Utusan Online - Keluarga |
Teknologi eratkan silaturrahim Posted: Teknologi eratkan silaturrahimOleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY Suasana gembira Ahmed Nasir Abdul Hamed, isteri, Hasiah Yacob dan empat lagi anak-anaknya ketika menyampaikan ucapan hari raya menggunakan Internet. LIRIK lagu nyanyian Black Dog Bone ini pasti menyentuhkan hati para perantau yang berada jauh dari keluarga, lebih-lebih lagi ketika kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Hati mana yang tiak tersentuh setelah sebulan menunaikan ibadah Ramadan, tetapi tidak berpeluang merasai nikmat beraya bersama keluarga. Lagi pula bukan semua dapat pulang menikmati kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga kerana tuntutan tugas dan atau mencari ilmu di negara orang. Begitu juga dengan kisah lima beradik yang berkelana mencari ilmu di tanah Arab. Mereka yang dimaksudkan ialah Ahmed Norzaidi Ahmed Nasir, 28, Ahmed Ghazali, 24, Ahmed Zakwan, 23, Ahmed Fakhruddin, 20 dan Ahmed Zulhilmi, 18. Zaidi, Zakwan dan Fakhruddin kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir manakala Ghazali berada di Mekah dan Zulhilmi pula sedang belajar di Universiti Mu'Tah, Jordan. Sudah tentu bagi mereka berlima, hari yang ditunggu-tunggu itu amat bermakna. Jika ada kesempatan pastinya mereka juga ingin pula ke kampung supaya dapat mengucup tangan kedua-dua ibu bapa di pagi hari raya. Tetapi tanggungjawab untuk mencari ilmu mengatasi segalanya. Namun, itu tidak bermakna Aidilfitri yang datang hanya berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa makna. Bezanya Aidilfitri mereka dirayakan secara maya dengan kemudahan Internet menjadi penghubung mereka adik beradik serta ibu bapa di tanah air. Bapa mereka, Ahmed Nasir Abdul Hamid, 57, mengakui tidak pernah memaksa anak-anaknya memilih tempat tertentu untuk belajar atau bidang pengajian yang diminati. Begitupun, kelima-lima anak daripada sembilan adik-beradik itu memilih untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Ibu mereka, Hasiah Yacob, 58, turut merelakan pemergian mereka demi masa depan masing-masing. Tetapi berjauhan tidak bermakna mereka tidak berhubungan. Teknologi Internet membolehkan Ahmed Nasir dan Hasiah sentiasa dekat dengan anak-anak mereka di luar negara. Sejak 10 tahun lalu kata Ahmed Nasir, apabila anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke Mesir kemudahan teknologi itu menjadi penghubung setia beliau dengan anaknya. "Saya mula berhubung dengan cara ini sejak 10 tahun lalu, apabila anak saya yang sulung ke Mesir, kemudian diikuti anak-anak yang lain. Mula-mula sedih juga, tapi kini sudah biasa. "Bagi menghilangkan rasa rindu, saya berhubung dengan mereka menggunakan kemudahan teknologi hari ini iaitu aplikasi Internet seperti Yahoo Messenger ataupun Skype. "Kalau berhubung menggunakan telefon sudah tentu ia menelan belanja yang besar. Tetapi dengan Internet membolehkan kami berhubung bila-bila masa yang kami kehendaki secara langsung dan serentak. Pada masa sama ia lebih murah," jelasnya ketika ditemui Mega, Utusan Malaysia di kediamannya di Pengkalan Chepa, Kelantan. Teknologi mendekatkan Beliau berkata, teknologi moden banyak membantunya menghilangkan rasa rindu terhadap anak-anak yang jauh di mata. Malah ia seolah-olah dapat melihat anak-anaknya di hadapan mata sendiri. "Walaupun jarak kami jauh beribu batu, kami tetap dapat bersua walaupun bukan dalam keadaan nyata. Malah telah menjadi kebiasaan untuk menghubungi mereka pada malam dan pagi raya. "Biarpun suasana beraya di alam maya berlainan, sedikit sebanyak rasa sedih berkurangan. Saya rasa seolah-olah mereka masih berada dekat dengan saya," katanya yang merupakan pesara guru. Menurutnya, oleh kerana tiket kapal terbang menelan belanja yang besar sekitar RM2,500 hingga ke RM3,000, beliau telah berpesan terlebih dahulu kepada anak-anaknya sebelum berangkat ke tanah Arab yang beliau tidak berkemampuan untuk mengirim wang bagi membolehkan anak-anaknya pulang setiap tahun. Sebab itu mereka dibekalkan sebuah komputer riba untuk memudahkan berkomunikasi. "Kalau boleh saya mahu mereka belajar dalam negara, kerana sebelum ini ada di antara mereka menerima tawaran ke Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. "Tapi itu pilihan mereka untuk belajar di sana. Mungkin kerana mereka ingin meringankan beban kewangan kami kerana di Universiti Al-Azhar, mereka tidak dikenakan yuran pengajian dan mereka belajar secara percuma. "Mereka cuma dikenakan sedikit yuran pendaftaran dan peperiksaan sebanyak RM60 setahun tetapi di Jordan, yuran pengajian lebih tinggi sebanyak RM3,000 setahun manakala belajar di Mekah pula percuma," katanya. Beliau berkata, kos perbelanjaan yang dikirim olehnya hanya sekitar RM400 sebulan sudah mencukupi buat anak-anaknya membeli peralatan belajar, makan, minum dan membayar sewa tempat tinggal. Selain itu, kemudahan penginapan yang disediakan oleh Dewan Malaysia Abbasiyyah di Kaherah dan Dewan Malaysia yang terdapat di negara tersebut amat membantu kerana sewanya lebih murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat penginapan yang lain. Dengan Internet juga kata Ahmed Nasir, beliau sentiasa dapat mengetahui perkembangan anaknya di Mesir terutama ketika pergolakan bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak baru-baru ini. "Saya bersyukur, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika berhadapan dengan detik paling mencemaskan ketika terperangkap dalam rusuhan," kata Ahmed Nasir. |
Kanta lekap selesa di Hari Raya Posted: Kanta lekap selesa di Hari RayaOleh NOOR FAZRINA KAMAL Kanta lekap Acuvue Advance Plus yang lebih selesa. BAGI mereka yang memakai cermin mata pasti teringin bergaya tanpa kaca mata pada hari raya ini. Sudah tentu inilah masa yang paling sesuai untuk mencuba menggunakan kanta lekap. Namun sekiranya anda sudah lama mempertimbangkan untuk menggunakan kanta lekap sebaiknya mengambil kira keselesaan sebagai aspek utama Dengan perkembangan teknologi dan permintaan pengguna, kanta lekap telah melalui evolusi. Bermula dengan kanta perspektif keras yang tidak selesa dan hanya boleh dipakai untuk beberapa jam sahaja, kini ia lembut, licin, boleh 'bernafas' dan boleh dipakai sepanjang hari. Pengurus Besar Johnson & Johnson Vision Care, Asia Tenggara, Stanford Guo berkata, pihaknya turut mengadakan kaji selidik untuk mengenal pasti keperluan penggunaan kanta lekap di kalangan pengguna kaca mata di Malaysia. "Kajian yang kami buat menunjukkan bahawa enam daripada 10 pemakai kaca mata mempertimbangkan untuk memakai kanta sentuh," ujarnya pada majlis pelancaran Acuvue Advance Plus di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurutnya lagi, kebanyakan pengguna kini mula sedar akan kebaikan memakai kanta lekap. Maklumat yang diperoleh daripada kajian tersebut turut membuktikan bahawa pemakaian kanta lekap membuatkan individu itu terasa lebih bebas dan lebih berupaya. Mereka juga bebas melakukan apa jua aktiviti tanpa sebarang halangan. Bagaimanapun berdasarkan kajian yang sama, mereka yang memakai cermin mata sepenuhnya masih merupakan majoriti iaitu 57 peratus. Manakala yang berselang seli menggunakan cermin mata dan kanta lekap pula adalah sebanyak 38 peratus dan hanya lima peratus sahaja yang menggunakan kanta lekap sepenuhnya. "Daripada hasil kaji selidik yang dibuat kami mendapati bahawa golongan yang sepenuhnya memakai cermin mata ini, tidak mahu mencuba memakai kanta lekap kerana mempunyai perasaan bimbang dan takut berasa tidak selesa selepas menggunakannya," ujarnya. Menurut Guo lagi, kanta lekap dua minggu Acuvue Advance Plus yang telah dipertingkatkan dengan Hydraclear itu telah direka khas untuk mengatasi kegusaran mereka yang ingin mencuba memakai kanta lekap untuk kali pertama. "Kanta lekap ini mempunyai ciri 3D comfort yang mengoptimumkan keselesaan dalam tiga dimensi bagi pengguna baru dari hari pertama hinggalah hari ke-14, sepanjang hari," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan