan dengan program sokongan yang betul, kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh belajar bersama-sama dengan murid normal dalam satu bilik darjah.

Pengasas dan Pengetua Children's World, Anne Sivanathan berkata, sebenarnya tiada masalah untuk mengajar mereka dalam satu kelas yang sama kerana kanak-kanak yang dikategorikan sebagai berkeperluan khas datang dari spektrum yang luas seperti ketidakupayaan pembelajaran, lembap dan masalah perilaku disebabkan trauma fizikal.

"Kanak-kanak dengan ketidakupayaan pembelajaran adalah sukar untuk diintegrasikan dengan pelajar-pelajar lain di sekolah biasa kerana pelbagai faktor," katanya pada Persidangan Kebangsaan Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-kanak di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Faktor pertama, katanya, ialah disebabkan kekurangan pengasuh yang mempunyai ilmu dalam mendiagnosis ketidakupayaan seseorang murid.

"Dalam sistem pendidikan masa kini, para pengajar terutamanya guru-guru mempunyai pengetahuan yang terhad tentang ketidakupayaan pembelajaran serta perkara yang berkaitan.

"Ramai di antara para pengajar ini tidak berupaya mengesan kanak-kanak berkeperluan khas dalam bilik darjah seterusnya membantutkan usaha untuk membantu mereka dengan cara yang lebih bermanfaat," jelasnya.

Menurutnya lagi, kanak-kanak yang mempunyai kecacatan jelas dan besar sememangnya mudah untuk dikesan namun adalah amat sukar untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai kekurangan upaya sederhana serta kecil terutamanya pada usia muda mereka.

Faktor kedua ialah disebabkan kekurangan kesinambungan yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk berjaya dalam programberbentuk individu (Individualized Program) yang disediakan oleh pakar.

"Secara teorinya, kanak-kanak yang mengidap autisme hanya dapat dikenal pasti ketika dia berumur tiga tahun. Secara praktikalnya pula, diagnosis hanya dibuat pada umur empat hingga lima tahun.

"Bila kanak-kanak didiagnosis dengan keperluan khas, terdapat ramai pakar dari pusat-pusat berbeza yang terlibat dalam mengikuti kemajuan kanak-kanak tersebut, contohnya terapi pekerjaan, patologi pertuturan, pakar-pakar pemakanan, psiko pendidikan dan lain-lain," terang beliau.

Manakala faktor ketiga pula ialah disebabkan kurangnya dana untuk penjagaan harian.

"Ibu bapa biasanya dibebankan dengan kos perubatan yang mahal serta bantuan kemudahan jagaan harian hanya mampu menampung sekitar satu hingga dua jam sahaja setiap hari untuk kakitangan sokongan," katanya.

Anne berkata, faktor keempat ialah disebabkan oleh kekurangan minat khususnya di kalangan guru-guru berkaliber untuk bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

"Selain itu, ia juga disebabkan oleh jumlah kegagalan yang besar dalam proses meningkatkan perkembangan di kalangan kanak-kanak berkenaan," ujarnya.

Hal ini kerana setiap kanak-kanak berbeza dari segi ketidakupayaan mereka.

"Ada kalanya, sesetengah kanak-kanak ini dinilai sebagai tidak mempunyai sebarang kecacatan. Setelah melalui pemerhatian, mereka menunjukkan masalah seperti sukar untuk memberi perhatian dan sukar untuk dikawal semasa di dalam kelas," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert 1Malaysia penuhi keperluan kursus

Posted:

Konsert 1Malaysia penuhi keperluan kursus

Konsert 1Malaysia penuhi keperluan kursus


SALAH satu persembahan pada Konsert 1Malaysia 1Irama 1Dunia di IPG Kampus Ipoh, Perak, baru-baru ini.


PELATIH Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh menganjurkan Konsert 1Malaysia 1Irama 1Dunia di kampus itu, baru-baru ini untuk memenuhi kehendak proforma subjek Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah (MZE3102).

Pensyarah Pembimbing yang bertindak selaku Penyelaras Konsert, Mubin Md. Nor berkata, konsert itu juga merupakan satu usaha untuk memberi peluang kepada para pelatih yang mengambil opsyen Pendidikan Muzik sebagai subjek minor di IPG Kampus Ipoh mengekspresi bakat muzik mereka.

"Penganjuran konsert ini dapat memenuhi peluang keemasan bagi pihak penganjur untuk menambah pengalaman dan pendedahan secara langsung serta lebih menyeluruh tentang konsep pendekatan pengajaran muzik di sekolah.

"Selain itu, ia merupakan usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang seimbang," jelasnya.

Konsert yang dikendalikan oleh 20 pelatih unit PISMP G3 itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian dan juga persembahan muzik instrumental.

Menurut Pengerusi Program, Mohamad Saidi Zainal Azim, persembahan pada malam konsert itu dibahagikan kepada tiga segmen merangkumi segmen Nusantara, Retro Evergreen dan World Music yang diiringi oleh Kumpulan Orkestra IPG Kampus Ipoh.

"Penganjuran konsert sulung ini berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada semua pihak dan ia sememangnya memberikan kepuasan penuh dan kebanggaan kepada kami.

"Ia dibuktikan melalui sokongan dan kehadiran ramai penonton dari dalam mahupun dari luar kampus," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


7 emas warnai hari kedua

Posted:

7 emas warnai hari kedua

7 emas warnai hari kedua


Leong Mun Yee (atas) dan Ng Yan Yee menang pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik Jakabaring, Palembang, semalam.


JAKARTA – Setelah meraih dua pingat emas pada hari pertama Sukan SEA XXVI kelmarin, kontinjen negara bangkit mempamerkan keyakinan lebih cemerlang dengan menambah tujuh lagi emas untuk sembilan emas keseluruhan, semalam.

Jika kontinjen negara di Palembang membuka tirai saingan kelmarin dengan dua pingat emas, semalam giliran kem Malaysia di Jakarta pula cemerlang dengan lima emas; empat menerusi karate dan satu emas daripada lawan pedang.

Episod malang Jamalliah Jamaluddin kelmarin, berjaya ditebus adik lelakinya, Shaharudin yang memberikan emas dalam kumite 75 kilogram.

Malah, karate terus membutirkan tiga lagi emas menerusi Loganesha Rao (kumite Bawah 55kg lelaki), K. Teagarajan (individu kumite 84kg lelaki) dan G. Yamini (individu kumite bawah 61kg)

Bagaimanapun, pingat emas yang paling mencuri tumpuan di Jakarta semalam sudah pastinya menerusi acara lawan pedang.

Koh I Jie tanpa disangka memenangi acara epee individu lelaki, sekali gus merupakan pingat emas pertama acara lawan pedang pada Sukan SEA selepas 22 tahun, terakhir dimenangi pada 1989.

Di Palembang, kontinjen Malaysia menokok dua pingat emas semalam.

Terjun yang membuka gelanggang semalam, memulakan kempen pungutan pingat menerusi Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik Jakabaring.

Satu lagi emas daripada atlet acara 20 kilometer jalan kaki lelaki, Lo Choon Sieng.

Kontinjen negara dijangka terus menuai pingat emas hari ini menerusi beberapa acara seperti renang yang melibatkan aksi perenang handalan seperti Khoo Cai Lin dan Marellyn Liew.

Taruhan terbaik untuk emas olahraga adalah menerusi Lee Hup Wei dalam acara lompat tinggi dan jaguh 400m lari berpagar Noraseela Mohd. Khaled.

– Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Choon Sieng permata baru jalan kaki

Posted:

Choon Sieng permata baru jalan kaki

Choon Sieng permata baru jalan kaki


Lo Choon Sieng menjerit kegembiraan selepas menamatkan jalan kaki 20 kilometer dengan memenangi pingat emas di Palembang, semalam.


PALEMBANG - Malaysia terus membuktikan penguasaan dalam acara 20 kilometer jalan kaki lelaki selepas berjaya mempertahankan pingat emas melalui Lo Choon Sieng di sini, semalam.

Selepas Teoh Boon Lim berjaya meraih pingat emas di Laos, dua tahun lalu, kini giliran Choon Sieng pula yang tidak ubah seperti permata baru untuk meneruskan penguasaan di temasya ini.

Choon Sieng menamatkan langkah emas dengan mencatat masa satu jam 32.34 saat manakala Boon Lim yang turut bertanding hanya menduduki tempat keempat (1':35.48) manakala pingat perak milik Hendro dari Indonesia (1':33.23s) diikuti pingat gangsa melalui pejalan kaki dari Vietnam, Nguyen Thanh Ngung (1':35.48s).

Menurut Choon Sieng, dia terlalu gembira sehingga menjerit dan menangis sebaik melintasi garisan penamat ekoran ini emas pertamanya dalam penampilan kedua di Sukan SEA.

"Dua tahun lepas saya mengambil bahagian pada Sukan SEA Laos, namun langkah saya dibatalkan. Kali ini saya berjaya menebus kekecewaan tersebut selepas pada masa yang sama memang saya mensasarkan untuk memenangi emas," katanya kepada para pemberita, semalam.

Atlet berusia 25 tahun kelahiran Melaka itu merupakan penyumbang emas ketiga negara selepas Nur Suryani Taibi (menembak) dan Tan Song Hwa (baling tukul besi) berbuat demikian.

Kata Choon Sieng, selepas gagal di Laos, dia pulang dengan berlatih bersungguh-sungguh dan akhirnya pengorbanan tersebut berbaloi untuk memastikan penguasaan Malaysia dalam acara tersebut.

"Saya berasa sedikit kecewa kerana gagal memperbaharui rekod kebangsaan, namun perkara paling penting ialah saya dapat meraih pingat emas, pingat ini adalah untuk diri saya sendiri," katanya yang turut berterima kasih kepada abangnya, Lo Choon Lai di atas sokongan yang diberikan selama ini.

Sementara itu dalam acara wanita, atlet veteran negara, Yuan Yu Fang gagal mempamerkan aksi terbaik selepas menduduki tempat keempat manakala seorang lagi pelari negara, Nurliana Mohd. Rusni di tempat terakhir daripada tujuh atlet yang bertanding. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tiga pasar tani komuniti dibuka

Posted:

Tiga pasar tani komuniti dibuka

Tiga pasar tani komuniti dibuka

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

CAMERON HIGHLANDS 13 Nov. – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka tiga buah pasar tani komuniti di daerah Pekan, Jengka dan Bera yang bakal beroperasi penghujung tahun ini.

Pengarah FAMA negeri, Ibrahim Mahmood berkata, pembinaan pasar tani komuniti itu melibatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Pejabat Daerah.

Katanya, menerusi kerjasama itu, KPDNKK menyalurkan peruntukan bagi membina pasar tani, FAMA pula sebagai pihak pelaksana dengan pasar tani itu kelak akan berkonsepkan pusat sehenti beroperasi selama 24 jam.

"Setiap satu pasar komuniti berkenaan berkeluasan 0.8 hektar yang akan beroperasi secara berperingkat dengan fasa pertama bermula hujung tahun ini di Jengka.

''Apabila beroperasi nanti, pasar komuniti bersepadu itu akan memberi peluang kepada para peniaga pelbagai kaum untuk berniaga di kawasan lebih strategik, selesa dan bersih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pelbagai program akan dijalankan di pasar tani itu seperti ekspo perdagangan dan pusat promosi produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Tambahnya, ia bakal dilengkapi dengan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan kawasan meletak kereta yang mencukupi bagi menampung keperluan pengguna.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim memberitahu, pasar tani di seluruh Pahang telah menghasilkan jualan berjumlah RM35 juta yang membabitkan 36 pasar tani dan 1,450 peserta sehingga Julai lalu.

''FAMA negeri menyasarkan nilai jualan tahun ini RM50 juta dan kita yakin ia mampu dicapai.

`'Kita juga menyasarkan untuk menambah sehingga 2,000 peniaga dan akan membuka beberapa buah lagi pasar tani sebelum akhir tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SRS berjaya banteras kegiatan jenayah di taman perumahan

Posted:

SRS berjaya banteras kegiatan jenayah di taman perumahan

SRS berjaya banteras kegiatan jenayah di taman perumahan


Sebahagian anggota SRS Taman Putra 1 selepas perasmian penubuhannya di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 13 Nov. – Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bandar Putra 1 berjaya membantu penduduk membanteras jenayah dan aktiviti negatif di taman perumahan itu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Putra 1, Mohd. Badrul Risham Jusoh berkata, sebagai permulaan, seramai 25 anggota terbabit dalam SRS itu.

Menurutnya, SRS taman itu mendapat kelulusan penubuhannya pada 8 September lalu dan adalah salah satu cabang Rukun Tetangga.

''Kita mengharapkan 25 anggota ini dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lancar namun ia memerlukan kerjasama mantap daripada semua penduduk taman ini.

"Paling penting, jangan terlalu harapkan dan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab terhadap mereka sebaliknya penduduk juga perlu saling bekerjasama membanteras jenayah yang berlaku," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian SRS Bandar Putra 1 di sini baru-baru ini.

Dalam majlis yang sama, ahli jawatan kuasa (AJK) sebulat suara melantik Mohammad Rani Mustaffa sebagai Ketua Sektor SRS KRT taman itu.

Menurut Mohd. Badrul, SRS adalah skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, Pindaan 1988 dan dikendalikan oleh Biro Keselamatan yang merupakan salah satu jawatankuasa di bawah Rukun Tetangga.

''Selain menjaga keselamatan dalam KRT, ia juga membantu pihak polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.

''Rondaan pula dilaksanakan oleh peronda-peronda yang berdaftar di sebahagian atau keseluruhan kawasan rondaan yang telah pun diwartakan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pasdec sasar jualan hartanah RM15.3j

Posted:

Pasdec sasar jualan hartanah RM15.3j

Pasdec sasar jualan hartanah RM15.3j


Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak (tengah) mendengar penerangan daripada Mohd. Azman Sa'ad (kiri) sambil diperhatikan Zaidah Isa mengenai Karnival Jualan Pasdec 2011 di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 13 Nov. – Syarikat pemaju hartanah tempatan, Kumpulan Pasdec Holdings Berhad (Pasdec) menyasarkan jualan sebanyak RM15.3 juta pada Karnival Jualan Pasdec 2011 yang berlangsung selama tiga hari di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini berakhir hari ini.

Naib Presiden Kanan Hartanah Pasdec, Mohd. Azman Sa'ad berkata, sebanyak 389 unit rumah bernilai RM111.2 juta ditawarkan oleh pihaknya pada karnival tersebut yang dianjurkan setiap tahun.

"Tujuan utama karnival ini adalah untuk mengukuhkan penjenamaan dan meningkatkan kesedaran pembeli terhadap produk terkini selain daripada mempromosikan produk-produk hartanah yang terbaru daripada pihak Pasdec," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian karnival itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir Mohd. Soffi Tan Sri Abdul Razak di sini kelmarin.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Zaidah Isa.

Menurut Mohd. Azman, banyak produk kediaman dan komersial yang ditawarkan kepada orang ramai dengan tawaran istimewa selama sebulan bermula 1 November lalu.

"Malah tema karnival tahun ini "Gaya Hidup Ceria Bersama Pasdec' yang berkonsepkan keluarga sejahtera sesuai dengan konsep dan trend terkini.

''Kita juga mempelawa orang ramai tidak melepaskan peluang terbaik ini untuk mendapatkan rumah idaman," katanya.

Katanya, selain karnival itu, pihaknya turut menjalankan tanggungjawab sosial terhadap komuniti antaranya seperti menyumbangkan beg sekolah kepada rumah anak yatim terpilih, pemeriksaan kesihatan percuma serta pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Keanggotaan Syria digantung

Posted:

Keanggotaan Syria digantung

Keanggotaan Syria digantung


Penduduk Syria berhimpun menyatakan sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad selepas keanggotaan Syria dalam Liga Arab digantung di Damsyik, semalam. - afp


AMMAN 13 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerang kedutaan Arab Saudi di Damsyik dan pejabat konsulat Perancis serta Turki di bandar Latakia semalam sebagai bantahan terhadap keputusan Liga Arab menggantung keanggotaan Syria.

Menurut penduduk, kumpulan lelaki yang turut memekik slogan menyokong Presiden Bashar al-Assad bertindak memukul pengawal dan memecah masuk pejabat kedutaan Arab Saudi di Rummaneh yang terletak tiga blok dari pejabat Assad dan merupakan kawasan yang dikawal ketat polis.

"Kami sanggup berkorban darah dan jiwa demi Assad," jerit kumpulan penyerang itu.

Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi memanggil pulang dutanya di Syria ketika Raja Abdullah menuntut penamatan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.

Sementara itu, serangan sama turut berlaku di bandar Latakia, 330 kilometer ke utara Damsyik di perairan Mediterranean dengan konsulat Perancis dan Turki menjadi sasaran kemarahan kumpulan penyerang.

Seorang diplomat di Damsyik mengesahkan serangan yang berlaku beberapa jam selepas Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana gagal menunaikan janjinya untuk menghentikan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi sejak lapan bulan lalu dan memulakan dialog.

"Serangan itu menyebabkan berlaku kerosakan di kedutaan Arab Saudi. Kami bagaimanapun tidak mendapat maklumat jelas mengenai kejadian di Latakia, tetapi dilaporkan ia sangat teruk," katanya. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Bantahan lawatan Obama ke Indonesia

Posted:

Bantahan lawatan Obama ke Indonesia

Bantahan lawatan Obama ke Indonesia

JAKARTA 13 Nov. - Sekumpulan 2,500 rakyat Indonesia beragama Islam mengadakan demonstrasi di tengah kota Jakarta bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara itu, minggu ini.

Penunjuk perasaan dari kumpulan Hizbut Tahrir melaungkan 'Tolak Obama' dan 'Amerika adalah pengganas' di luar Kedutaan AS di sini.

Mereka turut mengibarkan kain rentang yang tertera 'Tolak Obama, Tolak Kapitalisme, Tolak Imperialisme'.

''Kami menentang AS dan Obama datang ke Indonesia.

''Obama adalah pembunuh saudara Islam kami di Palestin dan Afghanistan, pencuri sumber semula jadi Indonesia dan ingin menakluk dunia selain akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan AS,'' kata jurucakap kumpulan itu, Mujiyanto kepada AFP.

Sementara itu, demonstrasi sama turut diadakan di bandar lain termasuk Surabaya, Jawa Timur dan Makassar di Sulawesi Selatan.

Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-18 di Indonesia pada hujung minggu ini.

Sidang kemuncak ASEAN juga akan diadakan pada minggu ini di mana AS akan bertindak sebagai pemerhati.

Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan isu serantau termasuk kawasan perairan Laut China Selatan yang menjadi tuntutan bertindih beberapa negara Asia. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


KR1M gusarkan pembangkang

Posted:

KR1M gusarkan pembangkang

KR1M gusarkan pembangkang

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


KEDAI Rakyat 1Malaysia mendapat sambutan hangat pada hari pertama pembukaannya di stesen LRT Kelana Jaya , Selangor, pada Jun lalu.


TIDAK habis-habis. Satu demi satu projek untuk manfaat kehidupan harian masyarakat Malaysia diserang parti pembangkang.

Mulanya, program transformasi kedai runcit (TUKAR), kemudian beralih ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan seterusnya Menu Rakyat 1Malaysia. Terbaru, dikatakan 'menjangkit' ke projek pembangunan bengkel automatif (ATOM).

'Pening kepala' dibuatnya menteri berkenaan untuk bertarung di satu lagi 'gelanggang politik' pembangkang. Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin 'alah bisa tegal biasa'. Matlamat kementerian berjiwa besar untuk rakyat ini hanyalah semata-mata untuk kesenangan orang ramai mengharungi cabaran kos hidup yang meningkat kala ini.

Namun lain ceritanya di pihak sana. Sampaikan kedengaran ura-ura 'melobi' oleh pihak terbabit untuk menerajui kementerian Ismail Sabri, tentunya selepas pilihan raya umum nanti.

Ini gara-gara tidak puas hati dengan projek rakyat kelolaan kementerian Ismail Sabri yang lebih dikenali KPDNKK atau nama penuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ia dikatakan merugikan 'pihak industri'. Pernah seorang peneraju dewan perniagaan yang dikatakan memiliki lebih 20,000 anggota hadir berbincang dengan Ismail Sabri dan disaran menyertai sahaja program KR1M, yakni sama seperti komitmen yang ditunjukkan Mydin. Dalam mesyuarat (perundingan) itu, semuanya nampak baik belaka, berjalan lancar dan penutupnya, wakil dewan berkenaan menyatakan semuanya okey, okey dan okey untuk KR1M. Tetapi beberapa hari kemudian, habis dibantainya Ismail Sabri dalam akhbar mereka.

Ismail Sabri yang ditemui penulis di Putrajaya Jumaat lalu percaya pembangkang tidak suka melihat rakyat mendapat harga barang yang murah menerusi siri program anjuran kementeriannya. Ini kerana ia akan mempopularkan kerajaan. Lebih-lebih lagi dianggap satu kelebihan buat BN menjelang pilihan raya umum ke-13 yang hangat diperkatakan saat ini.

"Kerajaan hapuskan ISA, dia tak suka pula sebab kerajaan dah buat dulu. Yang uar-uarkan pembohongan ini pun adalah individu sama yang dikatakan nak 'pecat' atau kurangkan bilangan ramai kakitangan kerajaan.

"Tidak setakat itu juga, yang terbaru mereka mahu musnahkan ATOM pula," kata Ismail Sabri. ATOM, menurutnya, diperkenalkan bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam jualan alat-alat ganti tulen kereta. Kadang-kala orang ramai terbeli kereta potong atau gear box yang rosak. Maka ATOM lah antara jawapan dalam meleraikan permasalahan ini.

Kerana itu, Ismail Sabri di Putrajaya tempoh hari menghuraikan fakta dalam menjawab dakwaan bahawa produk KR1M kononnya lebih mahal dari Carrefour. Berikut intipati penjelasannya:

1. Perbandingan harga tidak dibuat dengan produk yang setaraf dengannya (apple to apple).

l Perbandingan mestilah merupakan 'apple to apple' ataupun barangan yang benar-benar sama sahaja baik dari segi berat, pembungkusan dan yang paling utama adalah kualiti. Di sini, perbandingan yang dibuat adalah tidak sama.

2. Perbandingan harga KR1M sepatutnya dengan jenama antarabangsa dan bukan dengan house/store brand.

l KR1M menunjukkan penjimatan di antara 30%-50% apabila dibandingkan dengan jenama popular ataupun jenama antarabangsa (misalnya Nestle, P&G dan Unilever). Pembangkang pula telah membandingkan jenama KR1M dengan jenama persendirian pasar raya lain (dalam kes iniu adalah jenama persendirian Carrefour Big Savers).

3. Perbandingan 23 barangan berkenaan tidak mengira aspek kualiti dan kuantiti.

a) Kualiti produk: Misalnya di antara Teh Ceylon KR1M telah dibandingkan dengan Teh Hitam dari Carrefour yang mana Teh Ceylon adalah dari Sri Lanka sepenuhnya dan lebih berkualiti dibandingkan dengan Teh Hitam yang merupakan gabungan sumber daripada Indonesia dan Sri Lanka.

b. Isi kandungan (berat dan isipadu). Misalnya di antara pekatan pencuci pinggan dan mangkuk KR1M (400g berharga RM1.90) dan Carrefour Savers (350g) yang berlainan isipadu, di samping kualiti pembungkusan pencuci pinggan mangkuk dari Carrefour adalah kurang bermutu justeru dapat mengurangkan kos. Carrefour Savers 400g adalah berharga RM2.15 yang jelas lebih mahal.

c. Maklumat khasiat. Misalnya di antara susu pekat KR1M dan krimer manis Carrefour di mana khasiat protein bagi produk KR1M adalah 2.0 manakala Carrefour adalah 1.6 menunjukkan kandungan protein jenama KR1M lebih berkhasiat.

d. Produk berlainan jenis. Misalnya seperti KR1M Chilled Fruit Juice Assorted 1Liter dengan kandungan 35% jus buah yang didinginkan berbanding produk Carrefour Delite 1Liter (5% kandungan jus) yang dijual pada suhu bilik sahaja.

e. Promosi. Misalnya peluntur pakaian Carrefour merupakan pek promosi (harga seunit R2.55) dan hanya untuk masa yang terhad sahaja/sementara stok masih ada. Produk KR1M pula berharga RM1.90 seunit dan adalah mengekalkan harga yang sama sepanjang masa.

4. Berkemungkinan terdapat penipuan pada harga barangan Carrefour yang sengaja direndahkan.

a. Krimer pekat manis 505g menyatakan harga RM2.25 manakala senarai yang diberikan pihak pembangkang adalah bernilai RM2.

b. Begitu juga dengan daging kisar lembu jenama Ramly yang menyatakan harga di resit sebanyak RM5.95 manakala senarai menunjukkan RM5.29.

c. Kentang goreng KK (1kg) di resit menunjukkan harga RM5.90 manakala senarai menunjukkan harga RM4.35.

d. Tisu tandas 200x10 di resit menunjukkan harga RM5.09 manakala senarai pembangkang menunjukkan RM4.90.

e. Minuman berkarbonat di resit menunjukkan harga RM2.05 manakala senarai pembangkang adalah RM1.95.

Pembangkang, kata Ismail Sabri akan terus memburukkan kerajaan - tidak kira sama ada siri sesuatu projek atau program bertujuan untuk manfaat orang ramai.

"Ini tidak pasal-pasal menuduh produk KR1M dicemari bakteria e-coli, tapi bila tanya makmal mana yang buat analisis ini, dia kata ada lah...ada lah tu di mana...tunjukkanlah bukti," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Mewujudkan Johor yang selamat

Posted:

Mewujudkan Johor yang selamat

Mewujudkan Johor yang selamat

Oleh NURUL HUDA HASSAN dan NOR AZAN FITRI
pengarang@utusan.com.my

JANGAN terkejut sekiranya ada sekumpulan pegawai dan anggota polis termasuk Ketua Polis Daerah (OCPD) mengetuk pintu rumah anda.

Kunjungan mereka bukan bermakna anda seorang penjenayah tetapi ia merupakan pendekatan terbaru yang diambil oleh polis Johor. Jadi, layanilah kunjungan mereka dengan baik dan mesra.

Pendekatan 'agresif tapi mesra' untuk mengenali penduduk sesuatu kawasan dengan lebih dekat itu diperkenalkan oleh pegawai polis nombor satu di Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Ia adalah cara terkini digunakan polis Johor bagi membanteras dan mengurangkan kadar jenayah sejajar usaha untuk mencapai sasaran ditetapkan kerajaan dalam Bidang Kerberhasilan Utama Negara (NKRA).

Program yang akan digerakkan tidak lama lagi itu dilihat lebih dekat dengan masyarakat memandangkan 'rombongan' terbabit bakal bertemu penduduk setempat dalam kumpulan kecil bagi mendengar pandangan serta masalah mereka. Ia membabitkan kawasan 'panas' yang dikenal pasti dan dijalankan pada hujung minggu, sekali gus menuntut pengorbanan besar daripada pihak polis kerana perlu mengetepikan masa bersama keluarga pada waktu itu.

"Ini tidak bermakna pendekatan lama tidak berkesan, tetapi ia antara langkah diambil kami untuk merancakkan lagi usaha yang digerakkan polis Johor sebelum ini. Kami ingin terus perangi jenayah," kata Mohd. Mokhtar kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, pendekatan 'mencegah lebih baik daripada merawat' iaitu dengan mengarahkan semua pegawai dan anggota mencari maklumat bagi langkah pencegahan dan sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sebanyak 140,440 maklumat diperoleh.

Selain itu, polis Johor turut melancarkan pelbagai operasi berterusan dan pada masa sama meningkatkan kemahiran siasatan menerusi sains forensik supaya pengumpulan bahan bukti lebih banyak, sekali gus memudahkan penjenayah didakwa.

Sejak NKRA diperkenalkan, ia memberi nafas baru kepada polis mengoptimumkan penggunaan 'manpower' serta kepolisan bijak dan bermula dengan penambahbaikan itu Johor terus mencatatkan penurunan kadar jenayah memberansangkan, ujarnya.

"Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, kita mencatatkan penurunan sebanyak 586 kes jenayah kekerasan dan menjadikannya 3,763 kes berbanding 4,349 tahun lalu.

"Bagi jenayah harta benda pula, kita berjaya menurunkan sebanyak 200 kes menjadikannya 13,700 kes berbanding 13,900 yang dicatatkan pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata, dengan kadar itu Johor terus cemerlang terutamanya dalam menarik pelaburan kerana bagi pelabur perkara paling mustahak perlu diambil kira adalah keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

Menurutnya, Johor mencatat pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di negara ini terutamanya di Iskandar Malaysia yang kini mencecah RM76 bilion, sekali gus membuktikan bahawa negeri itu selamat bukan sahaja untuk dikunjungi malah didiami.

Sebagai contoh, jumlah rakyat Singapura sahaja yang memasuki negara ini mencecah 150,000 orang pada hari biasa dan 200,000 pada hujung minggu serta mereka juga merupakan antara pelabur tertinggi di Johor.

Justeru, tegasnya, dakwaan sesetengah pihak yang menggambarkan Johor tidak selamat adalah tidak benar sama sekali kerana penjenayah menjalankan 'kerja' mereka apabila wujudnya ruang dan peluang.

"Penjenayah tidak memilih dari mana awak datang atau sebagai contoh adakah anda rakyat Singapura ke, tentu tidak sama sekali. Mereka (penjenayah) ini ada peluang saja buat 'kerja' tak kira siapa," tegasnya.

Mohd. Mokhtar memberitahu, dalam melaksanakan tugas yang diberikan, beliau sering memberikan penekanan terhadap aspek integriti kerana ia merupakan kunci kepada sesuatu kejayaan.

"Kita bermula dengan integriti, kita boleh wujudkan pelbagai piagam atau program sekali pun, tetapi tanpa integriti, tanggungjawab yang diberikan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kecil dan bergaya

Posted:

Kecil dan bergaya

Kecil dan bergaya

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna yang bergaya, kamera kompak NEX-C3 keluaran Sony turut menampilkan reka bentuk baru yang menarik. Ia menggabungkan corak logam dan bentuk cengkaman bergaris arus agar mudah untuk dipegang.

Selain itu, berat bagi NEX-C3 turut dikurangkan sebanyak enam peratus atau hanya seberat 225 gram (g) berbanding siri sebelumnya iaitu NEX-3.

Malah, kualiti imej, kelebihan aplikasi serta fungsi NEX-C3 turut menjangkaui NEX-3.

Mengunakan penderia Exmor APS HD CMOS dan ditambah dengan kelebihan 16.2 megapiksel yang efektif menjadikan imej serta video yang dirakam amat jelas.

Ditambah dengan penderia yang sama digunakan dalam kamera refleks lensa tunggal (DSLR) memberikan kesan 'bokeh' atau kabur pada latar belakang subjek yang dirakam dengan sempurna.

NEX-C3 juga turut dilengkapi dengan kawalan gambar yang ringkas serta mudah untuk dicapai ketika merakam gambar mahupun video.

Bersama aplikasi baru iaitu Picture Effect pemilik NEX-C3 boleh memilih kesan tambahan kepada gambar serta video.

Antara pilihan di dalam mod Pictures Effect adalah serta kesan Soft Skin yang mampu menghilangkan kesan kedutan pada wajah.

Selain itu, skrin seluas 7.5 sentimeter (sm), Xtra Fine LCD, bagi kamera ini juga turut boleh diputarkan bagi menambah keupayaannya merakam imej dari sudut yang sukar.

Ditambah dengan penggunaan teknologi TruBlack Screen, paparan imej yang dirakam dilihat amat menarik, jelas serta tajam, malah anda masih mampu melihat imej yang dirakam dengan jelas biarpun berada di bawah sinaran terik mentari.

NEX-C3 juga dilengkapi teknologi rakaman 3D Panorama yang mana memberikan hasil yang menarik terutamanya video yang dirakam untuk ditonton melalui televisyen 3D anda.

Seterusnya aplikasi Auto HDR, Twilight dan Anti-Motion Blur untuk kegunaan merakam imej yang jelas dalam keadaan cahaya yang samar-samar.

Aplikasi tersebut juga turut membantu mengurangkan masalah imej kabur akibat gegaran tangan ketika proses merakam.

Apa yang pasti, segala kelebihan tersebut tidak bermakna jika sumber kuasa kamera tiada mahupun dapat bertahan dalam masa yang singkat.

Anda pasti akan kecewa jika tertinggal untuk merakamkan saat-saat penting. Justeru, NEX-C3 turut didatangkan bersama bateri baru yang lebih berkuasa serta tahan lama.

Hampir 400 imej mampu dirakam secara berterusan yang mana bertahan 20 peratus lebih lama berbanding siri yang lama iaitu NEX-5 dan NEX-3.

Lensa juga turut memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti imej yang dirakam berada ditahap yang terbaik.

Justeru Sony mempertaruhkan siri lensa tapak 'E' iaitu SEL30M35 yang mana turut didakwa merupakan lensa makro paling ringan di dunia iaitu hanya seberat 138 g sahaja.

Lensa 30 milimeter (mm) bersama aperture F3.5 dan kadar pembesaran 1: 1 itu boleh merakam objek pada jarak paling hampir, 2.4 sm menjadikan lensa tersebut amat sesuai untuk merakam imej dengan lebih dekat seperti bunga dan serangga.

Sebagai aksesori tambahan, pemilik NEX-C3 juga boleh mendapatkan flash terbaru iaitu HVL-F20S yang mana menggunakan kuasa sepenuhnya daripada kamera justeru tiada bateri tambahan diperlukan.

Selain itu, pemilik NEX-C3 juga turut diberi aksesori tambahan seperti sarung badan kamera, jaket lensa, bekas pembawa, tali strap serta beberapa lagi aksesori tambahan dan untuk maklumat lanjut layari www.sony.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Teknologi sepadan

Posted:

Teknologi sepadan

Teknologi sepadan

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


TELEFON pintar Sony Ericsson Xperia arc S menawarkan pengguna aplikasi lebih pantas dan lancar.


TERUS merancakkan pembanguan jenama Xperia, syarikat pencipta telefon bimbit pintar itu, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan pula model Xperia arc S.

Model yang dinaik taraf daripada portfolio Xperia arc sebelum ini menawarkan pengalaman hiburan lebih pantas menerusi pengenalan sokongan pemproses berkuasa 1.4 Ghz dan teknologi panorama Sony 3D.

Tidak cukup dengan itu, ia turut hadir bersama ciri aplikasi media dan kamera 25 peratus lebih pantas serta 20 peratus kelancaran capaian laman web berbanding model sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Singapura dan Malaysia, Peter Ang, Xperia arc S yang menggabungkan teknologi Sony dan Android merupakan model telefon bimbit pintar dengan fungsi hiburan terbaik.

''Ia merupakan model telefon pintar paling lengkap dalam kelasnya dengan tawaran akses unik kepada laman web rangkaian sosial serta capaian lebih 250,000 aplikasi,'' katanya.

Melihat keistimewaannya, gajet berkenaan dilengkapi teknologi panorama 3D Sony yang membolehkan sesuatu imej dirakam dan dipaparkan secara terus ke televisyen 3D menerusi sambungan kabel HDMI.

Kelebihan spesifikasi multimedianya pula disempurnakan bersama skrin 4.2 inci, sokongan enjin mobile BRAVIA, kamera 8.1 megapiksel, rakaman video definisi tinggi (HD) dan sensor Exmor R untuk sokongan rakaman dalam pencahayaan rendah.

Daripada sudut teknikal, Xperia arc S di pacu oleh pemproses berkelajuan tinggi dan sistem operasi Android Gingerbread 2.3.

Sony Ericsson Xperia arc S bakal memasuki pasaran negara menjelang awal Oktober depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Najwa tidak syok sendiri

Posted:

Najwa tidak syok sendiri

Najwa tidak syok sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar KOLEKSI PERIBADI NAJWA


NAJWA tetap memasang impian untuk melahirkan sebuah album Melayu.


KEHADIRANNYA dilihat telah membawa gelombang baru dalam industri muzik tempatan dengan genre R&B dan soul yang telah mengukuhkan identitinya sebagai penyanyi irama itu.

Walaupun ada yang berpendapat penglibatannya dalam bidang seni tidak lebih daripada menggunakan latar belakang keluarganya yang bukan lagi satu rahsia itu, namun Najwa Mahiaddin atau Najwa ini sentiasa berfikiran positif.

Melancarkan album perdananya, Innocent Soul pada Mac lalu, Najwa melahirkan rasa gembira dan teruja apabila masyarakat dan peminatnya lebih memandang kepada bakat.

"Alhamdulillah, selepas enam bulan berada di pasaran, saya fikir dengan penjualan album saya sebanyak 4,000 unit itu bagaikan memberi petanda bahawa kehadiran saya diterima dengan baik oleh pencinta muzik tempatan.

"Lahirnya saya ke dunia seni bukan untuk meraih pengiktirafan mahupun mencipta populariti sembarangan tetapi saya mahu membuktikan menerusi Innocent Soul bahawa saya benar-benar serius dengan muzik saya.

"Segala kritikan saya terima. Yang mana dapat memberikan kebaikan dan membantu saya ke arah yang lebih positif, saya ambil lalu memperbaiki diri dalam usaha untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya," ujar Najwa dalam nada cukup optimis sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Kritikan

Meskipun Innocent Soul berjaya mendapat tempat di kalangan pencinta muzik tanah air, sebagai pengkarya, Najwa sememangnya tidak terlepas daripada kritikan segelintir pihak yang merasakan penghasilan album tersebut sebagai syok sendiri.

Manakan tidak, genre muzik yang ditampilkan dalam album itu lebih cenderung untuk khalayak bandar dan tidak mempunyai lagu-lagu yang mampu meninggalkan impak besar melainkan lagu Got To Go sahaja.

Barangkali dakwaan itu ada kebenarannya kerana nama Najwa dilihat masih belum mampu menakluk peminat muzik arus perdana sekali gus meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi wanita popular sedia ada.

Sebagai penghibur yang sedang mencipta nama, inilah harga yang perlu dibayar oleh Najwa apabila dia tidak mampu meloloskan dirinya daripada dikritik oleh masyarakat.

Menyentuh perihal itu, penyanyi bermata galak ini sedikit pun tidak melenting mahupun menunjukkan rasa kurang selesa sewaktu diajukan soalan itu. Sebaliknya, dengan penuh diplomasi, dia memberikan penjelasan.

"Setakat ini, belum pernah saya mendapat maklum balas yang mengatakan saya ini seorang yang syok sendiri apabila menghasilkan Innocent Soul. Memang pada mulanya, saya bimbang seandainya masyarakat tidak dapat menerima genre yang ingin saya perjuangkan ini.

"Namun, apabila difikirkan kembali, sampai bila industri muzik kita harus berada di takuk yang lama. Sebagai bakat baru, saya merasakan ini adalah satu tanggungjawab saya untuk industri dengan mengenengahkan jalur muzik yang baru.

"Saya percaya perubahan tidak mampu dilakukan semalaman. Ia memerlukan masa. Ini adalah satu permulaan untuk saya dalam memberikan nafas baru untuk industri.

"Penerimaan terhadap album Innocent Soul telah membuktikan bahawa ia diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat termasuk peminat di luar bandar," ujar Najwa panjang lebar sambil memberitahu dia menerima maklum balas daripada peminatnya menerusi Twitter.

Perubahan

Menyambung bicara, penghibur muda berusia 24 tahun itu menjelaskan, dia tidak mahu terburu-buru dalam melakukan perubahan menerusi muziknya kerana Najwa sendiri masih baru dalam bidang seni dan perjalanannya masih lagi jauh.

Mengambil Innocent Soul sebagai contoh, album tersebut kata Najwa, adalah umpama dokumentasi muzik dan lagu yang sering dipersembahkannya sebelum dia mengambil keputusan merakamkan album sekali gus menjadi penyanyi sepenuh masa.

Atas alasan tersebut, album itu diterbitkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

"Saya yakin dengan pegangan dan prinsip yang saya perjuangkan. Dan, semuanya sudah dibuktikan.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak merasakan saya seorang pengkarya yang hebat. Kerana apa yang saya lakukan adalah lahir dari hati yang tulus dan mahu pendengar dapat menghubungkan diri mereka dengan karya saya.

"Alhamdulillah, ia menjadi dan saya menjadi teruja apabila ada di antara peminat memberitahu mereka begitu terkesan dengan lagu saya dan mempunyai kisah hidup sendiri menerusi lagu-lagu itu.

"Daripada situ, ia membuktikan bahawa kejujuran saya menghasilkan lagu-lagu dapat diterima dengan baik.

"Itu sudah merupakan satu kejayaan buat saya. Malah, ia mendorong saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini," ujarnya yang mengagumi Erykah Badu, Jill Scott, Billie Holiday dan Marvin Gaye.

Mungkin ada yang menyangka laluan seni Najwa begitu mudah sehingga dia dikenali seperti hari ini.

Namun, hakikatnya kata Najwa, ia tidak semudah yang disangka kerana dia sendiri pernah berhadapan dengan kerenah birokrasi stesen radio tempatan sewaktu mula-mula hendak menapak sebagai penyanyi.

Ceritanya, stesen radio Melayu popular tersebut bagaikan acuh tidak acuh sewaktu Najwa bertemu dengan pihak pengurusan untuk mencari peluang bagi menyiarkan single pertamanya, Sweet October.

Pengiktirafan

Dengan hanya memutarkan lagu tersebut dalam tempoh beberapa saat sahaja, lagu tersebut seperti dianaktirikan dan akhirnya tidak mendapat tempat untuk diputarkan di stesen berkenaan.

"Saya melihat apa yang berlaku itu sebagai sumber kekuatan untuk saya menjadi lebih optimis dalam kerjaya saya.

"Apa pun, saya bersyukur kerana stesen radio Inggeris tempatan terutamanya tidak meminggirkan lagu-lagu saya. Begitu juga dengan stesen Melayu lain yang juga memberi peluang kepada lagu saya untuk dimainkan," ujar penuntut tahun dua Kolej Muzik Berklee, Amerika Syarikat itu sambil melemparkan senyuman manis.

Berkat kesungguhan Najwa itu ternyata berbalas apabila dia menerima empat pencalonan dalam tiga kategori pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 yang lalu (ketika artikel ini ditulis, keputusan masih belum diketahui).

Dia dicalonkan untuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu dan dua pencalonan bagi Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Katanya, dia benar-benar terharu dan tidak menyangka karyanya mendapat tempat di kalangan pihak juri.

Seperti mana yang dikatakan Najwa sebelum ini, dia tidak menghasilkan album mahupun lagu atas dasar mahu diiktiraf dengan anugerah.

Tetapi bidang muzik bagi Najwa adalah tempatnya untuk meluahkan ekspresi jiwa seninya yang luhur.

"Kalau kita berkarya semata-mata mahu mendapatkan pengiktirafan, ia bukanlah satu kerja yang ikhlas. Ia akan membuatkan kita sendiri tidak jujur dengan karya kita. Mungkin kedengaran agak klise, tetapi bagi saya pengiktirafan itu adalah satu bonus.

"Apa yang membuatkan saya seronok dengan pencalonan itu apabila saya tercalon bersama-sama rakan seperjuangan saya seperti Reza Salleh, Yuna dan Aizat yang masing-masing cukup saya hormati

"Begitu juga dengan kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di mana saya dicalonkan sekali bersama-sama penyanyi senior seperti Anita Sarawak dan Jaclyn Victor yang cukup saya kagumi.

"Itu sahaja sudah membuatkan saya benar-benar rasa bertuah," katanya yang membuat persembahan pembukaan pada malam gemilang itu yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Festival Antarabangsa berprestij

Posted:

Festival Antarabangsa <i>Muzik Klasik </i>berprestij

Festival Antarabangsa Muzik Klasik berprestij

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI

MUZIK klasik tetap mendapat tempat di hati peminat. Bagaimanapun, untuk menggamit generasi muda meminati genre klasik, Persatuan Chopin Malaysia bakal menganjurkan satu festival pada 18 hingga 25 November ini.

Festival Antarabangsa Muzik Klasik diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peminat muzik klasik tempatan menyaksikan persembahan muzik klasikal daripada pemuzik-pemuzik ternama.

Menurut Presidennya, Tunku Munirah Tunku Mustapha, penganjuran festival seumpama itu juga membuka peluang kepada pemuzik tempatan untuk bertukar-tukar pandangan dengan pemuzik luar antaranya dari Russia, Kazakhstan, Vietnam, Indonesia dan China.

"Ini peluang kepada bukan sahaja peminat muzik klasik tempatan untuk menyaksikan persembahan daripada pakar-pakar ternama, tetapi juga platform untuk bertukar-tukar pandangan atau idea mengenai bidang ini.

"Justeru, kita menggalakkan generasi muda yang cenderung ke arah bidang muzik, untuk hadir sepanjang berlangsungnya festival tersebut.

"Bukan hanya hadir untuk berhibur, tetapi yang penting menimba ilmu dan bertukar-tukar pendapat dengan pemuzik yang sememangnya dikenali dalam bidang ini," katanya.

Katanya lagi, festival itu dibahagikan kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama ialah dua konsert iaitu Konsert Gala dan Konsert Gala Diraja.

"Konsert Gala: Dedikasi akan diadakan pada 18 November ini manakala Konsert Gala Diraja: Inspirasi diadakan pada keesokan harinya. Kedua-dua konsert ini diadakan di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pukul 8.30 malam.

"Manakala bagi bahagian kedua, kita adakan Konsert Persahabatan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya pada 20 November, pukul 2 petang.

"Pada hari tersebut, kita juga adakan forum khas untuk membincangkan segala persoalan berhubung dengan muzik klasikal," ujar Tunku Munirah.

Manakala bahagian ketiga dan yang terakhir, ujar beliau, ialah sebuah siri Master Classes untuk piano, biola, cello dan chamber music.

"Siri Master Classes ini diadakan di Hotel Maya, Kuala Lumpur. Ia diadakan selama empat hari, bermula pada 21 hingga 25 November ini," katanya.

Penutup Festival Antarabangsa Muzik Klasik akan diadakan di Hotel Maya, 25 November ini, pukul 8.30 malam.

"Malam penutup, kita adakan Konsert Gala Presiden," katanya.

Selain itu, pihak penganjur juga mengadakan kem muzik bagi mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun pada 21 November ini, bermula pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang di Hotel Maya.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Felicia Chen di talian 012 6657863 atau layari laman web www.chopinsociety.com.my

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Usahawan muda ternak ikan keli

Posted:

Usahawan muda ternak ikan keli

Usahawan muda ternak ikan keli

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar SAFIYANA SALIM (Pelatih Unisel)


PROSES suntikan penggalak akan memudahkan ikan keli betina menjalani proses bertelur.


KETIKA mula-mula bapanya menyerahkan urusan penternakan kolam ikan keli kepada Mohd. Aminudin Mohd. Zaibani, dia baru berusia 19 tahun.

Kepercayaan itu diberikan selepas dia selesai menamatkan pengajian di Institut Skill Tech Mara, Melaka dalam kursus Sijil Kemahiran Perikanan.

Bermula waktu itu, kolam yang telah diusahakan sejak tahun 1991 perlu dikendalikannya secara bersendirian.

''Cabarannya cukup besar kerana bukan mudah untuk menguruskan operasi kolam ternakan di kawasan yang besar ini.

''Tambahan pula, saya langsung tidak mempunyai pengalaman selain hanya ada sedikit ilmu yang diperolehi ketika belajar dahulu,'' katanya ketika ditemui di kolam ternakannya di Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.

Bercerita mengenai tempoh masa lima bulan pertama selepas mengambil alih kolam berkenaan, dia berhadapan dengan masalah yang cukup besar.

Waktu itu, operasi ternakannya terbantut disebabkan kehabisan makanan ikan dan ubat-ubatan selain keadaan kewangan yang tidak stabil untuk tujuan pusingan modal.

Semuanya gara-gara dia gagal menguruskan perjalanan aktiviti jualan, penternakan dan pembenihan ikan secara konsisten.

''Selepas kejatuhan itu, saya mula berfikir untuk bekerja lebih keras dan memberi fokus terhadap aktiviti penternakan kerana tidak mahu perniagaan yang ayah usahakan selama ini terkubur begitu sahaja.

''Jadi, saya bertekad untuk bangun semula. Saya bermula secara kecil-kecilan dengan membeli benih ikan daripada pengusaha lain, menternak dan kemudian menjualnya kembali.

''Dalam masa enam bulan, saya berjaya mengumpul modal untuk membina perusahaan ternakan baru,'' jelas anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik itu.

Dia yang ketika ini berusia 21 tahun kemudian mengatur pelbagai strategi penternakannya yang didaftarkan di bawah penjenamaan High Tech Aquaculture.

Antara usaha tersebut adalah mencari lebih ramai pelanggan berpotensi selain menimba pengalaman serta ilmu daripada penternak berjaya.

Operasi penternakan dan pembenihan miliknya semakin stabil menjelang Jun 2010.

Melihat daripada segi aktiviti pemasaran, Mohd. Aminudin mengambil pendekatan menjual anak benih dan ikan matang pada harga yang rendah.

''Tujuannya untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dan penternak. Saya juga akan membantu penternak-penternak ini mencari pemborong bagi membeli hasil ikan mereka.

''Apabila anak benih dijual pada harga rendah di samping mempunyai pasaran tetap, saya yakin para penternak pasti akan lebih seronok dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti penternakan ini.

''Secara tidak langsung, saya juga akan dapat mengekalkan lebih 80 peratus pelanggan tetap,'' katanya yang mengusahakan operasi penternakan serta pembenihan ikan keli, puyu, sepat dan tilapia.

Di samping itu, Mohd. Aminudin turut membekalkan spesies ikan lain seperti patin, baung dan jelawat mengikut permintaan.

Setakat ini, dia mempunyai 17 buah kolam simen, 14 kolam separuh simen dan enam kolam tanah yang dibina di kawasan seluas satu ekar dengan pengurusan operasi kolam dibantu oleh tiga orang kakitangan.

Pada masa depan, dia bercadang untuk menukar sistem kolamnya kepada yang lebih moden menggunakan permukaan marmar.

Sistem tersebut mempunyai kelebihan boleh mengurangkan bau selain ikan dapat membiak dengan lebih selesa, tidak mudah luka dan berkualiti.

Full content generated by Get Full RSS.

Petua tanam flokoli

Posted:

Petua tanam flokoli

Petua tanam flokoli

Susunan Zaleha Ujang
Taman Pertanian Universiti zujang@putra.upm.edu.my


Flokoli boleh mengubat stres, sakit kepala dan anti kanser.


Flokoli boleh ditanam di pelbagai jenis tanah yang subur, gembur, mempunyai saliran baik dan kaya dengan bahan organik. Jenis tanah paling sesuai ialah bertekstur lom yang baik dalam membekalkan nutrien, air dan udara kepada akar tanaman, pH sesuai antara 5.0 hingga 6.5

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Batas disediakan  menggunakan jentera atau manual mengikut saiz disyorkan, lebar satu hingga 1.2 meter, tinggi 23 sm dan panjang mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter.

Batas ditambak dengan bahan organik  tahi ayam atau kompos antara satu hingga tiga kilogram semeter persegi.

Bahan ini digaulkan dalam tanah seminggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok atau antara tiga hingga enam tan sehektar bagi tanah mineral

Semaian

Flokoli perlu disemai terlebih dahulu sebelum penanaman kerana memerlukan penjagaan rapi di awal pertumbuhan.

Semai biji benih dalam dulang semaian yang mempunyai 100-110 sel. Gunakan 'peat grow sebagai media percambahan atau campuran kompos dan peat grow.

Letak biji benih setiap sel di rumah semaian yang mempunyai kira-kira 50 peratus lindungan antara tiga hingga empat minggu dan siram setiap hari.

Anak semaian boleh disembur dengan baja foliar setiap minggu bagi menambah kesuburan dan pembesaran pokok.

Semaian boleh dibuat menggunakan polibeg hitam kecil atau kotak semaian dan diletak di tepi rumah jika tidak ada rumah semaian khas, pastikan mendapat cahaya matahari sekurangnya tiga jam sehari.  

Penanaman

Anak benih sedia ditanam bila berumur tiga hingga empat minggu  di kawasan struktur lindungan hujan atau terbuka.

Aktiviti mengubah sesuai dibuat petang kerana redup berbanding pagi.

Jarak tanaman sesuai ialah 60 sm antara barisan dan 60 sm antara pokok dan secara sistem tiga segi dan boleh mencapai kepadatan 16,000 pokok sehektar.

Pengairan

Flokoli memerlukan pengairan mencukupi semasa pertumbuhan pokok.

Siraman sekali sehari secara manual di pangkal pokok atau gunakan pengairan jenis renjis yang disyor terutama selepas mengubah dan di peringkat anak pokok masih muda.

Elakkan penyiraman pada pucuk semasa pengeluaran bunga.

Pembajaan

Baja disyorkan ialah 120 kg N:60 kg P2O5:60 kg K2O setiap hektar bergantung pada keadaan tanah.

Pembajaan dibuat seminggu selepas mengubah anak benih ke ladang, penggunaan baja organik 8:8:8: (20 gm/pokok) di selang dengan baja  NPK biru 12:12:7 (30gm/pokok) disyorkan.

Ia ditabur keliling tanaman dengan jarak 15 hingga 20 sm dari rumpun tanaman dan dikambus bagi mengelak larut resap ke udara.

Pembajaan dibuat setiap minggu dan berterusan selama empat minggu.

Pengawalan rumpai

Rumpai dikawal menggunakan racun pracambah atau secara manual sama ada mencabut dengan tangan atau menggunakan cangkul atau tajak.

Sungkupan menggunakan agrosheet, rumput kering atau jerami padi digalakkan bagi mengawal rumpai dan membantu mengekalkan kelembapan dan suhu tanah.

Rumpai yang tumbuh antara lorong dikawal dengan racun rumpai sesuai, elakkan tempias semburan terkena tanaman menggunakan alat penyembur berteduh.

Kawalan perosak

Pelbagai jenis perosak dan penyakit menyerang tanaman flokoli dan bagi mengatasinya, kawalan secara integrasi merangkumi kaedah fizikal, mekanikal, kultura, biologi  dan penggunaan racun.

Serangga perosak yang biasa menyerang ialah ulat plutella (Plutella xylostella) yang memakan daun di semua peringkat pertumbuhan dan meninggalkan lapisan lut sinar pada daun, ulat helula (Helulla undalis) memakan pucuk, tunas dan mengorek batang, kumbang kutu (Phyllotretta sinuate) memakan daun dan meninggalkan lubang halus padanya.

Penyakit biasa menyerang ialah reput lembut (Erwinia carotovora), bahagian yang diserang reput berair, berlendir dan berbau busuk, reput hitam (Xanthomonas campestris) menyebabkan lekuk di bahagian daun, batang dan akar menjadi hitam dan reput.

Kawasan perlu dijaga kebersihannya, tanaman yang diserang perlu dimusnahkan, kawasan jangan terlalu lembab  dan jika serangan teruk sembur dengan racun sesuai.

Penuaian

Flokoli dikutip apabila bungkah berukuran 15 sm atau lebih dan 10 minggu selepas diubah ke ladang.

Kelewatan menuai menyebabkan bunga berpecah dan menjadi kuning. Anggaran hasil satu hektar ialah 9-15 tan.

Semasa penuaian beberapa helai daun pembalut ditinggalkan bagi setiap bunga bagi melindungi bunga flokoli rosak semasa pengendalian dan pengangkutan hasil.

Hasil tahan antara 3-5 hari tanpa penyejukan.

Apabila disimpan di tempat sejuk ia akan tahan hingga dua minggu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved