Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Subramaniam jalani pembedahan otak

Posted:

Subramaniam jalani pembedahan otak

Subramaniam jalani pembedahan otak

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam, 67, dimasukkan ke Hospital Pantai Bangsar pagi ini untuk menjalani pembedahan otak.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Makkal Thalaivar (pemimpin rakyat) dalam kalangan masyarakat India pada mulanya dimasukkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya di sini malam tadi selepas mengadu sakit kepala dan berpeluh.

Bagaimanapun, beliau dihantar ke Hospital Pantai Bangsar kira-kira pukul 9 pagi ini untuk menjalani pembedahan otak yang difahamkan mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam.

Antara orang kenamaan yang melawat beliau adalah Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan.

Subramaniam ialah bekas Anggota Parlimen Segamat dari 1990 hingga 2004 dan seorang bekas Timbalan Menteri.

Beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pada 2009, Subramaniam gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden MIC setelah tewas kepada Datuk G. Palanivel dengan majoriti 82 undi.

Full content generated by Get Full RSS.

Pewaris diteruskan seluruh negara

Posted:

Pewaris diteruskan seluruh negara

Pewaris diteruskan seluruh negara

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my


Dr. Rais Yatim dan Ibrahim Abdul Rahman bersama sebahagian 91 orang peserta yang terdiri daripada 65 mahasiswa dan keluarga angkat mereka pada Majlis Penutup Program Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2011 di Felda Titi, Jelebu, Negeri Sembilan,, semalam. - MINGGUAN/ MD.SHAHJEHAN MAAMIN


JELEBU 12 Nov. - Program Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2011 (Pewaris) di Felda Titi dekat sini anjuran Jabatan Penerangan akan diteruskan ke seluruh negara berikutan keberkesanannya dalam menyerap nilai-nilai murni selain memberi aspirasi dalam membina negara bangsa di kalangan pesertanya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, program selama tiga hari itu dilihat mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kementerian dalam menyemai nilai kemasyarakatan di kalangan penduduk dan mahasiswa.

Malah kata beliau, ia juga merupakan salah satu landasan terbaik buat mahasiswa yang menyertai program itu untuk mengenali cara hidup masyarakat setempat melalui aktiviti yang disusun.

"Ini merupakan program kali keempat yang diadakan di kawasan ini. Setiap kali kita mengadakan program seperti ini sambutannya amat menggalakkan dan meriah.

"Saya telah mencadangkan kepada Jabatan Penerangan supaya program Pewaris ini dijadikan program tetap kerana ia mempunyai elemen-elemen tarikan dalam membina negara bangsa selain menyumbang khidmat kepada masyarakat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutup Program Bersama Pewaris di pekarangan Masjid Felda Titi dekat sini hari ini.

Hadir sama Exco kerajaan negeri, Datuk Siow Chen Pin; Ketua Pengarah Penerangan, Ibrahim Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Hashim Bedu.

Menurut Rais, untuk tujuan sama, program itu akan turut diadakan ke beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak berikutan kejayaannya dalam memecahkan tembok pemisah antara kelompok masyarakat dan juga mahasiswa.

Pada masa sama, beliau menegaskan pentingnya kelompok mahasiswa menjadi lidah rasmi kerajaan dalam menerangkan segala isu yang yang diputar-belit oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambah beliau, jika dilihat secara umum golongan mahasiswa adalah mempunyai idealisme tersendiri dan sudah pasti mereka dapat menerangkan apa sahaja perkara yang membelenggu fikiran masyarakat.

"Dengan penglibatan mereka di sini sedikit sebanyak anak-anak di kampung ini akan mencontohi sahsiah mereka untuk berjaya pada masa akan datang," kata Rais.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengalaman pelajar IPTA sertai Pewaris Muda Negara

Posted:

Pengalaman pelajar IPTA sertai Pewaris Muda Negara

Pengalaman pelajar IPTA sertai Pewaris Muda Negara

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

JELEBU 12 Nov. - Banyak pengalaman yang ditimba oleh 91 mahasiswa IPTA sepanjang tiga hari menyertai Program Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2011 (Pewaris) di Felda Titi di sini mulai Khamis lalu.

Seramai 65 mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan 26 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) itu bergaul bersama 41 keluarga angkat yang merupakan peserta tanah rancangan itu yang dibuka pada 1981.

Sepanjang tiga hari itu, mereka meraih pengalaman yang amat berharga dan paling penting ia melatih mahasiswa tersebut membentuk jati diri yang kukuh dengan semangat kekitaan dengan minda kelas pertama.

Ia diakui mahasiswa UUM, Nor Azlina Mat Nashir, 22, dari Kelantan yang begitu teruja dengan pengalaman bersama keluarga angkatnya.

Katanya, dengan budaya yang berlainan, program seperti itu telah merapatkan hubungan silaturahim yang diibaratkannya seperti timur dan barat.

"Ini kali pertama saya di Negeri Sembilan dan program ini telah memberi peluang kepada saya mengenal budaya masyarakat di negeri ini terutamanya penduduk yang tinggal di tanah rancangan Felda.

Beliau juga menyifatkan aktiviti membakar lemang sebagai pengalaman menarik kerana ia bukan saja mendedahkan beliau kepada ilmu menyediakan masakan tradisional itu tetapi bagaimana semangat kerjasama menjadi kunci kejayaan program tersebut.

Pelajar UPSI, Sariyanti Lajabiti, 20, dari Sandakan, Sabah menyifatkan pergaulan dengan keluarga angkatnya sepanjang tiga hari itu sebagai pengalaman yang amat berharga selain menyeronokkan.

Beliau yang berbangsa Bajau berkata, pendedahan kepada budaya yang berlainan itu memberi kesan yang besar kepada dirinya dan pengalaman itu akan dimanfaatkan sepenuhnya.

"Bukan budaya saja berbeza malah, rasa masakan juga berbeza seperti lemang yang dibakar oleh kami.

"Semua pengalaman ini diharap menjadi panduan berguna kepada kami yang akan mewarisi negara ini pada masa depan," katanya.

Pelajar UUM, Liswansah Rashid, 22, Lahad Datu, Sabah menganggap tempoh tiga hari sebagai masa yang amat terhad sedangkan banyak perkara menarik berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Sebagai orang muda, katanya, semua pengalaman tersebut amat mengujakan memandangkan tidak semua orang mempunyai peluang untuk mengalaminya sendiri.

"Jika ditawarkan peluang untuk menyertai program yang sama pada masa akan datang, saya tidak akan teragak-agak untuk menyertainya," katanya.

Pelajar UPSI, Mohamad Akwalizam Abdullah, 22, dari Pasir Mas, Kelantan merasa bangga terpilih menyertai Pewaris 2011 yang antara lain bertujuan mendedahkan generasi muda kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.

Beliau menyifatkan program itu mampu membentuk jati diri generasi muda melalui penyertaan dalam aktiviti yang membabitkan masyarakat di kawasan tanah rancangan berkenaan.

"Ia satu pengalaman yang amat bermakna khasnya kepada diri saya sendiri.

"Saya yakin program Pewaris berupaya menjadi pemangkin kepada negara pada masa depan," katanya.

Sepanjang tiga hari itu, beliau merasai sendiri makna sebenar sifat kekeluargaan, bersatu dan bekerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak terlibat dalam aktiviti yang diadakan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved