Ahad, 13 Oktober 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Sejarah diajar di sekolah rendah

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

ABDULLAH ABDUL RAHMAN
Guru Besar SK Pasoh 1 (Felda)
Simpang Pertang, Negeri Sembilan

Mata pelajaran Sejarah akan diajar kepada murid-murid tahap dua (tahun 4) sekolah rendah mulai tahun hadapan.

Pengajaran mata pelajaran ini sememangnya dialu-alukan kerana sebelum ini tidak ada mata pelajaran tertentu yang ada elemen sejarah secara khusus diketengahkan untuk murid sekolah rendah dan jika adapun elemen sejarah hanya dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Walau bagaimanapun unsur sejarah yang diketengahkan dalam mata pelajaran berkenaan lebih kepada sejarah sosial dan budaya masyarakat Malaysia seperti belajar hidup bersama dan bermuafakat.

Dalam era negara mencipta kemajuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi, ramai yang khuatir dan bimbang dengan tahap patriotisme serta semangat cinta akan tanah air di kalangan generasi muda yang diharapkan dapat mendokong aspirasi negara.

Dengan cadangan mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah rendah pada tahun hadapan ibarat 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Sebagai guru saya sangat bersetuju mata pelajaran Sejarah diajar di peringkat rendah dan menengah sekiranya perkara itu mampu menyelesaikan masalah sosial yang melanda masyarakat khususnya anak remaja yang merupakan pewaris dan pemimpin masa depan.

Apa yang penting, sukatan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah yang digubal perlu bersesuaian, cocok dan berkesan, bukannya sejarah yang mengandungi fakta yang dimanipulasi oleh Barat.

Di sinilah fokus asal dan matlamat kita memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah iaitu untuk memberi pemahaman dan penghayatan mendalam kepada murid supaya menghayati sejarah sejak awal usia di samping mengenali secara dekat tokoh terbilang yang berjasa kepada negara.

Pendidikan sejarah juga penting dalam usaha melahirkan warga negara yang setia dan cinta akan negara.

Oleh yang demikian, murid perlu diberikan pemahaman mendalam mengenai proses perkembangan masyarakat dan negara.

Kesedaran mendalam mengenai sejarah penting kerana pada masa kini negara melalui pelbagai cabaran serta kejayaan justeru melalui mata pelajaran Sejarah kita dapat mewujudkan kebanggaan serta keperibadian bangsa Malaysia itu sendiri.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam memberikan penekanan kepada unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat serta negara.

Saya percaya dan yakin sejarah yang diajar nanti bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan semata-mata malah lebih penting daripada itu adalah menanam rasa hormat, persefahaman dan toleransi rakyat pelbagai kaum.

Di samping itu, pengajaran sejarah diharap dapat menyedarkan mereka betapa sejarah dan asal-usul sesuatu bangsa tidak wajar diperlekehkan atau dipermudahkan demi keharmonian dan perpaduan kaum.

Mungkin juga kita mengharapkan pada peringkat sekolah rendah, mata pelajaran Sejarah tidak perlu disibukkan dengan tujuan peperiksaan yang memerlukan murid menghafal fakta dan tarikh tertentu untuk mendapat markah tinggi.

Oleh sebab mata pelajaran Sejarah baru diperkenalkan, kita mengharapkan mata pelajaran itu diajar dengan cara paling menyeronokkan dan menghiburkan.

Janganlah sampai mata pelajaran Sejarah menjadi bebanan hingga menyebabkan hilang minat dan keyakinan untuk mereka mempelajari sejarah semasa di peringkat menengah nanti.

Mengasah kemahiran tulis berita

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Peserta bengkel e-Pengarang Utusan Malaysia bergambar kenangan selepas tamat program itu di SK Ramuan China Besar dekat Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar menjadi sekolah pertama yang mengambil inisiatif menubuhkan Kelab e-Pengarang anjuran Unit Pendidikan Utusan Malaysia untuk menggalakkan murid menajamkan kemahiran penulisan mereka.

Menurut Guru Penyelaras Program itu, Ahmad Nor Khusairi Jamali, penubuhan kelab dan bengkel yang diadakan berjaya memberikan gambaran kepada peserta mengenai kehebatan dan cabaran kerjaya wartawan.

"Latihan amali seperti menemu bual, merakam gambar dan menulis berita menjelaskan kepada peserta mengenai kemahiran-kemahiran yang perlu mereka kuasai dalam proses penghasilan berita," katanya selepas tamat program itu di sekolahnya dekat Masjid Tanah, Melaka baru-baru ini.

Sebanyak 20 murid tahap dua mengikuti program yang mula diperkenalkan bulan lalu itu untuk membolehkan mereka memahami tugas seorang pengarang yang bersifat 360 darjah dalam sesuatu organisasi penerbitan.

Program berbentuk bengkel penulisan berita selama empat jam itu dikendalikan oleh Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim bersama penolongnya, Azmy Mohamed dan wartawan pendidikan, Norizan Abdul Muhid.

Pada akhir program, peserta diberi sijil penyertaan Kelab e-Pengarang Utusan Malaysia yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya Lebar Ramuan China Besar, Yaaman Yusoff.

Bagi Yaaman, pihaknya amat menghargai komitmen dan keprihatinan akhbar Utusan Malaysia bekerjasama dengan SK Ramuan China Besar dalam menganjurkan program tersebut.

"Usaha ini secara tidak langsung membantu mengetengahkan bakat penulisan di kalangan murid melalui ilmu serta kemahiran baharu yang dipelajari semasa bengkel," ucapnya.

Sementara itu, peserta program, Muhd. Balqis Mohd. Nadzley, 10, memberitahu, dia teruja kerana berpeluang mempelajari teknik mengedit foto mengikut keperluan akhbar.

Rakannya, Aina Athirah Azizul, 11, berkata, bengkel itu memberi murid peluang serta ruang mengarang berita aktiviti dan pencapaian sekolah untuk disiarkan di akhbar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


10 kes ragut Dungun selesai

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh SITI AIRUNISSA ALAUI
utusanganu@utusan.com.my

Ahmad Zailani Yaacub (tengah) menunjukkan barang yang dirampas daripada seorang suspek kes ragut yang ditangkap dalam sidang akhbar di IPD Dungun, Terengganu, semalam.

DUNGUN 13 Okt. - Tindakan seorang peragut menyimpan hasil kegiatan jenayah ternyata membawa padah apabila memudahkan pihak polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes ragut di sekitar bandar ini sejak Ogos lalu.

Suspek berusia 27 tahun dan tidak bekerja ditahan kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat lalu di Kampung Alor Tembesu ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, setelah diperiksa, polis menemui dompet dan dua unit telefon bimbit bersama suspek.

"Siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah kotak mengandungi beberapa beg tangan wanita, dompet, telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa ragut di bawah rumah suspek," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Ahmad Zailani, suspek turut mengaku melakukan jenayah itu dengan menyasarkan wanita yang menunggang bersendirian dan meletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.

"Selain itu, suspek turut bertindak nekad dengan meragut pejalan kaki termasuk di lokasi tumpuan ramai," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan suspek yang disahkan positif dadah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, menurut Ahmad Zailani, pihaknya berjaya mematahkan kegiatan pecah masuk dua buah tadika di Ketengah Jaya dekat sini yang berlaku pada 28 September dan 9 Oktober lalu selepas menahan seorang lelaki berusia 23 tahun Khamis lalu.

"Suspek ditahan di rumahnya di Felda Kerteh 4 dan polis berjaya menemukan semula sebuah projektor dan alat pemain cakera video digital yang dicuri dari kedua-dua tadika berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Rumah MB Perlis terbakar

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR dan SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

kuarters kerajaan yang didiami keluarga Azlan Man musnah terbakar di Jalan Negeri Sembilan Selatan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Empat ahli keluarga Menteri Besar Perlis, Azlan Man terselamat walaupun banglo dua tingkat yang dihuni mereka di Jalan Negeri Sembilan Selatan, Bukit Persekutuan di sini terbakar malam tadi.

Kebakaran dipercayai bermula pukul 10.30 malam sehingga memusnahkan keseluruhan tingkat atas banglo kuarters kerajaan dua tingkat itu.

Difahamkan ketika kejadian, Azlan berada di Perlis manakala isteri dan anak-anaknya tiada di rumah kerana dalam perjalanan ke Kangar. Ahli keluarga beliau yang berada di rumah ketika itu ialah anak saudara serta pembantu rumah.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Zahari Mohamad, punca kebakaran masih disiasat namun dipercayai kebakaran berpunca daripada puntung rokok atau mancis yang digunakan salah seorang ahli keluarga di rumah tersebut.

"Kebakaran itu memusnahkan hampir 60 peratus daripada rumah banglo dua tingkat itu kerana struktur bangunan dan lantai yang diperbuat daripada papan.

"Sebanyak lima buah jentera melibatkan 57 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Seputeh, Sentul, Pantai dan Taman Tun Dr. Ismail terlibat memadamkan kebakaran rumah ini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurut Zahari, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 10.43 malam dan mengambil masa kira-kira sejam untuk memadamkan api.

Menurutnya, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan pihaknya masih menyiasat motif sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami.

Sementara itu di KANGAR, Azlan berkata, kesibukan tugas menyebabkan beliau sehingga kini belum dapat melihat keadaan rumahnya yang terbakar.

Beliau juga tidak dapat menentukan bila beliau akan kembali ke ibu negara untuk melihat keadaan rumahnya itu yang diduduki sejak bertugas sebagai penjawat awam.

"Saya menyerahkan kepada isteri dan anak-anak untuk memeriksa keadaan rumah saya kerana banyak juga dokumen penting yang terbakar," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian elaun Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Warisan hari ini.

Azlan berkata, beliau bersyukur kerana sekali pun rumahnya terbakar tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

"Semasa kejadian, isteri saya dan anak-anak dalam perjalanan balik ke Kangar. Mereka kemudian terpaksa berpatah balik setelah dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Mendahului kelasnya

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

Garisan pada badan mempamerkan reka bentuk dinamik Honda Accord.

Honda Accord serba baharu generasi kesembilan yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba di Malaysia! Direka semula secara sepenuhnya dan dilengkapi pelbagai teknologi baharu dan canggih ciptaan Honda, sedan premium pintar termaju ini akan menetapkan satu penanda aras baru sebagai produk yang menerajui segmennya.

Accord menyerlahkan sejak penghasilannya 37 tahun dahulu menerusi perubahan penuh ke atas lapan model sebelum ini. Dipasarkan di 160 buah negara, Accord kekal sebagai penanda aras dalam industri dengan jualan kumulatif mencecah 19 juta unit di seluruh dunia. Sehingga 31 Ogos 2013, lebih 51,500 unit Honda Accord telah terjual di seluruh Malaysia. Sejak membuat penampilan pertama pada tahun 1976, Accord telah menjadi model penting buat Honda. Model ini juga mengalami evolusi teknologi bersama Honda demi memenuhi keperluan pengguna masa kini. Accord serba baharu dibina dengan gayaan inovatif yang diperhalusi serta ciri-ciri premium termaju.

Dengan penambahan teknologi termaju, kecanggihan, kemewahan dan kualiti; Accord serba baharu dikonsepkan agar menjadi Pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar". Accord serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian tertinggi kini dikuasakan oleh enjin Earth Dreams Technology Honda yang revolusionari. Earth Dreams Technology merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta oleh Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api.

Sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila memusingkan stereng melebihi 90 darjah.

Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Accord serba baharu yang direka penuh gaya ini adalah lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Berpaksikan kepada konsep asas Sedan Dinamik Pintar, Accord serba baharu menampilkan rekaan luaran yang telah dipertingkatkan melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik.

Ruang dalaman Accord serba baharu menetapkan penanda aras baharu dari aspek keluasan, kecanggihan dan kehalusan buatan dalam segmennya. Berasaskan kepada falsafah kejuruteraan dan reka bentuk Honda iaitu Man Maximum, Machine Minimum (Manusia Maksimum, Mesin Minimum), Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya. Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang mengatasi kelasnya. Aspek Kebisingan, Getaran dan Kekasaran (NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan yang kukuh.

Accord serba baharu telah dibina berdasarkan kepada kemahuan para pelanggan Honda terhadap ciri-ciri keselamatan pintar dan maju, di samping teknologi bantuan penglihatan yang sememangnya membantu pemandu. Satu daripadanya ialah Lane Watch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut. Sudut tidak dapat dipandang akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord serba baharu (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan.

Dipasang pada varian 2.4VTi-L, sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah satu ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran Honda Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Taufan Phailin ragut 18 nyawa

Posted: 13 Oct 2013 10:42 AM PDT

NEW DELHI 14 Okt. - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila Taufan Phailin membadai negeri Orissa di timur India, semalam.

Timbalan Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Marri Shashidhar Reddy berkata, sebanyak 17 kematian dicatatkan di Orissa akibat dalam kejadian rumah runtuh, pokok tumbang dan banjir akibat taufan terbabit.

Satu lagi kematian dicatatkan di Andhra Pradesh, daerah utara Srikakulam.

Laporan awal juga menyebut, sebanyak 10 juta penduduk terjejas di 15,215 buah kampung di Orissa dengan 230,000 buah rumah mengalami kerosakan," katanya. - AFP

Bas mini bertembung lori, 13 maut

Posted: 13 Oct 2013 10:42 AM PDT

MOSCOW 14 Okt. - Satu kemalangan membabitkan sebuah bas mini dan lori di wilayah Samara, selatan Rusia semalam, mengakibatkan 13 pekerja terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Agensi berita tempatan, Itar-Tass yang memetik kenyataan Kementerian Kecemasan melaporkan, 13 mangsa yang terbunuh dalam insiden berkenaan merupakan pekerja berasal dari Asia Tengah.

Laporan itu berkata, kedua-dua kenderaan terbabit bertembung dari arah bertentangan dan menyebabkan bas mini itu terbakar.

Siasatan awal mendapati pemandu bas tersebut tertidur sebelum terbabas melanggar lori berkenaan.

Pemandu bas yang berusia 36 tahun itu bagaimanapun terselamat dan kini ditahan untuk siasatan lanjut," jelas laporan terbabit. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kerajaan negeri bantu kenal pasti lokasi

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh FANSURINA ABDULLAH
utusanpahang@utusan.com.my

Adnan Yaakob (tengah) memperkatakan sesuatu kepada pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar di Sekolah St. Thomas, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 13 Okt. - Kerajaan negeri akan membantu Kementerian Pendidikan mengenal pasti lokasi baharu untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Thomas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Thomas, Jalan Gambut di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ini berikutan kedua-dua sekolah berkenaan akan ditutup mulai Januari tahun depan berikutan tapak sedia ada akan dipulangkan semula kepada pemiliknya iaitu Gereja St. Thomas.

"Kedua-dua sekolah akan dikekalkan dengan status yang dimiliki sekarang, guru serta pelajar juga akan kekal, tetapi permintaan untuk sekolah tersebut dikekalkan di lokasi sekarang tidak boleh dilaksanakan.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri akan membantu kementerian mencari lokasi sesuai bagi membina sebuah kompleks yang akan menempatkan kedua-dua sekolah berkenaan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada pihak ibu bapa pelajar sekolah berkenaan berhubung penutupan sekolah tersebut di sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kementerian, Datuk Mazlan Mohamad.

SMK St. Thomas pada mulanya adalah bangunan mubaligh milik penuh pihak gereja selepas pembelian tanah itu sekitar tahun 1930, namun bertukar fungsi kepada sekolah menengah pada 1950 sebelum penyerahan sepenuhnya pentadbiran sekolah kepada kementerian pada 1980.

Status itu tidak bertahan lama apabila pada tahun lalu, pihak Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur telah memfailkan permohonan pemilikan sepenuhnya tanah miliknya di Jalan Gambut, Kuantan itu dan telah diluluskan.

Berikutan itu, ibu bapa pelajar kedua-dua sekolah berkenaan mengharapkan pihak kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut agar sekolah berkenaan kekal di lokasi sedia ada.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, para pelajar dan guru kedua-dua sekolah berkenaan akan menumpang sementara di sekolah berdekatan sehingga kompleks yang baru siap dibina.

"Bagi murid SK St. Thomas, mereka akan dipindahkan ke SK Teruntum manakala pelajar SMK St. Thomas pula ke SMK Sultan Abu Bakar.

"Kita harap sekolah-sekolah yang terlibat dapat menggembleng tenaga bagi memastikan kualiti pendidikan diteruskan," jelasnya.

Mengulas tentang permintaan ibu bapa pelajar dan pihak sekolah yang memohon agar sesi persekolahan dikekalkan di bangunan sedia ada, Mazlan berkata, perkara itu tidak dapat dilakukan kerana melibatkan beberapa faktor termasuk kewangan dan perundangan.

Paya Kangsa dijadikan kawasan padi wangi

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

AHMAD Nazlan Idris (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Amran Majid ketika meninjau kawasan Paya Kangsa, Pulau Tawar di Jerantut, Pahang, semalam.

JERANTUT 13 Okt. - Kawasan Paya Kangsa, Pulau Tawar seluas kira-kira 600 hektar dekat sini yang terbiar sejak lebih 20 tahun lalu, bakal dimajukan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris, berkata, antara pembaharuan dan pembangunan yang akan diketengahkan di situ ialah tanaman padi wangi.

Katanya, tanah miliki beberapa penduduk itu telah terbiar sekian lama dan keadaan tersebut merugikan mereka.

''Jika diusahakan dengan tanaman padi wangi, ia dapat memberi manfaat serta menambah pendapatan penduduk.

''Kawasan lapang ini dimiliki oleh beberapa individu dan kita bercadang adakan perbincangan dengan mereka supaya Paya Kangsa dapat dimajukan,'' katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Nazlan, jika rancangan tanaman padi wangi itu menjadi kenyataan, Paya Kangsa akan muncul sebagai kawasan pertama di negeri ini dimajukan dengan tanaman padi wangi.

Beliau berkata, cadangan memajukan Paya Kangsa juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan baharu terutama kepada golongan muda yang sejak akhir-akhir ini kerap berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Sementara itu, Ketua Kampung Perian Pulau Tawar, Amran Majid, 57, menyambut baik cadangan menjadikan Paya Kangsa sebagai kawasan tanaman padi wangi.

''Daripada terus menjadi tanah terbiar, lebih baik kawasan ini dimajukan.

''Harapan saya kepada penduduk, kita perlulah memberi sokongan dan kerjasama untuk memajukan kawasan ini,'' katanya.

Pahang, Terengganu, Kelantan kekal status parol

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

KUANTAN 13 Okt. - Tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan berjaya mengekalkan pelanggaran syarat perintah parol tidak melebihi tiga peratus daripada jumlah pelepasan parol.

Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti negeri, Tey Hock Soon berkata, bagi negeri Pahang, dari tempoh 2008 hingga 8 Oktober lalu, daripada 386 banduan yang diparolkan, sebanyak 375 mematuhi perintah parol dan berjaya kembali semula ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

"Di Terengganu pula, daripada 298 banduan yang diparolkan, 291 mematuhi perintah tersebut manakala di Kelantan, 603 daripada 620 banduan yang diparolkan mematuhi perintah berkenaan juga dalam tempoh yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Outreach: Parol dan Perkhidmatan Komuniti Zon Timur 2013 di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Kuantan di sini semalam.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon dan Ketua Penolong Setiausaha Lembaga Parol, Amirul Amrie Hasnul.

Tambah Hock Soon, pihak pengurusan parol negeri dan daerah mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan statistik kejayaan pematuhan perintah parol terus ditingkatkan dari semasa ke semasa.

"Ini penting bagi memberikan keyakinan dan mengurangkan stigma negatif kepada masyarakat umum, komuniti setempat serta keluarga bahawa Orang Diparol ini telah benar-benar berjaya dipulihkan sepenuhnya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mengekang amalan politik wang

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Oleh Azman Anuar
rencana@utusan.com.my

UMNO telah melepasi ujian peringkat pertama selepas menempa sejarah dalam sistem pemilihan sayap parti itu pada 12 Oktober (Sabtu) lalu. Peringkat kedua pula pada 19 Oktober ini.

Sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 bahagian yang membabitkan 183 calon telah menunjukkan UMNO bukan sekadar kuasa di tangan segelintir perwakilan sahaja.

Lebih 230,000 perwakilan daripada ketiga-tiga sayap UMNO telah memilih pemimpin mereka dalam pelbagai peringkat - pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, naib ketua dan ahli jawatankuasa.

Pertandingan Pergerakan Wanita menyaksikan 52 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap (2 calon), Ketua Pergerakan (3), Naib Ketua (3) dan ahli exco (44).

Pertandingan Pergerakan Pemuda pula menyaksikan 94 calon merebut jawatan Pengerusi Tetap (3 calon), Timbalan Pengerusi Tetap (5), Ketua Pergerakan (5), Naib Ketua (4) dan ahli exco (77).

Pergerakan Puteri, 37 calon bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Pengerusi Tetap (2), Ketua Pergerakan (2), Naib Ketua (3) dan ahli exco (30).

Untuk pertama kali pemilihan UMNO mengguna pakai sistem electoral college. Sistem ini dilihat lebih adil berbanding sistem undi popular - satu ahli, satu undi - kerana jumlah ahli dalam bahagian tidak semuanya sama.

Ada bahagian yang bilangan cawangannya banyak sudah tentu perwakilan yang layak membuang undi lebih ramai. Ini memberi kelebihan kepada bahagian berkenaan. Malah dibimbangi bahagian sedemikian jadi tumpuan kegiatan rasuah.

Jadi sistem electoral college lebih baik digunakan di mana satu bahagian memiliki satu undi, dan ia lebih mencerminkan pandangan ahli mengikut bahagian secara menyeluruh.

Syukur, setakat ini belum kedengaran aduan berlaku amalan rasuah. Ada atau tidak berlaku politik wang hanya diketahui oleh pelakunya sahaja.

Banyak pihak terutama Presiden UMNO yang berusaha mentransformasikan politik parti itu berharap UMNO mampu mengekang budaya politik wang melalui mekanisme pemilihan ini.

Jelas, setiap perwakilan sayap UMNO memanfaatkan peluang yang diberikan oleh parti dengan sebaik-baiknya untuk memilih individu yang benar-benar layak memimpin parti dan sekali gus UMNO dapat membendung gejala politik wang.

Mereka bukan memilih calon tertentu disebabkan sogokan wang tetapi berdasarkan kewibawaan seseorang itu untuk menjadi pemimpin.

Transformasi politik yang dilakukan pada 2009 dilihat berjaya mengekang politik wang dalam memilih pemimpin UMNO.

Banyak ahli UMNO di peringkat akar umbi melihat pemilihan parti menggunakan kaedah baharu ini lebih demokratik.

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO Simpang Renggam, Zakaria Dullah, 3.5 juta ahli UMNO amat menghargai usaha Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengiktiraf dan membuka jalan seluas-luasnya terhadap tujuh perkara penting pada 2009 iaitu:

1. Perluasan jumlah perwakilan;

2.Penghapusan kuota untuk bertanding;

3. Penambahan bilangan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan lantikan;

4. Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO;

5. Penghapusan yuran tahunan;

6. Pendaftaran keahlian dipermudahkan; dan

7. Pengiktirafan kepada Setiausaha Bahagian.

Zakaria yang juga Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berpendapat tujuh perkara yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung Khas Pindaan Perlembagaan pada 2009 itu membolehkan lebih ramai terlibat memilih pemimpin serta proses yang cukup bebas untuk perwakilan membuat keputusan dan mengundi.

"Pindaan itu selaras dengan hasrat meremajakan parti agar sentiasa segar dan lebih tersusun," jelas Zakaria.

Pemerhati pemilihan UMNO, Mohamad Ghazali Zainal Abidin pula mengucapkan syabas kepada kepimpinan tertinggi UMNO kerana berani melakukan transformasi terutamanya terhadap sistem pemilihan jawatan-jawatan tertinggi parti baik di peringkat pusat mahupun di peringkat bahagian.

"Perubahan drastik (pemilihan parti) yang dilakukan ini amat-amat bermakna bagi ahli UMNO seluruh negara kerana selama ini hanya beberapa ratus perwakilan sahaja yang dibenarkan untuk memilih pucuk pimpinan sayap UMNO.

"Namun, kali ini hampir 230,000 ahli UMNO dari tiga sayap itu dapat memilih pucuk pimpinan dan pelapis yang akan menerajui negara," katanya yang merupakan ahli UMNO Tanjung Karang, Selangor.

Beliau bagaimanapun mencadang agar transformasi yang dilaksanakan ini diperbaiki, terutama tempoh masa pengundian dijalankan dan ketika pengumuman keputusan yang mengambil masa terlalu lama untuk diumumkan.

"Bagi saya, walaupun transformasi baru ini baik dan ia telah dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada semua ahli UMNO memilih pemimpin yang terbaik, namun sistem 'Chai' iaitu senarai nama orang yang kena undi oleh perwakilan masih lagi digunakan untuk mengatur kepimpinan yang dikehendaki oleh segolongan kecil.

"Ini kerana, peluang untuk perwakilan mengenali calon-calon yang bertanding adalah terhad dan ada sebahagian besar ahli masih tidak mengenali calon yang bertanding walaupun calon itu dilihat berwibawa.

"Calon-calon juga tidak dapat menunjukkan kewibawaan masing-masing terutama 'ketika berhujah', kerana terhadnya peluang untuk mendekati perwakilan. Inilah antara perkara yang perlu dimasukkan untuk penambahbaikan pemilihan akan datang," kata Mohamad Ghazali .

Apa pun pemilihan secara terbuka itu juga bukti UMNO adalah parti yang berlandaskan demokrasi dan bukan sekadar cakap kosong. Bukan seperti parti pembangkang yang gembar-gembur tentang reformasi partinya, tetapi tidak diaplikasikan.

Satu lagi parti konon demokratik, namun kira undi pun boleh silap. Bila diadakan pemilihan semula, disekat pihak yang hendak bertanding dan tidak memanggil ahli hadir mesyuarat.

Apabila ada pertandingan, sudah pasti akan ada yang kecewa dan tidak terima keputusan majoriti perwakilan UMNO. Maka akan ada kawan menjadi lawan.

Kini adalah tugas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Mas Ermieyati Samsudin bersama exco sayap Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing untuk mentautkan kembali hubungan dan elakkan permusuhan sesama ahli parti.

Teladani madrasah pengembaraan rohani

Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT

Pandangan IKIM

HARI ini (9 Zulhijjah) semua umat Islam yang mengerjakan ibadah haji berkumpul di Arafah untuk berwukuf sebelum mabit di Muzdalifah dan bersedia untuk melontar.

Beruntunglah kepada mereka yang berpeluang menunaikan Rukun Islam yang kelima ini. Bahkan ibadah haji ini merupakan antara amalan yang paling utama dalam Islam sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah ditanya, amalan manakah yang lebih utama? Baginda menjawab: Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasul-Nya. Kemudian baginda ditanya lagi. Selepas itu apa lagi? Baginda berkata, berjihad dijalan yang diredai Allah. Kemudian apa lagi? Baginda menjawab, mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).

Haji yang mabrur yakni haji yang mendapat kebaikan daripada Allah mendorong menjadikan manusia seperti dilahirkan semula hanya untuk membuat kebaikan. Bahkan mencipta kerinduan yang mendalam kepada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam. Maka yang demikian itulah membezakan antara pangkat haji di pangkal nama dengan sahsiah diri yang terbina daripada ibadah khusus ini.

Benarlah panggilan ke Tanah Suci merupakan jemputan Allah semata-mata. Namun sebagai hamba-Nya kita perlu berusaha menzahirkan keinginan untuk meraih jemputan ini di sebalik segala halangan dan kesukaran.

Halangan tidak hanya wujud dalam bentuk konflik diri sendiri, akan tetapi boleh wujud dalam bentuk kekangan zahir seperti bilangan jemaah haji yang dibenarkan setiap tahun yang jauh daripada kemampuan kita untuk mengatasinya.

Ibadah haji adalah pengajaran kepada semua umat Islam merentasi umur, kemampuan mahupun peluang. Oleh yang demikian, bagi yang belum berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji sebenarnya boleh mengambil iktibar akan pengembaraan rohani ini dengan melihat konteks ibadah haji dengan lebih meluas.

Pertama, ibadah haji mengikat manusia kepada fitrah yakni asal kejadian sebagai makhluk berakal yang berpegang kepada agama. Hal ini diterjemahkan dengan terbitnya rasa dan keinginan untuk menunaikan ibadah haji sekalipun tidak mengetahui sama ada berpeluang menunaikannya.

Niat ini hadir setelah kita reda bahawa Islam sebagai cara hidup, Islam sebagai matlamat hidup dan bersedia melafazkan ikrar taat setia kepada Tuhan melalui ibadah yang khusus.

Keinginan kepada kebaikan boleh tercetus kepada sesiapa walaupun kanak-kanak. Di sinilah peranan ibu bapa sebagai madrasah pertama untuk memberi kefahaman kepada anak-anak kecil tentang keindahan ibadah haji agar mereka dapat mempersiapkan diri seumur hidup untuk mencapai matlamat tersebut.

Dalam perspektif yang berbeza, niat juga boleh diterjemah sebagai pengikat iman dan takwa kepada Allah. Iman manusia boleh meningkat dan menurun disebabkan oleh pengaruh sekeliling. Bahkan sebagai manusia yang hidup pada akhir zaman, iman kita tidak mungkin sekuat Nabi Ibrahim, setabah Siti Hajar mahupun seteguh Nabi Ismail. Iman kita ibarat pasir di pantai, andai dibiar ditarik ke laut, andai dilupa terdampar di pantai.

Iman manusia yang lemah boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemurkaan Allah. Begitu juga ilmu yang lemah dan tidak benar boleh mengakibatkan nafsu untuk merajai jiwa manusia. Begitulah juga ibadah haji yang bukan semata-mata melaksanakan rukun namun membawa manusia menyusuri satu perjalanan mencari keagungan Tuhan melalui ilmu yang benar dan keimanan yang tinggi.

Kedua, melalui niat yang dizahirkan untuk menunaikan haji, manusia belajar bagaimana untuk mengetepi keinginan material yang sedia ada. Dalam konteks semasa, perjalanan ke Tanah Suci memerlukan manusia berkemampuan bukan dari segi fizikal dan rohani bahkan turut meliputi kemampuan material.

Rangkuman material yang diperlukan juga bukan semata-mata ke atas perbelanjaan diri akan tetapi turut mengambil kira waris dan komitmen lain sepanjang ketidakberadaan diri bersama keluarga. Justeru dedikasi untuk menyimpan sebahagian wang secara konsisten amat penting bagi memenuhi hasrat ini seterusnya memujuk diri menolak kemahuan material lain yang boleh diperolehi andainya wang tersebut dibelanjakan.

Ketiga, pengembaraan rohani ini membawa makna pengorbanan yang tinggi kepada manusia. Pengorbanan bukan semata-mata haiwan yang disembelih bermula pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik. Akan tetapi pengorbanan yang membawa kepada perubahan diri manusia.

Hal demikian termasuklah pengorbanan untuk berusaha memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar, pengorbanan untuk menghargai insan yang menyumbang dalam kehidupan kita dan yang paling utama pengorbanan untuk memaafkan orang lain, juga memaafkan diri sendiri.

Ibadah haji mengajar manusia untuk bergantung kepada Allah, menyerahkan segala-gala kepada-Nya dan bersedia menerima apa jua yang telah ditentukan.

Sekalipun kita belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci hakikatnya kita tidak pernah terlepas untuk mengikuti madrasah pengembaraan rohani ini andainya bersedia untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Pusat

Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan,

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Samsung Galaxy Note 3 & Galaxy Gear

Posted: 13 Oct 2013 05:49 AM PDT

AWAL bulan lalu, Samsung Electronics melancarkan satu senarai produk dari LFD TV dan Monitor, Pembersih hampagas Motion Sync dan peti sejuk.

Tetapi yang paling penting adalah pelancaran Samsung Mobile Unpacked 2013 dengan Samsung Galaxy Note 3 dan jam pintar Samsung Galaxy Gear serta Samsung Galaxy Note 10.1 2014 Edition dikemaskini.

Pertama, mari kita ambil tahu tentang spesifikasi Samsung Galaxy Note 3: -

n 5.7 "Full HD Super AMOLED (1920 x 1080)

n 2.3 GHz quad teras Qualcomm Snapdragon pemproses 800

n 32 GB memori dalaman (diperkembangkan slot microSD sehingga 64 GB) + 3 GB RAM

Powered by Android 4.3 Jelly Bean OS (dengan TouchWiz UI)

n Bahan: kulit bertekstur di belakang dengan jahitan

n 13 megapiksel kamera belakang, 2 megapiksel kamera hadapan (rakaman video Full HD )

n 8.3 mm nipis, berat hanya 168 gram

n 3200 mAh bateri tidak boleh tanggal

n Sambungan: 4G LTE / HSPA +, WiFi, Bluetooth 4.0, GPS, NFC, Inframerah (IR)

n Terdapat dalam 2 warna: Jet Black & Classic White.

Terdapat beberapa ciri terbaik untuk Note 3 termasuk: -

Multi Visi - menyambung beberapa Note 3 dan meletakkan mereka bersama-sama merasai pengalaman menonton skrin video yang besar (seperti fungsi Group Play , tetapi dengan video. )

Majalah saya - bekerjasama dengan Flipboard untuk majalah seperti pengalaman membaca berita.

New Multi Window - pada masa yang sama mempunyai dua tingkap terbuka pada masa yang sama pada skrin, sebelah menyebelah

Drag dan Drop - mudah seret satu kandungan untuk aplikasi lain. Copy dan paste tanpa membuka dan menutup aplikasi berasingan

New S Nota - menulis, menyusun, mengedit dan melihat nota yang juga disegerakan dengan Evernote dan akaun jam pintar Samsung

Klip Mudah Baru - imej dipotong atau apa-apa bentuk dan bentuk dengan hanya melukis sekelilingnya untuk mengedit imej.

Selain ciri-ciri lain yang didapati pada jam pintar Samsung Galaxy S4 seperti Play Group, Album Story, S Penterjemah, suara dipertingkatkan dan banyak lagi.

Kamera lasak

Posted: 13 Oct 2013 05:49 AM PDT

Antara kamera All Weather yang berada di pasaran.

PENGGEMAR fotografi biasanya mahukan kelainan apabila menghasilkan foto bagi memenuhi kepuasan sendiri selain mempertontonkannya kepada umum.

Ini kerana hasil seni fotografi yang mempunyai kelainan tersendiri sudah pasti menjadi sebuah karya yang bermutu dan mempunyai nilai kreatif yang baik.

Sebab itulah sudah ramai di kalangan jurufoto memiliki kamera lasak untuk semua keadaan cuaca (All Weather Camera) yang dijual dalam bentuk kamera kompak.

Kamera seperti ini agak baru bagi kebanyakan peminat fotografi namun dengan teknologi digital terkini, kamera tersebut dapat menghasil fotografi yang bermutu dan boleh digunakan untuk cuaca biasa, dalam hujan dan boleh dibawa menyelam sehingga 15 meter.

Kelebihannya yang kalis air, tahan gegaran, calar, sejuk serta tahan habuk membuatkan kamera lasak ini semakin diminati kerana boleh digunakan dalam pelbagai keadaan.

Selain itu, kebanyakan kamera tersebut dilengkapi dengan sistem GPS, Wifi, Sensor Perakam Imej terkini yang boleh membuat rakaman gambar hingga 15 bingkai sesaat dan penstabilan imej optik.

Dengan adanya kamera untuk semua cuaca ini anda tidak perlu lagi takut sekiranya kamera anda terkena air dan sebagainya.

Antara kamera yang kini berada di pasaran adalah Nikon 1 AW1, Nikon Coolpix AW 110, Olympus Stylus TG-2 , Olympus TG-1 iHS, Panasonic TS5D, Panasonic TS20, Fujifilm Fine Pix XP150, Pentax WG-3GPS, Sony Cyber-shot DSC-TX20, Canon Power Shot D20, Samsung WP10 (AQ100) dan banyak lagi.

Kesemua kamera ini juga dilengkapi dengan perakam video berkualiti tinggi (Full HD Video 1080p) bagi menghasilkan rakaman video yang berkualiti.

Walaupun kamera lasak ini mempunyai pelbagai kelebihan namun harga yang ditawar oleh pengeluarnya amat berpatutan dan boleh dimiliki seperti mana kamera lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Saya dah popular - Fida

Posted: 13 Oct 2013 05:49 AM PDT

Oleh RASDAN AHMAD
rasdan_utusan@yahoo.com

TAK habis satu isu, timbul pula isu lain. Bagaikan tiada penghujungnya, bukan sekali malah berkali-kali nama artis ini menjadi sebutan. Tapi bukan kerana sumbangannya dalam lakonan sebaliknya akibat pelbagai kontroversi.

Terbaru, kisahnya lari dari set penggambaran Kampungku dan Aidiladha arahan Shuhaimi Lua memanaskan semula nama Fida Ibrahim.

Biar sudah berkali-kali mengatakan alasan dia meninggalkan lokasi penggambaran di Baling, Kedah itu kerana khuatir tentang keselamatan diri, khalayak sukar menerima.

Sehinggakan ada suara-suara sumbang yang mendakwa Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim ini sengaja mencari publisiti murahan bagi menaikkan dirinya.

Masakan tidak, sebelum ini gadis berusia 27 tahun ini pernah mencipta kontroversi apabila bercinta dengan dua pelakon komedi, Mamat Sepah dan Zalif Sidek.

Hubungannya itu menimbulkan tanda tanya sama ada dia sengaja ingin menumpang populariti kedua-dua pelakon tersebut sementelah ketika dikaitkan nama kedua-dua pelakon komedi itu sedang naik.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan perubahan sikap dan penampilannya gara-gara namanya semakin dikenali penangan lagu Apo Kono Eh Jang nyanyiannya bersama Datuk AC Mizal dan kumpulan Stellar.

Pelbagai kisah panas yang timbul tentunya merimaskan diri dan kepada Pancaindera, Fida yang kini muncul dengan single terbaharu, Rintihan Kalbu bersama Kalam Band meluahkan perasaan.

Perkara pertama tentu sahaja tentang isu yang melibatkan dirinya dengan pihak penerbitan, Langkah Karya Production yang menerbitkan telefilem Kampungku dan Aidiladha.

Kata Fida, dia hairan mengapa isu lari dari set penggambaran menjadi panas kerana sepatutnya perkara tersebut sudah diselesaikan antara pihak pengurusannya dengan pihak produksi telefilem tersebut.

Malah tegasnya dia tidak pernah membuka mulut bercerita hal berkenaan sebaliknya diperbesarkan oleh pihak lain.

Sebelum ini pihak pengurusan saya telah berbincang mengenai soal keselamatan saya dengan pihak produksi. Saya tidak masuk campur urusan berkenaan.

Sepanjang berada di sana, saya tidak pernah pertikai hal ini dengan sesiapa pun. Saya juga tidak pernah bercakap permasalahan ini dengan Shuhaimi.

Sepatutnya perkara ini sudah selesai namun saya terkejut apabila dapat tahu beberapa blog memperbesarkan hal ini sehinggakan pihak pengurusan mengarahkan saya tinggalkan penggambaran itu.

Siapa yang buat keadaan ini lebih tegang? Sebenarnya hal ini bukannya besar sangat, tidak perlu kecoh-kecoh sampai keluar televisyen, saya memang terkejut dengan keadaan ini," jelas Fida.

Malah tegasnya syarikat produksi tersebut juga tidak mengambil berat tentang kebajikan para pelakon sehingga penduduk kampung bebas untuk mengambil peluang bergambar dengan artis ketika di set penggambaran.

Nak ambil gambar memang tiada masalah bagi saya tapi pihak produksi perlu bijak untuk menetap masa yang sepatutnya. Ada satu kisah di mana selepas saya tukar baju di sebuah surau, peminat tutup pintu dan menahan saya semata-mata untuk bergambar.

Sepatutnya keadaan seperti itu tidak berlaku sekiranya pihak produksi menjalankan tugas mereka dengan baik. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya ketika itu siapa yang susah?

Bukan itu sahaja ada juga bahagian kereta saya kemik. Saya tidak tahu macam mana benda terbabit boleh berlaku sedangkan saya letakkan kereta saya itu di tempat yang selamat.

Paling terasa apabila skrip terakhir telefilem tersebut diubah semata-mata untuk ditujukan kepada saya. Perlu ke melakukan perkara itu sedangkan saya tak kata apa-apa," katanya lagi.

Bagi membela dirinya, tambah Fida aduan sudahpun dibuat kepada Biro Aduan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) minggu lalu dan pihak terbabit sedang menjalankan penyiasatan mereka.

Tumpang populariti

Menjawab persoalan tentang adakah dirinya menumpang populariti bekas teman-teman lelakinya sebelum ini baginya, persoalan itu sepatutnya tidak timbul dan diungkitkan lagi.

Saya tidak pernah menumpang mereka. Sebelum ini drama-drama lakonan saya seperti Kasih Alia sememangnya sudah ada peminat serta pengikutnya sendiri.

Tidak perlu ada Mamat atau Zalif, saya boleh bawa haluan saya sendiri. Kualiti setiap drama yang saya lakonkan sebenarnya sudah menaikkan nama saya. Tidak perlu untuk saya menumpang populariti orang lain.

Seperti juga lagu Apo Kono Eh Jang yang menaikkan nama saya. Ada juga yang kata saya gila glamor dengan memuat turun gambar-gambar yang tidak sepatutnya sedangkan bukan saya yang melakukan perkara tersebut.

Ada orang yang tidak bertanggungjawab ambil gambar saya di laman sosial milik saya kemudian memuat turun gambar-gambar tersebut dan mereka cerita kononnya saya ini mencari publisiti murahan. Saya tidak faham kenapa perkara ini berlaku kepada saya.

Ada juga orang yang mempertikaikan penyertaan saya dalam Akademi Fantasia (AF2013). Saya bukan kejar glamor tetapi saya mahu mencari ilmu yang baru.

Memang jawapan mencari ilmu seperti klise tapi saya percaya saya dapat belajar perkara baru dalam AF2013 terutama vokal, tarian dan kawalan pentas. Sememangnya saya perlukan itu," kata Fida mempertahankan keputusannya menyertai uji bakat program tersebut.

Tentang dakwaan kononnya dia suka mencipta kontroversi, ini jawapan Fida:

Populariti sememangnya sudah ada dalam dunia glamor ini cuma artis perlu pandai mencarinya tanpa mencipta isu-isu yang tidak sepatutnya.

Tidak perlu untuk saya mengejar populariti sebab sememangnya populariti berada di sekeliling saya. Ada juga artis yang cuba buat publisiti tetapi cuba fikir sekiranya publisiti itu tidak menjadi, siapa yang akan rugi?" soalnya.

Tidak Memilih

Dalam pada itu, ditanya mengenai kisah cintanya yang selalu putus di tengah jalan Fida berkata, itu semua berlaku kerana tiada jodoh.

Bagi saya semua yang terjadi ada hikmahnya. Secara jujurnya memang saya tidak mahu kejadian seperti ini terus berlaku terhadap diri saya, saya juga impikan kebahagiaan seperti orang lain.

Saya juga tidak pasti kenapa benda ini terjadi kepada saya, saya tidak boleh menyalahkan kesibukan dan kekangan masa kerana itu adalah rezeki saya.

Saya sangat berharap agar percintaan saya selepas ini berada pada jalan yang sebaik-baiknya," kata Fida yang mengakui masih solo ketika ini.

Ditanya adakah jejaka yang mempunyai jiwa lawak sahaja yang menjadi pilihannya tanpa mengambil kira raut wajah serta kedudukan, jelas Fida bukan perkara itu yang menjadi keutamaan dalam setiap perhubungan.

Saya bukan jenis orang yang suka memilih. Yang penting orang tersebut menyenangkan hati saya. Bagi saya raut wajah yang tampan bukan jaminan kebahagiaan.

Sekiranya jejaka yang rapat dengan saya sudah menyenangkan hati saya serta raut wajahnya juga tampan, itu adalah bonus besar bagi saya," katanya yang kini sedang proses mempersiapkan lagu terbaharu bersama Datuk AC Mizal dan Kalam Band selain berjinak-jinak dalam dunia persolekan dengan membuka akademi solekannya sendiri, Rafidah Ibrahim Academy.

Shae tak layak di Malaysia?

Posted: 13 Oct 2013 05:49 AM PDT

ADA pemilik syarikat mencari bakat dalam negara marah apabila Shae terlalu diberi publisiti meluas di Malaysia. Sebab katanya, terlalu bagi muka pada bakat baru yang langsung tak ada nama di tanah airnya sendiri. Bukan setakat media, syarikat rakaman, stesen televisyen juga banyak sangat beri laluan untuk mempromosikan penyanyi yang seorang ini.

Masalahnya siapa Shae itu? Di negara kelahirannya pun ramai artis yang tak kenal. Lainlah kalau Shae sudah ada tapak sendiri. Dah ada nama dan kukuh macam Ahmad Dhani dan Melly Goeslow.

Tapi Shae datang ke Malaysia dengan keadaan kosong. Itu yang buat dia bengang. Lagipun kata si pemilik syarikat mencari bakat itu lagi, suara Shae pun bukannya luar biasa. Biasa-biasa saja.

Mungkin disebabkan dia ada pakej rupa, anak kacukan pula jadi mudah sangat orang kita terima dia. Itulah masalah orang kita, katanya. Mudah sangat bagi muka kepada penyanyi luar yang masuk ke negara ini.

Miss J hanya menyampaikan luahan hati pemilik syarikat itu. Sebab Miss J rasa betul juga katanya itu. Miss J pun tak mahu membenarkan peribahasa beruk di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bekalan lembu, kerbau untuk korban di Kelantan mencukupi - JPV

Posted: 13 Oct 2013 02:50 AM PDT

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 13 Okt. - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan memberi jaminan bekalan lembu dan kerbau untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha ini mencukupi meskipun jumlah permintaan dijangka meningkat sebanyak 10 peratus daripada kadar biasa.

Pengarahnya, Dr. Azri Adzhar berkata, sebarang kekurangan bekalan haiwan ternakan itu akan ditampung oleh hasil import yang mudah diperolehi dari negara Thailand dan Australia pada harga yang sangat berpatutan.

Jelas beliau, sebanyak 10,870 ekor lembu dan kerbau dijangka disembelih di seluruh Kelantan untuk tujuan ibadah korban dengan 8,153 daripadanya adalah yang diimport dari kedua-dua negara terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak risau sebaliknya mereka perlu memastikan setiap haiwan yang akan dikorbankan nanti selamat untuk dimakan dan tidak membawa sebarang penyakit.

"Orang awam yang berhajat melakukan ibadah korban dinasihati supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa iaitu ternakan yang hendak dikorbankan mestilah diketahui status kesihatannya dan telah mendapat perlindungan vaksin pelalian penyakit kuku dan mulut.

"Orang ramai juga diminta supaya segera memaklumkan kepada pihak berkuasa jika ternakan mereka atau ternakan jiran mereka menunjukkan tanda-tanda dijangkiti penyakit," katanya pada satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Unsur agama dalam kempen keselamatan jalan raya

Posted: 13 Oct 2013 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kempen keselamatan jalan raya sempena musim Hari Raya Haji tahun ini akan mengambil pendekatan keagamaan dalam menasihatkan orang ramai yang akan pulang ke kampung menyambut perayaan itu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur, Muhammad Heeza Hassan berkata, konsep itu diperkenalkan buat pertama kalinya melalui kerjasama JKJR dengan Persekutuan Pertubuhan Agama Tao dan 'Islamic Information and Services Foundation (IIS)'.

"Melalui kerjasama ini, kami akan edarkan risalah mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan dan pematuhan undang-undang melalui perspektif Islam dan Tao," katanya kepada pemberita sebelum memulakan kempen itu di plaza tol Sungai Besi, Ahad.

Beliau berkata, dari Januari hingga September tahun ini, lebuh raya dan jalan-jalan di Kuala Lumpur mencatat 47,538 kemalangan yang menyebabkan 181 kematian.

Paling ramai melibatkan pengguna motosikal iaitu 115 kematian, kereta 31, pejalan kaki 21 orang, penunggang basikal (dua kematian), bas (satu kematian), lori (empat kematian), van (dua kematian), pacuan empat roda (dua kematian) dan lain-lain kenderaan (tiga kematian). - BERNAMA

Haji: Pergerakan jemaah ke Arafah bermula

Posted: 13 Oct 2013 12:39 AM PDT

MEKAH 13 Okt. -- Jutaan jemaah haji mula bergerak ke Padang Arafah pada Ahad menjelang hari wukuf Isnin.

Bagi pergerakan jemaah haji Malaysia yang diketuai Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula diatur secara berperingkat bermula 11 pagi waktu tempatan sehingga Ahad malam, dengan menaiki bas.

Mengiringi para jemaah Malaysia ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail.

Wukuf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan bermula pada 9 Zulhijjah dan jemaah mesti melaksanakannya dengan berada di Arafah walaupun hanya untuk seketika. Bagi jemaah haji yang sakit, pasukan perubatan TH membawa mereka ke Arafah menggunakan ambulans.

Selepas waktu maghrib di Arafah, jemaah akan dibawa bermabit (bermalam) di Muzdalifah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Arafah. Di situ, jemaah akan mengutip batu-batu kecil untuk melontar jamrah di Mina pada keesokan harinya.

Menurut Syed Saleh, TH berharap dapat membawa semua jemaah Malaysia ke Muzdalifah selewat-lewatnya pukul 11 malam bagi membolehkan mereka berehat sebelum bertolak ke Mina.

Ketika melaksanakan wajib haji melontar jamrah, jemaah Malaysia lazimnya berbuat demikian pada sebelah malam kerana pada waktu itu kawasan jamrat kurang sesak, katanya.

Beliau berkata selesai melontar, bermabit dan bertahlul (memotong rambut) di Mina, mereka akan kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf rukun diikuti bersaie (berulang alik) antara Bukit Safa dan Marwah. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved