Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Sewa naik punca tertunggak

Posted:

Sewa naik punca tertunggak

Sewa naik punca tertunggak

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


PENDUDUK yang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas menunjukkan bil air yang tertunggak akibat kenaikan sewa rumah di Pangsapuri Seri Cempaka di Bandar Baru Bangi, Bangi baru-baru ini.


BANGI 22 Nov. - "Kami bukan tidak mahu bayar sewa, tetapi memang tidak mampu. Sudahlah kos hidup meningkat, sewa rumah juga dinaikkan."

Begitulah keluhan penghuni Pangsapuri Seri Cempaka di Bandar Baru Bangi di sini yang berdepan dengan pelbagai masalah sejak bayaran sewa rumah mereka tertunggak.

Ramai di antara mereka yang kini terpaksa mengharapkan bantuan jiran untuk mendapatkan bekalan air setelah meter air di rumah mereka dikunci gara-gara bayaran sewa yang tertunggak.

Penghuni yang terdiri daripada ibu tunggal dan golongan miskin itu antara 50 penyewa yang memiliki tunggakan sehingga RM2,500 setelah kadar sewa daripada RM124 sebulan dinaikkan ke RM250 bermula Februari lalu.

Utusan Malaysia difahamkan, dua daripada lapan blok pangsapuri yang dibina kerajaan negeri pada September 2002 itu khusus untuk golongan yang kurang berkemampuan, namun telah diambil alih oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) daripada Majlis Perbandaran Kajang.

Suri rumah, Normadiah Abdullah, 57 berkata, selama dia menghuni pangsapuri itu sejak lebih lima tahun dahulu, tidak pernah ada masalah yang dihadapinya.

Namun, katanya, sejak kerajaan negeri bertukar tangan, pelbagai masalah mula timbul termasuk kenaikan kadar sewa bulanan.

"Bukan hanya meter air dikunci, tetapi kawalan keselamatan juga semakin teruk, malah pihak pengurusan mengenakan caj sebanyak RM150 untuk kami menggunakan dewan orang ramai yang dahulunya percuma.

"Lebih menghairankan, saya telah menjelaskan separuh daripada tunggakan seperti yang diarahkan, meter air masih dikunci sehingga ke hari ini," katanya ibu tunggal itu.

Dia yang hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, dia difahamkan alasan meter air dikunci adalah kerana penghuni tidak menjelaskan sewa pada tarikh yang ditetapkan.

Seorang lagi penduduk, Shahril Akmal Ramli, 36, berkata, dia tidak faham mengapa pihak pengurusan menaikkan sewa rumah sedangkan mereka mengetahui ramai penghuni yang tidak mampu membayar sewa yang tinggi.

"Jika sewa sebelum ini pun kami berhempas-pulas untuk membayarnya, kini ia dinaikkan sehingga RM250. Mana kami hendak cari duit," kata operator kilang itu.

Bagi Noriah Sidek, 57, yang meter air rumahnya mula dikunci bulan lalu, tiada apa yang diharapkan kecuali ada pihak yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"Setiap hari saya terpaksa minta air dari rumah jiran. Awal-awal memang tiada masalah tetapi lama kelamaan saya berasa malu juga kerana menyusahkan mereka yang juga tidak berkemampuan seperti saya," katanya.

Katanya, sewa yang dinaikkan lebih satu kali ganda itu menambah beban buat keluarganya kerana suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan yang bergaji kecil.

Full content generated by Get Full RSS.

Isteri setia tabah jaga suami lumpuh

Posted:

Isteri setia tabah jaga suami lumpuh

Isteri setia tabah jaga suami lumpuh


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada Abdullah Syafie sempena Program Jasa Prihatin di PPR Kampung Limau, Lembah Pantai, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Sejak mengalami kemalangan lapan tahun lalu, kehidupan Abdullah Shafie, 59, terus berubah. Kemalangan itu telah mengakibatkan dia lumpuh dan dia hanya mampu terbaring tanpa berbuat apa-apa.

Namun, dia masih bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang setia dan sangat tabah, Latifah Ismail, 54, yang tidak pernah jemu-jemu mengurus dan menjaga keperluan hariannya.

"Suami saya hanya mampu terbaring di katil. Makan minum semuanya di situ. Kalau ada anak, saya akan mandikan dia, kalau tidak, saya hanya lapkan sahaja badannya," katanya ketika ditemui pada program Jasa Prihatin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini, baru-baru ini.

Dalam program itu, Latifah bukan sahaja menerima sumbangan tetapi juga dikunjungi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengarah JASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mawardi Ka'ab.

Tambah Latifah, untuk meneruskan kehidupan, dia hanya mengharapkan wang pencen suaminya sebanyak RM350 sebulan dan juga bantuan anak-anak, selain bantuan lampin pakai buang daripada Baitulmal.

"Saya pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak berjaya, manakala permohonan bantuan bulanan Baitulmal hanya sampai ke peringkat temuduga sahaja.

"Saya dimaklumkan bahawa pegawai Baitulmal yang berkenaan sudah berpindah ke Sabah dan saya perlu buat permohonan semula," katanya.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, program seumpama itu merupakan kali keempat diadakan di Lembah Pantai bagi membela nasib mereka yang kurang berkemampuan.

"Walaupun sumbangan yang dilakukan bersifat jangka pendek, saya pasti pihak kerajaan melalui agensi lain akan terus melaksanakan program seumpama ini bagi meringankan beban rakyat yang susah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

700 sertai Jom Servis Motosikal BN Wangsa Maju

Posted:

700 sertai Jom Servis Motosikal BN Wangsa Maju

700 sertai Jom Servis Motosikal BN Wangsa Maju


Mohd. Shafei Abdullah turut membantu pada Program Jom Servis Motosikal bagi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Lebih 700 pengguna motosikal khususnya golongan belia bertuah kerana mendapat khidmat pemeriksaan dan penggantian alat ganti secara percuma dalam Program Jom Servis Motosikal Parlimen Wangsa Maju di sini kelmarin.

Berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 6 petang di Taman Danau Kota, Setapak di sini, program sehari anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju itu menawarkan pemeriksaan percuma 11 bahagian motosikal seperti brek, lampu dan tayar serta penggantian palam pencucuh, minyak enjin dan penapisnya.

Lebih menarik, khidmat itu dilaksanakan oleh nama besar dalam arena perlumbaan motosikal iaitu bekas juara Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia 1996 dan 2003, Wazi Abdul Hamid sambil dibantu pasukan profesionalnya, Waziboyz.

Majlis perasmian program ini dilakukan oleh Pengerusi BN Wangsa Maju yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shafei Abdullah dengan matlamat utamanya ialah membendung kemalangan jalan raya di kalangan pengguna motosikal.

"Program ini juga mampu merapatkan hubungan golongan muda dan warga tempatan berbilang kaum kawasan ini, selain menawarkan khidmat nasihat mengenai disiplin dan kaedah terbaik dalam pengendalian motosikal serta petua mengelakkan kemalangan.

"Ia juga adalah kesinambungan kepada siri awal program BN bersama masyarakat setempat yang diadakan sejak bulan puasa lalu, antaranya memberikan sumbangan kerusi roda, cermin mata dan alat tulis," katanya yang juga Ketua UMNO bahagian itu.

Sementara itu, Wazi berkata, program julung-julung kali itu diharap dapat menjadi pendorong kepada golongan muda untuk mengetepikan gejala sosial seperti merempit.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved