Rabu, 15 Januari 2014

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor Utusan Malaysia jadi pilihan

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada murid-murid gembira menunjukkan Tutor terbitan Utusan Malaysia sebagai bahan latih tubi di SK Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, Melaka, semalam.

MELAKA 15 Jan. - Akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor terus mendapat sambutan daripada pihak sekolah di negeri ini untuk dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran, sekali gus meningkatkan prestasi pelajaran.

Kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru di sini memperoleh keputusan memberangsangkan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu membuatkan akhbar itu terus digunakan sebagai bahan sokongan dalam bilik darjah.

Guru Besar sekolah itu, Datin Norishah Harun berkata, pihaknya telah menggunakan akhbar yang mengandungi soalan-soalan pelbagai subjek itu sejak tahun lalu.

"Kami telah mula menggunakan Tutor sebagai bahan sokongan pelajaran sebelum UPSR tahun lalu lagi, dan alhamdulillah, daripada situ kami dapat melihat terdapat peningkatan yang memberangsangkan terhadap keputusan peperiksaan.

"Kami menjadikan Tutor sebagai bahan tambahan kepada murid darjah enam terutamanya untuk membuat latih tubi.

"Saya suka menggunakan akhbar sebagai bahan sokongan pelajaran kerana ia mempunyai pelbagai input, mudah difahami malah, murid juga menjadi lebih seronok belajar kerana ia berwarna-warni," katanya.

Norishah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Tutor Utusan Malaysia di sekolah itu hari ini.

Menurut Norishah, sebanyak 300 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan sisipan Tutor diedarkan kepada murid tahun enam dan pusat sumber sekolah itu.

Utusan Malaysia menerbitkan Tutor SPM pada setiap hari Isnin, Tutor English (Selasa), Tutor Junior (Rabu) dan Tutor Genius untuk sekolah menengah pada setiap Khamis.

Untuk melanggan dan sebarang pertanyaan, hubungi Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd., negeri, di talian 06-2824660.

9,487 pelajar dapat tempat di MRSM mulai Februari

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Annuar Musa (kanan) menyerahkan borang kemasukan ke MRSM kepada Muhammad Syakir Sanusi sambil diperhatikan oleh bapanya, Sanusi Junoh, 50, di Kampung Lubuk Besar, Kok Lanas, Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 15 Jan. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan seramai 600 pelajar baharu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang akan mendaftar masuk mulai Februari ini akan mendapat tajaan penuh sehingga tingkatan lima.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, sehingga kini pihaknya menerima hampir 1,000 permohonan dan masih dalam penelitian bagi memilih pelajar yang layak untuk ditaja sepenuhnya oleh Mara.

"Melalui program bantuan khas Mara itu, para pelajar terpilih akan menerima pelbagai manfaat termasuk kelengkapan sekolah serta wang saku untuk perbelanjaan harian," katanya selepas menyerahkan borang kemasukan MRSM kepada pelajar, Muhammad Syakir Sanusi, 13, di Kampung Lubuk Besar, Kok Lanas di sini semalam.

Muhammad Syakir yang menerima tajaan penuh Mara akan ditempatkan di MRSM Pasir Tumboh di sini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, bantuan khas itu adalah tajaan penuh Mara untuk pelajar miskin yang cemerlang bagi membantu mereka meneruskan pengajian.

Dalam pada itu katanya, seramai 9,487 pelajar baharu akan mula mendaftar memasuki MRSM di seluruh negara Februari ini iaitu sebanyak 7,132 orang merupakan pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan empat pula sebanyak 2,355 orang.

"Bagi pelajar tingkatan satu, sebanyak 45 MRSM disediakan di seluruh negara iaitu 28 buah untuk program biasa, 14 bagi dwisijil dan tiga buah untuk program Ulul Albab.

"Bagi pelajar tingkatan empat, mereka akan ditempatkan di 46 MRSM di seluruh negara termasuk enam buah MRSM Program Khas Pendidikan (PKP)," katanya.

Annuar berkata, bagi pelajar tingkatan satu, mereka boleh menyemak status permohonan bermula semalam manakala bagi pelajar tingkatan empat, keputusan boleh disemak pada 29 Januari ini.

"Pelajar tingkatan satu akan mula mendaftar di MRSM masing-masing pada 3 Februari ini kecuali di tiga tempat iaitu MRSM Pasir Tumboh, Kelantan; MRSM Gerik, Perak dan MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan yang akan bermula pada 10 Februari.

"Ketiga-tiga MRSM itu juga tidak membuat pengambilan untuk pelajar tingkatan empat," katanya

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Troussier sah latih Harimau Malaya?

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Philippe Troussier

KUALA LUMPUR - Philippe Troussier dikatakan sudah sah akan mengisi kekosongan untuk jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya meskipun pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selewat-lewatnya pada bulan depan.

Semalam, sumber mendedahkan bekas pengendali pasukan Jepun itu telah sah menjadi jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal yang tamat kontrak pada Disember lalu.

Malah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin walaupun tidak mengesahkan berita itu tetapi beliau juga tidak menafikannya.

"Sabar, tunggu keputusan rasmi," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas, apabila diajukan perkara itu semalam.

Desas-desus menyebut jurulatih dari Perancis itu bukan sahaja akan membimbing Harimau Malaya tetapi turut dilantik sebagai Pengarah Teknikal.

Nama Troussier mula dikaitkan dengan jawatan itu sejak November lalu, dan semakin hangat apabila beberapa pegawai atasan FAM bertemu dengan agennya di London baru-baru ini.

Sebelum ini FAM mengakui hanya keadaan kewangan semasa persatuan itu yang menghalang hasratnya untuk menggunakan khidmat jurulatih berusia 58 tahun itu.

Troussier sebelum ini dikatakan menuntut gaji bulanan lebih RM416,000 iaitu angka yang dianggap cukup besar selain setimpal dengan pencapaian yang telah diraih.

Troussier sebelum ini banyak menghabiskan masanya di Afrika, memajukan pasukan kebangsaan Nigeria, Afrika Selatan dan Burkina Faso sehingga digelar White Witch Doctor. Beliau turut membimbing Jepun mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2002 setelah dua tahun sebelumnya me latih mereka untuk menjuarai Piala Asia 2000.

Troussier dicalonkan untuk jawatan jurulatih oleh FAM bersama-sama rakan senegara, Marcel Desailly, Alex Miller dari Scotland, Bobby Houghton dari England dan bekas jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang kini sudah diikat oleh PDRM FC.

Chong Wei mara Daren, Wei Feng terkandas

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI dan SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Lee Chong Wei membalas pukulan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dalam perlawanan pusingan pertama Terbuka Malaysia di Bukit Jalil malam tadi. Chong Wei menang 21-7, 21-13 dalam tempoh 34 minit . - UTUSAN/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR - Hanya Datuk Lee Chong Wei sahaja yang akan meneruskan cabaran negara dalam persaingan perseorangan kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Bukit Jalil selepas dua lagi wakil, Liew Daren dan Chong Wei Feng terkandas di pusingan pertama semalam.

Chong Wei, yang merupakan pemain pilihan pertama, tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-7, 21-13 dalam tempoh 34 minit. Menunggunya di pusingan kedua hari ini ialah pemain China, Wang Zhengming.

Bagaimanapun, Chong Wei mengakui bahawa dia tidak memberikan persembahan terbaiknya semalam, namun masih mampu untuk menang kerana lawannya juga kurang memberikan saingan sengit dan kurang pengalaman.

"Bertemu Zhengming esok (hari ini) mungkin sedikit sukar, tetapi saya harap mampu memberikan permainan terbaik bagi perlawanan kedua saya untuk kejohanan ini," katanya selepas perlawanan.

Ditanya mengenai rakan-rakan lain yang sudah terkandas, Chong Wei berkata, dia akan cuba untuk menutup keputusan buruk itu dengan memberikan permainan terbaik di hadapan penyokong sendiri.

"Saya tahu penonton akan datang menyaksikan kami bermain dan saya akan lebih bersemangat, bagi saya selepas ini kami perlu memikirkan tentang kejohanan akan datang terutama sekali All England tetapi untuk Terbuka Malaysia saya cuba memberikan yang terbaik," katanya.

Daren tewas straight set kepada Du Pengyu dari China, 14-21, 13-21 dan mengakui bahawa dia masih lagi berasa sedikit gementar di dalam gelanggang kerana baru pulih daripada kecederaan buku lali dan hamstring.

"Saya juga melakukan banyak kesilapan dan masih lagi berasa takut kerana baru pulih daripada kecederaan, jadi saya bermain dengan lebih berhati-hati. Saya tidak tahu bila perasaan ini boleh hilang tetapi saya harap secepat mungkin," katanya.

Ditanya adakah dia tertekan dengan harapan dan teguran yang diberikan peminat badminton serta jurulatih perseorangan, Daren berkata, tekanan itu sangat berguna dan dia akan cuba sebaik mungkin untuk berada sebaris dengan Chong Wei.

Daren yang kini menduduki ranking ke-29 dunia meletakkan sasaran untuk berada dalam kalangan 20 pemain terbaik dan meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan tahun ini.

Seorang lagi perseorangan negara, Wei Feng pula kalah kepada Sho Sasaki dari Jepun 13-21, 19-21, dalam tempoh 43 minit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua lelaki ditahan berhubung kes bunuh tiga beradik

Posted: 15 Jan 2014 07:28 PM PST

ALOR SETAR 16 Jan. - Polis menahan dua lelaki petang semalam berhubung kes pembunuhan tiga beradik di Alor Semela pada Disember tahun lalu.

Kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu ditahan berdekatan Alor Senibung di sini.

Mereka ditahan reman mulai hari ini sehingga 22 Januari ini. - UTUSAN ONLINE

'Sultan Melaka' direman 4 hari

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 15 Jan. - Mahkamah Majistret di sini memerintahkan lelaki yang mendakwa dirinya pewaris takhta Kesultanan Melaka, Noor Jan Tuah, 56, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan membenarkan perintah tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 41(1) Akta Hasutan 1948.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, perintah tahanan reman itu dikeluarkan mahkamah pada pukul 9.45 pagi ini.

"Mahkamah membenarkan polis untuk mereman Noor Jan sehingga 18 Januari ini sekali gus melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya," katanya di sini hari ini.

Turut hadir ke mahkamah ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan PR. Gunarajan.

Sepanjang Nor Jan berada di mahkamah, pihak polis membuat kawalan di pintu masuk utama bangunan itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Lelaki itu kemudian dibawa meninggalkan mahkamah menaiki sebuah van putih diiringi pegawai dan anggota polis, 20 minit kemudian.

Raja Shahrom dalam masa yang sama, meminta mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dengan aktiviti Noor Jan agar tampil membantu siasatan.

Ahli perniagaan itu ditahan polis pada pukul 10.50 pagi semalam di jeti Anjung Batu, Serkam ketika ditemu bual oleh wartawan Utusan Malaysia, Kosmo! dan Harian Metro.

Ketika ditahan, Noor Jan bersama lebih 30 orang pengikutnya untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri majlis jamuan kesyukuran sempena Maulidur Rasul.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pengikut Tuhan Harun tukar pengakuan tidak bersalah

Posted: 15 Jan 2014 07:03 PM PST

KUANTAN 16 Jan. - Tiga orang pengikut ajaran Tuhan Harun hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan memiliki dan menyimpan dokumen meragukan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Husin Ismail, 44; Mohd. Khalilie Zazali, 32, dan Mohd. Nizam Mohd Salleh, 44, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md. Ali Al-Fakwie.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh masing-masing didakwa melakukan kesalahan tersebut di premis B16-1st, Lorong Pandan Damai 2/201 di sini pada pukul 6.50 petang, 4 April tahun lalu.

Pada Mei tahun lalu, ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah, bagaimanapun pada prosiding hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah. - UTUSAN ONLINE

Lelaki rakam video wanita mandi didakwa

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Seorang pegawai eksekutif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merakam video seorang suri rumah yang sedang mandi tanpa berpakaian di sebuah kondominium, empat hari lalu.

Izwar Efendi Taswar, 32, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita berusia 20 tahun itu menggunakan telefon bimbit dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan lelaki berkenaan di tingkap bilik air sebuah rumah di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Sri Permaisuri dekat sini, pukul 11.52 pagi, 11 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping mengemukakan pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang berkaca mata, memakai baju T merah dan berseluar hitam paras betis tidak diwakili peguam, namun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa.

Turut hadir semasa prosiding tersebut ialah suami mangsa.

Terdahulu, Siew Ping mencadangkan jaminan RM10,000 dan syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan keluarganya serta pasport diserah kepada mahkamah.

Rakan tertuduh yang tampil sebagai penjaminnya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan berkenaan.

Majistret Saifulakmal Said kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Beliau menetapkan 14 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam bela.

Selasa lalu akhbar melaporkan seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah syarikat insurans merakam video jiran wanitanya sedang mandi dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Sri Permaisuri.

Wanita itu yang menyedari perbuatan lelaki terbabit telah memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya.

Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu memaparkan perbuatan seorang lelaki iaitu jiran mangsa yang menetap di bangunan sama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Van sekolah bertembung trak sampah, 19 maut

Posted: 15 Jan 2014 11:06 AM PST

KARACHI 16 Jan. - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh termasuk 17 kanak-kanak apabila sebuah van sekolah yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak sampah di Pakistan, semalam.

Kejadian terbabit berlaku di pekan Nawabshah, kira-kira 270 kilometer di utara Karachi, di wilayah selatan Sindh.

Kesemua kanak-kanak yang terbunuh merupakan murid-murid Sekolah Sinar Masa Depan di pekan Daulatpur yang dalam perjalanan ke Nawabshah untuk satu lawatan sekolah.

Pengarah Hospital Awam Nawabshah, Dr. Hashim Langa berkata, kebanyakan mangsa berusia antara lima hingga 16 tahun.

Seramai 15 hingga 20 orang yang cedera dalam kejadian terbabit kini dirawat di hospital.

Pemandu van itu antara mangsa yang terbunuh.," katanya.

Punca kejadian masih disiasat namun seorang daripada pemandu terbabit disyaki memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan itu. - AFP

Tembakan di Bangkok, 2 cedera

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan berarak menuju ke bangunan yang menempatkan kementerian-kementerian dan jabatan keeajaan yang lain di tengah Bangkok bagi mendesak Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan, semalam. - REUTERS

BANGKOK 15 Jan. - Sekurang-kurangnya dua orang cedera dalam satu kejadian tembakan, ketika tunjuk perasaan antikerajaan melancarkan bantahan besar-besaran yang diberi nama 'Tutup Bangkok', yang masuk hari ketiga di ibu negara Thailand, awal pagi ini.

Sumber pusat kecemasan di bandar Erawan melaporkan, seorang lelaki dan wanita dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan kecil akibat ditembak pada tengah malam tadi.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa dibenarkan keluar hospital tidak lama kemudian.

Media tempatan melaporkan, lelaki berkenaan merupakan pekerja pengangkut sampah, manakala wanita itu adalah salah seorang peserta tunjuk perasaan.

Siaran televisyen turut menunjukkan imej kesan tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali.

Kejadian itu berlaku tidak sampai 24 jam, selepas bahan letupan buatan sendiri, dipercayai bom kecil atau mercun, meletup di sebuah rumah milik keluarga ketua pembangkang, Abhisit Vejjajiva, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua insiden berkenaan berlaku ketika pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan bersiap sedia untuk berarak ke kawasan penempatan golongan mewah di Bangkok, sebagai usaha mereka mendesak Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra berundur.

Ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban berkata, beberapa kumpulan penunjuk perasaan akan berada di beberapa kawasan penempatan terbabit, manakala selebihnya akan menuju ke bangunan-bangunan kerajaan.

Thaugsuban turut berkata, pihaknya tidak akan terlibat dengan tindakan segelintir penunjuk perasaan antikerajaan tegar yang mahu berdemonstrasi di lapangan terbang atau bursa saham.

"Sebarang gangguan terhadap orang awam dan pelancong asing akan dikurangkan sebaik mungkin," katanya. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Seni patung warisan Jahut

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

Beberapa orang pengunjung bersama penduduk etnik Jahut ketika singgah melihat hasil jualan penduduk Kampung Sungai Koi di Damak, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 15 Jan. - Bermula daripada perspektif perubatan tradisional dan ritual dalam kalangan komuniti Orang Asli suku Jahut di Jerantut, kini ukiran patung beralih sebagai bahan komersial, sesuai dengan tuntutan masa.

Jika suatu ketika dulu, patung digunakan untuk tujuan perubatan dan pemujaan bomoh hinggakan ukiran patung Jahut itu amat ditakuti apabila diasimilasikan dengan kepercayaan jin, hantu dan makhluk ghaib.

Kini, hasil kraf tangan suku Jahut itu sudah menghiasi galeri di Muzium Negara, hotel dan kedai menjual cenderamata di pusat pelancongan. Patung tradisi kaum itu dikagumi, malah menyedap lagi mata memandang kerana kehalusan seni ukiran pelbagai bentuk dan rupa.

Di Kampung Orang Asli Sungai Koi di sini, penduduk masih lagi menghidupkan warisan turun-temurun berkenaan dengan hasil jualan ukiran patung kepada pelancong yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan.

Orang Asli Jahut atau disebut 'Jah Hut' merupakan salah satu suku kaum Orang Asli dari kumpulan Senoi.

Menurut tulisan penyelidik Carey (1976), Jah bermaksud 'orang', manakala Hut bermaksud 'hutan', lantaran itu, gabungan keduanya membawa maksud 'orang hutan'.

Namun, banyak konotasi lain berasaskan kajian etnologi kaum berkenaan, antaranya menurut mereka, Jah bermaksud 'orang', manakala Hut bermaksud 'tidak'.

Begitu juga versi lain, bagi perkataan 'hut' sinonim ketika menyahut panggilan atau meminta bantuan.

Penduduk Sungai Koi, Fauzi Majid, 54, berkata, ukiran patung itu merupakan kegiatan sampingan untuk menampung pendapatan penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai buruh dan mencari sumber hutan berdekatan.

"Pada waktu pagi, kami menoreh getah, masuk hutan dan bekerja di ladang, tetapi sebelah petang kami mengukir patung secara serius untuk dijual kepada pelancong," katanya di Kampung Sungai Koi, Damak baru-baru ini.

Menurutnya, sebanyak 31 penduduk Jahut Sungai Koi, namun cuma beberapa orang sahaja yang masih bertahan dengan kesenian itu dan mahir mengukir patung untuk tujuan komersial.

Katanya, patung diukir dengan menggunakan kayu lembut dan berkualiti yang diperoleh dari hutan tebal.

Seterusnya, Fauzi berkata, kerja mengukir sebuah patung memakan masa hampir seminggu dengan mengunakan pelbagai jenis pisau dan pahat kecil.

"Kehalusan dan keunikan patung terletak pada ukiran yang dilakukan dengan cukup teliti dan cermat, malah kemahiran pengukir boleh melahirkan pelbagai rupa dan wajah," katanya.

Katanya, jika zaman dahulu, patung dikaitkan dengan proses perubatan tradisional, maka ukiran kayu itu dicorak berbentuk jin, hantu dan makhluk ghaib berasaskan imaginasi pengukir berkenaan.

Dia berkata, imaginasi hantu dan jin diaplikasikan menerusi ukiran wajah, tangan panjang, telinga lebar, kepala bersegi dan pelbagai rupa yang menakutkan orang melihatnya.

"Sesuai dengan adaptasi watak dan rupa jin, hantu dan makhluk ghaib, ukiran patung itu dizahirkan dengan pelbagai nama, antaranya dikenali 'Hantu Hing', 'Kemokjah', 'Kemusu' dan beberapa panggilan lain," katanya.

Katanya, usaha mengukir patung juga mendapat sokongan kerajaan dan pengusaha hotel di bandar ini, bertujuan membantu meningkatkan imej kampung itu dalam sektor pelancongan di daerah Jerantut.

"Kini, menerusi industri desa, projek kraf tangan ukiran patung dan anyaman tikar membolehkan penduduk memperoleh pendapatan sampingan untuk menampung sara hidup dan belanja persekolahan anak," ujarnya.

Komitmen berkenaan katanya, membantu meningkatkan imej Kampung Sungai Koi, sekali gus membuka rangkaian perniagaan dengan pengusaha di Lembah Klang.

"Harga sebuah patung yang dijual, antara RM200 hingga RM1,000 bergantung kepada kualiti ukiran, kehalusan seni, saiz dan bentuk kraf tangan berkenaan," ujarnya.

Seorang penduduk Lembah Kiol, Taib Pandak, 60, berkata, kegiatan mengukir sering mendapat perhatian pelawat luar dan mahasiswa universiti tempatan untuk melihat sendiri pelbagai ciri kesenian bagi tujuan dokumentasi.

"Kita akan mengukir selagi benda (patung) ini laku dijual dan orang suka tengok dan buat hiasan," katanya.

Namun, Taib melahirkan rasa bimbang kerana kemahiran mengukir tidak lagi diminati oleh generasi hari ini yang lebih gemar menunggang motosikal, berbual dan berhibur dengan telefon dan bersiar-siar di bandar Jerantut.

"Jika anak-anak muda tidak belajar mengukir, warisan nenek moyang kami (Jahut) akan pupus ditelan masa," katanya.

Beliau menambah, patung tidak lagi menjadi bahan pemujaan, menghalau jin atau hantu dan mengubati penyakit kerana nilai pengetahuan moden sudah mendominasi masyarakat Orang Asli di pedalaman, hasil kejayaan bidang pendidikan yang dilakarkan oleh pemimpin negara ini.

Kehalusan seni ukir Jahut jadi produk pelancongan

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

KUALA LIPIS 15 Jan. - Masyarakat Orang Asli merupakan kumpulan minoriti yang terdiri daripada pelbagai suku yang hidup di kawasan terpencil dan pedalaman di negara ini.

Sesuai dengan kehidupan terpencil di pedalaman, Orang Asli menjadikan hutan rimba sebagai tempat untuk mencari rezeki bagi menyara hidup mereka sejak zaman-berzaman.

Malah, sesetengah kalangan etnik Orang Asli mempunyai penempatan tetap yang disediakan kerajaan dan kaya dengan khazanah kesenian warisan moyang mereka yang boleh dikomersialkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, justeru itu, etnik suku Jahut di daerah ini perlu merebut peluang mengkomersialkan ukiran patung kepada pengunjung yang singgah di bandar Jerantut.

"Kerajaan negeri memberi peluang dengan menyediakan kemudahan ini kepada pengukir Jahut di Sungai Kiol, Sungai Koi dan Sungai Mai untuk melestarikan produk ukiran, sekali gus merancakkan sektor pelancong di daerah ini," katanya.

Menurut Lau Lee, pengusaha pelancongan di bandar ini dan Lembah Klang sewajarnya memasukkan pakej lawatan ke perkampungan Orang Asli Jahut untuk melihat kesenian itu berkembang dan penduduk di situ boleh menambah pendapatan masing-masing.

Tok Batin Orang Asli Betau, Ahmad Selalu, 48, berkata, kesenian Orang Asli sudah mendapat tempat di hati pengunjung domestik dan pelancong Barat, malah banyak kajian etnologi bahasa dan antropologi tentang sosiobudaya kaum berkenaan didokumentasikan pihak tertentu.

"Sudah tentu peranan semua pihak dapat membantu Orang Asli memasarkan kesenian dan cara hidup mereka sebagai produk pelancongan," kata Ahmad ketika ditemui di Pos Betau baru-baru ini.

Tambahnya, komitmen Orang Asli dalam bidang kesenian, bahasa dan sosiobudaya juga memacu sektor pelancongan menerusi pengisian program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Op Vulture banteras ah long

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusanpahang@utusan.com.my

Abdul Aziz Salleh (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada poster ah long yang ditanggalkan dalam operasi di sekitar Taman Temerloh Jaya, Temerloh, semalam.

TEMERLOH 15 Jan. - Polis akan terus menggiatkan operasi Op Vulture bagi membanteras aktiviti ah long di daerah ini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, operasi itu akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

"Melalui operasi ini kita akan melakukan operasi, rondaan dan pemantauan bagi membanteras kegiatan ah long di daerah ini termasuklah membanteras kegiatan menampal poster iklan pinjaman wang ah long.

"Jadi kita menasihatkan semua pihak supaya tidak terlibat dalam kegiatan ah long termasuklah menampal iklan ah long yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM20,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya selepas operasi membanteras dan menurunkan poster ah long di sekitar bandar Temerloh hari ini.

Yang turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Asisten Supritendan Willims Fernandez dan Pegawai Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Jofri Tajuddin.

Sebanyak 10 pegawai dan 15 anggota polis serta 11 penguat kuasa MPT terlibat dalam operasi selama dua hari bagi menanggalkan poster di sekitar bandar Temerloh dan Mentakab bermula hari ini.

Menurut Abdul Aziz, mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ah long boleh diambil tindakan mengikut Seksyen (5) (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Selain itu, katanya, tindakan juga boleh dikenakan mengikut Seksyen 29A (A) yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai tindakan susulan setiap nombor yang dipaparkan pada iklan yang ditanggal akan dihantar ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk sekatan.

Ujarnya, dari semasa ke semasa pihaknya akan turut memantau kawasan terbabit serta mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana individu yang cuba menampal iklan ah long.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rosyam seru polis tonton Balistik

Posted: 15 Jan 2014 12:21 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Pelakon Datuk Rosyam Nor menyeru anggota polis menonton filem lakonannya berjudul Balistik yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu.

Menurut Rosyam yang merupakan pelakon utama Balistik, filem terbitan syarikatnya RK Screen Sdn. Bhd. dan Asia Tropical Films itu memaparkan kisah komitmen anggota polis dalam memerangi penjenayah kejam.

Saya belum berpuas hati walaupun kutipan tiket Balistik mencecah RM1.8 juta selepas enam hari ditayangkan di 91 pawagam di seluruh negara dan juga satu pawagam di Brunei serta satu lagi pawagam di Singapura.

Kalau boleh saya mahu menyasarkan kutipan tiket filem arahan Silver Chung ini sebanyak RM2.5 juta atau RM3 juta bagi membolehkan saya menerbitkan sekuel Balistik II selepas ini nanti," katanya. - UTUSAN ONLINE

Ibu Shila Amzah nafi kenyataan Aman Nassim

Posted: 15 Jan 2014 12:19 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Januari.- Ibu kepada penyanyi Shila Amzah menafikan pernah membuat permintaan kepada pelakon, Aman Nassim untuk mendekati anaknya.

Menurut Fauziah Sarman, secara jujurnya dia mengenali Aman, bagaimanapun tidak pernah menyatakan permintaan seperti itu.

Kali terakhir kami bertemu pun beberapa hari lalu ketika terserempak di pusat beli-belah.

Jadi tidak mungkin saya mengatakan sesuatu seperti itu memandangkan kami hanya terserempak," katanya ketika ditemui selepas sesi ramah mesra bersama Shila Amzah di sini hari ini.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan, Aman atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim memberitahu, dia telah diminta oleh ibu Shila untuk mengenali Shila.

Dalam kenyataan itu, Aman menjelaskan hubungannya dengan Shila setakat ini kekal sebagai rakan biasa dan tidak mahu soal itu mengeruhkan hubungan mereka.

Sementara itu, Fauziah menolak dakwaan Aman mahu menggunakan populariti Shila dan memberitahu itu semua hanya salah faham.

Saya tidak rasa dia berbuat begitu hanya kerana mahu meraih populariti. Mengenali Aman, saya rasa dia seorang yang baik.

Lagipun dia masih muda, jauh lagi perjalanannya dalam industri ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pecah monopoli manfaatkan rakyat

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah Penganalisis isu-isu semasa.

DI SEBALIK ramai yang memperkatakan kesan kenaikan harga termasuk tarif elektrik, kita tidak dapat menafikan kemelut yang dihadapi rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Barangkali boleh difikir-fikirkan bagaimana Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh menguruskan operasi pada tahap kecekapan maksimum. Kita maklum, TNB menggunakan pendapatan untuk mencari keuntungan.

Penjana Tenaga Bebas (IPP) pula bertindak sebagai pembekal tenaga elektrik kepada TNB yang merupakan pembekal tenaga elektrik tunggal di Malaysia.

Dalam konteks langkah-langkah penjimatan, kita (dalam konteks kita ini TNB) mahu kekalkan keuntungan dan pada masa sama sepatutnya tidak melihat tarif elektrik itu 'solution' keuntungan.

Hari ini, rakyat tahu IPP membekalkan tenaga elektrik kepada TNB pada kadar berbilion ringgit. Sepatutnya mana-mana 'bayaran' yang tidak adil kepada IPP, disemak semula dan 'dibentuk' dalam konteks perjanjian yang lebih adil.

Kita maklum TNB 'terpaksa' membayar kepada IPP walaupun IPP dalam keadaan stand by sahaja (persediaan seandainya bekalan elektrik terputus atau berdepan risiko bencana). Mungkin lebih adil jika IPP dibayar hanya setelah khidmatnya benar-benar digunakan. Jika dalam keadaan stand by, ianya serupa 'satu pembayaran percuma kepada IPP'.

Saya ingin berkongsi pandangan penganalisis ekonomi, Prof. Madya Dr. Haim Hilman dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengesyorkan supaya monopoli TNB dipecahkan.

Secara lebih menyeluruh boleh kita renungkan bahawa penjimatan kadar elektrik sebenarnya dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh rakyat mahupun kerajaan.

Dalam konteks ini, kita boleh pecahkan syarikat-syarikat pembekalan ini dari segi wilayah. Contohnya di selatan tanah air, ada pembekal tenaga elektriknya sendiri, Pantai Timur ada syarikatnya sendiri seperti mana di Sabah dan Sarawak, ada penjana kuasanya masing-masing ketika ini.

Dengan memecahkan monopoli, persaingan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada rakyat menjadi lebih kompetitif. Contohnya untuk negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Kedah, ada kadar elektrik tertentu berbanding di Lembah Klang.

Dengan ini rakyat boleh membandingkan kadar yang mungkin lebih murah dan lebih baik daripada yang ditawarkan hari ini. Dengan memecahkan monopoli, skop perkhidmatan membekal elektrik kepada rakyat lebih kecil, malah efisien dalam konteks Malaysia. Jika masih ada syarikat pembekal yang masih nak untung dengan kadar tarif masing-masing, terpulanglah. Ikut kecekapan masing-masing yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat.

Dalam konteks kenaikan apa pun sama ada barang atau perkhidmatan, kita perlu melihat secara menyeluruh akan kesannya. Kenaikan tarif elektrik bukan isu isi rumah nak bayar kepada TNB sahaja. Kita pun maklum 'ikan pun nak masuk peti ais'. Orang berniaga atau yang melibatkan pengeluaran, kilang terpaksa guna elektrik. Dengan bil elektrik yang melambung akibat kenaikan tarif, bebannya tentu sekali akan dipindahkan kepada pengguna. Di kedai makan, harga lauk - ikan, ayam dan sayur - tentunya naik.

Tuntutan hidup sekarang tidak sama lagi macam dulu. Ini yang membuatkan rakyat tertekan. Peningkatan pendapatan rakyat tidak lagi seimbang dengan sara hidup. Nilai seringgit sekarang tidak sama macam 10 tahun dulu.

Kita akui akan hakikat kenaikan harga barang dan minyak berlaku di mana-mana negara. Indonesia pun menghadapi kenaikan sama tahun lepas. Tapi kalau boleh, minimumkanlah kenaikan itu.

Sepatutnya kenaikan harga disusuli dengan kualiti perkhidmatan. Katakan, kalau kurangkan subsidi minyak yang dapat jimat sekian-sekian banyak, RM1 bilion contohnya, perjelaskan wang subsidi yang ditarik itu ke mana? Untuk naik taraf atau tubuh universiti bertaraf antarabangsa atau beberapa institusi berorientasikan pendidikan agama dan akademik?

Itu yang rakyat tak tahu. Setelah tahu, rakyat mungkin boleh terima pengumuman kenaikan itu.

Kerajaan mesti dilihat dalam konteks rakyat. Kalau rakyat menangisi kenaikan kos, kerajaan harus turut dilihat menangisinya. Kalau kos barangan meningkat, kita kena buat kajian. Siapa orang tengah dan dalangnya?

Kita maklum penguasaan pemborong bukan berlaku baru-baru ini sahaja tetapi sudah lebih 40 tahun. Kenapa tidak ada rantaian pemborong dalam kalangan orang Melayu? Kenal pasti siapa pemborong kita di sekeliling. Kalau koperasi, mesti ada pemborongnya.

Contoh klasik yang kita lihat apabila golongan nelayan laut dalam mogok tidak lama dulu kerana kerajaan menarik balik subsidi super diesel. Akibatnya, harga ikan melambung 30 peratus. Mana mungkin harga ikan melambung tinggi dek kerana harga minyak naik, walhal nelayan diberi minyak, bot dan enjin yang disubsidi. Malahan wang saku turut diberi. Lori mengangkut ikan turut disubsidi.

Atas alasan apa menyebabkan harga ikan naik? Siapakah sebenarnya yang memanipulasi harga ikan? Pemborong? Siapa mengawal harga? Kerajaan ataupun pemborong?

Kita khuatir, kalau-kalau cerita pasal kebaikan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia atau apa sahaja jenama produk 1Malaysia yang sememangnya cukup terbukti manfaatnya kepada rakyat, hanya setakat di permukaan sahaja. Tidak sampai ke denyut hati rakyat secara menyeluruh.

Kita khuatir apabila harga barang naik, segala permasalahan ditolak kepada kerajaan. Sedangkan, kita gagal melihat dari mana punca dan mengapa harga barang naik. Sabotaj ekonomi mungkin terang-terangan berlaku.

Mengharapkan harga kereta turun

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Rohaimi Shafie
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA)
dan Felo Penyelidik Institut Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia

Kereta tidak lagi menjadi barangan mewah seperti dahulu tetapi kini menjadi satu keperluan bagi semua lapisan rakyat tanpa mengira tahap pendapatan mereka. - Gambar hiasan

SAYA bukanlah jenis 'gila' kereta, tetapi di luar sana termasuklah majoriti rakan saya, mereka benar-benar minat dengan kereta.

Ada yang sanggup berbelanja lebih demi memandu kereta impian. Ada juga yang bertukar-tukar kereta tidak sampai tiga tahun pun kenderaan berkenaan dibeli.

Ada juga rakan saya yang berada di luar negara sama ada bekerja mahupun cuti belajar dalam tempoh yang lama mengambil peluang membeli kenderaan.

Maklumlah, kenderaan yang dibeli di luar negara harganya begitu murah berbanding membeli di negara kita sendiri. Sanggup mereka menyimpan wang bertahun-tahun bagi mendapatkan kereta impian mereka apabila berada di luar negara.

Apabila ditanya kenapakah mereka sanggup berbelanja lebih demi kereta. Jawapannya sudah tentulah demi kepuasan diri. Itulah jawapan paling popular bagi peminat-peminat kereta.

Meskipun kos sara hidup semakin tinggi, demi kereta mereka tidak kisah sedikit pun. Begitulah betapa hebatnya pengaruh kenderaan ke atas peminat kenderaan yang terlalu obses dengan kenderaan.

Perbelanjaan ke atas kenderaan adalah antara yang paling tinggi dalam bajet seseorang. Kenderaan tidak lagi menjadi barangan kehendak tetapi telah menjadi barangan keperluan bagi rakyat biasa. Kenderaan di Malaysia semakin hari semakin bertambah. Buktinya, lihatlah betapa banyaknya kenderaan di atas jalan raya di bandar-bandar utama negara seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Kenderaan akan hanya menjadi barangan kehendak bagi golongan yang kaya-raya dengan ada di antara mereka memilikinya melebihi lima buah. Bahkan, sudah jadi kebiasaan bagi golongan kaya-raya ini memandu kenderaan yang berbeza-beza dalam waktu-waktu tertentu.

Itu bagi golongan kaya-raya. Bagi golongan biasa sama ada kelas menengah atau bawahan, tidaklah sampai memiliki kenderaan sebegitu banyak.

Namun, mereka tetap mahu memiliki kenderaan impian berasaskan kedudukan kewangan peribadi. Untuk memiliki kenderaan, faktor utama yang perlu diambil kira adalah harga kenderaan di atas jalan. Maka apabila kerajaan melaksanakan Dasar Automotif Negara (DAN) pada 2006, rakyat pada ketika itu merasakan harga kenderaan akan semakin rendah pada masa akan datang.

Antara objektif DAN tidak lain tidak bukan untuk memastikan agar industri automotif tempatan berdaya saing, menjadikan negara kita sebagai hab automotif serantau dan menggalakkan penyertaan bumiputera dalam industri automotif yang berdaya saing.

Paling utama, objektif DAN untuk memastikan produk kenderaan berkualiti, selamat dan harganya pula berpatutan untuk pengguna.

Di bawah DAN, duti import telah dikurangkan bagi negara-negara ASEAN di bawah perjanjian Common Effective Preferential Tariff (CEPT) ke tahap lima peratus sahaja. Kini, duti import bagi CEPT ASEAN telah dihapuskan.

Pada 1 Januari 2010, kajian semula DAN telah dikuatkuasakan. Bagi kenderaan Most Favoured Nation (MFN) kadar duti import dan cukai eksais dikekalkan. Harga sesebuah kereta MFN di atas jalan ditentukan berasaskan duti import, duit eksais, cukai jualan, keuntungan dealer, harga aksesori, kos pendaftaran dan insurans.

Kadar duti import 30 peratus dikenakan ke atas CBU MFN bagi semua jenis kenderaan iaitu kereta, kenderaan pacuan empat roda, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan van. Sementara itu, cukai eksais berada dalam lingkungan 60-105 peratus berasaskan kapasiti enjin. Cukai jualan pula adalah pada kadar tetap 10 peratus. Kalau diteliti kadar-kadar cukai ini terutamanya duti import dan cukai eksais, mungkinkah ia akan diturunkan pada masa terdekat ini?

Kerajaan akan mengumumkan DAN yang baharu pada bila-bila masa sahaja pada bulan ini. Sebenarnya, ramai menantikan berita baik dalam pengurangan duti import dan cukai eksais. Malahan, ada yang sanggup menunda pembelian kenderaan impian mereka semata-mata untuk menanti berita baik pengumuman pengurangan cukai-cukai ini.

Meskipun penganalisis automotif menjangkakan tiada sebarang pengumuman pengurangan kadar cukai kenderaan namun, rakyat masih menaruh harapan agar harga kenderaan dapat diturunkan pada kali ini.

Maklumlah, era harga barangan dan perkhidmatan yang semakin tinggi, menyebabkan rakyat mengharapkan harga kenderaan dapat dikurangkan. Setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan mereka. Ini harapan rakyat.

Pada masa sama, rakyat mengharapkan kerajaan tidak melaksanakan sebarang polisi berkaitan had jangka hayat kenderaan kerana kesan akhirnya ia boleh membebankan mereka.

Meskipun ada yang menyatakan bahawa faktor jangka hayat kenderaan boleh memberi kesan ke atas tahap keselamatan pengguna, namun, banyak lagi faktor lain yang boleh diberi perhatian seperti sikap pemandu dan mengamalkan penyelenggaraan kenderaan mengikut jadual.

Buktinya, kita boleh lihat kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita juga banyak melibatkan kenderaan baharu dan ada antaranya kereta mewah yang tidak mampu dijangkau oleh rakyat biasa berpendapatan sederhana ke bawah.

Maka, usahlah memperkenalkan dasar atau polisi sebegini kerana akhirnya yang rugi rakyat itu sendiri walaupun hasrat murni kerajaan demi keselamatan pengguna kenderaan.

Bagi bakal pembeli, mereka perlu ingat pemilikan ke atas kenderaan bukan setakat ketika mula-mula membeli atau ketika membayar ansuran bulanan, tetapi sebaliknya melibatkan kos petrol, cukai jalan, insurans tahunan, tol dan tidak lupa juga kos penyelenggaraan.

Maka, selain mengharapkan harga kenderaan murah di atas jalan, bagi bakal pembeli, mereka juga perlu mengambil kira kos-kos ini kerana ia boleh menyebabkan anda berfikir kembali sama ada mahu membeli kenderaan baharu atau kekal dengan kenderaan sedia ada.

Selain harga kenderaan dan had hayat kenderaan, mungkinkah kerajaan akan mengumumkan dasar-dasar baharu DAN berkaitan dengan permit import (AP), insentif kenderaan cekap tenaga (EEV), dasar pengeluaran lesen pengilang dan dasar-dasar lain bagi memperkukuhkan industri automotif tempatan?

Pengumuman DAN amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam industri automotif tempatan. Semuanya akan terjawab tidak lama lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ibu 'bomohkan' anak

Posted: 14 Jan 2014 11:28 AM PST

Saya cuba untuk tidak bersifat menghakimi pada kisah pengakuan minggu ini. Bagi saya kalau kisah rumah tangga, ia adalah asam garam dalam kehidupan dan dilalui semua pasangan yang telah berkahwin. Sikap ibu mentua pula sebolehnya ditangani sebaiknya oleh anak dan menantu itu sendiri tanpa perlu campur tangan pihak lain.

Kisah kali ini dikongsikan oleh Rohaida (bukan nama sebenar) berusia lingkungan 30-an benar-benar membuka mata bahawa masih wujudnya perangai tipikal ibu mentua seakan filem hebat Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, Ibu Mertuaku dalam zaman ini.

Bagi Rohaida perkongsian ini bukan untuk membuka pekung di dada tetapi lebih kepada kisah kesedaran supaya lebih ramai bakal menantu terutamanya menantu wanita lebih peka akan perubahan yang berlaku kepada rumah tangga mereka.

"Saya mendirikan rumah tangga dengan suami Ashraff (bukan nama sebenar) atas pilihan kami sendiri. Ashraff merupakan anak sulung lelaki daripada empat beradik dan juga merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

"Perkahwinan kami dikurniakan Allah dengan dua orang cahaya mata lelaki berusia sembilan dan enam tahun. Di awal perkahwinan, kami bahagia walau tidak seperti pasangan romantis lain.

"Pergaduhan suami isteri memang biasa tetapi saya anggap itu semua asam garam. Saya memang tidak pernah menceritakan kepada sesiapapun terutama adik beradik saya dan rakan-rakan kerana saya tidak mahu membuka aib suami di hadapan mereka.

"Saya juga mahukan ahli keluarga saya menghormati suami saya, sebab itu segala masalah rumah tangga saya simpan sendiri dan berdoa rumah tangga saya dipelihara Allah daripada sebarang kemudaratan," cerita Rohaida yang ditemui di sebuah restoran di pinggir Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mentua kaki shopping

Rohaida yang merupakan seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat pembekal perubatan swasta, turut mempunyai perniagaan sambilan bagi menjana pendapatan keluarga.

Kisah tragis Rohaida bermula apabila ibu mentuanya sering bertandang ke kediaman dia anak beranak dan menganggap segala harta benda dimiliki Rohaida adalah diberi anak lelakinya.

"Saya menganggap ibu mentua seperti ibu sendiri. Malah cuba untuk tidak berkira dengan apa yang saya miliki demi kegembiraan dia. Tidak mengapa jika dia menganggap semua aset yang ada di rumah kami pembelian suami saya walaupun hakikatnya semua dari pendapatan saya sendiri.

"Suami memang membantu tapi dia hanya membayar ansuran rumah dan kenderaan kami. Selebihnya semuanya tanggung jawab saya. Atas dasar ikhlas dan keinginan membantu suami yang telah saya sematkan dalam minda sejak mengambil keputusan berkahwin, maka saya reda.

"Cuma hari demi hari saya dapat merasakan ibu mentua saya bersikap queen control sebolehnya dia mahukan lebih daripada anaknya. Daripada sebulan sekali dia datang ke rumah kami hingga menjadi seminggu sekali. Saya suka juga begitu kerana anak-anak saya juga memang sayangkan nenek mereka tapi ibu mentua saya boleh dikatakan macam berubah perwatakan.

"Kalau dulu dia jarang suka membeli belah, kini saya boleh katakan dia amat suka membeli belah. Cakaplah mana saja pusat membeli belah yang menganjurkan jualan murah atau diskaun ibu pasti akan memujuk anak lelaki tunggalnya menemaninya.

"Saya cuba memujuk diri dengan mengatakan anak memang seharusnya menghiburkan hati ibu. Namun sejauh mana kesabaran saya kalau suami sampai langsung kehabisan duit untuk membayar ansuran rumah dan kereta. Semuanya saya terpaksa sediakan hingga saya terpaksa mengeluarkan simpanan saya untuk menampung segala perbelanjaan wajib," luah Rohaida.

Suami jadi panas baran

Pernah Rohaida mengajak suaminya berbincang tentang pengurusan kewangan keluarga mereka tersebut namun Ashraff naik berang pula.

"Tidak tahu kenapa Ashraff pun berubah sikap, saya cuba berbaik sangka dengan menganggap dia juga tertekan dengan sikap ibunya. Namun sia-sia saja saya beranggapan demikian, rupa-rupakan Ashraff semakin membenci saya dan memang saya fikirkan ia satu perkara yang tidak lojik langsung kerana saya telah dengan ikhlas membantunya dalam perbelanjaan harian keluarga kami. Tidak pernah sekali pun saya mengungkit walau Ashraff memang saya boleh anggap seperti tidak pedulikan kami anak beranak lagi.

"Pernah satu hari ketika saya bertanya kenapa tidak menghubungi saya kerana balik kerja lambat, saya telah ditolak di bahu hingga tubuh saya tercampak ke dinding.

"Ini memang satu peristiwa yang mengejutkan saya kerana Ashraff memang tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap saya sebelum ini," cerita Rohaida sambil air mata berlinang di pipinya.

Dalam pada itu, Rohaida mula perasan akan kehilangan beberapa pakaian miliknya tetapi beranggapan dia tersalah letak atau apa saja kelalaian yang berpunca daripada dirinya.

Hinggalah pada satu cuti umum dia sekeluarga pulang ke kampung ibu mertuanya dan terjumpa beberapa helai pakaian dalam miliknya di rumah ibu mentua.

Lebih memusykilkan pakaian tersebut diikat secara berantai dan disorok dalam almari di bilik milik Ashraff ketika bujang dahulu.

"Saya pasti pakaian dalam itu bukan tertinggal kerana sudah lama saya tidak pulang ke kampung dan pakaian dalam itu dibeli selepas kali terakhir saya balik kampung sebelum yang kali ini. Bermakna ada yang membawa pulang pakaian dalam saya ke kampung.

"Tidak saya pasti untuk tujuan apa, mungkin ada yang berminat atau ada tujuan lain. Hinggalah satu petang saya melayari berita di Internet dan terbaca satu artikel tentang sihir pemisah yang melibatkan penggunaan pakaian peribadi, terus fikiran saya menerjah akan perwatakan suami yang semakin panas baran dan dingin terhadap saya.

"Saya memberanikan diri bertanyakan tentang perkara tersebut kepada adik ipar yang agak rapat dengan saya dan akhirnya dia membuka cerita.

"Menurut adik ipar saya memang ibu mentua saya ada menceritakan niatnya untuk memastikan saya tidak curang terhadap anaknya. Ibu mentua bercerita pada anak-anak perempuannya dia khuatir kerjaya saya di sebuah syarikat besar dan kebolehan saya mencari duit sendiri dengan menjahit membuatkan saya lupa diri dan boleh memijak kepala anaknya. Jadi dengan sebab itu maka dia melakukan ikhtiar songsang dengan meminta tolong bomoh untuk tujuan yang kononnya dianggap murni.

"Kini tahulah saya kenapa Ashraff dingin dengan saya, tentu ibu mentua ada membuat spekulasi tentang saya atau mungkin juga sikap ibu mertua yang minta bantuan bomoh itu telah mengundang kekacauan lain dalam rumah tangga saya.

"Sungguh pelik dengan ibu mentua kerana dia seorang yang rajin solat tapi dalam masa yang sama masih membenarkan perkara khurafat dalam diri ahli keluarganya," kata Rohaida lagi.

Kini Rohaida mengambil inisiatif berikhtiar dengan perubatan Islam bagi memastikan segala unsur sihir dalam rumah tangganya ditawarkan.

Bagi Rohaida setiap perubahan drastik pada satu kerukunan rumah tangga bukanlah sesuatu yang biasa dan pasti ada unsur lain yang telah menjadikan ia sebegitu rupa.

"Nasihat saya, jadi seorang yang peka dan minta bantuan daripada mereka yang menjalankan ikhtiar mengikut cara Islam dan bukan bomoh," katanya mengakhiri bicara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk diancam haiwan liar

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh UMU HANI ASSAIDAH ABDULLAH
kota@utusangroup.com.my

Osman Harun
Ramlee Abdullah
Ahmad Ibrahim (kanan) menunjukkan pokok pisang yang dimusnahkan haiwan liar di Kampung Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam.
KEGIATAN meneroka hutan di sekitar pesisiran Sungai Bernam didakwa menjadi punca gangguan binatang liar di Kampung Sungai Tengar Utara, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM 15 Jan. - Kehidupan kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara di sini diancam oleh gangguan haiwan liar berikutan hutan di pesisiran Sungai Bernam diteroka sejak sebulan lalu.

Seorang penduduk, Osman Harun, 56, berkata, kehadiran binatang liar seperti kera dan babi hutan ke dalam kampung menyebabkan tanaman di kebun milik mereka musnah.

"Memang tidak dinafikan sebelum ini ada haiwan terbabit masuk ke kebun tetapi sejak aktiviti pembersihan hutan di pesisiran pantai dilakukan, kehadiran kera, lotong dan babi hutan semakin menjadi-jadi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum ini dia mampu memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan hasil jualan kelapa dan pisang tetapi sejak gangguan haiwan liar, pendapatannya kian merosot akibat kemusnahan tanaman.

Penternak lembu, Ramlee Abdullah, 63, pula memberitahu, dia terkejut apabila mendapati lembu peliharaannya berkeliaran akibat pagar dawai yang dibina telah roboh.

"Saya kesal apabila pihak yang diamanahkan untuk melakukan penerokaan tidak memaklumkan sebarang kerja pembersihan akan dijalankan menyebabkan haiwan peliharaan saya terlepas ke kawasan lain," ujarnya.

Jelasnya, selain hasil tanaman petani di kawasan sekitar terjejas, keselamatan penduduk terutama kanak-kanak terancam apabila ada binatang liar masuk sehingga ke dalam rumah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Sungai Tengar Utara, Ahmad Ibrahim berkata, beliau tidak menghalang mana-mana pihak melakukan pembersihan di kawasan terbabit namun berharap kerajaan negeri memantau penerokaan hutan itu.

"Kita tiada kuasa menghalang kerajaan negeri mengusahakan tanah tetapi penduduk kampung harapkan pihak berkenaan bertanggungjawab terhadap ancaman dan kerugian dialami penduduk kampung," jelasnya.

Beliau menambah, pihaknya sudah membuat aduan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam; Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Selangor serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor berhubung masalah berkenaan.

JMB pangsapuri minta PKNS jangan lepas tangan

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

MOHAMAD Yunus Ismail (tengah) dan beberapa penduduk melihat tong cat yang masih belum digunakan bagi mengecat pangsapuri PKNS di Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA 15 Jan. - Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri 15 Tingkat SS8 Jalan SS3/39, Sungei Way di sini meminta pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya tidak berdolak-dalik berhubung kemelut yang melanda pangsapuri tersebut.

Pengerusi JMB pangsapuri itu, Mohamad Yunus Ismail berkata, beliau menafikan penjelasan PKNS sebelum ini bahawa segala pengurusan dan penyelenggaraan pangsapuri berkenaan adalah tanggungjawab pihak JMB.

"Kenyataan PKNS itu boleh dipersoalkan. Kalau sudah serah tanggungjawab pengurusan kepada kami, mana surat perjanjian penyerahan.

"Sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi JMB di sini sejak dua tahun lalu, saya tidak pernah menandatangani apa-apa surat mengenainya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Utusan Malaysia baru-baru ini berhubung kenyataan PKNS bahawa pangsapuri itu adalah di bawah tanggungjawab JMB tersebut sepenuhnya selepas pengambilalihan pada 14 November 2010.

Menurut Mohamad Yunus, beliau turut mempertikaikan insentif sebanyak RM156,000 yang diberikan oleh pihak PKNS bagi penubuhan JMB di pangsapuri berkenaan sebagai modal permulaan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Insentif tersebut memang hak kami yang diberikan oleh pihak PKNS. Mereka cuma memberikan wang pendahuluan sebanyak RM50,000 untuk kami gunakan membina pejabat termasuk membeli peralatan serta menaik taraf pejabat pada 2010. Sehingga kini mereka masih belum menyerahkan baki sebanyak RM106,000 kepada kami," dakwanya.

Dalam perkembangan sama, ahli jawatankuasa JMB, Mohd. Kassim Abbas, 62, berkata, PKNS pernah mengecat bangunan berkenaan tetapi hanya di bahagian hadapan lif di Blok A serta B dan bukannya keseluruhan pangsapuri.

"Pihak kontraktor hanya mengecat bahagian luaran koridor dengan alasan cat telah habis. Yang pasti keseluruhan pangsapuri ini adalah cat asal sejak ia dibina pada 1985 dan bukannya dicat sekitar 90-an seperti yang didakwa oleh pihak PKNS," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di pangsapuri berkenaan mendapati, terdapat bekalan tong cat dibekalkan oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya selepas permohonan dibuat oleh pihak pengurusan JMB.

Bagaimanapun, sehingga kini kerja-kerja mengecat masih belum dilakukan ekoran ketiadaan pihak kontraktor PKNS untuk tujuan itu.

Alat pengesan petak kuning

Posted: 15 Jan 2014 10:22 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Salah sebuah alat pengesan kenderaan yang berhenti di dalam petak kuning dipasang di tiang lampu isyarat di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperluaskan pemasangan alat bagi mengesan kenderaan yang berhenti di dalam petak kuning sebagai inisiatif melancarkan pergerakan lalu lintas.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berkata, alat pengesan yang diletak di persimpangan lampu isyarat itu telah dipasang di empat lokasi sekitar ibu kota.

"Dua daripadanya dipasang di Jalan Sultan Ismail dan masing-masing satu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

"Alat itu akan memaklumkan kepada pemandu jika kenderaan mereka melanggar atau berhenti melebihi petak kuning melalui pembesar suara yang dipasang pada lampu isyarat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah DBKL yang baharu di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu dibuat bagi memastikan aliran trafik semasa waktu puncak berada dalam keadaan yang terkawal.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Phesal berkata, melalui bajet 2014 yang diumumkan baru-baru ini, pihaknya akan memperkukuhkan penguatkuasaan dan pembaikan sistem trafik bagi keselesaan warga kota.

"Kita akan memberi perhatian dan mencari langkah-langkah sesuai bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku ketika hujan dan pada hari Jumaat," katanya.

Selain daripada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan memberi perhatian kepada isu-isu penyelenggaraan.

"DBKL sedang dalam perancangan untuk mewujudkan satu hotline yang akan diumumkan nanti bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai tentang masalah penyelenggaraan dan sebagainya.

"Ini memudahkan kita untuk mengetahui masalah yang dialami mereka dengan cepat," katanya.

Mengulas mengenai semakan semula senarai nilaian cukai taksiran, Ahmad Phesal berkata, proses mendengar bantahan masih berjalan sehingga Mac ini atau mungkin dilanjutkan oleh lapan panel yang dilantik bagi mendengar 166,000 bantahan yang telah diterima setakat ini.

"Bagi memberi penjelasan lanjut, kita juga telah menyediakan risalah kepada orang awam dengan penjelasan dan contoh kiraan atau mereka boleh melayari laman web www.mykl.com.my untuk maklumat yang lebih jelas," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved