Selasa, 08 April, 2025

Isnin, 29 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Motif guna asid: cemburu dan samun

Posted:

Motif guna asid: cemburu dan samun

Motif guna asid: cemburu dan samun

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Polis mengenal pasti dua punca dalam kejadian menyimbah asid yang berlaku di ibu negara sejak awal tahun ini.

Selain bermotifkan cemburu, cecair asid dikesan menjadi senjata untuk penjenayah dalam melakukan jenayah samun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan yang dilakukan, kebanyakan kejadian itu berlaku akibat cemburu.

"Akibat tidak berpuas hati dengan mangsa dalam perhubungan tertentu, suspek bertindak menyimbah asid.

"Dalam kejadian seperti itu, suspek lebih mudah dikesan kerana mereka dikenali mangsa walaupun kadangkala mangsa tidak sempat melihat penjenayah berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tambah beliau, sejak kebelakangan ini, polis mengesan punca baru dalam dua kejadian kejadian simbahan asid iaitu penjenayah ingin menyamun mangsa.

Kata beliau, tindakan yang dilakukan penjenayah sememangnya kejam kerana tindakan menyimbah asid menyebabkan mangsa merana sedangkan hasil samun belum pasti lumayan.

"Oleh itu, polis berharap orang ramai berhati-hati dan tidak menunjukkan sesuatu yang dapat menarik perhatian penjenayah," ujarnya.

Banyak kes simbah asid selesai

Posted:

Banyak kes simbah asid selesai

Banyak kes simbah asid selesai

PETALING JAYA 29 Ogos - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, banyak kes serangan asid yang dilaporkan sebelum ini dapat diselesaikan kerana suspek menggunakan asid asli untuk menyerang mangsa bukannya cecair kimia campuran.

Beliau berkata, polis tiada masalah menyelesaikan kes serangan asid asli kerana suspek boleh dikenal pasti berdasarkan motif mangsa diserang.

"Kes-kes serangan asid asli, kebanyakannya kita dapat selesaikan sebab kita tahu motif dan apabila kita tahu motif, maka kita boleh kenal pasti suspek.

"Tetapi kejadian simbah cecair (kimia campuran) sampai sekarang kita tidak tahu motifnya walaupun suspek sudah dikenal pasti menyebabkan kita belum dapat mengesan penjenayah terlibat," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi penugasan Ops Sikap Ke-24 di Kilometer 32, Merbau Sempak di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Chegu Bard didesak buat akuan bersumpah

Posted:

Chegu Bard didesak buat akuan bersumpah

Chegu Bard didesak buat akuan bersumpah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini mendesak Badrul Hisham Shaharin membuat kenyataan bersumpah berhubung isu cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta) jika masih berdegil enggan membuat laporan polis.

Kata Anuar, sekiranya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu tidak mahu berbuat demikian, maka Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard harus membuat laporan polis.

"Chegu Bard juga perlu memberi laporan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut.

"Jika Badrul Hisham tidak mahu membuat kenyataan bersumpah dan tidak mahu membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, maka beliau telah bertindak sama seperti Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Badrul Hisham sebelum ini telah dicabar oleh pelbagai pihak supaya membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai RM72 juta.

Anuar seterusnya yakin bahawa Chegu Bard tidak berani membuat kenyataan bersumpah kerana beliau tahu cincin yang dimaksudkan itu telah dipesan oleh bakal besan Perdana Menteri, Maria Nazabayev.

Polis akan panggil Mat Sabu - Khalid

Posted:

Polis akan panggil Mat Sabu - Khalid

Polis akan panggil Mat Sabu - Khalid

PETALING JAYA 29 Ogos - Polis sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, Mat Sabu akan disiasat di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.

Beliau berkata, polis akan memanggil Timbalan Presiden Pas itu untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.

"Kenyataan Mat Sabu itu dilihat menyakitkan hati anggota pasukan keselamatan selain mengguris perasaan keluarga 16 orang yang terkorban dalam tragedi itu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi penugasan Ops Sikap Ke-24 di Kilometer 32, Merbau Sempak di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor hari ini.

Khalid dalam pada itu turut menempelak Mat Sabu sebagai orang yang kurang membaca buku sejarah.

Sehubungan itu, ujarnya secara sinis, Mat Sabu perlu membaca semula buku sejarah dan bertanya kepada orang yang arif mengenai sejarah itu, selain melawat sendiri Bukit Kepong.

"Saya rasa Mat Sabu perlu melawat sendiri Bukit Kepong, tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana keadaannya di sana, bertanya dengan orang-orang kampung yang masih segar dalam ingatan mereka tragedi tahun 1950 itu," katanya.

Khalid berkata, sehingga semalam, sebanyak 49 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kawal diet ketika beraya - Zolkples

Posted:

Kawal diet ketika beraya - Zolkples

Kawal diet ketika beraya - Zolkples

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong mengingatkan atlet negara agar mengawal pemakanan pada Aidilfitri yang disambut hari ini.

Beliau berkata, atlet kebangsaan terutamanya yang akan beraksi pada Sukan SEA 2011, November ini perlu bijak menjaga kecergasan diri dengan mengamalkan pemakanan sihat dan diet seimbang.

"Saya harap mereka ini tidak lupa diri apabila menjamah hidangan pada Hari Raya ketika berkunjung ke rumah sanak saudara," katanya.

Zolkples turut meminta atlet yang memandu pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya dan jangan sampai membahayakan diri.

Jelasnya, jika ada atlet yang tercedera, ia akan menyukarkan peluang mereka untuk beraksi pada Sukan SEA, jadi keselamatan diri perlu diberi keutamaan.

"Kepada atlet terutamanya yang akan menyertai Sukan SEA di Indonesia November ini diharap dapat menjaga keselamatan diri, jangan sampai ada yang terlibat dengan kemalangan yang akan menjejaskan persiapan mereka nanti," ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada para atlet, jurulatih, pegawai dan semua warga sukan.

Beliau juga mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54 kepada semua atlet dan warga kerja MSN.

Zolkples memberitahu, MSN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 13 September ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Apek sudah pulangkan cincin tunang

Posted:

Apek sudah pulangkan cincin tunang

Apek sudah pulangkan cincin tunang


Khairul Fahmi (kanan) sewaktu tiba di KLIA, Sepang bersama skuad Olimpik negara dari Slovakia semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH


SEPANG - Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menegaskan masalah luar padang membabitkan dirinya tidak menjejaskan fokus menggalas cabaran negara pada pusingan Kelayakkan Olimpik 2012, bulan depan.

Khairul Fahmi atau Apek yang baru pulang dari menjalani latihan bersama skuad Olimpik di Slovakia kelmarin berkata, dia tahu membezakan antara kerja dengan hal peribadi.

"Waktu saya perlu kerja, saya sentiasa berikan seratus peratus. Masalah luar padang langsung tidak menjejaskan saya," katanya ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Khairul yang menjadi bualan hangat ekoran isu putus tunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, memberitahu masalah itu sudah hampir selesai tetapi belum 'sepenuhnya'.

"Disebabkan keluarga saya jauh di Kelantan, sebelum ke Slovakia lagi saya sudah serahkan cincin pertunangan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur untuk dipulangkan kepada keluarga Elia.

"Pertunangan kami telah diputuskan secara rasmi. Namun masih ada perkara yang perlukan saya selesaikan sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari cuti Hari Raya ini.

"Saya akan pastikan ia diselesaikan dengan cara baik dan tiada lagi masalah berbangkit kerana banyak lagi perkara penting saya perlu fokus, jadi masalah luar padang tidak harus timbul lagi," katanya.

Apek, 21, juga mengakui dia adalah lelaki dalam gambar kontroversi yang memaparkan seorang lelaki dan wanita berpegang tangan dari arah belakang, yang mana lelaki dalam gambar tersebut mirip dia.

Namun Apek mengatakan wanita di dalam gambar tersebut bukan 'orang ketiga' dan tiada kena mengena dengan tindakan mengejut dia memutuskan pertunangan dengan Elia.

Gambar yang tersebar luas di Internet mendakwa ia dirakam ketika pasangan berkenaan bercuti di Universal Studio Singapura baru-baru ini.

Tanpa menghuraikan butiran mengenai wanita tersebut, Apek memberitahu wanita tersebut adalah kenalan rapat di kampung halamannya

"Kami berdua mula rapat sejak timbul masalah saya dengan bekas tunang. Saya perlukan tempat mengadu dan bersamanya saya berasa selesa membincangkan. Dia bukan puncanya," jelas Apek

Sementara itu, pengendali skuad Olimpik, Ong Kim Swee menganggap latihan intensif sebulan di Slovakia berjaya mencapai matlamat.

Dia percaya pengalaman yang ditimba pemainnya memantapkan skuadnya menjelang Kelayakkan Olimpik bermula dengan bertandang ke Jepun 21 September ini.

Kematangan Harimau Muda tampak menyerlah dalam tujuh aksi persahabatan yang diatur menerusi rekod lima kemenangan dan hanya tewas dua kali.

Ia termasuk menang tipis 1-0 ke atas Moldava diikuti Topolcany 2-1; Mikulas 2-1; Dolny Kubin 2-0; dan Levice 1-0. Mereka kecundang kepada kelab Hungary, Budapest Honved 1-4 dan 0-1 kepada kelab Liga Corgon Slovakia, FC Nitra.

"Kita bermain tujuh perlawanan berkualiti dan kompetitif di Slovakia. Semua aksi persahabatan tersebut saya dapat nilai segala kekuatan dan kelemahan kita.

"Pasukan ini semakin matang dan ia ditonjolkan menerusi beberapa kemenangan. Ini merupakan kali ketiga kami berlatih di Slovakia, kalau dahulunya kita sering tewas, kali ini ia tidak sama lagi," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Yoshihiko Noda PM baru Jepun

Posted:

Yoshihiko Noda PM baru Jepun

Yoshihiko Noda PM baru Jepun


Yoshihiko Noda


TOKYO 29 Ogos – Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda dipilih sebagai pemimpin parti pemerintah, Parti Demokratik yang baru, sekali gus menjadi Perdana Menteri Jepun keenam dalam satu pemilihan parti itu, hari ini.

Noda, 54, yang menewaskan Menteri Perdagangan dan Industri, Banri Kaieda dalam pusingan kedua pemilihan tersebut, kini perlu menghadapi cabaran peningkatan semula mata wang yen yang mengancam eksport, membentuk polisi bekalan tenaga baru dan pada masa sama menyelesaikan krisis nuklear ekoran bencana tsunami dan gempa bumi pada Mac lalu.

Menteri Kewangan tersebut menerima 215 undi berbanding Kaieda yang memperoleh 177 undi daripada 392 ahli Parlimen parti itu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai parti selepas kertas undi dimasukkan ke dalam mesin mengira.

Noda dijangka mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan berkenaan di Parlimen esok.

Pemilihan itu berlaku selepas penyandang Perdana Menteri, Naoto Kan pada Jumaat lalu, mengumumkan pengundurannya selepas 15 bulan menjawat jawatan itu.

Sebanyak lima calon termasuk Noda bertanding bagi merebut jawatan tersebut dalam pemilihan yang kira-kira pukul 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) ini.

Antara calon yang bertanding adalah bekas Menteri Luar, Seiji Maehara sehingga minggu lalu dilihat sebagai pilihan rakyat dan dijangka menewaskan pesaing terdekat, Noda.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila pemimpin berpengaruh, Ichiro Ozawa menyatakan beliau akan menyokong Kaieda, menjadikannya pesaing terbaru Maehara.

Bagaimanapun, Kaieda dan Noda menerima undian paling tinggi dalam pusingan pertama pemilihan tersebut hari ini. - Agensi

Taufan Irene ragut 19 nyawa di AS

Posted:

Taufan Irene ragut 19 nyawa di AS

Taufan Irene ragut 19 nyawa di AS


Billy Stinson (kiri) menenangkan anaknya, Erin Stinson ketika mereka duduk di tangga rumah mereka sebelum ia dimusnahkan oleh taufan Irene di Nags Head, North Carolina, kelmarin. - AFP


WASHINGTON 29 Ogos - Taufan Irene yang melanda bandar raya New York kini bergerak ke arah utara New England dalam keadaan kekuatan yang semakin menurun dan diklasifikasikan sebagai ribut tropika.

Taufan tersebut meninggalkan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) di mana ia menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, banjir teruk dan kira-kira 4.5 juta rumah dan pusat perniagaan terputus bekalan elektrik.

Sistem penerbangan, kereta api, rangkaian perkapalan dan pengangkutan lain yang tergendala akibat bencana alam itu berusaha untuk menyambung perkhidmatan mereka semalam tetapi dijangka semuanya akan kembali seperti biasa seawal Selasa ini.

Banjir, kerosakan akibat angin kuat dan bekalan elektrik yang terputus akibat Taufan Irene itu menghalang usaha untuk memulihkan kembali semua sistem bagi berpuluh juta penduduk terutamanya di New York, di mana lapangan terbang dan laluan bawah tanah masih ditutup.

Washington dan Philadelphia pula sudah mula menjalankan operasi penerbangan mereka melihat langit yang kembali cerah di sana.

Menurut jurucakap US Airways, Todd Lehmacher, mereka kini fokus untuk mencapai sasaran menjalankan operasi seperti biasa pada hari Selasa.

"Kami memerlukan masa untuk memulihkan sistem seperti biasa dan berharap boleh memulakannya secara terhad hari ini di lapangan-lapangan terbang itu," katanya,

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, kesemua tiga buah lapangan terbang di New York beroperasi pagi ini.

Pegawai New York tidak dapat memberi maklumat bila sistem laluan bawah tanah yang merupakan terbesar di negara itu akan dibuka sepenuhnya kembali. - Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul

Posted:

Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul

Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


DALAM usianya yang mencecah 75 tahun, Ahmad Jais masih segak dan sihat untuk terus menyanyi.


CUKUP ralit mendengar perbualan dua seniman ini seusai sesi fotografi yang berlangsung di Panggung Anniversary, di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Banyak sungguh yang dibualkan bagaikan dua sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu. Lebih-lebih lagi, pemilihan lokasi juga membuatkan mereka membuka cerita lama masing-masing.

"Lama juga tidak berkunjung ke sini. Teringat zaman dulu sewaktu membuat persembahan di sini. Pernah juga saya berkongsi pentas dengan abang Ahmad Jais," kata Ramli Sarip sambil melihat sekeliling panggung terbuka yang sudah berubah wajah itu.

Sambil mengangguk tanda setuju, Datuk Ahmad Jais pula membuka ceritanya.

"Di panggung inilah juga, ia menjadi pentas untuk ramai artis mempromosikan album dan membuat persembahan.

"Pernah satu ketika, Panggung Anniversary begitu meriah dikunjungi peminat yang memenuhi setiap sudut di sini semata-mata mahu menonton persembahan artis hampir setiap minggu.

"Saya sendiri berpeluang beraksi di panggung yang cukup masyhur ini," katanya yang cukup segak berpakaian baju batik berlengan panjang dengan sepatu hitam bertumit yang menjadi identitinya itu.

Namun, yang cukup menarik perhatian apabila Ahmad Jais dan Ramli Sarip cukup rancak bercerita tentang kenangan raya masing-masing sewaktu menetap di Singapura.

Bertepatan dengan sambutan Syawal 1432 Hijrah hari ini, sesungguhnya baik Ramli mahupun Ahmad Jais, kedua-duanya mempunyai cerita dan makna sendiri apabila memperkatakan tentang sambutan Aidilfitri.

Sambutan Aidilfitri umpama pesta

Posted:

Sambutan Aidilfitri umpama pesta

Sambutan Aidilfitri umpama pesta

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


RAMLI Sarip akan muncul dengan album terbaru selepas Aidilfitri ini.


DILAHIRKAN di Bukit Cantik, Singapura pada 15 Oktober 1952, nostalgia meraikan Syawal di tanah kelahirannya itu membawa seribu satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Masih segar dalam ingatan anak seni berusia 58 tahun ini bagaimana dia bersama teman sepermainan begitu teruja menyambut kedatangan Syawal.

Kata Ramli Sarip, itulah kelebihan dan keistimewaan apabila tinggal di kampung di mana suasana harmoni serta muhibbah cukup tebal dalam diri masing-masing.

Walaupun ketika itu kampungnya yang terletak di Lorong Camar berhampiran Bukit Timah tiada kemudahan air paip bersih dan elektrik, ia bukan penghalang untuk Ramli menyambut Aidilfitri dengan meriah.

"Ketika itu jugalah, kami sibuk mencari batang buluh untuk bermain meriam buluh. Apabila mendengar dentuman yang kuat itu, terasa hati ini cukup bangga. Mana tidaknya, ia bagaikan memberi isyarat bahawa Syawal akan menjelang tidak lama lagi.

"Perubahan demi perubahan berlaku dalam kampung saya sehinggalah kami dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang sempurna apabila kemudahan sudah disediakan.

"Detik yang saya tidak akan lupa apabila rumah saya sendiri menjadi pusat berkumpul pada pagi 1 Syawal memandangkan arwah ayah saya adalah ketua kampung di situ.

"Dengan tugas ayah saya yang juga merupakan seorang imam dan amil, secara tidak langsung juga memberi peluang kepada penduduk kampung mengeratkan silaturahim sesama kami," cerita suami kepada Sapiah Omar dan bapa kepada seorang cahaya mata, Zaheera, 32, ini bersungguh-sungguh.

Perubahan hidup

Dalam masa yang sama, dilahirkan dalam keluarga besar juga memberi peluang kepadanya untuk menikmati sambutan Syawal dengan penuh makna.

Kemeriahan dan kekecohan ibu dan adik-beradik lain di dapur menyediakan juadah manakala ada yang sibuk membersihkan rumah serta membuat persiapan lain cukup membuat Aidilfitri begitu simbolik sekali untuk Ramli.

"Antara hidangan yang cukup saya tunggu untuk dinikmati adalah kuah lodeh, sambal kacang dan ketupat istimewa yang begitu istimewa sekali pembuatannya.

"Saya sendiri tidak tahu apakah rahsia abang ipar saya dalam membuat ketupat tersebut kerana ia begitu berbeza dengan mana-mana ketupat yang pernah saya nikmati sebelum ini.

"Tekstur nasinya sangat lembut sehinggakan ia tidak puas untuk dimakan sekali sahaja," kata Ramli yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik itu lagi.

Namun, semakin usianya meningkat dan menginjak fasa dewasa, Ramli merasakan penghayatan sambutan Syawal itu sudah mula berubah.

Entah mengapa, Ramli merasakan Syawal lebih bermakna apabila dia dapat menyempurnakan puasa enam yang cukup besar fadilat dan pahalanya.

"Kegembiraan menyambut Syawal itu mungkin lebih kepada kanak-kanak dan remaja tetapi untuk orang dewasa seperti saya, ia lebih kepada kerohanian serta spiritual," ujarnya dengan maksud yang mendalam.

Kagum dengan Ahmad Jais

Berpeluang digandingkan dengan Datuk Ahmad Jais dalam sesi fotografi ini membuatkan Ramli benar-benar rasa bangga dan terharu.

Bayangkan, selepas berpuluh-puluh tahun menyanyi, belum pernah dia disatukan dengan seniman yang cukup diminatinya dalam mana-mana fotografi.

Hanya pernah bertemu dalam persembahan pentas, ternyata Ramli begitu kagum dengan Ahmad Jais yang disifatkannya sebagai biduan yang tiada tandingan.

"Suara yang dimiliki oleh beliau memang unik dan hanya satu dalam sejuta. Jiwa Melayu sangat tebal lalu menjadikan setiap lagu nyanyiannya penuh dengan jiwa yang mampu mengusik hati kita.

"Walaupun memulakan kariernya dalam era 60-an, bagi saya Ahmad Jais adalah penyanyi pop Melayu yang unggul. Sehingga ke hari ini pun, suaranya masih diminati.

"Sehinggakan saya sendiri sukar untuk memilih lagu nyanyiannya yang menjadi kegemaran saya. Boleh dikatakan, semuanya menjadi pujaan hati saya," kata Ramli sambil tersenyum.

Menyentuh tentang perkembangan seninya pula, Ramli mengkhabarkan dia akan mengeluarkan album khas seperti Mutiara Zaman tidak lama lagi.

Namun, kali ini album itu akan menghimpunkan semua lagu-lagu kerohanian yang pernah dihasilkannya sejak dari zaman Sweet Charity lagi.

Selain itu, Ramli yang juga akan sibuk membuat persiapan bagi Konsert 2 Raksasa selepas Aidilfitri ini juga akan muncul dengan sebuah album baru.

"Album ini telah dirakamkan sekitar tahun 1999 namun ia tidak pernah dipasarkan atas sebab-sebab tertentu.

"Ia mengandungi tujuh buah lagu baru yang dirakamkan secara langsung di Studio Synchrosound. Kami akan memperbaiki apa yang patut untuk album itu sebelum dipasarkan nanti," kata penyanyi yang masyhur dengan lagu Bukan Kerana Nama dan Teratai ini lagi.

Sebelum mengundurkan diri, Ramli mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua peminatnya dan pembaca setia Utusan Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Hari keluarga besar Malaysia

Posted:

Hari keluarga besar Malaysia

Hari keluarga besar Malaysia

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Pertamanya, segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal.

Maka, dengan tibanya fajar Syawal yang mulia, umat Islam hari ini dengan penuh rasa kesyukuran menyambut satu kemenangan mujahadah yang tertinggi pengertiannya seperti disifatkan oleh Rasulullah SAW yakni jihad bagi melawan nafsu.

Pada tahun ini, ditakdirkan sesuatu yang bitara dan unik, sebagai rakyat Malaysia kita bertuah dapat menyambut gema Aidilfitri berselang sehari dengan ulangtahun sambutan kemerdekaan negara yang ke-54.

Kedua-dua perayaan ini mempunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi.

Pucuk pangkalnya, rakyat Malaysia yang berlainan agama, anutan dan kepercayaan mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Hakikat bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Jelas sekali, kita ibarat sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik dan kegoncangan ekonomi yang bertali arus.

Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau "bailout", sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada 1.4 juta kakitangan awam yang menelan belanja RM2 bilion menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Sungguhpun demikian, kita tidak boleh sekali-kali terbuai dan berpuas hati dengan ehwal kejayaan tersebut. Untuk itu, sepanjang tempoh dua tahun yang lepas, pancang-pancang telah dipasak oleh kerajaan bagi memastikan penciptaan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat.

Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera di mana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak.

Peri pentingnya, setiap seorang daripada kita hendaklah mengetahui bahawa, matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional semenjak negara mencapai kemerdekaan.

Dari itu, sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, lagi prihatin terhadap kegundahan serta resah gelisah warganya dan memahami kebimbangan mereka, kita sedar tentang fenomena kos kehidupan semakin meningkat sekali gus kita maklum terhadap harga bahan makanan yang semakin naik. Lantaran itu, kerajaan telah dan akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok keadaan ini secara berperingkat serta menyeluruh demi kepentingan rakyat.

Pokoknya di sini, sekalipun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun sebagai kerajaan bertanggungjawab kita tidak akan berpaling daripada menghadapi sebarang cabaran. Misalannya, sebagai langkah awal kita telah menjadikan matlamat menangani kos kehidupan yang semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang terbaru.

Satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang juga telah ditubuhkan dengan dipengerusikan sendiri Timbalan Perdana Menteri. Sememangnya, langkah-langkah ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.

Selain itu, kerajaan akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung. Ini terutamanya, subsidi bahan makanan yang terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula. Begitu juga bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fiskal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan.

Sehubungan itu, baru-baru ini saya telah mengumumkan beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung. Antaranya, Kedai Rakyat 1Malaysia di mana barang-barang keperluan berjenama 1Malaysia mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

Di klinik-klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran seringgit dan yang mutakhir melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau singkatannya Kar1sma sejumlah RM1.4 bilion akan diperuntukan kepada 500,000 warga emas, orang kelainan upaya, ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.

Sesungguhnya, usaha kerajaan tidak terhenti sekadar itu sahaja. Selanjutnya, insya-Allah melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober nanti, saya akan mengumumkan pula langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang.

Beringatlah yakni semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal lestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara.

Oleh yang demikian, kita dengan ini menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang pernyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekeh pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka. Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional.

Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap nubari kita.

Bertolak dari situ, pada hemah saya, dua sambutan yang bersesekali ini sewajarnya membawa makna dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi kepada Malaysia yang makmur, bebas dari sebarang ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan sama ada keselamatan diri kita mahupun keluarga di samping dapat meraikan hari-hari kebesaran sebegini dalam keadaan kecukupan dan kelimpahan.

Kata orang dulu-dulu, sempena hari baik bulan baik ditambah pula hembusan Merdeka, kita buanglah yang keruh, kita ambil yang jernih. Di musim perayaan ini, marilah kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar Malaysia supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seantero dunia.

Lantas, sempena bulan yang mulia dan semangat sambutan Hari Kebangsaan ini, ayuhlah kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka.

Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing. Di sinilah tergubah dan terlukisnya sebuah citra Malaysia yang kita damba-dambakan.

Akhir kata, saya dengan rasa kerendahan hati bagi pihak diri, isteri, anak-anak dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini menyusun jari nan sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan.

Turut dihulurkan salam istimewa Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia dimana jua tuan-tuan dan puan-puan berada. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kita semua.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar

Walillah hil Hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan.

Aidilfitri dan Merdeka

Posted:

Aidilfitri dan Merdeka

Aidilfitri dan Merdeka

TAN SRI ROZALI ISMAIL ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad

BAGI rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, 31 Ogos tahun ini merupakan tarikh yang amat signifikan dan istimewa kerana berlakunya tiga peristiwa penting iaitu berakhirnya Ramadan, ketibaan 1 Syawal dan sambutan Hari Kemerdekaan negara.

Ramadan amat ditunggu oleh umat Islam dengan rasa kesyukuran kerana bulan ini penuh dengan keberkatan manakala berakhirnya Ramadan meninggalkan rasa sedih kerana tempoh kurniaan dan ganjaran besar daripada Allah SWT telah sampai penghujungnya dan mungkin Ramadan kali ini merupakan yang terakhir bagi mereka.

Kedatangan 1 Syawal pula sememangnya dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia sebagai menandakan hari kemenangan setelah sebulan melawan hawa-nafsu dan godaan.

Ketibaan bulan ini turut mengingatkan tentang sejarah kebangkitan Islam pada tahun 624 Masihi di mana buat pertama kalinya Nabi Muhammad SAW. bersama sahabat dan pengikut baginda meraikan Aidilfitri selepas mencapai kemenangan dalam Perang Badar. Peperangan tersebut amat bermakna dalam sejarah awal Islam sebagai titik permulaan perjuangan umat Islam menentang kafir Quraish di Mekah.

Bagi kita umat Islam di Malaysia, Aidilfitri memberi makna lebih mendalam. 1 Syawal yang jatuh pada 31 Ogos juga memberi erti besar bukan sahaja kepada umat Islam tetapi rakyat keseluruhannya di mana ia turut dinanti bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan negara.

Dari sudut sejarah, kemerdekaan boleh dikaitkan dengan sistem perhambaan dan memerdekakan hamba yang menjadi fenomena zaman purba. Sistem hamba wujud dalam pelbagai budaya dan tamadun, seperti di Mesir, Yunani, Rom, Afrika dan negara- negara selatan Amerika di mana hamba tidak diberi sebarang hak kemanusiaan dan boleh diperlakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pemiliknya.

Kedatangan Islam telah membantah sebarang penindasan terhadap hamba. Malah Islam menyamaratakan status manusia sama ada dari kalangan atasan, hamba, bangsa atau kaum. Islam menghapuskan sistem perhambaan dan menjadikan hamba itu merdeka sebagai insan di bumi Allah. Yang membezakan mereka adalah keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Yang Maha Esa.

Bagi umat Islam di Malaysia, tiga peristiwa penting yang berlaku pada tarikh 31 Ogos tahun ini seharusnya memberi iktibar dan kesedaran untuk bermuhasabah semasa memperingati dan menyambut ketiga-tiga peristiwa tersebut.

Adakah Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu? Kita dituntut melakukan ibadah berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keikhlasan dan keimanan. Pada bulan ini setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan tetapi persoalannya apakah kita telah mengambil kesempatan ini sebaik- baiknya dan menunaikan ibadah dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan.

Dan adakah sambutan Aidilfitri tahun ini membawa apa-apa erti kepada rakyat dan negara - Tibanya 1 Syawal, seluruh umat Islam di dunia menyambut Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Aidilfitri melambangkan satu kejayaan. Ia melambangkan satu amanah dan mengajar kita supaya bersatu. Dengan kata lain, Aidilfitri memberi seribu erti kepada umat Islam.

Umat Islam di negara ini dituntut untuk memupuk perpaduan sesama mereka sewaktu merayakan hari kemenangan ini dengan menziarahi bukan hanya saudara-mara tetapi sahabat handai sambil bermaaf-maafan. Sudah menjadi kelaziman dan budaya kita Aidilfitri turut disambut oleh kaum lain di negara ini sebagai tanda muhibbah dan rasa hormat terhadap rakan yang beragama Islam.

Semangat setiakawan inilah yang menjadi asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara yang kita kecapi sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Asas kukuh ini menjadi paksi dan jaminan bukan sahaja kepada kesejahteraan dan keselamatan negara tetapi kemajuan serta dan pertumbuhan ekonomi sejak 1957.

Pelbagai program dan rancangan diperkenalkan oleh kerajaan sejak pemerintahan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bagi memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat sehinggalah ke hari ini dimana pelan tindakan ekonomi seperti Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi dilaksanakan bagi tujuan tersebut. Tidak ketinggalan, program dan rancangan menyatupadukan rakyat negara ini seperti Konsep 1Malaysia.

Apakah erti kemerdekaan sebenarnya? Bermula dengan era Dol Said, Datuk Maharajela Lela hinggalah sampai ke tangan Tunku Abdul Rahman, akhirnya, dengan rahmat Allah, Tanah Melayu dimerdekakan dalam suasana penuh aman tanpa sedikit pertumpahan darah berlaku.

Sudah 54 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan, namun persoalannya, adakah kita sudah benar-benar merdeka? Dalam erti kata lain, merdekakah kita? Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya.

Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini sejak dari dulu hingga sekarang, tidak berhenti-henti berjuang hanyalah untuk mencapai sesuatu yang dinamakan kemerdekaan. Tetapi hingga kini, masih ramai di kalangan bangsa yang masih belum kenal erti kemerdekaan. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan. Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk beragama.

Adalah menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Kemerdekaan adalah sebuah perjalanan yang panjang, berliku dan tak berpenghujung. Akan tetapi, sesuatu bangsa akan berjaya jika ia gigih menempuh ranjau, bijak menawan selekoh, tahan meredah cuaca dan matang menerjang lumpur.

Kita perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah, kita telah sama-sama melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar kita saling menikmati erti kemerdekaan, aidilfitri dan semangat persaudaraan.

Kita sudah melangkah ke era pembangunan yang pesat. Disebabkan oleh industrialisasi, globalisasi dan peluang-peluang pekerjaan, ramai antara kita yang berhijrah ke bandar besar untuk mencari rezeki. Akibatnya, tidak ramai yang masih tinggal di kampung untuk meneruskan tradisi ibu bapa dan datuk nenek kita. Hubungan persaudaraan antara kita semakin jauh dan renggang disebabkan oleh perbezaan pendapat, prinsip dan status.

Kurangnya interaksi menyebabkan sikap kita turut berubah dan kurangnya perasaan hormat-menghormati serta semangat kekeluargaan di zaman yang serba moden ini. Akan tetapi saya percaya, kita masih ada harapan mengubah keadaan ini kepada ikatan persaudaraan dan perpaduan lebih erat di kalangan kita.

Di Malaysia, penduduk bumiputera mencapai pembangunan yang pesat daripada Dasar Ekonomi Baru. Taraf hidup dan tahap pendapatan kita telah meningkat. Anak-anak kita ramai yang menjadi ahli-ahli professional dan usahawan berjaya. Bagaimanapun, saya bimbang dengan tren perubahan sekarang ini. Orang Melayu dan bumiputera semakin sibuk dan kurang berinteraksi. Kita tidak bersatu, malah kita semakin mementingkan kebendaan dan diri sendiri.

Jika kita imbau era pra-merdeka, kita menginsafi keperitan hidup nenek-moyang kita semasa penjajahan. Perjuangan dalam 'controlled economy' yang ditadbir oleh penjajah, kita menjadi hamba kepada orang lain di tanah air kita sendiri. Mereka maju dan makmur dengan menjalankan perniagaan dan mengaut kekayaan melalui sumber-sumber asli di negara ini tetapi orang Melayu tetap menjadi penghuni yang miskin.

Perdagangan di pelabuhan Tanah Melayu berkembang maju tetapi kita hanyalah kuli dan petani miskin. Kehidupan ketika itu sangat daif dan masyarakat hidup dalam kemiskinan dan kepayahan.

Selepas perjuangan dan pengorbanan yang lama, akhirnya kita mengecapi kemerdekaan dan bebas daripada 'diperhambakan' oleh penjajah. Tetapi kedaulatan bukan hanya setakat dibebaskan. Ia bermakna bebas berfikir dan bertindak dan keadilan without fear and favor.

Walaupun kita maju dan moden tetapi ancaman perhambaan masih wujud. Globalisasi merupakan perhambaan bentuk baru bagi negara-negara membangun yang ingin keluar daripada 'perangkap ekonomi berpendapatan sederhana'. Malaysia tidak terkecuali.

Dengan menjadikan ekonomi kita bergantung kepada perdagangan dan pelaburan negara maju, kita sebenarnya dipaksa tunduk kepada kuasa lain. Misalnya, negara maju boleh mengenakan sekatan tarif dan bukan- tarif ke atas barangan eksport kita. Mereka juga boleh bertindak memindah keluar pelaburan mereka di negara ini ke negara lain. Akibatnya, ekonomi negara kita akan terjejas dan rakyat menjadi miskin.

Ketika Malaysia sedang berada di persimpangan transformasi ekonomi, kita perlu sensitif kepada cabaran yang bakal melanda ekonomi kita dan merangka dasar-dasar bagi mengimbangi kesan globalisasi, liberalisasi, regionalisasi dan dunia digital. Kita tidak boleh bertindak bersendirian tetapi secara kolektif. Namun usaha perlu dilakukan, kalau tidak saya khuatir kita akan kembali kepada keadaan di mana kita akan tunduk kepada kuasa lain!

Marilah kita mulakan 1 Syawal ini dengan satu tekad untuk bersatu dan mengeratkan tali persaudaraan kita sebagai satu ummah sebagaimana dituntut Islam. Salam Aidil Fitri dan Selamat Hari Merdeka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Teknologi eratkan silaturrahim

Posted:

Teknologi eratkan silaturrahim

Teknologi eratkan silaturrahim

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar AIZZUL A. MAJID


Suasana gembira Ahmed Nasir Abdul Hamed, isteri, Hasiah Yacob dan empat lagi anak-anaknya ketika menyampaikan ucapan hari raya menggunakan Internet.


LIRIK lagu nyanyian Black Dog Bone ini pasti menyentuhkan hati para perantau yang berada jauh dari keluarga, lebih-lebih lagi ketika kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

Hati mana yang tiak tersentuh setelah sebulan menunaikan ibadah Ramadan, tetapi tidak berpeluang merasai nikmat beraya bersama keluarga.

Lagi pula bukan semua dapat pulang menikmati kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga kerana tuntutan tugas dan atau mencari ilmu di negara orang.

Begitu juga dengan kisah lima beradik yang berkelana mencari ilmu di tanah Arab.

Mereka yang dimaksudkan ialah Ahmed Norzaidi Ahmed Nasir, 28, Ahmed Ghazali, 24, Ahmed Zakwan, 23, Ahmed Fakhruddin, 20 dan Ahmed Zulhilmi, 18.

Zaidi, Zakwan dan Fakhruddin kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir manakala Ghazali berada di Mekah dan Zulhilmi pula sedang belajar di Universiti Mu'Tah, Jordan.

Sudah tentu bagi mereka berlima, hari yang ditunggu-tunggu itu amat bermakna. Jika ada kesempatan pastinya mereka juga ingin pula ke kampung supaya dapat mengucup tangan kedua-dua ibu bapa di pagi hari raya.

Tetapi tanggungjawab untuk mencari ilmu mengatasi segalanya. Namun, itu tidak bermakna Aidilfitri yang datang hanya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa makna.

Bezanya Aidilfitri mereka dirayakan secara maya dengan kemudahan Internet menjadi penghubung mereka adik beradik serta ibu bapa di tanah air.

Bapa mereka, Ahmed Nasir Abdul Hamid, 57, mengakui tidak pernah memaksa anak-anaknya memilih tempat tertentu untuk belajar atau bidang pengajian yang diminati.

Begitupun, kelima-lima anak daripada sembilan adik-beradik itu memilih untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Ibu mereka, Hasiah Yacob, 58, turut merelakan pemergian mereka demi masa depan masing-masing.

Tetapi berjauhan tidak bermakna mereka tidak berhubungan. Teknologi Internet membolehkan Ahmed Nasir dan Hasiah sentiasa dekat dengan anak-anak mereka di luar negara.

Sejak 10 tahun lalu kata Ahmed Nasir, apabila anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke Mesir kemudahan teknologi itu menjadi penghubung setia beliau dengan anaknya.

"Saya mula berhubung dengan cara ini sejak 10 tahun lalu, apabila anak saya yang sulung ke Mesir, kemudian diikuti anak-anak yang lain. Mula-mula sedih juga, tapi kini sudah biasa.

"Bagi menghilangkan rasa rindu, saya berhubung dengan mereka menggunakan kemudahan teknologi hari ini iaitu aplikasi Internet seperti Yahoo Messenger ataupun Skype.

"Kalau berhubung menggunakan telefon sudah tentu ia menelan belanja yang besar. Tetapi dengan Internet membolehkan kami berhubung bila-bila masa yang kami kehendaki secara langsung dan serentak. Pada masa sama ia lebih murah," jelasnya ketika ditemui Mega, Utusan Malaysia di kediamannya di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Teknologi mendekatkan

Beliau berkata, teknologi moden banyak membantunya menghilangkan rasa rindu terhadap anak-anak yang jauh di mata.

Malah ia seolah-olah dapat melihat anak-anaknya di hadapan mata sendiri.

"Walaupun jarak kami jauh beribu batu, kami tetap dapat bersua walaupun bukan dalam keadaan nyata. Malah telah menjadi kebiasaan untuk menghubungi mereka pada malam dan pagi raya.

"Biarpun suasana beraya di alam maya berlainan, sedikit sebanyak rasa sedih berkurangan. Saya rasa seolah-olah mereka masih berada dekat dengan saya," katanya yang merupakan pesara guru.

Menurutnya, oleh kerana tiket kapal terbang menelan belanja yang besar sekitar RM2,500 hingga ke RM3,000, beliau telah berpesan terlebih dahulu kepada anak-anaknya sebelum berangkat ke tanah Arab yang beliau tidak berkemampuan untuk mengirim wang bagi membolehkan anak-anaknya pulang setiap tahun.

Sebab itu mereka dibekalkan sebuah komputer riba untuk memudahkan berkomunikasi.

"Kalau boleh saya mahu mereka belajar dalam negara, kerana sebelum ini ada di antara mereka menerima tawaran ke Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

"Tapi itu pilihan mereka untuk belajar di sana. Mungkin kerana mereka ingin meringankan beban kewangan kami kerana di Universiti Al-Azhar, mereka tidak dikenakan yuran pengajian dan mereka belajar secara percuma.

"Mereka cuma dikenakan sedikit yuran pendaftaran dan peperiksaan sebanyak RM60 setahun tetapi di Jordan, yuran pengajian lebih tinggi sebanyak RM3,000 setahun manakala belajar di Mekah pula percuma," katanya.

Beliau berkata, kos perbelanjaan yang dikirim olehnya hanya sekitar RM400 sebulan sudah mencukupi buat anak-anaknya membeli peralatan belajar, makan, minum dan membayar sewa tempat tinggal.

Selain itu, kemudahan penginapan yang disediakan oleh Dewan Malaysia Abbasiyyah di Kaherah dan Dewan Malaysia yang terdapat di negara tersebut amat membantu kerana sewanya lebih murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat penginapan yang lain.

Dengan Internet juga kata Ahmed Nasir, beliau sentiasa dapat mengetahui perkembangan anaknya di Mesir terutama ketika pergolakan bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak baru-baru ini.

"Saya bersyukur, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika berhadapan dengan detik paling mencemaskan ketika terperangkap dalam rusuhan," kata Ahmed Nasir.

Kanta lekap selesa di Hari Raya

Posted:

Kanta lekap selesa di Hari Raya

Kanta lekap selesa di Hari Raya

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SAFRIZAL AZMI


Kanta lekap Acuvue Advance Plus yang lebih selesa.


BAGI mereka yang memakai cermin mata pasti teringin bergaya tanpa kaca mata pada hari raya ini. Sudah tentu inilah masa yang paling sesuai untuk mencuba menggunakan kanta lekap.

Namun sekiranya anda sudah lama mempertimbangkan untuk menggunakan kanta lekap sebaiknya mengambil kira keselesaan sebagai aspek utama

Dengan perkembangan teknologi dan permintaan pengguna, kanta lekap telah melalui evolusi.

Bermula dengan kanta perspektif keras yang tidak selesa dan hanya boleh dipakai untuk beberapa jam sahaja, kini ia lembut, licin, boleh 'bernafas' dan boleh dipakai sepanjang hari.

Pengurus Besar Johnson & Johnson Vision Care, Asia Tenggara, Stanford Guo berkata, pihaknya turut mengadakan kaji selidik untuk mengenal pasti keperluan penggunaan kanta lekap di kalangan pengguna kaca mata di Malaysia.

"Kajian yang kami buat menunjukkan bahawa enam daripada 10 pemakai kaca mata mempertimbangkan untuk memakai kanta sentuh," ujarnya pada majlis pelancaran Acuvue Advance Plus di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, kebanyakan pengguna kini mula sedar akan kebaikan memakai kanta lekap.

Maklumat yang diperoleh daripada kajian tersebut turut membuktikan bahawa pemakaian kanta lekap membuatkan individu itu terasa lebih bebas dan lebih berupaya.

Mereka juga bebas melakukan apa jua aktiviti tanpa sebarang halangan.

Bagaimanapun berdasarkan kajian yang sama, mereka yang memakai cermin mata sepenuhnya masih merupakan majoriti iaitu 57 peratus.

Manakala yang berselang seli menggunakan cermin mata dan kanta lekap pula adalah sebanyak 38 peratus dan hanya lima peratus sahaja yang menggunakan kanta lekap sepenuhnya.

"Daripada hasil kaji selidik yang dibuat kami mendapati bahawa golongan yang sepenuhnya memakai cermin mata ini, tidak mahu mencuba memakai kanta lekap kerana mempunyai perasaan bimbang dan takut berasa tidak selesa selepas menggunakannya," ujarnya.

Menurut Guo lagi, kanta lekap dua minggu Acuvue Advance Plus yang telah dipertingkatkan dengan Hydraclear itu telah direka khas untuk mengatasi kegusaran mereka yang ingin mencuba memakai kanta lekap untuk kali pertama.

"Kanta lekap ini mempunyai ciri 3D comfort yang mengoptimumkan keselesaan dalam tiga dimensi bagi pengguna baru dari hari pertama hinggalah hari ke-14, sepanjang hari," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kerajaan kaji hapus tol Batu 11

Posted:

Kerajaan kaji hapus tol Batu 11

Kerajaan kaji hapus tol Batu 11

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Plaza Tol Batu 11 , Lebuhraya Cheras-Kajang, Kajang yang mengenakan bayaran RM1 diminta dihapuskan oleh UMNO Bahagian Hulu Langat.


KAJANG 28 Ogos – Permintaan penduduk Kajang agar kutipan tol di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang dihapuskan sedang dikaji oleh kerajaan.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz ketika memaklumkan perkara itu berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telah memanggil Kementerian Kerja Raya untuk mengkaji penutupan salah satu daripada dua plaza tol yang terdapat di lebuh raya tersebut.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan syarikat Grand Saga Sdn. Bhd. selaku pemegang konsesi lebuh raya berkenaan turut telah dipanggil berbincang mengenai cadangan itu.

"Melihat kepada perkembangan yang sangat positif ini, keputusan mungkin akan diperoleh secepat mungkin dan hajat penduduk untuk melihat plaza tol ini ditutup mungkin akan terlaksana," katanya.

Tambahnya, Barisan Nasional Hulu Langat telah lama memperjuangkan agar salah satu daripada dua plaza tol di lebuh raya itu ditutup bagi meringankan perbelanjaan rakyat yang berulang alik antara Kajang dan Kuala Lumpur.

Ujarnya, kewujudan dua buah plaza tol dalam jarak yang terlalu hampir di lebuh raya itu adalah sesuatu yang tidak rasional dan sangat menyusahkan pengguna.

"Bayangkan mereka harus membayar dua kali untuk perjalanan sejauh hanya dua kilometer di mana setiap plaza tol yang berdekatan itu mereka harus membayar RM0.90 dan RM1.

"Plaza tol ini sudah wujud sejak 12 tahun lepas. Sejak itu penduduk berasa sangat terbeban membayar tol yang dilihat sangat tidak berbaloi. Cukuplah sekadar satu plaza tol di situ," katanya.

Sementara itu, tambahnya, beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinannya untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

22,000 ayam, 200 lembu untuk penduduk

Posted:

22,000 ayam, 200 lembu untuk penduduk

22,000 ayam, 200 lembu untuk penduduk

TANJUNG KARANG 28 Ogos - Bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut Selasa ini, UMNO Tanjung Karang mengagih-agihkan barang makanan untuk dijadikan juadah hari raya kepada 11,000 keluarga di seluruh kawasan Parlimen itu.

Barang makanan yang diagihkan ialah 22,000 ekor ayam proses (dua ekor untuk setiap rumah), 200 ekor lembu (agihan mengikut jumlah penduduk kampung), dan 11,000 kampit beras lima kilogram (satu kampit setiap rumah).

Setiap keluarga turut menerima masing-masing satu kilogram minyak masak, gula dan tepung.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, selain memeriahkan kedatangan Syawal, sumbangan tersebut diberikan untuk mengeratkan silaturahim di antara penduduk di Parlimen itu yang menyambut Aidilfitri.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sumbangan kali ini juga melibatkan semua penduduk tanpa mengira fahaman politik dan taraf hidup.

"Jika dulu kita pilih mereka yang memerlukan seperti ibu tunggal dan keluarga yang miskin, tapi kali ini kita beri kepada semua kerana ada juga keluarga yang bukan kategori miskin iaitu golongan pertengahan yang sebenarnya hidup hanya cukup-cukup makan.

"Jadi kali ini saya mahu semua orang menerimanya dan sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat meringankan beban mereka dan menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan 200 penduduk Kampung Sri Tiram Jaya bergotong-royong membungkus barang mentah untuk diagihkan ke rumah-rumah di Masjid Kampung Sri Tiram Jaya di sini pagi ini.

Noh kemudian melawat ke tempat agihan barang mentah di Kampung Sungai Kajang di mana lebih 500 penduduk kampung berbaris untuk mengambil sumbangan.

Tambah Noh, program seperti ini dapat memupuk sikap bergotong-royong antara penduduk dan yang menariknya mereka mengenepikan fahaman politik dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bersama pantau harga barang

Posted:

Bersama pantau harga barang

Bersama pantau harga barang

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my

MUAR 28 Ogos - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri meminta orang ramai untuk sama-sama memantau dan memastikan semua peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa pada tahun ini.

Pengarahnya, Che Halim Abd. Rahman berkata, skim kawalan ditetapkan dari 23 Ogos hingga 6 September ini memerlukan kerjasama masyarakat untuk penyaluran maklumat serta membolehkan penguatkuasaan dilakukan.

"Kita mempunyai ramai pemerhati di pasar termasuk pegawai penguat kuasa, Gerakan Pengguna Daerah dan Rakan Pengguna.

"Selain itu, kita meminta orang ramai supaya turut membuat aduan jika ada peniaga tidak mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan itu," katanya semasa mengadakan pemeriksaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2011 di Pasar Maharani di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Salleh.

Che Halim berkata, orang ramai boleh mengemukakan aduan di semua cawangan pejabat itu di 10 daerah di negeri ini atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800.

Beliau memberitahu, sebanyak 20 jenis barangan harga terkawal dikuatkuasakan selama 15 hari sempena sambutan Aidilfitri mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Antaranya ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan pedal), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan pedal), telur ayam gred A, B dan C.

Turut disenaraikan adalah daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import (India), kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji (peringkat borong saja), kelapa parut (peringkat runcit saja), kacang tanah import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), bawang besar import dan ikan kembung.

Menurutnya, menerusi pelaksanaan skim tersebut, peniaga perlu mempamerkan tanda harga dengan menggunakan tanda harga merah jambu dan jika gagal berbuat demikian boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan dilakukan perseorangan, manakala bagi kesalahan dilakukan syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.

Katanya, peniaga yang didapati menjual barangan melebihi harga yang ditetapkan boleh didenda sehingga RM100,000 atau sehingga tiga tahun penjara atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan oleh syarikat pula membabitkan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Murid cacat penglihatan rindu masakan ibu

Posted:

Murid cacat penglihatan rindu masakan ibu

Murid cacat penglihatan rindu masakan ibu

JOHOR BAHRU 28 Ogos - "Saya sangat rindu masakan ibu." Bicara itu sering dilontarkan sebilangan besar murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di sini apabila ditanya soal berpuasa berjauhan daripada keluarga tersayang.

Malah, biarpun mengalami cacat penglihatan, 60 murid sekolah berkenaan tidak terlepas peluang mengerjakan rukun Islam ketiga itu dengan penuh rasa syukur.

Dalam kegembiraan itu, terdetik jua rasa rindu terhadap keluarga tercinta apatah lagi apabila ada yang berbicara indahnya menyambut Ramadan bersama keluarga.

Bagi Nor Zafina Amsa Zainal, 12, biarpun sudah empat tahun berpuasa tanpa keluarga, rindunya terhadap masakan ibu cukup tinggi.

"Ramadan pertama di sini sedih juga sebab jauh daripada keluarga. Indahnya bulan puasa bagi saya apabila kami sekeluarga dapat berbuka bersama dan ibu menyediakan nasi ayam kegemaran saya sebagai juadah berbuka.

"Tetapi sekarang, perasaan itu sedikit sebanyak hilang kerana saya ada rakan yang sering mendapat jemputan berbuka puasa di hotel-hotel di bandar raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Berlainan dengan Mohd. Aiman Mohd. Nizam, 8, apabila tahun ini merupakan kali pertama dia berpuasa sendirian.

Baginya, masakan ibu walaupun ringkas seperti telur goreng tetap menjadi kegemaran biarpun sering kali dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak-enak.

Sementara itu, Nurshazlin Fatihah Shamsul Azli, 7, berkata, berjauhan dengan keluarga tidak sedikit pun menjejaskan ibadah puasanya.

Tidak dapat menyembunyikan kesedihan, dia yang baru tujuh bulan ditempatkan di sekolah tersebut berkata, rakan-rakan banyak membantunya menguruskan keperluan diri.

"Saya gembira di sini biarpun rindu keluarga di Kuala Lumpur. Saya juga rindu nasi ayam yang dimasak oleh ibu," katanya.

Bagi Mohd. Rafiruddin Mohd. Hisham, 7, pengalaman dua tahun berada di sekolah itu mengajarnya berdikari dan kuat semangat.

Katanya, rindu terhadap keluarga sesekali terasa, namun dia mempunyai rakan dan guru-guru yang boleh menghiburkan hati dan menjaganya dengan baik.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved