Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pilihan raya serentak jimat kos

Posted:

Pilihan raya serentak jimat kos

Pilihan raya serentak jimat kos

Oleh OPAT RATTANACHOT
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 22 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.

Beliau berkata, proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

"Dalam undang-undang membenarkan mana-mana kerajaan memerintah atau kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tarikh yang mereka suka.

"Bagi SPR, kalau boleh buatlah bersama. Proses pengurusan pilihan raya ini lebih kurang sama. Namun, kalau dibuat berasingan, kos dan tenaga kerja akan jadi berganda," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat SPR bersama Pegawai Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya peringkat negeri di sini, hari ini.

Hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah dan Pengarah SPR negeri, Juhari Abd. Rahman.

Abdul Aziz berkata, sehubungan itu, pihaknya bersedia mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti politik berkaitan untuk menimbang kemungkinan pilihan raya serentak boleh diadakan secara bersama.

"Pemimpin parti yang membuat keputusan, kalau mereka adakan bersama ini lebih baik. Kita sedia berjumpa untuk bincang dengan mereka malah kita boleh bagi nasihat yang bersesuaian," katanya.

Tambah beliau, SPR bagaimanapun tidak boleh memaksa pemimpin politik terbabit bersetuju dengan proses pilihan raya serentak.

"Sungguh pun begitu, saya ingat mereka sudah faham perkara ini. Mereka pun dinasihatkan oleh penasihat undang-undang masing-masing dan kita pun berkali-kali bercakap dalam media. Mereka orang bijaksana dan saya fikir mereka akan mendengarnya," jelasnya.

Ditanya tentang pilihan raya berasingan yang pernah diadakan sebelum ini, Abdul Aziz memberitahu, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku.

"Tidak pernah perkara ini berlaku. Contohnya negeri Kelantan yang mempunyai kerajaan tidak sama dengan parti memerintah Kerajaan Pusat sejak sekian lama memilih untuk mengadakan pilihan raya serentak," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz berkata, persiapan SPR menghadapi pilihan raya umum ke-13 berjalan lancar dan setakat ini masih di peringkat awal.

"Kita sudah berikan taklimat kepada pegawai di Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah. Proses ini dijangka selesai menjelang akhir Januari," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


72 lelaki Afrika ditahan

Posted:

72 lelaki Afrika ditahan

72 lelaki Afrika ditahan

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


RODWAN Yusof (dua dari kiri) bersama anggotanya menyoal siasat warga Afrika yang ditahan dalam Ops Tiong di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Polis memberkas seramai 72 lelaki warga Afrika yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenis penipuan dalam talian melalui operasi bersepadu di lebih 20 lokasi penempatan rakyat itu di sekitar Lembah Klang, di sini awal pagi ini.

Kesemua mereka disyaki terlibat melakukan sebanyak 945 penipuan melibatkan kerugian RM29.63 juta sejak Januari hingga Oktober lalu.

Ops Tiong selama enam jam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilakukan di beberapa lokasi seperti Desa Lembah Permai, Ampang Jaya; Taman Wangsa Permai, Sentul; Metro Prima, Kepong dan Seri Damansara, Petaling Jaya.

Timbalan Pengarah II JSJK, Datuk Rodwan Yusof berkata, serbuan dilakukan selepas risikan mendapati penghuninya yang mendakwa pelajar terlibat melakukan penipuan menggunakan rangkaian Internet.

Katanya, antara penipuan dilakukan adalah kiriman penghantaran barang, wasiat, perbankan dan Black Money.

"Daripada 72 warga Afrika yang ditahan, 67 ialah rakyat Nigeria, Cameroon (tiga) dan Papua New Guinea (dua), manakala turut ditahan untuk pemeriksaan dua wanita warga Nigeria dan seorang rakyat Thailand," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini hari ini.

Operasi yang melibatkan 42 pegawai dan 300 anggota itu turut disertai Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen.

Ketika serbuan dilakukan, terdapat warga Afrika yang enggan bekerjasama dengan mempertikaikan serbuan polis, namun tiada seorang yang berjaya meloloskan diri.

Rodwan menambah, hasil pemeriksaan, polis menemui peralatan membuat Black Money di beberapa buah rumah selain wang palsu dollar Amerika Syarikat.

"Bagi mengesan penipuan yang telah dilakukan, polis telah merampas komputer riba milik kesemua suspek untuk dihantar ke Jabatan Forensik dan membuat pengesanan.

"Ujian air kencing yang dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mengambil sebarang jenis dadah," ujarnya.

Katanya, taktik 'Awang hitam' yang sering mendakwa diri mereka sebagai pelajar juga terbongkar apabila dua keping kad matrik tertera identiti sama tetapi berlainan wajah pemilik ditemui.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan lanjut juga akan dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen.

Menurutnya, polis meminta Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap kolej yang menjadi dalang kepada kemasukan warga Afrika yang menjadi penjenayah itu.

Full content generated by Get Full RSS.

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran

Posted:

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, sejumlah lima saman baru untuk kesalahan yang sama juga telah difailkan di mahkamah dalam suku tahun berkenaan.

Menurut beliau, tindakan yang dikenakan itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membanteras dan mencegah kegiatan penipuan.

"Sebanyak 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

"Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

"Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan simpanan ahli terus dilindungi termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati bersalah mengeluarkan simpanan persaraan mereka secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Affendi berkata, mereka yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan hanya akan dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama dalam tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi ahli yang tidak memulangkan wang atau berbuat demikian selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, maka mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama untuk selama-lamanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penipuan pengeluaran turut membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi mendapatkan kelulusan permohonan pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Justeru itu, katanya, setiap permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan yang diterima oleh pihaknya akan disemak secara terperinci dan dirujuk dengan pihak berkaitan untuk menentukan kesahihannya.

"Sistem KWSP berkemampuan mengesan ahli yang telah membuat penipuan walaupun selepas pengeluaran dibuat.

"Pegawai KWSP juga dari semasa ke semasa dilengkapkan dengan maklumat terkini berkaitan kes penipuan terutama modus operandi yang digunakan oleh ahli atau sindiket terbabit," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jumpa di Myanmar 2013

Posted:

Jumpa di Myanmar 2013

Jumpa di Myanmar 2013


Bendera Sukan SEA dikibarkan oleh Menteri Sukan Myanmar, Tin Sann menandakan negara itu bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2013 pada penutup Temasya XXVI di Stadium Jakabaring, Palembang, semalam.


PALEMBANG - Sukan SEA XXVI Indonesia yang akan sentiasa dikenang sebagai temasya paling menguji kesabaran dan mental kontinjen Malaysia, menutup tirainya secara rasmi di sini, semalam.

Seperti upacara pembukaan, majlis penutup di Stadium Sriwijaya, Kompleks Sukan Jakabaring juga bermandi cahaya dan disaji dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan serta hiburan, cuma suasana kali ini tidak seceria ketika ia dibuka pada 11 November lalu, gara-gara kekalahan skuad bola sepak Indonesia kepada Malaysia kelmarin.

Tuan rumah hampir menutup temasya dengan gemilang selepas melakar rekod kutipan pingat tertinggi dalam sejarah, 182 emas, 151 perak dan 143 gangsa, namun 'mood' seluruh kontinjen tercalar kerana gagal meraih emas bola sepak, selain menerima berita kematian dua penyokong mereka dalam tragedi rempuhan penonton di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir menentang Malaysia.

Indonesia muncul juara keseluruhan buat kali ke-10, meninggalkan juara 2009, Thailand dengan 109 emas, 100 perak dan 120 gangsa, diikuti Vietnam 96-92-100. Malaysia mengumpul 59 emas, 50 perak dan 81 gangsa daripada 38 jenis sukan yang disertai untuk menghuni tangga keempat.

Singapura pula berada di tangga kelima dengan 42-45-73, Filipina 36-56-77, tuan rumah 2013, Myanmar dengan 16-27-37, Laos 9-12-36, Kemboja 4-11-24), Timor Leste 1-1-6 dan Brunei 0-4-7.

Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA XXVI keseluruhannya ditutup dengan baik, namun seandainya sasaran awal 40 hingga 45 emas yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak ditukar secara drastik kepada 60 emas ketika temasya sedang berlangsung, ia mungkin akan lebih sempurna.

Apa pun, edisi ke-26 temasya sarat dengan pelbagai kisah suka, duka dan mencemaskan untuk dikongsi kontinjen Malaysia.

Suasana di luar gelanggang pertandingan lebih meninggalkan kesan, iaitu melihat bagaimana Lagu Negaraku dihina, Jalur Gemilang dipersenda dan maruah kita dipijak apabila atlet dicaci dengan perkataan 'maling' yang membawa maksud pencuri berulang kali.

Justeru, sesiapa pun yang berjaya membawa pulang pingat emas dari Jakarta atau Palembang adalah wira, malah mereka yang tidak pulang bersama emas juga sebenarnya wira kerana memiliki keberanian untuk berdepan ribuan penyokong fanatik tuan rumah.

Seperti temasya-temasya sebelumnya, akuatik menjadi lubuk emas Malaysia dengan menyumbang 19 emas, tujuh terjun, lima renang dan lima lagi renang berirama. Mereka masih mampu mengekalkan reputasi sekali pun tanpa pemenang lima pingat emas di Laos, Daniel Bego yang cedera.

Olahraga yang dibayangi kontroversi kuartet 4x400 meter lelaki, meraih enam emas, diikuti boling (5), ski air (4), karate (4), wusyu (3), silat (3), memanah (2), menembak (2), lawan pedang (2), renang laut terbuka (2), billiard & snuker (1) dan bola sepak (1).

Atlet renang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Png Hui Chuen masing-masing menjadi penyumbang emas terbesar individu dengan lima emas, manakala Adrian Ang dengan empat emas dalam boling menjadi atlet lelaki terbaik.

Sementara itu dalam upacara penutup yang serba meriah, selain dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan dan persembahan artis terkenal Indonesia seperti Agnes Monica, Nidji, Afgan serta drama muzikal, Laskar Pelangi, tuan rumah 2013, Myanmar juga diberi slot memperkenalkan kebudayaan mereka.

Diari di Jakarta dan Palembang kini ditutup dan Myanmar sedia mengambil alih tugas tuan rumah buat kali pertama. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Habuan RM30,000 buat pemain Harimau Muda

Posted:

Habuan RM30,000 buat pemain Harimau Muda

Habuan RM30,000 buat pemain Harimau Muda

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


SKUAD Harimau Muda mempamerkan pingat emas yang dimenangi selepas mengalahkan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia kelmarin.


PETALING JAYA - Selepas skuad bola sepak berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan penuh dramatik menumpaskan Indonesia di hadapan 100,000 penyokong fanatik Garuda, kejayaan mereka telah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad yang berasa bangga akan kemenangan tersebut menitahkan akan memberi ganjaran sebanyak RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang telah berjuang mengharumkan nama negara sehingga berjaya meraih emas dua kali berturut-turut.

Pengumuman itu telah disampaikan oleh pengurus pasukan bola sepak negara ke Sukan SEA XXVI Indonesia yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM pada sidang media mengenai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, semalam.

''Tuanku selaku Presiden FAM akan memberi sumbangan peribadi RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang memenangi pingat emas Sukan SEA pada perlawanan akhir.

''Ganjaran ini bukannya datang dari FAM tetapi merupakan daripada tuanku sendiri yang amat berbesar hati melihat kejayaan pasukan negara.

''Tuanku juga sedia maklum yang kejayaan kali ini berlainan yang kita capai dua tahun lalu semasa era Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih dan Datuk Subahan Kamal (pengurus) kerana ini menunjukkan pembangunan bola sepak sedang berterusan.

''Bukan itu sahaja, kejayaan ini membuktikan pingat emas yang kita menangi dua tahun lalu bukan atas faktor nasib semata-mata malahan skuad kali ini tidak pernah tewas sepanjang saingan Sukan SEA dan paling manis di samping meraih emas di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media.

Skuad Harimau Muda berjaya mendiamkan 100,000 penyokong setia Indonesia apabila sepakan penalti terakhir ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar mencecah jaring bagi memastikan ibu segala pingat emas menjadi milik Malaysia.

Selain daripada mendapat ganjaran RM30,000, anak-anak buah Ong Kim Swee juga menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila mereka semua akan diterbangkan ke Sydney, Australia pada pertengahan bulan Disember ini.

''Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan, tuanku juga bersetuju agar membawa skuad Harimau Muda dibawa menjalani latihan luar negara dan pilihan kali ini adalah di Australia.

''Mereka akan berada di sana selama dua minggu dan menjalani perlawanan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga kelab elit Liga Australia

''Cadangan ini juga mendapat sokongan penuh daripada MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kabinet Mesir letak jawatan

Posted:

Kabinet Mesir letak jawatan

Kabinet Mesir letak jawatan

KAHERAH 22 Nov. - Kabinet Mesir semalam meletak jawatan selepas tunjuk perasaan yang menuntut perubahan politik mengakibatkan 29 maut serta menyebabkan pemerintahan tentera terpaksa mengadakan rundingan krisis.

Empat hari selepas demonstrasi besar-besaran diadakan iaitu yang terburuk sejak kejatuhan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak, Kabinet mengumumkan peletakan jawatan semalam.

"Kerajaan Perdana Menteri Essam Sharaf telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pemerintahan Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) Mesir," kata jurucakap Kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan.

Stesen televisyen memetik satu sumber majlis sebagai berkata, peletakan jawatan itu ditolak, tetapi Menteri Penerangan Osama Heikal memberitahu agensi berita MENA, sebarang keputusan berhubung perkara itu masih belum dibuat.

Peletakan jawatan Sharaf jika diterima, boleh menangguhkan pilihan raya Parlimen yang dijadual pada 28 November ini, yang pertama selepas kejatuhan Mubarak.

SCAF melalui satu kenyataan yang dilaporkan MENA menyatakan, pihaknya menjemput semua kumpulan politik dan kebangsaan untuk satu dialog tergempar bagi melihat punca krisis terbaru itu serta cara menyelesaikannya secepat mungkin.

Majlis itu juga telah meminta Kementerian Kehakiman membentuk satu jawatankuasa untuk menjelaskan tentang keganasan yang berlaku dan menyeru tentera serta rakyat supaya bertenang bagi meneruskan proses politik.

Menurut pasukan perubatan, dua lagi penunjuk perasaan dilaporkan maut pagi ini di bandar Ismailiya, di Laut Merah, menjadikan angka korban kini mencecah 26 orang.

Pertubuhan Amnesty International mendakwa, SCAF gagal mengotakan janji-janjinya dan telah melakukan penyalahgunaan hak yang lebih teruk berbanding semasa pemerintahan Mubarak. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

AS, Britain larang bank berurusan dengan Iran

Posted:

AS, Britain larang bank berurusan dengan Iran

AS, Britain larang bank berurusan dengan Iran

WASHINGTON 22 Nov. - Amerika Syarikat (AS), Britain dan Kanada semalam mengumumkan sekatan baru ke atas sektor tenaga dan kewangan Iran, langkah yang disifatkan penganalisis bakal meningkatkan tekanan kepada Teheran tetapi tidak mungkin akan menyekat program nuklear negara itu.

AS menamakan Iran sebagai kawasan 'pengubahan wang yang utama', tindakan yang direka untuk menasihati bank-bank bukan AS supaya tidak berurusan dengan negara itu.

Sebanyak 11 entiti Iran pula disenarai hitam kerana disyaki membantu program nuklear Iran, selain memperbesarkan lagi sekatan dengan menyasarkan syarikat-syarikat yang membantu industri minyak dan petrokimia negara itu.

Namun sasaran Washington ke atas bank pusat Iran yang memutuskan hubungannya dengan sistem kewangan global akan menyebabkan harga minyak melambung dan membahayakan pemulihan ekonomi Eropah dan AS sendiri.

Britain mengarahkan semua institusi kewangannya untuk menghentikan urusan perniagaan dengan Iran, termasuk bank pusat republik Islam itu.

Menurut sumber, sekatan yang dikenakan bagaimanapun tidak secara langsung disasarkan kepada perdagangan minyak dengan Iran.

Kanada dalam pada itu mengharamkan eksport semua barangan yang digunakan dalam industri petrokimia, minyak dan gas Iran, selain menyekat hampir semua transaksi dengan negara itu, termasuk dengan bank pusat.

Siri pengumuman sekatan itu adalah respons kepada laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa pada 8 November lalu yang menyatakan Iran sedang membangunkan bom atom dan masih menjalankan penyelidikan berkaitan program itu secara rahsia.

Penganalisis berkata, mereka tidak percaya langkah itu dapat memujuk Iran daripada menghentikan program nuklearnya ekoran Teheran bertegas ia adalah untuk tujuan sumber tenaga dan selamat.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Iran, Mehdi Ghazanfari berkata, sekatan itu akan menjejaskan ekonomi Iran tetapi memberi amaran kepentingan negara-negara Barat turut akan tergugat. - REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


UMP rai mahasiswa cemerlang

Posted:

UMP rai mahasiswa cemerlang

UMP rai mahasiswa cemerlang

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


DAING Nasir Ibrahim (tengah) meraikan pelajar yang berjaya mengharumkan nama universiti pada majlis penghargaan di Dewan Bankuet, UMP, Gambang, Kuantan, baru-baru ini. - UTUSAN/SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL


KUANTAN 22 Nov. - Seramai 20 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) diraikan dalam satu majlis penghargaan berikutan kejayaan mereka dalam beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa baru-baru ini.

Pada pertandingan Pameran Ciptaan Antarabangsa di Zagreb, Croatia, universiti itu meraih empat pingat iaitu dua emas dan dua perak manakala dua penuntut dinobatkan penerima Anugerah Khas dalam kategori Pereka Muda.

Dalam pertandingan tersebut, penuntut Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian, Niak Jian Ran menerima pingat emas dan anugerah khas menerusi projek penyelidikannya menghasilkan gerakan tangan yang berfungsi sebagai asas tetikus.

Penuntut Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Nor Hidayah Dahari pula meraih pingat emas selepas menghasilkan membran asimetrik ultra turasan (Bio-mem) bagi merawat air minuman berkualiti rendah.

Sementara itu, pingat perak dimenangi penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli iaitu Azimah Saman yang menerima Anugerah Ciptaan Terbaik manakala penuntut Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Mohd. Firdaus Mohd. Yasin dengan ciptaan robot menggunakan tenaga solar.

Turut menjadi kebanggaan adalah pasukan Debat Bahasa Melayu UMP yang mengungguli Pertandingan Debat Perdana Gender dengan menyaksikan Siti Aisyah Mustapha Hashim dinobatkan sebagai pendebat terbaik keseluruhan.

Bagi Pertandingan Cabaran Catur Bistari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan, UMP melalui pasukan Entrap menggondol tempat pertama.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, majlis tersebut diadakan bagi meraikan para pemenang yang berusaha mengangkat nama universiti ke persada dunia.

"Kejayaan cemerlang itu akan merangsang dan mendorong minat rakan-rakan mahasiswa lain untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

PPM diiktiraf pembentuk integrasi kaum

Posted:

PPM diiktiraf pembentuk integrasi kaum

PPM diiktiraf pembentuk integrasi kaum


SEBAHAGIAN guru pelatih IPGTAA Lipis merangkap ahli pengakap Kumpulan Latihan Kelana Malaysia yang bakal memimpin latihan pengakap di sekolah.


KUALA LIPIS 22 Nov. - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) diiktiraf sebagai pemangkin kepada usaha kerajaan negeri membentuk integrasi kaum di kalangan remaja dan belia seiring dengan gagasan 1Malaysia.

Bendahari PPM, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan sehingga persatuan itu berjaya mencipta imej tersendiri dan bertapak kukuh di setiap sekolah.

"Pasukan uniform yang tertua di negara ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan," katanya di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA), Lipis, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, usaha serta komitmen guru di sekolah rendah dan menengah untuk menggalakkan pelajar menyertai persatuan beruniform itu wajar bagi menggilap bakat pelajar iaitu kemahiran dalam aspek kepimpinan serta pembentukan sahsiah.

Katanya, elemen dalam latihan pengakap digariskan menerusi modul Skim Latihan Pengakap yang menjadi panduan latihan sistem enam sekawan (sekolah rendah), sistem berpatrol (sekolah menengah), skim lencana dan pembentukan disiplin.

Mohamad Shahrom yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, di peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), sudah wujud Kumpulan Latihan Kelana Malaysia (KLKM) untuk membekalkan guru pelatih dengan latihan bagi menubuhkan kumpulan pengakap pelajar di sekolah.

Di daerah ini katanya, KLKM di institut perguruan itu memberi sumbangan besar terhadap pembangunan persatuan itu khususnya latihan kepimpinan pengakap sekali gus membentuk kepimpinan guru pelatih berkenaan.

"Mereka juga memberi sumbangan dalam kegiatan kemasyarakatan di daerah ini termasuk membantu penganjuran Jambori Pengakap Pahang tahun ini dan perkhemahan di sekolah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

ICAM perkemas pelapis industri automotif

Posted:

ICAM perkemas pelapis industri automotif

ICAM perkemas pelapis industri automotif


MOHD. Khamil Jamil (tengah) bersama warga kerja DRB-Hicom dan pelajar ICAM di Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 22 Nov. - Kolej Automotif Antarabangsa Malaysia (ICAM) di sini terus mengorak langkah dalam memantapkan mutu pengajian automotif apabila menjadi kolej automotif pertama di negara ini memperkenalkan Program Industri Sentrik Adjung.

Melalui program itu golongan profesional dalam industri automotif akan dijemput sebagai Profesor Adjung untuk memberi pendedahan dunia automotif kepada 478 penuntut kolej di bawah kelolaan DRB-Hicom Bhd. (DRB-HICOM).

Ketua Eksekutif ICAM, Dr. Abu Bakar Sade berkata, program yang akan bermula Januari tahun depan itu merupakan pelajaran tambahan kepada penuntut supaya mendapat pendedahan sewajarnya mengenai dunia automotif.

"Kita bekerjasama dengan para profesional daripada pengeluar terkemuka dunia seperti Honda, Mitsubishi, Volkswagen dan Isuzu bagi meningkatkan nilai tambah kepada modal insan tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program tersebut yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil di Kampus ICAM, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd. Khamil berkata, pelaksanaan program itu selari dengan matlamat ICAM untuk melahirkan pakar dalam industri pengeluaran dan pemasangan automotif.

"ICAM adalah sebuah kolej diasaskan daripada industri automotif negara yang ditunjangi DRB-HICOM dan ia menghasilkan pakar untuk keseluruhan industri itu sendiri.

"Kita tidak melahirkan jurupulih kenderaan atau sebagainya, tetapi melahirkan generasi pakar untuk memandu hala tuju industri ini pada masa depan," ujarnya.

Katanya, ICAM perlu memainkan peranan dalam membawa Malaysia kembali ke landasan itu selepas ditinggalkan oleh Thailand sejak beberapa tahun lalu.

Selain itu katanya, ICAM pada Jumaat lalu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti John Moore, Liverpool bagi membolehkan para pelajar menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama selepas selesai program diploma di kolej tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Dua warga Iran edar syabu

Posted:

Dua warga Iran edar syabu

Dua warga Iran edar syabu

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 22 Nov. – Dua lelaki warganegara Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam kasut masing-masing semasa tiba di negara ini pada Julai tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Hojjat Shahbazi Vali, 28, dan Asghar Rah Gozar Jalil, 28, selepas berpuas hati bahawa kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau menolak keterangan kedua-dua tertuduh bahawa mereka tidak mengetahui tentang dadah itu kerana kasut jenis Puma berwarna hitam dan putih telah diberikan oleh seorang lelaki bernama Syed sebelum mereka berlepas ke Malaysia untuk melancong.

Menurut beliau, cerita tertuduh bahawa kasut yang diakui mahal itu diberikan oleh orang ketiga serta ketiadaan pengetahuan tentang dadah itu tidak logik, tidak munasabah serta tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

Sebaliknya, jelas beliau, cara kedua-dua tertuduh berjalan berjengket-jengket semasa ditahan serta berat dadah yang disembunyikan di dalam kasut masing-masing menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentangnya.

Hojjat didakwa mengedar 465 gram syabu (methamphetamine), manakala Asghar pula didakwa mengedar 476 gram dadah daripada jenis yang sama di Kawasan Tuntutan Bagasi F, Balai Ketibaan, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini pada pukul 11 malam, 21 Julai 2010.

Hojjat yang merupakan pemandu teksi dan pekerja gimnasium, Asghar, masing-masing didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamalia Yahdi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pekerja restoran edar ketamine

Posted:

Pekerja restoran edar ketamine

Pekerja restoran edar ketamine

SHAH ALAM 22 Nov. - Seorang pekerja restoran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah di tempat dia berkerja, tiga tahun lalu.

Ng Woon Keong, 32, disabitkan bersalah mengedar 539.19 gram ketamine dan 24.73 gram 3.4 methamphetamine di Restoran Old Taste Ipoh White Coffee di No. 1, Jalan Kenari 6, Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini pada pukul 2.15 petang, 11 September 2008.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Datuk Sofian Abd. Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Woon Keong selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan semasa memberi keterangan membela diri.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan tertuduh bahawa dadah tersebut adalah milik lelaki bernama Eric atau Alex yang merupakan suami majikannya tidak pernah timbul di peringkat pendakwaan.

Begitu juga cerita bahawa tertuduh pulang ke Batu Gajah pada hari kejadian dan datang semula ke tempat kerja selepas dihubungi oleh majikannya bagi membaiki dua unit pendingin hawa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam S. S. Seelan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan menampilkan lima saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan di peringkat pembelaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Skop, KRU ulangi kejayaan FFM23

Posted:

Skop, KRU ulangi kejayaan FFM23

Skop, KRU ulangi kejayaan FFM23

Oleh ABD. AZIZ ITAR dan SYAFIQ ROOS ANUAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


NORMAN, Yusry dan Edry Abdul Halim mencipta kejayaan manis di FFM24.


FILEM Terbaik dan Pengarah Terbaik merupakan dua anugerah utama dalam Festival Filem Malaysia Ke-24 termasuklah pada edisi ke-24 (FFM24) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu.

Menerusi festival anjuran Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) itu, Syamsul Yusof muncul pemenang Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster walaupun kategori Filem Terbaik dimenangi oleh filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).

Kemenangan itu merupakan kali kedua berturut-turut buat Syamsul di mana tahun lalu dia mengungguli kategori sama menerusi filem arahannya, Evolusi KL Drift, sementara filem Magika pula diangkat sebagai pemenang kategori Filem Terbaik pada festival tersebut.

KRU Studios yang menerbitkan HMM dan Magika serta Skop Productions (KL Drift 2 dan KL Gangster) bukan setakat mengulangi keputusan sama dua tahun berturut-turut tetapi mendominasi Anugerah Gemilang Cipta dan Anugerah Gemilang Perdana FFM24.

Sama ada keputusan itu kebetulan atau sebaliknya, kemenangan KRU Studios membolot tiga Anugerah Gemilang Cipta dan lima Anugerah Gemilang Perdana pada tahun ini menerusi HMM tentunya menimbulkan buah mulut segelintir pihak yang kurang puas hati.

Malah, ada di kalangan peserta FFM24 seperti pengarah filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid dan penerbit ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman yang seakan-akan tidak memberi sokongan apabila tidak hadir pada malam kemuncak festival itu.

Monopoli kemenangan HMM dan KL Gangster itu seolah-olah mengetepikan langsung kredibiliti filem-filem yang turut menjadi sebutan ramai seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, ...Dalam Botol dan Nur Kasih The Movie yang langsung tidak menerima sebarang anugerah.

Menurut Presiden KRU Studios, Norman Abdul Halim pihaknya hanya menghantar pencalonan dan pemilihan termasuklah kemenangan anugerah-anugerah yang diraih oleh HMM dilakukan oleh pihak juri profesional yang dilantik oleh Gafim selaku penganjur FFM24.

"Janganlah hendak memperlekeh-lekehkan HMM kalau kita mahu mengangkat filem kita ke persada antarabangsa.

"Bagi saya HMM telah melakukannya apabila filem ini diedarkan di 72 buah negara. Kemenangan HMM malam ini adalah atas pemilihan para juri.

"Saya sudah lali dengan kritikan seperti ini kerana perkara yang sama berlaku pada Magika pada FFM23 .

"Bagaimanapun Magika sekali lagi membuktikan kemampuannya apabila ia menang kategori Filem Terbaik pada Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini. Untuk HMM saya sudah menduga ia juga akan menerima nasib sama.

"Saya pernah tawar hati untuk mempertandingkan filem-filem KRU dalam FFM tetapi atas nasihat dan persetujuan daripada semua kakitangan KRU Studios maka kami sertai juga festival ini walaupun tahu kalau HMM menang mesti ada pihak yang akan mempertikaikannya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas festival tersebut.

Pada FFM24 HMM paling banyak meraih Anugerah Gemilang Perdana iaitu Filem Terbaik, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharuddin), Sinematografi Terbaik Mohd. Noor Mohd. Kassim), Pereka Kostum Terbaik (Rosada Abd. Hamid) serta Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim).

Selain itu, HMM yang meraih RM25,000 untuk kategori Filem Terbaik itu turut memenangi Anugerah Gemilang Cipta dengan merangkul kategori Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik (Edry Abdul Halim - Sedetik Lebih).

Penguasaan

Skop Productions selaku penerbit KL Gangster turut mencatatkan penguasaan terbesar dalam FFM24 apabila menggondol enam daripada 15 Anugerah Gemilang Perdana festival itu yang menawarkan hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 hingga RM15,000 dan trofi.

Sama seperti Norman, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster turut enggan mengambil serius kritikan-kritikan negatif selepas filem arahannya itu menggondol banyak anugerah termasuk Pengarah Terbaik di mana dia membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

"Saya malas hendak fikir apa juga kritikan yang akan saya terima atas kemenangan filem arahan saya ini.

"Kalau ada isu yang timbul kelak, saya juga tidak mahu membalas kenyataan atas apa juga pertikaian yang dilemparkan kepada saya. Saya tidak mahu memperbesar-besarkan rasa tidak puas hati tersebut.

"Saya buat filem sebagai kerjaya saya dan untuk industri perfileman di negara ini. Bagi saya, tiada yang terbaik dalam festival seperti ini. Pemenang sebenar ialah bagaimana kita mahu memikat hati majoriti para penonton yang menonton sesebuah filem itu," komennya.

Pada Anugerah Gemilang Perdana FFM24 itu KL Gangster meraih anugerah Filem Box-Office kerana mencatat kutipan tiket RM11.7 juta, Penyunting Terbaik (Syamsul Yusof dan Hisham Jupri), Penataan Bunyi Terbaik (Hisham Jupri, Rizal Ashref), Lakon Layar Terbaik (Syamsul Yusof), Pelakon Pembantu Terbaik (Sofi Jikan) dan Pengarah Terbaik (Syamsul Yusof).

FFM24 yang menampilkan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Johan (Raja Lawak) itu banyak mencetuskan kontroversi antaranya apabila Presiden Gafim, Jurey Latiff Rosli dibenarkan bertanding pada festival itu dan memenangi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Libas.

"Penjurian dilakukan secara sulit di mana para juri tiada kena mengena atau ada kepentingan dengan para peserta yang bertanding termasuklah saya.

"Para juri juga tiada kena mengena dengan penganjur. Apatah lagi, pencalonan saya dalam kategori itu dihantar oleh penerbit Libas iaitu MDAG Marketing," jelasnya.

Pada sidang akhbar selepas berlangsungnya FFM24, Pengerusi Malam Anugerah Gemilang Perdana, Yusof Kelana berkata, kontroversi dan pertikaian adalah perkara yang tidak boleh dielakkan dalam penganjuran festival itu sejak dari dulu hingga kini.

Dia yang juga pengarah drama dan filem menambah, pertikaian yang membabitkan penganjur dengan filem-filem yang mereka pertandingkan juga turut dilalui oleh Ahmad Puad Onah sewaktu menjadi Presiden Gafim pada penganjuran FFM23 tahun lalu.

"Ketika Ahmad Puad Onah menjadi Presiden Gafim dan pada FFM23 ada filem di bawah terbitan Grand Brilliance yang dipertandingkan pada festival itu. Adakah kerana isu itu dia juga perlu menarik diri sedang penjurian tiada kena mengena dengannya.

"Kontroversi dalam FFM berlaku dalam setiap kali ia dianjurkan sejak tahun 1981. Boleh dikatakan setiap tahun pasti ada kontroversi yang timbul.

"Kalau tidak ada kontroversi maka itu bukan Festival Filem Malaysia namanya. Apa pun kami akan lakukan kajian tentang penganjuran festival kali ini supaya ia dapat diperbaiki lagi.

"Itu pun kalau Gafim diberi kepercayaan untuk menganjurkan lagi festival ini. Ini kerana, bukannya mudah untuk menganjurkan FFM.

"Apatah lagi dengan bajet yang kami dapat hanya berjumlah RM650,000 sedangkan kos penganjurannya mencecah RM2.2 juta. Nasib baiklah ada banyak penaja yang menaja festival ini," ujarnya.

Berbaloi

Eja atau Siti Shahreza yang sudah terbabit dalam bidang lakonan drama televisyen dan filem sejak 15 tahun lalu menganggap kejayaannya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Janin begitu berbaloi.

"Janin adalah filem kelapan lakonan saya dalam masa 15 tahun. Saya begitu berhati-hati dalam melakonkan sesuatu watak di mana kalau boleh biarlah ia meninggalkan kesan di hati para penonton. Saya memang cerewet dalam memilih watak dan tidak mahu sekadar menjadi penghias sahaja.

"Kalau ikutkan dalam masa 15 tahun itu sudah banyak filem yang saya lakonkan. Itu bukti saya memang memilih dan ternyata watak yang saya lakonkan dalam Janin membuahkan hasil sehinggalah saya memenangi anugerah ini," ujarnya.

Sementara itu, Soffi Jikan yang telah 15 tahun bergiat dalam industri seni tanah air, akhirnya lega kerana segala penat lelah serta keringat anak kelahiran Kuala Terengganu ini berbalas apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM24.

Dia mengakui tidak meletakkan sebarang harapan untuk menggondol sebarang anugerah, tetapi dia akhirnya bersyukur kerana segala perit jerihnya dalam industri seni selama ini akhirnya berbalas.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana apa yang saya lakukan dalam industri seni ini akhirnya orang nampak juga. Saya akui, setiap watak yang saya lakonkan, saya akan pastikan ia mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

"Bermula dari melahirkan watak tersebutlah saya akan kerja habis-habisan bagi memastikan tahap lakonan saya berada pada tahap yang baik. Insya-Allah, selagi saya bernafas, saya akan usaha berterusan bagi memartabatkan industri seni tanah air," ujarnya penuh bersemangat.

Seperti dijangkakan, kejayaan Shaheizy Sam menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Kongsi memang sudah menjadi ramalan banyak pihak.

Hadir dengan harapan untuk turut sama-sama menaikkan nama industri seni sehingga ke luar negara, Sam sebenarnya mahu mencari kelainan dalam setiap perkara yang dilakukannya termasuklah dalam Kongsi yang akhirnya membuahkan hasil.

"Saya mahu melakukan suatu keajaiban yang orang lain tidak lakukan. Saya mahukan magis yang bukan semua orang mampu lakukan.

"Buat masa sekarang, saya cuba lakukan yang terbaik dan pada masa yang sama saya mahu lari daripada perkara yang klise dalam setiap lakonan saya," katanya.

Selain itu, Sam yang akan muncul dengan filem terbaru lakonannya, Songlap yang bakal ditayangkan mulai 15 Disember ini turut mengakui kini dia mula berjinak-jinak ke arah bidang produksi perfileman.

Berjaya menggondol anugerah Filem Pilihan Penonton Astro melalui filem Kongsi, saudagar filem MIG ini menyifatkan ia merupakan suatu tindak balas positif daripada penonton terhadap filem-filem David Teo.

Namun, David tidak dapat menyembunyikan keluhannya mengenai penganjuran FFM24 yang turut mencalonkan filem Libas arahan Jurey Latiff Rosli yang juga pengerusi festival itu, malah turut berjaya memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik.

"Bagi saya, ini merupakan kecacatan terbesar di dalam sebuah festival dan kesilapan begini tidak harus berlaku.

"Ini sememangnya memalukan industri dan saya berharap sangat perkara ini tidak akan berlaku lagi pada penganjuran festival filem pada masa akan datang.

"Asalkan penerima anugerah berpuas hati dan gembira menerima anugerah itu, cukuplah," ujarnya penuh makna.

Full content generated by Get Full RSS.

sediakan RM1 juta tunai

Posted:

<i>Money Drop</i> sediakan RM1 juta tunai

Money Drop sediakan RM1 juta tunai

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB


PARA peserta Money Drop bersama longgokan wang tunai RM1 juta sewaktu rakaman rancangan itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


MONEY Drop adalah pertandingan kuiz dalam rancangan televisyen tempatan yang menawarkan hadiah paling lumayan buat para pemenangnya iaitu wang tunai RM1 juta.

Rancangan terbitan Endemol Malaysia yang akan disiarkan di Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad mulai 3 Disember ini juga berbeza dengan rancangan lain.

Tidak seperti pertandingan lain yang menyediakan hadiah seperti kereta dan barangan elektrik, Money Drop menyediakan wang tunai RM1 juta dengan menjawab lapan soalan sahaja.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, rancangan itu bukan sahaja berbeza dengan rancangan seperti Roda Impian, malah wang tunai yang ditawarkan juga lebih lumayan daripada itu.

"Rancangan ini telah terbukti sambutannya kerana imbuhan wang tunai yang lumayan selain mendapat sambutan di 33 buah negara sewaktu ia ditayangkan di negara-negara terbabit.

"Money Drop pernah mendapat anugerah British Academy of Arts Film dan Anugerah Televisyen di United Kingdom pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas Azlin, rancangan yang menampilkan soalan-soalan kuiz daripada pelbagai topik itu sesuatu yang sukar diduga biarpun hanya lapan soalan disediakan untuk setiap peserta.

Ini kerana, katanya, setiap peserta yang ditampilkan berpasangan itu mampu membolot RM1 juta yang ditawarkan tetapi pada masa sama juga berdepan risiko jika tersalah percaturan.

"Sebagai contohnya, setiap peserta akan diberi masa 60 saat untuk menjawab satu soalan di mana jika mereka tidak yakin jumlah wang tunai RM1 juta itu boleh dipecah-pecahkan.

"Wang tunai yang diletakkan di tempat jawapan yang salah akan jatuh ke lubang bahagian bawah dan itu bermakna peserta terbabit akan kehilangan wang tersebut," ujarnya.

Money Drop yang dirakamkan sebanyak 26 episod mendapat sambutan ramai apabila uji bakat yang diadakan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur disertai lebih 2,000 peserta.

Lebih menambahkan kepelbagaian setiap peserta yang ditampilkan berlainan latarbelakang pendidikan dan kerjaya di mana ia akan memperlihatkan tahap kepintaran yang berbeza.

"Soalan yang diketengahkan menampilkan topik-topik yang berkaitan dengan pengetahuan am di mana setiap soalan mempunyai jawapan hampir sama supaya setiap peserta membuat analisis.

"Di sinilah perlunya semangat berpasukan kerana mereka harus bijak menjawab soalan dan membuat strategi supaya dapat membolot wang tunai sebanyak yang mungkin," ujarnya.

Ternyata Money Drop membawa risiko yang bukan kepalang kerana di hadapan setiap peserta dilongokkan wang tunai RM1 juta sehingga pelbagai langkah keselamatan diambil.

Antaranya setiap peserta termasuklah media massa yang membuat liputan tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit selain kawalan pasukan keselamatan yang ketat.

AC Mizal yang diberi kepercayaan mengacarakan rancangan itu juga tidak menafikan berasa gugup apabila berada di depan wang tunai RM1 juta.

"Ini pertama kali saya tengok wang tunai RM1 juta di depan mata. Sebelum ini memang ada pertandingan yang menyediakan wang tunai tetapi pemenang akan menerimanya kemudian.

"Sedangkan dalam pertandingan ini wang tunai RM1 juta itu sudah menanti di depan mata sebelum mereka menjawab soalan lagi. Itu adalah tarikan dalam pertandingan ini," jelasnya.

Sewaktu diajukan persoalan mengapa dia sering dipilih sebagai pengacara dalam rancangan-rancangan terbitan Astro, jelas AC semua itu atas pemilihan stesen terbabit.

Apatah lagi, kata bekas pengacara rancangan Akademi Fantasia musim kesembilan itu, pemilihan itu kerana dia salah seorang artis bertaraf residen yang bernaung di bawah Astro.

"Walaupun saya mengacarakan banyak rancangan seperti Maharaja Lawak Mega dan Money Drop tetapi pendekatan atau penampilan saya tidak sama di antara satu sama lain.

"Contohnya, dalam Maharaja Lawak Mega saya lebih santai dan kurang serius, manakala dalam Money Drop cara pengacaraan saya lebih formal termasuklah daripada segi pakaian," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Golongan miskin terus dibela

Posted:

Golongan miskin terus dibela

Golongan miskin terus dibela




PERJUANGAN UMNO untuk membela orang Melayu dan bumiputera miskin akan diteruskan bagi memastikan mereka tidak jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Bagaimanapun, usaha itu hanya dapat dibuat sekiranya parti menerima sokongan jitu daripada ahli-ahlinya, pengundi dan juga generasi muda.

Dalam satu pertemuan dengan pihak media yang turut dihadiri oleh wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR di Kuala Lumpur, semalam, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, DATUK SERI MOHD. SHAFIE APDAL melahirkan kebimbangan segala usaha UMNO dan kerajaan itu akan terjejas berikutan sikap orang Melayu dan bumiputera yang tidak menghargai sokongan yang telah diberikan kepada mereka.

UTUSAN: Sebagai Naib Presiden UMNO, apa yang ingin Datuk Seri katakan sempena perhimpunan kali ini?

MOHD. SHAFIE: Semua ahli UMNO mempunyai peranan masing-masing, tidak kira apa jawatan mereka dalam parti sama ada Presiden, Timbalan Presiden ataupun naib, asalkan ahli UMNO kita semua mempunyai peranan. Cuma kita selaku ahli parti yang berjawatan ini, ada beberapa perkara yang perlu lakukan, contohnya untuk memastikan supaya kita berjaya mempromosikan penyatuan, ini yang kita tekankan, perlu ada penyatuan dalam parti.

Apakah harapan Datuk Seri terhadap perwakilan yang menyertai perhimpunan kali ini?

Saya berharap perhimpunan kali ini bukan hanya menjadi tempat untuk mengutarakan idea tetapi juga menjurus ke arah memperkuatkan perpaduan dan kesatuan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Selaras dengan kedudukan UMNO yang sedang menghadapi cabaran, maka perlu ada kesetiaan ahli-ahli kepada parti kita.

Kepada ahli-ahli UMNO, perkara pokok yang perlu kita pastikan adalah supaya kita kekal menjadi pemerintah negara ini dan untuk mengekalkannya, kita perlu berpadu serta berkhidmat agar rakyat akan sentiasa mendampingi kita menerusi sokongan.

Saya juga berharap ahli-ahli parti dapat menerima baik segala transformasi kerajaan, ekonomi dan politik yang sedang dilakukan. Bukan setakat memberi sokongan, kalau ada idea bernas yang kita hendak ketengahkan untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan transformasi dan perjuangan parti, maka ia boleh diketengahkan ketika perhimpunan.

Saya juga berharap para perwakilan tidak menjadikan perhimpunan ini sebagai gelanggang untuk mengkritik pemimpin tertentu atau menimbulkan isu masalah dalaman parti kerana terdapat tempat dan waktu lain untuk tujuan itu.

Ada tanggapan mengatakan UMNO semakin tersasar daripada perjuangan membantu Melayu melalui program transformasi ekonomi, sejauh mana kebenarannya?

Bagi saya ia sebenarnya tidak tersasar. Tujuan transformasi ini adalah untuk melahirkan usahawan yang betul-betul usahawan. Bukan usahawan semata-semata tetapi juga pengurus yang boleh mengurus tadbir, dia survivor, dia challenger yang boleh berhadapan dengan cabaran-cabaran yang mendatang ini. Dan ini memerlukan kriteria-kriteria tertentu.

Mungkin ini kelihatan seperti satu sekatan atau halangan, tidak, sebenarnya ini penting bagi kita kerana kita harus melihat transformasi berpaksi kepada perubahan struktur ekonomi dan politik dunia yang ada.

Kita pada hari ini tidak boleh berpegang kepada sistem ekonomi yang ada (kini) sama dengan yang dahulu. Jika kita sediakan ramai penerima bantuan tetapi esok mereka 'ali baba' macam mana? Kita bagi kontrak kepada mereka, mereka tidak laksanakan dan subkontrak pula kepada orang lain. Jadi selama mana kita boleh pastikan bahawa kejayaan untuk melahirkan golongan Melayu bumiputera yang ada daya tahan mereka dalam bidang ekonomi. Ini transformasi. Tetapi jika hendak menyatakan bahawa kita meninggalkan orang Melayu, itu sebenarnya tidak tepat.

Apakah mesej kepada orang muda dalam negara?

Saya berharap supaya semua anak-anak muda negara kita akan terus bersama-sama kita kerana saya yakin bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang boleh dipercayai untuk terus memacu negara ke hadapan.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, bagi suku penggal yang ketiga, kita telah mencapai pertumbuhan ekonomi 5.8 peratus, itu bukan mudah. Kerana dalam keadaan ekonomi dunia yang lembap kerajaan juga masih lagi berupaya menyediakan peluang pekerjaan dan ini menunjukkan ekonomi negara ini telah diuruskan dengan begitu baik.

Kita amat memerlukan sokongan generasi muda supaya ekonomi negara dapat terus dimantapkan dan kestabilan politik dikekalkan dengan cara mereka menyumbang idea-idea dan pandangan menerusi platform yang telah disediakan.

Bagaimana cara untuk menarik sokongan orang muda terhadap parti?

Sebenarnya telah banyak yang dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan lain untuk mendampingi generasi muda. Bukan sahaja menerusi media sosial seperti Facebook malah mereka juga dijemput untuk menghadiri majlis makan tengah hari. Bukan itu sahaja, Perdana Menteri juga telah menonton dan bermain bola sepak dengan golongan muda terbabit.

Saya sendiri bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan para pelajar. Saya gembira kerana anak muda ini telah menunjukkan sifat matang dan sikap ingin tahu. Mereka juga ingin memberi pandangan kerana sayangkan negara ini.

Kita akan terus mendampingi generasi muda khususnya yang berusia antara 21 hingga 40 tahun kerana mereka mewakili 38.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi. Ini adalah satu jumlah yang besar dan kita perlu mempunyai pendekatan untuk mendampingi mereka termasuk menganjurkan karnival kerjaya seperti dilakukan Pemuda Barisan Nasional (BN).

Setakat ini bagaimana kejayaan usaha meremajakan UMNO?

Alhamdulillah ia berjalan dengan baik. Kita dapat melihat penglibatan banyak generasi muda dalam pendekatan yang kita lakukan. Proses peremajaan yang kita lakukan dengan mendampingi anak-anak muda banyak sebenarnya supaya mereka juga terbabit dalam melontarkan, memberi pandangan. Contohnya, apabila Yang Berhormat Presiden menyelesaikan masalah, mengatasi keperluan masyarakat anak muda hendak memiliki perumahan dan itu suara yang diutarakan oleh anak muda kita menerusi landasan Pemuda (BN) dan ia diadunkan dengan pelaksanaan skim perumahan mampu milik di peringkat ini.

Ini bukan sahaja tarikan, tetapi langkah atau proses meremajakan perjuangan. Dan di peringkat akar umbi kita lihat bahawa usaha menggalakkan anak-anak muda yang layak untuk berpolitik memang berjalan lancar dengan menempatkan mereka di landasan-landasan yang sepatutnya.

Boleh Datuk Seri berkongsi pengalaman sebagai Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO?

Kita sebenarnya telah melakukan banyak usaha bukan sahaja menerusi parti tetapi badan-badan lain juga terbabit dan saya berharap supaya proses ini akan dapat terus dilakukan oleh parti kita sama ada UMNO atau komponen BN lain. Kita terus meningkatkan usaha kerana proses ini berterusan, tidak bererti bahawa kita harus berhenti kerana Pilihan Raya Umum (PRU) sudah dekat, PRU dekat pun kita tidak tahu bila.

Jadi proses pendaftaran pemilih ini berlangsung, cuma mungkin pamerannya, ada satu ketika bila ia digazetkan maka itulah boleh dipakai, hari ini kita daftar kalau esok bubar tidak boleh pakai. Sehingga ia digazetkan, tetapi dalam pada itu kita tidak boleh beranggapan bahawa esok itu PRU.

Ia hak kita sebagai para pengundi jadi saya melihat bahawa sokongan anak-anak muda dalam banyak pilihan raya kecil yang diadakan, kita tidak boleh nafikan saluran-saluran tiga dan empat ada peningkatannya. Dan keadaan ini saya harap menggalakkan kepada peningkatan anak-anak muda berdaftar sebagai pengundi kerana ia boleh menguatkan sokongan kepada kita dalam masa akan datang.

Apakah pandangan terhadap langkah membenarkan portal propembangkang membuat liputan perhimpunan?

Sebenarnya kalau kita adakan secara tertutup dengan menghalang portal propembangkang membuat liputan ia hanya setakat di dewan sahaja sedangkan wartawan mereka masih boleh mengikuti segala apa yang dilontarkan oleh para perwakilan di skrin televisyen di luar dewan.

Saya juga berpendapat, tidak harus ada apa yang kita hendak selindungkan, kerana kita adalah parti yang boleh dipercayai dan telah berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa. UMNO bukan seperti parti pembangkang yang cakap depan lain manakala belakang lain. Mereka mendakwa parti yang demokratik tetapi hendak bercakap pasal hudud pun tidak boleh.

Dengan membenarkan liputan dibuat oleh semua pihak, ia akan membuka ruang seluas-luasnya kepada masyarakat untuk mengenali UMNO khususnya para pengundi supaya mereka merasakan boleh meletakkan harapan dan kepercayaan kepada parti untuk terus memimpin negara kita.

Adakah Datuk Seri merasakan parti telah berjaya memperjuangkan nasib bumiputera miskin?

Telah banyak langkah yang dilakukan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk menerusi agensi-agensinya seperti Risda dan Felcra yang menyediakan tanah dan benih kepada orang miskin untuk menanam getah dan kelapa sawit.

Kita juga menyediakan bantuan perumahan dan kemudahan infrastruktur. Dalam bidang perniagaan, selain melatih usahawan bumiputera dalam bidang tertentu, kita juga membina dan membeli premis perniagaan untuk disewa kepada mereka dengan kadar yang cukup rendah.

Di samping itu, kita melatih mereka dengan kursus keusahawanan, pemasaran, penjenamaan barangan dan perakaunan. Kita juga memberikan pinjaman menerusi pelbagai kaedah.

Walaupun telah banyak yang dilakukan, kita tidak menganggap ini mencukupi, sebaliknya kita akan melakukan lebih banyak lagi penambahbaikan bagi meningkat pembelaan kita terhadap masyarakat bumiputera dan orang Melayu.

Kita juga tidak melupakan bumiputera miskin di bandar dan pinggir bandar. Dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat kita turut memberikan bantuan kewangan dan rumah kepada mereka.

Apakah nasihat kepada bumiputera yang menyewa semula premis perniagaan kepada rakyat asing?

Saya telah meminta Ketua Pengarah Mara untuk memantau perkara ini supaya ia tidak berterusan. Apa yang berlaku ini bertentangan dengan tujuan asal kita untuk memastikan orang Melayu mendapat ruang perniagaan.

Sewa ruang perniagaan di Kuala Lumpur misalnya adalah cukup tinggi, jadi kalau ada perlakuan 'ali baba' kita akan ambil tindakan dan memberikan kepada orang lain kerana ramai lagi bumiputera yang sedang menunggu untuk mendapatkan premis perniagaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Momentum tingkat sokongan belia

Posted:

Momentum tingkat sokongan belia

Momentum tingkat sokongan belia

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

AMANAT Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pemuda dan Puteri UMNO, Ahad lalu dilihat umpama serampang dua mata bagi semua golongan muda di negara ini.

Bukan sahaja cara pendekatan beliau bersama golongan muda parti itu merapatkan jurang generasi pelapis dengan kepimpinan tertinggi negara malahan memberi motivasi kepada jentera UMNO dan BN meneruskan momentum bagi menarik para belia menyertai perjuangan memajukan bangsa, agama dan negara.

Dalam usaha mendekati golongan muda dan membawa masuk muka baru ke dalam perjuangan parti, UMNO dan semua parti komponen BN perlu menunjukkan ada ruang dan peluang untuk para belia untuk turut serta dan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

Tambahan pula menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sekali lagi perlu ditekankan pentingnya muda-mudi negara ini mengambil berat perkembangan politik negara dan memikirkan perkara yang lebih besar daripada diri sendiri terutamanya sebagai pewaris kepimpinan negara kelak.

Bukan sekadar untuk mengejar undi golongan muda, Perdana Menteri juga mahu belia memahami betapa besar dan sukarnya tanggungjawab memimpin, lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia.

Najib juga menegaskan tiada kecacatan pada jenama BN dan tiada sebab untuk rakyat daripada mana-mana peringkat usia menolak kehadirannya selagi perkhidmatan yang diberikan jentera BN menepati cita rasa serta mengambil kira kehendak rakyat.

Mengambil contoh Karnival Kerjaya Pemuda BN sebelum ini yang berjaya menarik penyertaan lebih 500,000 belia, beliau berharap program-program yang dilaksanakan kelak menepati kehendak dan keperluan rakyat agar ia terus mendapat sambutan menggalakkan.

Mengabaikan persepsi sesetengah pihak yang masih sangsi dengan penerimaan golongan muda terhadap jenama BN, Najib turut melancarkan slogan baru, 'BN Pilihan Orang Muda' bagi menarik lebih banyak sokongan dan penyertaan belia terhadap perjuangan parti tersebut.

Namun, semua pemimpin dan anggota parti-parti komponen BN perlu sedar bahawa tanggungjawab dan beban mengekalkan 'keremajaan' BN bukan hanya di bahu Perdana Menteri tetapi perlu didokong semua pihak dengan hati terbuka.

Ini diperakui pemerhati politik Asia Tenggara, Ahmad Zaki Hassan yang berpendapat penyertaan berterusan golongan muda dalam mana-mana pergerakan amat penting bagi kelangsungan perjuangan organisasi tersebut.

"Kebelakangan ini, golongan muda yang bakal menjadi pelapis negara dilihat kurang melibatkan diri dan mengambil tahu tentang perkembangan politik negara.

"Namun, program peringkat nasional untuk rakyat seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN memberi impak besar dalam menarik sokongan belia kepada perjuangan, aktiviti parti dan senario politik negara," katanya.

Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menyarankan lebih banyak program nasional seumpamanya diadakan terutama sekali dalam membantu meringankan beban rakyat pelbagai peringkat dan usia kerana ia bukan sahaja berpaksi kepada politik tetapi kepada memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Tambahnya, semua parti komponen BN juga perlu mempunyai semangat lama penubuhan perikatan yang fokus kepada membantu rakyat jelata melalui pelbagai program ilmu dan perkhidmatan terutamanya di kampung-kampung dan luar bandar.

"Dahulu kita ada program pendidikan bahasa Inggeris dan Matematik oleh Puteri UMNO yang bergerak ke kampung-kampung untuk membantu pelajar di sekolah luar bandar.

"Program seumpamanya boleh diteruskan atau dikembangkan untuk pelbagai tujuan yang memberi manfaat kepada rakyat, seterusnya membuka ruang untuk mendekati dan berkongsi maklumat serta aktiviti parti bersama pengundi," ujarnya.

Menurutnya lagi, semua pihak perlu mengambil contoh langkah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dahulu membuka sekolah untuk orang dewasa walaupun dikritik pelbagai pihak.

"Seperti mana sekolah dewasa dahulu membolehkan ibu bapa belajar membaca dan menulis, kemudian mengajar anak di rumah, program pendidikan bahasa Inggeris, matematik atau mana-mana subjek ilmu akan membolehkan anak berkongsi pula ilmu itu bersama ibu bapa mereka di kampung.

"Jangan terlalu dilihat kesan jangka pendek aktiviti seumpama itu sebaliknya pentingkan kesan positif dan manfaatnya kepada pendidikan serta kehidupan rakyat," tegasnya.

Ahmad Zaki juga menyarankan kepimpinan tertinggi parti-parti komponen BN memerhati dan menghentikan aktiviti 'mencantas' kemasukan dan penyertaan ahli baru sekiranya ada, terutama sekali terhadap golongan belia yang mempunyai bakat dan pendidikan tinggi.

"Dalam situasi tertentu, mungkin pihak yang mempunyai kedudukan akan menyekat kemasukan mereka yang dilihat mampu menggugat dan mengambil alih jawatan yang mereka sandang dalam parti.

"Perkara sebegini mungkin berlaku dalam mana-mana organisasi dan perlu dipantau ketat bagi mengelakkan ketandusan generasi pelapis berwibawa dalam BN yang mungkin bakal memimpin negara kelak," jelasnya.

Beliau menegaskan, walaupun golongan muda yang baru menyertai BN mungkin tidak berpeluang menyertai PRU-13, mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk dilatih dan menaikkan pengaruh di mata pengundi bermula dari sekarang supaya cukup bersedia apabila sampai masanya untuk mengambil alih tanggungjawab memimpin parti dan negara kelak.

Nada sama turut dikongsi pemerhati politik, Mohamad Faisol Keling yang mahu program-program bermanfaat kepada rakyat diteruskan tetapi lebih penting lagi meningkatkan keyakinan pengundi terhadap BN.

"Dua perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah fokus kepada jentera parti dan juga meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap BN. Dua perkara ini mungkin menjadi punca kekalahan banyak calon BN pada 2008.

"Walaupun pembangkang mungkin cuba manipulasi tujuan program kerajaan, usaha untuk menghebahkan bantuan dan kerja yang dijalankan perlu diteruskan agar rakyat tahu dan semakin yakin dengan kepimpinan BN," katanya.

Tegasnya, penilaian rakyat terhadap pemimpin dan parti akan menjadi perkara utama dalam menentukan pilihan mereka, terutamanya golongan muda yang mula nampak kepincangan dalam pakatan pembangkang.

Beliau seterusnya mengingatkan semua pemimpin dan anggota parti-parti komponen mengambil contoh pendekatan Perdana Menteri yang turun padang untuk bersama rakyat dalam pelbagai program dan aktiviti, bukan sahaja untuk mendekati pengundi malahan untuk mendengar sendiri masalah yang mereka hadapi.

"Semua warga parti-parti komponen perlu menerap cara Perdana Menteri memperkukuh dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN di samping mengelak daripada menimbulkan isu yang boleh dimanipulasi pihak lawan.

"Selesaikan semua masalah dalaman terutama sekali di peringkat akar umbi kerana rakyat akan menilai BN secara keseluruhan jika melihat masalah kecil peringkat bahagian juga sukar ditangani," ujarnya.

Beliau berharap momentum peningkatan sokongan belia dan rakyat kepada BN akan berterusan melalui pelbagai program dan pendekatan agresif yang boleh dan perlu diambil setiap parti komponen.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved