Ahad, 13 November 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Menjaga kulit secara saintifik

Posted:

Menjaga kulit secara saintifik

Menjaga kulit secara saintifik

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Hasil gabungan sains dan kecantikan, Lancome memperkenalkan inovasi terbaru berasaskan penyelidikan yang teliti iaitu siri rutin penjagaan wajah harian, bervisi (Visionnaire) [LR 2412 4 peratus].

Ia merupakan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan molekul unik yang diilhamkan daripada keupayaan dunia botani dalam memulihkan diri.

"Sains penjagaan kulit baru dan bervisi yang digelar 'masa depan dunia kecantikan' oleh Presiden Lancome Worldwide, Youcef Nabi merupakan hasil kajian dan percubaan selama 12 tahun.

''Hasilnya merupakan satu molekul pelbagai fungsi, berkod LR 2412, yang kini dilindungi 17 paten," ujar Pengurus Jenama Lancome di Malaysia, Kelly Tan.

Selepas kejayaan global yang dikecapi Génifique Youth Activator yang dilancarkan pada 2009, Lancome memperkenalkan produk baru ini untuk memulihkan dan menghasilkan kulit yang cantik bagi wanita.

Hasilnya, pori-pori menjadi lebih kecil, warna kulit lebih sekata, garis halus, kedutan serta parut akan berkurang, dan kulit lebih lembap.

Kulit wanita lebih berseri, anjal dan mulus dalam masa hanya empat hingga enam minggu.

"Wanita pada masa kini lebih dinamik, lebih menarik, dan keadaan kulit mereka haruslah melambangkan ciri-ciri mereka ini tanpa mengira usia.

''Oleh itu, wanita kini bukan sahaja ingin menghapuskan garis halus, malah turut mencari pelbagai penyelesaian lain bagi mencapai kecantikan kulit yang terbaik, dan mereka menginginkan hasil yang jelas berkesan," ujar Kelly.

Botani

Dalam pada itu, Pengurus Latihan Lancome, Joselyn Lee menambah, penghasilan produk ini bukan sahaja berasaskan bahan semula jadi, malah direka untuk 'meniru' proses pemulihan botani.

"Apabila tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan, ia menghasilkan "molekul petanda" yang digelar asid jasmonik. Ini mengaktifkan proses pemulihan tisu rosak, dan turut menjadikannya lebih kuat.

''Molekul bervisi LR 2412 bertindak seperti "molekul petanda" bagi memulakan proses berangkai pada kesemua lapisan kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan menguatkan tisu kulit," jelas Lee.

Ciri unik molekul ini terletak pada keupayaannya menyerap dalam setiap strata kulit bermula daripada permukaan kulit sehinggalah ke epidermis dan kemudiannya dermis.

Selain itu, kunci pada kebolehan penyerapan merupakan tarikannya kepada struktur air dan cecair dalam kulit.

Molekul ini dilihat empat kali ganda lebih mesra bio berbanding molekul retinol, yang merupakan ramuan lazim dalam banyak produk penjagaan kulit anti-penuaan pada hari ini.

"Kami juga telah melakukan kajian produk ini ke atas kulit-kulit yang berbeza yang terdiri daripada wanita golongan Hispanik, Kaukasia, Asia dan Afro-Amerika selama empat hingga enam minggu. ''Walaupun setiap etnik menunjukkan jenis kulit berbeza, kesan penggunaan menunjukkan kesan yang baik seperti berkurangnya pori-pori, parut dan cela untuk semua jenis kulit," jelas Joselyn.

Antara rangkaian produk yang paling popular

Seperti produk-produk lain, serum menjadi pilihan utama pengguna kerana serum bervisi [R 2412 4 peratus] mampu menyerap kulit sebaik sahaja terkena pada kulit.

Tambah Joselyn, penggunaan serum kulit adalah sebahagian daripada lapisan penjagaan kulit selain penjagaan kulit yang biasa seperti memakai pelembap dan perlindungan sinar matahari.

Produk ini telah pun berada di pasaran dan selamat digunakan pada kesemua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif serta bahagian mata, pagi dan malam.

Full content generated by Get Full RSS.

Lisa digelar ‘doktor’ mekap

Posted:

Lisa digelar 'doktor' mekap

Lisa digelar 'doktor' mekap

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN

KECANTIKAN bukan ukuran untuk menjadi wanita yang berjaya. Personaliti dan karisma diri adalah daya penarik untuk wanita maju. Digelar 'doktor' mekap, Lisa Yap memiliki kedua-dua ciri istimewa tersebut.

Setanding dengan kualitinya, begitulah tinggi tahap profesionalisme jurusolek antarabangsa Shu Uemura, Lisa. Beliau melakar nama dengan hasil kerja solekan.

Ketika sesi fotografi Citra Wanita Mingguan Malaysia baru-baru ini, Lisa pada awalnya 'malu-malu' untuk beraksi di hadapan kamera.

"Saya biasa melihat dan mengarahkan model beraksi menggayakan solekan Shu Uemura. Tetapi saya sendiri kekok untuk beraksi seperti model. Saya lebih suka berada di belakang tabir. Tetapi itu bukan bermakna saya tidak suka kelihatan cantik," jelasnya sambil tersenyum manja.

Sebagai seorang jurusolek, dia sering dianggap sebagai 'doktor' mekap yang tahu bagaimana merawat wajah seseorang, menghilangkan segala kekurangan wajah dan akhirnya melahirkan personaliti baru hasil sentuhannya itu.

Mengakui jurusolek profesional kepada jenama kosmetik antarabangsa sering menjadi impian ramai anak muda, dia sentiasa menganggap peluang bersama Shu Uemura selama enam tahun sebagai proses pembelajaran.

"Atas minat mendalam bidang solekan, saya meluangkan masa dengan belajar menyolek. Saya bermula sebagai pakar gaya kecantikan, jurusolek senior dan pengurus butik.

"Jika ada peluang, saya ingin melangkah jauh lagi bersama jenama ini," ujarnya yang pernah menyolek wajah pengantin Melayu.

Walaupun kerjaya sebagai jurusolek glamor tetapi Lisa menganggap cabaran dan tanggungjawab yang dipikul sama dengan profesion lain.

Baginya, kreativiti akan menjadi kayu ukur kebolehan seseorang jurusolek.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved