Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Banjir: Bomba beku cuti

Posted:

Banjir: Bomba beku cuti

Banjir: Bomba beku cuti

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 12 Nov. - Cuti anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dibekukan jika banjir besar melanda negeri ini.

Pengarah JPBM negeri, Azmi Osman berkata, sekiranya anggota yang ditugaskan ketika bencana alam itu masih tidak mencukupi, permohonan segera akan dibuat untuk mendapatkan khidmat dari negeri lain.

"Kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku bulan ini dan bulan depan, malah latihan melibatkan 551 anggota juga sudah diberi latihan.

"Jika keadaan memerlukan kita membekukan cuti anggota dan pegawai, kita bersedia membekukannya," katanya ketika pelancaran Pusat Operasi Banjir Hotel Grand Riverview (GRV) dan JBPM Kelantan di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah Urusan GRV, Vincent Chua dan Pengarah Pemasaran hotel itu, Raja Rusmin Raja Mahmud.

Pusat operasi itu adalah hasil kerjasama kedua-dua pihak untuk membolehkan bomba menjalankan misi membantu dan menyelamat di sepanjang Sungai Kelantan dengan menjadikan GRV sebagai pusat operasinya.

Bagi menghadapi banjir kali ini, Bomba Kelantan sudah menyediakan kelengkapan logistik yang meliputi kenderaan 92 unit, 57 bot, 921 jaket keselamatan, 28 peralatan skuba dan enam jet ski.

Dalam perkembangan berkaitan, Azmi berkata, pihaknya juga akan memberi fokus kepada operasi membantu dan menyelamat penduduk kawasan pulau yang berisiko tenggelam jika banjir besar.

"Kita akan menempatkan sehingga empat bot di jeti GRV untuk membolehkan kami membantu mengeluarkan penduduk di pulau yang berisiko tenggelam jika banjir besar.

"Sebelum ini, kita menghadapi kesukaran membantu penduduk di kawasan berkenaan. Oleh itu, dengan adanya kerjasama antara bomba dan hotel maka secara tidak langsung membantu mempercepatkan operasi menyelamat mangsa banjir ke pusat pemindahan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

BN yakin rampas DUN Bukit Tunggal

Posted:

BN yakin rampas DUN Bukit Tunggal

BN yakin rampas DUN Bukit Tunggal

KUALA TERENGGANU 12 Nov. - Barisan Nasional (BN) yakin mampu merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Keyakinan itu disuarakan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berdasarkan peningkatan sokongan yang diterima daripada penduduk terhadap setiap program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, usaha untuk mengembalikan sokongan penduduk DUN Bukit Tunggal kepada BN bukan sesuatu yang mustahil dan beliau berharap agar usaha itu mendapat sokongan semua pihak.

"Kalau mereka bagi mandat kepada kita untuk memerintah kembali, insya-Allah kita akan tunaikan janji untuk selesaikan projek-projek di sini termasuklah penambahbaikan masjid sedia ada dan pembinaan kawasan perumahan baharu.

"Dalam hal ini, kita kena ada prinsip give and take sebab itu kita pilih untuk tunggu sampai waktu pilihan raya dulu. Kalau tak, kita beri, mereka ambil tapi mereka tak sokong kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Masjid Bukit Tumbuh di sini, hari ini.

Perjumpaan itu merupakan sebahagian daripada program rangka kerja sehari beliau ke DUN Bukit Tunggal bagi menemui penduduk di situ.

DUN Bukit Tunggal ketika ini diwakili oleh ADUN Pas, Dr. Alias Razak sejak PRU yang lalu dan kawasan itu disifatkan antara kawasan panas kerana sering bertukar-tukar tampuk pemerintahan sejak tahun 1990.

Full content generated by Get Full RSS.

Nestle, Primula anjur Hari Jalan Kaki Sedunia

Posted:

Nestle, Primula anjur Hari Jalan Kaki Sedunia

Nestle, Primula anjur Hari Jalan Kaki Sedunia

KUALA TERENGGANU 12 Nov. - Kira-kira 200 peserta mengambil bahagian dalam program World Walking Day (Hari Jalan Kaki Sedunia) anjuran Nestle (Malaysia) Bhd. dan Hotel Primula Beach, di sini.

Program yang dijadikan acara bulanan oleh syarikat Nestle itu turut disertai oleh kakitangan hotel serta beberapa ahli keluarga mereka.

Pengurus Acara Nestle Product Sdn. Bhd. (Wilayah Pantai Timur), Mohd. Ismail Osman berkata, program itu bertujuan memupuk gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan.

"Program hari ini merupakan acara penutup World Walking Day dan kita akan mengadakan program yang lebih besar pada 20 November ini dengan pembabitan enam negeri di enam lokasi di seluruh negara.

"Jumlah peserta yang dijangka terlibat pada program itu nanti dianggarkan melebihi 20,000 orang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Hotel Primula Beach, Mazuki Husin.

Enam lokasi yang dimaksudkan ialah Youth Park, Pulau Pinang; Kompleks Sukan Air, Putrajaya; Taman Gelora, Kuantan, Pahang; Kompleks Belia dan Sukan (P) Putatan, Sabah; Waterfront, Sarawak serta Taman Tasik Merdeka, Jalan Kolam Ayer, Johor Bahru, Johor.

Dalam pada itu, beliau berkata, Nestle berhasrat menyumbang RM1 untuk setiap kilometer yang dilalui oleh setiap peserta berdaftar dalam program itu bagi pembelian 100 kerusi roda.

"Dengan sumbangan ini, Nestle berharap dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang kurang upaya untuk lebih bebas bergerak dan menikmati hidup yang lebih bermakna," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved