Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Keanggotaan Syria digantung

Posted:

Keanggotaan Syria digantung

Keanggotaan Syria digantung


Penduduk Syria berhimpun menyatakan sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad selepas keanggotaan Syria dalam Liga Arab digantung di Damsyik, semalam. - afp


AMMAN 13 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerang kedutaan Arab Saudi di Damsyik dan pejabat konsulat Perancis serta Turki di bandar Latakia semalam sebagai bantahan terhadap keputusan Liga Arab menggantung keanggotaan Syria.

Menurut penduduk, kumpulan lelaki yang turut memekik slogan menyokong Presiden Bashar al-Assad bertindak memukul pengawal dan memecah masuk pejabat kedutaan Arab Saudi di Rummaneh yang terletak tiga blok dari pejabat Assad dan merupakan kawasan yang dikawal ketat polis.

"Kami sanggup berkorban darah dan jiwa demi Assad," jerit kumpulan penyerang itu.

Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi memanggil pulang dutanya di Syria ketika Raja Abdullah menuntut penamatan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.

Sementara itu, serangan sama turut berlaku di bandar Latakia, 330 kilometer ke utara Damsyik di perairan Mediterranean dengan konsulat Perancis dan Turki menjadi sasaran kemarahan kumpulan penyerang.

Seorang diplomat di Damsyik mengesahkan serangan yang berlaku beberapa jam selepas Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana gagal menunaikan janjinya untuk menghentikan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi sejak lapan bulan lalu dan memulakan dialog.

"Serangan itu menyebabkan berlaku kerosakan di kedutaan Arab Saudi. Kami bagaimanapun tidak mendapat maklumat jelas mengenai kejadian di Latakia, tetapi dilaporkan ia sangat teruk," katanya. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Bantahan lawatan Obama ke Indonesia

Posted:

Bantahan lawatan Obama ke Indonesia

Bantahan lawatan Obama ke Indonesia

JAKARTA 13 Nov. - Sekumpulan 2,500 rakyat Indonesia beragama Islam mengadakan demonstrasi di tengah kota Jakarta bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara itu, minggu ini.

Penunjuk perasaan dari kumpulan Hizbut Tahrir melaungkan 'Tolak Obama' dan 'Amerika adalah pengganas' di luar Kedutaan AS di sini.

Mereka turut mengibarkan kain rentang yang tertera 'Tolak Obama, Tolak Kapitalisme, Tolak Imperialisme'.

''Kami menentang AS dan Obama datang ke Indonesia.

''Obama adalah pembunuh saudara Islam kami di Palestin dan Afghanistan, pencuri sumber semula jadi Indonesia dan ingin menakluk dunia selain akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan AS,'' kata jurucakap kumpulan itu, Mujiyanto kepada AFP.

Sementara itu, demonstrasi sama turut diadakan di bandar lain termasuk Surabaya, Jawa Timur dan Makassar di Sulawesi Selatan.

Obama akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-18 di Indonesia pada hujung minggu ini.

Sidang kemuncak ASEAN juga akan diadakan pada minggu ini di mana AS akan bertindak sebagai pemerhati.

Sidang kemuncak itu dijangka membincangkan isu serantau termasuk kawasan perairan Laut China Selatan yang menjadi tuntutan bertindih beberapa negara Asia. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved