Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Jangan main api

Posted:

Jangan main api

Jangan main api

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Sultan Muhammad V bersalaman dengan tetamu ketika keluar dari Majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan, Istiadat menjunjung Duli dan istiadat menyembah ucapan tahniah dan taat setia di Istana Balai Besar, Kota Bharu, semalam. – MINGGUAN/AIZZUL A. MAJID


KOTA BHARU 12 Nov. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

"Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat kepada 213 penerima diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) membawa gelaran Datuk.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra. Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam titah sulung selaku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad turut mengingatkan rakyat mengenai perubahan iklim dunia yang boleh mengakibatkan pemanasan global dan bencana alam, pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin suram dan krisis hutang negara-negara Eropah yang sudah tentu memberi kesan tidak baik kepada ekonomi di banyak negara.

"Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini.

''Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik.

''Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat," titah baginda.

Menyentuh aspek pembangunan di Kelantan, baginda bertitah, sektor pembinaan dan pelaburan di negeri ini dijangka mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti pembangunan dan pengindahan sungai di Kota Bharu dan Tumpat, projek jalan Persekutuan laluan lapan dan sembilan serta pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.

"Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini," titah baginda.

Sultan Muhammad turut menarik perhatian, perlunya kerajaan negeri Kelantan memberi perhatian terhadap langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan walaupun belanjawan defisit adalah sesuatu kelaziman di kebanyakan negara.

"Beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal.

''Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar.

''Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil," titah baginda.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua emas pencetus semangat

Posted:

Dua emas pencetus semangat

Dua emas pencetus semangat


NUR Suryani Mohamed Taibi menunjukkan simbol nombor satu selepas menang pingat emas pertama negara bagi acara menembak kategori 50m Rifle 3 Posisi


JAKARTA 12 Nov. – Kontinjen Malaysia bermula tidak seperti yang diharap apabila sekadar meraih dua daripada beberapa acara yang sepatutnya memberikan lebih banyak emas pada hari kedua Sukan SEA XXVI hari ini.

Kedua-dua emas negara diraih kontinjen di Palembang dengan emas sulung menerusi Nur Suryani Mohammed Taibi dalam acara menembak 50 meter rifle tiga posisi wanita.

Tan Song Hwa pula menepati ramalan apabila menghadiahkan emas kedua negara dalam baling tukul besi.

Empat daripada lima pingat perak yang diraih juga datangnya dari Palembang iaitu Khalel Abdullah (25m standard pistol), Mohd. Hadafi Jaafar (menembak, 10m air rifle), Marellyn Liew (renang 100m kuak kupu-kupu wanita) dan Chan Kah Yan, Christina Loh, Khoo Cai Lin, Siow Yi Ting (renang 4x100 meter rampaian wanita).

Pingat terbaik yang dihasilkan kontinjen negara di Jakarta ialah pingat perak menerusi karate kategori kata berpasukan hasil gandingan Thor Chee Yee, Khaw Yee Voon, Celine Lee Xin Yi.

Topik yang menjadi bualan hangat di Jakarta pastinya kegagalan atlet karate, Jamalliah Jamaludin yang diletakkan sandaran emas pertama tetapi hanya meraih gangsa.

Lebih mengecewakan Jamalliah, pemenang pingat perak Sukan Asia di Guangzhou tahun lalu, kalah kepada peserta muda Vietnam pada aksi separuh akhir.

Dua emas, lima perak dan tujuh gangsa bukanlah pungutan yang boleh dianggap cemerlang jika dibandingkan negara lain seperti Vietnam dan Thailand masing-masing lima emas, Singapura lapan emas, manakala tuan rumah, Indonesia berpesta dengan 22 emas.

Bagaimanapun cabaran mencari 45 lima emas masih menyala. Hari ini, olahraga bakal menjadi tumpuan dengan bebeapa atlet pilihan turun ke gelanggang.

Jalan kaki mencari dua gol dalam 20 kilometer lelaki dan wanita menerusi atlet veteran, Teoh Boon Lim serta Yuan Yufang. Tumpuan juga kepad acara 110m lari berpagar, di mana Robani Hassan dan juara 2007, Rayzamsyah Sofian cuba merampas kejuaraan dari Thailand.

Full content generated by Get Full RSS.

Dr. Rozmey sara 3 anak Basarah

Posted:

Dr. Rozmey sara 3 anak Basarah

Dr. Rozmey sara 3 anak Basarah

ALOR SETAR 12 Nov. – Nasib tiga beradik yatim piatu yang kehilangan ibu dalam nahas di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Behrang, Perak semalam mendapat perhatian seorang pengusaha produk kesihatan terkenal negara ini.

Muhd. Iqmal Roslan, 16 dan dua adiknya Muhd. Kamil Rizman, 14; dan Muhd. Kamil Radzuan, 13, akan dijadikan anak angkat oleh Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din.

Usahawan terkenal itu berkata, beliau sedia menanggung perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk perbelanjaan sekolah tiga beradik itu kerana simpati dengan nasib yang menimpa mereka.

Katanya, beliau akan memikirkan cara terbaik untuk membantu tiga beradik tersebut bagi memastikan kehidupan mereka sebagai seorang pelajar terjaga dengan baik.

"Dengan bantuan kewangan ini, saya minta tiga beradik ini tidak perlu susah hati tentang perbelanjaan harian mahupun sekolah kerana saya akan tanggung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berkunjung ke rumah bapa saudara kepada tiga beradik tersebut, Abdullah Hassan, 66, di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini, hari ini.

Ibu mereka, Basarah Saad, 45, yang merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Tajar di sini maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan yang meragut empat nyawa itu.

Bapa mereka, Roslan Bukhari meninggal dunia lima tahun lalu akibat sakit buah pinggang.

Che Rozmey berkata, bagi menjamin urusan ketiga-tiga anak yatim piatu itu terjaga, mereka disarankan tinggal di asrama sekolah.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved