Selasa, 22 November 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Hospital pakar RM30j dibina

Posted:

Hospital pakar RM30j dibina

Hospital pakar RM30j dibina

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 21 Nov. - Sebuah lagi hospital pakar milik KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bernilai RM30 juta akan dibina di Perlis untuk menerokai pasaran baru yang bukan sahaja melibatkan penduduk di negeri ini serta utara tanah air, malah sehingga ke Thailand.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu memberitahu, hospital dinamakan sebagai Hospital Pakar Perlis itu dibina dalam dua fasa melibatkan kolaborasi antara KPJ iaitu anak syarikat Johor Corporation (JCorp) dengan Yayasan Islam Perlis (YIPs).

"Fasa pertama melibatkan kos RM30 juta bagi pembinaan hospital tujuh tingkat di atas tapak seluas 1.74 hektar di Pengkalan Asam, Mukim Seriab di sini dan dijangka siap pada 2013.

"Ia mempunyai kemudahan tiga bilik bedah termasuk unit penjagaan rapi (ICU), bilik bersalin, perkhidmatan fisioterapi, hemodialisis, kecemasan dan kemalangan serta perkhidmatan pesakit luar," kata beliau.

Md. Isa berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak pembinaan Hospital Pakar Perlis di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan KPJ, Datin Siti Sa'diah Sheikh Bakir; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah negeri, Jafperi Othman dan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad.

Menurutnya, hospital itu dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk Perlis yang kini mencecah 246,634 orang selain pesakit dari negeri berhampiran seperti Kedah dan negara jiran kerana kedudukannya berhampiran pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian.

Sementara itu Siti Sa'diah berkata, pada masa kini KPJ mempunyai 20 hospital pakar di seluruh negara manakala dua buah lagi di Indonesia.

"Hospital-hospital ini memberi perkhidmatan kepada lebih dua juta pesakit luar dan 220,000 pesakit yang dimasukkan ke dalam wad setiap tahun," tambah beliau.

Kata beliau, KPJ mempunyai 800 pakar perubatan dan lebih 8,000 pekerja.

Full content generated by Get Full RSS.

RM100,000 untuk baik pulih 24 rumah, surau

Posted:

RM100,000 untuk baik pulih 24 rumah, surau

RM100,000 untuk baik pulih 24 rumah, surau


L. KRISHNAN (tiga dari kiri) membantu mengangkat bumbung rumah milik Azmi Hashim (dua kanan) di Kampung Manis dekat Perai, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 21 Nov. - Sebanyak 24 buah rumah dan sebuah surau di kawasan Perai dekat sini dibaik pulih melalui peruntukan RM100,000 yang disalurkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Perai. L. Krishnan berkata, peruntukan itu adalah hasil lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ke Kampung Manis di situ Julai lalu.

Menurutnya, antara kampung yang menerima bantuan bumbung serta baik pulih kerosakan kecil adalah Kampung Manis (Melayu), Kampung Manis (India) serta Kampung Main Road.

"Projek ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Persekutuan kepada penduduk yang memerlukan serta memberi kehidupan lebih selesa kepada mereka termasuk menukar bumbung bocor dan dinding reput.

"Kebanyakan penduduk di kampung terbabit berpendapatan rendah, jadi bantuan yang disalurkan ICU ini amat diharapkan untuk membantu mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kerja-kerja pembaikan di Kampung Manis (Melayu) dekat sini, hari ini.

Tambah Krishnan, selain baik pulih rumah, peruntukan turut disalurkan kepada penduduk yang tidak memiliki bekalan air paip yang sempurna melalui pemasangan paip air.

Jelasnya, kerja-kerja pembaikan itu akan siap dalam masa dua minggu dan pihaknya berharap ada lagi peruntukan yang lebih besar untuk penduduk di kawasan itu mengubah corak hidup mereka.

Sementara itu bagi bekas pengawal keselamatan, Azmi Hashim, 51, berkata, dia bersyukur atas bantuan bumbung yang diterima kerana sebelum ini dia bersama isteri dan tiga anaknya terpaksa tinggal di rumah yang tidak selesa.

"Kalau hujan saya mula risau sebab bumbung rumah ini bocor selain dinding dan tiang dimakan anai-anai menyebabkan strukturnya tidak stabil.

"Lepas ini kalau ada rezeki saya akan baiki dinding rumah ini pula dan berterima kasih kepada ICU yang bantu tukar bumbung rumah saya ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih banyak inap desa diwujud

Posted:

Lebih banyak inap desa diwujud

Lebih banyak inap desa diwujud

Oleh AIN SAFRE BIDIN
utusanperak@utusan.com.my

TELUK INTAN 21 Nov. - Kerajaan negeri mahu mewujudkan lebih banyak inap desa yang dilihat mampu menjadi salah satu produk pelancongan dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Perak (TMP) tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, bagi mencapai hasrat itu pihaknya sedang mengenal pasti beberapa lokasi strategik sekitar Perak yang berpotensi dimajukan.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan ekoran jangkaan jumlah pelancong yang meningkat sepanjang kempen tersebut.

"Berdasarkan maklum balas diterima, ramai pelancong dari dalam dan luar negara akan datang ke Perak dan kita tidak mahu soal penginapan menjadi masalah.

"Dengan adanya lebih banyak inap desa, kita harap ia bukan sahaja dapat menangani masalah penginapan tetapi juga menjadi produk pelancongan desa yang menarik perhatian pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Fiesta Pelancongan Teluk Intan 2011 di Menara Condong Teluk Intan yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung di sini semalam.

Hamidah berkata, kerajaan negeri juga mahu supaya promosi produk-produk kampung dipergiatkan sepanjang TMP dalam usaha membantu usahawan luar bandar meningkatkan pendapatan.

Beliau menarik perhatian, daerah ini yang terkenal dengan penghasilan kelapa muda selain ternakan udang galah, boleh dimajukan sebagai lokasi tumpuan pelancong.

"Begitu juga kawasan Bagan Datoh yang banyak mengeluarkan produk pertanian seperti minyak dara, kerisik dan cendawan yang mampu menarik kehadiran pelancong," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved