Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 13 Oct 2013 12:21 PM PDT Oleh JOHARDY IBRAHIM Garisan pada badan mempamerkan reka bentuk dinamik Honda Accord. Honda Accord serba baharu generasi kesembilan yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya tiba di Malaysia! Direka semula secara sepenuhnya dan dilengkapi pelbagai teknologi baharu dan canggih ciptaan Honda, sedan premium pintar termaju ini akan menetapkan satu penanda aras baru sebagai produk yang menerajui segmennya. Accord menyerlahkan sejak penghasilannya 37 tahun dahulu menerusi perubahan penuh ke atas lapan model sebelum ini. Dipasarkan di 160 buah negara, Accord kekal sebagai penanda aras dalam industri dengan jualan kumulatif mencecah 19 juta unit di seluruh dunia. Sehingga 31 Ogos 2013, lebih 51,500 unit Honda Accord telah terjual di seluruh Malaysia. Sejak membuat penampilan pertama pada tahun 1976, Accord telah menjadi model penting buat Honda. Model ini juga mengalami evolusi teknologi bersama Honda demi memenuhi keperluan pengguna masa kini. Accord serba baharu dibina dengan gayaan inovatif yang diperhalusi serta ciri-ciri premium termaju. Dengan penambahan teknologi termaju, kecanggihan, kemewahan dan kualiti; Accord serba baharu dikonsepkan agar menjadi Pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar". Accord serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian tertinggi kini dikuasakan oleh enjin Earth Dreams Technology Honda yang revolusionari. Earth Dreams Technology merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta oleh Honda untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan penjimatan bahan api. Sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja. Accord serba baharu yang direka penuh gaya ini adalah lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Berpaksikan kepada konsep asas Sedan Dinamik Pintar, Accord serba baharu menampilkan rekaan luaran yang telah dipertingkatkan melalui badan berbentuk V yang sangat aerodinamik. Ruang dalaman Accord serba baharu menetapkan penanda aras baharu dari aspek keluasan, kecanggihan dan kehalusan buatan dalam segmennya. Berasaskan kepada falsafah kejuruteraan dan reka bentuk Honda iaitu Man Maximum, Machine Minimum (Manusia Maksimum, Mesin Minimum), Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya. Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang mengatasi kelasnya. Aspek Kebisingan, Getaran dan Kekasaran (NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan yang kukuh. Accord serba baharu telah dibina berdasarkan kepada kemahuan para pelanggan Honda terhadap ciri-ciri keselamatan pintar dan maju, di samping teknologi bantuan penglihatan yang sememangnya membantu pemandu. Satu daripadanya ialah Lane Watch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut. Sudut tidak dapat dipandang akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord serba baharu (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu mempamerkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan. Dipasang pada varian 2.4VTi-L, sistem Active Cornering Lights (ACL) menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah satu ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran Honda Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan